The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

buku peraturan 2025_merged (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irsul1609, 2026-01-06 08:29:22

BUKU PERATURAN

buku peraturan 2025_merged (1)

BUKUPERATURANDISIPLINSEKOLAHBUKUPERATURANDISIPLINSEKOLAHbea1070@moe.edu.my 03 31491295SMK BUKITCHANGGANG42700 BANTING, SELANGORن ￾￾￾￾￾ ￾￾￾￾أ


BIODATA MURIDNAMA :NO K/P :ALAMAT RUMAH :TAHUN TINGKATANGAMBAR


2PRAKATAAssalamualaikum w.b.h. dan selamat sejahtera.Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izin-Nya, penulisan Buku Peraturan Disiplin Sekolah, SMK Bukit Changgang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Buku ini mengandungi maklumat dan garis panduan berkenaan peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua murid sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah.Pihak sekolah berharap dengan terhasilnya Buku Peraturan Disiplin Sekolah ini akan dapat meningkatkan lagi mutu disiplin murid ke tahap yang membanggakan, berusaha mencegah diri daripada terlibat dengan sebarang kes salah laku dan meminimumkan pelanggaran peraturanperaturan yang tercatat di dalamnya.Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi terbaik mereka. Dengan mutu disiplin yang cemerlang, pasti akan memberi impak kepada keberhasilan dan kemenjadian murid secara berfokus. Begitu juga dengan peranan penting pemimpin sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan.Akhir kata, syabas dan tahniah atas usaha serta tindakan proaktif oleh jawatankuasa kerja, panel penulis dan pemurnian Buku Peraturan Disiplin Sekolah yang telah berjaya menyusun kandungan buku ini dengan padat agar mudah difahami oleh warga sekolah.Terima kasih.Pengetua SMK Bukit Changgang


3ISI KANDUNGANBIL TAJUK MUKA SURAT1 Pendahuluan 42 Surat Pekeliling Ikhtisas 53 Waktu Sesi Persekolahan 64 Panduan Peraturan SekolahBahagian A: Tatatertib/Peraturan Di Dalam Kawasan Sekolah 7Bahagian B: Salah Laku Murid 15Bahagian C: Lampiran 22


41.0 PENDAHULUAN1.1 Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 1975 Disiplin di Sekolah Peraturan-peraturan sekolah untuk murid-murid, maka Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Changgang dengan ini membuat peraturan dikuatkuasakan mulai Januari 2025.1.2 Peraturan ini dinamakan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Changgang.1.3 Peraturan ini atau mana-mana bahagian dalam peraturan ini boleh dipinda atau ditambah dimansuhkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kesesuaian.1.4 Setiap murid tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dikerluarkan dari Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri atau mana-mana pihak berwajib yang ada hubungan rapat dengan sekolah.2.0 PENGUATKUASAAN2.1 Semua guru sekolah ini merupakan guru disiplin (SPI Bil 10/2001) dan diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan sekolah.2.2 Semua pengawas sekolah ini diberi kuasa untuk membantu guru-guru menguatkuasakan peraturan sekolah.2.3 Semua murid sekolah ini dikehendaki mematuhi setiap peraturan yang ada, termasuk peraturan-peraturan baru atau undang-undang kecil yang dikeluarkan dari semasa ke semasaoleh pihak sekolah mengikut keperluan.2.4 Mana-mana murid yang didapati melanggar peraturan akan dikenakan tindakan disiplin (Rujuk MOEISS).3.0 KUASA MENJALANKAN HUKUMAN3.1 Berikut ialah mereka yang diberi mandat (kuasa) untuk menjalankan hukuman mengikut budi bicara berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh murid:i. Pengetuaii. Guru Penolong Kanan Pentadbiraniii. Guru Penolong Kanan Hal ehwal Muridiv. Ketua Guru Disiplinv. Guru-guru SMK Bukit Changgang yang diberi kuasa merotan (SPI Bil 7/2003)3.2 Hukuman yang dikenakan adalah untuk memberikan pengajaran dan mendidik murid supaya tidak melakukan sebarang salah laku pada masa akan datang.4.0 PENGAWAS4.1 Pengawas yang dilantik oleh pihak sekolah dipilih dalam kalangan murid-murid yang mempunyai peribadi yang baik, jujur, dedikasi dan berani menjalankan tugas4.2 Pengawas bertanggungjawab untuk memastikan setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh setiap murid4.3 Pengawas berhak menegur serta memberikan arahan yang sesuai kepada murid . Perbuatan menentang atau mengingkari arahan pengawas boleh dianggap sebagai melanggar peraturan sekolah


5SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 9 / 1975 DISIPLIN DI SEKOLAHPERATURAN-PERATURAN SEKOLAH UNTUK MURID-MURIDPARA 4PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH (SCHOOL RULES) YANG BERTULIS UNTUK MURID-MURID. TINDAKAN OLEH TIAP-TIAP SEKOLAH- LAMPIRAN CTiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap -tiap murid mestilah mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawaspengawas Sekolah/ketua-ketua murid (School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dantanggungjawab mereka. Tindakan Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar/Pengetua. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib.4.1 : “........Guru-guru Besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturanperaturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolahadalah disertakan dalam lampiran C. Guru Besar/Pengetua boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masingmasing.Para 6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan yang buruk. Guruguru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.DISIPLIN DEFINISI DISIPLINJawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai :“…..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang - undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormatmenghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.”


6WAKTU PERSEKOLAHANSESI PAGIHariTingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5Waktu MulaWaktu TamatWaktu MulaWaktu TamatWaktu MulaWaktu TamatIsnin - Khamis 7.35pagi 12.50 7.35 12.55 7.35 1.00Jumaat 7.35 12.00 7.35 12.00 7.35 12.00SESI PETANGHari Tingkatan 1 Tingkatan 2Waktu Mula Waktu Tamat Waktu Mula Waktu TamatIsnin - Khamis 1.00 petang 6.35 1.00 6.35Jumaat 2.30 6.35 2.30 6.35WAKTU PERSEKOLAHAN TERTAKLUK KEPADA PINDAAN


7PANDUAN PERATURAN SEKOLAHBAHAGIAN A : PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAHTATATERTIB/PERATURAN DI DALAM KAWASAN SEKOLAH1 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH1.1 WAKTU PERSEKOLAHAN Sesi pagi : 7.35 pagi -1.00 petang Sesi petang : 1.00 petang - 6.35 petang• Murid-murid hendaklah berada di dalam kawasan sekolah sekurang-kurangnya 10 minit (7.25pagi) bagi sesi pagi dan 12.50 tengahari bagi sesi petang.• Murid lewat akan dicatat namanya oleh pengawas bertugas . Kelewatan tanpa alasan yang munasabah akan diambil tindakan. Kelewatan berulang akan direkodkan dalam SSDM/MOEIS.• Kedatangan yang lewat akan ditanda (L) dan (P) untuk murid yang ponteng dalam APDM/MOEIS.• Pada setiap waktu akhir setiap murid hendaklah menyusun meja dan membersihkan kelas. • Murid bergerak balik dalam keadaan terkawal dan mengikut pagar keluar yang telah ditetapkan• Murid tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah selepas waktu sekolah atau semasa cuti tanpa diiringi oleh guru dan perlu mendapatkan kebenaran daripada pengetua atau wakilnya.• Kehadiran ke sekolah kerana tujuan tertentu yang dijadualkan oleh pihak sekolah berkaitan dengan kurikulum/HEM/kokurikulum adalah WAJIB apabila diarahkan.1.2 PERHIMPUNAN• Perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin akan bermula jam 7.20 pagi sesi pagi dan 5.40 petang (sesi petang) dan berkumpul di Dataran Budi.• Murid mesti berada di kawasan sekolah 10 minit sebelum loceng pertama dibunyikan.• Para murid dilarang berbual semasa perhimpunan.• Semua murid dikehendaki menyanyi lagu patriotik dengan penuh semangat.• Bagi perhimpuan harian setiap Selasa- Jumaat murid sesi pagi terus berkumpul di Dataran Budi manakala murid sesi petang berkumpul di kantin untuk bacaan doa.1.3 PEJABAT SEKOLAH• Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke pejabat tanpa urusan penting.• Murid-murid tidak dibenarkan mengambil siaran-siaran, buku markah, alat-alat tulis dan lain-lain dari pejabat sekolah tanpa kebenaran.1.4 PENGGUNAAN KAWASAN/BANGUNAN/HARTA BENDA SEKOLAH• Kawasan, bangunan dan alat sekolah tidak boleh digunakan sesiapa juga untuk apa tujuan melainkan kebenaran Pengetua telah diperolehi dahulu dan sekurang-kurangnya seorang guru bertanggungjawab mesti ada bersama-sama murid semasa menggunakannya.• Harta benda sekolah tidak boleh dipindah milik kecuali dengan kebenaran Pengetua dan guru-guru.• Murid-murid hendaklah melaporkan kepada guru-guru jika ada berlaku kerosakan dan kehilangan harta benda sekolah.• Murid-murid yang merosakkan harta benda sekolah mesti mengantikannya dan murid itu akan diambil tindakan disiplin.


8TATATERTIB/PERATURAN DI DALAM KAWASAN SEKOLAH1.5 PELAWAT• Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu rehat.• Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa dengan murid.• Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan murid tanpa memberi sebarang penjelasan.• Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu• Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan dan berpakaian sopan.• Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu rehat. Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa dengan murid.2.1.6 KETIDAKHADIRAN• Murid yang tidak hadir kesekolah oleh sebab-sebab tertentu hendaklah menyatakan sebab dengan mengemukakan surat daripada doktor/ibu bapa/ penjaga/ warden.• Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab atau akuan doktor/ ibu bapa/ penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan boleh diambil tindakan.SURAT HARI TIDAK HADIR BERTURUT-TURUTHARI TIDAK HADIR BUKAN BERTURUT-TURUTAmaran Pertama Pada hari ke - 3 Pada hari ke -10Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran PertamaAmaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran KeduaBuang Sekolah 4 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas Amaran Terakhir• Seterusnya mana-mana murid yang tidak hadir ke sekolah kerana sakit selama 15 hari berturut-turut tanpa mendapat apa-apa keterangan sah secara bersurat daripada penjaga, murid berkenaan boleh digantung sekolah.• Murid dianggap tidak hadir sekiranya balik sebelum waktu ketiga dengan kebenaran.• Murid dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum.2 BASIKAL/MOTOSIKAL2.1 Menuntun/menolak basikal/motosikal apabila masuk ke kawasan sekolah dan keluar dari kawasan sekolah.2.2 Tidak dibenarkan meletakkan basikal/motosikal di luar kawasan sekolah.2.3 Menyusun basikal/motosikal dengan teratur dan berkunci ditempat yang disediakan.2.4 Murid perlu tahu dan mematuhi peraturan undang-undang jalanraya.2.5 Semua murid bermotosikal perlu mendaftar dan memiliki pelekat kebenaran membawa motosikal ke sekolah.2.6 Tidak dibenarkan menunggang basikal/motosikal di kawasan sekolah.


9TATATERTIB/PERATURAN DI DALAM KAWASAN SEKOLAH3 REHAT3.1 Makan hanya di kantin dan dipondok sahaja tidak dibenarkan membeli makanan untuk dibawa ke dalam kelas.3.2 Berbaris dengan teratur dan masuk kelas sebelum loceng.3.3 Dilarang berada di kawasan berikut :-i – Sekitar pejabat.ii – Bilik Pentadbir.iii – Dalam kelas.iv – tempat letak kereta dan basikal murid.v – Bilik komputer/rawatan/makmal/SRT/bengkel/surau.vi – Bilik Al-Farabi.vii – Bilik Sukan.4 KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH4.1Dilarang keluar dari kawasan sekolah kecuali mendapat kebenaran Tuan Pengetua, Penolong Kanan, Guru Disiplin atau Guru Bertugas.5 SURAT MENYURAT5.1 Dilarang menggunakan alamat sekolah untuk urusan peribadi.6 TELEFON6.1Dilarang membawa dan menggunakan telefon bimbit dalam kawasan sekolah dan direkodkan dalam SSDM/MOEIS6.2 Dilarang mengunakan telefon awam tanpa kebenaran guru.7 HUBUNGAN LUAR7.1 Dilarang berhubung dengan orang luar tanpa kebenaran daripada pihak sekolah.8PENGGUNAAN BILIK DARJAH, BILIK-BILIK KHAS, KEMUDAHAN AWAM DAN HARTA BENDA SEKOLAH8.1 BILIK DARJAHi. Memastikan bilik darjah dalam keadaan bersih, kemas dan ceriaii. Mematuhi jadual giliran bertugas.iii. Kerusi dan meja hendaklah dalam keadaan kemas dan tersusun. Setiap murid bertanggungjawab terhadap kerusi dan meja yang diperuntukkan kepada mereka.iv. Setiap kerosakan, perabot, peralatan dan kemudahan elektrik hendaklah dilaporkan segera kepada pihak sekolah.v. Murid dikehendaki menggantikan kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian sendiri.vi. Murid dibenarkan berada didalam kelas sewaktu PdP sahaja.vii. Murid tidak dibenarkan menyalin pakaian dalam bilik darjah.viii. Murid tidak dibenarkan makan/minum dalam bilik darjah.ix. Tutup lampu/kipas semasa meninggalkan kelas.DISIPLIN DALAM BILIK DARJAHi. Membawa ’Pas Keluar’ apabila keluar dari kelas dalam apa jua tujuan dengan kebenaran guruii. Murid tidak boelh menimbulkan gangguan sewaktu PdP seperti membuat bising, bergurau senda, bergaduh, biadap terhadap guru dan sebagainyaiii. Murid tidak dibenarkan berada dalam bilik darjah sewaktu rehativ. Sewaktu pertukaran kelas, murid diminta berada dalam keadaan senyap dan terkawalv. Murid dilarang berada di luar kelas pada waktu ketiadaan guru atau guru masih belum sampaivi. Murid tidak dibenarkan menggunakan bilik darjah untuk sebarang perjumpaan atau majlismajlis tertentu kecuali dengan izin pengetua


10TATATERTIB/PERATURAN DI DALAM KAWASAN SEKOLAHKESELAMATAN BILIK DARJAHi. Dilarang merosakkan harta benda kelas, menconteng atau merosakkan papan tulis, papan kenyataan, perabot dan sebagainya.ii. Dilarang menyalahgunakan perabot dan elektrik di dalam kelas. Murid tidak dibenarkan membawa perabot keluar dari kelasiii. Kerusi/ meja, cermin tingkap dan perabot yang rosak/ pecah tidak dibenarkan diletakkan di dalam kelas. Jangan membaiki sendiri sebarang peralatan atau kemudahan eletrik yang rosakiv. Dilarang menanggalkan cermin tingkap dan keluar melaluinya. Cermin yang pecah hendaklah digantikan dengan segera.v. Utamakan keselamatan.8.2 BILIK-BILIK KHASPUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)i. Dialrang membuat bising seperti bersembang, bermain, berguraus senda atau tidur.ii. Elakkan perbuatan yang boleh mengganggu murid lain yang sedang membaca/ belajar.iii. Gunakan buku/ peralatan dengan cermat dan pulangkan ke tempat asal selepas digunakan.iv. Dilarang menyalahgunakan buku/ bahan bacaan termasuk menconteng atau mengoyaknya. Perbuatan mencuri buku atau bahan bacaan lain akan dikenakan tindakan tegas.v. Murid atau kumpulan murid yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan disiplin.BILIK RAWATANi. Murid yang perlu berehat di bilik kerana masalah kesihatan ini hendaklah mendapat bantuan guru bertugas dan kebenaran pengetua.ii. Murid yang hendak mendapatkan rawatan di hospital/ klinik kerajaan perlu mendapatkan ”Surat Rawatan Percuma” dari pihak sekolah yang ditandatangani oleh pengetua atau wakilnya.iii. Sekiranya urusan ke hospital/ klinik kerajaan dilakukan pada waktu persekolahan, murid tertakluk kepada peraturan ”Keluar dari Kawasan Sekolah”.BILIK AIR/ TANDASi. Jaga kebersihan tandas.ii. Murid hanya dibenarkan menggunakan tandas yang dikhaskan untuk murid sahaja. Murid tidak dibenarkan ke tandas pada waktu pertama, sebelum dan selepas rehat.iii. Tuala wanita(pad) yang telah digunakan hendaklah dibungkus elok-elok dn dibuang ke dalam bekas/tong yang disediakan.iv. Laporkan kepada guru sekiranya terdapat sebarang kerosakan.v. Elakkan perbuatan tidak mengepam tandas setelah digunakan, menconteng tandas dan sebagainya.BENGKELi. Bengkel adalah bilik larangan. Murid berada di dalam bengkel hanya dengan kebenaran guruii. Beratur dengan tertib di luar bengkel sehingga guru datang.iii. Masuk ke dalam bengkel dengan senyap dan teratur dan tidak berebut-rebut.iv. Dilarang menyentuh atau mengubah peralatan yang sedia ada tanpa arahan guru. Pulangkan alatan ke tempat asal selepas digunakan.v. Laporkan kepada guru sekiranya terdapat sebarang kemalangan, kerosakan kepada alat-alat atau perkakas-perkakas.vi. Jangan tumpahkan minyak atau penyejuk di atas lantai. Lap dengan segera sekiranya tumpah.vii. Murid tidak dibenrkan bergurau dan bermain di dalam bengkel.viii. Dilarang mengusik sebarang suis sesuka hati.ix. Patuhi segala arahan dan peraturan bengkel.x. Jangan bawa keluar sebarang peralatan bengkel.xi. Utamakan keselamatan.Peringatan : Jika terdapat sebarang kerosakan atau kemalangan di dalam bengkel atas kecuaian murid itu sendiri atau murid-murid lain melanggar peraturan di atas, pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab. Murid-murid sentiasa tertakluk kepada arahan-arahan dan peraturan bengkel yang telah disediakan semasa berada di dalam bengkel.


11TATATERTIB/PERATURAN DI DALAM KAWASAN SEKOLAHMAKMAL SAINSi. Makmal ialah bilik larangan. Murid hanya dibenarkan masuk setelah mendapat kebenaran.ii. Dilarang menyentuh, mengusik dan mengubah bahan/ alatan yang sedia ada tanpa arahan guru.iii. Dilarang menjalankan ujikaji tanpa pengawasan guru.iv. Dilarang bermain dan membuat bising.v. Pastikan alat radas selamat untuk digunakan.vi. Patuhi segala peraturan dan larangan.vii. Semua peralatan dan bahan sains mestilah dikembalikan ke tempat asal setelah digunakan.viii. Pastikan semua suis elektrik ditutup sebelum meninggalkan makmal.ix. Sekiranya berlaku kemalangan seperti luka, terkena api atau asid, hendaklan dilaporkan segera kepada guru. Begitu juga dengan sebarang kerosakan seperti paip bocor, dawai elektrik terputus dan suis yang pecah.x. Beg murid diletakkan di luar makmal. Sebarang alatan tidak dibenarkan dibawa keluar daripada makmal.Peringatan : Jika terdapat sesuatu kerosakan atau kemalangan di dalam bilik makmal atas kesalahan murid itu sendiri atau murid-murid lain kerana melanggar peraturan di atas, guru-guru atau pihak berkuasa tidak bertanggungjawab.BILIK KOMPUTERi. Murid dibenarkan masuk hanya dengan kebenaran guru.ii. Dilarang membawa makanan/minuman.iii. Dilarang membuat bising dan bermain-main.iv. Dilarang mengubah kedudukan peralatan, menambah dan menghapuskan “software” di dalam komputer.v. Ikuti segala peraturan dan arahan guru. Maklumkan sebarang kerosakan dengan segera.KANTINi. Murid dibenarkan berada di kantin pada waktu rehat dan waktu sebelum perhimpunan.ii. Dilarang berada di kantin pada waktu PdP, kecuali dengan kebenaran Pengetua atau bersama guru kerana urusan yang dibenarkan.iii. Tempat makan yang dibenarkan hanya di kantin sekolah, pondok-podok dan taman-taman yang disediakan.iv. Beratur dengan tertib semasa membeli makanan/minuman dan ikut arahan pengawas yang bertugas.v. Murid dilarang masuk ke dalam dapur kantin.vi. Dilarang mengotorkan alas meja.Peringatan: Pihak sekolah tidak bertanggungjawab sekiranya murid mengalami keracunan makanan kerana membeli makanan dari pihak luar.BILIK SUKANi. Bilik sukan ialah kawasan larangan.ii. Murid tidak dibeanrkan masuk kecuali dengan kebenaran guru.iii. Murid tidak dibenarkan mengambil/ mengeluarkan alatan tanpa kebenaran guru.


12TATATERTIB/PERATURAN DI DALAM KAWASAN SEKOLAH9 KESELAMATAN HARTA BENDAi. Semua murid hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan dengan baik dan cermat.ii. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan kepada guru yang bertanggungjawab.iii. Perbuatan berunsur ”vandalisme” yang merosakkan harta benda sekolah seperti merosakkan perabot (kerusi, meja, almari dan sebagainya), papan kenyataan, peralatan bekalan elektrik dan air atau mencacatkan keceriaan sekolah amat dilarang. iv. Dilarang merosak/menconteng/menghilangkan harta benda sekolah.Peringatan: Murid yang didapati melakukan ”vandalisme” dan merosakkan harta benda sekolah akan dikenakan tindakan displin yang berat, termasuk menggantikan kos harta benda yang dirosakkan itu sepenuhnya.10 KAWASAN LARANGAN10.1 KAWASAN LARANGANi. Pejabat, Bilik Pengetua, Bilik Pentadbir, Bilik GKMP, Bilik Guru dan Bilik Pekerja ialah kawasan larangan murid.ii. Murid dilarang memasuki atau berkeliaran berhampiran dengan kawasan tersebut.iii. Murid hanya dibenarkan masuk sekiranya terdaapt urusan rasmi dan hendaklah masuk dengan tertib.11 PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (SPI BIL 3/1983)11.1 Semua murid diwajibkan berpakaian seragam lengkap dan kemas pada bila-bila masa di dalam kawasan sekolah.LELAKIBAJUi. Kemeja kapas biasa berwarna putih, berkolar dan satu kocek disebelah kiri dada.ii. Butang dan jahitan mesti berwarna putih. Butang hendaklah sentiasa dikancing.iii. Baju yang berlengan pendek tidak boleh dilipat, tidak terlalu ketat atau terlalu longgar dan tidak berfesyen.iv. Baju sentiasa dimasukkan (tuck-in) ke dalam seluar.v. Lencana sekolah hendaklah dijahit pada kocek baju. Tanda nama pula dijahit pada bahagian atas lencana sekolah.vi. Songkok yang dibenarkan mempunyai ketinggian tidak melebihi 4 inci dan berwarna hitam. Pemakaian kopiah tidak dibenarkan.vii. Dilarang membuka butang baju atau mengeluarkan baju semasa berpakaian seragam bila-bila masa.viii. Murid Melayu digalakkan berpakaian baju melayu putih, berbutang putih, bersongkok hitam dan bersampin biru muda.SELUARi. Seluar hijau tua bagi murid yang ditetapkan oleh KPM dan biru gelap bagi pengawas.ii. Seluar hendaklah potongan biasa. Seluar ”jean” dan potongan ”jean” tidak dibenarkan.iii. Kocek hendaklah jenis tebukan dan bukan bertampal.iv. Seluar yang ketat atau terlalu longgar tidak dibenarkan.v. Panjang seluar hendaklah sampai ke bawah buku lali.vi. Luas hujung kaki seluara. Murid berbadan kecil (12cm-18cm)b. Murid berbadan sederhana (21cm-23cmc. Murid berbadan besar (23cm-25cm)vii. Tidak boleh berfesyen seperti singkat/ bootcut/ skinny.TALI PINGGANGi. Lebar tali pinggang tidak melebihi 3 cm.ii. Kepala tali pinggang yang besar dan berfesyen tidak dibenarkan.iii. Tali pinggang kulit tidak dibenarkan.


13TATATERTIB/PERATURAN DI DALAM KAWASAN SEKOLAHPENAMPILAN DIRIRAMBUT / MISAI/JANGGUTi. Sebarang jenis rambut hendaklah pendek dan kemas.ii. Rambut hadapan tidak menutupi dahi (paras tengah dahi).iii. Rambut tepi tidak menyentuh telinga.iv. Rambut belakang nipis dan tidak menyentuh kolar baju.v. Potongan rambut tidak boleh berfesyen(punk/diwarnakan/dikerintingkan/berekor/berjuntai di hadapan/ala beatles/hippie/tercacak-cacak).vi. Semua fesyen rambut yang mencolok mata adalah dilarang.vii. ”Sideburn” tidak boleh melebihi garisan tengah hidung.viii. Tidak dibenarkan menyimpan janggut, misai atau jambang.PEREMPUANBAJUi. Berbaju kurung putih berpesak dan bertudung putih (hijau muda – Pengawas) kecuali bukan Islam. Berkain biru laut (hitam – Pengawas) sarung kaki putih (biru gelap – Pengawas) berkasut putih (hitam – Pengawas).ii. Memakai anak baju (chamisole) yang berwarna putih/krim dan labuhnya melebihi paras pinggang.iii. Panjang atau labuh baju hendaklah 2 inci di bawah paras lutut. Panjang lengan baju kurung adalah pada paras pergelangan tangan dan tidak boleh dilipat.iv. Murid Islam yang bertudung wajib memakai telekung mini berserta anak tudung berwarna hitam/ putih sahaja tanpa bonjolan yang mencolok mata(bonggol unta).v. Labuh tudung mestilah menutupi depan dada dan belakang dada murid hingga paras pinggang.vi. Murid tidak dibenarkan memakai sebarang kerongsang pada tudung.vii. Murid bukan Islam yang memakai baju kurung perlu memakai butang atau kancing di leher baju kurung.viii. Jahit lencana pada bahagian kiri tudung (paras dada) dan di atasnya tanda nama hendaklah dijahit (bukan ditampal).ix. Murid tidak dibenarkan memakai tudung berwarna hitam.KAINi. Berwarna biru cerah (mengikut ketetapan KPM).ii. Kain daripada jenis kapas. Kain jenis sutera, satin dan jarang tidak dibenarkaniii. Panjang kain di bawah aras buku lali.iv. Hendaklah memakai kain dalam/ seluar yang melebihi paras lutut.PENAMPILAN DIRI (MURID PEREMPUAN)i. Rambut tidak mencecah paras bahu, jika melebihi paras bahu hendaklah diikat dengan kemas pada pangkal rambut dengan pengikat rambut berwarna hitam sahaja.ii. Tidak dibenarkan menjuraikan/melepaskan rambut. Rambut yang berjurai perlu disepit dengan penyepit yang dibenarkan.iii. Riben dan penyepit rambut yang dibenarkan adalah berwarna hitam sahaja.iv. Tidak dibenarkan mewarnakan rambut dan berfesyen.PERSOLEKAN/ BERHIAS DIRIi. Murid dilarang bersolek ke sekolah (memakai sebarang jenis kosmetik seperti gincu/ maskara/foundation/eye liner dan sebagainya).ii. Murid dilarang mencukur atau mencabut bulu kening.iii. Semua murid tidak dibenarkan memelihara atau menyimpan kuku yang panjang. Kuku mestilah berada dalam keadaaan yang bersih, pendek dan tidak diwarnakan.


14TATATERTIB/PERATURAN DI DALAM KAWASAN SEKOLAHCERMIN MATAi. Bingkai cermin mata hendaklah nipis dan tidak berwarna warni.ii. Cermin mesti jernih dan tidak berwana.iii. Pemakaian contact lens tidak dibenarkan.iv. Tidak boleh berfesyen dan ranggi.12 SUKAN DAN PERMAINAN12.1 Dilarang menggunakan alatan sukan tanpa kebenaran atau pengawasan guru.12.2 Pakaian sukan :-LELAKI• Memakai T-shirt sukan sekolah.• Track Suit (panjang dan berbaju T).• Dilarang bersinglet.PEREMPUAN• Wajib memakai T shirt sukan sekolah berlengan panjang, tidak terlalu ketat serta tidak berfesyen.• Track Suit panjang berwarna hitam atau biru gelap, tidak terlalu ketat serta tidak berfesyen.• Memakai tudung sekolah warna putih/hitam sahaja bagi murid Islam.12.3 BILIK PERSALINAN• Bilik persalinan mestilah dibilik air.• Dilarang menyalin pakaian di surau.• Murid yang mempunyai masalah disiplin yang serius akan dikawal keahlian dan penyertaannya.• Rujuk unit Kokurikulum.12.4 PEMAKAIAN• Dibenarkan memakai pakaian sukan hanya pada hari yang terdapat kelas PJPK dan memakai baju kokurikulum pada hari Rabu sahaja.• Murid dikehendaki memakai pakaian lengkap sekolah semasa menyertai lawatan anjuran kelab/persatuan sekolah kecuali dengan izin pengetua.12.5 WAKTU BIASA/ KELAS TAMBAHAN• Murid hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju T sekolah berseluar sekolah/slack/track suit dan berkasut sekolah/ sukan sewaktu hadir ke sekolah untuk mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu belajar.• Sebarang jenis selipar tidak dibenarkan.• Pakai pakaian yang sesuai semasa datang ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan, meminta surat rawatan doktor, sijil berhenti sekolah, pengesahan salinan-salinan sijil dan seumpamanya.13 BUKU KAWALAN KELAS13.1 Digunakan untuk merekod aktiviti yang berlaku sepanjang hari di kelas.13.2 Diambil dan dipulangkan ke bilik guru oleh ketua/penolong kelas.13.3 Tidak dibenarkan menconteng/memadam/merosak buku kawalan kelas.13.4 Denda akan dikenakan jika buku kawalan kelas hilang dan tindakan disiplin terhadap murid yang sengaja merosakkan.14 MEDIA14.1Murid dilarang membuat sebarang ”posting” di media cetak atau media elektronik dalam bentuk pernyataan, penulisan, gambar dan video yang berunsur negatif berkaitan sekolah. 14.2 Murid dilarang membuli murid lain di media sosial (cyber bully).


15BAHAGIAN B: SALAH LAKU MURIDKATEGORI KES DAN PERINCIAN KESA TINGKAHLAKU JENAYAHBerjudiMencuriMelawan/mengancam/memukul/mencederakan guruMelawan/mengancam/memukul/mencederakan kakitangan dan pekerja bukan guruMelawan/mengancam/memukul/mencederakan MuridMemeras ugutGengsterismeMenganggotai kumpulan gangsterismeMerekrut murid menjadi ahli gengsterismeBergaduh/ bersubahat dengan pergaduhan/punca pergaduahn berlaku Merusuh/Punca rusuhan berlaku/ bersubahat dalam merusuhMemiliki/menawarkan/membekal/menjual/menggunakan bahan letupanMemiliki/menawarkan/membekal/menjual/menggunakan bahan kakisanMemiliki/menawarkan/membekal/menjual/menggunakan senjataB BARANG LARANGANPemetik ApiPeralatan yang berkaitan seksualMancisMinuman MemakbukkanMinuman BeralkoholSenjata TajamSenjata BerbahayaSenjata ApiSebarang bentuk alatan media elektronik dan apa jua jenis alat komunikasiPeralatan yang mengancam keselamatanBahan baccan atau tontonan lucahBahan bacaan berunsurkan tahyulAlatan yang mendorong kapada budaya vandalismeBarang kemas dan aksesoriPakaian yang melambangkan pertubuhan eksrimPakaian yang tidak menepati peraturanBarang kosmetikHaiwan peliharaanKondomPeralatan mengintipDrone


16KATEGORI KES DAN PERINCIAN KESC KESALAHAN ASRAMATidak memakai pakaian khas semasa keluar asramaPonteng solat jemaah/aktiviti kerohanianSengaja tidak mematuhi jadual makan yang telah ditetapkan oleh asramaPonteng kelas persediaan/prepLarangan aktiviti sewaan dan berjual beli barangan dan perkhidmatan dalam kawasan asrama tanpa kebenaran pengurusanLarangan menawarkan perkhidmatan dan sewaan dalam kalangan warga asramaMembawa atau menyimpan atau menggunakan barang larangan dalam kawasan asrama tanpa kebenaranSengaja pulang lewat ke asramaPonteng aktiviti asramaKeluar asrama tanpa kebenaranPonteng asramaBermain dalam dormVandalisme Menceroboh kawasan laranganMenyalahgunakan kemudahan dan peralatan asramaBerkongsi tempat tidurMembawa masuk makanan basah dari luar ke dalam asramaMelakukan pembaziran tenaga elektrik atau airMengotorkan kawasan asramaSengaja tidur dalam kelas semasa kelas persediaan/prepTidak menghormati warden, staf asrama dan pekerja kontrakTidak menghormati pemimpin/exco dan murid asramaMengubah susun atur perabot dan peralatan asramaPindah dorm tanpa kebenaranMengganggu ketenteraman penghuni asramaIngkar arahan warden/penyelia asramaMemesan makanan basah secara dalam talian oleh ibu bapa/penjaga/muridMenconteng dinding bangunan asramaTidur katil lain tanpa kebenaranD SALAH LAKU BULIBuli bahasa/fizikal kepada muridBuli bukan lisanBuli siberE SALAH LAKU ROKOKMemiliki/membekal/menjual/menghisap/menyimpan rokokMembeli/mengiklankan/menawarkan dan menawarkan rokok


17KATEGORI KES DAN PERINCIAN KESF SALAH LAKU ROKOK ELEKTRONIKMengiklankan/menawarkan/menghisap rokok elektronik/vapeMemiliki/menyimpan/membekal/menjual cecair rokok elektronik/vapeMembeli/mengiklankan/menawarkan cecair rokok elektronik/vapeMemiliki/menyimpan/membekal/menjual perkakasan berkaitan rokok elektronik/vapeMembeli/mengiklankan/menawarkan perkakasan berkaitan rokok elektronik/vapeMemiliki/menyimpan/membekal/menjual rokok elektronik/vapeMembeli rokok elektronik/vapeG SALAH LAKU TELEFON BIMBITMembawa/menggunakan telefon bimbit ke dalam kawasan sekolahMenyalahgunakan fungsi telefon bimbitUrus niaga yang telah melibatkan telefon bimbitH SALAH LAKU PONTENGPonteng sekolahPonteng kelasPonteng aktiviti aktiviti kokurikulum/kelas tambahanPonteng Ujian/PeperiksaanPonteng Acara Rasmi SekolahPonteng PerhimpunanPonteng sesi kaunselingPonteng solat/aktiviti kerohanianI TINGKAH LAKU LUCAHBercumbuanBerkhalwat Membawa bahanMengintaiMenggunakan/menulis kata-kataMelukis dan menulis kata dan gambar lucahMenonton video LucahMemeluk Murid lain JantinaMengedar/membekal/menjual/memiliki bahan lucahMenawarkan dan berkongsi bahan lucahMengiklankan bahan lucahMelakukan perbuatan lucahMelukis gambar lucahBerdua-duan yang menimbulkan syakJ TINGKAH LAKU KURANG SOPAN/BIADAPBiadap kepada guru


18KATEGORI KES DAN PERINCIAN KESBiadap kepada muridBiadap kepada kakitangan dan pekerja bukan guruBiadap kepada tetamuMembuang sampah merata-rataIngkar arahan guruIngkar arahan pengawasMeludah di tempat tidak sepatutnyaMembuang air kecil atau air besar merata-rataMembuang apa-apa objek dalam lubang/mangkuk tandasTidak menghormati lagu kebangsaan/lagu rasmi negeri/lagu sekolah/ikrar rukun negaraTidak menghormati rumah ibadatTidak menghormati agamaK SEKSUALKomunikasi secara seksualPengantunan kanak-kanakAmang seksual secara fizikalAmang seksual bukan fizikal atas kanak-kanak Rogol Rogol statutoriSumbang mahramMeliwatCabul Melakukan seks menggunakan objekLesbian/gay/transgender/bisexsual/pekerja seksL VANDALISMEMerosakkan harta benda sekolahMerosakkan harta benda asramaMerosakkan harta benda kantinMerosakkan peralatan bilik-bilik khasMerosakkan tanaman tumbuhan/tanaman hiasan ( landskap)Menconteng dinding bangunan sekolahMenconteng dinding bangunan asramaMerosak/mengoyak/menconteng bukuMerosakkan peralatan sukanMerosakkan kenderaan Pengetua/ Guru/Kakitangan dan pekerja bukan guru/pelawatMerosakkan harta / kenderaan MuridM TINGKAH LAKU TIDAK AMANAHTidak amanahBerbohong


19KATEGORI KES DAN PERINCIAN KESTidak bertanggungjawabTidak jujurMembuat/menyebar fitnahMeniruSubahat Plagiat/ciplakN KENAKALANMenunggang motosikal/basikal dalam kawasan sekolahMasuk tandas berlainan jantinaSengaja membunyikan loceng kecemasanMenggangu semasa pengajaran dan pembelajaranTidak ikut giliran/ berebut rebut/bertolak tolakMembawa/bermain mercunMengubahsuai pendawaian elektrikKeluar kawasan sekolah/asrama tanpa kebenaranBermain dalam dormMelanggar peraturan asramaPerbuatan/perkataan yang mencemarkan nama baik institusi pendidikanMenunggang basikal eletrik dalam kawasan sekolahMenyalahgunakan alat pemadam apiTerjun dari tempat tinggi kerana kenakalanMasuk tandas untuk murid berkeperluan pendidikan khasMasuk dan menggunakan tandas guruMakan dalam kelas tanpa kebenaranMenceroboh kawasan laranganBerada dalam kawasan sekolah semasa tempoh hukuman gantung atau buang sekolahBerada dalam kawasan sekolah melebihi ketetapan yang dibenarkan bagi peperiksaan semasa tempoh hukuman buang sekolahBermain daun terup dalam kawasan sekolahBermain dalam kelas/bilik khasBerebut-rebutBertolak-tolakMenyalahgunakan kemudahan dan peralatan sekolahBermain/menjual/membekal mercun atau bunga apiMelakukan aktiviti tanpa pengaeasan guruMenyalahgunakan gelunh jos kebakaranTidak menyiapkan nota/latihan/tugasanKeluar kelas tanpa kebenaranMasuk dan menggunakan tandas kakitangan


20KATEGORI KES DAN PERINCIAN KESMenggunakan kemudahan peralatan sekolah tanpa kebenaranMakan atau minum di dalam tandasMelanggar peraturan yang ditetapkan di bilik khasMakan bekalan makanan dan minuman rakan murid tanpa kebenaranMemandu kenderaan dalam kawasan sekolahO TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASALewat ke sekolahLewat ke perhimpunanLewat masuk kelas/bilik khas/kelas persediaanLewat datang aktiviti kokurikulumLewat datang aktiviti luar kelas/kelas tambahanP KEKEMASAN DIRIBerkuku panjangMewarna kuku/ berinaiBerambut panjangRambut berfesyenBermisai/berjanggutMemakai pakaian tidak mengikut peraturanMemakai barang kemasMencukur bulu keningMemakai alat solekMemakai tali pinggang yang tidak dibenarkanMewarna rambutTidak memakai anak baju (camisole)Memakai pakaian yang sendat dan jarangMemakai pakaian yang memaparkan unsur negatifMemakai selipar tanpa kebenaranTidak memakai lencana sekolahTidak memakai tanda namaMemakai sandal tanpa kebenaranMemakai aksesori perhiasanTidak memakai coliTidak memakai kain dalamTidak memakai seluar dalamMemakai kanta lekap yang berfesyenMemakai kopiahQ PENGLIBATAN POLITIKMemiliki/membawa/memalai barang atau bahan berkaitan politikPenglibatan dalam perhimpunan/perarakan politik


21KATEGORI KES DAN PERINCIAN KESMerayu undi dalam pilihanrayaMenyebar penulisan/dokumen/propaganda politikR KESALAHAN SIBERGangguan seksual Perkataan/perbuatan lucahPerbuatan/perkataan yang mencemarkan nama sekolahIsu perkaumanPenyebaran berita palsuTidak menghormati negara MalaysiaPenularan video/gambar yang boleh mengaibkan seseorangKata-kata kesatPerkataan/perbuatan yang menyebabkan provokasiFitnah Judi siberPenipuan siberMenggodam mana-mana program/sistem/aplikasi/data yang disimpanTidak menghormati negara lainTidak menghormati negeri di MalaysiaTidak menghormati sekolah/daerahS KES KHASBertatooCubaan membunuh diriHamil dengan ikatan yang sahLumba haram (basikal/kenderaan air/kereta/motosikal)Kemalangan luar sekolahMencederakan diri sendiriPenyalahgunaan racunKemalangan dalam sekolahLari dari rumah/pusat jagaanAjaran militanMembunuh diriAjaran sesatBerkahwinKematianMangsa buliMangsa jenayah seksualMangsa penderaanHamil tanpa ikatan perkahwinan yang sahMelahirkan anakMenggugurkan kandunganTangkapan pihak berkuasaCulik


22BAHAGIAN C: LAMPIRAN1. GAYA RAMBUT BAGI MURID LELAKI DAN MURID PEREMPUAN ❖ Potongan rambut tidak boleh berfesyen seperti rambut “punk’,diwarnakan, berekor, terjuntai di hadapan dan memakai jeli dengan tujuan fesyen.


232. ETIKA PAKAIAN SEKOLAH BAGI MURID LELAKI DAN MURID PEREMPUAN KAIN BEWARNA BIRU CERAHKASUT HITAM/PUTIHJENIS CANVASLENCANA SEKOLAHDAN TANDA NAMATUDUNG BEWARNAPUTIHBAJU KURUNGBEWARNA PUTIHANAK TUDUNG BEWARNA PUTIHSTOKIN MENGIKUT WARNA KASUTTALI LEHERLENCANA SEKOLAH DAN TANDA NAMAKASUT HITAM/PUTIH JENIS CANVASTALI PINGGANGSELUAR WARNA HIJAU TUASTOKIN MENGIKUT WARNA KASUTBAJU KEMEJA BERWARNA PUTIH


243. ETIKA PAKAIAN SUKAN/KOKURIKULUM BAGI MURID LELAKI DAN MURID PEREMPUAN BAJU KOKURIKULUM ATAU BAJU SUKAN SEKOLAHTRACK SUIT PANJANG WARNA HITAM ATAU BIRU GELAPKASUT SEKOLAHSTOKIN MENGIKUT WARNA KASUT SEKOLAHBAJU KOKURIKULUM ATAU BAJU SUKAN SEKOLAHTRACK SUIT PANJANG WARNA HITAM ATAU BIRU GELAPSTOKIN MENGIKUT WARNA KASUT SEKOLAHKASUT SEKOLAHTUDUNG PUTIH


254. PEMAKAIAN LENCANA DAN TANDA NAMA SEKOLAH SERTA PEMAKAIAN LENCANA JALUR GEMILANG


26


Click to View FlipBook Version