The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KAMSHA UMI BINTI KAMLUN Moe, 2024-03-07 09:45:52

BUKU PERATURAN SEKOLAH SMK Bahang 2024

BUKU PERATURAN SEKOLAH SMK Bahang 2024

1 BAB 1 MISI DAN VISI MISI Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara VISI Pendidikan berkualiti insan terdidik negara terjamin


2 PIAGAM PELANGGAN Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang, Penampang dengan penuh tekad dan iltizamakan: 1. Menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk merealisasikan kecemerlangan pendidikan. 2. Membimbing dan mendidik murid agar bersahsiah mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 3. Menjadikan murid berilmu, berfikiran matang, berdaya saing, kreatif, inovatif, produktif dan berketerampilan ke arah mencapai matlamat negara. 4. Mendidik murid untuk mencapai kecemerlangan ilmu dan akhlak. 5. Mewujudkan suasana iklim sekolah yang bersih, ceria, menarik, selamat dan harmoni. 6. Berusaha untuk meningkatkan kualiti dan budaya kerja dengan cekap, jujur, amanah dan sistematik. 7. Melahirkan kesedaran dalam kalangan warga pendidik dan kakitangan sokongan bahawa bekerja itu adalah satu kewajipan 8. Menjalinkan hubungan yang akrab dan harmoni dalam kalangan warga sekolah dengan komuniti. 9. Menyantuni tetamu yang berurusan dengan pihak sekolah.


3 FALSAFAH DAN BUDAYA SEKOLAH FALSAFAH SEKOLAH Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang, Penampang adalah satu iltizam untuk mengembangkan potensi murid-murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan supaya dapat melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berwawasan dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan diri, kesejahteraan masyarakat dan kegemilangan negara. BUDAYA SEKOLAH • Warganya saling menghormati • Warganya berasa selamat tidak terancam luaran dan dalaman • Belajar erti tanggungjawab terhadap segala perbuatan • Setiap individu adalah istimewa dan mempunyai nilai diri yang tinggi • Memperoleh sumber ilmu bagi menguasai kepelbagaian penyelesaian masalah • Sumbangan murni setiap individu memberi impak yang besar • Sebarang masalah ditangani secara aman dan damai • Berusaha demi kecemerlangan akademik dan kokurikulum • Memupuk amalan menghargai dan menjaga persekitaran agar sihat dan indah


4 LAGU KEBANGSAAN Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup bersatu dan maju Rahmat bahgia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta NEGERI SABAH Sabah tanah airku Negeri kita yang tercinta Pemuda pemudi Semua marilah Bangunlah bersatu semua Marilah bersama serta maju jaya Merdeka sepanjang masa Bersatu segala bangsa sentosa Sabah negeri merdeka


5 LAGU SEKOLAH Kami anak warisan Harapan bangsa dan Negara Berusaha dan berjaya Menuju cita-cita SMK Bahang Penampang Sekolah kami yang tercinta Bersama para pendidik Menuju kejayaan Kami usaha kami berjaya Berpandukan rukun Negara Cogan kata kami yang indah Memberikan semangat waja Bersama berpimpin tangan Merentang segala rintangan Disiplin pegangan kami Berjaya selamanya


6 IKRAR MURID Saya, …………………………………………., murid Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang, dengan penuh kesedaran mengaku bahawa saya: Menumpukan taat setia kepada Raja, Negara dan Perlembagaan Negara Malaysia, bertanggungjawab meningkatkan imej sekolah, bertanggungjawab menjadi murid yang berdisiplin tinggi, bertanggungjawab mencapai objektif sekolah iaitu: Kecemerlangan sahsiah Kecemerlangan akademik Kecemerlangan kokurikulum Dengan ini saya berikrar akan: Mengamal dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara Belajar bersungguh-sungguh Mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah Aktif dalam kegiatan sekolah Menghormati guru dan seluruh warga sekolah Sesungguhnya inilah ikrar saya selama saya menjadi murid di sekolah ini. Tingkatan: ........................... ....................................................................... Tandatangan Nama murid: ....................................................................... Tahun: .................................. Disaksikan oleh: ....................................................................... Tandatangan Nama Guru: ………………………………………………… NOTA: Ikrar ini akan dilafazkan dalam perhimpunan dan akan ditandatangani oleh murid dalam kelas masing-masing dengan disaksikan oleh Guru Tingkatan.


7 BAB 2 PERIHAL TINDAKAN-TINDAKAN BAGI PELBAGAI KESALAHAN / PERLAKUAN Catatan: Setiap kesalahan wajib dirujuk dengan pihak Kaunseling Sekolah. A Tingkah Laku Jenayah Kod Jenis Kesalahan Rujukan Tindakan A101 Berjudi Pek. Iktisas Bil. 9 / 1975 SPI Bil. 9/1977 SPI Bil 16/1998 SPI Bil.11/2000 SPI Bil 8/2001 SPI Bil 4/2010 SPI Bil 7/2011 KPM 600- 17/1/21 Jld.17 (46) / 6/1/2024 (Kesalahan Kali Pertama) 1. Nasihat oleh Guru Kaunseling / Agama 2. Pengakuan Bertulis Murid Dan ditandatangani Ibu Bapa Penjaga 3. Amaran Lisan (SSDM) (Kesalahan Mencuri: Gantirugi) (Kesalahan Kali Kedua) 1. Nasihat oleh Guru Kaunseling / Agama 2. Pengakuan Bertulis Murid Dan ditandatangani Ibu Bapa Penjaga 3. Amaran (Surat) (Kesalahan Mencuri: Gantirugi) (Kesalahan Kali Ketiga) 1. Nasihat Oleh Guru Kaunseling / Agama 2. Pengakuan Bertulis Murid Dan ditandatangani Ibu Bapa Penjaga 3. Hukuman Rotan (Kesalahan Mencuri: Gantirugi) (Kesalahan Kali Keempat) 1. Nasihat Oleh Guru Kaunseling / Agama 2. Pengakuan Bertulis Murid Dan ditandatangani Ibu Bapa Penjaga 3. Hukuman Gantung Sekolah / Buang Persekolahan (Kesalahan Mencuri: Gantirugi) Nota: Sebarang hukuman adalah menjadi hak Pengetua dan boleh diturunkan kepada mereka yang menjalankan tugas sebagai wakil atau Pemangku Pengetua. A102 Mencuri A103 Memukul/ Mencederakan/ Melawan Guru A104 Mengancam / Memukul Mencederakan/ Melawan Kakitangan A105 Mengancam / Memukul Mencederakan Pengawas A106 Peras Ugut (Kesalahan Kali Pertama) 1. Nasihat oleh Guru Kaunseling / Agama 2. Pengakuan Bertulis Murid Dan ditandatangani Ibu Bapa Penjaga 3. Amaran Lisan (SSDM) (Lapor Kepada Polis (Jika Bersenjata) / Ppd) (Kesalahan Kali Kedua) 1. Nasihat oleh Guru Kaunseling / Agama 2. Pengakuan Bertulis Murid Dan ditandatangani Ibu Bapa Penjaga 3. Amaran (Surat) (Lapor Kepada Polis (Jika Bersenjata) / Ppd) (Kesalahan Kali Ketiga) 1. Nasihat Oleh Guru Kaunseling / Agama 2. Pengakuan Bertulis Murid Dan ditandatangani Ibu Bapa Penjaga 3. Hukuman Rotan (Lapor Kepada Polis (Jika Bersenjata) / Ppd) (Kesalahan Kali Keempat) 1. Nasihat Oleh Guru Kaunseling / Agama 2. Pengakuan Bertulis Murid Dan ditandatangani Ibu Bapa Penjaga 3. Hukuman Gantung Sekolah / Buang Persekolahan (Lapor Kepada Polis (Jika Bersenjata) / Ppd) Nota: Sebarang hukuman adalah menjadi hak Pengetua dan boleh diturunkan kepada mereka yang menjalankan tugas sebagai wakil atau Pemangku Pengetua. A107 Gengsterisme/ Menyertai/ Kumpulan Haram/ Kongsi Gelap A 108 Bergaduh (Besar/ Kecil) A109 Membawa Senjata Tajam/ Berbahaya A110 Dadah


8 B Buli Kod Jenis Kesalahan Rujukan Tindakan B101 Buli Lisan (Buli Bahasa) LN 61/59 20.2.1959 SPI Bil 8/2010 SPI KPM Bil 12/2023 (Kesalahan Kali Pertama) 1. Nasihat oleh Guru Kaunseling / Agama 2. Pengakuan Bertulis Murid Dan ditandatangani Ibu Bapa Penjaga 3. Penahanan Satu Tahun daripada Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Sekolah kecuali ujian pentaksiran dan peperiksaan sekolah. 4. Rotan 1 kali /Amaran Keras (Surat) (Kesalahan Kali Kedua) 1. Nasihat oleh Guru Kaunseling / Agama 2. Pengakuan Bertulis Murid Dan ditandatangani Ibu Bapa Penjaga 3. Penahanan Satu Tahun daripada Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Sekolah kecuali ujian pentaksiran dan peperiksaan sekolah. 4. Rotan 2 kali /Amaran Keras (Surat) (Kesalahan Kali Ketiga) 1. Nasihat oleh Guru Kaunseling / Agama 2. Pengakuan Bertulis Murid Dan ditandatangani Ibu Bapa Penjaga 3. Penahanan Satu Tahun daripada Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Sekolah kecuali ujian pentaksiran dan peperiksaan sekolah. 4. Rotan 3 kali / Hukuman Gantung Sekolah (Kesalahan Kali Keempat) 1. Nasihat Oleh Guru Kaunseling / Agama 2. Pengakuan Bertulis Murid Dan ditandatangani Ibu Bapa Penjaga 3. Buang Persekolahan # Mengambil kira hukum adat boleh diguna pakai di negeri Sabah (Lapor Kepada Polis (Jika Bersenjata) / Ppd) Nota: Sebarang hukuman adalah menjadi hak Pengetua dan boleh diturunkan kepada mereka yang menjalankan tugas sebagai wakil atau Pemangku Pengetua. B102 Buli Fizikal (Buli Fizikal) B103 Buli Bukan Lisan (Buli Isyarat) B104 Buli Siber (Buli Perhubungan) NOTA: Jenis kesalahan dalam kurungan merupakan tafsiran jenis kesalahan terdahulu dan SSDM.


9 C Rokok/ Vape Kod Jenis Kesalahan Rujukan Tindakan C101 Memiliki Dan Menyimpan Rokok / Vape Dan Apa-Apa Peralatan Yang Berkaitan LN 61/59 20.2.1959 SPI Bil 4/1997 SPI Bil 5/1997 Surat Siaran KPM Bil 17 Tahun 2015 Kali Pertama : Rotan 1 Kali Kali Ke-2 . : Rotan 2 Kali Kali Ke-3 . : Rotan 3 Kali Kali Ke-4. : Gantung Persekolahan (Selama Tempoh Tidak Melebihi 14 Hari) Kali Ke-5 : Buang Sekolah #Rokok, Vape dan ap a-apa peralatan yang berkaitan tidak akan dikembalikan dan akan dimusnahkan C102 Membekal Dan Menawarkan Rokok/ Vape Dan Apa-Apa Peralatan Yang Berkaitan C103 Menjual Dan Mengedar Rokok/ Vape Dan Apa-Apa Peralatan Yang Berkaitan C104 Menghisap Rokok/ Vape D Ponteng /Ketidakhadiran Ke Sekolah Kod Jenis Kesalahan Rujukan Tindakan D101 Ponteng Sekolah LN 61/59 20.2.1959 SPI Bil 6/ 1995 Kali Pertama: Amaran Lisan oleh guru yang bertanggungjawab dan SSDM. Kali Ke-2 : Surat Amaran Pertama dan ibu bapa dipanggil oleh Guru Kelas. Kali Ke-3 : Amaran Kali Kedua Kali Ke-4 : Amaran Kali Ketiga Kali Ke-5 : Gantung Sekolah tidak melebihi 14 hari Kali Ke-6 : Cadangan Buang Sekolah kepada PPD D102 Ponteng Kelas (Semua) D103 Ponteng Aktiviti Kokurikulum (Tindakan: Guru Penasihat) D105 Ponteng Acara Rasmi Sekolah (Tindakan: Guru Kelas) D106 Ponteng Perhimpunan (Tindakan: Guru Kelas) D104 Ponteng Ujian/ Peperiksaan (Tindakan: Guru Kelas) Kali Pertama : Amaran Keras Kali Pertama Kali Ke-2 : Gantung 1 Minggu (7 Hari) Kali Ke-3 : Gantung 2 Minggu (Tidak melebihi 14 Hari) Kali Ke-4 : Cadangan Buang Sekolah Kepada PPD


10 E Tingkah Laku Lucah Kod Jenis Kesalahan Rujukan Tindakan E101 Bercumbuan LN 61/59 20.2.1959 Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual di Ins. KPM 2023 SPI Bil 13/2023 Murid dan Ibu Bapa menandatangani Surat Aku Janji Sesi Kaunseling Dirujuk kepada Guru Agama Kali Ke-1: Rotan 1 Kali Kali Ke-2: Rotan 2 Kali Kali Ke-3: Rotan 3 Kali Kali Ke-4: Gantung Tidak melebihi 14 Hari Kali Ke-5: Buang Sekolah E102 Berkhalwat E103 Membawa Bahan Lucah E104 Mengedar Bahan Lucah E105 Mengintai E106 Menggunakan Kata/ Perbuatan Lucah/ Gangguan Seksual E107 Melukis Dan Menulis Kata-Kata Dan Gambar Lucah E108 Menonton Vcd/ Filem Lucah E109 Memeluk Murid Lain Jantina E110 Berdua-Duaan Yang Menimbulkan Syak F Tingkah Laku Kurang Sopan/ Biadap Kod Jenis Kesalahan Rujukan Tindakan F101 Biadap Kepada Guru LN 61/59 20.2.1959 SPI Bil. 8/ 1983 Kali Pertama: Amaran Keras Kali Pertama Kali Ke-2 : Gantung 1 Minggu (7 Hari) Kali K e-3 : Gantung 2 Minggu (Tidak melebihi 14 Hari) Kali Ke-4 : Cadangan Buang Sekolah kepada PPD F102 Biadap Kepada Kakitangan F103 Biadap Kepada Tetamu F104 Berkelakuan Kasar Kepada Murid F105 Berbahasa Kesat/ Kasar Kepada Murid F106 Meminum/ Membeli/ Menyimpan/ Mengedar Minuman Yang Memabukkan F107 Membuang Sampah Merata-Rata F108 Ingkar Arahan Guru F109 Ingkar Arahan Pengawas/ Ketua Kelas/ Pen. Ketua Kelas F110 Meludah Di Tempat Yang Tidak Sepatutnya


11 G Kesalahan Vandalisme Kod Jenis Kesalahan Rujukan Tindakan G101 Merosakkan Harta Benda Sekolah SPI Bil. 8/ 2003 Amaran Dan Membayar Ganti Rugi/ Upah Membaiki #Kaunseling G102 Merosakkan Harta Benda Kantin G103 Merosakkan Peralatan Bilik-Bilik Khas G104 Merosakkan Tanaman Tumbuhan/ Hiasan G105 Menconteng Dinding Bangunan Sekolah G106 Merosak/ Mengoyak/ Menghilangkan Buku Spbt G107 Merosakkan Peralatan Sukan G108 Merosakkan Harta/ Kenderaan Pengetua/ Guru/ Kakitanga/ Warga Sekolah/ Sekolah G109 Merosakkan Harta Murid H Tingkah Laku Tidak Amanah Kod Jenis Kesalahan Rujukan Tindakan H101 Pecah Amanah SPI Bil. 9/ 1975 Panggil Ibu Bapa Penjaga Amaran Dan Membayar Ganti Rugi H102 Berbohong H103 Tidak Bertanggungjawab H104 Tidak Jujur J Kenakalan Kod Jenis Kesalahan Rujukan Tindakan J101 Menunggang Motosikal/ Kereta Di Kawasan Sekolah (Tanpa Lesen) SPI Bil. 9/ 1975 Tandatangan Akuan Janji Kali Pertama: Amaran Keras Kali Pertama Kali Ke-2 : Gantung 1 Minggu (7 Hari) Kali Ke-3. : Gantung 2 Minggu (Tidak melebihi 14 Hari) J102 Masuk Tandas Berlainan Jantina J103 Sengaja Membunyikan Loceng Kecemasan Dan peralatan Bomba J104 Mengganggu Semasa Pengajaran Dan J105 Pembelajaran Tidak Ikut Giliran/ Berebut-Rebut/ BertolakJ106 Tolak Membawa/ Bermain J107 Mercun Mengubahsuai Pendawaian Elektrik J108 Keluar Kawasan Sekolah Tanpa Kebenaran


12 K Tidak Mementingkan Masa Kod Jenis Kesalahan Rujukan Tindakan K101 Lewat ke sekolah SPI Bil. 9/ 1975 Kali 1: Amaran Lisan oleh Guru Bertugas, Rekodkan dalam Buku oleh Pengawas, Kali 2: Amaran 1, Kerja Amal Kali 3: Amaran 2 Kali 4: Gantung (Tidak melebihi 14 Hari) K102 Lewat ke perhimpunan K103 Lewat masuk kelas K104 Lewat datang aktiviti luar kelas/ kokurikulum L Kekemasan Diri Kod Jenis Kesalahan Rujukan Tindakan L101 Kuku panjang SPI Bil. 2/1976 SPI Bil 2/1977 SPI Bil 12/1978 SPI Bil 6/1993 SPI Bil 2/1996 SPI Bil 6/1993 SPI KPM Bil 10 Tahun 2018 Amaran Lisan dan Merampas barang kemas dan peralatan alat solek serta sebarang peralatan yang boleh mencederakan dan dijadikan senjata. Hubungi Ibu Bapa Penjaga. Nota: Jika berulang murid akan direkod dalam kategori ingkar arahan guru. L103 dan L104: Murid akan diminta potong rambut di sekolah (Pusat Gunting Rambut Khas / Bilik Disiplin; Ops Ceria) L102 Kuku berwarna/ inai L103 Rambut panjang/berfesyen L104 Bermisai/ berjanggut L105 Pakaian tidak mengikut peraturan L106 Pakai barang kemas L107 Mencukur kening L108 Pakai alat solek L109 Bertatu M. Penglibatan politik Kod Jenis Kesalahan Rujukan Tindakan M101 Terlibat perhimpunan/perarakan politik SPI Bil 8/1973 SPI Bil 5/1999 Amaran lisan Hubungi Ibu Bapa Penjaga M102 Merayu undi dalam pilihanraya M103 Sebar penulisan/dokumen /propaganda politik


13 N Lain Lain Kod Jenis Kesalahan Rujukan Tindakan N101 Membawa telefon bimbit SPI Bil 2/2009 Kali Pertama :Rampas dan hanya Ibu Bapa sahaja yang dibenarkan untuk ambil. Kali Ke-2 : Telefon murid dirampas, hanya boleh diambil pada hujung tahun iaitu sebelum cuti ujung Tahun Berakhir. N102 Meniru dalam ujian /peperiksaan (Dan memberi tiru) SPI Bil 8/1983 1. Peperiksaan itu dibatalkan (tiada markah diberi) 2. Surat kepada ibu bapa P Kes Khas Kod Jenis kesalahan Rujukan Tindakan P101 Hidu bahan inhalan (dadah yang bukan preskripsi doktor) SPI Bil 8/1983 SPI Bil 9/2001 SPI Bil 7/ 2011 Maklumkan Ibu Bapa. Tindakan Ibu Bapa. Nota: Pihak sekolah akan menghubungi pihak berwajib (Bomba, Ambulan, Pihak Polis) untuk tindakan selanjutnya. P102 Cedera diri sendiri P103 Cubaan membunuh diri P104 Terjun bangunan P105 Penyalahgunaan racun P106 Hamil P107 Lumba haram P108 Kemalangan dalam sekolah P109 Lari dari rumah (sekolah) P110 Ajaran sesat / militan Salah laku jenayah*sebarang salah laku yang berbentuk jenayah perlu dilaporkan kepada pihak polis. (surat pekeliling ikhtisas bil. 3/1993) PERINGATAN 1. Jika mana-mana seseorang murid itu didapati bersubahat melakukan kesalahan seperti di atas, maka tindakan ke atasnya adalah sama seperti tindakan ke atas pelaku atau menurut budi bicara Pengetua. 2. Jika mana-mana seseorang murid itu melakukan sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai melakukan kesalahan, dan kesalahan itu tidak tercatat seperti di atas, maka tindakan ke atasnya adalah mengikut budi bicara pengetua. 3. Tindakan yang dikenakan tidak semestinya mengikut urutan dan boleh dilaksanakan mengikut budi bicara Pengetua.


14 BAB 3 PERATURAN-PERATURAN AM SEKOLAH Bil. Perkara Catatan 1 Waktu persekolahan Waktu PdP (Isnin-Jumaat) a) Sesi pagi : 6.50 pagi - 12.20 tengah hari (Isnin – Khamis) 6.50 pagi - 11.20 pagi (Jumaat) b) Sesi petang : 11.30 pagi - 5.50 petang (Isnin – Khamis) 1.00 petang - 5.50 petang (Jumaat) c) Kelas tambahan / Nilam (Sesi Petang) bermula 11.30 pagi Waktu kokurikulum (setiap hari Rabu) a) Sesi petang : 9.00 pagi - 12.00 tgh hari b) Sesi pagi : 1.00 petang - 4.00 petang *Murid-murid yang datang lewat tanpa sebab yang munasabah boleh diambil tindakan tatatertib oleh pihak sekolah. *Murid-murid yang pulang ke rumah sebelum tamat waktu persekolahan tanpa kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan atau guru bertugas boleh diambil tindakan tatatertib. *Murid dilarang meninggalkan kawasan sekolah ketika sesi persekolahan tanpa kebenaran Pengetua, Penolong Kanan atau Guru Bertugas. *Ketua Kelas atau Penolong Ketua Kelas adalah bertanggungjawab sepenuhnya menjaga disiplin kelas semasa ketiadaan guru berkenaan. *Bilik darjah/kelas tidak boleh digunakan sebagai tempat makan. *Murid-murid dilarang berniaga di sekolah tanpa kebenaran Pengetua. *Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan dan mewujudkan suasana tenteram di kantin sekolah. 2 Pakaian Seragam dan potongan rambut a ) Pakaian murid lelaki PERINGATAN: a) Murid-murid lelaki dilarang melepas baju keluar sama ada sebelum, semasa atau selepas waktu persekolahan. b) Kasut hitam stokin hitam. Kasut putih stokin putih. c) Tali pinggang berwarna gelap bergancu (buckle) kecil. *stokin mesti melebihi aras buku lali


15 b ) Pakaian murid perempuan *stokin yang dipakai mestilah melebihi aras buku lali * Kasut hitam stokin hitam. Kasut putih stokin putih. *Murid perempuan yang beragama Islam wajib memakai tudung.


16 3. Gaya potongan rambut murid lelaki *murid lelaki mesti berambut pendek (potongan 3-2-1), tidak berwarna dan tidak berfesyen. *murid tidak dibenarkan menyimpan misai dan janggut.


17 4. Gaya rambut murid perempuan a) b) *aksesori rambut (getah, pengepit) mestilah berwarna HITAM. (Murid perempuan perlu memakai tali leher) 5. Murid Pendidikan Khas a) Pakaian murid pendidikan khas: i) Murid perempuan memakai baju hijau muda dan skirt hijau tua. Tudung hijau muda (pelajar muslim) Lencana sekolah Tanda nama Baju kurung hijau muda Kain sarung hijau tua Kasut sekolah hitam (stokin hitam) atau putih (stokin putih) K


18 ii) Murid lelaki memakai baju hijau muda dan seluar hijau tua iii) Murid inklusif memakai pakaian yang sama dengan murid Perdana (Tanda Nama berbeza). b) Semua peraturan disiplin sekolah wajib diikuti oleh murid pendidikan khas 6. Keselamatan pada waktu kecemasan a) Isyarat Kecemasan • Apabila berlaku kecemasan (kebakaran dan seumpamanya) loceng akan dibunyikan panjang 3 kali berturut-turut sehingga murid dibenarkan keluar. b) Tindakan apabila mendengar Isyarat Kecemasan • Semua murid yang berada di dalam kelas khasnya dan di dalam bangunan amnya hendaklah segera berbaris meninggalkan kelas/bilik masing-masing untuk berkumpul di kawasan lapang (padang). • Guru-guru yang berada di kelas dengan bantuan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan bertanggungjawab memastikan:- – Semua murid meninggalkan kelas – Murid-murid bergerak ke padang mengikut laluan yang ditetapkan dan dalam keadaan tenang dan teratur. 7. Murid sakit a) Murid yang sakit ringan tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah untuk mendapat rawatan dalam waktu persekolahan. b) Murid-murid yang sakit teruk: i) Sekiranya keadan tidak mengizinkan, para murid dibenarkan pulang bersama-sama ibu bapa dengan mengisi borang rawatan di pejabat. 8. Kehadiran murid ke sekolah di luar waktu persekolahan a) Murid-murid yang datang ke sekolah di luar waktu persekolahan dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang kemas atau T-shirt sekolah dan berpakaian sopan. b) Murid-murid dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah hingga pukul 6.00 petang sahaja. Sekiranya ada latihan Rumah Sukan pada waktu petang haruslah dengan pengawasan Guru Rumah Sukan. 9. Tandas dan bilik air a) Murid-murid dikehendaki menggunakan tandas dan bilik air yang disediakan untuk murid-murid sahaja. b) Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan tandas guru/pejabat. c) Kebersihan dan lain-lain yang berkaitan dengan tandas dan bilik air adalah tanggungjawab murid-murid yang menggunakannya. Tali leher sekolah Lencana sekolah Tanda nama Baju kameja hijau muda Seluar hijau tua Kasut sekolah hitam (stokin hitam) atau putih (stokin putih) K


19 10 Kegiatan kokurikulum a) Penyertaan / Keahlian - setiap murid dikehendakai mengambil bahagian dalam gerak kerja kokurikulum sekolah iaitu satu gerak kerja badan beruniform, persatuan dan kelab permainan. b) Kehadiran - kehadiran adalah wajib dan setiap murid dikehendaki hadir dan menyertai kegiatan yang disertainya. c) Pakaian - Berpakaian seragam pasukan untuk pasukan badan beruniform pada setiap hari Rabu d) Buku Laporan Gerak Kerja Kokurikulum - Buku laporan kedatangan hendaklah dibawa setiap kali murid menghadiri gerak kerja kokurikulum yang disertai dan hendaklah diserahkan sendiri kepada guru penasihat untuk ditandatangani. 11. Skim bantuan buku teks a) Tanggungjawab murid terhadap buku teks: i) Semua buku mesti dibalut dengan pembalut plastik atau polythene. ii) Semua bukumesti disimpan dengan baik supaya keselamatannya terjamin. iii) Murid-murid tidak dibenarkan menulis atau melukis apa-apa jua di dalam buku-buku pinjaman. iv) Tukar menukar buku sesama murid tidak dibenarkan. v) Murid dikehendaki memulangkan buku-buku pinjaman masing-masing melalui Guru Tingkatan pada tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh Guru Buku Teks. PERINGATAN: Murid-murid yang tidak mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan berdasarkan kesalahan yang dilakukan. Antara denda yang boleh dikenakan ialah: – menahan buku teks untuk satu jangka masa – denda berbentuk wang – rosak/hilang mesti diganti – menahan pertukaran jika ingin bertukar sekolah – keputusan peperiksaan/pengeluaran sijil-sijil ditahan – ditahan pinjaman buku teks/ditarik balik kelulusan pinjaman 12. Pelawat a) Pelawat tidak dibenarkan menemui murid secara terus tanpa mendapat kebenaran Pengetua/Penolong Kanan terlebih dahulu. b) Pelawat hendaklah melapor diri di kaunter pejabat sekolah dan memberitahu tujuan kedatangan kepada pegawai atau Guru Bertugas. c) Pelawat dikehendaki mencatatkan butiran-butiran penting dalam 'Buku Pelawat'. d) Pegawai atau kakitangan bertugas akan mengaturkan pertemuan tersebut di pejabat atau kantin sekolah. 13. Sumbangan PIBG a) Semua murid dikehendaki menjelaskan sumbangan PIBG yang telah ditetapkan dalam mesyuarat PIBG sekolah secara sekaligus. b) Murid yang bertukar keluar dari sekolah ini, wang sumbangan PIBG tidak akan dikembalikan. 14. Barangan larangan 1. Murid yang membawa barangan berikut akan di rampas: a) liquid paper b) gunting yang panjang c) marker pen d) rubik kiub e) handphone/ smartphone


20 f) anting-anting/ subang g) gelang h) rantai leher 15. Tugas pengawas a) Membantu guru/pihak sekolah untuk melaksanakan peraturan sekolah yang telah ditetapkan kepada murid. b) Membantu murid-murid mematuhi peraturan sekolah. c) Membantu murid-murid berbaris di perhimpunan. d) Sebelum persekolahan bermula: mengawal dipintu masuk dan pastikan murid mematuhi peraturan sekolah. e) Semasa rehat: Mengawal blok-blok supaya tidak dicerobohi. f) Membantu guru mengadakan ‘spot-check’. g) Membantu guru menjayakan acara rasmi. h) Menjadi pemimpin murid ketika menyanyi di perhimpunan. i) Membimbing rakan murid supaya menjadi manusia berguna. 16. Tugas Ketua/ Penolong Kelas a) Memastikan murid-murid masuk ke kelas/tempat pada waktu yang ditetapkan. b) Menjaga kebersihan kelas (mengikut jadual bertugas). c) Melaporkan kepada Penolong Kanan (Penolong Kanan Petang jika guru tidak hadir ke kelas). d) Mengucapkan salam ketika guru masuk ke kelas. e) Memastikan semua murid tidak berada di dalam kelas semasa rehat atau semasa kecemasan. f) Mengarah/membawa murid ke perhimpunan. g) Mencatat jumlah murid yang hadir dan yang tidak hadir Dalam Buku 3H dan Buku Kawalan Kelas. h) Menjalankan tugas yang diarahkan oleh guru. i) Memastikan pintu ditutup/dikunci semasa rehat atau semasa pulang (sesi petang). j) Membuat laporan dalam Rekod Harian Kelas. (Buku 3H) 17. Kes Lewat a) Takrif lewat i) Murid ditakrifkan lewat, jika masuk ke kelas selepas 7.00 pagi (sesi pagi) atau 11.30 petang (Isnin hingga Khamis), 1.00 petang (Jumaat) sesi petang, atau tidak berada pada waktu kedatangan diambil di tempat yang ditetapkan walaupun murid tersebut ada di dalam kawasan sekolah, kecuali jika ada urusan yang munasabah. b) Tindakan i) Murid yang lewat tidak dibenarkan masuk ke kelas oleh guru matapelajaran tanpa surat pengesahan dari Pengetua dan Penolong Kanan Petang. ii) Nasihat/rujuk guru agama/kaunseling (3 kali) iii) Surat kepada ibu bapa (2 kali) iv) Hukuman rotan v) Digantung persekolahan


21 TINDAKAN TERHADAP MURID YANG PONTENG SEKOLAH BERKALI-KALI Pihak sekolah akan mengambil langkah untuk menghantar surat-surat amaran sekiranya murid tidak hadir ke sekolah, mengikut jadual seperti berikut: Surat Hari Tidak Hadir (Berturut-turut) Hadir Tidak Hadir (Bukan Berturut-turut) Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas Amaran Terakhir Jumlah Hari Tidak Hadir 31 Hari 60 Hari Tindakan pembuangan sekolah boleh dipertimbangkan sekiranya murid tidak hadir ke sekolah mengikut jumlah hari yang ditetapkan seperti jadual di atas. l Berpadukan Buku 'Panduan Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah' keluaran Unit Disiplin. Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 1994.


22 KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Ruj Kami: KP(BS)8591/JLDVIII/(75) Tarikh: 22 MEI 1997 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1997: Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6a/1975 : Disiplin Murid-Murid Menghisap Rokok, perkara 2 (iv) (a). 2. Dengan Surat Pekelilig Ikhtisas ini, semua Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengambil tindakan ke atas murid yang didapati bersalah menghisap rokok dengan mengenakan hukuman seperti berikut: Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali Kesalahan Kali Kegita : Rotan 3 kali Kesalahan Kali Keempat : Gantung Persekolahan (semua tempoh tidak melebihi 14 hari) Kesalahan Kali Kelima : Buang Sekolah 3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan. Sekian, Terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" DATUK MATNOR DAIM Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia


23 Ruj. Kami: Tarikh: Kepada: Ibu Bapa, Penjaga dan Murid-Murid, SMK Bahang, Penampang Tuan/Puan, Peraturan Potongan Rambut Para Murid Lelaki SMK Bahang, Penampang Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Berdasarkan persetujuan sebulat suara yang telah diperoleh dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Bahang kali ke-19 berkaitan penyeragaman potongan rambut murid lelaki sekolah ini, maka Jawatankuasa Disiplin Murid telah diberi mandat untuk mengambil tindakan bahawa potongan rambut para murid lelaki sekolah ini adalah seperti berikut: l Keseluruhan rambut dipotong sama pendek pada sukatan mesin No. 3. l Bahagian hujung rambut tepi dan belakang dipotong/ "slope" pada sukatan mesin No. 2. l Rambut murid dikira panjang apabila melebihi sukatan mesin No. 4. l Rambut murid yang melebihi sukatan yang ditetapkan akan diambil tindakan oleh pihak sekolah iaitu memotong rambutnya pada sukatan mesin No. 3. l Di bahagian tepi/sesi, "sideburn" tidak ke bawah melebihi garisan tengah telinga. l Di bahagian belakang, tidak ke bawah hingga melebihi garisan di bawah cuping telinga. *Rujuk Bab 3 (peraturan am sekolah) muka surat 16. 3. Diharapkan para ibu bapa, penjaga dan para murid dapat memberikan kerjasama dan sokongan terhadap peraturan yang ditetapkan untuk meningkatkan tahap disiplin dan imej para murid serta sekolah ini. Sekiranya ibu bapa mempunyai sebarang masalah atau kemusykilan sila rujuk dengan pihak pentadbir sekolah.


24 PENGAKUAN IBU BAPA PENJAGA Saya ……………………………………………. No. K/P : …………………………………. Ibu bapa / penjaga kepada ………………………………………………………………. kelas ……………………………………………….. mengaku telah membaca dan memahami isi kandungan buku peraturan sekolah. Tandatangan ibu bapa / penjaga : …………………………………………………. Nama ibu bapa / penjaga : …………………………………………………………….. Tandatangan murid: ………………………………………………………………………. Nama murid : …………………………………………………………………………………


Click to View FlipBook Version