The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zaim Irfan, 2025-03-07 21:21:55

MODULE KESUMA 2025.pdf

MODULE KESUMA 2025.pdf

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOMBAK KESUMA MADANI pemimpin berkualiti, aspirasi madani


RASIONAL PENDAHULUAN Sistem Rumah merupakan satu sistem yang telah lama diamalkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Premier. Pada tahun 2004, sistem ini telah dilaksanakan sepenuhnya di semua SBP. Ini merupakan langkah proaktif unit SBP, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai visi dan misi SBP serta merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pihak BPSBPSK telah memantapkan lagi pengisian program ini dengan mewujudkan Anugerah Asrama Terbilang pada tahun 2005 dan Anugerah Sistem Rumah Terbilang telah dilaksanakan pada tahun 2009. Pada tahun 2022, Penarafan 5 Bintang pula telah diperkenalkan dan mulai dilaksanakan pada tahun 2023. Mulai tahun 2018, pihak BPSBPSK berhasrat untuk memperkemas program sedia ada supaya memberi impak optimum kepada semua murid SBP menerusi Kursus Kepemimpinan dan Pengurusan Sistem Rumah Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan. Kursus Kepemimpinan dan Pengurusan Sistem Rumah MADANI Sekolah Berasrama Penuh merupakan satu usaha untuk memberi pendedahan tentang pelaksanaan dan pengurusan sistem rumah dan asrama di SBP. Untuk memastikan pelaksanaan ini berkesan, murid-murid yang mengetuai sistem ini perlu terdiri daripada mereka yang mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang cemerlang dan berwibawa. Oleh itu, kursus ini dirancang untuk mengisi ruang ilmu kepemimpinan kepada murid-murid yang telah diberi amanah sebagai ketua rumah agar menjadi pemimpin yang terbilang bagi generasi akan datang.


MATLAMAT PROGRAM Melahirkan sekolah berwatak dan asrama yang istimewa (school with character Membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek bersesuaian dengan Karamah Insaniah Memperkasa jati diri murid dalam membentuk murid yang berketerampilan, berkeyakinan, berdaya saing dan berdaya pimpin. Mewujudkan semangat pertandingan yang sihat dalam kalangan murid Mewujudkan semangat kekeluargaan dan kekitaan (sense of belonging) dengan penerapan konsep "menyayangi yang muda dan menghormati yang tua" bersesuaian dengan konsep ABC; Anak yang Baik lagi Cerdik. OBJEKTIF PROGRAM Membina sikap dan gaya kepemimpinan murid sebagai ketua rumah di SBP berteraskan cogan kata 'Pemimpin Berkualiti Aspirasi Madani' Meningkatkan kemahiran pengurusan kepimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah di SBP. Mewujudkan kesefahaman dan kebersamaan dalam menjalankan tanggungjawab Ketua Rumah dan Penolong Ketua rumah. Melaksanakan tugas dan peranan sebagai Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mewujudkan kejelekitan yang autentik dalam menjalankan tanggungjawab ketua rumah.


PENGANJUR Kursus Kepimpinan Ketua Rumah Dan Penolong Ketua Rumah Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Sekolah ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Keemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan akan dikelolakan oleh Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak. TEMA KURSUS “PEMIMPIN BERKUALITI, ASPIRASI MADANI”


JADUAL


PENGLIBATAN


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version