The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amsyarammar, 2019-01-10 20:37:43

Koleksi Soalan Bah B P2

Koleksi Soalan Bah B P2

BAHAGIAN B

SET 1

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[20 markah]

1. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah aliran keluarga setinggan mengikut negeri-negeri terpilih bagi tahun-
tahun yang diliputi.

Jumlah setinggan di negeri-negeri terpilih menunjukkan pola tidak konsisten. Pada
tahun 2005, setinggan berjumlah 53723 keluarga dan menurun sebanyak 25.12% kepada
40226 keluarga pada tahun 2007. Kemudian jumlah setinggan ini telah meningkat sebanyak
1144 keluarga pada tahun 2008 berbanding tahun sebelumnya. Secara keseluruhannya,
masalah setinggan di Selangor telah menunjukkan penurunan yang agak ketara. Pada tahun
2005, bilangan setinggan sebanyak 5913 keluarga.

Melalui Dasar Setinggan Sifar Menjelang 2005, golongan setinggan telah berjaya
dipindahkan ke penempatan baru yang lebih kondusif melalui pembinaan rumah kos rendah
yang dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat. Bilangan setinggan pada tahun 2006 telah
menyusut dengan mendadak sebanyak 3102 keluarga berbanding tahun 2005. Bilangan ini
terus menyusut lagi sebanyak 1614 keluarga pada tahun 2007 dan angka ini kekal sehingga
tahun 2008. Kepesatan pembangunan ekonomi yang berlaku di negeri Johor turut
meningkatkan lagi petempatan setinggan. Bilangan setinggan yang direkodkan pada tahun
2005 adalah sebanyak 5293 keluarga dan bilangan ini terus meningkat dengan drastik kepada
11411 keluarga pada tahun 2006. Pada tahun 2007, bilangan setinggan kekal tidak berubah
seperti tahun sebelumnya. Pada tahun 2008, berlaku peningkatan sebanyak 7272 keluarga
berbanding tahun 2005.

Negeri Sembilan kekal sebagai negeri yang mempunyai bilangan setinggan
terendahdi Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2008. Pada tahun 2007 dan 2008,
bilangansetinggan yang dicatatkan bagi setiap tahun adalah sebanyak 297 keluarga, dan
bilangan ini merupakan pertambahan sebanyak 176 keluarga berbanding tahun 2005.
Manakala bilangan setinggan pada tahun 2006 melebihi sebanyak 49 keluarga berbanding
tahun2007. Bilangan setinggan di Kedah agak sederhana. Pada tahun 2007, bilangan
setinggan sebanyak 3629 keluarga, angka ini hasil daripada peningkatan sebanyak 186
keluarga berbanding tahun 2006. Bilangan setinggan di Kedah pada tahun 2005 pula melebihi
sebanyak 3407 keluarga berbanding bilangan setinggan di Negeri Sembilan pada tahun yang
sama.

Sabah merekodkan bilangan setinggan yang tertinggi di Malaysia. Hal ini disebabkan
oleh kebanjiran pendatang asing tanpa izin dari wilayah Selatan Filipina. Bilangan setinggan
pada tahun 2005 merupakan yang tertinggi, iaitu sebanyak 38868 keluarga dan bilangan ini
telah menyusut sebanyak 15186 keluarga (39.07%) pada tahun 2008. Pada tahun 2006
bilangan setinggan di Sabah merupakan 58.63% daripada keseluruhan setinggan pada tahun
tersebut yang berjumlah 43536 keluarga. Bilangan setinggan pada tahun 2007 pula lebih 10
keluarga berbanding tahun selepasnya.

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Berita Harian, April 2009)

1

1. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi menunjukkan
perbandingan penduduk di kawasan bandar utama di Malaysia pada tahun 2000 dan2010.

Bersesuaian dengan peningkatan penduduk negara, beberapa bandar utama dalam
negara turut menyaksikan peningkatan yang ketara dalam bilangan penduduknya.Walaupun
penduduk di bandar-bandar utama ini tidak seramai penduduk di bandar Shanghai,Tokyo
ataupun Mexico City, namun bilangan penduduk di lapan buah bandar utama negara ini jelas
menunjukkan trend positif bagi sesebuah negara yang bersaiz kecil seperti Malaysia.

Petempatan penduduk bandar negara boleh dikesan daripada jumlah penduduk lapan
buah bandar yang paling padat yang mencatatkan 4,775,812 orang pada tahun 2000 dan
meningkat sebanyak 3,122,678 orang pada tahun 2010. Antara punca peningkatan yang
banyak dalam bilangan penduduk bandar boleh dikaitkan dengan migrasi dari luar bandar ke
bandar berpunca daripada faktor tolak dan tarik.

Subang Jaya mendahului bandar lain sebagai bandar yang paling ramai penduduk
dengan peningkatan yang begitu drastik daripada penduduk berjumlah 423,338 orang pada
tahun 2000 kepada 1,553,589 orang sepuluh tahun kemudian. Kuala Lumpur mencatatkan
peningkatan yang sederhana dalam bilangan penduduk dengan penambahan sebanyak
177,811 orang daripada penduduk seramai 1,297,526 orang pada tahun 2000.

Penduduk Klang dan Johor Bahru masing-masing seramai 631,676 orang dan
630,603 orang pada tahun 2000. Angka ini telah meningkat menjadi 1,113,851 orang dan
916,409 orang pada tahun 2010.

Bandar Ampang Jaya, Ipoh dan Shah Alam merupakan bandar yang lebih kecil
dengan penduduknya dalam lingkungan 600 ribu orang hingga lebih kurang 800 ribu orang
pada tahun 2010. Penduduk Ampang Jaya seramai 475,253 orang pada tahun 2000. Angka
ini melebihi bandar Shah Alam seramai 155,641 orang tetapi berkurangan seramai 98,788
orang kalau dibandingkan dengan bandar Ipoh. Pada tahun 2010, penduduk tiga bandar ini
adalah seramai 804,901 orang untuk Ampang Jaya, 704,572 orang untuk Ipoh dan 671,282
orang untuk Shah Alam.

Penduduk Kuching, ibu negeri Sarawak melengkapkan data tentang bilangan
penduduk lapan bandar paling padat di Malaysia dalam jangka masa yang diliputi. Bilangan
penduduk bandar akan terus meningkat bersesuaian dengan Dasar Urbanisasi Negara yang
akan memperlihatkan peningkatan penduduk bandar di seluruh negara.

(Sumber: Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012

2

MALAYSIA: JUMLAH ALIRAN KELUARGA SETINGGAN MENGIKUT NEGERI-NEGERI
TERPILIH BAGI TAHUN 2005 HINGGA TAHUN 2008.

MALAYSIA: JUMLAH ALIRAN KELUARGA SETINGGAN MENGIKUT NEGERI-NEGERI
TERPILIH BAGI TAHUN 2005 HINGGA TAHUN 2008.

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan
daripada Berita Harian, April 2009)

3

MALAYSIA : PENDUDUK DI KAWASAN BANDAR UTAMA PADA TAHUN 2000
DAN 2010

4

SET 2

1. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan perubahan jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan pada tahun
2007 hingga 2010.

Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan menunjukkan peningkatan yang
ketara sepanjang tahun 2007 hingga tahun 2010. Mengikut statistik, jumlah perbelanjaan
mengurus pada tahun 2007 sebanyak RM56 547 juta, meningkat kepada RM68 699 juta pada
tahun 2009 berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak RM63 757 juta. Pada tahun 2010, jumlah
perbelanjaan meningkat lagi kepada RM73235 juta.

Emolumen menunjukkan jumlah perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang
tempoh 4 tahun berkenaan. Pada tahun 2007, perbelanjaannya sebanyak RM15 557 juta
meningkat kepada RM20 842 juta pada tahun 2009 berbanding tahun 2008 yang berjumlah
RM17 443 juta. Manakala pada tahun 2010 perbelanjaan ini menurun kepada RM19 727 juta.

Perbelanjaan mengurus juga merangkumi pembayaran pencen yang diperuntukkan
kepada pesara-pesara. Jumlah perbelanjaan ini untuk tempoh empat tahun menunjukkan pola
menurun. Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM6 987 juta, menurun
sebanyak RM276 juta pada tahun 2008 dan menjadi RM6 534 juta pada tahun 2009. Pada
tahun 2010, perbelanjaan ini menurun lagi kepada RM6 408 juta.

Khidmat hutang juga mencatat perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang
tahun berkenaan. Perbelanjaan mengurus untuk khidmat hutang berjumlah RM9 555 juta
pada tahun2007, meningkat kepada RM10 134 juta pada tahun 2008. Perbelanjaan ini terus
meningkat sebanyak RM35 juta pada tahun 2009 dan menurun semula kepada RM9 368 juta
pada tahun berikutnya.

Perbelanjaan mengurus juga merangkumi bekalan dan perkhidmatan yang
menunjukkan peningkatan ketara sepanjang tempoh empat tahun. Pada tahun 2008,
perbelanjaan adalah sebanyak RM10 703 juta mengatasi tahun 2007 sebanyak RM3 343 juta.
Perbelanjaan meningkat kepada RM11 269 juta pada tahun 2009 dan terus meningkat
sebanyak RM3 512 juta pada tahun 2010.

Sementara itu, perbelanjaan mengurus bagi lain-lain mencatatkan jumlah yang
tertinggi daripada semua jumlah perbelanjaan. Pada tahun 2008, perbelanjaan sebanyak
RM18 766 juta berbandinghanya RM17 088 juta pada tahun 2007. Jumlah ini terus meningkat
kepada RM19 885 juta padatahun 2009, iaitu berkurangan sebanyak RM3 066 juta
berbanding tahun 2010.

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2011)

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, import serta harga minyak mentah
di Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Minyak mentah keluaran Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Malaysia akan
memperoleh keuntungan yang tinggi jika minyak mentah ini di eksport ke luar negara. Pada
tahun 2006 kuantiti pengeluaran minyak mentah Malaysia ialah sebanyak 255 ribu tong
sehari. Pengeluaran ini merosot sebanyak 22 ribu tong sehari pada tahun 2007. Namun, pada

5

tahun 2008, pengeluaran bagi minyak mentah ini mengalami peningkatan kepada 300 ribu
tong sehari. Pengeluaran minyak mentah ini juga mengalami peningkatan yang paling besar
iaitu sebanyak 50.67% kepada 452 ribu tong sehari pada tahun 2009. Pada tahun 2010,
pengeluaran minyak mentah merosot sebanyak 31 ribu tong sehari,berbanding tahun
sebelumnya. Kuantiti eksport minyak mentah ini sentiasa lebih besar berbanding dengan
kuantiti import sepanjang tempoh 2006 - 2010. Walaupun harga minyak mentah pada tahun
2006 ialah US$75 setong, namun kuantiti eksport dan import minyak mentah mengalami
pengurangan pada tahun tersebut iaitu masing-masing kepada 202 ribu tong sehari dan 92
ribu tong sehari.

Malaysia memperoleh keuntungan yang tinggi apabila kuantiti eksport lebih besar
daripada kuantiti import dengan harga minyak mentah berada pada tahap yang tinggi di
pasaran dunia. Keadaan ini berlaku pada tahun 2007 apabila kuantiti eksport petroleum
mentah ialah 212 ribu tong sehari berbanding dengan kuantiti importnya sebanyak 73 ribu
tong sehari. Harga minyak mentah adalah paling tinggi untuk tahun tersebut iaitu US$ 88
setong. Begitu juga pada tahun 2008, kuantiti eksport minyak mentah Malaysiatelah
bertambah kepada 239 ribu tong sehari, manakala kuantiti importnya adalah jauh lebih rendah
dengan 48 ribu tong sehari. Pada tahun tersebut harga minyak mentah adalah US$ 75 setong.

Walaupun kuantiti import minyak mentah Malaysia adalah sama antara tahun 2008
hingga tahun 2010 iaitu 48 ribu tong sehari namun kuantiti eksport dan harga komoditi ini di
pasaran dunia masih tidak konsisten. Kuantiti eksport minyak mentah pada tahun 2009 ialah
390 ribu tong sehari pada harga US$ 69 setong di pasaran dunia.Pada tahun 2010 kuantiti
eksport minyak mentah merosot sebanyak 37 ribu tong sehariselaras dengan penurunan
harga minyak mentah kepada US$ 67 setong di pasaran dunia.

( Sumber dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2009/2010).

Nota:
1. Graf Garis Komponen
2. Max 20 M (PA 5 + KT 5 + KI 5 + KJ 5)

6

Nilai kuantiti pengeluaran (2007) : 255 – 22 = 233 ribu tong sehari.
Nilai kuantiti eksport (2010) : 390 - 37 = 353 ribu tong sehari

Nota tambahan:
1. Graf Gabungan (Bar Kompaun + Graf Garisan) max 20 M (PA 5 + KT 5+ KI 5 + KJ 5)

7

SET 3

1. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai bagi
menunjukkan perubahan dalam eksport komoditi utama terpipih negara bagi tahun 2008
hingga 2009.

Pada tahun 2009, eksport Malaysia yang terdiri daripada pelbagai komoditi utama
telah menghasilkan pendapatan sebanyak RM588 949 juta, iaitu meningkat sebanyak
RM55161 juta berbanding dengan tahun sebelumnya, 2008. Hal ini telah dicapai hasil
daripada usaha gigih kerajaan untuk terus memajukan ekonomi negara.

Barangan elektrik dan elektronik terus kekal sebagai sumber pendapatan eksport
Malaysia yang terbesar. Pada tahun 2008, nilai eksportnya ialah sebanyak 35.8% daripada
jumlah keseluruhan eksport pada tahun tersebut. Pendapatan eksport sektor ini meningkat
sebanyak RM7269.9 juta bagi tahun 2009.

Pada tahun 2009, barangan kilang menyumbang pendapatan sebanyak RM152
647.57 juta, iaitu meningkat sebanyak RM19200.57 juta berbanding tahun 2008.
Perkembangan ini membuktikan bahawa sektor perkilangan terus menyumbang lebih
daripada 50 peratus daripada jumlah pendapatan eksport bagi tahun berkenaan.

Petroleum mentah merupakan komoditi eksport keempat terbesar mewakili sebanyak
RM65 122.62 juta daripada jumlah eksport negara pada tahun 2008 dan meningkat sebanyak
RM9 084.96 juta pada tahun 2009. Pertambahan ini adalah disebabkan oleh peningkatan
harga purata eksportnya sebanyak 17.6 peratus atau RM284.30 setong dalam tempoh
tersebut. Peningkatan eksport sektor ini dijangka terus kukuh untuk tahun-tahun berikutnya.

Eksport minyak kelapa sawit berjumlah RM32 392.2 juta pada tahun 2009. Angka ini
menunjukkan sumber pendapatan kelima negara pada tahun tersebut dan menjadikan
peningkatan sebanyak RM4 101.44 juta berbading tahun 2008. Perkembangan positif ini hasil
kejayaan FELDA dalam menerokai pelbagai bidang baru dalam sektor perladangan.

Eksport kayu gergaji merupakan nilai paling kecil yang hanya menyumbang kepada
pendapatan eksport sebanyak 4.0 peratus daripada nilai keseluruhan pada tahun 2008.
Walau bagaimana pun, eksport sektor ini meningkat sebanyak RM2 206.44 juta atau 10.34
peratus kepada RM 23 557.96 juta pada tahun berikutnya.

Selebihnya pendapatan eksport disumbangkan oleh lain-lain sektor komoditi yang
terdiri dari sekor pakaian, getah asli serta ubat-ubatan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Negara,2010 / 2011,
Kementerian Kewangan Negara)

2. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan pengeluaran dan purata perolehan eksport barangan utama terpilih mengikut
tempoh yang dinyatakan.

Pengeluaran kelapa sawit Malaysia dianggarkan mencatat peningkatan yang
berterusan dari tahun 2007 hingga tahun 2010 berikutan pelbagai usaha yang dilaksanakan
oleh pihak FELDA dan harga minyak sawit yang tinggi. Pada tahun 2007,kelapa sawit
mencatat pengeluaran sebanyak 12 909 ribu tan metrik, iaitu pengurangan sebanyak 2446

8

ribu tan metrik berbanding dengan tahun 2008. Pengeluaran kelapa sawit terus meningkat
kepada 16 976 ribu tan metrik pada tahun 2009 dan dianggarkan meningkat lagi sebanyak
2324 ribu tan metrik setahun kemudian.

Walau bagaimana pun, peningkatan pengeluaran ini tidak menjamin peningkatan yang
berterusan bagi jumlah perolehan eksport Malaysia kerana pada tahun 2009, perolehan
eksport minyak sawit telah menurun sebanyak RM564 juta berbanding dengan RM21 411 juta
pada tahun 2008. Pada tahun 2007, perolehan eksport minyak kelapa sawit ialah RM15 838
juta dandianggarkan mencapai RM22 550 juta pada tahun 2010.

Pengeluaran getah pula meningkat peningkatan yang berterusan hingga tahun 2009,
tetapi dianggarkan merosot pada tahun 2010 kerana ladang ditukar dengan tanaman lain.
Pada tahun 2007, pengeluaran getah adalah sebanyak 10908 ribu tan metrik dan terus
meningkat sebanyak 106 ribu tan metrik pada tahun 2008. Pada tahun 2009, pengeluraran
getah meningkat lagi sebanyak 282 ribu tan metrik berbanding dengan tahun sebelumnya,
tetapi diramalkan merosot sebanyak 53 ribu tan metrik pada tahun2010. Perolehan eksport
getah negara mengalami situasi yang sama apabila mengalami penurunan pada tahun 2010
setelah mencatat peningkatan dari tahun 2007 hingga 2009.Pada tahun 2008, perolehan
eksport getah adalah sebanyak RM15582 juta, iaitu peningkatan sebanyak RM1290 juta
berbanding dengan tahun 2007. Pada tahun 2009, perolehan eksport getah adalah sebanyak
RM17197 juta tetapi dianggarkan berkurangan sebanyak RM297 juta pada tahun 2010.

Koko pula menunjukkan pengeluaran yang tinggi selaras dengan pertambahan
kawasan tanaman baru. Pada tahun 2007 sahaja, pengeluarannya adalah sebanyak 17 007
ribu tan metrik dan meningkat kepada 22 729 ribu tan metrik pada tahun 2009, iaitu
peningkatan sebanyak 4418 ribu tan metrik berbanding dengan pengeluaran pada tahun
2008. Pengeluaran ini dijangka meningkat lagi kepada 22 936 ribu tan metrik pada tahun
2010, manakala perolehan eksport hasil koko pada tahun 2008 telah meningkat sebanyak
RM5470 juta berbanding dengan tahun 2007 yang mencatat perolehan sebanyak RM10888
juta. Jumlah perolehan ini meningkat kepada RM19 079 juta pada tahun 2009 dan dijangka
meningkat lagi sebanyak RM1796 juta pada tahun 2010 berbanding dengan tahun 2009.

(Sumber : Dipetik dan diubah suaikan daripada Laporan Ekonomi,
Kementerian Kewangan Malaysia, 2010/2011)

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Negara,2010 / 2011,
Kementerian Kewangan Negara)

9

10

SET 4

1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang
sesuai bagi menunjukkan hasil eksport industri berasaskan pertanian di Malaysia pada tahun-
tahun yang dinyatakan.

Sumbangan hasil eksport sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) dijangka menurun dari 7.0 peratus pada tahun 2005 kepada hanya 6.8 peratus pada
tahun 2010. Namun demikian, sumbangan KDNK industri berasaskan pertanian dijangka
meningkat dari 7.0 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun 2010. Peningkatan ini adalah
disokong oleh galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan mengurangkan duti eksport
komoditi tersebut.

Maka tidak menghairankan apabila berlakunya peningkatan nilai eksport industri
makanan berasaskan pertanian daripada RM8,627 juta pada tahun 2005 kepada RM15,803
juta pada tahun 2010. Hasi leksport industri minuman dan tembakau juga telah meningkat
sebanyak 39.37 peratus kepada RM2,446 juta pada tahun 2010.

Dasar kerajaan mengurangkan eksport komoditi balak dan kayu gergaji menyebabkan
hasil eksportnya menurun masing-masing dari RM2465 juta kepada RM2100 juta dan
RM4051 juta kepada RM2995 juta. Dalam masa yang sama kerajaan menggalakkan keluaran
perabut yang berinovatif dan mempelbagaikan jenis keluaran perabut yang berkualiti tinggi.
Hal ini telah menyebabkan peningkatan hasil eksport keluaran kayu dan perabut. Hasil eksport
industri keluaran kayu meningkat sebanyak RM4,244 juta kepada RM13,909 juta pada tahun
2010.

Sementara hasil eksport industri perabut pula menyumbang sebanyak RM8,454 juta
pada tahun 2005 dan mengalami peningkatan sebanyak 69.56 peratus kepada RM14,335 juta
pada tahun 2010. Dalam tempoh masa yang sama, hasil eksport industri keluaran getah telah
meningkat daripada RM6,923 juta kepada RM11,368 juta walaupun berlaku penurunan
kepada hasil eksport komoditi getah dari RM5,787 juta pada tahun 2005 kepada RM5,156
juta pada tahun 2010. Hal ini berlaku lanjutan dari langkah kerajaan menggalakkan
pertumbuhan industri hiliran untuk menghasilkan barangan sekunder berasaskan bahan
mentah tempatan.

Hasil eksport industri kertas pula mencatatkan peningkatansebanyak RM781 juta
kepada RM2,799 juta pada tahun 2010. Peningkatanhasil eksport industri berasaskan
pertanian menggambarkan pertumbuhanyang baik bagi industri pertanian di negara ini.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Laporan Rancangan Malaysia ke Sembilan, 2006 – 2010)

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini,sediakan graf yang
sesuai bagi menunjukkan panjang jalan di Malaysia mengikut jenis dan bidang kuasa pada
tahun 2006, 2008 dan 2010.

Jalan raya memainkan peranan yang penting di Malaysia memandangkan
kebanyakan penduduk di Malaysia menggunakan jalanraya sebagai perhubungan seharian
mereka. Jalan yang baik memberi keselesaan dan keselamatan kepada orang ramai.

11

Kerosakan jalan pula akan memberikan kesan yang sebaliknya. Jalan Persekutuan dan Jalan
Negeri merupakan dua kategori jalan utama di negara ini.

Hampir 75 peratus daripada jalan persekutuan dan negeri adalah jalan berturap. Pada
tahun 2006, 16,020 km atau 98.43 peratus jalan persekutuan adalah berturap sementara
55,272 km jalan negeri juga berturap. Panjang jalan persekutuan yang berturap terus
meningkat pada tahun 2008 dan 2010 masing-masing kepada 16,602 km dan 17,254km. Bagi
jalan negeri berturap pula meningkat sebanyak 26,141km pada tahun 2008 dan terus
meningkat lagi pada tahun 2010 kepada 98,915km.

Jalan negeri berkelikir adalah lebih panjang berbanding jalanpersekutuan berkelikir.
Panjang jalan negeri berkelikir adalah 21.19 peratusdaripada panjang jalan negeri pada tahun
2006 iaitu 73,852 km. Jumlah panjang jalan negeri berkelikir terus meningkat sebanyak 662
km pada tahun 2008 dan terus menokok kepada 18,480 km pada tahun 2010. Namun
demikian, kepanjangan jalan persekutuan berkelikir semakin merosot iaitu dari 56 km pada
tahun 2006 kepada hanya 10km pada tahun 2008 dan akhirnya terhapus pada tahun 2010.

Jenis jalan tanah pula merupakan jalan yang paling pendek sama adadi peringkat jalan
persekutuan mahu pun jalan negeri. Pada tahun 2008 dan 2010, jabatan kerja raya tidak lagi
membina jalan persekutuan jenis tanah. Jalan persekutuan jenis tanah pada tahun 2006
adalah sepanjang 199 km. Namun demikian, jalan negeri jenis ini terus meningkat dari tahun
2006 hingga tahun 2010. Pada tahun 2008, panjang jalan negeri jenis tanah menunjukkan
peningkatan sebanyak 5,351 km kepada 8,280 km berbanding tahun 2006. Kepanjangannya
terus meningkat kepada 9,754 km pada tahun 2010.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaBuletin Perangkaan Sosial, 2010)

Jawapan tepat graf bar kompaun – 20 markah

12

(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaBuletin Perangkaan Sosial, 2010)

Cadangan jawapan Piramid kompaun sahaja

SET 5

1. Berdasarkan petikan di bawah, lukis carta yang sesuai untuk menunjukkan
perbandingan pembiayaan kos pengajian pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA)
ke luar negara dalam bidang perubatan dan pergigian mengikut negara-negara terpilih pada
tahun 2011.

Kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM 39.5 bilion untuk membiayai
sektor pendidikan dalam Bajet 2011. Pendidikan yang dinikmati oleh rakyat negara ini, bukan
setakat dalam negara sahaja malahan turut diperluas ke luar negara. Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) merupakan agensi utama kerajaan yang membiayai kos pendidikan pelajar-
pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada tahun 2011, JPA telah mengeluarkan
kos pembiayaan sebanyak RM4658.87 ribu dalam bidang perubatan mengikut negara-negara
terpilih.

Kos pembiayaan dalam bidang pergigian yang dibiayai oleh pihak JPA ke negara-
negara terpilih yang sama lebih kecil berbanding bidang perubatan. Jumlah kos untuk bidang
ini berkurang sebanyak RM1020.9 ribu berbanding bidang perubatan ke negara-negara
terpilih yang sama.

Kos pembiayaan pelajar-pelajar tajaan JPA ke Australia dalam bidang perubatan
berjumlah RM1067.35 ribu atau 22.91% daripada jumlah keseluruhan negara-negara terpilih.
Negara India adalah antara Negara pilihan pelajar-pelajar tajaan JPA kerana kos hidup yang
lebih rendah. Keadaan ini mempengaruhi kos pembiayaan pendidikan perubatan yang hanya
mencatat sebanyak RM587.74 ribu sahaja. Manakala, kos yang dibiayai untuk pelajar-pelajar
ke India dalam bidang pergigian pula berkurang sebanyak RM206.05 ribu berbanding bidang
perubatan.

13

Faktor geografi dan latar belakang budaya turut mempengaruhi pilihan pelajar-pelajar
tajaan JPA untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di negara Indonesia. Jumlah
kos yang dibiayai untuk ke negara ini pada tahun 2011 adalah sebanyak RM267.48 ribu.
Perbezaan kos pendidikan ke negara-negara Eropah berbanding Indonesia amat ketara. Kos
pendidikan ke negara-negara Eropah ini telah mencatat jumlah tertinggi sehingga mencecah
58.73%. Negara-negara Eropah yang menjadi tumpuan pelajar dan diiktiraf oleh kerajaan
khususnya JPA adalah Ireland dan United Kingdom masing-masing mencatat RM1382.20 ribu
dan RM1354.10 ribu.

Negara-negara Eropah turut mencatat kos pendidikan yang tinggi dalam bidang
pergigian pada tahun yang sama. Kos pendidikan yang mengalir ke negara Ireland telah
mencatat lebih kurang 30.17% daripada jumlah keseluruhan pembiayaan bidang pergigian.
Jumlah yang ditanggung oleh JPA untuk pelajar-pelajar tajaannya ke United Kingdom adalah
sebanyak RM1104.99 ribu atau kira-kira 30.37%.

Seterusnya, kos pendidikan pelajar yang mengikuti bidang pergigian di Indonesia hanya
berjumlah sebanyak RM232.09 ribu iaitu lebih rendah berbanding kos pendidikan di Australia
dalam bidang yang sama. Kos yang dikeluarkan untuk pelajar-pelajar ke Australia melebihi
Indonesia sebanyak RM589.71 ribu.

Kerajaan masih menghantar pelajar-pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke
luar negara. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kepakaran pelajar-pelajar
negara ini terutama dalam bidang-bidang kritikal seperti kejuruteraan.

(Disesuaikan daripada Risalah, JabatanPenerangan Malaysia, Tahun 2012)

2. Berdasarkan petikan berikut, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah
warganegara mengikut kumpulan etnik dan jantina bagi tahun-tahun yang dilaporkan.

Penduduk Malaysia terdiri daripada warganegara dan bukan warganegara. Jumlah
penduduk adalah berdasarkan kepada data Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang telah
disesuaikan daripada Penyiasatan Penilaian Liputan Banci.

Pada tahun 2008, keseluruhan warganegara Malaysia berjumlah 25 071.6 ribu orang.
Seramai 12 642.6 ribu orang daripadanya merupakan lelaki. Jumlah warganegara meningkat
pada tahun berikutnya kepada 25 423.8 ribu orang. Manakala pada tahun 2010, jumlah
warganegara dijangka mencecah 25 776.7 ribu orang.

Warganegara lelaki mencatatkan 12 815.1 ribu orang pada tahun 2009 dan dijangka
meningkat menjadi 12 987.7 ribu orang pada tahun seterusnya. Jumlah warganegara
perempuan melonjak berterusan bagi tiga tahun berturut-turut. Pada tahun 2009 mencatatkan
12 608.7 ribu orang dan dijangka mencatatkan 12 789 ribu orang pada tahun 2010.

Pada tahun 2008, lelaki bumiputera mencatatkan 8 310 ribu orang, berbanding
perempuan sebanyak 8200.9 ribu orang. Bagi kaum Cina, jumlah warganegara lelaki seramai
3 224.8 ribu orang. Jumlah ini meningkat sebanyak 27.3 ribu orang pada tahun berikutnya
sebelum dijangka meningkat menjadi 3 278.3 ribu orang pada 2010. Bagi warganegara lelaki
berketurunan India pula menunjukkan pola yang semakin meningkat dari tahun 2008 hingga
2010. Sebanyak 937.3 ribu orang dicatatkan pada tahun 2008, menokok kepada 946.2 ribu
orang dan 954.9 ribu orang bagi tahun 2009 dan 2010 masing-masing.

14

Warganegara Malaysia perempuan bumiputera merekodkan 8 333.5 ribu orang pada
tahun 2009 dan jumlah ini kurang sebanyak 108 ribu orang berbanding lelaki bumiputera pada
tahun yang sama. Bilangan warganegara perempuan dan lelaki bumiputera masing-masing
dijangka meningkat kepada 8 467.7 ribu orang dan 8 574.4ribu orang pada tahun 2010.
Bilangan warganegara berketurunan Cina perempuan menunjukkan peningkatan setiap
tahun. Pada tahun 2008, bilangannya adalah sebanyak 3 111.1 ribu orang .Bilangan ini terus
meningkat pada tahun berikutnya menjadi 3 142.5 ribu orang. Seterusnya dijangka menokok
kepada 3 173 ribu orang pada tahun 2010. Manakala data bagi kaum India perempuan
mencatatkan 947.8 ribu orang, 958.8 ribu orang dan 969.9 ribu orang bagi tahun-tahun yang
terlibat. Selebihnya adalah untuk kaum-kaum lain.

(Dipetik dan disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan,
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

15

(Disesuaikan daripada Risalah, JabatanPenerangan
Malaysia, Tahun 2012)

16

SET 6

1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan kadatangan pekerja asing ke Malaysia mengikut negara asal pada
tahun-tahun yang dilaporkan.

Malaysia ialah sebuah negara yang aman, mesra pengunjung dan mempunyai banyak
peluang pekerjaan. Kedatangan pekerja asing ke Malaysia adalah menceburi sektor
pekerjaan seperti pembantu rumah,pembuatan, perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan
pertanian. Pada tahun 2006, jumlah kedatangan pekerja asing adalah sejumlah 1 286
332orang, Warga Indonesia merupakan pekerja asing yang paling ramai dilaporkan iaitu 1
174 013 orang atau 91%. Begitu pun pada tahun 2007, jumlah berkurangan kepada 1 148
050 orang. Kebanyakan warga Indonesiamengambil pas lawatan kerja sementera untuk suatu
tempoh tertentu. Pada tahun 2008, data yang direkodkan ialah seramai 1 085 658 orang
pekerjaasing warga Indonesia.

Sementara itu, kemasukan pekerja asing dari negara Bangladesh bagiketiga-tiga tahun
menunjukkan peningkatan yang berterusan. Pada tahun2007, seramai 62 869 orang warga
Bangladesh menceburi pelbagai sektorpekerjaan di Malaysia. Pada tahun 2007, jumlahnya
telah meningkat kepada217 238 orang dan terus meningkat seramai 99 163 orang pada tahun
2008.

Kemasukan pekerja asing warga Filipina dan Thailand banyakmenceburi pekerjaan
dalam sektor pembuatan dan perladangan. Pada tahun2006 seramai 24 088 orang warga
Filipina bekerja di Malaysia iaitu melebihisebanyak 10 277 orang daripada warga Thailand.
Penurunan seramai 805orang pekerja asing warga Filipina manakala peningkatan pekerja
asingwarga Thailand seramai 4645 orang pada tahun 2007. Laporan kedatanganpekerja
asing warga Filipina pada tahun 2008 menunjukkan peningkatandaripada tahun 2007 iaitu
meningkat kepada 26 713 orang dan 21 065 orangwarga Thailand.

Dalam kalangan pekerja asing warga Pakistan juga menunjukkanpeningkatan. Pada
tahun 2006, sejumlah 11 551 orang atau 0.89% daripada jumlah keseluruhan 1 286 332
orang. Peningkatan kedatangan wargaPakistan seramai 4960 orang pada tahun 2007 yang
menceburi sector pekerjaan pembinaan dan perladangan. Seramai 21 278 orang warga
Pakistan dilaporkan sebagai pekerja asing pada tahun 2008 iaitu meningkat seramai 4767
orang berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhannya, jumlah kehadiran pekerja asing di Malaysia daripada pelbagai
negara di dunia menunjukkan peningkatan dari segi jumlahnya. Kehadiran yang semakin
ramai ini membantu peningkatan pembangunan negara terutamanya dalam sektor
perladangan, pembuatan dan pembinaan yang semakin kurang diminati oleh warga Malaysia
terutamanya golongan remaja.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan
Malaysia 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia )

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini,sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan aliran perbelanjaan mengurusKerajaan Persekutuan mengikut
objek pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2007 hingga tahun 2010
meliputi pelbagai sektor dengan melibatkan peruntukan perbelanjaan mengurus yang
berubah-ubah. Pada tahun 2007, keseluruhan jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan

17

ialah RM110 071 juta. Daripada jumlah ini, peruntukan perbelanjaan diagih-agihkan kepada
beberapa sector pengurusan kerajaan. Peruntukan perbelanjaan mengurus untuk sektor
emolumen berjumlah RM32 587 juta. Sektor pencen dan ganjaran pula menerima agihan
perbelanjaan mengurus berjumlah RM8251 juta. Peruntukan untuk bayaran khidmat hutang
melebihi RM4660 juta berbanding peruntukan pencen dan ganjaran. Jumlah perbelanjaan
mengurus untuk sektor bekalan dan perkhidmatan adalah sebanyak RM23 622 juta.
Perbelanjaan mengurus juga meliputi pemberian dan pindahan yang berjumlah RM3904 juta.
Selebihnya adalah untuk lain-lain perbelanjaan mengurus yang terletak di bawah tanggungan
Kerajaan Persekutuan.

Pada tahun 2008, perbelanjaan mengurus untuk emolument menunjukkan
peningkatan sebanyak RM8424 juta berbanding tahun sebelumnya. Perbelanjaan mengurus
untuk pencen dan ganjaran meningkat sebanyak RM1771 juta berbanding tahun 2007.
Manakala perbelanjaan mengurus untuk bayaran khidmat hutang menunjukkan pengurangan
sebanyak RM814 juta. Perbelanjaan mengurus untuk bekalan dan perkhidmatan serta
pemberian dan pindahan masing-masing adalah sebanyak RM25 197 juta dan RM4365 juta
dan selebihnya adalah lain-lain perbelanjaan daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan
mengurus pada tahun 2008 iaitu RM120 097 juta.

Tahun 2009 menunjukkan peningkatan jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus
Kerajaan Persekutuan sebanyak RM10 901 juta berbanding jumlah perbelanjaan mengurus
tahun 2008. Perbelanjaan mengurus untuk bayaran emolumen sahaja berjumlah RM42 778
juta. Pada tahun ini juga menunjukkan beberapa sektor pengurusan perbelanjaan mengurus
Kerajaan Persekutuan berlaku peningkatan yang tinggi.Perbelanjaan mengurus untuk pencen
dan ganjaran, bayaran khidmat hutang, bekalan dan perkhidmatan serta pemberian dan
pindahan masing-masing menunjukkan peningkatan sebanyak RM124 juta, RM2125
juta,RM1175 juta, RM530 juta berbanding perbelanjaan tahun 2008.

Pada tahun 2010, jumlah keseluruhan mengurus Kerajaan Persekutuan mengalami
penurunan kepada RM126 658 juta. Pada tahun ini, perbelanjaan mengurus untuk emolumen
menunjukkan peningkatan sebanyak RM3885 juta berbanding tahun 2009. Perbelanjaan
mengurus untuk pencen dan ganjaran pula menunjukkan lebihan peruntukan sebanyak
RM1369 juta berbanding peruntukan untuk tahun 2009. Bayaran khidmat hutang meningkat
sebanyak RM1399 juta berbanding tahun 2009. Peruntukan yang kedua terbesar pada tahun
2010 ialah perbelanjaan mengurus untuk bekalan dan perkhidmatan yang berjumlah RM23
841 juta. Pemberian dan pindahan pula menunjukkan penurunan sebanyak RM206 juta
berbanding tahun sebelumnya.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripadaBuku Tahunan
Perangkaan Malaysia 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia)

18

19

20

SET 7

1. Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan bilangan pekerja am dalam sektor pembuatan berasaskan makanan di Malaysia
dan purata upah pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Sektor pembuatan merupakan antara sektor terpenting dalam perkembangan ekonomi
negara.Sektor ini memerlukan banyak tenaga buruh yang kebanyakannya buruh tempatan
dan juga buruh yang diimport. Mereka dibayar upah antara RM 500.00 hingga RM 700.00
sebulan.

Bilangan pekerja di kilang memproses ikan laut kepada bebola ikan dan bentuk kering
adalah sebanyak 9145 orang pada tahun 2008 dan meningkat sebanyak 408 orang pada
tahun berikutnya. Di kilang nanas, pekerja yang mengetin nanas sebanyak 7960 orang pada
tahun2008 dan bertambah sebanyak 390 orang pada tahun berikutnya. Pada tempoh yang
sama, bilangan pekerja yang mengilang tepung adalah sebanyak 8615 orang dan bertambah
kepada8890 orang pada tahun berikutnya. Bilangan pekerja yang terlibat dengan
pemprosesan minyak daripada sayur-sayuran adalah sebanyak 11900 orang pada tahun
2009 setelah bertambah sebanyak 667 orang berbanding tahun sebelumnya, dan pekerja di
kilang padi adalah sebanyak 12669 orang pada tahun 2008 dan bertambah sebanyak 406
orang pada tahun berikutnya.

Permintaan yang menggalakkan terhadap ikan yang telah diproses menyebabkan
pertambahan bilangan pekerja memproses ikan. Pada tahun 2010, bilangan pekerja
memprosesikan laut telah bertambah sebanyak 6.312% berbanding tahun sebelumnya.
Bilangan pekerjayang terlibat dalam memproses tepung juga telah meningkat kepada 9218
orang pada tahun 2010 iaitu peningkatan sebanyak 603 orang berbanding tahun 2008.
Bilangan pekerja di kilang mengetin nanas juga telah bertambah sebanyak 790 orang pada
tahun 2010 berbanding tahun 2008. Pada tahun 2010, peningkatan hasil padi juga telah
mendorong kilang padi menambah bilangan pekerjanya kepada 13517 orang dan bilangan
pekerja di kilang memproses minyak sayur-sayuran juga telah bertambah sebanyak 280
orang berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun 2008, upah terbanyak diraih oleh pekerja pertanian ialah pengilang padi
sebanyak RM 7.4 juta, manakala purata upah keseluruhan semua sektor yang terlibat
hanyalah RM 6.97 juta. Pada tahun berikutnya, purata upah semua sektor telah meningkat
sedikit kepada RM 7.26 juta iaitu lebih sedikit berbanding purata upah pekerja mengilang
tepung sebanyak RM 7.11 juta. Pada tahun 2010, purata upah mengilang padi masih yang
tertinggi iaitu RM 7.43 juta berbanding purata upah semua sektor adalah RM 7.39 juta.

Purata upah dijangka akan terus meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi
yang bertambah baik dan secara tidak langsung berupaya menjana pertumbuhan ekonomi
negara.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Perangkaan
Sektor Pembuatan Bulanan Malaysia,Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)

21

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah perubahan indeks penting di Papan Pertama Bursa Saham Kuala
Lumpur bagi tempoh yang dinyatakan.

Keadaan turun naik pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur banyak
bergantung kepada keadaan pasaran saham di seluruh dunia terutamanya Amerika Syarikat.
Petunjuk utama pasaran saham Kuala Lumpur ialah indeks komposit. Secara purata, Indeks
Komposit berada pada paras 890 mata pada tahun 2006, meningkat sebanyak 50 mata pada
tahun berikutnya. Pada tahun 2008, Indeks Komposit mencecah ke paras 1050 mata, tetapi
menurun sebanyak 65 mata pada tahun berikutnya. Pada tahun 2010, Indeks Komposit
mencecah 1230 mata dan diangarkan meningkat sebanyak 120 mata pada tahun 2011.

Indeks Emas pula menunjukkan peningkatan yang sederhana iaitu daripada paras 245
mata pada tahun 2006 meningkat ke paras 260 mata pada tahun 2007. Pada tahun 2008,
Indeks Emas telah meningkat sebanyak 55 mata berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun
2009, Indeks Emas telah menurun sedikit sebanyak 20 mata berbanding tahun sebelumya.
Pada tahun 2010,Indeks Emas telah meningkat semula sebanyak 65 mata dan dianggarkan
meningkat sebanyak 40mata lagi pada tahun 2011. Indeks Perindustrian pada tahun 2007
telah meningkat sebanyak 75 mata berbanding1516 mata pada tahun 2006. Pada tahun 2008,

Indeks Perindustrian terus bertambah menjadi 1680 mata. Pada tahun 2009, Indeks
Perindustrian merosot sedikit sebanyak 125 mata berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun
2010, Indeks Perindustrian telah meningkat semula sebanyak 165 mata berbanding tahun
sebelumnya dan pada tahun 2011 dianggarkan meningkat kepada 1850 mata.

Indeks Kewangan pula bertambah sebanyak 75 mata pada tahun 2007 daripada paras
2605 mata pada tahun 2006. Pada tahun 2008, Indeks Kewangan terus bertambah ke paras
2740 mata tetapi merosot sedikit sebanyak 80 mata pada tahun 2009 berbanding tahun
sebelumnya. Indeks Kewangan meningkat semula sebanyak 95 mata pada tahun 2010 dan
dianggarkan terus meningkat lagi sebanyak 87 mata pada tahun 2011 menjadi 2842 mata.

Indeks Harta dan Indeks Perladangan mengalami prestasi naik turun sepanjang enam
tahun. Pada tahun 2006, 2007, dan 2008 Indeks Harta telah mencapai paras 2550 mata, 2660
mata, dan 2740 mata. Indeks Perladangan pula berada pada paras 2765 mata pada tahun
2006 dan terus bertambah menjadi 2870 mata dan 2986 mata untuk dua tahun berikutnya.
Pada tahun 2009, Indeks Harta dan Indeks Perladangan merosot sedikit menjadi 2690 mata
dan 2910 mata. Pada tahun 2010, Indeks Harta meningkat semula ke paras 2815 mata,
manakala Indeks Perladangan meningkat sebanyak 80 mata. Indeks Harta dan Indeks
Perladangan dijangka terus meningkat menjadi 2898 mata dan 3050 mata pada tahun 2011

(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaJabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

22

23

24


Click to View FlipBook Version