The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGENALAN
UNIT BADAN BERUNIFORM
SEKOLAH RENDAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azharsks3, 2022-03-29 01:34:50

PENGENALAN UNIT BADAN BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH

PENGENALAN
UNIT BADAN BERUNIFORM
SEKOLAH RENDAH

Keywords: PENGENALAN UNIT BADAN BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH

PENGENALAN
UNIT BADAN BERUNIFORM

SEKOLAH RENDAH

PENGENALAN UNIT BADAN BERUNIFORM
Satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian dan mempunyai dasar-
dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi unit badan beruniform di sekolah.
Ia merupakan salah satu pasukan yang wajib disertai oleh murid-murid sekolah
berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997 yang menyatakan
mengenai penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum.

MANFAAT AKTIVITI UNIT BADAN BERUNIFORM
• Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk

memimpin,mengurus dan mengoperasikan unit badan beruniform di sekolah.
• Mengetahui dan memahami kaedah,strategi dan prinsip pengurusan unit badan beruniform

secara berkesan.
• Mengetahui dan memahami kaedah dan strategi memimpin serta cara memotivasikan ahli-

ahli unit badan beruniform yang dipimpin.
• Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa,berketrampilan dan

berwawasan.
• Melatih diri menjadi seorang yang berdisiplin tinggi.

UNIT BADAN BERUNIFORM
SEKOLAH RENDAH

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
(TKRS)

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
(TKRS)

Pengenalan TKRS

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi
sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang
sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah
ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti
mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS
ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana
TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta
perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). Pada awal penubuhan, pasukan ini
dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas
Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh
Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada
26 Mac 2006.

Rujukan: Buku Panduan TKRS, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
(TKRS)

PENGAKAP
(PPM)

PASUKAN PENGAKAP MALAYSIA
(PPM)

Pengenalan Pasukan Pengakap Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia, ringkasnya PPM ialah suatu pertubuhan beruniform sukarela untuk para
beliawan dan beliawanis. Ia sebahagian daripada pertubuhan kepanduan atau kepengakapan global iaitu
Persekutuan Pengakap Sedunia ataupun World Organization of the Scout Movement. Persekutuan
Pengakap Malaysia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya
PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta Parlimen.
Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih
dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan
berpengakap telah pun muncul di tanah air seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai
British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank
Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya pergerakan
pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.

PASUKAN PENGAKAP MALAYSIA
(PPM)

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
(PPIM)

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
(PPIM)

Pengenalan Pergerakan Puteri Islam Malaysia

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (singkatan: PPIM atau Puteri Islam) ialah sebuah pertubuhan sukarela
berpakaian seragam yang bergiat di sekolah rendah, menengah, institut dan maktab perguruan serta
institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia. Ia dirasmikan pada 1981 oleh Raja Permaisuri Agong ke-6,
Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Muhammad.

Penubuhan Pergerakan Puteri Islam Malaysia mula diilhamkan pada tahun 1960-an oleh Lembaga
Kebajikan Perempuan Islam Tanah Melayu (LKPI) yang dipimpin oleh Raja Permaisuri Agong pertama,
Tunku Kurshiah binti Tunku Besar Burhanuddin. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah.
Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat
memberi bantuan kepada golongan miskin.

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
(PPIM)

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
(PPPM)

PERGERAKAN PANDU PUTERI MALAYSIA
(PPPM)

Pengenalan Pergerakan Pandu Puteri Malaysia

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) bermula dengan penubuhan pasukan Pandu Puteri pertama di
Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur pada tahun 1916.
Pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di
Calcutta, India. Pusat Pentadbiran PPPM telah terpindah dari Singapura ke Wisma Pandu Puteri, Kuala
Lumpur pada tahun 1957 dan PPPM telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dalam tahun 1958.
Sehingga kini, PPPM mempunyai 18 cawangan di seluruh negara dengan bilangan ahli melebihi 130,000
orang. PPPM adalah sebuah persatuan yang bebas, tidak terlibat dengan parti politik atau mana-mana
badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, malah bercorak memberikan Pendidikan tidak formal untuk
anak gadis dan wanita remaja.
PPPM mempunyai komitmen dalam melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber
melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan negara dan bangsa malalui visi
PPPM "Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan."

PERGERAKAN PANDU PUTERI MALAYSIA
(PPPM)

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
(PBSM)

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
(PBSM)

Pengenalan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) adalah satu pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1948.
Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada
tahun 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan
Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta
Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan
Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama
baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.

Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia
kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 1975 oleh Parlimen Malaysia.

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
(PBSM)

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version