The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E FOLIO PEP - Peranan Mercy Malaysia dalam melestarikan tanggungjawab sosial & kesukarelawanan di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD ADLAN BIN MOHAMAD GHAZI, 2023-03-24 00:35:00

E FOLIO PEP - Peranan Mercy Malaysia dalam melestarikan tanggungjawab sosial & kesukarelawanan di Malaysia

E FOLIO PEP - Peranan Mercy Malaysia dalam melestarikan tanggungjawab sosial & kesukarelawanan di Malaysia

MPU3063 Penghayatan Etika & Peradaban Tajuk: Peranan Mercy Malaysia dalam melestatarikan tanggungjawab sosial dan kesukarelawanan di Malaysia Disediakan untuk: Puan Nor Azlina binti Endut Disediakan oleh: Muhammad Danish Ahza bin Abdul Prazar (22BI01039) Muhammad Adlan bin Mohamad Ghazi (22BI01040) Muhammad Amien bin Mohd Isa (22BI01041) Muhammad Atif bin Mohd Yunos (22BI01045) Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-undang Sesi II 2022/2023


Isi kandungan 1- Pengenalan 1.1- Definisi tanggungjawab sosial 1.2- Definisi kesukarelawan 2- Latar belakang Mercy Malaysia 3- Objektif & peranan Mercy Malaysia 4- Sumbangan Mercy Malaysia 5- Penutup 6- Rujukan


1.1 Konsep Tanggungjawab Sosial Tanggungjawab sosial ialah komitmen, kewajiban individu, anggota masyarakat atau syarikat untuk secara sukarela menyumbang kepada masyarakat yang lebih adil dan melindungi alam sekitar. Ianya berasal dari dua perkataan iaitu ‘tanggungjawab’ dan ‘sosial’. Tanggungjawab sosial dilaksanakan oleh individu (tanggungjawab sosial individu) atau oleh kakitangan yang membentuk syarikat atau organisasi. Sebagai contoh, strategi tanggungjawab sosial oleh entiti pemerintah, syarikat atau organisasi, mungkin pemulihan ruang awam untuk kesenangan penduduk masyarakat. Tanggungjawab sosial berpunca dari keprihatinan pihak individu, pihak berkuasa awam dan institusi terhadap kerosakan yang disebabkan oleh alam sekitar akibat kegiatan ekonomi. Oleh kerana itu, mereka memberi tekanan kepada pihak yang bertanggung jawab terhadap perusahaan untuk mematuhi persyaratan lingkungan dan mengharuskan Negara untuk menyatakan undang-undang alam sekitar, serta memverifikasi aplikasi dan kepatuhannya. Tanggungjawab sosial adalah konsep normatif, tetapi tidak wajib, iaitu tidak mempunyai kekuatan hukum. Walaupun begitu, hal itu tidak dapat diabaikan, kerana sangatlah penting agar warganegara mengambil sikap matang dan memberi kesadaran akan lingkungan dan masyarakat. 1.0 Pengenalan


1.2 Konsep kesukarelawanan Kesukarelawanan ialah satu perbuatan melakukan sesuatu tindakan dengan matlamat untuk membantu individu atau kumpulan tertentu, tidak melibatkan paksaan daripada mana-mana pihak, tidak melibatkan sebarang bentuk bayaran atau ganjaran material, dilakukan secara individu atau kolektif serta dilakukan secara formal atau tidak formal. Kesukarelawanan merupakan satu isu global yang semakin mendapat perhatian kerana kepentingannya kepada individu, masyarakat dan negara. Pelbagai isu yang berlaku seperti bencana alam, ancaman kesihatan persekitaran, pendidikan yang masih rendah dan bermacam-macam lagi. Kesemua ini jelas memerlukan kerjasama antara kerajaan dan masyarakat khususnya kesukarelawanan belia kerana golongan ini merupakan populasi penduduk paling besar di Malaysia.


2.0 Latar Belakang Mercy Malaysia MERCY Malaysia merupakan sebuah pertubuhan yang bukan dari pihak kerajaan atau lebih dikenali lagi dengan (NGO) peringkat antarabangsa yang ditubuhkan pada 16 September 1999. MERCY Malaysia memfokuskan kepada bantuan perubatan dan kemanusiaan, psikologi (psychosocial), pembangunan mampan berkaitan kesihatan (reconstruction), program sanitasi air dan kebersihan (water, sanitation and hygiene - WASH) dan aktiviti-aktiviti pengurangan risiko untuk komuniti (Disaster Risk Reduction - DRR) yang mudah terdedah dalam situasi krisis dan bukan krisis. Di samping itu, MERCY Malaysia mempunyai lebih daripada 500 aktif pasukan sukarelawan yang terdiri daripada pasukan perubatan profesional, allied health dan juga pasukan teknikal yang akan dihantar untuk misi kemanusiaan sama ada di dalam negara mahupun luar negara. MERCY Malaysia bekerjasama dengan fraterniti perubatan, institusi-institusi pendidikan, agensiagensi swasta dan korporat, badan kerajaan, NGO tempatan dan komuniti di mana MERCY Malaysia bekerja. Selain itu, MERCY Malaysia bekerjasama dengan fraterniti perubatan, institusi-institusi pendidikan, agensi-agensi swasta dan korporat, badan kerajaan, NGO tempatan dan komuniti di mana MERCY Malaysia bekerja. Tujuan penubuhan ini memberikan tindak balas apabila berlaku krisis dan bencana dengan secepat mungkin dalam anggaran masa dari 48 jam sehingga 72 jam dari bermulanya sesuatu krisis atau bermulanya sesuatu kejadian/bencana dan lain-lain.


MERCY Malaysia telah diasaskan oleh Dr Jemilah Mahmood pada tahun 1999 sebagai tindak balas kepada konflik di Kosovo. Memandangkan tiada pertubuhan yang sedia ada yang boleh menerima beliau sebagai seorang sukarela untuk memberikan perkhidmatan perubatan di sana , beliau dan sekumpulan rakan-rakan mendaftar MERCY Malaysia dengan Pendaftar Pertubuhan dengan objektif untuk memberi bantuan perubatan. Bekerja dengan Helping Hands USA, MERCY Malaysia kemudian menghantar sebanyak lima misi ke Kosova untuk menyediakan penjagaan perubatan bergerak. Pada tahun yang sama , MERCY Malaysia menghantar pasukan bantuan kepada Turki sebagai tindak balas kepada gempa bumi di Izmit. Tahun berikutnya melihat MERCY Malaysia memberi bantuan keperluan perubatan kepada mereka yang terselamat dari gempa bumi di Gujarat. Pada tahun yang sama, MERCY Malaysia memberi bantuan kepada mereka yang terselamat dari banjir di Kemboja di Kampong Cha . Pada bulan Oktober 2001, MERCY Malaysia telah menghantar satu pasukan ke Afghanistan untuk berkhidmat kepada pelarian di kem-kem pelarian. Pada tahun 2002, MERCY Malaysia terus menyampaikan perubatan dan mengembangkan operasinya di sepanjang jalan. Pertubuhan ini meneruskan kehadirannya di Kabul, dan kemudian memperluaskan operasinya di Afghanistan untuk menjalankan satu-satunya pusat perubatan di Spin Buldak , iaitu satu kawasan terpencil yang terletak kira-kira 100 km dari Kandahar. MERCY Malaysia juga melancarkan Tabung Bantuan Kemboja untuk terus menyokong usaha-usaha bantuan akibat banjir di Mekong. Pertubuhan itu juga mula menerima pengiktirafan dan mengumpul dana dan derma yang meningkat daripada pihak luar kerana ia bertindak balas kepada keperluan di Palestin.


Pada tahun 2003, Mercy Malaysia memberi tindak balas kepada keperluan di Baghdad, Iraq dan menghantar pasukan pertama pada bulan Januari. Pada bulan Februari, MERCY Malaysia melancarkan Tabung Kemanusiaan China dan menghantar satu pasukan sebagai tindakbalas kepada gempa bumi yang menerima 6.8 skala Richter yang melanda kawasan terpencil di wilayah Xinjiang di barat laut China, berhampiran sempadan dengan Kyrgyzstan dan Tajikistan. Pada bulan April 2003, pasukan MERCY Malaysia disalah anggap sebagai perkara yang buruk serta ganas dan telah diserang di Iraq, di mana Dr Baba Deni dan Dr Jemilah telah cedera dalam kejadian itu. Pada Mei 2003 menyaksikan MERCY Malaysia bertindak balas kepada rayuan antarabangsa dari Sri Lanka selepas negara itu mengalami banjir dan tanah runtuh yang paling buruk dalam tempoh 60 tahun Satu pasukan terdiri dari enam orang telah dikerahkan ke selatan Sri Lanka untuk memberi bantuan perubatan dan kemanusiaan kritikal kepada mangsa banjir dan tanah runtuh di Ratnapura, yang terletak kira-kira 100km tenggara dari ibu negara di Colombo. Tahun ini ditamatkan dengan misi ke Kerman, Iran berikutan gempa bumi Bam 2003 yang berlaku pada 26 Disember 2003. Sembilan orang termasuk Dr, seorang doktor menyediakan sokongan perubatan dan psikososial kepada mangsa gempa bumi, dan telah ditempatkan di bekas Hospital Lapangan Itali di Baravat, 5 km dari negeri yang diberi nama Bam.


Objektif MERCY Malaysia adalah untuk menjadi sebuah organisasi berintegriti, profesional dan beretika. Selain itu, Mercy juga ingin menjadi sebuah NGO yang menyalurkan informasi yang telus dan tepat. Bukan itu sahaja, NGO ini juga ingin bertindak selaras dengan informasi dan kajian secara menyeluruh terhadap sesuatu krisis/ bencana yang berlaku pada Malaysia. Mercy Malaysia juga menerapkan pengurusan yang berkualiti dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan. Penambahbaikan dalam kerja-kerja kemanusiaan secara berterusan bagi membaiki setiap aspek kelemahan yang didapati bagi menjadikan Mercy ini sebuah NGO yang boleh menjadi tunjang utama dalam membantu pihak kerajaan menangani krisis bencana alam. Sejak 2005, MERCY Malaysia mengambil pendekatan secara menyeluruh terhadap pengurusan bencana alam melalui proses Pengurangan Risiko Bencana Keseluruhan “Total Disaster Risk Management (TDRM)” bagi mengekalkan keseimbangan di dalam aktiviti yang diambil sebelum berlakunya bencana (pembangunan semula dan mitigasi) dan usaha yang dilakukan selepas bencana (bantuan kecemasan dan pemulihan). Pendekatan secara menyeluruh ini dapat mengenalpasti setiap punca dan faktor-faktor yang boleh mendorong kepada berlakunya bencana alam. 3.0 Objektif & Peranan Mercy Malaysia


Jika sesuatu persatuan ataupun badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan pastinya peranan pertamanya adalah untuk memastikan isu bencana alam yang menjejaskan warga Malaysia dapat dibendung. Hal ini kita dapat lihat dalam tragedi banjir besar yang berlaku di Kelantan pada tahun 2014 dimana, mereka telah menghulurkan bantuan seperti pakaian, ubat-ubatan serta beberapa jenis bantuan yang lain. Ketika itu berlaku sesuatu yang tidak diingini iaitu bekalan ubat telah habis. Melalui keratan akhbar Pengarah Eksekutif Mercy Malaysia Ahmad Faezal Mohamed berkata para petugas dan sukarelawan yang kini berada di kem pangkalan di Pasir Mas bagaimanapun berjaya membeli bekalan ubat di pekan berhampiran Kota Baharu. Bukan itu sahaja, tidak cukup lagi dengan, pasukan Mercy Malaysia juga turut mewujudkan klinik bergerak di Kuala Krai ketika tragedi banjir besar Kelantan. Melalui sumber akhbar Berita Harian, Mercy Malaysia membuka klinik bergerak di Kg Bedal dan Pejabat Tanah Kuala Krai untuk membantu lebih 1,500 mangsa banjir di kawasan itu. Badan kemanusiaan yang menggerakkan doktor, jururawat dan pakar psikologi serta sukarelawannya ke pantai timur sejak 18 Disember lalu itu turut mengagihkan bantuan makanan, minuman dan kit kebersihan kepada mangsa banjir di Kelantan, Perak dan Terengganu.


Seperti yang kita tahu tujuan MERCY Malaysia ini dibangunkan untuk memberi pertolongan dari segi bantuan perubatan dan juga peralatan perubatan. Selain itu juga, terdapat banyak subangan MERCY Malaysia ini kepada masyarakat setempat dan luar negara. Tetapi pada kali ini, kita akan tertumpu kepada bantuan MERCY Malaysia ini di dalam Malaysia. Antara sumbangan yang diberikan oleh MERCY Malaysia adalah berdasarkan kajian kami adalah MERCY Malaysia telah memberi pertolongan di Sabah, iaitu MERCY Malaysia di cawangan Sabah pada sekitar jun 2018 mereka telah mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk kampung yang terjejas banjir, di kawasan Penampang, Sabah. Selain itu juga, Pengerusi bagi MERCY Malaysia di cawangan sabah iaitu Dr Anbarasu Ramalingam berkata usaha itu sebahagian objektif MERCY Malaysia untuk memenuhi keperluan masyarakat yang dilanda bencana di samping melaksanakan misi perubatan. Selain itu juga, mengikut kepada Dr Anbarasau Ramalingam ada menyatakan iaitu berdasarkan keperluan yang dinilai oleh pasukan lapangan wakil rakyat setempat, sebanyak 200 kotak air minuman dan 200 pek beras akan diagihkan kepada kirakira 200 keluarga. Selain itu juga, negeri yang terlibat akibat banjir ini sebagai contoh Kelantan dan juga Pahang juga turut dibantu oleh MERCY Malaysia dari segi perubatan, makanan dan juga pakaian. 4.0 Sumbangan Mercy Malaysia


Selain itu juga, sumbangan MERCY Malaysia yang lain adalah di kawasan negeri pantai timur, iaitu MERCY Malaysia telah membuka klinik bergerak di Kampung Bedal dan Pejabat Tanah Kuala Krai untuk membantu lebih 1,500 mangsa banjir di kawasan itu. Selain itu juga, Bencana banjir di pantai timur, Perak, Johor dan Selangor menyebabkan lebih 240,000 menjadi mangsa, termasuk hilang tempat tinggal. MERCY Malaysia dan juga badan kemanusiaan yang menggerakkan doktor, jururawat dan pakar psikologi serta sukarelawannya ke pantai timur juga turut mengagihkan bantuan makanan, minuman dan kit kebersihan kepada mangsa banjir di kawasan pantai timur iaitu di Kelantan, Perak dan Terengganu. Selain itu juga, di kawasan Pasir Mas, Kelantan, MERCY Malaysia telah menyalurkan 144 botol minyak masak, 1,000 kampit beras 1kg, 1,000 pek gula, 500 pek mi segera dan 3,000 tin sardin.


Seterusnya, sumbangan lain oleh MERCY Malaysia adalah pada waktu zaman penularan Covid-19 , MERCY Malaysia telah menggerakkan sukarelawannya di Sabah susulan penularan pandemik Covid-19 di negeri itu bagi membantu klinik kesihatan setempat. Selain itu juga, MERCY Malaysia berkata pihaknya merancang untuk menjalankan 1,200 ujian Covid-19 di Lahad Datu serta menyediakan kit kebersihan dan pek makanan kepada komuniti yang terjejas dengan penularan pandemik itu. Kawasan yang paling terjejas di sabah iaitu di kawasan Tawau sebanyak 759 kes, Semporna 309 kes , Lahad Datu 295 kes dan juga Kunak sebanyak 75 kes yang melibatkan 962,661 orang keseluruhannya dalam komuniti berkenaan. Akhir sekali, pada ketika selepas kerajaan mengistyiharkan Perintah Kawalan Pergerakaan Pemulihan (PKPP) kepada semua rakyat di Malaysia akibat varian Covid-19 ini Mercy Malaysia bertanggungjawab menyumbangkan sebanyak 5 buah laptop, 10 kipas angin, 5 troli suntikan, 5 kerusi roda dan 10 meja banquet bagi membantu operasi Pusat Pemberian Vaksin Daerah Kuala Langat, Selangor bagi memperhebat usaha mencapai sasaran 240,000 penerima vaksin pada akhir tahun 2021.


Sebagai kesimpulan, kita dapat lihat pelaksanaan tanggungjawab sosial memberi kesan dan implikasi yang besar dalam membangunkan masyarakat, sesebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai lagi. Sebagai contoh yang kita dapat lihat, dengan penglibatan sesebuah badan bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanakan tanggungjawab sosial, membuatkan lebih banyak syarikat lain yang ingin melabur kepada sesebuah badan itu dan dalam masa yang sama, dapat membantu organisasi tersebut menjalankan lebih banyak misi-misi dalam melaksanakan tanggungjawab sosial. Tidak lupa juga dengan impak positif daripada aktiviti kesukarelawanan. Ianya memberi impak yang besar bagi masyarakat yang terlibat. Antaranya ialah memperkuatkan komuniti, membina kepercayaan dan ikatan sosial yang kuat, mewujudkan ahli masyarakat yang aktif dan positif, dan mengurangkan gejala sosial dan jenayah serta menggalakkan program pemasukan sosial. 5.0 Penutup


6.0 Rujukan Normah Awang Noh & Ain Zahirah Mohd Zahid. 2021. Manfaat Penglibatan Dalam Kesukarelawanan Terhadap Pembangunan Kemahiran dan Sosial Dalam Kalangan Mahasiswa Persatuan Kelab Penyayang. Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Lilah Yasin. 2016. Belia dan program kesukarelawan di Malaysia: Satu kajian empirikal. https://www.simplygiving.com/nonprofit/mercymalaysia https://www.mercy.org.my/ https://ms.ninanelsonbooks.com/significado-de-responsabilidad-social https://issuu.com/emilyleonghuiru/docs/etika_a__1___3_.pptx 1. 2. 3. 4. 5. 6.


Click to View FlipBook Version