The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sa'amah Hassan, 2019-08-06 00:42:32

Solat Sakit

Jenis Solat Sakit

CARTA SOLAT SAKIT

CARA MENUNAIKAN SOLAT KETIKA SAKIT

1. SOLAT SAMBIL DUDUK

• Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud.
• Mengadap kiblat.
• Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa.
• Rukuk dilakukan dengan menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan
dengan tempat sujud.
• Iktidal pula dilakukan dengan mengangkat kepala tegak semula.
• Sujud seperti biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dengan menundukkan kepala
rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.

2. SOLAT BARING MENGIRING

• Mengiring di atas rusuk kanan.
• Muka dan dada mengadap kiblat.
• Rukuk dan sujud dilakukan dengan cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan
kepala semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dengan menundukkan kepala lebih rendah
daripada ketika rukuk.
• Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud
dengan isyarat menutup mata.

3. SOLAT BARING MELENTANG

• Baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
• Tinggikan sedikit kepala dengan menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka
mengadap kiblat.
• Rukuk dan sujud dengan isyarat kelopak mata seperti dalam suasana solat mengiring di atas
• Jika tidak terdaya, bolehlah rukuk dan sujud dengan cara lintasan (niat) di hati dengan
mengingati setiap perbuatan dalam solat.
• Tangan diangkat seperti biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dengan ucapan
Allahu Akbar sahaja.

4. SOLAT SECARA MELAKUKAN ISYARAT KELOPAK MATA

• Berada dalam keadaan berbaring sambil terlentang.
• Kaki menghala ke arah kiblat.
• Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata, manakala sujud pula dilakukan
dengan memejamkan mata.
5. SOLAT SECARA INGAT DI DALAM HATI

• Menggerakkan ingatan di dalam hati menurut tertib solat.

6. KAIFIAT PELAKSANAAN

RUJUKAN
1) e-solat.gov.my
2) ustazdris.blogspot.com
3) https://siraplimau.com/cara-solat-duduk-pesakit-hamil-musafir/
4) http://fiqhfarys.blogspot.com/2014/04/cara-menunaikan-solat-ketika-sakit.html
5) Hbaling.moh.gov.my


Click to View FlipBook Version