The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Moh. Dazrin, 2019-03-18 23:15:26

Test 1

initial stage

Keywords: test 1

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 4

Penyediaan Bekas Semaian
1. Memilih dan membersih bekas semaian.
2. Menutup lubang saliran dengan bahan yang sesuai bagi mengelakkan medium semaian

mengalir keluar semasa menyiram.
3. Mengisi medium semaian ke dalam bekas sehingga 2 – 3 cm dari permukaan bekas atau

mengikut kesesuaian bekas.
4. Meratakan permukaan medium atau membuat alur penanaman bagi biji benih halus /

membuat lubang untuk menyemai biji benih kasar.

Langkah Menyedia Bekas Semaian

1. Memilih bekas semaian yang sesuai
iaitu bersih dan mempunyai lubang saliran.

2. Menutup lubang saliran dengan bahan
yang sesuai seperti serpihan pasu, batu

kerikil, jaring nyamuk dan lain-lain.

3. Mb33eeknagsissiemmeadiaiunmsesehmingagiaan2ke– dalam
3 cm dari

permukaan bekas atau mengikut

kesesuaian bekas.

4. Membuat alur atau lubang untuk
menanam biji benih.

107

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Langkah Kerja/ Amali:
Langkah 1:
a. Guru menerangkan aliran kerja amali yang akan dilakukan iaitu persediaan bekas

dan mengisi bekas semaian.
b. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
c. Seorang ketua dilantik bagi setiap kumpulan.
d. Ketua kumpulan diarahkan mengambil alatan dan bahan.
Langkah 2:
a. Murid menyediakan bekas semaian.
b. Murid mengisi medium ke dalam bekas.
Langkah 3:
a. Guru memantau dan membimbing kerja amali murid serta memberi komen.
b. Murid memberi komen akan hasil kerja amali mereka.
c. Guru membuat rumusan akhir.

Contoh soalan lisan :
1. Namakan dan nyatakan fungsi alat ini ?
2. Namakan medium semaian ini?

Kriteria pemerhatian amali penyediaan bekas dan mengisi medium:
1. Kebersihan bekas semaian.
2. Prosedur mengisi.
3. Kepadatan medium dalam bekas semaian.

108

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK 5.0 Teknologi Pertanian
60 minit (2 waktu)
MASA Menanam benih dalam bekas

STANDARD KANDUNGAN 5.1

STANDARD 5.1.7 Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dengan
PEMBELAJARAN 5.1.8 kaedah yang betul.
Melakukan penjagaan semaian iaitu menyiram,
merumput dan mengawal makhluk perosak.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
PEMBELAJARAN 1. Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dalam bekas

semaian dengan kaedah yang betul.
2. Menyatakan aktiviti penjagaan semaian yang perlu

dilakukan dengan betul.

RINGKASAN Murid menjalankan kerja amali penyemaian biji benih halus atau
biji benih kasar mengikut kaedah yang betul. Pengetahuan
tentang penjagaan semaian didedahkan kepada murid supaya
mereka dapat menjalankannya mengikut keperluan semasa.

KEMAHIRAN 1. Melakukan kerja menyemai biji benih halus atau biji
benih kasar.

2. Mengenal pasti aktiviti penjagaan semaian.

ELEMEN MERENTAS 1. Keusahawanan :
KURIKULUM EK 3 – Berorientasikan pencapaian, tahu matlamat

dan menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan.

2. Nilai murni:

Bekerjasama, bersungguh-sungguh, cermat dan berhati-hati.

BAHAN BANTUAN Bahan: biji benih
MENGAJAR Alatan: bekas semaian dan penyiram

109

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI PENGAJARAN Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN Guru mengaitkan pembelajaran yang lepas dengan
bertanyakan beberapa soalan seperti :
a. Apakah yang telah kamu lakukan semasa mempelajari

mata pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi pada minggu
lepas?
b. Mengapakah lubang saliran perlu ditutup sebelum
mengisi medium?

Langkah 1
Guru menunjukkan kepada murid bekas semaian bersama
medium semaian yang telah disediakan untuk menyemai biji
benih.

Langkah 2
Guru melakukan tunjukcara menyemai biji benih mengikut
langkah yang betul.

Langkah 3
Murid menjalankan kerja amali menyemai biji benih.

Langkah 4
Guru menerangkan tentang kerja penjagaan yang perlu
dilakukan terhadap semaian tersebut.
Guru melakukan tunjukcara dan murid diminta melaksanakan
secara bersama.

Penutup:
Guru menerangkan kepada murid bahawa penjagaan perlu
dilakukan mengikut keperluan semasa dan meminta murid
melakukannya.

PENILAIAN 1. Murid diminta menyusun langkah menyemai biji benih
PENGAJARAN DAN mengikut urutan.(Lampiran 1)
PEMBELAJARAN
2. Murid juga ditanya secara lisan. Apakah kerja penjagaan
yang perlu dilakukan terhadap semaian?

PENGETAHUAN Murid pernah melihat anak benih tumbuhan dan telah
SEDIA ADA menjalankan amali menyediakan bekas semaian pada
pembelajaran yang lepas.

REFLEKSI

110

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Maklumat Tambahan Guru.

Menyemai Biji Benih

a. Menyemai biji benih kasar
- Menanam biji benih sedalam lebih kurang 2 – 3 kali lebih dalam daripada garis pusat biji
benih tersebut.
- Jarak penanaman di antara biji benih ialah 3 cm / mengikut kesesuaian.
- Biji benih yang ditanam terlalu cetek akan cepat kering manakala sukar untuk
bercambah jika terlalu dalam.
- Menimbus biji benih dengan lapisan medium yang nipis.
- Menyiram dan meletakkan di tempat teduh.

b. Menyemai biji benih halus
- Membuat alur sedalam 1 cm pada medium semaian.
- Menggaul biji benih dengan pasir halus ( 1 bahagian biji benih : 10 bahagian pasir halus)
supaya taburan sekata.
- Menyemai secara tabur terus atau tabur ke dalam alur.
- Menimbus biji benih dengan lapisan medium yang nipis.
- Menyiram dan memberi teduhan.

c. Penjagaan semaian

i. Menyiram
Dilakukan dua kali sehari mengikut keperluan dengan menggunakan penyiram muncung
halus.

ii. Merumput
Dilakukan secara manual (mencabut dengan tangan).
Tujuan: Mengelakkan anak benih bersaing dengan rumpai untuk mendapatkan cahaya dan
nutrien serta mengelakkan menjadi sarang kepada perosak.

iii. Mengawal perosak
Dapat mengelakkan anak benih daripada rosak dan berpenyakit.
Dilakukan secara mekanikal iaitu memungut dengan tangan, menggunakan perangkap
atau menggunakan jaring.

111

Maklumat Rujukan Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Langkah Menyemai Biji Benih

1. Menggaul biji benih halus dengan pasir
dengan nibah 1 : 10 ATAU
menyediakan biji benih untuk menyemai.

2. Menyemai biji benih halus secara tabur
terus atau menabur ke dalam alur /
menyemai biji benih kasar ke dalam
lubang menanam.

3. Menimbus biji benih dengn lapisan
medium yang nipis.

4. Menyiram dan meletakkan di tempat
teduh.

5. Melakukan tunjukcara dan menerangkan
tentang penjagaan semaian seperti
menyiram, merumput dan mengawal
perosak.

112

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Langkah Kerja/ Amali :
Langkah 1:

Guru menerangkan aliran kerja amali yang akan dilakukan iaitu persedian biji benih,
menyemai biji benih dan penjagaan semaian.
Langkah 2:
a. Guru melakukan tunjukcara menyemai biji benih iaitu :-

i. Biji benih halus
- Menggaul 1 bahagian biji benih dengan 10 bahagian pasir halus.
- Menyemai secara tabur terus atau ke dalam alur.

ii. Biji benih kasar
- Menyemai terus ke dalam lubang penanaman sedalam 2 – 3 kali ganda garis
pusat biji benih.

b. Murid menyemai sama ada biji benih kasar atau biji benih halus.
Langkah 3:

Guru menerangkan langkah-langkah penjagaan semaian iaitu menyiram, merumput dan
mengawal perosak.

113

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 1

Ujian Kendiri / Penilaian : Murid menyusun langkah-langkah kerja menanam biji benih
dalam bekas menggunakan lembaran kerja yang diedarkan
oleh guru.

NAMA MURID : ____________________________ TARIKH: _____________

TAHUN : ____________

LEMBARAN KERJA
LANGKAH MENANAM BIJI BENIH DALAM BEKAS

Arahan: Susun langkah menyemai benih dalam bekas mengikut urutan dengan menulis 1, 2, 3,
4, 5, 6 pada ruang yang disediakan di bawah ini:

Langkah-langkah Urutan

 Membuat alur / lubang menyemai.

 Memilih bekas.

 Mengisi medium.

 Menutup lubang saliran.

 Menyiram.

 Menyemai biji benih.

114

Contoh Jawapan Draf Modul Pengajaran
Langkah-langkah Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

 Membuat alur / lubang menyemai. Urutan
 Memilih bekas. 4
 Mengisi medium. 1
 Menutup lubang saliran. 3
 Menyiram. 2
 Menyemai biji benih. 6
5

115

TAJUK Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
MASA
5.0 TEKNOLOGI PERTANIAN
STANDARD
KANDUNGAN 60 Minit (2 Waktu)

STANDARD 5.1 Menanam benih dalam bekas
PEMBELAJARAN
5.1.9 Menyediakan medium dan bekas penanaman yang sesuai.
5.1.10 Mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman mengikut

prosedur.
5.1.11 Melakukan aktiviti penjagaan tanaman iaitu merumput,

menggembur, membaja, menyiram dan mengawal perosak.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
PEMBELAJARAN 1. Menyediakan medium penanaman.
2. Memasukkan medium ke dalam bekas penanaman.
3. Mengubah anak benih dari bekas semaian ke bekas tanaman.
4. Menjalankan penjagaan tanaman.

RINGKASAN Guru dan murid membincangkan contoh medium dan bekas
penanaman. Murid diberi pendedahan ciri-ciri anak benih yang baik.
Guru menunjukkan cara menyediakan bekas penanaman, cara
memasukkan medium penanaman ke dalam bekas dan cara
mengubah anak benih. Akhir sekali, guru menerangkan penjagaan
tanaman dalam bekas.

KEMAHIRAN 1. Menyediakan bekas tanaman dan memasukkan medium
tanaman.

2. Mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman.
3. Menjalankan penjagaan tanaman dalam bekas.

ELEMEN MERENTAS 1. Keusahawanan :
KURIKULUM EK 5 - Boleh menyesuaikan idea baru dengan keperluan
masyarakat, meneruskan peningkatan kualiti idea.

2. Kreativiti :
Menggunakan kaedah atau prosedur dengan mengenal pasti
ciri-ciri yang betul.

3. Nilai-nilai murni :
Tekun, sabar, dan bersungguh-sungguh

4. Pendidikan alam sekitar :
Kitar semula dan kebersihan

116

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

BAHAN BANTUAN 1. Alatan: sudip tangan, serampang tangan dan penyiram
MENGAJAR 2. Bahan: medium tanaman dan bekas tanaman
3. Gambar (rujuk lampiran 1,2,3 dan 4)

AKTIVITI Set Induksi (bahan rujukan: Lampiran 1)
PENGAJARAN DAN Guru menunjukkan 2 gambar anak benih dalam seed tray dan
PEMBELAJARAN gambar anak benih di dalam takung. Kemudian guru menyoal
murid.
Apakah kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam gambar
tersebut ?
Guru merumuskan jawapan yang diberikan oleh murid tentang
perlunya anak benih diubah ke bekas tanaman untuk tumbesaran
yang baik.

Langkah 1
Guru menunjukkan pelbagai jenis bekas tanaman seperti pasu
plastik, pasu tanah liat, beg politena dan bekas kitar semula.
Guru menunjukkan contoh medium tanaman.

Langkah 2
Guru menunjukkan cara-cara memasukkan medium ke dalam bekas
penanaman.(Bahan rujukan: Lampiran 2)
Guru menunjukkan cara mengubah anak benih dari bekas semaian
ke dalam bekas tanaman.
( Bahan rujukan: Lampiran 3 )
Guru menerangkan penjagaan yang perlu dilakukan bagi anak benih
yang telah diubah ke dalam bekas tanaman.
( Bahan rujukan: Lampiran 4 )

Langkah 3
a. Guru mengarahkan murid membuat kumpulan ( 4 orang
dalam satu kumpulan)
b. Murid diminta memilih satu jenis bekas tanaman yang
sesuai.
c. Berpandukan lampiran yang diberi, murid dikehendaki
memasukkan medium ke dalam bekas tanaman.
d. Berpandukan lampiran yang diberi murid memilih anak benih
yang sihat bagi penanaman dalam bekas.
e. Murid mengubah anak benih yang telah dipilih ke dalam
bekas tanaman.

Penutup:
Guru merumuskan tentang perlunya mengubah anak
benih dari bekas semaian ke dalam bekas tanaman.

117

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

PENILAIAN Guru menyoal murid secara lisan. ( Bahan rujukan: Lampiran 5 )
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN Murid telah belajar mengenai medium semaian dan cara menyemai
SEDIA ADA biji benih dalam standard pembelajaran 5.1.5 dan 5.1.7
Murid juga telah diberi penerangan tentang nama-nama alatan
REFLEKSI tangan dan fungsinya dalam standard pembelajaran 5.1.2

Maklumat Tambahan Guru

1. Jenis-jenis bekas tanaman dan kaedah penyediaan.
2. Kaedah mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman.
3. Langkah mengubah anak benih.
4. Aktiviti penjagaan tanaman.

Maklumat Rujukan ( Lampiran 1 hingga Lampiran 4 )

118

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 1

Anak benih dalam pelbagai bekas semaian yang sedia untuk diubah.

Sila lawati laman web http://theseedsite.co.uk/seedlings2b.html untuk melihat
pelbagai anak benih yang sesuai untuk diubah.
Pada kebiasaannya, anak benih yang sedia untuk diubah telah mengeluarkan 3 hingga
5 helai daun. Pilih anak benih yang sihat dan tidak diserang oleh serangga.

119

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 2

Pelbagai Bekas Tanaman dan Cara Penyediaan
BIL Bekas Tanaman Penyediaan

Tutup lubang saliran dengan salah satu

daripada bahan di bawah:
1 a. Batu kerikil.

b. Serpihan pasu.

c. Jaring nyamuk / mosquitoe net

Pasu plastik atau bahan yang sesuai.

Pasu Baru

1. Perlu direndam semalaman.

2. Tutup lubang saliran dengan salah

satu daripada bahan di bawah:

a. Batu kerikil.
2 b. Serpihan pasu.

c. Jaring nyamuk / mosquitoe net

Pasu tanah liat atau bahan yang sesuai.
Pasu lama perlu diberus dengan sabun

dan dibilas bersih sebelum digunakan

semula.

1. Dibersihkan dengan air dan diberus.
2. Tutup lubang saliran dengan salah

satu daripada bahan di bawah:
3 a. Batu kerikil.

b. Serpihan pasu.
c. Jaring nyamuk / mosquitoe net

atau bahan yang sesuai.

Pasu dari tayar terbuang

4 Jika kotor, perlu dibersihkan dengan air
dan diberus.

Kotak tanaman daripada kayu

120

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

1. Dibersihkan dengan air dan diberus.
2. Tutup lubang saliran dengan salah
5 satu daripada bahan di bawah:

a. Batu kerikil.
b. Serpihan pasu.
d. Jaring nyamuk / mosquitoe net

atau bahan yang sesuai.
Kotak tanaman daripada plastik

6 Jika perlu, bahagian atas beg politena
dilipatkan selebar 2 – 3 sm.

Beg Politena

Menutup lubang saliran pasu dengan serpihan pasu

Mengisi medium tanaman ke dalam pasu dengan menggunakan sudip tangan
Nota tambahan: Batu kerikil dan serpihan pasu yang telah digunakan sebelumnya, hendaklah
direndam semalaman di dalam air. Tujuannya: untuk mengelakkan jangkitan penyakit pada
tanaman yang hendak ditanam.

121

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 3

Langkah-Langkah Mengubah Anak Benih

1. Pengerasan hendaklah dilakukan terlebih dahulu terhadap anak benih beberapa hari
sebelum diubah. Caranya ialah dengan mengurangkan naungan dan siraman secara
berperingkat-peringkat.

2. Mengubah anak benih sebaik-baiknya dilakukan pada awal pagi atau lewat petang.
3. Medium semaian disiram terlebih dahulu agar gumpalan medium tidak pecah semasa

mengubah.
4. Gunakan sudip tangan untuk mengeluarkan anak benih bersama gumpalan medium di

sekeliling akarnya.
5. Elakkan kerosakan pada akar anak benih.
6. Tanamkan anak benih ke dalam bekas tanaman. Tambahkan medium penanaman

sekiranya perlu.
7. Padatkan medium di sekeliling akar untuk memberi sokongan kepada akar.
8. Siram anak benih yang telah ditanam dan letakkan di tempat yang teduh.

Ciri-Ciri Anak Benih Yang Sihat

1. Tegap
2. Tiada jangkitan penyakit
3. Tiada kesan serangan perosak tanaman
4. Bentuk daun normal (tidak kerinting, tidak kecut)
5. Tumbuh sekata
6. Segar
7. Tidak terencat atau tidak bantut

Contoh anak benih yang sihat Contoh anak benih yang tumbuh sekata

122

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Langkah-Langkah Mengubah Anak Benih Keterangan
Gambar

Medium semaian disiram terlebih dahulu agar
gumpalan medium tidak pecah semasa mengubah.

Gunakan sudip tangan untuk mengeluarkan anak benih
bersama dengan gumpalan medium di keliling akarnya.
Elakkan kerosakan akar anak benih.

Masukkan anak benih yang telah dipilih bersama
gumpalan medium semaian ke dalam bekas
penanaman yang telah diisi ¾ dengan medium
penanaman .
Tanamkan anak benih ke dalam bekas tanaman.
Tambahkan medium penanaman sekiranya perlu.

Padatkan medium di sekeliling akar untuk memberi
sokongan kepada akar.
Siram anak benih yang telah ditanam dan letakkan di
tempat yang teduh.

123

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 4

Aktiviti Penjagaan Tanaman

Merumput
Merumput bermaksud membuang rumput.Rumput adalah
pesaing tanaman untuk mendapatkan nutrien, air dan ruang
serta menjadi perumah kepada perosak.Rumput sekeliling
tanaman hendaklah dibuang dengan tangan atau dengan
menggunakan serampang tangan.

Menggembur
Menggembur adalah aktiviti melonggarkan medium
penanaman. Medium yang telah digembur dan longgar akan:
a. Memudahkan air mengalir.
b. Memudahkan akar menembusi medium.
c. Membaiki pengudaraan.
Menggembur dan merumput boleh dilakukan serentak dengan
menggunakan serampang tangan.

Membaja
Membaja akan membolehkan pokok terus hidup subur.
Gunakan baja organik atau baja kimia. Ikut arahan pada label
baja. Membaja biasanya dilakukan 2 minggu sekali. Selepas
membaja, pokok hendaklah disiram.

Menyiram
Menyiram dilakukan dua kali sehari, iaitu di awal pagi dan
lewat petang atau mengikut keperluan. Alat yang sesuai
digunakan ialah penyiram dengan siraman halus untuk
mengelakkan kerosakan pada anak benih yang baru diubah.

Siput Mengawal Perosak
Kumbang Perosak termasuklah serangga, kumbang, dan siput babi.
Perosak ini boleh dihapuskan dengan cara mengutip dan
Ulat mengumpulkannya untuk dimusnahkan. Pemusnahan boleh
dilakukan dengan cara menanam atau membunuh perosak.

124

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 5

Ujian Kendiri / Penilaian : Guru menyoal secara lisan

Bil. Soalan Jawapan
1. Nyatakan satu jenis bekas tanaman.

2. Bagaimanakan cara menyediakan pasu
tanah liat yang baru?

3. Apakah bahan yang boleh digunakan untuk
menutup lubang saliran?

Mengapakah medium semaian perlu disiram
4. terlebih dahulu sebelum mengubah anak

benih?

5. Apakah nama alat yang paling sesuai untuk
mengubah anak benih?

6. Nyatakan satu aktiviti penjagaan tanaman.

7. Apakah nama alat yang paling sesuai untuk
merumput dan menggembur?

8. Tuliskan satu contoh perosak tanaman.

125

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Contoh Jawapan
1. Beg Politena, pasu tanah liat, pasu plastik, pasu dari bahan terbuang.
2. Pasu hendaklah direndam semalaman dalam air.
3. a. Batu kelikir

b. Serpihan pasu
c. Plastik ”mosquito net” berwarna hijau
4. Supaya medium boleh dikepalkan di sekeliling akar anak benih sebagai sokongan kepada
anak benih.
5. Sudip tangan.
6. Merumput, menyiram, membaja, menggembur, mengawal perosak
7. Serampang tangan.
8. Siput babi, ulat, kumbang.

126

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL PENGAJARAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

SAINS RUMAH TANGGA

TAHUN 5

Bahagian Pembangunan Kurikulum

0



TAJUK Draf Modul Pengajaran
MASA Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
STANDARD
KANDUNGAN 6.0 MENYEDIAKAN SAJIAN
STANDARD
PEMBELAJARAN 60 minit ( 2 waktu )

OBJEKTIF 6.2 Menyediakan sajian
PEMBELAJARAN
6.2.1 Mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan dengan
RINGKASAN betul

KEMAHIRAN 6.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti kutleri, sudip,
senduk kayu, mangkuk adunan, alat penyukat, alat
ELEMEN MERENTAS penimbang, kuali, periuk, alat pengadun kek, alat pengisar
KURIKULUM buah, cerek elektrik, pembakar roti, dapur dan oven
elektrik.
BAHAN BANTUAN
MENGAJAR Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1. menyatakan maksud dan kepentingan sanitasi penyediaan

makanan dengan betul.
2. menyatakan nama dan fungsi alatan dengan betul

Murid dapat mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan serta
menyatakan nama dan fungsi alatan.

1. Mempraktikkan sanitasi penyediaan makanan dengan cara
yang betul

2. Menyatakan kegunaan alatan memasak dengan betul.

1. Keusahawanan :
EK1 - Sikap bertanggungjawab terhadap keputusan yang
dipilih.
EK2 - Menilai idea secara kritis

2. Kreativiti dan inovatif :
Memilih idea yang terbaik untuk inovasi

3. Nilai murni :
Kebersihan , kesyukuran dan bekerjasama.

Gambar sanitasi penyediaan makanan, gambar alatan memasak
dan carta mencuci tangan.

129

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI PENGAJARAN Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN Guru menunjukkan beberapa keping gambar tentang sanitasi
penyediaan makanan. (Rujuk Lampiran 1)

Langkah 1
Guru mengajukan beberapa soalan tentang gambar sanitasi
yang dipamerkan dan mengaitkan jawapan murid dengan tajuk
pelajaran hari itu.

Langkah 2
Guru memberi penerangan tentang kepentingan sanitasi
penyediaan makanan sebelum, semasa dan selepas.
Tunjuk cara mencuci tangan dengan langkah yang betul.
(Rujuk Lampiran 2)

Langkah 3
Murid menyatakan nama dan fungsi alatan memasak dengan
bimbingan guru. (Rujuk Lampiran 3)

Langkah 4
Murid melakukan aktiviti mencuci tangan dengan langkah-
langkah yang betul.

Penutup
Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran.

PENILAIAN Murid menjawab soalan yang disediakan dalam lembaran kerja.
PENGAJARAN DAN (Penilaian 1 dan 2)
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN SEDIA Murid mengamalkan kebersihan diri dan mengetahui alatan
ADA asas memasak di rumah.

REFLEKSI

130

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 1

Maklumat Tambahan Guru.
Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan :

Tempat penyediaan makanan yang bersih Tempat penyediaan makanan yang kotor

Amalan sebelum menyediakan makanan

Bahan mentah dan alatan yang akan digunakan mestilah bersih

131

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Amalan semasa menyediakan makanan

Pakaian mestilah sentiasa bersih Cuci tangan sebelum menyedia dan
memasak makanan

Ruang memasak mestilah bersih Proses penyediaan makanan mestilah
dalam keadaan bersih

132

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Amalan selepas penyediaan makanan

Mencuci alatan memasak hingga bersih

Susun semula alatan

Membersih dan mengemas ruang masakan

133

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 3

Nama dan fungsi alatan memasak

Alatan Fungsi

K Sudu teh :
kutleri Mengacau minuman panas, alat menyukat bahan

Sudu makan :
Untuk semua jenis makanan mengikut kesesuaian

Garfu makan :
Untuk semua jenis makanan mengikut kesesuaian

Pisau makan :
untuk memotong semua jenis makanan seperti daging,
ayam,pizza dan lain-lain

Sudip rata :
Digunakan semasa menggoreng / memasak

Sudip berlubang :
Digunakan semasa menggoreng minyak banyak

Sudip

Senduk Kayu :
Digunakan untuk mengacau adunan

134

Alatan Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Fungsi

Mangkuk Adunan :
Digunakan untuk mengadun makanan

Jag Penyukat :
Digunakan untuk menyukat cecair seperti santan, susu
dan air.

Sudu Penyukat :
Digunakan untuk menyukat bahan yang berkuantiti
sedikit seperti garam, esen vanilla dan lain-lain.

Alat Penimbang :
Digunakan untuk menimbang bahan kering dan bahan
basah

135

Alatan Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Fungsi

Kuali :
Digunakan untuk menggoreng makanan

Alat Pengadun Kek :
Digunakan untuk mengadun adunan kek dan biskut

Alat Pengisar Buah :
Digunakan untuk mengisar buah-buahan untuk
menghasilkan jus.

Cerek Elektrik :
Digunakan untuk menjerang air sehingga mendidih.

136


Click to View FlipBook Version