The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pemahaman mahasiswa IPT terhadap Konsep Rasuah Analisis tentang tahap pemahaman pelajar terhadap konsep rasuah dan strategi untuk meningkatkan kesedaran mereka mengenai bahaya rasuah. (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Chan Jun You, 2024-05-20 12:45:08

Pemahaman mahasiswa IPT terhadap Konsep Rasuah Analisis tentang tahap pemahaman pelajar terhadap konsep rasuah dan strategi untuk meningkatkan kesedaran mereka mengenai bahaya rasuah. (1)

Pemahaman mahasiswa IPT terhadap Konsep Rasuah Analisis tentang tahap pemahaman pelajar terhadap konsep rasuah dan strategi untuk meningkatkan kesedaran mereka mengenai bahaya rasuah. (1)

TAJUK Pemahaman mahasiswa IPT terhadap Konsep Rasuah: Analisis tentang tahap pemahaman pelajar terhadap konsep rasuah dan strategi untuk meningkatkan kesedaran mereka mengenai bahaya rasuah.


Pensyarah :YBHG DR. MAHADI BIN ABU HASSAN Chan Jun You Khor Zhao Xuan Chong Jia Le Kumpulan 5


Objektif Mengenalpasti tahap pemahaman mahasiswa IPT terhadap konsep rasuah. Menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pemahaman mahasiswa IPT terhadap konsep rasuah. Mengkaji strategi untuk meningkatkan kesedaran mahasiswa IPT mengenai bahaya rasuah. Pengenalan Rasuah merupakan salah satu masalah sosial yang serius dan kompleks yang dihadapi oleh banyak negara di seluruh dunia. Ia melibatkan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan untuk keuntungan peribadi dan boleh berlaku di pelbagai peringkat masyarakat, termasuk di kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT).Sebagai golongan berpendidikan dan bakal pemimpin masa depan, pemahaman mahasiswa IPT terhadap konsep rasuah adalah penting. Mereka perlu memahami definisi, jenisjenis, dan implikasi rasuah terhadap masyarakat agar dapat menentangnya secara efektif. Namun, tahap pemahaman mereka terhadap isu ini masih belum jelas.


Faktor Kurangnya Pendidikan Formal tentang Rasuah Sistem pendidikan mungkin tidak memberi penekanan yang mencukupi pada pendidikan tentang rasuah. Kurikulum yang tidak memasukkan topik ini atau kurangnya pengajaran langsung tentang konsep rasuah boleh menyebabkan kurangnya pemahaman di kalangan mahasiswa. Mereka terlalu fokus pada pencapaian akademik mereka atau kegiatan luaran lain, yang mengakibatkan kurangnya perhatian terhadap isu-isu sosial seperti rasuah. Mereka mungkin tidak melihat rasuah sebagai sesuatu yang relevan dengan kehidupan mereka pada masa kini Ketidakpekaan terhadap Isu Sosial


Kesan Memberi Gangguan kepada Pembangunan Negara rasuah adalah satu ancaman serius terhadap pembangunan negara. Apabila mahasiswa, sebagai bakal pemimpin dan profesional, tidak memahami atau mengambil berat tentang bahaya rasuah, ini boleh menyebabkan kelemahan dalam sistem keadilan, ekonomi, dan institusi negara. mahasiswa mempunyai peranan penting dalam membentuk masyarakat yang lebih baik. Kurangnya kesedaran tentang bahaya rasuah boleh menyebabkan pengabaian terhadap tanggungjawab sosial mereka untuk berperan aktif dalam memerangi amalan yang merosakkan ini. Pengabaian terhadap Tanggungjawab Sosial oleh mahasiswa akan berlaku


Langkah Program Kesedaran dan Pendidikan perlulah dilaksanakan.Contohnya, boleh mengadakan bengkel, seminar, dan program kesedaran yang fokus kepada konsep rasuah dan bahayanya. Program-program ini boleh melibatkan pakar-pakar dalam bidang undang-undang, etika, dan pencegahan rasuah untuk memberikan pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam kepada mahasiswa. Pihak universiti perlulah kolaborasi dengan Institusi dan Organisasi Luar. Contohnya, pihak universiti boleh bekerja sama dengan institusi-institusi kerajaan, badan-badan pencegahan rasuah, dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan untuk menyediakan program-program pendidikan dan kesedaran yang lebih holistik.


Kesimpulan Dalam analisis tentang tahap pemahaman pelajar terhadap konsep rasuah dan strategi untuk meningkatkan kesedaran mereka mengenai bahaya rasuah, kami menyimpulkan bahawa pendidikan formal dan program kesedaran yang menyeluruh adalah kunci untuk mengatasi kekurangan pemahaman tersebut. Integrasi pendidikan tentang integriti dalam kurikulum pendidikan tinggi, bersama dengan pelaksanaan program-program kesedaran dan pendidikan seperti bengkel, seminar, dan kempen, dapat membantu meningkatkan kesedaran pelajar tentang bahaya rasuah. Kerjasama dengan badan-badan pencegahan rasuah dan organisasi bukan kerajaan juga penting untuk memberikan sokongan dan sumber daya yang diperlukan.


Nama Anggota: Angkatan Mahasiswa Anti-Rasuah(AMAR) Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) sebelum ini dikenali sebagai Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR). SPR ditubuhkan pada tahun 2007 susulan dapatan yang membimbangkan berdasarkan Kajian Persepsi Awam Terhadap Rasuah 2002 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara dapatan kajian adalah: 15% daripada 494 pelajar yang menyatakan kesanggupan memberi rasuah untuk melicinkan urusan harian atau untuk menyelesaikan sesuatu urusan 23% daripada pelajar menyatakan kesanggupan memberi rasuah untuk mengelak daripada sesuatu tindakan diambil terhadap mereka kerana telah melakukan sesuatu kesalahan; dan 30% daripada 494 pelajar menyatakan sekirannya mempunyai kuasa, sanggup menerima rasuah jika berpeluang AMAR Di IPT 20 Universiti Awam 27 Institut Pendidikan Guru 56 Institusi Pengajian di bawah MARA 14 Universiti Swasta


Mahkamah: Pelajar ijazah sarjana mengaku salah terima suapan RM9,700 Seorang pelajar ijazah sarjana sebuah universiti tempatan mengaku bersalah atas 15 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM9,700 ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan.Tertuduh, Rozairi Ismail, 33, membuat pengakuan terbabit ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim, Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain. Mengikut kertas pertuduhan, Rozaimi yang ketika itu bertugas sebagai pekerja sambilan harian (PSH) di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, didakwa menerima suapan wang tunai antara RM200 hingga RM3,000 daripada dua individu berbeza yang dimasukkan ke dalam akaun milik tertuduh.Berdasarkan kertas pertuduhan itu juga, tertuduh didakwa menerima suapan bagi memberikan maklumat awal berkaitan dengan projek-projek di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 atau kedua-duanya.


Perkukuh kursus antirasuah di IPT lahirkan mahasiswa berintegriti Oleh Dr Fauziah Hassan - April 16, 2024 @ 10:18am [email protected] Jika dibandingkan statistik keseluruhan pada 2023, terdapat sebanyak 1,137 tangkapan dibuat, manakala pada 2022 hanya 909 kes. Sekiranya membaca daripada maksud tersirat, peningkatan kes rasuah direkodkan pada 2022 dan 2023, maka tidak mustahil kes ini akan terus meningkat apabila berakhir tahun ini. Tidak memeranjatkan apabila SPRM menunjukkan rekod penangkapan mereka yang terbabit dengan rasuah daripada kumpulan belia sebanyak 85 kes bermula usia 17 hingga 24 tahun. Mesej ini membawa kepada inisiatif kerajaan untuk memberi kesedaran, kefahaman dan pengajaran kepada golongan belia untuk tidak terjebak dengan aktiviti rasuah. Oleh itu, modul Kursus Integriti Anti Rasuah (KIAR) mula diajar dan menjadi subjek wajib di IPT bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar konsep integriti dan amalan antirasuah. Namun, pengukuran kefahaman itu masih terlalu awal untuk memberi jaminan mereka yang mengambil kursus ini berjaya menimbulkan kebencian terhadap perbuatan rasuah dalam diri mereka. Oleh itu, IPT perlu mencari inisiatif untuk memastikan kefahaman mereka terhadap slogan 'Kami Benci Rasuah' ini tetap malar segar dalam ingatan sehingga pada hari terakhir mereka keluar melangkah dari tempat pengajian. Hal ini penting supaya apa yang diajar dan diterapkan tidak hanya 'masuk ke telinga kanan, keluar telinga kiri'.


Click to View FlipBook Version