1 | P a g e SYARAT DAN PERATURAN MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALLAF KALI KE-4 PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 Disediakan Oleh : Jawatankuasa Teknikal Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Kebangsaan 2024
2 | P a g e Isi Kandungan Bil Perkara Muka Surat 1 Peraturan Am 3 – 14 2 Syarat dan Peraturan Acara Tilawah AlQuran 15 - 16 3 Syarat dan Peraturan Acara Hafazan AlQuran 17 – 18 4 Syarat dan Peraturan Acara Azan dan Iqamah 19 – 20 5 Syarat dan Peraturan Acara Tazkirah 21 – 22 6 Syarat dan Peraturan Acara Nasyid 23 - 29 7 Syarat dan Peraturan Acara Kuiz Thaqafah 30 - 31 8 Syarat dan Peraturan Acara Video Pendek Dakwah di Media Sosial 32 – 33 10 Syarat dan Peraturan Acara Badminton 34 - 39 11 Syarat dan Peraturan Acara Sepak Takraw 40 - 46
3 | P a g e PERATURAN AM MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALAF PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KEEMPAT TAHUN 2024 BAHAGIAN I: PENGELOLAAN 1.1 Program ini adalah anjuran JAKIM dengan kerjasama JAIN/MAIN 1.2 Pengelolaan program ini di peringkat negeri diurus setiakan oleh bahagian yang mengurus hal ehwal mualaf di majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk. BAHAGIAN II: UNDANG-UNDANG AM Peraturan-peraturan umum sebagaimana ketetapan Jawatankuasa Induk MAHRAJAN Amal Islami Muallaf Peringkat Kebangsaan 2024 adalah seperti berikut: 2.1 Kelayakan 2.1.1 Seorang Mualaf : i. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap ii. Berdaftar Masuk Islam di bawah Akta / Enakmen / Ordinan negerinegeri.
4 | P a g e 2.1.2 Penyertaan adalah berdasarkan kategori berikut; BIL KATEGORI ACARA KETERANGAN 1 Mualaf 10 tahun pendaftaran Pengislaman (September 2014 – September 2024) Tilawah AlQuran Hafazan AlQuran Azan dan Iqamah Tazkirah Kuiz Seseorang yang masuk Islam kurang dari 10 tahun berdasarkan tarikh memeluk Islam dalam suatu dokumen perakuan memeluk Agama Islam yang dikeluarkan oleh Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri. Orang Asli yang menetap di perkampungan orang asli dan disahkan oleh Jakoa. Memenuhi syarat dalam perkara 2.1.1 2 Terbuka Muallaf / Orang Asli / Bumiputera Sabah dan Sarawak Nasyid Video Pendek Sukan Badminton dan Sepak Takraw. Seseorang yang masuk Islam berdasarkan tarikh memeluk Islam dalam suatu dokumen perakuan memeluk Agama Islam yang dikeluarkan oleh Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri. Orang Asli yang menetap di perkampungan orang asli dan disahkan oleh Jakoa. Memenuhi syarat dalam perkara 2.1.1
5 | P a g e 2.1.3 Seorang Mualaf layak MEWAKILI SATU NEGERI SAHAJA. a) Walau bagaimanapun, seorang mualaf yang dalam tajaan oleh sesebuah negeri tidak boleh mewakili negeri lain, KECUALI dengan kebenaran bertulis daripada negeri penaja. b) Mana-mana peserta yang telah dinobatkan sebagai Johan bagi sesuatu acara bagi acara Tilawah AlQuran, Hafazan dan Azan dan Iqamah tahun 2022, adalah tidak layak menyertai acara yang sama bagi tahun 2024. 2.1.4 Seorang Mualaf layak menyertai SATU ACARA SAHAJA. 2.1.5 KEUTAMAAN bagi penyertaan program ini adalah kepada mualaf yang menghadiri kelas fardu ain mualaf (KFAM) dan tertakluk kepada peraturan ini, peserta yang dalam kategori berikut boleh dipertimbangkan untuk menyertai program ini; a) Seorang mualaf yang belajar di universiti awam, universiti swasta atau institusi pengajian tinggi awam atau swasta, bekas pelajar institusi agama khas (IDIP, ILDAS, Pondok, PUSBA, PETAMA dan lain-lain) dalam Negara atau luar Negara BOLEH menyertai acara ini. b) Mualaf kanak-kanak, berdasarkan dokumen perakuan memeluk Islam adalah LAYAK menyertai dalam program ini dengan kebenaran kedua ibu bapa atau penjaganya. d) Anak kepada seorang atau pasangan Mualaf yang lahir secara Islam adalah TIDAK LAYAK menyertai dalam program ini. e) Pegawai dalam unit yang mengurus setiakan program ini TIDAK LAYAK menyertai program ini.
6 | P a g e 2.1.6 Pertukaran peserta hendaklah mendapat kebenaran Ketua Jawatankuasa Teknikal sebelum pendaftaran bermula. 2.1.7 Pertukaran peserta hanya dibenarkan berdasarkan sebab-sebab berikut: a) Uzur syar’i (khususnya bagi peserta Tilawah al-Quran dan Hafazan). b) Berita kecemasan (kematian, kemalangan, musibah dan sebagainya). c) Sakit secara tiba-tiba yang menyebabkan hilang keupayaan untuk bertanding. d) Peserta yang berdaftar tidak hadir semasa sesi pengesahan pendaftaran. 2.1.8 Mana-mana peserta atau pasukan yang tidak hadir sejurus pertandingan bermula pada setiap acara akan dikira sebagai hilang kelayakan untuk bertanding. 2.1.9 Mana-mana peserta atau pasukan yang melanggar peraturan yang ditetapkan, boleh dibatalkan penyertaanya. 3. Had Umur 3.1.1 Tiada had umur ditetapkan bagi peserta dalam pertandingan ini. 4. Pakaian 4.1 Setiap orang adalah diwajibkan mematuhi kod etika pakaian sebagaimana kehendak Syariat Islam. 4.2 Kostum dan perhiasan adalah dibenarkan bagi acara-acara tertentu berdasarkan kreativiti tanpa mengabaikan Syariat Islam. 4.3 Peserta atau pasukan dibolehkan memakai pakaian mengikut konsep acara yang dipertandingkan tanpa mengabaikan Syariat Islam 4.4 Segala kos pembelian kostum dan perhiasan adalah di bawah tanggungjawab peserta dan pasukan.
7 | P a g e BAHAGIAN III: PENDAFTARAN 5. Pendaftaran 5.1 Pendaftaran hendaklah dibuat menggunakan Borang Pendaftaran Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan yang disediakan. 5.2 Senarai pendaftaran peserta yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada Ahli Jawatankuasa Pendaftaran selewat-lewatnya SEBULAN daripada tarikh program diadakan. 5.3 Ahli Jawatankuasa Pendaftaran setelah berbincang dengan ketua Jawatankuasa Teknikal berhak untuk membatalkan atau menarik balik mana-mana penyertaan yang tidak mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. 5.4 Yuran Penyertaan bagi setiap negeri yang menyertai adalah sebanyak RM7,000.00. BAHAGIAN IV: HAL EHWAL PERTANDINGAN 6. Sistem Pertandingan 6.1 Mana-mana peserta atau pasukan hendaklah mematuhi peraturan khas yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan 2024. 6.2 Pertandingan akan diadili oleh panel hakim / juri yang dilantik. 6.3 Keputusan pertandingan akan diumumkan pada Majlis Perasmian Penutup. 6.4 Segala keputusan hakim/juri adalah muktamad.
8 | P a g e 6.5 Jadual markah skor setiap pertandingan adalah seperti berikut*: PENCAPAIAN MARKAH Johan 100 Naib Johan 80 Ketiga 60 Keempat 40 Kelima 20 Keenam dan seterusnya 10 6.6 Penentuan Johan Keseluruhan adalah berdasarkan pengiraan markah terkumpul yang tertinggi. 6.7 Hadiah bagi setiap acara hanya diberikan kepada peserta yang mendapat tempat Johan, Naib Johan dan Ketiga sahaja. 6.8 Jadual penetapan hadiah bagi setiap pemenang adalah seperti berikut; i) Acara Tilawah AlQuran Lelaki dan Perempuan : Kedudukan Jumlah Johan RM1,500.00 Naib Johan RM1,000.00 Tempat Ketiga RM800.00 ii) Acara Hafazan AlQuran Lelaki dan Perempuan : Kedudukan Jumlah Johan RM1,500.00 Naib Johan RM1,000.00 Tempat Ketiga RM800.00
9 | P a g e iii) Tazkirah : Kedudukan Jumlah Johan RM1,000.00 Naib Johan RM800.00 Tempat Ketiga RM500.00 iv) Azan dan Iqamah : Kedudukan Jumlah Johan RM800.00 Naib Johan RM500.00 Tempat Ketiga RM300.00 v) Video Pendek : Kedudukan Jumlah Johan RM1,000.00 Naib Johan RM800.00 Tempat Ketiga RM500.00 vi) Badminton Beregu Lelaki dan Peremuan : Kedudukan Jumlah Johan RM1,000.00 Naib Johan RM800.00 Tempat Ketiga RM500.00 vii) Sepak Takraw : Kedudukan Jumlah Johan RM1,500.00 Naib Johan RM1,000.00 Tempat Ketiga RM800.00
10 | P a g e viii) Kuiz : Kedudukan Jumlah Johan RM1,500.00 Naib Johan RM1,000.00 Tempat Ketiga RM800.00 ix) Nasyid : Kedudukan Jumlah Johan RM3,000.00 Naib Johan RM2,500.00 Tempat Ketiga RM1,500.00 6.9 Johan Keseluruhan layak untuk menerima Piala Pusingan dan Piala Iringan sebagai tanda penghargaan. BAHAGIAN V: LAIN-LAIN 7. Menarik diri dan Menyerah Kalah 7.1 Semua pertandingan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan. Jika nombor undian peserta disebut sebanyak 3 (tiga) kali dan peserta gagal menghadirkan diri sewaktu pertandingan berjalan, peserta tersebut dianggap menarik diri dan digugurkan daripada menyertai pertandingan. 8. Pembatalan Penyertaan 8.1 Sekiranya peserta didapati melanggar peraturan yang ditetapkan pada masa pertandingan sedang berjalan atau setelah tamat sesuatu pertandingan, maka penyertaan peserta tersebut adalah terbatal dengan sendiri. 8.2 Tiada markah akan diperolehi daripada penyertaan yang terbatal dengan sendirinya.
11 | P a g e 9. PELANTIKAN HAKIM DAN PEMBANTU HAKIM 9.1 Pelantikan hakim / Juri / Pengadil dan pembantu hakim / Juri / Pengadil adalah tertakluk kepada KELAYAKAN, POSISI JAWATAN, KEMAHIRAN atau KEPAKARAN seseorang yang difikirkan sesuai untuk dilantik sebagai Ketua Jemaah Hakim / Hakim / Juri / Pengadil dan Pembantu Hakim / Juri / Pengadil. 9.2 TANGGUNGJAWAB HAKIM adalah seperti yang berikut; (a) Mencerap dan menilai keupayaan peserta berdasarkan acara yang ditawarkan. (b) Menjumlahkan markah penilaian yang diberikan. (c) Menyenaraikan kekuatan, kelemahan dan peluang penambahbaikan ke atas persembahan peserta. (d) Membantu Ketua Jemaah Hakim dalam mengeluarkan keputusan penghakiman. BAHAGIAN VI: BANTAHAN 10. BANTAHAN PELANGGARAN PERATURAN 10.1 Sebarang bantahan terhadap apa-apa pelanggaran peraturan yang ditetapkan adalah dibenarkan dalam tempoh 15 minit selepas pertandingan setiap acara. 10.2 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang tunai RM100.00 sebelum ianya dapat dipertimbangkan. Wang bantahan akan dikembalikan semula sekiranya bantahan berjaya. 10.3 Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.
12 | P a g e BAHAGIAN VII: LAIN-LAIN 11. Sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila hubungi; 11.1 Cawangan Kefahaman Islam, Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Aras 4, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya, 62100 Putrajaya. Tel: 03-8870 7000 Faks: 03-8870 7808. 11.2 Unit Ukhuwah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Aras 2 Blok A Pusat Islam Iskandar Johor. Tel :
13 | P a g e MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALAF PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 SENARAI ACARA DAN KATEGORI PERTANDINGAN BIL ACARA TABURAN PESERTA (ORANG) BILANGAN PESERTA BILANGAN PENGIRING BILANGAN HAKIM / JURI / PENGADIL L P JUMLAH PENYERTAAN SETIAP NEGERI 1. Tilawah alQuran 1 1 2 orang 6 orang x 14 pasukan (negeri) = 84 orang 4 orang x 14 negeri = 56 orang 3 2. Hafazan 1 1 2 orang 2 3. Tazkirah 1 1 2 orang 2 4. Azan, doa selepas azan dan iqamah 1 - 1 orang 1 orang x 14 pasukan = 14 orang 2 5. Badminton 2 2 4 orang 4 orang x 14 pasukan = 56 orang 5 6. Nasyid 1 (L/P) 5 orang 5 orang x 14 negeri = 70 orang 3 7. Sepak Takraw 4 orang 4 orang 4 orang x 14 negeri = 56 orang 5 8. Kuiz 3 orang 3 orang 3 orang x 14 negeri = 42 orang 3 9. Video Pendek 3 orang 3 orang 3 orang x 14 negeri = 42 orang 3 JUMLAH 364 orang 56 orang 28 orang JUMLAH KESELURUHAN 448 orang
14 | P a g e MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALAF PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 PERATURAN PERTANDINGAN ACARA : TILAWAH AL-QURAN 1. Peserta hendaklah memenuhi syarat sebagaimana dalam Peraturan Am Mahrajan 2024. 2. Setiap negeri diwakili oleh seorang peserta lelaki dan perempuan. 3. Surah yang dibaca hendaklah dalam senarai surah yang berikut; BIL NAMA SURAH AYAT MULA ASPEK PENGHAKIMAN 3.1 Al-Anfal 1 Tajwid dan Fasoha (60 markah) Lagu dan suara (40 markah) 3.2 Al-Baqarah 183 3.3 Luqman 12 3.4 Al-Isra’ 1 3.5 Al-Mu’minun 1 4. Peserta akan menyampaikan bacaan mengikut ayat yang telah diundi. Undi giliran akan diadakan sehari sebelum pertandingan, manakala undi ayat akan diadakan 7 hari sebelum pertandingan secara maya. 5. Masa bacaan yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah lapan (8) minit. Isyarat loceng yang pertama akan dibunyikan pada minit keenam (6). Manakala, isyarat loceng kedua akan dibunyikan setelah tamat masa bacaan 8 minit. 6. Peserta hendaklah memakai pakaian yang disyaratkan sebagaimana dalam Peraturan Am Mahrajan. 7. Peserta yang tidak hadir semasa gilirannya dipanggil oleh Penyelaras Dewan/Urusetia Pertandingan akan dibatalkan penyertaannya.
15 | P a g e 8. Peserta yang menyertai acara ini tidak dibenarkan menyertai acara lain. 9. Keputusan pertandingan bagi acara ini akan diumumkan dalam majlis penutupan dan penyampaian hadiah pada hari terakhir program ini. 10.Mana-mana peserta yang melanggar peraturan pertandingan ini, boleh dibatalkan penyertaannya. Tarikh dokumen disemak : 25/04/2024
16 | P a g e MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALAF PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 PERATURAN PERTANDINGAN ACARA : HAFAZAN 1. Peserta hendaklah memenuhi syarat sebagaimana dalam Peraturan Am Mahrajan 2024. 2. Setiap negeri diwakili oleh seorang peserta lelaki dan perempuan. 3. Peserta dikehendaki menyampaikan bacaan hafazan melalui dua peringkat; PERINGKAT PERTAMA KEDUA ASPEK PENGHAKIMAN ARAHAN Bacaan wajib Peserta akan memilih satu (1) sampul bagi soalan kedua. SURAH Al-Fatihah, Ayat al-Kursi dan surah AlMulk. Al-Duha Al-Ma’un Al-Takathur Al-Qari‘ah Al-Tin Kelancaran (50 markah) Tajwid dan Suara (50 markah) 4. Peserta akan menyampaikan bacaan mengikut giliran. Undi giliran akan dilaksanakan sehari sebelum hari pertandingan. Undian tidak boleh ditukar ganti. 5. Tiada masa bacaan diperuntukkan. Walau bagaimanapun, hakim / juri berhak untuk menamatkan bacaan peserta - sekiranya peserta tidak dapat menyempurnakan bacaan. 6. Peserta akan membaca sehingga habis bagi Surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi, manakala peserta akan ditebuk bagi soalan surah Al-Mulk. pilih 1 sampul sahaja
17 | P a g e 7. Peserta hendaklah memakai pakaian yang disyaratkan sebagaimana dalam Peraturan Am Mahrajan. 8. Peserta yang tidak hadir semasa gilirannya dipanggil oleh Penyelaras Dewan / Urus setia Pertandingan akan dibatalkan penyertaannya. 9. Peserta yang menyertai acara ini tidak dibenarkan menyertai acara lain. 10.Keputusan pertandingan bagi acara ini akan diumumkan dalam majlis penutupan dan penyampaian hadiah pada hari terakhir program ini. 11.Mana-mana peserta yang melanggar peraturan pertandingan ini, boleh dibatalkan penyertaannya. Tarikh dokumen disemak : 25/04/2024
18 | P a g e Azan Tarji' 15 kalimah azan azan Azan Selawat Doa selepas azan Iqamat MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALAF PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 PERATURAN PERTANDINGAN ACARA : AZAN DAN IQAMAT 1. Peserta hendaklah memenuhi syarat sebagaimana dalam Peraturan Am Mahrajan 2024. 2. Setiap negeri diwakili oleh seorang peserta lelaki sahaja. 3. Peserta dikehendaki melaksanakan tugasan ini berdasarkan tatacara yang berikut; 4. Peserta hendaklah melaksanakan tugasan mengikut giliran undian yang dijalankan semasa sesi undian pertandingan. Undian tidak boleh ditukar ganti. 5. Jain/Main perlu menetapkan taranum lagu azan dari 3 jenis lagu seminggu sebelum hari pertandingan. Wajib 3 lagu akan ditetapkan (Bayati, Hijjaz dan Rast). 6. Mengalunkan taranum yang berbeza pada azan dan iqamah. 7. Masa perlaksanaan tugasan ini ialah tidak kurang dari 8 minit dan tidak lebih dari 10 minit. Walau bagaimanapun, hakim/juri boleh untuk menamatkan persembahan peserta atas sebab-sebab yang tertentu. 8. Peserta hendaklah memakai pakaian yang disyaratkan sebagaimana dalam Peraturan Am Mahrajan. 9. Peserta yang tidak hadir semasa gilirannya dipanggil oleh Penyelaras Dewan/Urusetia Pertandingan akan dibatalkan penyertaannya.
19 | P a g e 10.Aspek penghakiman merangkumi (1) Taranum (35 markah); (2) Tajwid dab Fasohah (25 markah); (3) Suara (25 markah) (4) Persembahan (15 markah) 11.Peserta yang menyertai acara ini tidak dibenarkan menyertai acara lain. 12.Keputusan pertandingan bagi acara ini akan diumumkan dalam majlis penutupan dan penyampaian hadiah pada hari terakhir program ini. 13.Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan pertandingan ini, boleh dibatalkan penyertaannya. Tarikh dokumen disemak : 25/04/2024
20 | P a g e MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALAF PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 PERATURAN PERTANDINGAN ACARA : TAZKIRAH 1. Peserta hendaklah memenuhi syarat sebagaimana dalam Peraturan Am Mahrajan 2024. 2. Setiap negeri diwakili oleh seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan. 3. Peserta dikehendaki menyampaikan tazkirah berdasarkan tema yang berikut; BIL TEMA TAZKIRAH ASPEK PENGHAKIMAN 3.1 Ma’al Hijrah Isi dan pengembangan (50 markah); Gaya penyampaian (50 markah). 3.2 Maulidur Rasul 3.3 Ramadan 3.4 Aidil Adha 3.5 Kemerdekaan 3.6 Peranan Wanita 3.7 Keluarga Malaysia 3.8 Kembali kepada Fitrah 3.9 Kebersihan 3.10 Akhlak Islami 4. Isi-isi penting tazkirah hendaklah dikemukakan kepada urus setia bersama borang pendaftaran peserta. 5. Peserta akan menyampaikan tazkirah mengikut giliran undian yang dijalankan sehari (1) sebelum pertandingan. Manakala undian tajuk akan diadakan tujuh (7) hari sebelum hari pertandingan. Undian tidak boleh ditukar ganti. 6. Masa maksimum tazkirah ialah 8 minit. Walau bagaimanapun, hakim / juri berhak untuk menamatkan tugasan peserta atas sebab-sebab yang tertentu.
21 | P a g e 7. Penggunaan alat bantu samada secara fizikal atau digital tidak dibenarkan. 8. Pegawai pengiring atau penyokong tidak dibenarkan membantu atau memberi arahan kepada peserta dalam bilik pertandingan. 9. Peserta hendaklah memakai pakaian yang disyaratkan sebagaimana dalam Peraturan Am Mahrajan. 10.Peserta yang tidak hadir semasa gilirannya dipanggil oleh Penyelaras Dewan / urus setia Pertandingan akan dibatalkan penyertaannya. 11.Markah bonus (10 markah) akan diberikan kepada peserta yang tidak bergantung kepada nota. 12.Peserta yang menyertai acara ini tidak dibenarkan menyertai acara lain. 13.Keputusan pertandingan bagi acara ini akan diumumkan dalam majlis penutup dan penyampaian hadiah pada hari terakhir program ini. 14.Mana-mana peserta yang melanggar peraturan pertandingan ini, boleh dibatalkan penyertaannya. Tarikh dokumen disemak : 25/04/2024
22 | P a g e MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALAF PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ACARA NASYID 1. PENDAHULUAN : 1.1 Syarat-syarat dan Peraturan Nasyid Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Kebangsaan diwujudkan sebagai garis panduan dalam membuatpemilihan peserta, menjalankan Pertandingan Nasyid dan menentukan pemenang melalui proses pengadilan yang tersusun dan saksama. 2. JAWATANKUASA PENGELOLA : 2.1 Pertandingan Nasyid ini dikelolakan oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh JAKIM dengan kerjasama JAIN/MAIN. 3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN : 3.1 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada lima (5) orang (maksima) dan empat (4) orang (minima), manakala ahli-ahli kumpulan hendaklah TIDAK bercampur di antara lelaki dan perempuan dan diiringi oleh seorang (1) Pegawai sahaja. Seorang penyanyi simpanan tambahan adalah digalakkan disediakan oleh kumpulan untuk pertandingan sebagai langkah proaktif. 3.2 Peserta setiap ahli kumpulan Nasyid hendaklah merupakan : i. Seorang Mualaf ii. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap iii. Berdaftar Masuk Islam dibawah Akta/ Enakmen / Ordinan negerinegeri iv. Tiada had umur yang ditetapkan (kanak-kanak atau pelajar hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga bagi menyertai pertandingan ini). v. Mendapat pengesahan penyertaan dari JAIN/MAIN. 3.3 Penyertaan pertandingan nasyid Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Kebangsaan 2024 adalah terdiri dari kumpulan yang telah di sahkan oleh pihak JAIN/MAIN. 3.4 Pemilihan dan pembatalan sesuatu kumpulan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Jemaah Hakim Pertandingan Nasyid Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Kebangsaan 2024
23 | P a g e 3.5 Mana-mana kumpulan yang telah dua (2) kali berturut-turut menjadi Johan dalam mana-mana kategori di Pertandingan Nasyid di Peringkat Kebangsaan dikehendaki berehat selama dua (2) tahun sebelum boleh menyertai pertandingan ini semula. 3.6 Sesuatu kumpulan itu di anggap kumpulan baru atau kumpulan yang lain sekiranya tiga ( 3 ) orang atau lebih ahli kumpulannya merupakan ahli baru dan bukan ahli-ahli dari satu kumpulan nasyid yang sama sebelumnya. 3.7 Sesebuah kumpulan dianggap tidak layak menyertai pertandingan ini sekiranya mana-mana ahli dalam kumpulannya terdiri daripada penyanyi profesional. (Penyanyi profesional ialah mereka yang telah muncul sekurang-kurangnya 1 single atau album secara komersial yang disiarkan di “Youtube Channel” atau diterbitkandalam bentuk piring hitam, kaset, atau cakera padat samada secara solo mahupun berkumpulan. Album ‘indie’ atau ‘underground’ TIDAK dikira sebagai album komersil, namun bergantung kepada keputusan penilaian pihak urusetia dan juri profesional). 3.8 Pencipta Lagu dan Penulis Lirik dan penggubah muzik hendaklah Warganegara Malaysia. 3.9 Perbelanjaan muzik, tempat tinggal dan kenderaan pergi balik ke peringkat adalah di bawah tanggungan negeri/kumpulan masingmasing. 3.10 Kumpulan yang menyertai pertandingan ini hendaklah menghantar borang permohonan ke Urusetia Pertandingan berserta lagu (Minus Two) dalam bentuk CD atau MP3 atau Pendrive dalam bentuk yang lengkap dan penghantaran melalui email google drive dalam bentuk wave file dan MP3 sebelum tarikh tutup penyertaan yang akan ditetapkan. Kumpulan juga digalakkan membawa perkara diatas pada hari pendaftaran. Alamat email- [email protected] 3.11 Sebarang bahan, prop dan iringan tambahan semasa persembahan adalah tidak dibenarkan. 3.12 Setiap kumpulan tidak dibenarkan membuat persembahan intro dan outro. Masa diberikan hanya untuk menyampaikan lagu yang dipertandingkan.
24 | P a g e 4. LAGU/LIRIK : 4.1 Setiap Kumpulan Nasyid hendaklah mempersembahkan satu (1) buah lagu yang telah ditentukan oleh pihak jawatankuasa. Pemilihan lagu akan ditentukan dengan cabutan undian lagu. 4.2 Lagu yang disampaikan hendaklah diberikan nafas baru (gubahan baru / New Music Arrangement). Markah bonus akan diberikan. TIDAK DIBENARKAN gubahan lagu dan lirik berunsur rap, metal, pop, dan jazz. 4.3 Senikata lagu hendaklah dalam bahasa Melayu, Arab, Inggeris, atau gabungan bahasa-bahasa tersebut. Bagi senikata di dalam Bahasa Arab dan Inggeris hendaklah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. 4.4 Lirik lagu hendaklah berunsur nilai-nilai Islam yang bersesuaian, yang bertujuan untuk memupuk semangat dakwah Islamiah, semangat patriotik, kehidupan sejahtera, membanteras masalah-masalah sosial seperti dadah, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan seumpamanya. 4.5 Penggunaan ayat Al-Quran dan Hadis di dalam lirik lagu sama adalah TIDAK DIBENARKAN. 4.6 Jawatankuasa di Peringkat Kebangsaan boleh mengarah Ketua Kumpulan untuk menukar senikata lagu/ lirik yang tidak sesua
25 | P a g e 5. MUZIK : 5.1 Bagi tujuan penyertaan awal, CD/ MP3 (dalam bentuk softcopy/ pendrive) yang akan dikirimkan kepada pihak Urus setia untuk penilaian boleh diiringi dengan alat-alat muzik yang sesuai. 5.2 Semua kumpulan pertandingan mestilah menyanyikan secara langsung (live performance) dengan iringan muzik dalam bentuk “ Minus Two”. 5.3 CD, MP3 atau Pendrive yang mengandungi muzik ‘Minus Two’ pertandingan hendaklah diserahkan kepada urus setia semasa pendaftaran untuk penilaian dan penapisan. Hanya CD, MP3 atau Pendrive (digalakkan penggunaan pendrive) sahaja yang akan digunakan semasa pertandingan, bahan lain yang diserahkan selepas itu TIDAK akan diterima. 6. PENGHAKIMAN : 6.1 Penghakiman Pertandingan Nasyid Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Kebangsaan 2024 akan dihakimi oleh Jemaah Hakim yang dilantik oleh Jawatankuasa Kehakiman Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Kebangsaan. Jemaah Hakim ini akan dipengerusikan oleh seorang pengerusi dan dibantu oleh seorang setiausaha. 6.2 Keputusan jemaah hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan. 6.3 Penghakiman berdasarkan pada aspek-aspek berikut : Suara - 40 Markah Persembahan - 30 Markah Penghayatan Lirik - 15 Markah Lagu dan Gubahan - 15 Markah
26 | P a g e 6.4 Seseorang yang terlibat sebagai jurulatih atau ketua bagi mana-mana pasukan yang menyertai pertandingan adalah tidak layak menjadi panel hakim untuk pertandingan ini. Sekiranya berlaku keingkaran, Jawatankuasa Penganjur berhak membatalkan penyertaan kumpulan mereka. 6.5 Semua lagu yang dipertandingkan menjadi hak milik Penganjur dan mesti bebas dari sebarang tuntutan dari mana-mana pihak atau individu mengenai kepunyaan hak cipta. 6.6 Rakaman video atau audio ke atas lagu dan lirik adalah menjadi kepunyaan dan hak penganjur, seperti di siaran televisyen atau radio tanpa sebarang tuntutan untuk bayaran. 6.7 Pakaian peserta hendaklah menutup aurat, bersopan sesuai dengan nilai-nilai Islam. 7. LAIN-LAIN KETERANGAN : 7.1 Sebarang kemalangan/ kecederaan atau kerugian semasa pertandingan ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak dibenarkan membuat tuntutan kepada pihak penganjur. 7.2 Semua perbelanjaan untuk menyertai Pertandingan Nasyid Festival Mualaf Kebangsaan ditanggung oleh kumpulan masing-masing. Setiap kumpulanyang menyertai pertandingan ini hendaklahmenyediakan: (a) Satu keping CD/ Pendrive MP3 lagu penuh rakaman yang di rakam di studio ( jika ada) (b) Satu keping CD / Pendrive “Minus Two” yang berkualiti siaran. (c) Satu skrip senikata lagu yang lengkap mengikut lagu. Terjemahan senikata dalam bahasa Malaysia perlu juga disediakan sekiranya senikata lagu yang dipertandingkan dalam bahasa Arab, Inggeris. (d) Satu biodata kumpulan yang mengandungi nama kumpulan, nama ahli kumpulan, gambar kumpulan bersaiz A4, pencipta lagu, penulis lirik, nama penyanyi utama dan ringkasan mengenai kumpulan. (e) Semua dokumen ini hendaklah dihantar kepada pihak urus setia sebelum tarikh tutup penyertaan. 7.3 Semua Syarat dan Peraturan Pertandingan WAJIB dipatuhi.
27 | P a g e 7.4 Selain daripada peraturan di atas, Pertandingan Nasyid ini juga tertakluk kepada peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan Malaysia dan Syarat-syarat & Peraturan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan anjuran JAKIM atau di mana yang dianggap sesuai. 7.5 Kumpulan diminta mengisi borang yang disertakan dan menghantar penyertaan kepada: URUS SETIA : MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALLAF PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 (Kategori Nasyid) UNIT UKHUWAH, BAHAGIAN DAKWAH ARAS 2, BLOK A, PUSAT ISLAM ISKANDAR JOHOR, JALAN MASJID ABU BAKAR, 80990 JOHOR BAHRU, JOHORTel: 07-228 2684 Fax: 07-223 4846 Email : [email protected] 8. PINDAAN KEPADA PERATURAN : 8.1 Syarat-syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberikan kesaksamaan kepada semua pihak yang terlibat.
28 | P a g e “Keterangan” “JAKIM” - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “MAIN” - Majlis Agama Islam Negeri “JAIN” - Jabatan Agama Islam Negeri “Mualaf” - Individu yang memeluk islam atau saudara baru “Minus Two” - Lagu Penuh tanpa mengandungi ‘track suara solo dan track suara latar’. Hanya kandungan muzik sahaja. “Pendrive” - Pemacu Pena “MP3” - MPEG Audio Layer 3 “Wave” - Format Fail Audio Bentuk Gelombang
29 | P a g e MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALAF PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 PERATURAN PERTANDINGAN ACARA : KUIZ THAQAFAH 1. Kategori Pertandingan Terbuka 2. Penyertaan Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja terdiri daripada tiga orang peserta.. 3. Peraturan Pertandingan 3.1 Pertandingan dijalankan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya dan mencakupi 3 bidang utama iaitu Akidah, Syariah dan Akhlak. 3.2 Soalan berbentuk lisan kepada setiap peserta. 3.3 Pertandingan akan dijalankan sebanyak TIGA pusingan. 3.4 Soalan yang sama akan ditujukan kepada peserta yang sama dari semua negeri pada pusingan pertama dan kedua. 3.5 Soalan akan dibacakan sebanyak dua kali oleh Jurukuiz. Loceng akan dibunyikan sekali sebagai tanda masa mula menjawab dan dua kali bagi masa tamat. 3.6 Jawapan peserta akan dipaparkan kepada jurukuiz melalui flash card atau papan putih (White-board) atau yang sepadan dengannya. Masa yang diberikan adalah 15 saat sahaja. 3.7 Bagi Pusingan Ketiga, peserta dikehendaki memilih dan menjawab soalan secara lisan. Masa yang diberikan untuk menjawab adalah 30 saat. 3.8 Jika terdapat persamaan markah bagi menentukan pemenang maka soalan tambahan akan dikemukakan, peserta dikehendaki memilih dan menjawab secara lisan. Masa yang diberikan untuk menjawab adalah 20 saat. 3.9 Jawapan yang tepat akan diberi 3 markah. Jawapan yang hampir tepat diberi 1 markah. Tiada markah diberikan bagi jawapan yang salah. Markah akan diberikan terus kepada setiap individu oleh juri.
30 | P a g e 3.10 Isyarat tertentu atau perbincangan semasa dalam pertandingan adalah dilarang. Peserta yang melanggar peraturan tidak dibenarkan menjawab soalan tersebut. 3.11 Tidak dibenarkan menukar peserta semasa pertandingan sedang berlangsung. 3.12 Markah hendaklah dipaparkan untuk tatapan umum. 4. Penghakiman 4.1. Semua pertandingan akan diadili oleh tiga orang Hakim, seorang Jurukuiz dan dua orang pembantu (Penjaga Masa dan Jurukira). 4.2 Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai Johan. Kumpulan yang mendapat markah kedua tertinggi akan diisytiharkan sebagai Naib Johan dan begitulah seterusnya. 4.3 Keputusan Hakim adalah MUKTAMAD. 5. Borang Penghakiman Borang Penghakiman seperti di Lampiran .
31 | P a g e MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALAF PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 PERATURAN PERTANDINGAN ACARA : VIDEO PENDEK DAKWAH DI MEDIA SOSIAL Tema: Video yang diterbitkan mestilah bertepatan dengan tema mahrajan peringkat kebangsaan 2024. Video mestilah mempromosikan mesej positif, nilai etika dan ajaran agama secara kreatif dan menarik. Durasi Video: Had panjang video tidak melebihi 3 minit bagi memastikan kandungan yang ringkas dan memberi kesan. Syarat-Syarat Penyertaan: - Video hendaklah asli dan dihasilkan oleh peserta sendiri - Tidak melanggar Garis Panduan Komuniti (Community Guideline) seperti menyinggung perasaan mana-mana pihak. - Menekankan kepentingan nilai moral, khidmat masyarakat, atau pertumbuhan rohani. - Memastikan kandungan sejajar dengan prinsip ajaran agama tertentu yang dipromosikan. - Menggalakkan keterangkuman, menghormati kepelbagaian, dan perpaduan di kalangan latar belakang budaya dan adat yang berbeza. Penyertaan Yang Ditolak: - Video yang direka menggunakan teknologi A.I secara keseluruhan (dijana secara automatik). - Menggunakan video / audio daripada hasil kerja orang lain tanpa kebenaran (copyright).
32 | P a g e Bahasa: Menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa utama, bahasa lain dibenarkan (tidak melebihi 30% penggunaan) untuk video bagi memastikan penyertaan yang lebih luas atau fokus pada khalayak sasaran tertentu. Panduan Penyerahan: -Memuatnaik video di akaun tiktok Jabatan Agama Islam Negeri / Peserta dengan resolusi video minima 1080HD sebelum atau pada 7 hari sebelum hari pertandingan bermula. -Meletakkan tajuk video dan deksripsi berkaitan video tersebut bersama tandapagar #videodakwahMAIK2024# Kriteria Penghakiman: 1. Kepatuhan kepada tema dan nilai agama. 2. Kualiti dan keaslian Idea kandungan. 3. Teknik persembahan yang menarik dan komprehensif. 4. Teknik penggayaan yang kreatif dari segi suntingan, penggunaan kesan khas, props dan pakaian, kesan audio yang bersesuaian.
33 | P a g e MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALAF PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 PERATURAN PERTANDINGAN ACARA : BADMINTON 1. Nama : Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Kebangsaan 2024. 2. Pengelola : JAKIM 3. Pengelola : Jabatan Agama Islam Perak 4. Tarikh : 27 – 30 September 2024 5. Tempat : Kompleks Sukan Negeri Perak & tempat – tempat bersesuaian yang akan ditentukan oleh pihak pengelola. 6. Peraturan : Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Umum Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBP) seperti yang diluluskan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM). 7. Peraturan : Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Pengelola Tambahan adalah berhak meminda / mengadakan peraturan – peraturan tambahan, selaras dengan matlamat pengelolaan pertandingan sukan tersebut. 8. Kelayakan : 8.1 Kelayakan peserta seperti yang disyaratkan dalam Peserta PERATURAN AM MAHRAJAN 2024. 8.2 Bagi pemain dan bekas pemain yang mewakili peringkat negeri / kebangsaan / antarabangsa yang diiktiraf oleh IBF / BAM tidak dibenarkan sama sekali menyertai pertandingan ini. 9. Pendaftaran : Pemain 9.1 Setiap agensi dikehendaki menghantar 2 pasukan dan setiap pasukan hendaklah mengandungi : a) Pemain lelaki (Beregu) : 2 orang b) Pemain Wanita (Beregu) : 2 orang
34 | P a g e 9.2 Jumlah keseluruhan 4 orang pemain. 9.3 Pertukaran nama pemain saat akhir boleh dilakukan semasa taklimat pengurus pasukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh urusetia. 9.4 Semua pemain lelaki dan wanita hanya boleh bermain dalam satu acara sahaja samada perseorangan atau beregu pada setiap perlawanan. 9.5 Pengurus dan Jurulatih dibenarkan bermain. Nama mereka hendaklah didaftar dalam senarai pemain sebagai pemain dan memenuhi syarat kelayakan sebagai peserta. 10.Cara : Pertandingan 10.1 Pertandingan ini aalah di antara pasukan. 10.2 Semua pasukan yang mengambil bahagian akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan pasukan akan diundi untuk menentukan kumpulan masing-masing. 10.3 Semua perlawanan di peringkat awal akan dijalankan secara liga kumpulan. Semua permainan hendaklah dijalankan sehingga tamat. 10.4 Johan dan Naib Johan kumpulan di peringkat liga akan layak kepusingan seterusnya (Suku Akhir). 10.5 Bagi pusingan suku akhir hingga akhir perlawanan akan dijalankan secara kalah mati. Perlawanan akan beakhir apabila salah satu pasukan memperolehi kemenangan dengan kiraan 2-0 atau 2-1. 10.6 Kedudukan pasukan-pasukan yang layak ke pusingan seterusnya (Suku Akhir) akan disusun seperti carta di bawah. Susunan ini akan dilakukan dengan memisahkan di antara Johan dengan Naib Johan kumpulan. Pasukan yang menjadi Johan Kumpulan akan bertemu Naib Johan Kumpulan yang berbeza. Johan dan Naib Johan kumpulan yang sama akan hanya bertemu di peringkat akhir sahaja (seperti dalam rajah di bawah).
35 | P a g e 11.Susunan : Susunan perlawanan di sepanjang pertandingan adalah Perlawanan seperti berikut : a) Beregu Lelaki b) Beregu Wanita 12.Pemberian : 12.1 Pertandingan akan menggunakan sistem kiraan (21) Mata Dan mata. Penentuan Kemenangan 12.2 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasar kepada format berikut :- a) Menang - 1 mata b) Kalah - 0 mata 12.3 Sekiranya di akhir perlawanan dalam sesuatu kumpulan, kiraan mata di perolehi sama lebih daripada satu pasukan, maka keputusan akan ditentukan seperti berikut :- a) Jika dua (2) pasukan yang terlibat pasukan yang telah mengalahkan lawannya di peringkat kumpulan akan dikira pemenang. b) Jika lebih dari dua (2) pasukan yang terlibat, pemenang akan ditentukan dengan kiraan perbezaan (difference) dari jumlah perlawanan (matches), set dan angka-angka mata yang telah diperolehi oleh pasukanpasukan berkenaan.
36 | P a g e c) Jika di para 12.3 (b) didapati sama, maka pasukanpasukan berkenaan akan diputuskan secara undian. 13.Masa : 13.1 Pertandingan ini akan dijalankan dalam tempoh Pertandingan 2 hari. Setiap pasukan akan dikehendaki bermain lebih daripada satu perlawanan dalam satu hari. 13.2 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh JK Pengelola. 13.3 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di gelanggang prmainan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan. 13.4 Pengurus atau ketua pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain – pemain kepada pengadil Rasmi 30 minit sebelum perlawanan dimulakan. 13.5 Pasukan yang gagal hadir di gelanggang pada masa yang dijadualkan akan diberi masa tangguhan selama 10 minit. Jika setelah tamat tempoh masa yang diberikan, pasukan tersebut tidak juga hadir maka kemenangan percuma akan diberi kepada pasukan lawan yang hadir. Walaubagaimanapun, tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Urusetia Pengelola boleh mengambil tindakan sewajarnya. 14.Peralatan : 14.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan Pertandingan Bulu Tangkis jenis yang diiktiraf oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) atau negeri. Setiap Jabatan dan Agensi yang bertanding dikehendaki menyediakan 1 tabung Bulu Tangkis jenis RSL Classic speed 77 dan diserahkan kepada urusetia Pada hari pendaftaran pertandingan badminton.
37 | P a g e 14.2 Bagi peringkat kumpulan, hanya diperuntukan 2 shuttle setiap perlawanan sahaja. Sekiranya memerlukan shuttle tambahan pasukan hendaklah menyediakan shuttle sendiri. 14.3 Bagi peringkat suku akhir, hanya diperuntukan 3 shuttle disediakan. 14.4 Bagi perlawanan akhir, tiada had shuttle. 15.Pengadilan : Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan Pengadil Bertauliah di sepanjang pertandingan ini. 16.Bantahan : 16.1 Kelayakan Peserta a) Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus atau Ketua Pasukan SAHAJA dan hendaklah dibuat semasa taklimat pengurus pasukan sahaja. b) Pihak yang membuat bantahan perlu mengemukakan bukti kukuh berkenaan bantahan yang dibuat. c) Pihak yang dibantah hendaklah memberikan bukti dengan segera di dalam majlis bantahan tersebut (bahawa peserta / pemain yang dibantah adalah sah bermain dan mengikut segala syarat kelayakan bermain). d) Jika terdapat mana-mana pasukan/kontinjen yang membawa dan menyenaraikan pemain-pemain yang tidak layak bermain dan bukan muallaf berdaftar serta di dapati bersalah dalam mesyuarat bantahan, pasukan tersebut boleh dibatalkan untuk dari menyertai pertandingan tersebut.
38 | P a g e 16.2 Teknikal dan Lain-lain Bantahan a) Sebrang bantahan berkenaan teknikal/pengadilan dan lain-lain selain kelayakan peserta hendaklah dibuat secara lisan kepada pengadil yang bertugas ketika itu. Kemudian bantahan tersebut hendaklah dikemuka kan secar bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola tidak lewat daripada 30 minit selepas tamat pertandingan tersebut (jika berkaitan pertandingan/teknikal/pengadilan dan lain-lain berkaitan). b) Borang bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan disertakan dengan wang cagaran sebanyak RM100.00 (tunai). Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut gagal atau ditolak. c) Sebarang keputusan yang dibuat dari keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan adalah muktamad. 17.Jawatankuasa : a) Pengerusi Bersama : Bantahan & Pengerusi JK Teknikal & Pengerusi JK Induk Mahrajan Rayuan b) Setiausaha : Penolong Setiausaha Teknikal / Induk c) Ahli – ahli : 2 Ahli JK Teknikal & JK Induk Pengadil Pertandingan Seorang Urus Setia Pengadilan 18.Hak : Jawatankuasa Pengelola adalah berhak Jawatankuasa meminda/menambah peraturan-peraturan yang difikirkan Pengelola perlu. Sebarang keputsan adalah muktamad.
39 | P a g e 19.Perintah Am: Sepanjang pertandingan diadakan, pegawai dan para peserta adalah tertakluk kepada Perintah Am Kerajaan yang berkuatkuasa dari semasa kesemasa. Urus setia induk atau Urusetia Pengelola akan memanjangkan laporan kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan, sekiranya terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturanperaturan tatatertib serta peraturan-peraturan pertandingan yang berkenaan.
40 | P a g e MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALAF PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 PERATURAN PERTANDINGAN ACARA : SEPAK TAKRAW 1. Nama : Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Kebangsaan 2024. 2. Pengelola : JAKIM 3. Pengelola : Jabatan Agama Islam Perak 4. Tarikh : 27 – 30 September 2024 5. Tempat : Kompleks Sukan Negeri Perak & tempat – tempat bersesuaian yang akan ditentukan oleh pihak pengelola. 6. Peraturan : Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Umum Persekutuan Sepak Takraw Malaysia atau Negeri. 7. Peraturan : Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Tambahan Penganjur adalah berhak meminda / mengadakan peraturan – peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran pertandingan sukan tersebut. 8. Kelayakan : Kelayakan peserta seperti yang disyaratkan dalam Peserta PERATURAN AM MAHRAJAN 2024. 9. Pendaftaran : Pemain 9.1 Setiap Jabatan atau Agensi dikehendaki menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 4 orang lelaki. 9.2 Pertukaran nama pemain saat akhir boleh dilakukan semasa taklimat pengurus pasukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh urusetia. 9.3 Pengurus dan Jurulatih dibenarkan bermain. Nama mereka hendaklah didaftar dalam senarai pemain sebagai pemain dan memenuhi syarat kelayakan sebagai peserta.
41 | P a g e 10.Cara : 10.1 Kejohanan ini adalah diantara pasukan (regu). Pertandingan 10.2 Semua pasukan yang mengambil bahagian akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan pasukan akan diundi untuk menentukan kumpulan masingmasing. 10.3 Semua perlawanan di peringkat awal akan dijalankan secara liga kumpulan. Semua permainan hendaklah dijalankan sehingga tamat. 10.4 Johan dan Naib Johan kumpulan diperingkat liga akan layak ke pusingan seterusnya (Suku Akhir). 10.5 Bagi pusingan suku akhir hingga akhir perlawanan akan dijalankan secara kalah mati. Perlawanan akan berakhir apabila salah satu pasukan memperolehi kemenangan dengan kiraan 2 – 0 atau 2 – 1. 10.6 Kedudukan pasukan-pasukan yang layak ke pusingan seterusnya (suku akhir) akan disusun seperti carta di bawah. Susunan ini akan dilakukan dengan memisahkan di antara Johan dengan Naib Johan kumpulan. Pasukan yang menjadi Johan kumpulan akan bertemu Naib Johan kumpulan yang berbeza. Johan dan Naib Johan kumpulan yang sama akan hanya bertemu di peringkat akhir sahaja (sperti dalam rajah di bawah).
42 | P a g e 11.Pemberian Mata dan : 11.1 Perlawanan akan menggunakan kiraan Penentuan mata 21. Kemenangan 11.2 Apabila mata kedua-dua pasukan terikat 20 – 20, pemenang akan ditentukan mengikut kaedah berikut (Situasi yang mana berlaku dahulu): a) Apabila salah satu pasukan berjaya mendahului dengan perbezaan 2 mata ; atau b) Apabila salah satu pasukan mencapai mata 25 (Situasi yang mana berlaku dahulu) 11.3 Setiap pasukan diberi servis sebanyak 3 kali sebelum bertukar. 11.4 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasar kepada format berikut :- a) Menang – 1 mata b) Kalah – 0 mata 11.5 Sekiranya di akhir perlawanan dalam sesuatu kumpulan, kiraan mata diperolehi sama lebih daripada satu pasukan, maka keputusan akan ditentukan seperti berikut :- a) Jika dua (2) pasukan yang terlibat pasukan yang telah mengalahkan lawannya di peringkat kumpulan akan dikira pemenang. b) Jika lebih dari dua (2) pasukan yang terlibat, pemenang akan ditentukan dengan kiraan perbezaan (diffrence) dari jumlah perlawanan (matches), set dan angka-angka mata yang telah diperolehi oleh pasukan-pasukan berkenaan. c) Jika di para 11.5 (b) didapati sama, maka pasukan-pasukan berkenaan akan diputuskan secara undian.
43 | P a g e 12.Masa Pertandingan : 12.1 Pertandingan ini akan dijalankan dalam tempoh 2 hari. Setiap pasukan akan dikehendaki bermain lebih daripada satu perlawanan dalam satu hari. 12.2 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. 12.3 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di gelanggang permainan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan. 12.4 Pengurus atau ketua pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain-pemain kepada pengadil Rasmi 30 minit sebelum perlawanan dimulakan. 12.5 Pasukan yang gagal hadir di gelanggang pada masa yang dijadualkan akan diberi masa tangguhan selama 10 minit. Jika setelah tamat tempoh masa yang diberikan, pasukan tersebut tidak juga hadir maka kemenangan percuma akan diberi kepada pasukan lawan yang hadir. Walaubagaimanapun, tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberi kemenagan percuma kepada pasukan lawan. Urusetia Pertandingan boleh mengambil tindakan sewajarnya. 13.Pemain yang : 13.1 Mana-mana pasukan jika pemainnya Diberi Amaran / mendapat ’Kad Merah’ atau diperintah Buang gelanggang keluar gelanggang, boleh diganti dengan pemain gantian yang berdaftar untuk pasukan berkenaan dan mematuhi syarat am Mahrajan.
44 | P a g e 13.2 Pemain yang dikenakan ’Kad Merah’ dan diperintahkan keluar gelanggang oleh pengadil akan digantung 1 perlawanan berikutnya sehingga mendapat keputusan daripada Jawatankuasa Teknikal Pertandingan. 13.3 Mana-mana pemain yang dikenakan ’2 kad kuning’ secara automatik akan digantung 1 perlawanan berikutnya. 13.4 Mana-mana pengurus atau Jurulatih atau pemain yang melakukan kesalahan di luar gelanggang semasa pasukannya sedang bermain adalah dianggap sebagai melakukannya di dalam gelanggang. 14.Pakaian / Jersi : Setiap pasukan dikehendaki memakai jersi dan meletakkan nombor di belakang jersi. 15.Peralatan Pertandingan : Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan bola sintetik jenis Gajah Emas 511 atau manamana jenis bolah yang diiktiraf oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia atau Negeri. 16.Pengadilan : Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan Pengadil Bertauliah di sepanjang kejohanan ini. 17.Bantahan : 17.1 Kelayakan Peserta a) Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus atau Ketua Pasukan SAHAJA dan hendaklah dibuat semasa taklimat pengurus pasukan sahaja. b) Pihak yang membuat bantahan perlu mengemukakan bukti kukuh berkenaan bantahan yang dibuat.
45 | P a g e c) Pihak yang dibantah hendaklah memberikan bukti dengan segera di dalam majlis bantahan tersebut (bahawa peserta / pemain yang dibantah adalah sah bermain dan mengikut segala syarat kelayakan bermain). d) Jika terdapat mana-mana pasukan/kontinjen yang membawa dan menyenaraikan pemain-pemain yang tidak layak bermain dan bukan muallaf berdaftar serta di dapati bersalah dalam mesyuarat bantahan, pasukan tersebut boleh dibatalkan untuk dari menyertai pertandingan tersebut. 17.2 Teknikal dan Lain-lain Bantahan a) Sebrang bantahan berkenaan teknikal/pengadilan dan lain-lain selain kelayakan peserta hendaklah dibuat secara lisan kepada pengadil yang bertugas ketika itu. Kemudian bantahan tersebut hendaklah dikemuka kan secar bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola tidak lewat daripada 30 minit selepas tamat pertandingan tersebut (jika berkaitan pertandingan/teknikal/pengadilan dan lain-lain berkaitan). b) Tidak lewat daripada 30 minit selepas tamat pertandingan tersebut (jika berkaitan pertandingan / teknikal / pengadilan dan lain-lain berkaitan).
46 | P a g e c) Borang bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan disertakan dengan wang cagaran sebanyak RM100.00 (tunai). Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut gagal atau ditolak. d) Sebarang keputusan yang dibuat dari keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan adalah muktamad. 18.Jawatankuasa : a) Pengerusi Bersama : Bantahan & Pengerusi JK Teknikal & Pengerusi JK Induk Mahrajan Rayuan b) Setiausaha : Penolong Setiausaha Teknikal / Induk d) Ahli – ahli : 2 Ahli JK Teknikal & JK Induk Pengadil Pertandingan Seorang Urus Setia Pengadilan 19.Hak : Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda / Jawatankuasa menambah peraturan-peraturan yang difikirkan Penganjur perlu. Sebarang keputsan adalah muktamad. 20.Perintah Am: Sepanjang sukan diadakan, pegawai dan para peserta adalah tertakluk kepada Perintah Am Kerajaan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. Urus setia induk atau Urusetia Pengelola akan memanjangkan laporan kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan, sekiranya terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturanperaturan tatatertib serta peraturan-peraturan pertandingan yang berkenaan.