The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hatipah Amir, 2021-01-10 15:39:06

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

SMKB

1

2

3

4

5.3 Garis Panduan Pengisian Jadual Kedatangan Murid
5.3.1 Penyata Bulan mengikut bangsa. Sila pastikan bilangan murid mengikut bangsa dan jantina
tepat setiap akhir bulan.
5.3.2 Jumlah murid, hitung panjang kedatangan dan peratus kedatangan mesti dikira dengan tepat
setiap bulan. Hitung panjang kedatangan mestilah satu NOMBOR BULAT.
5.3.3 SENARAI NAMA mesti ikut jantina dan abjad. Semua nama murid lelaki mesti ditulis sebelum
nama murid perempuan.
5.3.4 Untuk kemasukan murid baru pada bulan berkenaan, namanya ditulis di akhir senarai dan
pada bulan akan datang, namanya mesti disusun mengikut jantina dan abjad.
5.3.5 Jika seorang murid keluar dari sekolah pada pertengahan bulan, lukis satu garisan
merentangi hari-hari murid itu tiada di sekolah dan hendaklah ditulis di garisan ini “Tukar ke
Sekolah....” atau “Berhenti Sekolah”. Di bahagian belakang Jadual Kedatangan, isikan
ruangan “Tarikh meninggalkan darjah” dan “Sebab meninggalkan darjah”.
5.3.6 Jika seorang murid berada dalam Jadual Kedatangan pada hujung bulan tetapi tidak ada
dalam Jadual Kedatangan pada bulan berikut, hendaklah dicatatkan tidak hadir pada hari
persekolahan pertama bulan berikut dan kemudian buat seperti 5.3.4.
5.3.7 Semua ruangan dalam Jadual Kedatangan hendaklah dikemaskinikan. Bilangan dalam
sekolah dan jantina murid mesti ditulis setiap bulan sehingga bulan Disember.
5.3.8 Ruang “Jumlah dari bulan-bulan sudah” mesti diisi pada permulaan setiap bulan. Tujuannya
untuk mengesan murid yang kerap ponteng.
5.3.9 Bahagian bawah Jadual Kedatangan Murid yang mempunyai ruang-ruang “Banyak hari
belajar dalam bulan-bulan sudah”, “Banyak belajar dalam bulan ini”, “Jumlah hingga akhir
bulan ini” dan “tandatangan guru” mesti diisi setiap bulan.
5.3.10 Jadual Kedatangan Murid mesti ditutup pada hari terakhir persekolahan setiap bulan.
5.3.11 Jadual Kedatangan Murid disemak oleh Penyelaras Tingkatan pada akhir setiap bulan.
5.3.12 Semua BUTIRAN MURID seperti nombor surat beranak, nombor kad pengenalan, alamat
rumah dan nombor telefon talian / bimbit mesti lengkap dan tepat.
5.3.13 Garis panduan penutupan Jadual Kedatangan Murid pada akhir tahun:
5.3.13.1 Untuk bulan Disember, pastikan ruang-ruang dan butiran berikut dilengkapkan.
a. Bilangan dalam sekolah
b. Jumlah yang tidak hadir (jumlah dari bulan-bulan sudah dan hingga akhir bulan
ini). Sila rujuk kepada angka-angka untuk bulan November untuk mengisi kedua-
dua ruang tersebut.
c. Ramai murid dalam daftar hujung bulan lepas.

5

5.3.13.2 Di muka surat Penyata Bulan Mengikut Bangsa, pastikan semua ruang diisi,
termasuk ruang untuk bulan Disember. Sila cari purata untuk jumlah murid, hitung
panjang kedatangan dan peratus kedatangan. Rujuk kepada contoh di bawah.

Bulan Jumlah Hitung panjang Peratus Catatan
murid kedatangan kedatangan 1 masuk,1 keluar
Januari
Februari 42 41 96.50%
Mach 42 41 96.80%
April 42 40 96.20%
Mei
Jun 43 43 99.00%
Julai
Ogos 43 43 98.90%
September 43 42 98.40%
Oktober 43 42 98.00%
November 43 41 96.40%
Disember
Purata 43 42 96.70%

43 37 85.00%
43 10 24.00%
43 -
43 38 -
89.6%

5.4 Maklumat Am
5.4.1 Hari Sukan, Hari Anugerah Cemerlang dan sebagainya di mana cuti peristiwa diberikan tidak
dikira sebagai hari persekolahan.
5.4.2 Murid yang lewat ditandakan L . Murid yang tidak ada di sekolah kerana
mewakili sekolah ditandakan dengan W dan dikira sebagai hadir.
5.4.3 Dalam ruang “ Jumlah dari bulan-bulan sudah”, guru tingkatan digalakkan menulis dengan
pensel bilangan hari murid itu tidak datang tanpa sebab.
5.4.4 Guru tingkatan mesti dapat surat sakit / surat dari ibu bapa jika murid tidak hadir ke sekolah.

5.5 Sistem Maklumat Murid (SMM)/APDM
5.5.1 Guru Tingkatan perlu bekerjasama dengan Guru SMM supaya semua maklumat yang diisi
dengan lengkap, tepat dan diserah pada tarikh yang ditetapkan.
5.5.2 Guru Tingkatan perlu kemas kini pelajar-pelajar yang sudah bertukar kelas, sekolah atau
berhenti.

5.6 Buku Pendaftaran Murid
5.6.1 Buku Pendaftaran Murid merupakan satu lagi dokumen yang sangat penting. Murid dapat
mengesahkan bahawa mereka telah belajar di sekolah ini dengan buku ini.
5.6.2 Semua murid baru yang diterima belajar di sekolah ini pada awal tahun mestilah didaftar oleh
guru tingkatan masing-masing.
5.6.3 Apabila murid ditukarkan ke sekolah lain ataupun berhenti, guru tingkatan mesti catat dalam

Jadual Kedatangan Murid serta Buku Pendaftaran Murid.

6

6.0 KANTIN
6.1 Guru kantin perlu mengedarkan borang penilaian kendiri kepada pengusaha kantin dan uruskan
borang pelaporan berkenaan dihantar ke PPD dan Pejabat Kesihatan pada setiap bulan.
6.2 Guru Kantin perlu edarkan borang pemantauan kantin kepada guru bertugas untuk membuat
laporan kantin dan failkan borang tersebut.
6.3 Guru Kantin bertanggungjawab memastikan pekerja kantin menjaga kebersihan kantin serta
mempunyai rekod suntikan yang sah tempohnya.
6.4 Guru Kantin dikehendaki memeriksa bangunan kantin dan buat laporan kepada PKP / PK HEM
mengenai kerosakan / kecacatan yang mungkin ada.
6.5 Guru Kantin perlu pastikan terdapat satu papan harga makanan / minuman yang dijual.
6.6 Guru Kantin hendaklah memaparkan poster-poster yang sesuai di kantin.
6.7 Guru Kantin hendaklah melaporkan sebarang aduan seperti keracunan makanan, lalat dalam
makanan dan makanan yang basi kepada PK HEM sekadar segera. (Rujuk Buku Panduan
Pengurusan Kantin Sekolah terbitan KPM)

7.0 JAWATANKUASA KESIHATAN / KEBERSIHAN
7.1 Guru Kesihatan perlu bersama Jabatan Kesihatan mengatur program suntikan.
7.2 Sebelum pasukan pihak kesihatan datang untuk program suntikan / pemeriksaan kesihatan murid,
Guru Kesihatan perlu menyediakan senarai nama murid, Kad Kesihatan, tempat dan giliran kelas.
7.3 Guru Anti Aedes
7.3.1 Pemantauan mingguan perlu dibuat dan laporan dibuat dan difailkan .
7.3.2 Laporan bulanan dihantar ke pihak Jabatan Kesihatan, PPD dan JPN.
7.3.3 Memantau kawasan sekolah jika terdapat tempat bertakungan air di mana nyamuk aedes
boleh membiak.
7.4 Program Sekolah Sihat
7.4.1 Program Sekolah Sihat perlu dilaksanakan dan berpandukan bersama Program Sekolah
Selamat [sila rujuk Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) ].
7.4.2 Program Kebersihan Sekolah perlu dilaksanakan dengan berpandukan Program Sekolah
Selamat dan PBSS.

8.0 JAWATANKUASA BULAN KEMERDEKAAN
Bertanggungjawab untuk meraikan Bulan Kemerdekaan dengan meriahnya di peringkat sekolah dan
juga cukup bererti kepada semua warga sekolah.

9.0 SIJIL BERHENTI MURID
9.1 Guru Tingkatan 5 mesti memastikan semua murid melengkapkan borang Sijil Berhenti serta
menghantar semua borang berkenaan kepada Guru Sijil Berhenti pada tarikh yang ditetapkan.
9.2 Guru Sijil Berhenti Murid menyediakan Sijil Berhenti Tingkatan 5 pada tarikh yang ditetapkan dan
menyerah kepada Tuan Pengetua untuk ditandatangani.

7

10.0 LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN
10.1 Mengadakan latihan kebakaran 2 kali setahun.
10.2 Menyediakan ceramah dan demonstrasi oleh pihak Bomba dengan Pasukan Kadet Bomba
Sekolah.
10.3 Memastikan penyelenggaraan pemadam api dibuat.
10.4 Menyemak inventori dan lokasi pemadam api.

11.0 JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT
11.1 Jawatankuasa ini merancang, memantau, mengurus dan menilai program-program untuk
menjayakan Dasar Sekolah Selamat.

11.2 Aspek-aspek yang perlu perhatian di SMK Berapit ialah:
11.2.1 Keselamatan diri murid semasa perjalanan pergi dan balik.
11.2.2 Salah laku sifar.
11.2.3 Gangguan seksual.
11.2.4 Gangguan emosi

12.0 PERHIMPUNAN
12.1 Semua guru bergilir-gilir memberi ucapan sewaktu perhimpunan rasmi (Hari Isnin). Para
pentadbir dan guru bertugas dimestikan menyampaikan ucapan dalam Bahasa Inggeris (HIP)
pada setiap perhimpunan mingguan yang pertama dalam setiap bulan mengenai perkara-
perkara di bawah:

12.1.1 Kesihatan 12.1.11 Patriotisme
12.1.2 Gangguan seksual 12.1.12 Sifat bersih
12.1.3 Gangguan emosi 12.1.13 Sifat jimat cermat
12.1.4 Penampilan diri 12.1.14 Keselamatan di jalan raya
12.1.5 Anti dadah 12.1.15 Keselamatan semasa perjalanan pergi dan balik
12.1.6 Sifat berani rumah balik rumah
12.1.7 Sifat berhemah tinggi 12.1.16
12.1.8 Sifat sayang 12.1.17 Disiplin diri
12.1.18 Sifat rendah diri
12.1.9 Sifat hormat Sifat bersyukur dan mana-mana tajuk yang
sesuai
12.1.10 Sifat rajin

12.2 Pengawas akan membantu mengawal disiplin murid semasa perhimpunan.
12.3 Guru siaraya akan uruskan siaraya.

8

SURAT SIARAN SEKOLAH

Tarikh:
PANDUAN KEPADA IBU BAPA TENTANG TINDAKAN DISIPLIN TERHADAP KESALAHAN
MEMBAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH (SEMASA WAKTU PERSEKOLAHAN 7.30 PAGI

SEHINGGA 6.30 PETANG)
1.0 Murid-murid dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah seperti yang disiarkan dalam surat pekeliling

Kementerian Pendidikan Malaysia (dilampirkan).
2.0 Walau bagaimanapun sekiranya murid-murid membawa telefon bimbit ke sekolah, pihak sekolah akan

mengambil tindakan seperti berikut:-

KESALAHAN TINDAKAN MARKAH DEMERIT

PERTAMA Telefon bimbit dirampas dan disimpan selama SATU 10
KEDUA bulan 10
Telefon bimbit dirampas dan disimpan selama TIGA bulan

KETIGA Telefon bimbit dirampas dan disimpan sehingga HUJUNG 10
TAHUN

2.1 Tindakan ini adalah sebagai panduan kepada ibu bapa supaya mengetahui kesalahan yang dilakukan
oleh murid dan memahami tindakan pihak sekolah yang akan diambil supaya pentadbiran di sekolah
dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan mana-mana pihak.

3.0 Sekiranya murid yang sama membawa telefon bimbit kali KEEMPAT pada tahun berikutnya, maka
telefon bimbitnya akan dirampas dan disimpan di sekolah sehingga hujung tahun tanpa memberi
amaran.

4.0 Tindakan oleh pihak sekolah adalah sebagai satu panduan sahaja kepada ibu bapa dan sekiranya
timbul sebarang kemusykilan lain mengenai kesalahan membawa telefon bimbit ke sekolah maka
pihak sekolah ada hak untuk membatalkan panduan ini dan membawa murid berkenaan
menghadapi Lembaga Disiplin untuk tindakan disiplin yang sewajarnya.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

T.T
………………………………
Pn Choo Poh Lean
Pengetua
SMK Berapit

9

SURAT PEKELILING IKHTISAS

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.1/1981

Pengarah Pelajaran, Ruj. Fail. KP. 8591/(80)
Semua Negeri. 4hb. September, 1981.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1981
PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR/WAKTU
LUANG (FREE PERIODS) OLEH GURU

Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/ waktu luang (free periods) seperti
yang ditetapkan dalam Jadual Waktu mengajar masing-masing, didapati ada sebahagian kecil guru-guru
mengganggap semasa itu tidak perlu bekerja. Anggapan ini adalah salah dan perlu diperbetulkan.

2. Oleh itu, Tuan/Puan diminta memberitahu semua guru besar/pengetua supaya
2.1 Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar/watu luang (free periods) itu adalah masa

bekerja.
2.2 Guru Besar/Pengetua boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu antara lain untuk:
2.2.1. Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah darjah.
2.2.2. Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku-buku tambahan,
membuat nota-nota mengajar, menyediakan alat-alat mengajar dan sebagainya.
2.2.3. Memeriksa buku-buku latihan murid.
2.2.4. Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah mengenai pelajaran diajar.
2.2.5. Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja Ko-Kurikulum.
2.2.6. Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar/Pengetua.
Tegasnya, waktu tidak mengajar itu perlulah diisi dengan kerja-kerja member faedah kepada murid-
murid khasnya dan sekolah amnya.

3. Harap dapat Surat Pekeliling ini disampaikan kepada semua Guru Besar/Pengetua Sekolah Menengah
dan Rendah untuk panduan dan tindakan mereka.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut Perintah,

T.T.
(DATO’ HJ. IDRIS BIN HJ. TAIN)
Bp. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

10

11

12

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.1/1972
PERATURAN-PERATURAN (TATATERTIB SEKOLAH) PELAJARAN 1959.
PETIKAN CERAIAN:
5. (1) Bagi maksud memelihara tatatertib dalam kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah diberi
kuasa untuk mengenakan hukuman sebagaimana perlu atau mustahak.
Dengan Syarat:
a. Hukuman dera atau ‘Corporal Punishment’ terhadap murid-murid perempuan adalah dilarang.
b. Hukuman dera oleh seseorang guru atau kakitangan yang lain hendaklah dihadkan kepada
pukulan dengan rotan kecil di tapak tangan atau punggung di atas pakaian dan hendaklah
dikenakan hanya oleh Guru Besar atau dengan kuasa yang diberikannya dalam sesuatu kes
tertentu.
(2) Satu rekod mengenai semua hukuman yang dikenakan di bawah Perenggan (1) hendaklah
disimpan rahsia dalam satu boring (buku) yang diluluskan oleh pendaftaran.
T.T
……………………..
(KUM BOO)
B.p Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran.

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30


Click to View FlipBook Version