SYARAHAN BAHASA MELAYU
KESIHATAN: GAYA HIDUP SIHAT TUNTUTAN ISLAM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekalung apresiasi buat pengerusi majlis,
kombinasi barisan intelektual kehakiman dan seterusnya saudara dan saudari pembankin
revolusi ummah.
Bak kata orang tidak kenal maka tidak cinta, tetapi cinta itu buta. Maka ayuhlah kita
bersama-sama menghayati, mendalami serta terus bercinta dangan tajuk syarahan saya yang
berbunyi “Gaya Hidup Sihat Tuntutan Islam”
Menurut kamus dewan edisi keempat frasa gaya hidup boleh dedifinisikan sebagai pola
tindakan seharian manusia. Manakala Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
mentakrifkan perkataan sihat sebagai suatu keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan
sosial. Oleh itu, gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai amalan tabiat hidup yang
meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan.
Hadirin hadirat sekalian,
Setiap individu ingin hidup sihat dari segi fizikal dan mental. Dengan memiliki tubuh
badan yang sihat seseorang dapat melakukan aktiviti harian tanpa gangguan.
Walaubagaimanapun, matlamat ini tersebut sukar dicapai sekiranya seseorang itu tidak
mengamalkan gaya hidup sihat.
Firman Allah Dalam Surah Ar-R’ad Ayat 11 :
ِْا ۗنْ ّل ّٰلَْۗا َْۗل يُ َغ ِي ُْۗر َما بِ َق ْو ْۗم َحتّٰى يُ َغ ِي ُر ْوا َما بِاَ ْنفُ ِس ِه ۗم
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, sebelum kaum itu sendiri
mengubah apa yang ada pada diri mereka”
Justeru itu, bagi mencapai matlamat gaya hidup sihat, setiap individu perlu melakukan
aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan kesihatan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Ingatlah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Mencetus idea yang pertama adalah,
pengambilan makanan seimbang dapat membentuk gaya hidup sihat tuntutan islam.
Pemakanan merupakan perkara yang penting untuk kesihatan diri sendiri. Manakala makanan
seimbang ialah pengambilan makanan yang mengandungi zat-zat yang secukupnya untuk
keperluan dalam tubuh badan dan mencegah daripada serangan penyakit. Seseorang yang
tidak mengambil kira tentang pemakanan seimbang akan terdedah kepada risiko serangan
pelbagai penyakit. Misalnya, pengambilan gula dan kolestrol yang berlebihan akan
memungkinkan seseorang diserang penyakit diabetis, dan menimbulkan masalah kepada
fungsi jantung.
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 168.
يٰٓاَ ُيّ َها النا ُۗسْ ُكلُ ْوا ِمما ِفى ا ْ َل ْر ِ ْۗض َح ٰل ًْۗل َط ِي ًبا
Maksudnya:
“Wahai manusia, makanlah daripada apa-apa yang terdapat di bumi yang halal lagi baik”
Dalam Islam sendiri telah mengajar untuk mengambil makanan yang halal lagi baik. Oleh
itu, rajah piramid pemakanan yang ditetapkan oleh kementerian kesihatan perlu dijadikan
panduan untuk memastikan bahawa makanan yang diambil mengandungi khasiat yang
seimbang dan dapat menyihatkan badan.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Bicara minda yang kedua adalah aktiviti senaman dapat membentuk gaya hidup sihat
tuntutan islam. Bak kata pepatah, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-
sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Aktiviti senaman amat penting untuk kesihatan
seseorang. Hal ini demikian kerana semasa bersenam jantung akan berfungsi dengan baik
untuk memastikan perjalanan darah menjadi lancar. Seterusnya, pembakaran lemak dalam
badan akan berlaku, sekali gus individu dapat mengatasi masalah lebihan lemak di dalam
badan. Ringkasnya, melalui senaman, badan menjadi lebih sihat dan otak menjadi cerdas.
Hadirin sekalian,
Rempuhan idea yang ketiga adalah, penjagaan kebersihan dapat membentuk gaya hidup sihat
tuntutan islam.
Rasullullah swt ada bersabda,
ْالط ُهو ُۗرْ َش ْط ُۗرْ ا ْْ ِلي َما ِۗن
Maksudnya:
“ Kebersihan itu sebahagian dari iman”
Penjagaan kebersihan diri asas seperti mandi, menggosok gigi, memakai pakaian yang
bersih dan kemas serta mendapatkan rehat yang cukup adalah mustahak untuk diamalkan.
Tambahan pula, menjaga kebersihan persekitaran khususnya dikawasan tempat tinggal dapat
menghindari masyarakat daripada penyakit-penyakit berjangkit seperti denggi dan keracunan
makanan. Sebagai contoh, sebelum menjamu selera, hendaklah mencuci tangan dengan bersih
dan menutup makanan dengan betul supaya tidak dihinggap lalat. Segelintir di antara ahli
masyarakat bersikap sambil lewa “bagai melepas batuk di tangga” apabila menjaga
kebersihan sehingga membawa padah kepada diri dan juga masyarakat sekeliling. Tegasnya,
menjaga kebersihan diri dan persekitaran adalah disiplin yang diperlukan untuk mengamalkan
gaya hidup yang sihat.
Hadirin minda kelas pertama sekalian,
Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, banyak usaha dan cara untuk kita
praktikkan gaya hidup sihat tuntutan islam. Kita perlu membuka mata dan melihat
kepentingan dan kesan menjaga kesihatan kepada diri, keluarga, masyarakat dan juga negara.
Sekiranya masyarakat berjaya mengamalkan gaya hidup sihat, pasti fasiliti kesihatan tidak
dipenuhi pesakit sebaliknya fasiliti sukan dan rekreasi menjadi tumpuan dan pusat komuniti
utama untuk negara. Ungkapan Arab ada mengatakan "Man Jadda Wa Jadda" bermaksud,
“barang siapa yang bersungguh-sungguh, dia pasti berhasil”. Semoga setiap usaha untuk
menjadikan amalan gaya hidup sihat tuntutan islam sebagai satu rutin dalam diri setiap
individu disokong dan memberikan hasil yang diingankan. Sekian wabillahitaufik wahidayah
wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh