The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salmahmot, 2021-06-21 01:31:03

kepentingan matlamat hidup

kepentingan matlamat hidup

KEPENTINGAN
MATLAMAT HIDUP

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SMK MEROTAI BESAR, TAWAU

Menurut satu kajian di University of Yale
(1974) terhadap 1000 orang pelajar university
tersebut, hanya ada 3 % sahaja pelajar yang
mempunyai matlamat yang mahu dicapai dan

mereka menulisnya di atas kertas.
Ini bermakna, daripada 1000 orang pelajar,

hanya 30 orang pelajar sahaja yang
meletakkan matlamat mereka di atas kertas.

Setelah 20 tahun, kajian itu menunjukkan
bahawa 30 orang yang menulis matlamatnya
jauh lebih berjaya jika dibandingkan dengan

970 yang tidak mempunyai matlamat dan
tidak menulis matlamat mereka.

Matlamat merupakan satu perkara yang
harus diberi keutamaan dalam hidup dan ia
mempunyai perkaitan dengan pengurusan

masa yang efektif. Tanpa matlamat,
pengurusan masa tidak dapat berfokus,
bahkan kemungkinan kehidupan bercelaru
atau sesuatu tugasan yang kurang penting
diselesaikan terlebih dahulu sedangkan

matlamat awal tidak dapat dicapai.

Senaraikan seberapa banyak matlamat
yang penting dalam kehidupan. Kemudian
pilih beberapa matlamat yang penting dan
susun ikut keutamaan. Matlamat perlulah
yang realistic boleh dicapai dalam tempoh
tertentu, sesuai dengan kemampuan diri,
melibatkan perancangan masa depan, ada

strategi dan bukan angan kosong

Dalam menentukan matlamat hidup,
perkara paling penting adalah tanya diri
anda soalan yang releven mengenai apa

yang anda ingin capai.

Apa yang ingin anda capai hari ini?
Apa yang ingin anda capai 5 tahun, 10

tahun atau 20 tahun akan datang?

Matlamat merupakan satu perkara yang
harus diberi keutamaan dalam hidup dan ia
mempunyai perkaitan dengan pengurusan

masa yang efektif. Tanpa matlamat,
pengurusan masa tidak dapat berfokus,
bahkan kemungkinan kehidupan bercelaru
atau sesuatu tugasan yang kurang penting
diselesaikan terlebih dahulu sedangkan

matlamat awal tidak dapat dicapai.

PETUA UNTUK MENETAPKAN
MATLAMAT HIDUP

SUMBER: MYHEALTH.GOV.MY

NYATAKAN SETIAP MATLAMAT ITU SEBAGAI
KENYATAAN YANG POSITIF.

Ungkapkan matlamat anda dengan
positif

“Gunakan Teknik ini dengan baik” kerana
adalah matlamat yang lebih baik
daripada berkata “Jangan lakukan
kesilapan yang bodoh”

Buat kerja dengan teliti

Tetapkan matlamat dengan tepat.
Tetapkan Tarikh, masa dan jumlah
matlamat agar pencapaian anda boleh
diukur dan akan memuaskan hati anda.

Tetapkan keutamaan

Bila anda mempunyai beberapa
matlamat, susun ikut keutamaan yang
paling utama kerana ia membanti anda
dari berasa tertekan dengan adanya

terlalu banyak matlamat.
Ini seterusnya membantu anda
menumpukan perhatian kepada
matlamat yang lebih penting.

Tulis matlamat –matlamat anda

Dengan menulis matlamat, kita akan
lebih fokus dan jelas tentang perkara
yang ingin dicapai dan sentiasa bersedia

untuk memulakan langkah.

Pastikan matlamat itu ringkas dan
mudah dicapai

Matlamat yang ringkas dan mudah dapat
membantu kita untuk mencapai kejayaan

dan mendapatkan ganjaran yang lebih
besar.

Sekiranya matlamat itu besar dan sukar
untuk dicapai, nampak seakan-akan

anda tidak membuat apa-apa perubahan
ke arah mencapai matlamat tersebut.

Teruskan dengan matlamat yang ringkas
dan mudah agar anda akan mendapatkan

kejayaan yang diinginkan.

Tetapkan proses mencapai matlamat
bukan hasilnya

Sekiranya anda menetapkan matlamat
berdasarkan prestasi anda sendiri, anda

akan mengawal diri anda untuk
mencapai matlamat-matlamat tersebut,

dan mendapatkan kepuasan darinya.

Tetapkan matlamat yang wajar

Adalah penting untuk menetapkan
matlamat yang anda boleh capai,
matlamat yang sesuai dengan diri dan

minat anda.

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version