MINIT MESYUARAT KURIKULUM
BIL.1/2022
Tarikh: 16 Mac 2022
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat
Kehadiran: Pengetua
PK Pentadbiran
1 Mohamad Nasir Bin Abdul Rahman PK HEM
2 Mohd Sany Bin Razali PK Kokurikulum
3 Mohd Juhari Bin Salim Kaunselor
4 Noraini Binti Idris
5 Mohd Zafri Bin Saman Setiausaha Kurikulum
6 Che Zalila Binti Ahmad
7 Fadhilah Binti Abdul Patah
8 Azizul Hakim Bin Abdul Ibrahim
9 Mohd Firdaus Bin Mohd Lazin
10 Muhammad Wafi Bin Othman
11 Ahmad Shafie Bin Mohamad
12 Muhamad Fathil Bin Moin
13 Norfadzilah@Norfaizah Bt. Saidon
14 Nurul Bahiah Bt Mohd Nor
15 Nor Shafiqah Binti Rozian
16 Norfaizah Binti Ahmad
17 Mohamed Harmizi Bin Razali
18 Mohd Raddee Bin Abd Rahman
19 Imaduddeen Bin Mohd Sobari
20 Suhaila Binti Ab Kadir
21 Nurul Atiqah Binti Janom
22 Fakhrudin Bin Mat Zin
23 Haziree Bin Zulkefli
24 Mohd Ehsan Bin Abu Hassan
25 Mohd Faridz Bin Mohamad Suhaile
26 Mohd Zawawi Bin Ibrahim
27 Muhammad Sabri Bin Razali
28 Mu'minah Binti Yusoff
29 Nor Liyana Binti Sharuddin
30 Nurhidayah Binti Suhaimi
31 Nurul Athirah Binti Ahmad Razimi
32 Sh Mohd Hafiz Bin Sh Khazan Nar Basha
33 Wan Mohd Asyraf Bin Wan Mahmud
34 Wan Muhamad Syahmi Bin Wan Yusoff
35 Wan Muhammad Zulfahmi Bin Wan Mustaffa
36 Muhamad Asraf Bin Sohaile
1
Tidak Hadir Bersebab:
1. (Cuti Bersalin)
2.
Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2021
3. Perkara Berbangkit
4. Isu & Permasalahan
5. Hal-hal Lain
6. Ucapan Penagguhan
2
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua
guru kerana menghadirkan diri di mesyuarat kali ini serta mengalu-alukan
semua ke alam pengajaran dan pemudahcaraan pada tahun 2022.
1.2 Pengerusi memaklumkan hala tuju sekolah perlu menjadi pegangan semua
guru:
1.2.1 Meningkatkan keupayaan guru dalam PdP
1.2.2 Melestarikan ICT sebagai sumber ke arah membudayakan PAK 21.
1.2.3 Mengoptimumkan keupayaan dan kemenjadian guru pada tahap
lebih cemerlang.
1.3 Pengerusi meminta perhatian semua ahli untuk mengambil tindakan
kepada perkara-perkara berikut:
1.3.1 Tiada murid yang mendapat C, D, E & F untuk SPM.
1.3.2 PdP berkonsepkan didik hibur dan berasaskan TMK.
1.3.3 PLC diteruskan dengan lebih efisien dan berkesan.
1.3.4 Memperkasakan program sokongan seperti HIP, aktiviti panitia,
Pusat Sumber Sekolah dan sebagainya.
1.3.5 Memastikan suasana kondusif untuk semua murid belajar.
Makluman
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Minit mesyuarat kurikulum Bil.4/2022 telah dicadangkan untuk pengesahan
oleh En. Wan Muhammad Zulfahmi Bin Wan Mustaffa dan disokong oleh
En. Fakhrudin Bin Mat Zin.
3.0 Perkara-Perkara Berbangkit
3.1 Rujuk borang maklum balas Minit Mesyuarat Bil 4 Tahun 2021.
4.0 Isu & Permasalahan
4.1 Pengurusan Panitia
4.1.1 Senarai Tugas Unit Pentadbiran & Kurikukum (Rujuk Portal e-Lantik)
4.1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah atas pelantikan guru dalam Unit
Pentadbiran dan Kurikulum.
4.1.3 Semua Ketua Panitia diminta untuk menyediakan fail panitia secara
dalam talian dan bercetak.
4.1.4 Penggunaan google drive emel moe-dl akan diperkasakan lagi dalam
penyediaan dokumen panitia.
4.1.5 DPK tidak lagi digunakan sebaliknya penggunaan DSKP diperkasakan.
Makluman
4.2 Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
4.2.1 e-RPH Appsheet versi 2.0 akan digunakan dan satu satu sesi
taklimat penggunaan e-RPH ver 2.0 akan dilaksanakan secara
terancang.
4.2.2 Jadual Waktu 2022
a) PdPR akan menggunakan jadual bersemuka.
b) Semua guru diminta masuk ke dalam group telegram PdPR.
4.2.3 PdPc yang dirancang mesti berdasarkan dasar KPM dan hala tuju
sekolah iaitu PAK 21.
Makluman
3
4.3 Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
4.3.1 Pentaksiran Sekolah (PS):
a) Semua guru SPM 2022 diminta untuk berbincang dengan KB
masing-masing untuk meletakkan nilai ETR bagi pelajar 5A&5B.
b) Semua guru SPM juga diminta untuk menyediakan DP bagi
mata pelajaran masing-masing.
4.3.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD):
a) Pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi mendapatkan tentang perkembangan,
kemajuan dan pencapaian murid.
b) Satu sesi taklimat daripada PPD akan diadakan pada Khamis
17/3/2022. Diminta semua KB dan KP serta ahli panitia hadir
dalam taklimat tersebut.
Makluman
4.4 Pusat Sumber Sekolah
4.4.1 Perancangan aktiviti Pusat Sumber Sekolah hendaklah
dibentangkan di dalam Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah 1/2022.
Makluman
4.5 Pengurusan Aset
4.5.1 Perancangan aktiviti Pusat Sumber Sekolah akan dibentangkan di
dalam Mesyuarat Pengurusan Aset 1/2022.
Makluman
4.6 Perancangan Peningkatan Akademik
4.6.1 Pengerusi memaklumkan seramai 31 calon bakal menduduki
peperiksaan SPM bagi sesi 2022.
4.6.2 Pengerusi meminta semua guru bekerjasama menggembleng
tenaga bagi memastikan sekolah mencapai keputusan yang lebih
cemerlang pada tahun 2022.
4.6.3 Perincian program Peningkatan Akademik akan dibincangkan
semasa Dialog Prestasi Tingkatan 5.
Makluman
4.7 Kewangan
4.7.1 Pengerusi memaklumkan peruntukan PCG untuk Panitia 2022 belum
diperolehi.
4.7.2 Pengerusi menegaskan beberapa panduan:
a) Setiap barangan atau alatan yang dibeli mesti diminitkan di
dalam minit mesyuarat panitia masing-masing.
b) Pembelian mestilah terancang dan sesuai dengan keperluan
panitia masing-masing mengikut peruntukkan yang diberi.
c) Barang yang dibeli mesti dilabel dan diletakkan di tempat yang
disediakan kerana ianya ialah aset panitia.
d) Rancang pembelian, beli dengan berhemah dan guna secara
optimum.
Makluman
4
5.0 Hal-hal Lain
5.1 Pengerusi memaklumkan
5.1.1 Mesyuarat Kurikulum ialah sebanyak 4 kali setahun.
5.1.2 Mesyuarat Panitia ialah sebanyak 4 kali setahun.
5.1.3 Dialog Prestasi Kurikulum ialah sebanyak 4 kali setahun.
5.1.4 Pengerusi meminta semua guru menggunakan aplikasi AppSheet
di pautan https://bit.ly/my-mtdub.
Makluman
6.0 Penutup
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana
menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi sepanjang sesi
2021. Pengerusi berharap semua guru berusaha untuk mencapai martabat
sebagai pendidik (mudarris), penyampai yang benar (mualim), pengasuh
dan pendidik dengan kasih sayang (murabbi), pembentuk adab dan akhlak
(muaddib) dan pembimbing ke arah kebaikan (mursyid). Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.
Disediakan oleh,
Setiausaha Kurikulum
Tarikh: 16 Mac 2022
5