TAJUK KES KAJIAN SEJARAH DI KAWASAN SAYA :
MUZIUM SULTAN ABU BAKAR
DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD AFIEQ DARWISY BIN
MOHD APZAN
TINGKATAN : 1 CAMBRIDGE
NOMBOR MATRIK : CP211058
i) PENGENALAN
Nama muzium ini diambil dari nama Sultan Pahang yang memerintah ketika
itu,Al-Marhum Sultan Abu Bakar. Muzium ini kaya dengan barang-barang antik
dan kepunyaan Cina Kuno seperi tembikar dan kaca. Muzium ini juga
menempatkan pakaian raja-raja, arkeologi dan etologi.
Muzium ini merupakan salah satu mercu Bandar Diraja Pekan dan antara
destinasi yang sering dikunjungi pelancong dalam dan luar negara. Muzium ini
merupakan satu-satunya muzium di bandar Pekan.Sebelum pandemik melanda
Malaysia,setiap petang akan ada pengunjung menangkap gambar bersama
keluarga atau rakan mereka.
Di sekitar muzium ini terdapat beberapa buah kedai yang menjual
makanan,minuman dan cenderamata.
2
ii) LOKASI
Mari lihat butiran kawasan ini dahulu.
• Alamat : Lembaga Muzium Negeri Pahang, Jalan Sultan Ahmad,
26600 Pekan, Pahang.
• Nombor Telefon : 09-422 1371
• Waktu Operasi : 9:30 a.m – 5:00 p.m (Isnin tutup)
• Website : Muzium Sultan Abu Bakar Pekan
• Peta Lokasi :
3
iii) SEJARAH
Bangunan ini pada asalnya merupakan sebuah bangunan kediaman kayu milik
Residen British yang pertama di Pahang,Mr.J.P.Rodger yang dibina pada tahun
1888. Apabila ibu negeri Pahang dipindahkan ke Kuala Lipis pada Jun 1898, ia
dijadikan rumah tetamu kepada residen apabila berurusan di Pekan. Selepas
itu, ia dirobohkan dan digantikan dengan bangunan batu dua tingkat yang
dibina pada 1929 kepunyaan Residen British yang baharu memerintah ketika
itu.
Namun selepas kemaraan tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua,
bangunan ini telah ditawan dan dijadikan kediaman untuk pada pegawai-
pegawai tentera Jepun. Tetapi tempoh pemerintahan tentera Jepun tidak
bertahan lama kerana pada pada sekitar 1945,Tentera British telah mara dan
kembali menewaskan pihak askar Jepun .
Dalam tahun 1948,bangunan ini telah dibaik pulih dan dibaiki untuk
kediaman dan tempat bersemayam Sultan Pahang Keempat,Al-Marhum Sultan
Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah ibni al-Marhum Sultan Abdullah al-
Mu’tassim Billah Shah.Baginda menjadikan bangunan ini sebagai Istana Rasmi
Negeri dan memberinya gelaran sebagai ‘Istana Kota Beram’ menggantikan
Istana Sri Terentang. Pada tahun 1959-1965, Istana baru dibina berhampiran
kawasan Istana Terentang untuk persemayaman D.Y.M.M Sultan Pahang. Oleh
itu, Lembaga Muzium Negeri Pahang telah mengambil alih bangunan ini pada
17 Mac 1976 untuk dijadikan Muzium Negeri Pahang dan dibuka dengan
rasminya pada 21 Oktober 1976 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Haji Ahmad Shah dengan diberi nama “Muzium Sultan Abu Bakar”
3
iv) Objektif Rekabentuk
Objektif muzium adalah:
Menubuhkan pusat sumber mesra rakyat untuk mempromosikan warisan dan
budaya Pahang.
Untuk melibatkan masyarakat setempat, memberikan pengayaan melalui
pembelajaran dan pemahaman, serta kenikmatan ruang galeri, artefak, seni,
dan kebun yang indah.
Untuk meningkatkan ekonomi tempatan dengan menarik pengunjung dan
pelancong dari Kuantan, ibu negeri.
v) Ciri-ciri & Struktur Muzium
Secara amnya, struktur binaan Bangunan Muzium Sultan Abu Bakar ini
mengambungkan dua sistem binaan iaitu Sistem Dinding Tanggung Beban dan
Sistem Tiang dan Alang. Sistem Dinding Tanggungan Beban merupakan sistem
binaan dinding yang lazimnya digunakan pada binaan bangunan sebelum
teknologi konkrit bercerucuk diperkenalkan. Pada bangunan muzium ini sistem
struktur ini diaplikasi pada bahagian utama bangunan. Ketebalan dinding adalah
di antara 12" hingga 14" dan ia terbina daripada ikatan batu bata yang dilepa.
Manakala Sistem Alang dan Tiang ini diaplikasi untuk menyokong bahagian
verandah dan juga anjung terutamanya di tingkat satu. Tiang bangunan ini
bersaiz 1'6" digunakan untuk menyokong struktur yang terdiri dari rasuk di
atasnya.
5
Struktur bumbung bangunan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu bumbung
curam dan bumbung rata. Bumbung curam menutup keseluruhan ruang tengah
dan anjung bumbung dengan genting tanah liat merah manakala bumbung rata
konkrit tetulang terdapat di bahagian serambi belakang.
Terdapat dua jenis tangga di dalam bangunan ini iaitu tangga batu dan
tangga kayu. Tangga batu dibina di pintu utama dan terdapat tangga batu baru
yang dibina di bahagian belakang dimana ia digunakan untuk menghubungkan
bangunan ini dan pejabat manakala tangga kayu dibina untuk menghubung
antara tingkat satu dan tingkat dua.
Kesemua pintu adalah kayu termasuk jenangnya dan ketinggiannya 90"
dan lebar berbeza bergantung pada jenis pintu dan ruangnya. Kesemua elemen
tingkap termasuk bingkai dan daun tingkap adalah dibuat daripada kayu.
Tingkap-tingkap ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian atas diperbuat
daripada kepingan kaca manakala bahagian bawah menggunakan kayu keras.
Sepanjang penggunaan bangunan, sama ada digunakan sebagai istana
atau muzium, beberapa elemen di bangunan ini telah melalui perubahan
mengikut keperluan pada waktu tersebut. Antara yang ketara dapat dilihat ialah
bahagian serambi di tingkat atas dimana ruang antara tiang telah ditutup dengan
tingkap ram kayu sepanjang fasade hadapan. Di antara skop kerja untuk projek
konservasi di bangunan ini ialah menanggalkan komponen tingkap di ruang
koridor keseluruhannya untuk mengembalikan semula tampak asal keadaan
bangunan ini.
Walau bagaimanapun oleh kerana bangunan ini digunakan sebagai galeri
sebuah muzium, keperluan penghawa dingin bangunan ini perlu
dipertimbangkan. Sebagai penyelesaian, bahagian ini akan ditutup dengan kaca
jernih untuk tujuan hawa dingin. Selain itu, kompenan lain yang melibatkan skop
kerja konservasi utama ialah menggantikan papan lantai dengan jenis kayu dan
ukuran papan yang sama seperti asal bagi kedua-dua tingkat bangunan kerana
sebahagian besar papan lantai telah mengalami kerosakan.
6
vi) Kenali Kesultanan Melayu Pahang
Kunjungan ke Muzium Sultan Abu Bakar membolehkan anda mengenali dengan
lebih dekat lagi tentang Kesultanan Melayu Pahang serta Negeri Pahang secara
khasnya. Maklumat tentang sejarah Kesultanan Melayu Pahang telah digarap
dan diolah dengan baik melalui bahan pameran oleh pihak pengurusan
muzium.
Segala aktiviti penting tentang kesultanan Melayu Pahang telah
didokumentasikan dan diceritakan kembali kepada pengunjung dengan olahan
yang amat baik serta mudah difahami.
vii) Tiket Masuk
Bayaran masuk ialah RM4 untuk rakyat Pahang, RM5 bagi warganegara
Malaysia dan RM15 bagi pelancong luar negara.
SUMBER :
INTERNET :
https://www.tempatmenarik.my/muzium-sultan-abu-bakar-pekan-
tempat-menarik-di-pahang/
https://www.whwdesign.org/muzium-sultan-abu-bakar
http://www.heritage.gov.my/index.php/istana-sultan-abu-bakar-
muzium-pekan-pahang