The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izmahaslinda83, 2021-09-05 20:48:29

ASEAN

9.6kssmt5

Keywords: ASEAN T5 KSSM 9.6

SELAMAT DATANG KE KELAS
SEJARAH

CIKGU IZMA

SELAMAT DATANG KE KELAS CIKGU IZMA..MAI LAH BELAJAR

BAB 9: DASAR LUAR MALAYSIA

Malaysia dalam Persatuan
Negara-negara Asia Tenggara

(ASEAN)



Latar Belakang /
Pelibatan Malaysia

Dalam ASEAN

Malaysia dalam
Persatuan Negara-negara
Asia Tenggara (ASEAN)

Sumbangan / Peranan
Malaysia

Latar Belakang ASEAN

Persatuan Negara- ▪ Ditubuhkan tahun 1961
Negara Asia ▪ Gabungan tiga negara iaitu Malaysia, Filipina

Tenggara (ASA) dan Thailand

Malaysia, Filipina ▪ Ditubuhkan tahun 1963
dan Indonesia ▪ Gabungan Malaysia, Filipina & Indonesia
▪ Bertujuan menyelesaikan isu pembentukan
(MAPHILINDO)
Malaysia.
Persatuan Negara- ▪ Namun MAPHILINDO gagal mencapai
Negara Asia
Tenggara matlamatnya.
(ASEAN)
▪ Ditubuhkan 8 Ogos 1967
▪ Gabungan awal lima negara, Malaysia,

Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand
▪ Ditambah lima negara, Brunei, Myanmar,

Vietnam, Laos dan Kemboja
▪ Bertujuan meningkatkan semangat setia kawan

dan hubungan keserantauan

ZOPFAN (Zon Aman, Pendidikan
Bebas Dan Berkecuali)

Selesaikan Konflik Sumbangan Sukan SEA
Politik serantau Malaysia Dalam

ASEAN

Perdagangan Ekonomi Budaya

Penerangan Formula

Zul = ZOPFAN

Dididik = Pendidikan

Suka = Sukan

(Formula: Zul Dididik Suka Bunuh Seekor Dugung Pondan) Bunuh = Budaya
Seekor = Ekonomi

Dugung = Perdagangan

Pondan = Politik

ZOPFAN (Zon Aman, Bebas Dan Berkecuali)

1) ZOPFAN diumumkan pada tahun 1971 di Kuala

Lumpur

2) Penubuhan ZOPFAN dikemukakan oleh Malaysia

dalam ASEAN bertujuan mengekalkan keamanan di
Asia Tenggara

3) Langkah Malaysia menjadikan ASEAN sebagai

kawasan ZOPFAN:

▪ Mendapatkan pengiktirafan daripada kuasa besar

seperti Amerika Syarikat, Rusia dan China.

▪ Menjalinkan hubungan dengan China

Pendidikan

▪Kerjasama dalam bidang pendidikan

▪Contohnya, penubuhan SEAMO

(Pertubuhan Menteri-Menteri Luar
ASEAN) dan RESCAM (Pusat Serantau
Sains dan Matematik di Pulau Pinang)

Sukan SEA

Untuk menjalinkan kerjasama
dalam sukan

Budaya

1) Kerjasama dalam bidang kebudayaan

dilaksanakan

2) Contohnya mengadakan festival
dan kesenian serta
kebudayaan Tabung Kebudayaan

penubuhan

ASEAN

Ekonomi

1) Projek Industri ASEAN (AIP) dimulakan (1978).
2) Antara contoh projek:

✓ Baja urea di Indonesia (1948) dan Malaysia (1986).
✓ Baja fosfat dan kuprum di Filipina
✓ Penghasilan serbuk soda di Thailand

Perdagangan

1) Negara ASEAN merupakan rakan dagang Malaysia

yang penting.

2) Langkah Malaysia meningkatkan aktiviti perdagangan

antara negara ASEAN

✓Menyokong konsep integrasi ekonomi ASEAN

untuk mewujudkan satu pasaran tunggal ASEAN
yang bebas seperti penggunaan mata wang ASEAN

✓Skim Keutamaan Perdagangan (SKP), 1976 untuk

memotong cukai pelbagai barangan keluaran negara
ASEAN

Selesaikan Konflik Politik serantau

1) Malaysia terlibat secara aktif mencari penyelesaian

dalam konflik politik yang berlaku di Vietnam dan
Kemboja yang berkaitan dengan ancaman komunis
dan pelarian.

✓Malaysia menyeru agar kuasa besar tidak campur

tangan dalam isu di Vietnam.

✓Isu di Kemboja pula berjaya diselesaikan melalui

pilihan raya pada tahun 1993.

1. Antara berikut yang mOabnajkeakh tniefgara anggota ASA?

I. Brunei

II. Malaysia

III. Thailand

IV. Indonesia

A I dan II B I dan IV

C II dan III D III dan IV

2. MAPHILINDO ditubuhkan pada tahun 1963
Mengapakah akhirnya MAPHILINDO gagal?
A Penjajahan British kembali
B Penentangan komunis berleluasa
C Pembentukan Malaysia mendapat tentangan
D Perebutan kawasan perdagangan di Laut China Selatan

3. Apakah tujuan penubuhan ASEAN?
A Menguatkan pertahanan
B Membuat pertukaran teknologi
C Meningkatkan semangat setia kawan
D Membantu meningkatkan ekonomi negara anggota

4. Apakah usaha yang dilakukan oleh Malaysia untuk menjadikan
ASEAN sebagai kawasan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali
(ZOPFAN)?

A Mencipta nuklear

B Menguatkan pasukan pertahanan

C Mengadakan hubungan dengan Israel

D Mendapatkan pengiktirafan daripada kuasa besar seperti
Amerika Syarikat, Rusia dan China

5. Antara berikut, yang manakah sumbangan Malaysia dalam
bidang sosial kepada negara ASEAN?

I. Menganjurkan Festival Kebudayaan

II. Menjadi tuan rumah sukan Komanwel

III. Mengadakan projek baja urea di Bintulu, Sabah

IV. Menubuhkan Pusat Serantau Sains dan Matematik di
Pulau Pinang

A I dan II B I dan IV

C II dan III D III dan IV

Esei

1. (a) Nyatakan latar belakang Pertubuhan Negara-Negara

Asia Tenggara (ASEAN). [4 markah]

(b) Sejauh manakah kejayaan yang telah dicapai oleh

ASEAN?. [8 markah]

(c) Pada pandangan anda, mengapakah ASEAN perlu

dikekalkan?. [8 markah]

(a) Nyatakan latar belakang Pertubuhan Negara-Negara
Asia Tenggara (ASEAN). [4 markah]

Latar belakang Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
ialah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967. Kedua, keanggotaan awal
ASEAN ialah Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand dan Singapura.
Ketiga, anggotanya bertambah apabila penyertaan Brunei, Myanmar,
Vietnam, Laos dan Kemboja. Keempat, matlamat ASEAN ialah
meningkatkan semangat setia kawan dan hubungan keserantauan

(b) Sejauh manakah kejayaan yang telah dicapai oleh

ASEAN?. [8 markah]

Kejayaan yang telah dicapai oleh ASEAN ialah mewujudkan Zon
Aman, Penubuhan ZOPFAN dikemukakan oleh Malaysia dalam
ASEAN bertujuan mengekalkan keamanan di Asia Tenggara. Malaysia
turut mendapatkan pengiktirafan daripada kuasa besar seperti Amerika
Syarikat, Rusia dan China

Kejayaan kedua, dalam bidang Pendidikan iaitu SEAMO
(Pertubuhan Menteri-Menteri Luar ASEAN) dan RESCAM (Pusat
Serantau Sains dan Matematik di Pulau Pinang) diwujudkan

Kejayaan ketiga, Sukan SEA diadakan bertujuan menjalinkan
kerjasama melalui sukan.

Kejayaan keempat, dalam bidang kebudayaan. Contohnya,
menubuhkan Festival kebudayaan dan kesenian serta menubuhkan
Tabung Kebudayaan ASEAN

(c) Pada pandangan anda, mengapakah ASEAN perlu

dikekalkan?. [8 markah]

Sebab ASEAN perlu dikekalkan ialah dapat mengukuhkan
kerjasama ekonomi. Contohnya melalui Projek Industri ASEAN (AIP)
seperti projek Baja Urea di Indonesia dan Malaysia. Hal ini dapat
meningkatkan taraf hidup rakyat. Kesannya dapat menambah
pendapatan negara.

Sebab kedua ialah dapat mengekalkan keamanan negara. Misalnya
melalui pengisytiharan ASEAN sebagai Zon Aman Bebas dan
Berkecuali (ZOPFAN). Hal ini dapat mengelakkan Kawasan Asia
Tenggara daripada terlibat dalam sebarang peperangan. Kesannya dapat
menjamin keselamatan negara.


Click to View FlipBook Version