1 MINIT MESYUARAT GURU BIL 2 /2022 Tarikh : 26 September 2022 Hari : Isnin Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Al-Murabbi Kehadiran : 1. Cg Razihawari bin Che Wan (Guru Besar) 2. Cg Zamri bin Abu Bakar (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) 3. Cg Tn Hj Ahmad Najme bin Abdul Manaf (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) 4. Cg Nazmi bin Che Mohamed (Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum) 5. Cg Azlina binti Mahmud@Muhammad 6. Cg Mazni binti Mahamad@Mohamad 7. Cg Azhani binti Jaafar 8. Cg Hernani binti Tajul Arifin 9. Cg Mohd Arif bin Ismail 10. Cg Mazlina binti Ab Manaf 11. Cg Nur Nazihah Hanin binti Abd Razak 12. Cg Melati binti hussin 13. Cg Nur Aina binti Agus Salim 14. Cg Rokiah binti Salleh 15. Cg Rosnah binti Mohd Zali 16. Cg Shahidah Farhanah binti Ismail 17. Cg Nurul Ain binti Ahmad Naspu 18. Cg Noorhana binti Mohd Salleh 19. Cg Noor Shafie binti Mohd Ali 20. Cg Roshimah binti Kassim 21. Cg Suriati binti Shafie 22. Cg Wan Ashaari bin Wan Mohd Ariffin 23. Cg Wan Norhidayah binti Wan Mohamad 24. Cg Wan Mohd Zuhdi bin Wan Md Amin 25. Cg Wan Salini binti Wan Ab Ghani 26. Cg Zawiyah binti Abdol Aziz 27. Cg Nur Zawani binti Rashid
2 28. 28.Cg Rosman binti Abd Rased 29. 29.Cg Nor Suhada binti Khalid 30. Cg Raizan binti Ramly. 31. Cg Nur Zawani binti Rashid 32. Cg Mardiah Syairah Tidak Hadir: 1. Cg Zariani binti Zakaria ( CRK ) Agenda 1 Perutusan pengerusi 1.1 Dimulakan dengan bacaan Ummul kitab Al-fatihah. Ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru. Tahniah atas pencapaian cemerlang dalam semua bidang bagi semester pertama 2022. Makluman Agenda 2 Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Cg Azlina binti Mahmud@Muhammad mengesahkan minit mesyuarat guru kali pertama dan disokong oleh Cg Wan Ashaari bin Wan Mohd Ariffin Makluman Agenda 3 Perkara-perkara berbangkit 3.1 Encik Shamsul Bahri bin Shafei Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah menyatakan hala tuju PPP Dungun masih berkuatkuasa sehingga ada hala tuju yang baru. Encik Shamsul Bahri memangku jawatan KPPD sehingga diganti oleh ketua yang baharu 3.2 Amanah Keua Pengarah memastikan bahawa: a) Murid tahap dua tahu solat dan boleh membaca Al-quran dengan baik b) Murid pemulihan yang tidak boleh membaca, menulis dan mengira diberi penekanan agar dapat membantu mereka di tahap 2. Bagi murid tahap 1 berbagai-bagai program dijalankan dari sekolah itu sendiri, kementerian, KPM dan IB. Sekiranya program yang dijalankan tidak berkesan bermakna program itu tidak dijalankan dengan baik dan sebagaimana yang kita ketahui kita tidak mempunyai guru opsyen pemulihan. Atas kesanggupan Cikgu Aina guru
3 Pendidikan Islam yang baru berpindah beliau sanggup untuk dilantik sebagai guru pemulihan dengan harapan program – program pemulihan dapat berjalan dengan baik. c) Mesyuarat dan sesuatu program yang dijalankan tidak berjela- jela. Tidak melebihi satu jam. : Makluman Agenda 4 Taklimat Guru besar 4.1 Semua guru semasa taklimat, dilarang bercakap. Pihak pengurusan gucapkan terima kasih atas kerja buat guru bagi 6 bulan pertama untuk semua program Kurikulum, HEM dan KOKO. Diharap semua guru menyiapkan kerja seperti yang diminta dan tidak cepat melatah apabila ditegur. Terima kasih juga kerana para guru banyak menyiapkan bilikbilik khas dan kelas-kelas TS25. Terima kasih juga para guru yang menyiapkan papan kenyataan. Papan kenyataan dalam proses dan perlu disiapkan agar maklumat dapat disampaikan dengan berkesan kepada guru- guru dan murid- murid. War- warkan kepada murid setiap aktiviti yang hendak dijalankan. Surat-surat yang diminit oleh Guru Besar, HEM dan KOKO perlu dipaparkan. Bilik pengawas masih tidak berfungsi dan tentang kewangan sila berbincang dengan PT. Terima kasih kerana menjalankanan ko-permainan dan ko-akademik dengan jayanya. Banyak kejayaan telah dicapai namun untuk mengekalkannya bukanlah mudah. Pada tahun hadapan, fokuskan hanya pada satu permainan sahaja agar lebih banyak tumpuan dapat diberikan dan dapat pergi lebih jauh. Program sekolah seperti program Bulan Kemerdekaan dan semua program lain, juga Panitia Agama Islam dengan kerjasama semua guru program bacaan Yasiin , Solat Zohor berjemaah dan Solat Dhuha berjalan dengan baik. Makluman 4.2 Fail-fail panitia perlu dikemaskini .Tn Haji Mat dan Tn Zul telah memantau fail panitia RBT dan telah mendapat tahniah dan mendapat sedikit teguran. Benda asas di dalam fail mesti ada serta banyak perkara yang perlu dikemaskini. Beliau juga ingin memantau fail-fail panitia yang lain namun guru besar meminta ditangguhkan pada lain waktu memandangkan pada hari itu juga ada lawatan dari JPN bahagian Aset kuarters belakang dan guru besar telah meminta pembinaan kantin baharu. Melalui lawatan Cikgu Rosdi bin Husin PPS banyak benda yang ditegur tentang fail panitia. Makluman 4.3 PBPPP guru-guru perlu berbincang markah dengan penilai Cikgu Nor Aina dinilai oleh Guru Besar manakala Cikgu pula Mardiyah dinilai oleh Cg Nazmi. Pencerapan PDPC,
4 PBPPP dan SKPMG 2 selari dengan markah perstasi guru. Setiap guru mesti ada OPPM agar senang untuk diberi penilaian. Makluman 4.4 Data Hrmis 2.0 tentang perjawatan guru sila buat pembetulan Ramai guru yang tidak mengenaskini data Hrmis. Hanya Cg Rosman dan PK sahaja yang kemaskini. Jika lupa password, minta dengan PT. epenyata gaji baharu juga perlu kepada password yang baharu. Makluman 4.5 ERPH dipantau oleh PPS . Tarikh akhir hantar erph adalah hari Khamis 12 malam . Sila hantar tepat waktunya. Cg Hernani tolong ingatkan para guru hantar ERPH. Makluman 4.6 Duit panitia yang tidak dibelanjakan ialah Panitia Matematik, Bahasa Inggeris dan Muzik. Sila buat kertas kerja dan buat perbelanjaan. Tindakan : Ketua Panitia Matematik , Bahasa Inggeris dan Muzik. 4.7 Fire drill hendaklah dilakukan setahun sekali .Minta tolong cikgu baiki loceng sekolah. Tindakan : Penyelaras Keselamatan Sekolah 4.8 Cikgu Zuhdi telah merancang dan mengatur program pemulihan dengan cemerlang. 4 program iaitu dari IB, Dungun D”Care, Modul Asas Literasi Bahasa Melayu dan Program Pemulihan Sekolah. Penyelaras ialah Cikgu Nur Aina. Targetnya ialah murid yang tertinggal semasa PKP terutama tahap murid tahap 2 boleh membaca. Guru Jalankan program dan buat rekod supaya ada eviden buat guru dan murid. Makluman 4.9 Keselamatan murid-pastikan murid tidak keluar dari sekolah dan pagar sekolah sentiasa ditutup. Guru- guru sentiasa ingatkan murid- murid agar tidak mudah percaya kepada seseorang terutamanya orang yang tidak dikenali. Makluman
5 4.10 Jadul PDPC akan ada perubahan kerana 1M1S akan dibuat pada waktu petang dari 3.30-4.30 pada hari selasa, tidak melibatkan murid tahap 1 dan bertujuan untuk mengurangkan masa balik murid. Letak subjek 1M1S pada wakrtu petang supaya murid tahap 1 pada hari tersebut boleh balik awal. Guru besar akan membuat google form dan perlu diundi oleh guru bilakah waktu yang sesuai untuk mulakan PDPC dan waktu pulang. Walau bagaimanapun Cikgu Zamri memohon kepada semua guru yang menjalankan aktiviti pagi tidak mengambil masa PDPC murid. Laporan guru bertugas mingguan telah dimansuhkan untuk tujuan itu. Jadual PDPC boleh mulakan pada pukul 8.00 pagi tetapi para guru mesti mulakan waktu perhimpunan dan bacaan yaasin lebih awal iaitu pukul 7.45 pagi. Jadual PDPC akan dibincang kemudian Makluman 4.11 Didik anak murid dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Lihat pekeliling yang telah disediakan oleh kementerian. Elakkan denda yang boleh mendatangkan kecederaan walaupun kecil agar tidak dikenakan tindakan. Sekiranya memberi denda kepada murid pastikan murid tahu akan kesalahan mereka .Cg Najme sila keluarkan Surat pekeliling Ikhtisas Bil 7 2003 kuasa guru merotan murid dan maklum kepada semua guru. Sekiranya guru rasa isu itu berpanjangan sila maklumkan kepada guru besar. Selesaikan bersama- sama. Tindakan : Guru PK HEM Terima kasih kepada semua guru yang telah menjalankan tanggung jawab dengan sebaiknya.Sekiranya ada apa- apa masalah boleh berbincang dengan guru besar atau para penolong kanan. Semoga penggal kedua kerja buat para guru lebih baik dan yang paling penting ajar murid seikhlas mungkin. Makluman AGENDA 5 TAKLIMAT GPK 1 5.1 Terima kasih kepada para guru yang hadir pada hari ini. Beliau telah menjemput Cg Zuhdi unutk menerangkan Program Bantu Baca yang dilaksanakan di sekolah untuk para guru sempurnakannya. (Lihat lampiran 1). Program ini adalah program kementerian selepas 14000 murid Terengganu tidak boleh membaca dan 44500 orang murid tidak boleh membaca di semenanjung Malaysia. Program ini adalah untuk murid yang tidak boleh membaca, membaca merangkak-rangkak dan dijalankan satu jam seminggu mengikut kesesuaian. Bermula 11 September sehingga 29 November.
6 Makluman 5.2 Aktiviti perlu dijalankan dengan pelbagai cara. Tempat terpulang kepada guru dan menggunakan Modul Asas Literasi Bahasa Melayu. Bahan tidak terikat asalkan murid boleh membaca. Penyediaan jadual program telah disediakan. Makluman 5.3 Jawatankuasa kerja program Temu Murni PBD . Sila lihat jawatan kuasa dan bidang tugas. Makluman 5.4 Selalu mengemaskini e-operasi, hrmis dan e-pangkat. Pastikan nombor kad pengenalan betul. Tempoh perkhidmatann 10 tahun ke atas cuti rehat diluluskan selama 12 hari. Semua panitia perlu menyiapkan Pitas dan OPPM serta dan membuat rumusan. Makluman 5.5 Minit mesyuarat mesti ada surat edaran, ada agenda ada maklum balas dan ia adalah tanggungjawab urusetia. Makluman 5.6 Program TS25 menyiapkan taman Sains yang tergendala. PPKI, Pra Sekolah dan ketua Panitia perlu menyediakan info sekolah. Makluman 5.7 Jadual waktu edisi 3 guna sehingga diberitahu. Makluman 5.8 GPK HEM dan GPK KOKO akan menilai 14 orang guru dan memberi markah prestasi guru. Makluman 5.9 GB dan GPK1 adalah sebagai penilai kedua. Penilaian akhir tahun sedang berjalan sila berjumpa dengan penilai masing-masing. Makluman
7 AGENDA 6 TAKLIMAT GPK HEM 6.1 jika ada aduan berkaitan dengan murid, guru-guru sila ambil perhatian bincang dengan GPK HEM dan GB 6.2 Tuntutan Hadhanah adalah satu surat penjagaan anak daripada mahkamah syariah dan ia akan dijadikan bukti 6.3 Ustaz Wan diminta hantar PA Sistem ke bilik mesyuarat. 6.4 Guru yang membuat laporan mingguan tidak perlu berucap hanya guru yang bertugas sahaja membuat laporan. 6.5 Pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup. 6.6 Makanan yang dibeli diluar tidak boleh dibawa masuk ke dalam Kawasan sekolah. 6.7 Bilik- bilik khas dan kelas perlu dikemaskini. 6.8 Guru Bertugas Mingguan hendaklah memberi kerjasama kepada ketua. Makluman AGENDA 7 TAKLIMAT GPK KO 7.1 Sukan tahunan akan diadakan pada 2 dan 3 November 2022 pada hari rabu dan khamis. 7.2 1M1S pertandingan sukan dan permainan bola sepak dan bola jaring akan bermula esok. 7.3 Penyertaan murid di peringkat negeri dan daerah perlu ada laporan. Sila kemaskini Laporan tersebut. 7.4 Kedatangan murid dalam buku kokurikulum hendaklah ditanda dengan betul. Makluman AGENDA 8 TAKLIMAT GURU BESAR(PENUTUP) 8.1 Selepas Menyuarat Guru dijalankan boleh bincang perkara-perkara dalam mesyuarat panitia HEM dan KOKO untuk kali yang kedua.
8 8.2 Buat mesyuarat panitia, jawatan kuasa yang kedua dan mesti ada laporan setiap pertandingan peringkat sekolah,daerah dan negeri. Makluman 9 HAL- HAL LAIN 9.1 Cg Rosnah meminta guru- guru mengemas semua barang dalam bilik BBM kerana beliau akan mengemaskini kembali bilik tersebut. 9.2 Cg Zawiyah memaklumkan salinan sijil boleh diambil dengan beliau untuk pertandingan ko-akademik. 9.3 Ustazah Shahidah memaklumkan Maulidur Rasul akan diadakan pada 20 oktober 2022. 9.4 Cg Shafei meminta supaya rumput belakang dipotong untuk pertandingan lompat jauh. Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang Disediakan oleh : Disahkan oleh : MELATI BINTI HUSSIN RAZIHAWARI BIN CHE WAN Setiausaha Mesyuarat Guru Guru Besar SK LKTP Jerangau,Dungun SK LKTP Jerangau,Dungun
9 LAMPIRAN 1 1. Cg Razihawari bin Che Wan (Guru Besar) 2. Cg Zamri bin Abu Bakar (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) 3. Cg Tn Hj Ahmad Najme bin Abdul Manaf (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) 4. Cg Nazmi bin Che Mohamed (Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum) 5. Cg Azlina binti Mahmud@Muhammad 6. Cg Mazni binti Mahamad@Mohamad 7. Cg Azhani binti Jaafar 8. Cg Hernani binti Tajul Arifin 9. Cg Mohd Arif bin Ismail 10. Cg Mazlina binti Ab Manaf 11. Cg Nur Nazihah Hanin binti Abd Razak 12. Cg Melati binti hussin 13. Cg Nur Aina binti Agus Salim 14. Cg Rokiah binti Salleh 15. Cg Rosnah binti Mohd Zali 16. Cg Shahidah Farhanah binti Ismail 17. Cg Nurul Ain binti Ahmad Naspu 18. Cg Noorhana binti Mohd Salleh 19. Cg Noor Shafie binti Mohd Ali 20. Cg Roshimah binti Kassim 21. Cg Suriati binti Shafie 22. Cg Wan Ashaari bin Wan Mohd Ariffin 23. Cg Wan Norhidayah binti Wan Mohamad 24. Cg Wan Mohd Zuhdi bin Wan Md Amin 25. Cg Wan Salini binti Wan Ab Ghani 26. Cg Zawiyah binti Abdol Aziz 27. Cg Nur Zawani binti Rashid 28. 28.Cg Rosman binti Abd Rased 29. 29.Cg Nor Suhada binti Khalid 30. Cg Raizan binti Ramly. 31. Cg Nur Zawani binti Rashid 32. Cg Mardiah Syairah 33. Cg Zariani binti Zakaria