The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TeachScSTEM@home PANDUAN ALTERNATIF AMALAN PEDAGOGI PENDIDIKAN SAINSSTEM share how to perfor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dr. Chiam Sun May, 2022-02-12 01:18:34

TeachScSTEM@home PANDUAN ALTERNATIF AMALAN PEDAGOGI PENDIDIKAN SAINSSTEM (1)

TeachScSTEM@home PANDUAN ALTERNATIF AMALAN PEDAGOGI PENDIDIKAN SAINSSTEM share how to perfor

TeachScSTEM@home:

PANDUAN ALTERNATIF AMALAN PEDAGOGI
PENDIDIKAN SAINS/STEM

Oleh



Chiam Sun May, PhD
Low Kee Sun

Ronald Yusri Batahong, PhD
Tan Cho Chiew
Teh Ah Huat
Haslan Manja

Zaieddi bin Sackdan@Shahdan

JABATAN STEM,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT,
PETI SURAT 2,
89207 TUARAN,
SABAH.

Hak Cipta © Institut Pendidikan Guru Kampus Kent 2022
Cetakan Pertama 2022

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian
kandungan, illustrasi dan jadual dalam kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan
dengan apa juga sama ada secara elektronik, fotokopi mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Kent.

Chiam Sun May (PhD), Low Kee Sun, Ronald Yusri Batahong (PhD), Tan Cho Chiew
Teh Ah Huat, Haslan Manja, Zaieddi bin Sackdan@Shahdan

TeachScSTEM@home: Panduan Alternatif Amalan Pedagogi Pendidikan Sains/STEM

eISBN: 978-967-0008-01-1

Kulit Buku: Percetakan Ekspress Enterprise

Diterbit oleh,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,
Peti Surat 2, 89207,
Tuaran, Sabah.
Tel: 088-797500
Fax: 088-788007

KANDUNGAN

Sekarung Budi ……………...............................………………………………………………………………….1
Pengenalan ……………………………………………………….................................………………………….2
Fasa Penglibatan …………..........................................................................................................................3 - 4
Fasa Penerokaan .……………………………………………...............................…………………………5 - 6
Fasa Penerangan …………………………………………………................................…………………….7 - 8
Fasa Pengolahan ………………………………………………................................………………………9 - 10
Fasa Pentaksiran ..……………………………………………….................................……………………11 - 12
Pengenalan kepada Kit Makmal dan Senarai Bahan /Alat Dalam Kit Makmal
…………………………………………………………………………....................................................……...13 - 14
Senarai Experimen Yang Boleh Dilakukan Di Rumah Oleh Murid Di Bawah/Tanpa Pemantauan
Ibu Bapa/Guru ……………. ………………………………..................................................……………..15 - 18
Sebelum Pelaksanaan Sesi PdPc …………………………................................…………………………….19
Perancangan Pentaksiran Sebelum PdPc ……………………..........................……………………20 - 27
Semasa Pelaksanaan Pelaksanaan Sesi PdPc ………………….............................……………….. 28 - 29
Showcase PdPc dalam Talian ………………………………………...............................………………30 - 33
Rujukan ………………………………………………………………………....................................……………..34

SEKARUNG BUDI

Kami ingin merakam penghargaan yang tidak terhingga kepada Dr. Hajah Rosmawati binti
Hamzah, B.S.K., Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent dan Datin Dr. Hajah
Rosinah binti Edinin, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent atas
kepercayaan yang diberikan kepada kami, menjayakan penulisan dan penerbitan buku ini.

Terima kasih atas Inspirasi dan idea daripada Yang Berbahagia Dr. Ahmad Rafee Che Kassim,
Timbalan Ketua Pengarah Malaysia, motivasi daripada Dr. Ishan bin Ismail dan Dr. Lay Ah
Nam dari Pusat STEM Negara. Kami juga merakamkan kesyukuran kepada rakan-rakan
tenaga pengajar utama IBSE Pusat STEM Negara, atas persahabatan, perkongsian ilmu dan
pengalaman, khasnya Pn Alice Kaling dari SKK Koporingan, Tamparuli dan Cik Nor Asmah
binti Mohd Salleh dari SK Pukak, Kuilu.

Kepada guru siswa Opsyen Sains Ambilan Jun 2018, kami sangat menghargai bantuan dan
kerja sama yang diberikan dalam urusan merintis hasil kerja kami.

Kerana Engkau Nama Terbilang

PENGENALAN

Model Instruksi 5 E merangkumi lima fasa iaitu Fasa Penglibatan (Engage), Fasa
Penerokaan (Explore), Fasa Penerangan (Explain), Fasa Pengolahan (Elaborate) dan Fasa
Pentaksiran (Evaluate).

Buku ini mencadangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk setiap fasa dalam Model
Instruksi 5 E. Selain daripada itu, cadangan soalan-soalan yang boleh dikemukakan dalam
setiap fasa juga dikemukakan untuk membantu pengguna (guru). Untuk membantu
pengguna menilai diri dan murid-murid, senarai semak untuk setiap fasa juga disediakan
dalam bentuk jadual untuk membantu pengguna buat semakan diri (self-review) dan
semakan terhadap murid-murid.

Memandangkan pandemic Covid-19 dan situasi semasa, buku ini mempertimbangkan
kaedah pengendalian PdPc dalam talian, buku ini juga memberi cadangan-cadangan dan
aplikasi yang sesuai untuk pendidikan sains sekolah rendah.

Senarai semak bahan/alat kit makmal disediakan untuk membantu pengguna
menyediakan kit ini untuk murid-murid menjalankan eksperimen di rumah. Cadangan
alternatif untuk bahan/alat kit makmal disertakan dan ia merupakan bahan/alat yang
senang diperolehi di rumah.

Memandangkan pendekatan yang menggunakan model instruksi memerlukan
perancangan yang rapi, senarai semak sebelum pelaksanaan sesi PdPc juga disediakan
untuk membantu pengguna merancang PdPc dengan rapi sebelum pelaksanaan PdPc.
Cadangan perancangan pentaksiran sebelum pdpc dan senarai semak semasa
pelaksanaan pelaksanaan sesi PdPc disertai untuk membantu pengguna merancang
pentaksiran dengan rapi.

Untuk membantu pengguna memahami konteks penggunaan buku ini, satu showcase
dengan mengambil topik 10 DSKP KSSR sains Tahun 5 telah disediakan sebagai rujukan.

FASA PENGLIBATAN (ENGAGE)
Pada fasa ini, guru mentaksir pengetahuan sedia ada dan mengesan sama ada miskonsepsi
berlaku pada murid. Peringkat ini juga bertujuan mencetuskan rasa ingin tahu murid-murid.

CADANGAN AKTIVITI UNTUK FASA PENGLIBATAN

i. Penggunaan Klip Video
Klip video yang dapat menarik minat murid seperti sesuatu aktiviti /peristiwa yang biasa
dilakukan /diperhatikan oleh murid supaya mereka dapat membincangkan pengalaman mereka.
Guru boleh mengalakkan mereka menulis /berkongsi apa yang mereka tahu, dan perkara yang
ingin diketahui mereka.

Contoh: Klip video Discrepant Events (DE) yang tidak melebihi 3 minit

ii. Pengguna Foto/Gambar/ Imej daripada Internet
Foto /gambar/ imej daripada bahan rujukan/ internet digunakan untuk mencetus perbincangan
murid-murid dalam kumpulan. Guru boleh mengalakkan mereka memberi penerangan /menulis
pendapat mereka, dan membuat perbandingan kesamaan dan perbezaan dalam penerangan dan
pendapat dalam kalangan mereka.

Contoh: foto kincir angin di Kudat, empangan air di Babagon atau panel solar dari kawasan
perumahan di Kelombong yang dimuat turun dari internet

iii. Aplikasi Kamera Web (WEBCAM)
Guru boleh menggunakan kamera web untuk memperkenalkan topik seperti sains kehidupan.
Terdapat banyak kamera web mengenai perkara seperti hutan simpanan, ekspedisi naik gunung
dan tempat perlindungan haiwan liar. Guru boleh memilih kamera web yang bersesuaian/
autentik untuk murid-murid.

Contoh: Ekspedisi naik Gunung Kinabalu

iv. Penggunaan Alat Peta Konsep (Concept Mapping Tool) dalam Talian
Guru boleh membimbing murid menghubungkaitan konsep-konsep dan seterusnya turunkan
peta konsep di atas kertas. Sebagai satu usaha alternatif/ menggalakkan penggunaan TMK, peta
konsep digital seperti Mindmeister boleh digunakan.

v. Aplikasi Aktiviti Know- What- How- Learn (KWHL)
Aktiviti ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau secara individu. Guru memperkenalkan
satu bahagian utama topik. Minta murid-murid menyenaraikan apa yang mereka “tahu" (Know),
apa yang mereka "ingin tahu” (What), dan "bagaimana mengetahui “(How) topik tersebut dalam
tiga lajur pertama carta tersebut. Lajur “belajar” (Learnt) boleh dikaji semula dalam fasa-fasa 5E
yang seterusnya. Carta KWHL adalah seperti dalam Jadual 1.

Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukan pada fasa penglibatan:
a. Apakah pengalaman anda dengan ________________?
b. Apakah yang anda tahu berkenaan dengan _____________?
c. Apakah yang anda belum tahu berkenaan ______________?
d. Adakah anda mengetahui bahawa ________________? Adakah anda tidak pasti sama ada ia adalah benar?
e. Apakah yang anda ingin belajar berkenaan _______________?
f. Bagaimanakah kita boleh buat penyiasatan untuk mengenal pasti __________?
g. Mengapakan anda berpendapat ________________akan berlaku?
Cadangan alat dalam talian (online tools) yang boleh digunakan:
Padlet, Mentimeter, Google Form, Youtube
Jadual semakan untuk guru menilai kendiri bagi fasa penglibatan:

Jadual semakan untuk menilai murid yang boleh digunakan oleh guru bagi fasa penglibatan:

FASA PENEROKAAN (EXPLORE)

Semasa fasa penerokaan, guru menyediakan aktiviti yang membolehkan murid-murid meneroka topik
baharu dan mengemukakan soalan. Murid-murid membuat penyiasatan, menyoal dan mengembangkan
kemahiran berfikir kritis mengenai topik yang dikemukakan.

CADANGAN AKTIVITI UNTUK FASA PENEROKAAN

i. Aktiviti Penyiasatan di Makmal Sains
Guru mengemukakan soalan/cadangan aktiviti siasatan/ eksperimen dan mencadangkan pelbagai bahan
yang boleh digunakan oleh murid untuk menyiasat masalah tersebut. Murid dibimbing untuk membuat
hipotesis dan merancang eksperimen untuk menguji hipotesis yang dibina. Guru membimbing dengan
mengemukakan soalan utama, membantu murid-murid mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah.
Berdasarkan tahap kognitif/latar belakang murid-murid, guru menentukan tahap inkuiri (Inkuiri
Pengesahan/ Inkuiri Berstruktur/ Inkuiri Berpandu/Inkuiri Terbuka) yang bersesuaian. Contoh:
eksperimen asid alkali.

ii. Stimulasi Dalam Talian
Laman web seperti PhET, makmal maya Labster dan Gizmos boleh digunakan untuk melaksanakan
eksperimen maya. Ia membolehkan murid-murid membuat pemerhatian terhadap perubahan
pembolehubah dan membantu mereka membentuk hipotesis. Contoh stimulasi: Perubahan bentuk
pepejal, cecair, gas.

iii. Pembinaan Model
Murid-murid dikehendaki melukis gambarajah 2-D atau membina model 3-D untuk meneroka sesuatu
perkara/fenomena. Guru boleh mengemukakan soalan terbuka, membimbing murid-murid untuk
mempertimbangkan pelbagai jenis model yang dibina. Contoh: Model biodiversiti di hutan hujan tropikal.

iv. Menyelesaikan Masalah
Guru mengemukakan contoh masalah global. Murid-murid diminta berbincang, mempertimbangkan apa
yang mereka ketahui mengenai topik tersebut dan mencadangkan langkah-langkah menyelesaikan
masalah tersebut. Guru mengemukakan soalan terbuka dan membimbing murid-murid memberi
mempertimbangkan kepada semua aspek masalah. Contoh masalah global: Pencemaran udara.

v. Bahan Bacaan
Bahan bacaan seperti keratan surat khabar, artikel dalam talian dan bulletin boleh digunakan sebagai
platfom untuk mencetuskan aktiviti penerokaan/ perbincangan berkumpulan, di mana murid-murid
dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk membuat penerokaan lanjutan.

Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukan pada fasa penerokaan:
i. Bagaimana kalau_____________________________?
ii.Perlukah kita memberi pertimbangan apabila ____________________?
iii. Agaknya apa yang anda akan lakukan jika ____________________________?
iv. Adakah kita ada apa-apa maklumat berkenaan ________________________?
v. Apakah yang akan berlaku jika _____________________________________?
vi. Apakah corak yang anda perhatikan?

vii. Apakah yang anda ramalkan seterusnya?
viii. Adakah anda dapat fikirkan penerangan alternatif untuk fenomena ini?
ix. Apakah bukti yang anda dapat tunjukkan?
Cadangan alat dalam talian (online tools) yang boleh digunakan:
Youtube, Google Form, Google Search
Jadual semakan untuk guru menilai kendiri bagi fasa penerokaan:

Jadual semakan untuk menilai murid yang boleh digunakan oleh guru bagi fasa penerokaan:

FASA PENERANGAN (EXPLAIN)
Murid-murid memberi penerangan terhadap apa yang mereka perhatikan, membuat interpretasi
dan membuat kesimpulan daripada data yag diperolehi pada peringkat ini.

CADANGAN AKTIVITI UNTUK FASA PENERANGAN

i. Analisis Dapatan
Murid membuat analisis data hasil dapatan daripada siasatan mereka dalam kumpulan, memberi
penerangan terhadap pemerhatian dan membuat kesimpulan. Aktiviti kumpulan dalam talian
boleh mengaplikasikan penggunaan Google Classroom breakout rooms.

ii. Pembentangan Secara Verbal/ Melalui Klip Video
Murid membentang hasil analisis dan kesimpulan, disokong dengan bukti melalui pembentangan
secara verbal atau melalui klip video yang dimuat naik ke Youtube. Masa diperuntukkan untuk
sesi soal jawab selepas pembentangan secara bersemuka atau dalam Google Meet.

iii. Laporan Amali
Murid-murid dikehendaki menyediakan laporan amali. Mereka dikehendaki menganalisis data
yag diperloehi dan membuat kesimpulan. Guru menyediakan format laporan dan panduan
menulis laporan untuk murid yang memerlukan lebih banyak bimbingan.

iv. Melengkapi Aktiviti KWHL
Murid dibimbing untuk melengkapi carta KWHL.

v. Penambahbaikan Peta Konsep Sedia Ada
Murid-murid dibimbing menyemak semula peta konsep yang dibina dalam fasa penglibatan.
Mereka dikehendaki membuat penambahbaikan/ masukkan konsep baharu yang dipelajari/
menghubungkait semula konsep yang dipelajari.

Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukan pada fasa penerangan:
Soalan pada fasa ini perlu lebih bertumpu dan eksplisit contoh:

a. Apakah corak yag anda perhatikan?
b. Mengapakah anda berpendapat _____________________? Apakah bukit /hujah anda?
Adakah kemungkinan lain yang menyebabkan perkara ini berlaku?
c. Mengapakah anda berpendapat sedemikian?
d. Apakah yang anda ramalkan? Mengapakanpemerhatian anda adalah berlainan daripada apa
yang anda perhatikan?
e. Bagaimana anda menerangkan __________? Adakah penerangan lain yang dapat
menjelaskan pemerhatian ini?

Cadangan alat dalam talian (online tools) yang boleh digunakan:
Google Meet, Flipgrid



FASA PENGOLAHAN (ELABORATION)
Fasa ini menghubungkaitkan apa yang telah dipelajari oleh murid-murid dalam fasa penerangan
dengan aktiviti lain yang sesuai. Aktiviti di fasa ini menyediakan satu peluang peningkatan
tahap kesukaran. Ini bertujuan memperkukuhkan pembelajaran baharu murid daripada fasa
penerangan dan diaplikasikan dalam keadaan yang berbeza.

CADANGAN AKTIVITI UNTUK FASA PENGOLAHAN

i. Penyiasatan Deskripsi (Descriptive Invetigation)
Guru memberikan soalan penyiasatan kepada murid-murid dalam kumpulan. Murid-murid
merancang prosedur dan menjalankan penyiasatan. Siasatan membolehkan mereka
mengaplikasikan pengetahuan/konsep baharu yang dipelajari.

ii. Penyiasatan Perbandingan (Comparative Investigation)
Guru menyediakan dua situasi untuk murid-murid membuat pemerhatian dan mengumpulkan
data. Murid-murid menganalisis data dan membuat kesimpulan dengan mengaplikasikan
konsep saintifik.

iii. Penyiasatan melalui Eksperimen (Experimental Investigation)
Dalam merancang eksperimen, guru membimbing murid-murid mengenal pasti pemboleh ubah
dan hanya menguji satu pemboleh ubah pada satu masa. Mereka menganalisis data dan
seterusnya membuat kesimpulan dengan mengaplikasikan konsep sains.

iv. Penyelesaian Masalah dalam Kehidupan Harian
Guru megemukakan masalah yang wujud dalam kehidupan harian yang berkaitan dengan topik
tersebut. Murud-murid digalakkan untuk membuat rujukan seperti mencari artikel/ maklumat
di laman web atau menemubual individu tertentu untuk mengkaji masalah tersebut. Pelajar
merancang penyelesaian atau penyiasatan terhadap masalah tersebut dengan mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjelaskan/menyelesaikan masalah.

Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukan pada fasa Pengolahan:
i. Bagaimanakah ini boleh diaplikasikan untuk menyelesaikan ______________________?
ii. Apakah yang mungkin akan berlau jika ____________________________________?
iii. Apakah persamaan/perbezaan antara _____________ dan ____________________?
iv. Bagaimanakah anda menerangkan ______________________? Adakah penjelasan yang
lain?
v. Bagaimanakan kita boleh aplikasikan dalam kehidupan harian?



FASA PENTAKSIRAN (EVALUATION)

Dalam fasa pentaksiran, murid-murid membuat penilaian kendiri terhadap pembelajaran
mereka. Guru menilai pembelajaran murid-murid melalui penilaian sumatif dan penilaian
formatif. Guru juga menilai strategi pengajaran mereka sendiri dan keberkesanan unit dalam
fasa ini.

CADANGAN AKTIVITI UNTUK FASA PENTAKSIRAN

i. Pentaksiran Merujuk Kepada Standard Prestasi seperti dalam DSKP
Guru membuat pentaksiran dan tahap-tahap penguasaan merujuk kepada standard prestasi
dalam DSKP.

ii. Borang/Semakan Penilaian Kendiri
Guru menyediakan borang /semakan penilaian kendiri yang terdiri daripada soalan terbuka/
soalan tertutup 5 poin skala Likert untuk murid-murid menilai pembelajarannya.

iii. Lembaran Kerja/Kuiz/Ujian
Lembaran kerja/ kuiz / ujian disediakan oleh guru dalam bentuk fizikal/ dalam talian. Soalan
boleh dalam bentuk isikan tempat kosong, aneka pilihan, jawapan pendek dan soalan
berstruktur.

iv. Senarai Semak Konsep/ Perbendaharaan Kata yang Dibelajari
Senarai semak ini boleh ditadbirkan secara fizikal atau dalam talian. Senarai ini boleh disimpan
oleh guru dalam portfolio murid sebagai rekod.

v. Pembinaan Model
Murid-murid boleh membina model tiga dimensi untuk sesuatu topik. Ia boleh merupakan satu
model berskala dan setiap bahagian dilabelkan. Guru boleh meminta murid-murid menyediakan
brosur / penerangan atau laporan yang memberi penerangan hasil karya mereka.

vi. Pembentangan Secara Lisan/ Rakaman Video
Murid-murid diberi galakan untuk menghasilkan produk yang kreatif, sama ada dalam bentuk
temu bual berekod, pembentangan atau proses kerja.

Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukan secara verbal pada fasa pentaksiran:
i. Senaraikan tiga factor yang _________________________.
ii. Mengapakah kejadian ini berlaku?
iii. Berikan penerangan tentang _____________________?
iv. Berikan definasi _________________________.
v. Bagaimana anda menyelesaikan masalah ini?



















SEMASA PELAKSANAAN PELAKSANAAN SESI PdPc



Lima fasa dalam model instruksi 5E merupakan tahap-tahap kognitif dalam
pembelajaran. Bybee dan Landes, 1990 (seperti dalam Duran dan Duran, 2004)
menurunkan penjelasan dalam bentuk kitaran seperti dalam Gambarajah 1.

Gambarajah 1: Lima Fasa dalam Model Instruksi 5E
Cadangan: Guru melaksanakan penilaian berterusan terhadap murid dengan
berpandukan kepada panduan seperti dalam Jadual 7.

Topik: 10
Tajuk: Asid dan Alkali

Standard Kandungan
10.1 Sifat Kimia Bahan

Standard Pembelajaran (Ekstrak bunga telang sebagai alternatif kertas litmus)
Murid boleh:

10.1.1. Mendefinisi secara operasi bahan berasid, beralkali dan neutral dari segi perubahan warna
ekstrak bunga telang
10.1.2. Mengitlak sifat bahan berasid, beralkali dan neutral dari aspek perubahan warna ekstrak
bunga telang dengan menguji beberapa contoh bahan.
10.1.3. Memberi contoh bahan berasid, beralkali dan neutral berdasarkan perubahan warna ekstrak
bunga telang.
10.1.4. Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Standard Prestasi
1. Memberi contoh bahan yang berasid, berakali dan neutral
2. Mengelas bahan berdasarkan perubahan warna ekstrak bunga telang
3. Mendefinisi secara operasi bahan yang berasid, berakali dan neutral dengan warna ekstrak
bunga telang
4. Mengitlak sifat bahan berasid, beralkali dan neutral dari aspek perubahan warna ekstrak bunga
telang
5. Berkomunikasi tentang kepentingan sifat bahan berasid, beralkali dan neutral dalam kehidupan
harian
6. Menjana idea tentang asid dan alkali untuk mengubah sifat sesuatu bahan

Mata Pelajaran: Matematik Tahun 4

Topik: 5 Ukuran dan Sukatan

Standard Kandungan
5.4 Penyelesaian masalah

Standard Pembelajaran
5.4.1 Menyelesaikan masalah berkaitan ukuran dan sukatan dalam situasi harian

Standard Prestasi Matematik
Menyelesaikan masalah harian bukan rutin melibatkan ukuran dan sukatan secara kreatif dan
inovatif

Konsep Asid dan Alkali
Ciri-ciri Asid: memberi rasa masam, mengubah kertas litmus biru kepada warna merah, menukar
warna ekstrak bunga telang menjadi warna merah.

Ciri-ciri Alkali: memberi rasa pahit, sentuhan yang berlendir, mengubah kertas litmus merah
kepada warna biru, mengubah warna ekstrak bunga telang menjadi warna kuning, hijau atau biru,
bergantung pada kepekatan larutan bahan yang diuji.

Petunjuk Asid / Alkali: Petunjuk berubah warna dengan nilai pH yang berbeza. Kertas litmus
sering digunakan untuk menguji nilaii pH. Walau bagaimanapun, ekstrak bunga telang boleh
digunakan sebagai satu alternatif melaksanakan eksperimen di rumah untuk mencari anggaran
nilai pH bahan yang diuji.

Latar Belakang Bunga Telang sebagai indikator
Bunga telang mengandungi pigmen anthocyanin yang larut dalam air. Ia menukar warna apabila ia
dicampur dengan acid atau alkali. Pigmen anthocyanin tukar kepada warna merah dalam keadaan
yang berasid (pH kurang daripada 7). Pigmen tersebut akan tukar warna kepada biru-hijau dalam
keadaan beralkali (pH lebih daripada 7).

Ekstrak bunga telang disediakan dengan menggunakan 2g bunga telang dan 50 ml air suling atau
air paip. Ia dikisar dengan lesung dan alu dan campuran disaring untuk memperolehi ekstrak
antosianin dari kulit bunga telang

Jadual pH dan perubahan warna ekstrak bunga telang adalah seperti dalam Jadual 8.

Alat dan bahan:
Kad imbasan DE
1 unit bikar 250 ml (alternatif: botol kaca/ gelas yang boleh memuatkan 250 ml cecair)
5 unit bikar 30 ml (alternatif: botol kaca/ gelas yang boleh memuatkan 30 ml cecair)
Corong turas (alternatif: corong turas kopi atau corong turas di dapor)
Kertas turas (pilihan, alternatif: kertas turas serbuk kopi)
Bunga telang - 500 g
Cadangan bahan yang diuji:
Ekstrak limau kasturi – 30 ml
Cuka – 30 ml
Sprite – 30 ml
Air paip– 30 ml
Larutan gula (satu sudu gula + 30 ml air) – 30 ml
Pembersih tangan (hand sanitizer) – 30 ml
Larutan serbuk penaik (baking powder) (satu sudu serbuk penaik + 30 ml air) – 30 ml
Air sabun (satu sudu serbuk sabun + 30 ml air) – 30 ml
Lain-lain bahan yang boleh diperolehi di dapor







Rujukan:

Czarnetzki, A. Seavey, M. Hayek, D. Halligan, E. Seawel, L. N.D. Experience in Inquiry. Muat
turun 17 Feb 2021. https: //uni. edu/ ietti/ impact/ experiences _in_inquiry_
secondary/evaluation.html.

Duran, L. B. & Duran, E. 2004. The 5E Instructional Model: A Learning Cycle Approach for
Inquiry-Based Science Teaching. The Science Education Review, 3(2), 2004.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 1. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 6. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016. Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 2. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2017. Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 3. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2018. Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 4. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2019. Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 5. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. N.D. Buku Teks Sains Tahun 5. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Click to View FlipBook Version