Nama: Kelas : Koleksi Galaxy Explorers Siri-4 SERANGGA SEKITAR: TEMAN KECIL, KEHIDUPAN BESAR YIP XIANG LIN CONNIE SU WEI LING ERIC FELICIA BONG XIN RU IRINE THEN YUE PING JOANNE CHIEW JING TING STEPHANIE WUN XING YII TIE CHIENG SZE HANI JUITA NATASYA BINTI JUNI CHIAM SUN MAY , PHD AINON BT HADIM LOW KEE SUN TAN CHO CHIEW
Koleksi Galaxy Explorers Siri-4 SERANGGA SEKITAR: TEMAN KECIL, KEHIDUPAN BESAR
HAK CIPTA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, PETI SURAT 2, 89207 TUARAN, SABAH. Hak Cipta © Ins t i tut Pendidi kan Guru Kampus Kent 2024 Cetakan Per tama 2024 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenar kan mengeluar kan atau ulang mana-mana bahag ian kandungan, illus t ras i dan jadual dalam kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga sama ada secara elek t roni k , fotokopi mekani k , rakaman atau cara lain sebelum mendapat i z in ber tuli s dar ipada Ins t i tut Pendidi kan Guru Kampus Kent . KOLEKSI GALAXY EXPLORERS SIRI 4 : SERANGGA SEKITAR: TEMAN KECIL, KEHIDUPAN BESAR YIP XIANG LIN CONNIE SU WEI LING ERIC FELICIA BONG XING RU IRINE THEN YUE PING JOANNE CHIEW JING TING STEPHANIE WUN XING YII TIE CHIENG SZE HANI JUITA NATASYA BINTI JUNI CHIAM SUN MAY, PHD AINON BT HADIM LOW KEE SUN TAN CHO CHIEW elSBN: 978-967 -0008-89-9 Semua Grafi k , foto dan reka bentuk hadapan di k redi t kan kepada Canva.com
PRAKATA Selamat datang ke dunia serangga yang menakjubkan! Buku aktiviti ini didedikasikan kepada semua peminat serangga bagi tujuan memahami secara lebih mendalam tentang kehidupan kecil yang mendiami bumi kita. Buku ini dirancang untuk memberikan pengalaman belajar yang menyenangkan di samping informasi. Dengan pelbagai aktiviti yang menarik, pembaca boleh memahami peranan serangga dalam ekosistem, mempelajari persekitaran kehidupan mereka, dan mengeksploitasi keragaman spesies yang menakjubkan. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menghiburkan pembaca, tetapi juga merangsang keinginan untuk menjaga kesinambungan alam. Pengetahuan tentang serangga bukan hanya relevan bagi para ilmuwan, tetapi juga penting bagi kita semua sebagai sebahagian dari ekosistem di bumi ini. Dengan memahami peranan serangga dalam menjaga keseimbangan alam, kita dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan usaha kelestarian alam sekitar. Terima kasih kepada semua kontributor khasnya Sabah Forestry Department yang telah menyumbangkan informasi berharga untuk penerbitan buku ini. Semoga buku aktiviti serangga ini menjadi sumber inspirasi dan pengetahuan yang bermanfaat untuk semua pembaca, dari kanak-kanak hingga orang dewasa. Selamat menikmati membaca dan semoga buku ini membangkitkan semangat anda untuk menjelajahi keajaiban dunia kecil yang ada di sekitar kita!
KANDUNGAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Kupu-kupu Komander 1 Kupu-kupu Biru 2 Rama-rama Atlas 4 Rama-rama Maharaja 5 Pepatung Jarum Gagang Telefon 7 Pepatung 10 Pepatung Jarum 14 Semut Gila 18 Serangga Ranting 22
KUPU-KUPU KOMANDER (COMMANDER BUTTERFLY) Serangga yang boleh terbang dengan pantas Kelihatan seperti huruf “V” apabila ia dikembangkan Corak warna pada sayapnya kelihatan seperti hasil seni lukisan berus Mempunyai warna merah perang pada sayapnya Mempunyai tompok putih pada sayap Biasanya terdapat di kawasan terbuka atau pinggir hutan 1 (FOTO DIAMBIL DARI https://en.wikipedia.org/wiki/Moduza_procris) (SUMBER: https://en.wikipedia.org/wiki/Moduza_procris)
KUPU-KUPU BIRU (CENTAUR OAKBLUE) Tergolong dalam famili Lycaenidae Mempunyai sayap yang nipis dan mudah koyak Merupakan spesies yang terbesar di kalangan spesies lain dalam famili tersebut Ulatnya mempunyai hubungan simbiotik dengan semut Rembesan cecair dari badan ulat merupakan sumber makanan kepada semut Semut juga memberi perlindungan kepadanya daripada pemangsa 2 (FOTO-FOTO DIAMBIL DARI https://butterflycircle.blogspot.com/2022_03_27_archive.html)
Isikan tempat kosong. Kupu-kupu komander merupakan salah satu serangga yang boleh terbang dengan ______. 1. Corak warna pada sayap kupu-kupu komander amat cantik, kelihatan seperti hasil seni _______ berus. 2. Kupu-kupu komander mempunyai tompokan _____ pada sayapnya. 3. Kupu-kupu komander biasanya dilihat di kawasan terbuka atau _______ hutan. 4. Kupu-kupu biru mempunyai sayap yang _____ dan mudah koyak. 5. Ulat kupu-kupu biru mempunyai hubungan _________ dengan semut. 6. 3
NOTA SAYA
Rama-rama ini ialah rama-rama yang terbesar di dunia. Mereka mempunyai strategi mempertahanan diri yang unik. Corak pada hujung hadapan sayapnya kelihatan seperti kepala ular bertujuan sebagai penyamaran diri daripada pemangsa. Rama-rama Atlas (Atlas Moth) 4 (FOTO-FOTO DIAMBIL DARI https://ms.pngtree.com/freebackground/atlas-moth-attacus-atlas-nobody-brown-red-photo_9099266.html)
Rama-rama ini merupakan salah satu rama-rama yang terbesar di Malaysia. Rama-rama Maharaja (Emperor Moth) Mereka mempunyai corak seperti mata pada sayap atasnya. Spesies jantan mempunyai sayap yang berwarna jingga kemerahan. Spesies betina mempunyai sayap yang berwarna kuning terang. 5 Imbas QR code untuk menonton Youtube video:
Rama-rama ini mempunyai corak seperti mata pada sayap atasnya. Corak pada hujung hadapan sayapnya kelihatan seperti kepala ular. A. Padankan gambar dengan ciri-ciri rama-rama tersebut. B. Gariskan jawapan yang betul. 1. Rama-rama Atlas ialah rama-rama yang terbesar di (Malaysia / dunia). 2. (Rama-rama Atlas / Rama-Rama Maharaja) mempunyai corak seperti mata pada sayap atasnya. 3. Spesies jantan Rama-rama Maharaja mempunyai sayap yang berwarna (jingga kemerahan / kuning terang). 6
NOTA SAYA
Habitat bagi spesies Coeliccia ialah di hutan dipterokap campuran. Ia jarang ditemui di kawasan yang terbuka dan tempat aliran air sungai yang deras. Satu perkara yang menarik adalah corak pada atas toraks adalah seperti bentuk dua gagang telefon yang berwarna biru. Spesies ini adalah spesies endemik di Borneo. Pepatung Jarum Gagang Telefon (Phone-like Pattern Damselfly) 7 (Foto-foto diambil dari https://2x5.blogspot.com/2010/05/pepatung-34-gamba.html)
SERANGGA Lukis dan warna bahagian yang hilang. Tuliskan perkataan dalam garisan putus-putus. rama-rama labah Kumbang bumbel lebah pepatung 8 Mari kita ikut quiz!
Lukis saya atau tampalkan gambar Serangg a ini ialah.................. Waktu melukis! Tandakan(/) jika betul dan (x) jika salah pada ruang yang disediakan. 1. Pepatung Jarum Gagang Telefon sering ditemui di kawasan yang terbuka dan tempat aliran air sungai yang deras. 2. Habitat bagi spesies Coeliccia ialah di hutan dipterokap campuran. 3. Spesies ini adalah spesies endemik di Borneo. 9
NOTA SAYA
Pepatung Dari sudut sains, pepatung telah dikategorikan kepada dua suborder iaitu pepatung (true dragonfly) dan pepatung jarum (damselfly). Secara keseluruhan, hampir 400 spesies yang terdapat di Malaysia dan kebanyakannya hanya didapati di Borneo. Bagi kumpulan serangga ini, ia dikatakan sebagai serangga purba kerana telah wujud sejak 150 juta tahun dahulu. Pepatung Biru Pepatung Merah (Orthetrum glaucum) (Neurothemis ramburii) 10 Foto-foto ini diambil dari https://images.app.goo.gl/nqxG8nEa6oTgXhzD7
Imbas saya !! PPeeppaattuunngg Pepatung mempunyai mata yang besar di mana penglihatannya mencakupi 360 darjah. Pepatung merupakan salah satu serangga terbang yang terpantas di dunia. Apabila mereka mendarat dan berehat, sayapnya terbuka dan terentang. Waktu aktif bagi serangga ini ialah waktu pagi. Pepatung Merah-Biru, (Orthetrum pruinosum) 11 Sumber foto ini diambil dari laman sesawang https://images.app.goo.gl/JyFMZKkhsf4bgdeT8
Pepatung telah dikategorikan kepada satu suborder. BETUL SALAH Waktu aktif bagi serangga ini ialah waktu malam. BETUL SALAH Hampir 400 spesies serangga yang terdapat di Malaysia. BETUL SALAH Pilih BETUL atau SALAH pada ayat yang diberikan. Sila warnakan jawapan anda. 12
Belalang Lipas Ulat Reriang Rama-rama Kumbang kura Kumbang rusa Lebah-lebah Lipan Semut Serangga Nyamuk SERANGGA DAN KAWANNYA Perhatikan gambar-gambar dan tulis jawapan di petak yang disediakan. 13
NOTA SAYA
Pepatung dikategorikan kepada dua suborder iaitu Anisoptera bagi pepatung (true dragonfly) dan Zygoptera bagi pepatung jarum (damselfly) Ia telah wujud sejak 150 juta tahun dahulu, iaitu pada zaman kewujudan dinosour dan menjadikannya kumpulan serangga tertua di dunia. 14
Pepatung jarum lebih gemar berehat di atas batu, ranting dan daun yang berjuntai. Dalam suborder ini, pepatung jarum kelihatan sama seperti pepatung tetapi abdomennya lebih runcing seperti lidi dan terdapat ruang di antara mata pada pepatung jarum. 15
1. Tandakan ( / ) pepatung jarum. 2. Pepatung dikategorikan kepada dua iaitu ___________________ dan ______________________________________. 3. Dimanakah pepatung jarum suka berehat ? Sungai Ranting Atas kepala 4. Kenapa pepatung dikenali sebagai dragonfly? 16
17 Warnakan pepatung tersebut dengan kreativiti anda!
NOTA SAYA
SEMUT GILA (CRAZY ANT) Semut gila membuat sarang di pelbagai tempat yang kering mahupun basah. Semut gila diberikan nama tersebut kerana pergerakan seperti 'gila' , di mana tidak menentu arahnya dan kelajuannya. (Rujuk buku “Kepelbagaian Serangga Hutan Hujan Tropika Sabah m/s 60) Semut Gila Hitam (Paratrechina longicornis) Saiz antara 1/12 hingga 1/8 inci. Berwarna merah-coklat hitam dan kemerahan kehitaman. Suka makanan manis. Hebat menyesuaikan diri di kawasan kering dan lembapb. Sumber : HEARTS Pest Management, INC Sumber : “6 Cara Hapuskan Semut Di Rumah Anda” oleh PropertyGuru Editorial Team 18
Semut Gila Kuning (Anoplolepis gracilipes) Berwarna kuning keperangan dengan ciri khas kaki panjang. Apabila diganggu, semut jenis ini bergerak ke segala arah. Mencari sumber makanan yang manis. Haiwan yang invasif. Ketika sudah menyerang rumah maka koloninya akan menginvasi rumah secara masif. Sumber : W. P. Armstrong 2014 Sumber:“8JenisSemutBesertaCaraMengusirnya” olehNoviveronika 19
Semut Gila Hitam (Paratrechina longicornis) Semut Gila Kuning (Anoplolepis gracilipes) 20
Baca dan Faham A. Tandakan ( ✓ ) pada kenyataan yang betul dan (X) pada kenyataan yang salah. (i) Semut gila hitam berwarna kuning keperangan. ( ) (ii) Hanya semut gila kuning mempunyai kaki yang panjang. ( ) (iii) Semut gila hitam dan semut gila kuning suka makanan manis. ( ) (iv) Semut gila diberikan nama tersebut kerana mereka bergerak ( ) tanpa mengikut arah dan kelajuan tertentu. B. Isi tempat kosong. (i) Semut gula hitam boleh mengadaptasikan diri di _____________________________________________ . (ii) Semut gula kuning dianggap ______________________ kerana mereka akan menginvasi rumah secara masif. Terangkan strategi perlindungan yang digunakan oleh semut gila, terutama spesies yang menyengat seperti semut api. Mengapa sengatan mereka sangat menyakitkan? 21 Imbaskan kod QR untuk menjawab quiz ! Cabarkan Diri
NOTA SAYA
SERANGGA RANTING Perhatikan gambar ini Dari gambar ini, apa yang anda boleh perhatikan? Sumber : https://www.reddit.com 22
Serangga ranting sangat sukar untuk dilihat kerana ia mempunyai teknik penyamaran yang baik dan kelihatan seperti ranting kayu. Serangga ranting (order Phasmida) mempunyai variasi dari segi saiz, warna dan bentuk fizikal. SERANGGA RANTING serangga ranting serangga ranting duri serangga ranting kuning Sumber: (Calvisia (Viridocalvisia) Marmorata “Mulu” | Phasmatodea, n.d.) Sumber: https://upload.wikimedia.org Sumber : https://cdn.idntimes.com 23
Kumpulan serangga ini mempunyai dua jenis kumpulan, iaitu kumpulan yang mempunyai sayap untuk terbang dan kumpulan yang tidak mempunyai sayap atau hanya mempunyai sayap yang kecil dan tidak mampu untuk terbang. Serangga ranting merupakan salah satu jenis serangga yang mempunyai ukuran badan terpanjang di dunia. Saiz saya sepanjang 567 mm Tahukah anda serangga yang terpanjang di dunia? 24
IsI tempat kosong dan sIapkan peta mInda di bawah. UJI MINDA ANDA... JENIS-JENIS KUMPULAN SERANGGA RANTING 25
Serangga ranting hanya makan _______________________________ . 1. Saiz serangga ranting sepanjang _________cm. 2. Serangga ranting sangat sukar untuk didapati kerana serangga ini mempunyai _____________________________________________ . 3. Serangga ranting mempunyai sistem pertahanan diri yang unik iaitu ________________________________ . 4. ISI TEMPAT KOSONG TENTANG CIRI-CIRI SERANGGA RANTING. UJI MINDA ANDA... 26 Sila rujuk buku “Kepelbagaian Serangga Hutan Hujan Tropika” untuk mencari jawapan. Imbas QR kod ini untuk tengok macam mana serangga ranting makan
NOTA SAYA
PENILAIAN DIRI Nama : ________________ Tarikh : _________ ARAHAN: 1.Baca pernyataan di bawah dengan teliti. Tandakan (✔) dalam kolum yang merupakan pilihan anda. 2. Saya dapat menyatakan ciri-ciri serangga ranting. Saya tahu perbezaan antara rama-rama dan kupu-kupu. Saya memahami ciri-ciri semut gila hitam dan semut gila kuning. Saya dapat membezakan kupu-kupu komander dan kupu-kupu biru. Saya boleh membezakan pepatung biru, merah dan pepatung biru merah. Saya tahu cara kehidupan pepatung jarum gagang telefon. Saya boleh menyatakan ciri-ciri pepatung jarum.
APA YANG SAYA BELAJAR
APA YANG SAYA BELAJAR