1 2 - 2 3 J U N 2 0 2 3 PISMP MATEMATIK SK/SJKC AMBILAN JUN 2022 CHIAM SUN MAY, PHD. AINON BT HADIM ZAIEDDI BIN SACKDAN@SHAHDAN LOW KEE SUN TAN CHO CHIEW HASLAN BIN MANJA KOK BOON SHIONG, PHD BENNY KONG NG LEE FONG, PHD. ROSNAH @NINING BINTI SIDEK, PHD. KHOO CHWEE HOON, PHD. DAYANG KHAIRIAH HARUN JUVINNAH GATUAH
1 2 - 2 3 J U N 2 0 2 3 PENG ALA M AN BERASASKAN S EKOLAH (PBS ) FASA I PISMP MATEMATIK SK/SJKC AMBILAN JUN 2022 CHIAM SUN MAY, PHD. AINON BT HADIM ZAIEDDI BIN SACKDAN@SHAHDAN LOW KEE SUN TAN CHO CHIEW HASLAN BIN MANJA KOK BOON SHIONG, PHD BENNY KONG NG LEE FONG, PHD. ROSNAH @NINING BINTI SIDEK, PHD. KHOO CHWEE HOON, PHD. DAYANG KHAIRIAH HARUN JUVINNAH GATUAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, PETI SURAT 2, 89207 TUARAN, SABAH. Hak Cipta @ Institut Pendidikan Guru Kampus Kent 2023 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan atau ulang mana - mana bahagian kandungan, ilustrasi dan jadual dalam kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga sama ada secara elektronik, fotokopi mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Kent. Koleksi Planet Pea-ple Siri 25: Refleksi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa I PISMP Matematik SK/SJKC Ambilan Jun 2022 Chiam Sun May, PhD. Ainon bt Hadim Zaieddi bin Sackdan@Shahdan Low Kee Sun Tan Cho Chiew Haslan bin Manja Kok Boon Shiong, PhD Benny Kong Ng Lee Fong, PhD. Rosnah @Nining binti Sidek, PHD. Khoo Chwee Hoon, phd. Dayang Khairiah Harun Juvinnah Gatuah Penyunting: Dr. Chiam Sun May eISBN: 978-967-0008-65-3
REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) FASA 1 MATEMATIK SK/SJKC I Abdul Alim Bin Mazlan ....................................... 8 Aidzam bin Sahidin ............................................. 9 Alexander Curambao .......................................... 10 Alvin Chiang Zhu Ming ....................................... 11 Amierah Adeebah Binti Arbin ........................... 12 Amir Nur Zikry Bin Rudiman ........................... 13 Asma' Zulfa Binti Mohd Khairol ....................... 14 Ayat Humaira Binti Azman ................................ 15 Balqis Hamiezah Hibriyah Binti Baharudin ... 16 Bensen Wong Kee Siong ...................................... 17 Chiew En Xi ............................................................ 18 Darren Aaron Linggam ........................................ 19 Eugeneia Lominus ................................................. 20 Fazlyana Binti Karim ............................................ 21 Gerald Aldokent Silvester .................................... 22 Joanne Tan Jia En ................................................... 23 Joey Ling Kie Kie ..................................................... 24 Nik Nisryna Aisyah Binti Muhammad Pataf ... 25 Nik Nor Izwani Binti Nik Muhamad Noor ...... 26 Nur Aliyyah Nafisah Binti Ali Jumar ................ 27 Sitti Nursyafiqah Binti Abu Bakar ..................... 28
REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) FASA 1 MATEMATIK SK/SJKC 2 Ho Jia Chin .............................................................. 30 Kenneth Koo You Chuan ..................................... 31 Lawrence Alliun ..................................................... 32 Mohammad Noor Sauzan bin Nordin ............. 33 Muhammad Azaney Dhiyaulhaq bin Mohamad Azmi .......................................................................... 34 Muhammad Aqil Aiman bin Zulazmi .............. 35 Muhammad Zikry bin Zaidiman ....................... 36 Nicole Ting ............................................................... 37 Nik Nur Zahidah binti Nik Hassan .................... 38 Nur Afiqah binti Zulherry ................................... 39 Nur Amira Athika binti Hasmansah ................. 40 Nur Danish binti Mazlan ..................................... 41 Nur Izza Syahira binti Ishak ............................... 42 Nur Sa'idah binti Muhammad Rapi'i ............... 43 Nuramira Sariyati binti Rusai ............................ 44 Nurfarida binti Samsul ........................................ 45 Nurul Maisara binti Zainal Abidin ................... 46 Shirly Ling Chung Qing ........................................ 47 Siti Nur Fatihah binti Siri .................................... 48 Stephanie Wong Ting Ting .................................. 49 Yew Shin Tong ........................................................ 50
PRAKATA Buku ini merupakan kompilasi refleksi pengalaman berasaskan sekolah (PBS) fasa I yang telah dijalankan oleh pelajar-pelajar opsyen Matematik dari IPG Kampus Kent. Dalam perjalanan menjadi seorang guru, pengalaman berasaskan sekolah (PBS) merupakan satu fasa yang penting dalam memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Melalui buku ini, pelajarpelajar ingin berkongsi refleksi tentang pemahaman mengenai sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah yang telah dijalankan. Refleksi dalam buku ini bukan sahaja berkisar tentang pemahaman mengenai sekolah tetapi juga pengalaman baru dan unik yang dialami semasa dalam proses menjalani PBS seperti cabaran, pencapaian dan pengajaran berharga yang diperoleh sepanjang prosesnya. Pengalaman yang diperoleh dipercayai dapat membentuk kita menjadi seorang guru yang lebih kompeten, berfikiran kreatif dan kritis serta bersedia menghadapi dunia sebagai seorang guru yang mencabar di luar sana. Melalui cerita dan pengalaman yang dikongsikan, buku ini mengajak pembaca untuk merenungkan perjalanan mereka sendiri dalam dunia pendidikan, serta menghubungkannya dengan pelbagai refleksi yang terkandung di dalamnya. Diharapkan agar buku ini dapat memberikan inspirasi, motivasi, dan perspektif baru mengenai pendidikan dalam kehidupan kita. Buku ini ditujukan bukan hanya kepada pelajar-pelajar yang menjalani PBS tetapi juga guru-guru yang sedang menjalankan tugas mereka, semua individu yang terlibat dalam dunia pendidikan, termasuk ibu bapa, pelajar, dan masyarakat. Diharapkan agar buku ini dapat memberikan penghargaan yang lebih terhadap peranan guru dan pentingnya pendidikan dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak, dan berdaya saing tinggi. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada IPG Kampus Kent, semua pensyarah, rakan sekelas, dan individu yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung atas sokongan yang diberi. Pengalaman yang dikongsi dalam buku ini tidak akan lengkap tanpa sumbangan mereka. Pengalaman, pengetahuan, dan pandangan yang dikongsi dalam buku ini diharapkan akan terus bergema dalam minda pembaca, memberi inspirasi kepada semua untuk mengatasi sempadan mereka dan mengejar impian mereka tanpa henti. Selamat membaca dan semoga buku ini memberikan manfaat dan inspirasi kepada anda!
MATEMATIK SK/SJKC I
Sepanjang menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 1, saya amat bersyukur dan berterima kasih dengan pengalaman dan peluang yang saya dapati. Dalam sekolah ini, banyak budaya yang saya lihat seperti budaya 4S, iaitu Senyum, Sapa, Salam dan Selalu Amalkan. Budaya ini saya dapat lihat semasa hari pertama memasuki sekolah. Guru- guru di sini juga amat memberikan motivasi dan aura yang positif untuk kami meneruskan tugasan di sekolah ini. Begitu juga dengan murid- murid, mereka memberikan sokongan yang padu terhadap kehadiran kami, dengan penglibatan mereka terhadap aktiviti yang kami jalankan di dalam kelas. Bukan itu sahaja, terdapat juga penglibatan ibu bapa di sekolah ini yang menunjukkan hubungan komuniti di sekolah ini amat kuat terhadap guru- guru dan staf kebersihan. Keseluruhannya, suasana dan keadaan di sekolah ini amat baik untuk saya yang pertama kali menjalankan PBS di sekolah. Saya percaya bahawa kemenjadian murid di sekolah adalah bergantung kepada guru. Maka, saya percaya bahawa dengan semangat guru pelatih yang kami ada kini, murid- murid akan terus bersemangat untuk belajar. Abdul Alim Bin Mazlan SK GAS SANDAKAN, SABAH
Yang baik jadi kenangan, yang buruk jadi tauladan. Pengalaman Berasaskan Sekolah mengajar saya satu erti baharu tentang kehidupan berorganisasi. Terkadang, dalam melaksana sesuatu perkara, lebih-lebih lagi melibatkan suatu agenda yang besar, memerlukan suatu tenaga dan keringat peluh yang tidak henti. Di Sekolah Kebangsaan Bubul, semangat kekitaan yang ditunjukkan mereka sangat utuh bagai aur dengan tebing. Banyak program yang berlangsung sepanjang kehadiran kami di Sekolah Kebangsaan Bubul, namun senyuman ceria mereka tak pernah lekang dari pandangan. Mungkin inilah kemanisan dalam bekerja bersama di bawah langit yang sama, dan dibantu sokongan yang berterusan. Pastinya kenangan manis di sana itu banyak, tapi jika perlu untuk diceritakan pasti saya akan menceritakan bagaimana gelak tawa, dan senyuman pelajar yang sering diungkap, ketika kami singgah di dalam kelas dan bertegur sapa dengan mereka. “Oh, inilah rasanya menjadi seorang guru.” Namun, di sudut lain pula, mungkin ini permulaan, dan bagaimana saya nanti apabila menginjak umur 40-an, adakah semangat dan citra saya sebagai pendidik akan terus mekar di hati atau hanya sekadar “Guru 25”. Semoga perjalanan kehidupan saya, yang baru mengenal erti dunia pendidikan, akan menjadi suatu perjalanan yang indah, insya-Allah Aidzam bin Sahidin SK BUBUL, SEMPORNA
Pengalaman berasaskan sekolah (PBS) fasa I pada kali ini telah memberikan pelbagai pengalaman kepada saya dari perspektif sebagai seorang guru terutama sekali dari sudut amalan profesionalisme keguruan seperti cara pemakaian yang melambangkan seorang guru, komunikasi dengan warga sekolah yang berkesan, dan kepakaran menyelesaikan pelbagai masalah dengan menggunakan pemikiran kritis dan kreatif. Tambahan lagi, saya juga telah mempelajari kaedah pengurusan sesebuah sekolah yang merangkumi aspek kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid (HEM), dan komuniti seperti carta organisasi, bidang tugas, dan takwim. Dalam konteks ini, saya sedar pengurusan yang mantap adalah bertujuan untuk memaksimumkan lagi keberhasilan visi dan misi sekolah khususnya matlamat KPM selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan produk yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang dapat menyumbangkan kepada perkembangan diri, keluarga, dan masyarakat. Di samping itu, saya juga berpeluang untuk mengendalikan kelas bagi tujuan penggantian kelas. Dalam kesempatan ini, saya telah mempelajari pelbagai kaedah pengawalan kelas yang berkesan dan saya juga telah mengadakan pelbagai aktiviti yang bertemakan akademik agar dapat menarik minat pelajar untuk konsisten menimbah ilmu pengetahuan. Akhir sekali, saya juga telah mempelajari pelbagai instrumen pengumpulan data seperti dari segi pemerhatian, temu bual, dan soal selidik bagi memperoleh maklumat selaras dengan kehendak tugasan pentaksiran berterusan. Alexander Curambao SK LUYANG, KOTA KINABALU
Alvin Chiang Zhu Ming SJK(C) BATU 10, KUCHING, SARAWAK Pengalaman berasaskan sekolah fasa 1 adalah tempoh yang penuh kegembiraan dan penemuan baru. Kekuatan sekolah ini adalah pelaksanaan pelbagai program yang mengeratkan hubungan dan menerima kepelbagaian antara satu sama lain terutamanya sekolah ini yang terdiri daripada 40% non-cina. Sebagai seorang pelatih guru yang bersemangat, saya dan rakan seperjuangan saya dengan sukacitanya menyertai program ini.Setiap hari, saya mengalu-alukan kedatangan pelajar dengan gembira di pintu pagar sekolah. Melihat wajah ceria mereka ketika saya menyambut mereka memberikan kekuatan dan keyakinan saya untuk menjadi guru yang penyayang. Namun begitu, kami juga menghadapi beberapa cabaran dalam melaksanakan program ini seperti ketidakaktifan murid dalam memberi maklum balas kepadanya. Satu cadangan tambahan yang saya cadangkan ialah menganjurkan aktiviti menarik selepas tamat sekolah. Aktiviti ini akan melibatkan semua pelajar, supaya menarik lebih ramai pelajar untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang selesa dan pada masa yang sama, meluaskan lagi skop hubungan dan persahabatan sesama kita. Pengalaman ini telah membentuk asas kehidupan dan pendidikan kita. Ia adalah titik permulaan yang indah dan memberi saya kenangan indah. Semangat menjadi seorang guru pada masa ini membawa saya ke peringkat seterusnya dalam pendidikan dan dalam kehidupan.
SK BAHAGIA, TAWAU, SABAH Amierah Adeebah Binti Arbin Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini telah banyak membantu saya untuk melihat dan mengalami sendiri cara pengurusan sekolah dan keadaan sekolah itu sendiri . Selain itu, PBS juga membantu saya untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi sebagai persediaan menjadi seorang guru kelak. Namun begitu, terdapat cabaran yang saya hadapi sepanjang melaksanakan tugasan PBS ini seperti perubahan soalan tugasan yang dilakukan last minute. Hal ini akan memberi kesan kepada semua pihak yang terlibat terutama guru-guru sekolah. Sepanjang dua minggu menjalani PBS di SK Bahagia, banyak pengalaman manis yang pertama kali saya lalui. Pelbagai kerenah dan ragam murid-murid yang menceriakan hari saya sepanjang berada di sekolah itu. Ada yang bergaduh, ada yang bermain sehingga benjol, berebut barang sehingga jari luka, ada yang manja, ada yang mahu makan di dalam kelas dan banyak lagi ragam yang saya lihat. Hakikatnya, itulah yang akan saya hadapi apabila menjadi seorang guru kelak. Guru-guru dan warga sekolah sangat memberi kerjasama dalam melaksanakan tugasan. Saya sangat berterima kasih kepada warga sekolah SK Bahagia Tawau kerana sudi menerima kehadiran saya untuk melaksanakan PBS ini.
Amir Nur Zikry Bin Rudiman SK RAMPANGI, KUCHING Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 1 1ini inimerupakan merupakan merupakan satu satuprogram program program yang yang membantu untuk memahami sedikit sebanyak mengenai situasi sebenar ketika berada di sekolah. Sememangnya, banyak pengelaman yang telah saya dapati ketika menjalankan menjalankan menjalankan PBS PBSFasa Fasa1 1di disekolah sekolah sekolah saya iaitu SK Rampangi, Kuching. sudah tentu kita berasa bangga ketika berada beradadi disekolah sekolah sekolah dan dansering seringdikatakan dikatakan dikatakan oleh olehmurid, murid,"Cikgu "Cikgubaru baru ka katu?". tu?".Saya Sayamerasakan merasakan merasakan kedatangan kedatangan kedatangan saya sayasedikit sedikit sedikit sebanyak sebanyak sebanyak dapat dapat membantu membantu membantu murid muriduntuk untukbelajar belajar belajar dengan denganlebih lebih baik, baik,di dimana manasaya saya ada adamembantu membantu membantu dalam dalambeberapa beberapa beberapa perkara perkara perkara di disekolah sekolah sekolah di disamping samping samping menyiapkan menyiapkan menyiapkan tuagasan. tuagasan. tuagasan. Saya Sayaharap harapmurid-mu murid-mu murid-murid ridserta sertaguru-guru guru-guru guru-guru dapat dapatbebersama-sama rsama-sama rsama-sama menaikkan menaikkan menaikkan nam nama asekolah sekolah sekolah serta serta melaksanakan melaksanakan melaksanakan sesi sesiPdP PdPdengan denganlebih lebihberkesan berkesan berkesan agar agardapat dapat membantu membantu membantu murid muridsupaya supayalebih lebihmemahami memahami memahami apapa aerti ertipembelajaran pembelajaran pembelajaran bermakna bermakna bermakna ddalam alamkehi kehidupan dupanmereka merekasejak sejakdari daribangku bangkusekolah sekolah sekolah lagi. lagi.Hal Halini inisecara secaratidak tidaklangsung langsung langsung dapat dapatmeningkatkan meningkatkan meningkatkan keinginan keinginan keinginan mereka merekauntuk untukbelajar belajar belajar itu ituke kesatu satuperingkat peringkat peringkat yyang anglebih lebihjauh jauhbagi bagi membantu diri, keluarga, masyarakat serta negara.
SK TAMBALANG, TUARAN Dua minggu menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah di SK Tambalang merupakan pengalaman yang cukup berharga buat diri saya. Tidak dapat disangkal bahawa begitu banyak ilmu, kemahiran, nasihat yang dapat diperolehi. Saya sedar bahawa menjadi seorang guru bukan sekadar mengajar atau menyampaikan ilmu tetapi perjuangan seorang guru jauh lebih besar lagi maknanya. Pada pandangan saya, kekuatan sekolah ini ialah mempunyai 35 orang guru yang cukup hebat semuanya. Saya belajar dan saya melihat bagaimana hubungan antara seorang guru dengan warga sekolah termasuklah pentadbir, rakan sekerja, kakitangan sekolah, ibu bapa begitu juga dengan murid khususnya. Masih segar lagi di ingatan bagaimana setiap kali memasuki bilik guru, pasti akan ada cikgu yang mengajak makan bersama. Dari hari pertama sehinggalah hari yang terakhir, wajah mereka tidak pernah lekang dengan senyuman membuatkan diri saya begitu mudah untuk menyesuaikan diri. Bantuan dan bimbingan guru-guru ini memudahkan saya sepanjang tempoh tersebut. Harapan saya agar satu hari kelak diri ini juga mampu menjadi hebat sebagaimana guru-guru ini. Terima kasih cikgu!
Ayat Humaira Binti Azman Berbeza pula apabila saya memasuki kelas yang diganti oleh sahabat saya. Muridmurid ini fokus membuat kerja yang diberikan. Apabila kelasnya bising dan tidak terkawal, sahabat saya akan membuat satu isyarat yang membuatkan mereka senyap dan duduk di tempat masing-masing. Perkara ini membuatkan saya terpegun seketika dan berfikir sejenak. SK TAMBALANG, TUARAN Kerap kali terlintas dalam fikiran saya, mengapa murid-murid ini sangat patuh mendengar arahan guru-guru mereka? Tetapi bukan kepada guru-guru pelatih? Pelbagai cara yang saya lakukan untuk memastikan murid-murid ini fokus membuat latihan yang diberikan guru mereka. Antara arahan yang kerap kali saya katakan, 'siapa tak siap, tak boleh balik' atau 'nanti saya bagitahu cikgu awak, yang awak tak buat kerja' dan juga 'siapa tak buat kerja saya denda dia'. Meskipun begitu, arahan yang diberi hanya bertahan beberapa minit sahaja. Kemudian mereka kembali bermain. Sehingga membuatkan saya kehilangan sabar dan memarahi mereka. Walaupun saya hanya mengganti ketiadaan guru mereka. Oleh itu saya telah membuat beberapa kesimpulan: Lihat gambar dan video dengan lebih lanjut 1. Guru pelatih mempunyai satu tarikan personaliti yang menarik. Ini kerana sesi PdP yang dikendalikan oleh guru pelatih sangat seronok dengan kehadiran BBM. 2. Setiap saat dalam sesi PdP mesti dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang berfokus. Sebagai contoh, guru telah merangka sesi PdP yang berlangsung selama 1 jam akan melakukan aktiviti menyanyi, kuiz dan hafazan. 3. Membuat satu peraturan tetap yang digunakan sepanjang PdP berjalan. Misalnya, 'When i say Hi! You say? Hello!'
SK BAHAGIA,TAWAU Selama menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 (PBS 1) di SK Bahagia, Tawau selama 2 minggu iaitu 12-23 Jun 2023, saya telah memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan baru seperti saya dapat merasai suasana sebenar di sekolah, sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah serta aktiviti - aktiviti yang dijalankan di sekolah. Saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada sekolah ini kerana telah membantu saya dalam mengumpul maklumat untuk melengkapkan portfolio. Warga sekolah amat baik hati dan pemurah serta mereka memberikan kerjasama yang mantap. Para pelajar di sekolah ini mengamalkan budaya memberi salam dan tunduk hormat kepada guru. Perkara ini mengagumkan saya. Oleh itu, dengan menjalan PBS 1 saya dapat menghayati profesion perguruan serta mempersiapkan diri secara fizikal dan mental sebelum menempuh alam persekolahan kelak sebagai seorang guru yang berwibawa. Balqis Hamiezah Hibriyah Binti Baharudin
Bensen Wong Kee Siong sepanjang masa PBS ini saya berkawan banyak murid ipg dari kampus lain, kami juga bersama memberi sumbangan kepada sekolah PBS saya SJKC Thai Kwang .Saya berasa gembira kerana berasa menjadi seorang " guru " yang tetap dan bersalam dengan murid lain. Saya berharap saya boleh menjadi seorang guru yang membantu murid yang suka saya dan juga saya suka untuk mempunyai hidupan sekolah yang gembira
Chiew En Xi SJK (C) WAH MAN Sepanjang menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama dua minggu di SJK (C) Wah Man, saya lebih memahami situasi semasa berada di sekolah pada masa yang akan datang. Pengalaman ini telah memberi banyak pengajaran dan peluang untuk berkembang sebagai seorang guru pelatih. Gambar bersama murid Tahun 3B Kebaikan yang saya dapati di sekolah ini adalah hubungan antara semua warga sekolah adalah baik. Semua warga sekolah memberi kerjasama yang baik antara satu sama lain dan saling menghormati. Sebaliknya, kelemahan saya ialah saya seorang introvert dan saya tidak berani untuk meminta bantuan daripada Guru Besar dan guru-guru lain. Untuk mengatasi kelemahan ini, saya akan mengubah diri saya supaya mempunyai keyakinan untuk berkomunikasi dengan baik bersama orang lain. Saya berasa bangga dan berpuas hati semasa di sekolah kerana saya selalu disalam oleh murid-murid "Selamat pagi, cikgu!". Walaupun saya belum menjadi seorang guru yang sebenarnya, tetapi saya juga disalam oleh murid-murid dengan panggilan "guru". Saya bersyukur dapat menjalankan PBS di sekolah ini selama dua minggu dan banyak kenangan manis yang saya ingati.
Pertama sekali, saya amat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pertama saya di sekolah lama saya iaitu SJK (c) Chung Hwa Tenghilan. Pengalaman ini merupakan pengalaman yang amat bermakna dan tempoh dua minggu tersebut telah saya gunakan sehabis baik. Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Peribahasa tersebut telah saya petik kerana ianya menggambarkan situasi dan perasaan saya sepanjang Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Pada awalnya, saya telah menetapkan imej dan prasangka negatif tentang kerjaya sebagai seorang guru akibat beban kerjanya. Namun kini, saya lebih yakin dan mencintai kerjaya yang tulus dan mulia ini. Sepanjang menjalankan pengalaman berasaskan sekolah ini, banyak ilmu baru yang telah saya peroleh, di mana antaranya ialah kemahiran dalam mengurus bilik darjah & PdPc, serta pengurusan pentadbiran di sekolah dalam bidang Hal Ehwal, Kurikulum, Komuniti mahupun Kokurikulum. Seterusnya, saya dapat membiasakan diri dan mendapat gambaran awal tentang situasi persekitaran sekolah sebelum memulakan kerjaya sebagai seorang guru kelak. Selain itu, saya turut mempelajari dan memperolehi idea-idea baru yang boleh saya guna pakai di masa akan datang dalam meningkatkan prestasi pencapaian sekolah. Akhir sekali, ingin saya simpulkan bahawa waktu dua minggu tersebut adalah waktu yang amat singkat namun bermakna ibarat memori terindah untuk saya sepanjang tempoh pengajian saya di IPG ini. Darren Aaron Linggam SJK (c) Chung Hwa Tenghilan
Sepanjang 2 minggu di SK Sungai Anib 1, kekuatan sekolah ini dapat dilihat melalui pengurusan pentadbirannya sendiri. Pentadbiran sekolah ditadbir dengan sangat baik dan kebajikan warga sekolah sentiasa diutamakan. Seterusnya, sekolah ini terdiri daripada kaum dan agama yang berbeza namun itu tidak menjadi alasan untuk sekolah mempunyai hubungan yang erat antara sesama. Bagi aspek kelemahan, pendawaian elektrik di sekolah ini sangat tidak memuaskan menyebabkan terdapat beberapa aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar. Begitu juga dengan fasiliti sekolah yang tidak mencukupi seperti ketiadaan padang, dewan terbuka dan kekurangan bangunan bilik darjah. Oleh yang demikian, cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan pihak atasan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah mengambil tindakan ke atas isu ini bagi memastikan warga sekolah selesa serta sekolah SK Sungai Anib 1 mampu mencapai kejayaan semaksimum yang mampu. Eugeneia Lominus SK SUNGAI ANIB 1 Bagi saya, PBS 1 ini merupakan pengalaman yang cukup berharga dan menginspirasikan buat saya sebagai seorang bakal guru. Melalui pengalaman ber - PBS di SK Sungai Anib 1 saya telah mendapat peluang untuk menikmati situasi sebenar yang bakal dihadapi seorang guru sekolah rendah di samping memupuk lagi minat untuk mencintai bidang kerja pendidikan. " cigu first time jadi cikgu kah "
Sepanjang saya menjalankan PBS 1, saya amatbersyukur kerana diberi peluang untuk merasaipengalaman di sekolah yang bermakna. Saya dapatberkomunikasi dan berbincang dengan guru-guru yang lebih berpengalaman, dapat berinteraksi dengankakitangan di sekolah, serta dapat berinteraksi denganmurid-murid. Hal ini amat membantu dalammeningkatkan kemahiran berkomunikasi dan sosialsaya serta meningkatkan keyakinan saya untuk menjadiseorang guru yang berjiwa pendidik. Saya juga diberipeluang untuk bermain dengan pelajar serta melatihpelajar dalam aktiviti sukan. Oleh itu, saya berasagembira kerana pengalaman seperti ini membuatkansaya berasa seperti seorang guru yang sebenar. Saya gembia untuk berkongsi ilmu yang saya ada walaupuntidak banyak serta mendapat tunjuk ajar daripada para guru. Secara keseluruhannya, saya berasa amat bertuahkerana berpeluang untuk menjalankan PBS 1 di SK Kunak 1. Semua guru dan kakitangan di sekolah sangat baik dan sering menghulurkan bantuan dan memberilayanan yang baik kepada saya. Murid-murid juga sangat mesra dan tidak mempunyai masalah disiplinyang teruk. Semua warga sekolah memberi kerjasamayang baik untuk meningkatkan mutu sekolah. Bimbinganyang diberikan oleh pihak sekolah amat bermaknakepada saya. Ribuan terima kasih saya ucapkankepada pihak SK Kunak 1 kerana dengan bantuan dan tunjuk ajar mereka, saya dapat menjalankan PBS 1 saya dengan lancar dan berjaya. Kesimpulannya, sayaberharap agar diberi lebih banyak peluang untuk pergike sekolah-sekolah agar pengalaman dan pengetahuansaya dapat dipertingkatkan. Fazlyana Binti Karim
Gerald Aldokent Silvester Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 1 ini sedikit sebanyak membantu saya untuk lebih memahami situasi di sekolah apabila saya sudah menjadi seorang guru. Sesungguhnya, banyak ilmu yang telah saya peroleh sepanjang menaja lain PBS fasa 1 ini termasuklah pengurusan dan pentadbiran yang sistematik di sekolah. Saya percaya bahawa setiap sekolah mempunyai cara tersendiri dalam memastikan pengurusan dan pentadbiran di sekolah lebih efektif. DSekolah Kebangsaan Buis ini hanya mempunyai 97 orang murid bagi sesi akademik 23/24, tetapi visi dan misi sekolah ini saya percaya setara dengan sekolah yang mempunyai ramai murid dan berstatus gred A. Meskipun sekolah ini hanya tergolong dalam sekolah Gred B, banyak pencapaian yang menakjubkan telah dicapai. Guru-guru juga kelihatan amat tekun dalam melaksanakan program pembangunann dan intervensi bagi memastikan kecemerlangan murid di sekolah ini. Gambar yang telah saya pilih tersebut merupakan satu program yang bagi saya amat menarik iaitu Kelas P Ramlee di mana ibu bapa dan komuniti sekolah turut terlibat dalam mendidik murid di sekolah ini. Perkara ini selaras dengan hasrat TS25 yang ingin meningkatkan penglibatan komuniti sekolah dalam meningkatkan pencapaian murid dalam pelbagai bidang. SK BUIS, TELUPID, SABAH
Joanne Tan Jia En SJK (C) DUNG SANG SIBU,SARAWAK Gambar Bertugas Sebagai Pengadil Saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK(C)Dung Sang iaitu sekolah rendah saya. Saya telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru melalui PBS ini. Semasa menjalankan PBS, kekuatan yang saya dapati ialah saya pihak sekolah telah memberi kerjasama dan bantuan kepada saya. Guru-guru melayan saya dengan mesra dan amat membantu saya apabila saya menghadapi masalah. Dari sudut perspektif yang lain, kelemahan yang saya perolehi ialah saya berasa gementar semasa berkomunikasi dengan Guru Besar pada minggu pertama PBS. Oleh itu, saya menyedar bahawa saya perlu berani dan berusaha mengubah suai diri dengan persekitaran yang baru. Saya berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalankan PBS di sekolah rendah saya. Saya berasa gembira kerana saya berkenal dengan rakan PBS dari IPG yang lain dan disuka oleh murid-murid di sekolah tersebut. Gambar yang saya paling suka ialah gambar saya bertugas sebagai pengadil semasa Hari Sukan Tahunan Sekolah yang diadakan di Stadium Tun Zaidi. Saya sangat suka gambar ini kerana kaliini merupakan kali pertama saya menjadi pengadil sukan tahunan. Saya dipuji oleh guru-guru dan rakan PBS saya mengambil gambar saya semasa saya bertugas. Saya suka gambar ini juga disebabkan oleh pemandangan yang indah dalam gambar tersebut.
Joey Ling Kie Kie Saya telah menjalankan Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS) di SK Methodist Anglo Chinese Sarikei Sarawak iaitu sekolah rendah saya. Walaupun sekolah ini merupakan sekolah kebangsaan, tetapi dalam sekolah ini juga mempunyai kelas yang beraliran Bahasa Cina. Saya telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan baru melalui PBS ini. Gambar di kiri ialah jurulatih wushu telah meminta saya mengajar mereka wushu punya basic. Kebaikkan PBS ini ialah saya dapat merasai sendiri pengalaman sebagai guru di sekolah ini. Saya juga dapat memahami cara pengurusan dan pentadbiran sekolah. Dalam PBS ini, saya juga memahami bahawa kesusahan seseorang guru mengajar di sekolah. Kelemahan PBS ini ialah perubahan tugasan PBS yang dibuat pada bahagian senarai Semak yang dilakukan pada saat-saat akhir sehinggalah menyukarkan pelajar dan juga guru-guru di sekolah sana. Peluang saya ialah saya telah membantu pihak sekolah untuk menganti kelas kerana kekurangkan guru di sekolah ini. Hal ini secara tidak lansung telah meringankan beban pihak sekolah dalam menguruskan pentadbir sekolah. Ancaman saya ialah saya perlu berani lagi apabila menegur murid yang membuat nakal dan selalu meggulangi kesalahan. Hal ini demikian agar mereka dapat menfokuskan dalam pembelajaran mereka.
Nik Nisryna Aisyah Binti Muhammad Pataf SK PEKAN PITAS II Saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama 10 hari di Sekolah Kebangsaan Pekan Pitas II yang merupakan sekolah rendah saya. Sebagai seorang bakal guru, pelbagai pengalaman berharga dapat saya kutip sepanjang program ini dan saya pasti saya tidak akan dapat merasai pengalaman ini di mana-mana. Tambahan pula, sepanjang menjalani PBS di SK Pekan Pitas II, saya dapat meningkatkan ilmu saya tentang menjadi seorang guru dalam merancang PdP dalam kelas seperti mengamalkan pendekatan pembelajaran kolaboratif untuk murid-murid. Kita sebagai seorang guru haruslah menggalakkan murid kita untuk bekerjasama dalam satu kumpulan atau pasukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Nik Nor Izwani Binti Nik Muhamad Noor SK KAMPONG DELIMA, WAKAF BHARU, KELANTAN Pengalaman Berasaskan Sekolah telah banyak membantu saya untuk melihat dan mengalami sendiri cara pengurusan sekolah dan keadaan sekolah itu sendiri sekaligus, membantu meningkatkan kemahiran komunikasi antara saya dengan pihak sekolah. Selama dua minggu berada di sekolah ini, saya dapat membina sikap positif dalam diri. Antara sikap positif yang saya dapati ialah keyakinan diri. Sikap ini dipupuk hasil daripada sifat bergaul dengan pelbagai golongan yang ada di sekolah seperti guru-guru, kakitangan, pengawal keselamatan, pengusaha kantin dan muridmurid. Murid-murid di sekolah ini telah memberi banyak semangat kepada saya sepanjang dua minggu menjalankan tugasan PBS.
" Cikgu, apa beza cikgu dengan cicak?" Gambar di atas menunjukkan antara ragam murid yang bakal diterima ketika bergelar guru pada masa hadapan. Nur Aliyyah Nafisah Binti Ali Jumar SK TAMAN RIMBA, SANDAKAN Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) telah membuka mata saya terhadap suasana sebenar sekolah serta memberikan pengalaman yang sangat berharga dan mampu digunakan pada masa hadapan. Sewaktu menjalankan PBS juga saya dapat mengenal pasti kekuatan serta kelemahan diri saya. Satu kekuatan yang saya perolehi ialah saya mampu melaksanakan semua tugasan yang diberikan oleh pihak sekolah dengan baik sehingga mendapat pujian daripada para guru kerana rajin dan sentiasa membantu walaupun ketika tidak diminta. Saya juga dapat berkomunikasi dengan warga sekolah dan berkenalan dengan mereka walaupun pada hakikatnya saya malu untuk berbicara bersama mereka. Perkara ini juga boleh dijadikan sebagai satu kelemahan kerana perasaan malu tersebut kadang-kadang menghalang saya untuk berkomunikasi dengan orang lain. Saya juga berasa tidak yakin dan takut untuk bertanya dan meminta pertolongan daripada para guru kerana takut mereka akan melayan saya dengan buruk. Sebagai seorang bakal guru, saya tahu bahawa saya mesti mengubah diri saya supaya mempunyai kemahiran komunikasi yang baik kerana kepentingannya di dalam dunia pendidikan. Menjalankan PBS juga menyedarkan saya bahawa kerjaya guru bukanlah mudah kerana perlu memberikan komitmen yang tinggi, namun begitu, hasilnya, kebahagiaan dalam menjadi seorang guru apatah lagi yang disayangi dan dihormati oleh muridnya akan dibawa hingga ke akhir hayat.
SK BUBUL, SEMPORNA, SABAH “Saya lukis ini jam 8 semalam cikgu” Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS) telah membuka peluang kepada saya untuk menerokai dunia persekolahan daripada perspektif seorang guru. Sebagai seorang guru, bukan sahaja mendidik murid-murid, malah guru juga perlu menjaga kebajikan dan keselamatan mereka di sekolah. Selain itu, penambahan tempoh masa menjalankan PBS juga merupakan salah satu kebaikan yang saya dapati. Kami telah diberi tempoh masa dua minggu untuk melaksanakan tugasan berbanding PBS sebelum ini iaitu seminggu sa berbanding PBS sebelum ini iaitu seminggu sahaja. Tambahan lagi, pensyarah kami turut mengadakan taklimat sebelum melaksanakan PBS yang amat membantu kami dalam penyusunan dan penggunaan instrumen pengumpulan data. Bukan sahaja dibimbing pada harihari sebelum menjalankan PBS, kami turut dibantu pada semasa dan selepas PBS. Gambar yang tertera di atas merupakan antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan di mana seorang murid telahpun melukis gambar saya tanpa melihat muka saya secara langsung dan hanya bergantung pada ingatannya sahaja. Saya sangat teruja dan terpaku dengan bakat yang ada dalam diri murid tersebut. Saya juga berasa amat dihargai ketika mereka menanti kedatangan saya ke sekolah dan saya juga berharap agar diberi peluang untuk ke sekolah ini lagi pada masa akan datang.
MATEMATIK SK/SJKC II
Ho Jia Chin SJK(C) CHEN SIN, TUARAN Sepanjang dua minggu menjalani PBS di SJK (C) Chen Sin, saya telah mendapat peluang yang sangat berharga untuk merasai suasana sekolah dan mendalami kehidupan harian para guru dan murid. Melalui pemerhatian saya terhadap interaksi antara murid-murid dan guru-guru, saya dapat memahami emosi dan sikap mereka dalam suasana sekolah sebenar, sesuatu yang tidak dapat dipelajari melalui buku teks atau teori semata-mata. Melihat semangat murid-murid untuk belajar dan komitmen para guru untuk memberi inspirasi meninggalkan kesan mendalam dalam diri saya. Satu lagi aspek yang signifikan semasa menjalani PBS ini adalah saya dan rakan saya telah berjaya mengendalikan bengkel Microbit: Zoombit menggunakan kit robot kereta Zoom:Bit kepada guru-guru dan murid-murid sekolah tersebut. Melalui pengendalian bengkel ini, terbukti bahawa Zoombit ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan berdaya tarikan terutamanya dalam bidang STEM. Saya juga amat gembira melihat semangat para murid-murid dan guru-guru ketika mereka meneroka dunia robotik dan pengekodan. Kesimpulannya, Melalui Pengalaman PBS kali ini, saya telah dapat meluaskan pandangan saya dalam usaha menjadi seorang bakal pendidik. Ia telah meningkatkan penghargaan saya terhadap profesion perguruan dan peranan pentingnya dalam membentuk minda golongan muda pada masa hadapan. Pengalaman pengendalian bengkel Zoom:Bit juga telah menekankan kepentingan menggabungkan kaedah pengajaran yang inovatif dan menarik dalam meningkatkan pengalaman pembelajaran murid-murid.
Kenneth Koo You Chuan SJK (C) CHEN SIN, TUARAN Saya dan Ho Jia Chin telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) I di SJK (C) Chen Sin, Tuaran. Melalui PBS ini, banyak ilmu-ilmu baharu yang dapat saya perolehi seperti mengetahui pengurusan dan pentadbiran kurikulum, HEM, kokurikulum, komuniti, dan dasar pendidikan, mengetahui cara kawalan kelas, mengetahui cara belajar muridmurid masa kini, dan lain-lain. Tanpa PBS ini, ilmu-ilmu baharu ini saya tidak akan memperolehi. Gambar di atas merupakan gambar selepas bengkel robotik, saya dan Ho Jia Chin bersama-sama dengan tiga orang penolong kanan dan guru-guru sekolah SJK (C) Chen Sin, Tuaran. Semasa kami menjalankan PBS di sekolah ini, kami telah dijemput mengendalikan bengkel robotik bagi guru-guru dan murid-murid sekolah ini. Dengan ini, membuktikan bahawa guru pelatih bukan sahaja dilatih untuk mengajar murid-murid sekolah sahaja, malah guru pelatih juga boleh mengajar atau berkongsi ilmu pengetahuan baharu dengan guru-guru sekolah. Melalui bengkel ini, saya dapat meingkatkan kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri saya. Bukan itu sahaja, ini juga merupakan kenangan manis saya di sekolah ini kerana dapat berkongsi ilmu bersama guru-guru sekolah dan dapat bergambar bersama semua guru sekolah ini. Kesimpulannya, saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana dapat menjalankan PBS di sekolah ini kerana banyak ilmu pengetahuan baharu yang dapat saya perolehi dan dapat saya gunakan pada masa akan datang.
Lawrence Alliun SK ST JAMES APIN-APIN, KENINGAU, SABAH. SK St. James merupakan sekolah yang amat istimewa kerana walaupun terletak di pedalaman dan merupakan sekolah kurang murid, sekolah ini dilengkapi dengan televisyen android di setiap bilik darjah dan bilik-bilik khas. Semasa pelaksanaan PBS, saya dimaklumkan bahawa kemudahan ini baru sahaja diwujudkan melalui usaha pengumpulan dana pihak sekolah dengan kolaborasi bersama PIBG. Usaha mewujudkan televisyen android di sekolah adalah melibatkan dua program iaitu Program Larian Jogathon dan Majlis Penyerahan Android TV. Selain daripada pengumpulan yuran daripada larian jogathon, pihak PIBG dan guru-guru juga bersepakat untuk mengumpulkan dana melalui penggunaan kad dana. Dalam hal ini, pihak sekolah akan memberikan kad dana kepada setiap guru dan anggota PIBG agar setiap individu dapat memohon peruntukan daripada sesiapa sahaja dan mencatatkan senarai jumlah wang yang disumbangkan di dalam kad dana sebagai bukti sumbangan. Melalui pengumpulan kad dana dan yuran larian jogathon, pihak sekolah telah berjaya mengumpulkan dana sehingga mencecah RM37 ribu. Hal ini menunjukkan betapa kuatnya semangat kerjasama antara guruguru dan PIBG dalam membangunkan sekolah selaras dengan Program TS25 demi mewujudkan persekitaran sekolah yang menyeronokkan dan meningkatkan minat murid untuk datang ke sekolah. Majlis Penyerahan Android TV pada 28 Mac 2023
Mohammad Noor Sauzan Bin Nordin SK PEKAN TUARAN Sepanjang menjalankan PBS, ada banyak hal menarik serta kenangan manis yang telah saya lalui. Walaupun agak gementar, saya juga teruja untuk menjalani PBS fasa 1 ini, kerana ini merupakan pengalaman saya yang pertama dalam merasai secara terus suasana persekolah selama 2 minggu. Pengalaman saya dalam mengurus murid di dalam dan luar kelas banyak mengajar saya erti kesabaran. Selain itu, saya juga mendapati bahawa kita perlu menerapkan cara berkomunkasi yang betul apabila bercakap dengan murid. Di SK Pekan Tuaran, budaya menyapa guru dan murid sangat kuat diterapkan, di mana murid akan sentiasa memberi salam atau menegur manamana guru yang mereka terserempak. Saya juga bersyukur kerana dapat menjalani PBS saya di sekolah ini kerana guru-guru yang sentiasa membantu kami, murid-murid yang berdisiplin dan ramah, serta kakitangan sekolah yang sangat prihatin dan memahami. Kesimpulannya, walaupun masih terdapat beberapa kekurangan dan kekangan dalam PBS kali ini, saya tetap bersyukur kerana telah berpeluang untuk menjalani PBS selama 2 minggu di sekolah ini. Segala ilmu yang saya telah pelajari tidak kira secara langsung ataupun tidak langsung, akan saya gunakan sebaik mungkin dalam perjalanan saya di dunia pendidikan ini
Muhamad Azaney Dhiyaulhaq bin Mohamad Azmi cepatla cikgu 05! semasa menjalankan PBS 1 di SK Rugading, Tuaran, saya telah mendapat mengaut sebanyak pengalaman yang semestinya dapat membuka mata saya untuk meminati profesion perguruan. Disana saya telah banyak berjumpa dengan beragam pelajar dan mereka amat ceria dan sangat bersopan santun. Antara hal menarik yang saya kagumi dengan budaya di sekolah tersebut adalah apabila pelajar berselisih dengan mana-mana guru mereka akan memberi salam serta meletakkan tangan di bahu diikuti drngan menundukkan sedikit kepala mereka bagi menunjukkan rasa hormat kepada guru. Antara hal menarik yang saya lalui semasa menjalankan PBS disana adalah apabila ketika saya menggantikan kelas yang tiada guru dan saya berkesempatan bermain banyak permainan dengan mereka seperti hanger man dimana saya akan menanyakan soalan yang berkaitan dengan subjek yang mereka pelajari. Mereka menunjukkan rasa seronok untuk belajar dan telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada saya. SKRUGADING, TUARAN
Muhammad Aqil Aiman bin Zulazmi SK RUGADING TUARAN Lebih-lebih lagi apabila kami diberi tanggungjawab untuk menganjurkan Program Tamu Stem yang julung-julung kalinya diadakan di sekolah itu. Berita baiknya, dapat disimpulkan program tersebut berjalan dengan lancar dan sambutan yang diberikan oleh murid-murid diluar ekspektasi kerana sangat memberangsangkan walaupun kami kekurangan sumber bantuan tetapi guru-guru sekolah tetap memberikan sokokngan bagi menjayakan program ini. Program sebegini memang bagus untuk memberikan murid peluang bermain sambil belajar, jadi kita boleh gandakan lagi jumlah stesesn dan aktiviti yang sedia ada bagi membolehkan mereka menerokai lebih banyak lagi pengalaman baru. Saya bersama 3 orang lagi guru pelatih telah menjalankan PBS 1 yang bertempt di SK Rugading Tuaran. Sepanjang 2 minggu persekolahan yang kami jalani tetapi kali ini bukan sebagai seorang murid sekolah namun sebagai seorang pendidik generasi masa hadapan telah banyak meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri kami semua. P/S Murid-muird di sini sangat ramah dan baik. Walaupun nakal-nakal sedikit, mereka tetap mengamalkan sikap menghormati para guru dan bersopan santun. Ini membuatkan kami berasa amat dialu-alukan sejak kami berada di sana, tambah-tambah lagi guruguru yang memberikan layanan sebagai pelajar, teman dan juga rakan kepada kami.
Muhammad Zikry bin Zaidiman SK SRI MELANTA JAYA, SANDAKAN Saya berpeluang berlatih menjadi guru di dalam bilik darjah berkat PBS. Saya juga dapat memahami bagaimana pengurusan kurikulum, HEM, kokurikulum, komuniti, dan dasar pendidikansekolah dijalankan. Jika ingin dikatakan, banyak kenangan manis yang saya dapat ketika menjalani PBS 1. Pada hari pertama saya dan rakan sePBS saya di sekolah, kami disapa dengan begitu meriah oleh guruguru dan murid-murid. Saya juga dapat berinteraksi dengan mudah kerana guru-guru dan murid-murid di sekolah bersikap terbuka dan ramah mesra. Sekolah tersebut merupakan sekolah tempat saya an rakan sePBS saya belajar dahulu, jadi, kami dapat berjumpa semula denganguru-guruyangpernah mengajarkami sebelum ini. Kami juga dapat membantu murid dalam menghafal sifir bagi program SifirThon. Pada masa yang sama, kami berasa seronok kerana dapat berinteraksi bersama murid. Kenangan Manis
Saya telah menjalinkan hubungan baik sesama murid-murid. Mereka memanggil saya sebagai "Cikgu" walaupun saya hanya guru pelatih sahaja. Ini mengingatkan saya bahawa saya perlu bersiap sedia untuk menjadi seorang guru yang sebenar kerana hanya tinggal 3 tahun lagi untuk pergi ke alam pekerjaan. Murid-murid juga sangat menghormati guru pelatih dan mereka tahu kami hanya berada sekejap sahaja dan sebab itu pada hari terakhir mereka tahu bahawa cikgu tidak datang lagi minggu depan. Banyak pengalaman telah saya timba melalui PBS ini. Kelemahannya adalah adalah dari segi tambahan senarai semak tugasan yang perlu dilengkapkan pada saatsaat akhir sehingga menyukarkan kami untuk mencari balik pihak sekolah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Cadangan penambahbaiikan adalah guru pelatih harus menyiapkan tugasan dengan lebih awal supaya dapat mempunyai lebih banyak masa untuk melengkapkan kerja tambahan tersebut. Saya telah menjalinkan hubungan baik sesama murid-murid. Mereka memanggil saya sebagai "Cikgu" walaupun saya hanya guru pelatih sahaja. Ini mengingatkan saya bahawa saya perlu bersiap sedia untuk menjadi seorang guru yang sebenar kerana hanya tinggal 3 tahun lagi untuk pergi ke alam pekerjaan. Murid-murid juga sangat menghormati guru pelatih dan mereka tahu kami hanya berada sekejap sahaja dan sebab itu pada hari terakhir mereka tahu bahawa cikgu tidak datang lagi minggu depan. Banyak pengalaman telah saya timba melalui PBS ini. Kelemahannya adalah adalah dari segi tambahan senarai semak tugasan yang perlu dilengkapkan pada saatsaat akhir sehingga menyukarkan kami untuk mencari balik pihak sekolah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Cadangan penambahbaiikan adalah guru pelatih harus menyiapkan tugasan dengan lebih awal supaya dapat mempunyai lebih banyak masa untuk melengkapkan kerja tambahan tersebut. Nicole Ting SK METHODIST ANGLO-CHINESE, SARIKEI, SARAWAK Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 di SK Methodist AngloChinese Sarikei, Sarawak. Saya amat bersyukur dapat balik ke rumah untuk menjalani PBS kerana dapat menemani ahli keluarga saya. Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 di SK Methodist AngloChinese Sarikei, Sarawak. Saya amat bersyukur dapat balik ke rumah untuk menjalani PBS kerana dapat menemani ahli keluarga saya. Sekolah kebangsaan ini mempunyai kelas aliran Bahasa Cina. Kelebihan bagi saya adalah saya boleh meneliti kelas PdP kedua-dua aliran bahasa Cina dan aliran Bahasa Melayu dan membanding beza antara kedua-dua aliran bagi SK dan SJK(C) dari segi penggunaan bahasa pengantar, ilmu pedagogi dan juga cara pengawalan bilik darjah. "Cikgu datang lagi esok?"
Sepanjang mengikuti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS 1), banyak perkara baru yang saya telah pelajari termasuklah pengalaman bagaimana guru di sekolah mengawal murid-murid di samping menyampaikan topik pembelajaran dengan berkesan. Terdapat banyak program yang sekolah telah jalankan bagi memperkukuhkan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid dan antara program tersebut, guru juga telah berjaya memperkenalkan serta menjayakan dasar-dasar pendidikan yang diperkenalkan oleh KPM. Antara program yang berjaya menarik perhatian saya sepanjang pengumpulan maklumat dari temu bual bersama guru yang terlibat adalah program Showcase TS25 Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KMR). Kekuatan program Showcase TS25 adalah menerapkan pengetahuan dalam konteks nyata. Program ini membolehkan murid menggunakan pengetahuan yang mereka peroleh dalam pembelajaran dan menerapkannya dalam projek nyata seperti Terrarium. Hal ini membantu murid melihat bagaimana pengetahuan mereka dapat digunakan dalam situasi sebenar. Selain itu, program ini juga bertujuan melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Nik Nur Zahidah binti Nik Hassan SK RENEK, BESUT, TERENGGANU Gambar ini saya pilih kerana banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya terima daripada Cikgu Fauziah sepanjang pemerhatian saya dalam kelas beliau, Teknik pengajarannya juga lain daripada guru matematik yang lain. Boleh dikatakan beliau guru yang berdedikasi, teratur dan komited dalam sesi pengajarannya mahupun dalam tugas yang lain. Akhir kata, saya berharap pengalaman serta pengetahuan yang saya dapat daripada PBS 1 ini dapat membantu saya mendapat sedikit sebanyak gambaran sebenar di sekolah. Saya juga akan mengaplikasikan ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi daripada guru-guru di Sk Renek di masa akan datang.
Nur Afiqah binti Zulherry "Cikgu Afiqah orang Indonesia ke?" Sepanjang menjalankan PBS di negeri Kedah sebagai seorang Sabahan, banyak pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Kelebihan yang saya dapati ialah walaupun berbeza asal - usul dan latar belakang, namun saya berjaya mencabar diri saya untuk menjayakan PBS disekolah tersebut. Manakala kelemahan ialah saya merasakan bahawa tempoh 2 minggu tidak cukup bagi kami untuk menimba pengalaman sebanyak yang mungkin disekolah sebagai guru pelatih. Saya seringkali mendapatkan reaksi daripada pelajar seperti "Cikgu orang Sabah?" "Cikgu cakap macam orang Indonesia la" "Wah, cikgu baru!" Mereka sangat comel dan ragam mereka tidak akan saya lupakan. Gambar diatas merupakan gambar pelajar 3 Delima yang sangat saya kasihi. Segelintir daripada mereka memberjikan saya hadiah seperti gula - gula dan lukisan diatas kertas pada hari terakhir PBS disekolah tersebut dan tindakan mereka itu membuatkan saya sangat terharu dan sedih untuk berpisah. Saya berharap agar pelajar di sekolah tersebut dapat membesar sebagai golongan yang berjaya di masa akan datang. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana mengalu - alukan kedatangan kami sebagai guru pelatih. SK TAMAN BERSATU, KUALA KEDAH, KEDAH
Nur Amira Athika Binti Hasmansah SK TAUN GUSI, KOTA BELUD, SABAH BINGO! Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) I ini mengajar saya tentang bagaimana sistem pendidikan rendah telah banyak berubah sejak kami meninggalkannya dan ianya akan terus berkembang sejajar dengan perkembangan dan keperluan semasa kerana tumpuan kaedah pengajaran kini bukan hanya semata-mata untuk melihat pelajar lulus peperiksaan. Kini, ianya telah berubah kepada pembangunan modal insan yang holistik dan seimbang dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menyeronokkan bagi menarik minat murid. Menerusi PBS ini, saya berpeluang untuk mendapat 'first hand experience' merasai cara PdP yang terkini. Saya telah melawat Cikgu Jairah, seorang cikgu Sejarah di sekolah ini semasa proses PdP berlangsung. Cikgu Jairah merupakan seorang cikgu yang amat proaktif dan kreatif dalam membina persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan di dalam kelas. Beliau telah menggunakan unsur 'belajar sambil bermain' dengan menggunakan Bingo sebagai medium bagi mengajarkan topik Organisasi Sekolah kepada muridnya. Dengan menggunakan Bingo, murid-murid akan cuba mengingat nama guru-guru serta jawatan mereka di sekolah itu. Setelah mereka selesai mengisi semua kotak Bingo itu, barulah permainan Bingo akan dimulakan. Semua murid menyertai sesi PdP dengan aktif dengan adanya Bingo ini.
Nur Danish Binti Mazlan SK TEROI, GUAR CHEMPEDAK KEDAH " Assalamualaikum kak " PBS pertama sangat memberi pengalaman yang bagus kepada saya. Kenapa ? Sebab dari PBS ini saya dapat tahu ragam pelajar semasa dalam kelas , cara penerimaan pelajar terhadap guru baru . Jadi, sepanjang PBS di SK Teroi, Kedah, saya berasa sangat seronok dan enjoy setiap perkara yang diadakan di sekolah tersebut. Walaupun diberi kelas ganti setiap hari tetapi saya mengambil peluang tersebut untuk berinteraksi sehabis baik dengan pelajar untuk memberikan suasana yang seronok dan gembira kepada mereka. Pada hari pertama, kebanyakan pelajar membahasakan diri saya sebagai kakak bukan sebagai guru . Saya hanya senyum dan membetulkan bahawa saya ini adalah guru mereka dan lama kelamaan mereka memanggil saya dengan gelaran Cikgu Danish .
Nur Izza Syahira binti Ishak SK TAMAN BERSATU, KUALA KEDAH, KEDAH Sepanjang dua minggu menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah di SK Taman Bersatu, banyak pengalaman manis yang tidak dapat saya lupakan. Saya menjalankan PBS di sekolah rendah saya yang dahulu dan juga telah membawa seorang rakan saya dari Sabah. Saya juga telah bertemu semula dengan guru lama saya yang telah mengajar saya dari tahun 1 hingga tahun 6. Pelbagai ragam dan karenah murid yang saya temui di sekolah tersebut. Ada murid yang terlebih aktif dan juga pendiam. Bagi saya, PBS ini membantu saya dalam meningkatkan kemahiran komunikasi saya sebagai seorang guru. PBS ini juga telah membantu saya untuk melihat cara pengurusan dan juga keadaan sekolah itu. Guru dan warga sekolah di situ juga telah banyak memberi kerjasama kepada saya dan rakan saya dalam melaksanakan tugasan PBS ini. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak sekolah kerana menerima saya bagi menjalankan PBS di sekolah itu.
Seterusnya saya telah memilih dua gambar yang menjadi favoirite saya. Gambar pertama adalah gambar bersama dengan palajar tahun 1. Ini merupakan kelas yang kerap kali saya masuk. Pelajar-pelajar di kelas ini sangatlah sukar dikawal kerana mereka mempunyai pelbagai ragam seperti anak-anak kecil. Ada yang suka mengacau kawan, ada yang menangis, suka berpindah-pindah tempat duduk, ada yang main air, ambil barang kawan dan banyak lagi. Pengalaman di kelas ini mengajarkan pentingnya kesabaran dan ketekunan dalam menghadapi cabaran mengawal pelajar dengan tingkah laku yang pelbagai. Pengalaman berasaskan sekolah (PBS) ini telah memberikan banyak pengetahuan mengenai pengurusan sekolah dan tugas sebagai seorang guru serta tidak ketinggalan juga banyak kenangan manis yang tidak boleh dilupakan. Pada hari pertama saya jejak kaki di sekolah, kebanyakan pelajar mengatakan “Wah! Ada cikgu baru” secara berulang kali dan ada diantara mereka juga mengatakan “bila cikgu nak masuk kelas kami?”. Perkara ini membuatkan saya berasa berasa gementar dan teruja dengan semangat mereka apabila ada cikgu baru di sekolah. Selain itu, mereka tidak kedekut untuk memberi salam kepada guru-guru termasukalah kepada saya apbila berselisih di sekolah. Namun, terdapat juga pelajar yang mengatakan “Assalamualaikum kak” kepada saya. Saya agak terkejut tetapi perkara itu telah menghiburkan hati saya. Nur Sa’idah binti Muhammad Rapi’i SK TEROI, GUAR CHEMPEDAK KEDAH Selain itu, gambar kedua ini merupakan gambar pelajar tahun 4. Kelas ini sangat sporting dan aktif. Saya sangat suka masuk di kelas ini kerana mereka dapat memberikan kerjasama yang baik terhadap aktiviti yang saya buat. Mereka juga mempunyai karenah yang lawak yang menghiburkan hati saya. pengalaman ini menunjukkan pentingnya kebolehan untuk mencipta suasana pembelajaran yang menyeronokkan. kesimpulannya, PBS ini telah membentuk saya menjadi seorang guru yang lebih berpengalaman, kompeten, kreatif dan bersedia untuk menghadapi dunia pendidikan yang mencabar di luar sana. Saya juga menghargai kerjasama dan sokongan dari guru-guru dan murid-murid di sekolah ini yang telah membantu saya dalam menjalani PBS. Saya berterima kasih atas peluang ini dan berharap untuk terus berkembang sebagai seorang pendidik yang memberikan impak positif dalam hidup pelajar dan dunia pendidikan
PerubahantugasanPBS perlu diberitahulebih awal dansusah-payahpelajar dipertimbangkan. Pihaksekolahpulaperlu diberigarispanduan pelaksanaanPBS supaya mereka dapat memberi kerjasama terbaik dalam membantupelajar menyelesaikantugasan. PBS memberi sayapeluanguntuk merasai sendiripengalamansebagai seorangguru di sekolah. Saya juga dapat memahamipengurusan pentadbirankurikulum, HEM,kokurikulum, komuniti dan dasarpendidikanyang dilaksanakan di sekolah. PerubahantugasanPBS yang dibuatpada bahagiansenarai semak dilakukanpada saatsaat akhir sehingga menyukarkanpelajar. Pihak sekolahjuga tidak begitufaham tentang bidangtugas mereka semasa PBS. Nuramira Sariyati binti Rusai SK Taman Rimba Sandakan, Sabah Sekiranya saya ditanya berkenaan pengalaman manis saya sepanjang PBS, setiap detik, minit dan jam sepanjang dua minggu PBS itulah menjadi pengalaman paling manis saya. Bermula dari hari pertama dimana saya dikejutkan dengan sapaan seorang murid, "Assalamualaikum cikgu!" dan diikuti oleh semua murid yangsaya jumpa. Sejujurnyapada waktu itu, saya amat terkejut kerana itu ialah kali pertama saya dipanggil dengan gelaran guru secara rasmi. Selain itu, saya dapat berjumpa dengan murid-murid yang pelbagai kerenah yang menceriakan hari-hari saya. Aneh, tapi banyak perkara yang saya pelajari daripada mereka. Akhir kata, saya tidak akanpernah melupakan murid-murid tersebut dan juga guru-guru di situ yang telah banyak membantu saya menyelesaikan tugasan PBS dan mengajar saya tentang duniaperguruanyangsebenar. Ini ialah lukisan diri saya yang dilukis oleh seorang murid perempuan.
Nurfarida binti Samsul SK MEROTAI BESAR, TAWAU, SABAH "Wah, cikgu kami mau main G-Maths" Pengalaman berasaskan sekolah (PBS) telah memberikan pelbagai pengalaman yang menarik mengenai dunia keguruan. Melalui PBS saya dapat melihat bagaimana seorang guru itu menjalankan kehidupan seharian mereka di sekolah iaitu masuk ke kelas untuk mengajar, menguruskan program dan menjaga kebajikan muridmurid di sekolah. Bukan itu sahaja, pada hari pertama menjalankan PBS, saya agak merasa kekok kerana dipanggil sebagai ‘cikgu’ oleh murid-murid di sekolah tersebut kerana itu merupakan kali pertama saya dipanggil sebagai seorang cikgu di sekolah lebih-lebih lagi sekolah lama saya. Selain itu, saya juga telah mempelajari tentang pengurusan-pengurusan yang terdapat di sekolah tersebut termasuklah pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan komuniti. Gambar di atas merupakan gambar semasa bengkel kecermelangan akademik bagi subjek matematik telah berlangsung. Semasa saya menjaga stesen matematik untuk permainan G-Maths ini, semua murid-murid akan berasa teruja apabila melihat kotak G-Maths di atas meja. Keterujaan mereka membuatkan saya tertanya-tanya apakah mereka pernah bermainan permainan ini dan hampir semua murid mengatakan tidak. Namun, keterujaan mereka tersebut menjadikan mereka untuk lebih bersemangat untuk belajar. Tambahan lagi, tiga orang murid di atas ini iaitu murid tahun 4 merupakan murid-murid yang mempunyai daya saing yang tinggi untuk mendapat skor yang tinggi dalam permainan tersebut. Mereka bukan sahaja bermain dengan rawak tapi mereka sangat mengaplikasikan kemahiran matematik dalam permainan tersebut. Oleh itu, berdasarkan permainan ini saya dapat melihat bahawa bahan bantu mengajar dapat membantu guru-guru untuk menarik minat murid dalam belajar.
Nurul Maisara binti Zainal Abidin SK PUSAT BANDAR PUCHONG (1) Sebagai seorang guru pelatih yang menjalani PBS di sekolah ini, saya telah memperoleh banyak pengalaman dan kenangan manis yang telah memberi inspirasi dan bermakna bagi perkembangan profesional saya sebagai seorang warga pendidik. Pelaksanaan PBS di sekolah ini telah membuka pintu kepada pelbagai pengetahuan baru dalam dunia pendidikan. Saya dapat merasai perbezaan antara teori yang dipelajari di dalam bilik kuliah dengan pengalaman praktikal yang berlaku di alam sebenar sekolah. Ini adalah kekuatan yang memberi penerangan yang jelas mengenai bagaimana teori pendidikan diaplikasikan dalam pembelajaran sebenar dan cara interaksi dengan murid-murid. Namun begitu, kelemahan yang saya dapati adalah tempoh pelaksanaan PBS ini terlalu singkat. Saya merasakan bahawa masa yang terhad ini membataskan peluang saya untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman dan pengetahuan dalam menghadapi situasi sebenar di sekolah. Lebih banyak masa yang diberikan akan membolehkan saya belajar dan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan ekosistem sekolah. Salah satu pengalaman manis yang tak dapat saya lupakan adalah ketika terlibat dalam Program Minggu Matematik di sekolah ini. Saya bertanggungjawab dalam menjaga beberapa aktiviti seperti teka bilangan lego dan reka bentuk 3D. Pengalaman ini memberi saya perspektif baru dalam mengurus dan melibatkan diri dalam program sekolah. Selain daripada itu, saya juga dapat berinteraksi dengan murid-murid secara lebih dekat, mengajar mereka, dan memahami keperluan mereka, ketika menyertai aktiviti tersebut. Secara keseluruhannya, pengalaman sebagai seorang guru pelatih menjalani PBS di SK Pusat Bandar Puchong (1) adalah sangat bermakna dan memberi impak yang positif terhadap perkembangan saya sebagai pendidik. Murid-murid yang menyertai aktiviti Reka Bentuk 3D
Saya amat bersyukur kerana berpeluang menjalankan PBS 1 di SJK(C) Kiew Nang yang berdekatan dengan rumah saya. Kekuatan sekolah ini ialah semua guru di sekolah ini bersikap pemurah dan mereka melayan saya secara baik serta banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Mereka juga bersikap sabar apabila membimbing saya sepanjang tempoh PBS ini. Jadi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga di SJK(C) Kiew Nang atas bimbingan dan jagaan yang diberikan. Dengan adanya bantuan anda semua, barulah PBS 1 saya boleh berjalan dengan begitu lancar dan berjaya. Walau bagaimanapun, kelemahan sekolah ini ialah ruangnya amat kecil dan prasarana amat terhad. Hal ini telah mengehadkan kegunaan murid dan guru sekolah. Jadi, saya bercadang pihak sekolah boleh gigih mengutip derma daripada pihak komuniti untuk memperbesar ruang sekolah dan mempelbagai kemudahan sekolah untuk keselesaan semua warga sekolah. Shirly Ling Chung Qing SJK(C) Kiew Nang, Sibu, Sarawak
Siti Nur Fatihah binti Siri SK PUSAT BANDAR PUCHONG (1)t Apabila mengajak murid main Magic Mathematics saya ingat satu ayat ini "Cikgu guna sihir " Assalammualaikum, PBS 1 memberi banyak kenangan manis untuk saya. Kenapa saya tekankan ayat murid ini mengenai Mathematics kerana di sini saya sedar bahawa Matematik adalah meluas dan boleh dijadikan suatu permainan sebagai silap mata di mana sebenarnya ia mempunyai satu kaedah untuk menyelesaikannya tetapi sebelum kami memberi taktik Magic Mathematics iaitu satu permainan Matematik yang melibatkan tekaan nombor sebenar oleh individu lain dengan betul, murid-murid berkata 'Cikgu guna sihir". Kami juga geli hati mendengarnya dan menjelaskan kepada mereka cara atau taktik Magic Mathematics. Apabila sudah tahu taktiknya, mereka berasa sangat teruja. Di sini terbukti Matematik juga ada magicnya tersendiri di mana ia menggunakan pengetahuan Matematik kita sendiri semasa di sekolah. Kekuatan yang dapati semasa PBS, budaya yang diamalkan di sekolah ini di mana ia memberi peluang kepada murid-murid dan saya sendiri belajar mengenai budaya yang mereka amalkan di setiap aktiviti. Contohnya budaya mengawal kebisingan murid-murid. Kelemahan yang didapati adalah mengenai persediaan mengadakan program contohnya dana untuk menyediakan hadiah bagi menyediakan hadiah murid-murid di mana cadangan penambahbaikan dari sudut pandangan saya adalah membuat kutipan dari Cikgu-cikgu dan murid-murid untuk membeli hadiah kepada murid-murid pada minggu program dijalankan namun ini bukan isu yang terlalu besar tetapi ia masih boleh diperbaiki. Saya, amat bersyukur dan gembira diterima dengan baik dan dialu-alukan di sekolah ini di mana dari Guru Besar, Penolong Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru dan murid-murid amat baik kepada kami dan memberi kerjasama kepada saya dan rakan saya. Di sini jiwa sebagai seorang pendidik mula timbul dan ia memberi suatu rasa seronok kepada diri ini.
Dalam PBS ini, saya telah mendapati beberapa kekuatan program ini. Antaranya ialah saya perlu menguasai teknik pergualan semasa berkomunikasi dengan guru besar, penolong kanan sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah, ibu bapa dan murid-murid. Saya juga perlu menyesuaikan diri sebagai guru pelatih di sekolah dan sentiasa menjaga imej kampus. Saya telah mendapati sekolah ini mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan papan putih interaktif di setiap bilik darjah. Stephanie Wong Ting Ting Sepanjang saya menjalankan PBS di SJK(C) Chung Hwa Kota Kinabalu, saya berasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk balik ke alma mater saya. SJK(C) CHUNG HWA KOTA KINABALU, SABAH Kelemahan program yang saya dapati ialah perubahan tugasan PBS telah dibagitahu pada saat-saat akhir sehingga menyukarkan kami untuk melengkapkan maklumat sekolah kerana tempoh PBS sudah tamat. Saya berpendapat IPGM harus memberi maklumat terkini sebelum PBS bermula supaya kami mempunyai masa yang cukup untuk megumpul semua maklumat. Kenangan manis saya di sekolah ini ialah saya telah berkenalan dengan guru pelatih dari IPG Gaya dan IPG Keningau. Kami telah berbincang dan bekerjasama untuk mengumpul maklumat sekolah. Kami juga menggantikan guru Kelab Seni Lukis yang sakit semasa kokurikulum sekolah dijalankan. Kami telah memberi tugasan pembuatan kad ucapan sempena Hari Bapa dan menggunakan papan putih interaktif untuk memaparkan video-video sebagai contoh dan rujukan kepada murid.
Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK(C) Sacred Heart Chinese, Sibu, Sarawak. Sejak penamatan pengajian di sekolah tersebut, saya tidak ada peluang untuk pergi sekolah tersebut. Saya berasa sangat gembira kerana dapat kembali ke alma mater. Yew Shin Tong SJK(C)SACREDHEARTCHINESE,SIBU,SARAWAK Semasa menjalani PBS, saya telah mengenalipelajar dari IPG lainyangsama-sama menjalankanPBS. Kami telah melawat sekolah dan menemu bualkakitangan danguru-gurusekolahtersebut bersama-sama. Selainitu, saya telah menjalinkanhubungan baik denganguru danpelajar. Guru-guru di sekolahini menunjukkansikapyangpeduli, penyayang dan dedikasi tinggi terhadappembelajaran danperkembangansetiap murid. Mereka memberikan sokongan dantunjukajar denganpenuhkesabaran walaupunsaya masih dalam prosespembelajaran dan memerlukan masauntuk menyesuaikan diri dengansuasana sekolahtersebut. Murid-murid telah menyambut saya denganpenuh kegembiraan dankehangatan. Mereka denganpantas menerima saya sebagai sebahagian daripadakomuniti sekolah. Pengalamanini akansentiasa meninggalkankenanganindah dihati saya sebagai satutitikpermulaan dalam perjalanansaya sebagaipendidikyanginklusif danpenyayang. Salahsatukelemahanyangsayaperhatikanadalahkurangnya sumber daya dankemudahanyang mencukupi untukaktivitikokurikulum danprogram pembelajaran. Olehitu, sayapercaya bahawa sekolahakan mengambil inisiatifuntuk meningkatkansumber daya dan memperkuatkaninfrastruktur agarprogram danpembelajaranyang dijalankan dapat mencapaipotensiyanglebihtinggi.