The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

geografi ting 1 kerja lapangan sisa domestik

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by batrisyiadamia22, 2021-10-04 04:13:13

geografi ting 1 kerja lapangan sisa domestik

geografi ting 1 kerja lapangan sisa domestik

SEKOLAH BERASRAMA PENUH
INTEGRASI TEMERLOH

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
SISA DOMESTIK

Nama Pelajar : NUR DAMIA BATRISYIA BINTI MOHD ASHRI
No. Kad Pengenalan : 080808-06 0552
Kelas / Tingkatan : 1 BRILLIANT
Guru Matapelajaran : ENCIK HASPULNIZAM BIN DERAMAN

ISI KANDUNGAN

Perkara Halaman
Penghargaan 1
Pendahuluan 2
Objektif Kajian 3
Kawasan Kajian 4-5
Kaedah Kajian 6
Hasil Kajian 7
Rumusan 8-9
Rujukan 10

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, Puan Umi Nafisah binti Md
Sirat dan Guru mata pelajaran Geografi , iaitu En Haspulnizam bin
Deraman kerana telah memberi peluang kepada saya dalam melakukan
kajian ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan rakan-
rakan yang telah banyak membantu saya, membimbing dan bekerjasama
sepanjang penghasilan kerja lapangan ini.

Seterusnya saya juga meletakkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada para responden yang sangat membantu saya untuk menyiapkan
tugasan ini dengan baik.

PENDAHULUAN

Nama saya Nur Damia Batrisyia binti Mohd Ashri iaitu pelajar kelas 1
brilliant,Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh.Saya dan rakan-
rakan ditugaskan untuk menyiapkan projek Kajian Lapangan.Saya telah
memilih tajuk Sisa Domestik.Sisa domestic merupakan bahan buangan
yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa makanan,plastic,kertas
serta bahan logam yang terpakai.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khusus kajian ini bertujuan untuk:

- Mendefinisikan konsep sisa domestik
- Mengenal pasti jenis sisa domestik
- Mengenal pasti punca pembuangan sisa domestik
- Mengkaji kesan sisa domestik
- Menyenaraikan langkah-langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa

domestik

KAWASAN KAJIAN

Saya telah memilih kawasan Jengka 9,Pahang sebagai kawasan kajian
kerana kawasan itu tempat tinggal saya dan ia lebih mudah untuk
membuat kajian.Jengka 9 terletak kira-kira 56 km dari Temerloh.

KAEDAH KAJIAN

Kajian luar ini saya jalankan dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu:

➢ Pemerhatian dan pencerapan dijalankan bagi mengenal pasti jenis-
jenis sisa domestik di tempat ini .

➢ Melakukan soal selidik terhadap beberapa responden yang terdiri
daripada pekerja dan penduduk setempat.

➢ Rujukan dibuat dengan pencarian internet, buku, majalah dan
sebagainya.

HASIL KAJIAN

Jenis-jenis sisa domestik
Berdasarkan pemerhatian saya dan hasil soal selidik bersama responden,
sisa domestik di kawasan ini dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
bahan organik dan juga bahan bukan organik.

➢ Bahan organik ialah bahan yang boleh diuraikan dan dilupuskan serta
dihasilkan dari sumber haiwan dan tumbuhan seperti sisa makanan,sisa
kebun dan juga kertas.

➢ Bahan bukan organik pula bahan yang sukar diuraikan dan
dilupuskan.Ia dihasilkan dari sumber mineral.Bahan yang biasa ditemui
di tempat ini ialah seperti kaca,plastik,besi buruk dan tin.

Gambar di bawah menunjukkan pembuangan sisa-sisa domestik:

Contoh pembungan sisa domestik yang tidak betul

Kesan-kesan pembuangan sisa domestik
Pilihan responden adalah:
1. Pemandangan tidak menarik
2. Pembiakan lalat atau serangga perosak berleluasa
3. Bau busuk yang berpanjangan

Langkah-langkah mengurangkan pembuangan sisa domestik
1. Pengasingan sampah di punca iaitu tempat terkumpulnya sampah

sarap.
2. Mengadakan program gotong-royong bersama jiran tertangga kita.
3. Menggalakkan program konsep 3R iaitu (Reuse, Reduce, dan

Recycle) yang membawa maksud mengurangkan penggunaan beg
plastik,menggunakan semula bahan-bahan dan berkaitan dengan
kitar semula.

Punca pembuangan sisa domestik Bilangan responden

Pembuangan sisa jualan/makanan di 10
premis perniagaan 5
Pemungutan dan pengendalian sisa 4
domestik tidak mengikut jadual 0
Amalan /tabiat pembuangan sisa domestik
penduduk tempatan
Sisa pepejal dari kilang

JUMLAH 19

RUMUSAN

Pembangunan ekonomi ini merupakan indikator yang positif dari
aspek sosioekonomi penduduk tetapi ia perlulah seimbang dengan
pemeliharaan dan pemuliharaan akan alam semula jadi. Jika kepentingan
alam semula jadi diabaikan, penduduk di sini akan terus menghadapi
masalah seperti pencemaran,bencana alam dan banyak lagi.

Jengka 9 merupakan sebuah tempat yang berpotensi besar untuk
dibangunkan ke tahap seterusnya. Namun demikian, usaha pembangunan
kawasan ini tidak harus dilakukan secara intensif sehingga
membelakangkan penjagaan alam sekitar. Justeru, setiap pihak perlu
memainkan peranan masing-masing demi memastikan masyarakat dapat
hidup dengan selesa dan aman. Sesungguhnya pembangunan ekonomi ini
tidak membawa apa-apa makna jika masyarakat hidup di dalam
persekitaran yang tidak sihat dan ia boleh menjejaskan kesihatan serta
mendapat penyakit dalam jangka masa yang panjang.

RUJUKAN

• Buku teks geografi tingkatan 1

• https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sisa_domestik

• https://www.slideshare.net/Eve93Ooi/pencemaran-sisa-toksik-
15852116


Click to View FlipBook Version