DIPLOMA :
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK
KURSUS/KOD KURSUS :
SAHSIAH DAN BIMBINGAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK (AAK2093)
TAJUK:
PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK BERUMUR 4-6 TAHUN
DISEDIAKAN OLEH:
BIL NAMA NO MATRIK KUMPULAN
1 NUR HAZIRAH IZZATI BINTI BAKRI PID20104 2
PENSYARAH :
PUAN FAIZAN BINTI GAYUH
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SEMESTER 3 SESI 2020/2021
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.
Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan
sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau
separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan
nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan
sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku positif
merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan tingkah laku yang baik untuk
perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih
bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tingkah
laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah laku
negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak
yang seriang memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai
tingkah laku negatif.
KANAK-KANAK
BERTINGKAH LAKU
NEGATIF
TINGKAH LAKU
ANTI SOSIAL
TINGKAH LAKU ANTI SOSIAL
Tingkah laku anti sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang
ganas terhadap individu lain atau menyebabkan ancaman, bahaya
dan kecederaan. Ciri-ciri utama tingkah laku anti sosial yang
mungkin para ibu bapa sedia maklum atau mungkin juga sedang
dihadapi oleh kanak-kanak, iaitu tindakan membuli, menipu dan
manipulasi, mencuri, tidak mendengar arahan, melanggar
peraturan-peraturan umum yang ditetapkan oleh ibu bapa,
sekolah atau pihak berkuasa dan memukul atau mencederakan
rakan. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku sebegini juga
dilihat mempunyai kecelaruan emosi yang mana tiada atau
kurang rasa simpati dan empati terhadap individu lain.
TINGKAH LAKU :
BERCAKAP BOHONG
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERCAKAP BOHONG:
Membina Identiti
• kanak-kanak mempunyai sifat bersaing. Apabila berbual bersama rakan-rakan semuanya
bercerita hebat-hebat belaka. Lantas mendorong untuk mencipta cerita hebat juga dan
akhirnya menyebabkan mereka berbohong
Elak Masalah
• Kanak-kanak dapat menjangka mereka akan dimarah selepas melakukan kesilapan.
Berbohong adalah jalan keluar termudah bagi menyelamatkan diri.
Dapatkan Perhatian
• Kadangkala kanak-kanak berbohong untuk mendapatkan perhatian. Antara kes yang biasa
ditemui adalah kanak-kanak yang suka menambah nambah cerita mengenai dimarah atau
dirotan oleh guru atau pengasuh.Namun apabila ibu bapa berjumpa guru atau pengasuh,
lain pula jadinya.
Inginkan Sesuatu
• Sebahagian kanak-kanak menjadikan berbohong adalah cara mudah untuk mendapatkan
sesuatu. Mereka akan sanggup berbohong untuk mendapatkan duit lebih dengan alasan
guru kelas meminta wang untuk program tadika
FAKTOR YANG MENYEBABKAN KANAK-KANAK BERCAKAP BOHONG
• Kanak-kanak dibesarkan dalam suasana yang tidak selesa . Kanak-kanak
bercakap bohong untuk mengelakkan hukuman lain sesuatu.
• Ibu bapa memberi harapan palsu pada kanak-kanak. Sudah berjanji tetapi
tidak menunaikan, dari situ kanak-kanak mula untuk bercakap bohong
• Keliru dengan apa yang betul atau salah. Kanak-kanak bertindak mengikut
persekitaran dan interaksi dengan ibubapa atau cikgu. Respon mereka
pada sesuatu persoalan bergantung kepada reaksi kita. Sebab itu bila kita
tanya soalan dalam nada marah, mereka tend untuk menjawab sesuatu
yang ‘menyelamatkan’ diri.
Cadangan dan Teknik dalam Mengurus Tingkah Laku Kanak-Kanak yang Bercakap Bohong
❑ Tidak perlu dengan serta-merta, sebaik sahaja perbohongan kanak-kanak tersebut dilihat
dan berfikir untuk memberi hukuman yang berkesan.Fikirkanlah dengan diri sendiri.Lihat
berapa kali sebagai orang dewasa bercakap bohong dengan kanak-kanak.Mungkin ini akan
membantu memahami apa akar permasalahannya.
❑ Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba pada manusia tahun
penuh kebohongan.
❑ Jika memutuskan untu bercakap, ingat bahawa bercakap dengan seorang kanak-kanak
mengenai bahaya berbohong lebih baik secara peribadi
Cadangan dan Teknik dalam Mengurus Tingkah Laku Kanak-Kanak yang Bercakap Bohong
❑ Harus ada peraturan di setiap rumah. Kanak-kanak perlu tahu apa yang boleh dan tidak boleh
dibuat. Antara punca kanak-kanak mengulangi kesalahan yang sama ialah mereka tidak tahu ia
sesuatu yang salah sebelum melakukannya.
❑ Tetapkan had dan batasan. Kanak-kanak perlu tahu sampai mana boleh dan tidak boleh. Bermain
boleh tetapi hingga jam berapa contohnya atau di lokasi yang ditetapkan saja. Sudah terlambat
jika kita hendak perbetulkan perkara yang sudah menjadi tabiat mereka, dan di situlah bermula
pembohongan demi pembohongan.
❑ Kenal pasti dan bantu. Bukan setakat memberitahu tidak suka saja, kita juga perlu mengetahui
mengapa mereka berbohong ketika itu. Kanak-kanak boleh dirasionalkan. Sebagai contoh, anak
mencuri RM10 untuk membeli sekotak pen magik di sekolah. Dengarlah suara hati dan keinginan
mereka, kemudian rasionalkan. Jika ia baik dan tidak mahal, apa salahnya dibelikan.
RUJUKAN
• Zubaedi, 2011. Desain Pendidikan Karakter.
Jakarta: Kencana
• Pemetaan Problem Mahasiswa (studi pada mahasiswa yag berprestasi
rendah STAIN Salatiga) (2013)
• Mengoptimalkan prestasi Mahasiswa melalui Pendekatan Self
Management (Actiob reseach pada mahasiswa yang berprestasi rendah
STAIN Salatiga (2013)
• Mohd. Nasir Omar. 2010. Falsafah Akhlak. (Edisi Kedua 2015) ISBN 978-967-
942-922-0