The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Minit Mesyuarat AJK KW Bil. 3-2021 2.7.2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by reenefd, 2021-10-21 00:05:19

Minit Mesyuarat AJK KW Bil. 3-2021 2.7.2021

Minit Mesyuarat AJK KW Bil. 3-2021 2.7.2021

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KELAB WARDAH SESI 2021/2023
BILANGAN 2/2021

Tarikh : 2 Julai 2021 (Jumaat)

Masa : 12.00 Tengahari

Medium : MsTeams

____________________________________________________________________________

Kehadiran:

1. Puan Nor Azzah Momin

2. Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani Mohd Safian - Pengerusi

3. Puan Hariza Binti Mohd Yusof

4. Puan Nurhazreen Binti Mohd Nor - Setiausaha

5. Dr. Nur Huda Binti Faujan

6. Cik Nur Sakinatul Laila Binti Mohd Jasni

7. Puan Siti Noor Izyani Zalilah Binti Sulaiman

8. Dr. Lubna Abd Rahman

9. Dr. Syahirah Binti Abd Shukor

10. Puan Thuraiya Binti Udah@Budah

11. Puan Wan Nadihah Binti Wan Jamil

Tidak Hadir Dengan Kenyataan:

1. Puan Siti Nurbaya Binti Ismail
2. Puan Norazlina Binti Abu Zahar
3. Puan Wan Fauriah Binti Wan Samad
4. Puan Zuraidah Binti Mohd Salleh
5. Dr. Dina Binti Imam Supaat
6. Puan Ainnatun Nadrah Binti Mansor
7. Puan Azwa Binti Adnan
____________________________________________________________________________

NO. PERKARA/PERBINCANGAN MAKLUMAN/TINDAKAN
1. ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan membaca Al-Fatihah Semua
dan mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli
Jawatankuasa (AJK) yang hadir.

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Puan Siti Nurbaya
Ismail atas pelantikannya sebagai Pemangku Bendahari yang
baharu.

1.3 Pengerusi memaklumkan Kelab WARDAH akan terus dilibatkan
secara kerjasama dalam program Jumaat With Ladies anjuran
Pusat Islam USIM sebagai moderator.

1.4 Pengerusi memaklumkan semua Biro adalah diminta untuk
memaklumkan kepada Setiausaha jika terdapat program yang
tidak dapat dilaksanakan atas sebab tertentu.

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kelab WARDAH Sesi 2021/2023 Bilangan 3/2021 1

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BILANGAN 1/2021 Semua

2.1 Minit mesyuarat telah disahkan oleh Cik Nur Sakinatul Laila
Binti Mohd Jasni dan telah disokong oleh Dr. Syahirah Binti
Abd Shukor.

3. PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN PROGRAM KELAB Timbalan Setiausaha
WARDAH 2021

3.1 Cadangan Promosi Penambahan Ahli Kelab WARDAH
3.1.1 Promosi untuk menambah keahlian Kelab WARDAH perlu

dipergiatkan lagi ke seluruh PTj di USIM. Timbalan
Setiausaha diminta untuk mengemaskini keahlian dan
memberi maklumat kepada Biro Multimedia dan Publisiti
untuk penyediaan info dalam poster bagi tujuan promosi
untuk warga staf wanita USIM.

3.2 Biro Pendidikan Biro Pendidikan
Mesyuarat mengambil maklum berkaitan perkara berikut:

3.2.1 Mengadakan program perkongsian ahli Kelab WARDAH
yang pernah menghidap COVID-19 pada hujung Julai 2021.
Urusan pelaksanaan program sedang dalam proses
tindakan.

3.2.2 Mengadakan program Diskusi Wanita bersama Prof. Madya
Dr. Noornajihan Jaafar sebagaimana yang telah dirancang.
Satu perbincangan telah diadakan bersama beliau dan
bersetuju akan mengadakan 1 slot perkongsian nanti.

3.2.3 Program-program dalam senarai perancangan yang tidak
akan diteruskan pada tahun ini adalah seperti berikut:
1. Kemahiran advanced excel untuk kemahiran
analisa data.
2. Kelas berfokus kepada anak-anak untuk
subjek/topik terpilih.
3. Kelas tajwid sekali sebulan untuk staf Wanita.

4. Kursus Pengurusan Jenazah.

3.3 Biro Kebajikan Biro Kebajikan
Mesyuarat mengambil maklum berkaitan perkara berikut:

3.3.1 Menyediakan poster makluman berkaitan sumbangan yang
telah dikongsikan dalam grup Whats App ahli Kelab
WARDAH. Biro Kebajikan diminta untuk beri maklumat
berkaitan kepada Biro Multimedia dan Publisiti untuk
penyediaan poster tersebut.

3.3.2 Cadangan untuk mengadakan program Forum “Makanan
Kesihatan vs Makanan Sunnah” sedang dalam proses
tindakan pelaksanaan sebagaimana yang dirancang.

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kelab WARDAH Sesi 2021/2023 Bilangan 3/2021 2

3.3.3 Poster makluman untuk memohon sumbangan daripada
ahli kelab akan diuar-uarkan pada setiap hari Jumaat
sempena hari penuh barakah dan digalakkan bersedakah.

3.4 Biro Multimedia dan Promosi Biro Multimedia dan
Mesyuarat mengambil maklum berkaitan perkara berikut: Promosi

3.4.1 Memuatnaik penulisan Pengerusi Kelab WARDAH dalam
FB Kelab WARDAH dengan meletakkan link artikel tersebut
untuk bacaan umum.

3.4.2 Mewujudkan ruang penulisan dalam laman web Kelab
WARDAH untuk AJK dan ahli kelab yang berminat untuk
menulis dan akan dikongsikan link penulisan tersebut
dalam FB kelab.

3.4.3 Mengadakan pertandingan video pendek perkongsian
aktiviti semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau
yang seumpamanya untuk ahli kelab dan akan
mencadangkan konsep dan syarat-syarat pertandingan.
Pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai dan
semua penyertaan akan menerima sijil penyertaan.

3.4.4 Mengadakan perbincangan terperinci bersama pihak SDEC
berkaitan penggunaan Streamyard dan Zoom untuk
program dalam talian anjuran Kelab WARDAH.

3.4.5 Menyediakan poster pendaftaran keahlian baharu Kelab
WARDAH secepat mungkin untuk tujuan promosi kepada
warga staf wanita USIM.

3.4.6 Menguruskan dengan kadar segera gambar semua AJK
untuk dimuatnaik dalam laman web kelab. Semua AJK
perlu mengambil gambar sendiri dan diserahkan kepada
Biro Multimedia dan Publisiti untuk tindakan lanjut. Biro ini
akan memaklumkan warna pakaian/tudung untuk dipakai
bagi tujuan gambar tersebut.

3.5 Biro Sukan dan Rekreasi Biro Sukan dan
Mesyuarat mengambil maklum berkaitan perkara berikut: Rekreasi

3.5.1 Perkongsian apa jua video senaman ringan atau workout
yang mudah untuk tatapan ahli dan diberikan kepada Biro
Multimedia dan Publisiti untuk dimuat naik dalam FB kelab.

3.5.2 Menyediakan maklumat infografik berkaitan sukan dan
kesihatan diri. Maklumat diberikan kepada Biro Mutimedia
dan Publisiti untuk penyediaan poster berkaitan.

3.6 Biro Kerohanian
Mesyuarat mengambil maklum berkaitan perkara berikut:

3.6.1 Mengambil tanggungjawab sebagai person in charge (PIC)
bagi Kelab WARDAH untuk program Jumaat With Ladies
anjuran Pusat Islam.

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kelab WARDAH Sesi 2021/2023 Bilangan 3/2021 3

3.6.2 Menyusun jadual moderator di kalangan AJK Kelab Biro Kerohanian
3.6.3 WARDAH dengan kekerapan sebulan sekali. Meuar-uarkan
3.6.4 program ini kepada warga USIM dan luar USIM juga
dengan menggunakan poster yang disediakan oleh Pusat
3.6.5 Islam.
3.6.6 Mengadakan Majlis Bacaan Yasin Bulanan selepas waktu
Maghrib memandangkan waktu siang agak sibuk dengan
kerja hakiki.
Melaksanakan Kuliah Dhuha pada bulan Ogos 2021.
penceramah yang terdiri daripada jemputan dalaman USIM
telah dan akan dihubungi untuk perbincangan lanjut.
Bayaran akan dibayar mengikut pekeliling Perbendaharaan
sedia ada atau berdasarkan cadangan dalam kertas kerja
program yang akan disediakan oleh Biro ini.
Mengadakan ceramah kerohanian “Kebahagiaan Dalam
Organisasi” pada bulan September atau Oktober 2021.
Nama penceramah akan dikongsikan kemudian oleh Dr.
Syahirah Abdul Syukor.
Mencadangkan pelaksanaan Kelas Taranum selepas tamat
peperiksaan semester oleh kerana cadangan pengendali
adalah pelajar USIM dan sedang sibuk untuk persediaan
peperiksaan. Ia akan diselaraskan semula selepas
peperiksaan tamat.

3.7 Biro Ekonomi dan Penjanaan Kewangan

Mesyuarat mengambil maklum berkaitan perkara berikut:

3.7.1 Menyelaraskan idea pengiklanan produk jualan ahli dalam

ruang Whats App ahli kelab dan FB kelab untuk memberi

peluang kepada mereka yang ingin mempromosikan

produk jualan mereka.

3.7.2 Cadangan bayaran ruang pengiklanan adalah seperti

berikut:

RUANG BAYARAN
HARI (untuk satu iklan/produk)

Grup Whats Sabtu RM5 Biro Ekonomi dan
App ahli Kelab Ahad RM5 Penjanaan Kewangan

WARDAH
FB Kelab
WARDAH

3.7.3 Membincangkan penjualan face mask Palestin bersama
Pengerusi Kelab WARDAH untuk tindakan seterusnya.

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kelab WARDAH Sesi 2021/2023 Bilangan 3/2021 4

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Pengerusi memaklumkan pertukaran nama Biro-biro berkaitan
seperti berikut:

NAMA ASAL NAMA BAHARU

Biro Kebajikan dan Biro Kebajikan
Kesihatan
Biro Sukan dan
Biro Sukan dan Rekreasi Kesihatan

Ia bertujuan untuk memantap dan memperkasakan lagi skop, Semua
fungsi dan peranan Biro-biro tersebut. Semua

4.2 Pengerusi mengambil maklum cadangan Biro Pemerkasaan
Wanita dan Keluarga (BALQIS), Masjid Dato’ Klana Petra, Nilai
berkaitan penglibatan Kelab WARDAH dalam pengurusan

jenazah wanita di masjid berkenaan.

Mesyuarat bersetuju :
Kelab WARDAH hanya akan terlibat dalam pengurusan jenazah
untuk warga staf dan pelajar wanita USIM sahaja.
5. PENUTUP

Mesyuarat tamat pada jam 1.53 petang dan ditutup dengan
bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

NURHAZREEN MOHD NOR PROF. MADYA DR. YASMIN HANANI
Setiausaha MOHD SAFIAN
Jawatankuasa Kelab WARDAH USIM Pengerusi
Jawatankuasa Kelab WARDAH USIM

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kelab WARDAH Sesi 2021/2023 Bilangan 3/2021 5


Click to View FlipBook Version