Minit Mesyuarat
Jawatankuasa Kelab
WARDAH Sesi 2021/2023
Bilangan 2/2021
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KELAB WARDAH SESI
2021/2023 BILANGAN 2/2021
Tarikh : 22 April 2021 Masa: 2.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Perpustakaan
Kehadiran:
1. Dr. Yasmin Hanani Mohd Safian - Pengerusi
Setiausaha
2. Puan Nor Azzah Momin
3. Puan Hariza Binti Mohd Yusof
4. Puan Nurhazreen Binti Mohd Nor -
5. Dr. Nur Huda Binti Faujan
6. Dr. Dina Binti Imam Supaat
7. Puan Siti Noor Izyani Zalilah Binti Sulaiman
8. Cik Nur Sakinatul Laila Binti Mohd Jasni
9. Puan Ainnatun Nadrah Binti Mansor
Tidak Hadir Dengan Kenyataan:
1. Puan Siti Nurbaya Binti Ismail
2. Puan Norazlina Binti Abu Zahar
3. Puan Wan Fauriah Binti Wan Samad
4. Dr. Syahirah Binti Abd Shukor
5. Puan Zuraidah Binti Mohd Salleh
6. Puan Thuraiya Binti Udah@Budah
7. Puan Azwa Binti Adnan
8. Puan Wan Nadihah Binti Wan Jamil
2 "PENCETUS SRIKANDI BESTARI"
Aluan
01Pengerusi
1. ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan membaca Al-Fatihah dan
mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa
(AJK) yang hadir.
1.2 Pengerusi memaklum dan mengesahkan pelantikan AJK sedia ada
adalah berdasarkan tempoh berikut:
a. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi – 1 Jun 2020 hingga 31
Disember 2022.
b. Cik Nur Sakinatul Laila binti Mohd Jasni – 17 Ogos 2020 hingga
31 Disember 2022.
c. AJK selain nama di atas – 18 Februari 2021 hingga 17 Mac
2023.
1.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kerana beberapa program telah
dilaksanakan sebelum ini.
a. Diskusi Wanita “Wanita Tonggak 21 Tahun USIM” besempena
dengan Hari Wanita Sedunia.
b. Ceramah “Masih Ada Yang Sayang”.
c. Diskusi Bersama Pakar: Forum Kesihatan – Vaksin COVID-19,
Maklumat, Kepastian dan Keyakinan.
(MAKLUMAN : SEMUA)
"PENCETUS SRIKANDI BESTARI" 3
Pengesahan Minit
02 Mesyuarat
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BILANGAN 1/2021
2.1. Minit mesyuarat telah disahkan dengan pindaan oleh Puan Hariza Yusuf
pada kehadiran iaitu mengurangkan satu nama Puan Hariza Binti Mohd
Yusuf dan telah disokong oleh Puan Ainnatun Nadrah Binti Mansor.
(MAKLUMAN : SEMUA)
03Pembentangan dan
Perbincangan Program Kelab
Wardah 2021
3.1. BIRO PENDIDIKAN DAN KEMAHIRAN
3.1.1 Biro Pendidikan dan Kemahiran telah membentangkan program-program
yang telah berlangsung dan yang dirancang untuk dianjurkan.
4
"PENCETUS SRIKANDI BESTARI"
3.1.2 Pengerusi mencadangkan agar program nombor tiga (3) perlu berfokus untuk
menarik penyertaan ahli kelab. Contohnya, Program Wanita dan Pengurusan
Kewangan yang menggunakan aplikasi Excel sebagai teknik mengurus
perbelanjaan dengan baik. Program ini juga dicadangkan supaya dijadikan
program penjanaan Kelab Wardah di mana peserta dikenakan yuran untuk
menyertainya.
3.1.3. Pengerusi bersetuju program nombor empat (4) diteruskan dan perlu
memperincikan peserta sasaran.
3.1.4. Penasihat dan Pengerusi memaklumkan program nombor lima (5) adalah di
bawah tanggungjawab Pusat Islam USIM dan sememangnya telah ada dalam
jadual program mereka.
3.1.5. Mesyuarat bersetuju agar program nombor enam (6) diteruskan dengan
melantik seorang ketua sebagai penyelaras. Ketua tersebut perlu mengadakan
perbincangan dengan mantan Setiausaha Kelab Wardah kerana beberapa
pengurusan yang telah beliau dan urusetia program tersebut laksanakan sebelum
ini perlu disusun semula untuk penganjuran seterusnya.
3.1.6. Pengerusi mencadangkan agar program nombor tujuh (7) dilasanakan
dengan dikenakan yuran penyertaan kepada peserta. Ini adalah untuk membantu
penjanaan Kelab Wardah.
(TINDAKAN : BIRO PENDIDIKAN DAN KEMAHIRAN)
"PENCETUS SRIKANDI BESTARI" 5
3.2.1 BIRO KEBAJIKAN DAN KESIHATAN
3.2.1. Biro Pendidikan dan Kemahiran telah membentangkan
program-program yang telah berlangsung dan yang dirancang
untuk dianjurkan.
3.2.2. Pengerusi mencadangkan jika ada di kalangan ahli Kelab Wardah yang
mempunyai kepakaran dalam aspek-aspek yang dinyatakan dalam cadangan
program nombor dua (2), ia amatlah dialu-alukan.
3.2.3. Mesyuarat dimaklumkan sesi konsultasi khidmat nasihat/ perundingan
tersebut akan diadakan secara dalam talian buat masa ini.
3.2.4. Mesyuarat dimaklumkan ziarah prihatin Kelab Wardah telah diadakan untuk
Puan Mimi Azura Hasnan, Pengawal Keselamatan USIM pada 12 Mac 2021 dan
sumbangan sebanyak RM1500 telah diserahkan kepada beliau.
3.2.5. Mesyuarat dimaklumkan sumbangan prihatin Kelab Wardah telah dikumpul
dan diserahkan kepada ahli-ahli berikut:
a. Puan Noor Jannah Saaludin (RM1500) - sakit
b. Puan Noor Juliana Hussain (RM500) – kematian suami
6
"PENCETUS SRIKANDI BESTARI"
3.2.6. Mesyuarat mencadangkan agar satu tabung sumbangan Kelab
Wardah dibuka sepanjang tahun tanpa mengkhususkan kepada musibah
yang dilalui oleh ahli-ahli tertentu. Ia termasuklah untuk tujuan:
a. Kematian ahli.
b. Kematian pasangan ahli.
c. Ahli yang sedang sakit.
3.2.7. Penasihat mencadangkan agar disediakan poster berkaitan untuk
meuar-uarkan makluman kutipan sumbangan tersebut bagi menarik
perhatian ahli untuk menyumbang ke tabung tersebut.
3.2.8. Mesyuarat dimaklumkan untuk kecemerlangan peperiksaan awam
anak-anak ahli kelab, penyerahan wang penghargaan boleh diselitkan
sekali dalam apa-apa program anjuran Kelab Wardah.
(TINDAKAN : BIRO KEBAJIKAN DAN KESIHATAN)
"PENCETUS SRIKANDI BESTARI" 7
3.3. BIRO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
3.3.1 Mesyuarat dimaklumkan akan menyediakan jadual untuk
membolehkan semua Biro memuatnaik bahan perkongsian ilmu dalam
facebook Kelab Wardah.
3.3.2. Mesyuarat dimaklumkan Biro Multimedia dan Publisiti akan
menyediakan poster untuk mana-mana Biro yang perlukan bantuan
berkenaan dengan syarat perlu kemukakan maklumat untuk
penyediaan poster tersebut.
3.3.3. Sebanyak tiga (3) bahan perkongsian seminggu akan
dimuatnaik ke facebook Kelab Wardah.
3.3.4. Pengerusi mencadangkan agar diadakan pertandingan “Talk 3
Minutes” dalam bentuk video kepada ahli-ahli Kelab Wardah. Para
pemenang akan diberi hadiah sijil dan wang sebanyak RM50. Promosi
hendaklah dibuat dengan kreatif dan menarik untuk diuar-uarkan
kepada ahli.
3.3.5. Mesyuarat mencadangkan agar Biro Mutimedia dan Publisiti
menggunakan medium Zoom dan StreamYard untuk sebarang
program dalam talian anjuran Kelab Wardah. Pengerusi meminta
untuk diadakan perbincangan lanjut dengan pegawai SDEC yang
berkenaan berkaitan perkara ini.
(TINDAKAN : BIRO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI)
8
"PENCETUS SRIKANDI BESTARI"
3.4. BIRO SUKAN DAN REKREASI
3.4.1. Mesyuarat dimaklumkan program Fit With Wardah,
iaitusesi latihan kecergasan mingguan bersama jurulatih Puan
Halimaton Saadiah akan diadakan dengan cara memuatnaik
video beliau sebanyak 4 sesi (1 jam setiap sesi) dalam facebook
Kelab Wardah. Bayaran kepada beliau akan dibuat secara
lumpsum untuk 4 sesi tersebut.
(TINDAKAN : BIRO SUKAN DAN REKREASI)
3.5. BIRO KEROHANIAN
3.5.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa majlis bacaan Yasin akan
diadakan dengan kekerapan sekali sebulan.
(TINDAKAN : BIRO KEROHANIAN)
3.6. BIRO EKONOMI DAN PENJANAAN KEWANGAN
3.6.1. Mesyuarat mengambil maklum projek penjanaan yang
akan diadakan oleh Biro ini seperti berikut:
3.6.2. Mesyuarat mencadangkan agar sampul duit raya Kelab
Wardah ditulis perkataan “Kullu Am Wa Antum Bikhair”.
(TINDAKAN : BIRO EKONOMI DAN PENJANAAN KEWANGAN)
"PENCETUS SRIKANDI BESTARI" 9
04 Hal-hal Lain
HAL-HAL LAIN
4.1 Pengerusi mencadangkan agar mesyuarat jawatankuasa diadakan
sebanyak enam (6) kali setahun, iaitu setiap bulan genap.
(MAKLUMAN : SEMUA)
05 Penutup
PENUTUP
Mesyuarat tamat pada jam 3.55 petang dan ditutup dengan bacaan
Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr..
(MAKLUMAN : SEMUA)
10
"PENCETUS SRIKANDI BESTARI"
MESYUARAT
JAWATANKUASA KELAB
WARDAH SESI 2021/2023
BILANGAN 3/2021
AGENDA
MESYUARAT JAWATANKUASA KELAB
WARDAH BILANGAN 3/2021
1.ALUAN PENGERUSI KELAB WARDAH.
2.PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AJK KELAB
WARDAH SESI 2021/2023 BILANGAN 2/2021.
3.LAPORAN KEWANGAN KELAB.
4.DATA AHLI KELAB WARDAH DAN PROMOSI
TAMBAH KEAHLIAN.
5.PROGRES PENGURUSAN PROGRAM SEMUA BIRO.
6.PROGRAM “JUMAAT WITH LADIES” KERJASAMA
DENGAN PUSAT ISLAM USIM.
7.PENJANAAN KEWANGAN KELAB.
8.PENGURUSAN FACEBOOK DAN LAMAN WEB
KELAB.
9.HAL-HAL LAIN
BERMESYUARAT
Maka berkat rahmat Allah engkau
(Muhammad) berlaku lemah lembut
terhadap mereka. Sekiranya engkau
bersikap keras dan berhati kasar, tentulah
mereka menjauhkan diri dari sekitarmu.
Karena itu maafkanlah mereka dan
mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan
bermusyawarahlah dengan mereka dalam
urusan itu. Kemudian, apabila engkau
telah membulatkan tekad, maka
bertawakallah kepada Allah. Sungguh,
Allah mencintai orang yang bertawakal.
(SURAH ALI IMRAN, AYAT 159)
TERIMA KASIH