LEMBARAN KERJA MESRA DIGITAL SENI VISUAL PSV TINGKATAN 1
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
1.Persepsi Seni Murid boleh menjelaskan melalui Cadangan Aktiviti:
Pemahaman terhadap unsur garisan perbincangan tentang: • Tayangan multimedia
1.1 Definisi garisan • Maklumat tentang garisan
1.2 Jenis garisan pada: diperolehi daripada:
i. Alam semula jadi - Sumbang Saran
ii. Objek buatan manusia - Soal Jawab
1.3 Fungsi garisan - Perbincangan
- Nota Anekdot
2. Eksplorasi Seni Murid boleh: Kembara Visual (Pereka Muda)
Eksplorasi dan aplikasi unsur garisan 2.1 Membuat eksperimentasi dan • Meneroka jenis dan fungsi
bagi pengukuhan pemahaman terhadap penerokaan unsur garisan anda pada garisan yang terdapat pada
Bahasa Seni Visual alam semula jadi dengan pelbagai alam semula jadi
teknik • Melakar jenis garisan yang
terdapat pada subjek kajian
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang selain yang ditetapkan
dalam standard kandungan. Elemenelemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran
dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan
masa hadapan. Elemen-elemen di dalam EMK adalah seperti berikut:
1. Bahasa
• Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu dititikberatkan dalam semua
mata pelajaran.
• Semas PdP bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa,
istilah dan laras Bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid
Menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan.
2. Kelestarian Alam Sekitar
• Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu
dipupuk melalui PdP semua mata pelajaran.
• Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar dalam
membentuk etika murid untuk menghargai alam.
3. Nilai Murni
• Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid sedar
akan kepentingan dan mengamalkannya.
• Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan
yang menjadi amalan dalam kehidupan harian.
4. Sains dan Teknologi
• Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat meningkatkan literasi
sains serta teknologi dalam kalangan murid.
• Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu serta menyumbang
kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan. Pengintegrasian Sains dan
Teknologi dala PdP merangkumi empat perkara iaitu:
(i) Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep yang berkaitan
dengan sains dan teknologi);
(ii) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran manipulatif
tertentu);
(iii) Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, keselamatan); dan
(iv) Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP.
5. Patriotisme
• Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata pelajaran, aktiviti
kokurikulum dan khidmat masyarakat.
• Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat
cintakan negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.
6. Kreativiti dan Inovasi
• Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk mengumpul,
mencerna dan menjana idea atau mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui
ilham atau gabungan idea yang ada.
• Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah suaian, membaiki
dan mempraktikkan idea.
• Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk memastikan
pembangunan modal insan yang mampu menghadapi cabaran Abad ke-21.
• Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam PdP.
7. Keusahawanan
• Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.
• Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP melalui aktiviti yang mampu
memupuk sikap seperti rajin, jujur, Amanah dan bertanggungjawab serta
membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran.
8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
• Penerapan elemen TMK dalam PdP memastikan murid dapat mengaplikasikan
san mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari.
• Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi kreatif malah
menjadikan PdP lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti
pembelajaran.
SOALAN OBJEKTIF
Arahan: tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik
bagi tiap-tiap soalan.
1. Apakah unsur seni yang terpenting dan merupakan aktiviti asas dalam melakar dan
melukis?
A. Garisan
B. Warna
C. Jalinan
D. Rupa
2. Hujan turun lebatnya sehingga membasahi bumi. Titisan hujan tersebut boleh
dikategorikan sebagai garisan jenis ______________________.
A. Putus-putus
B. Berpancar
C. Berombak
D. Melengkung
3. Garisan yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas menimbulkan kesan
________________.
A. Rupa
B. Warna
C. Bentuk
D. Jalinan
4. Apakah maksud rupa?
A. Merupakan hasil pertemuan garisan permulaan dengan penghujungnya.
B. Merupakan kesan yang terdapat pada permukaan objek.
C. Jarak atau kawasan di sekeliling, atau di antara pada sesuatu objek.
D. Merupakan objek atau apa-apa sahaja yang mempunyai ketinggian, kelebaran, keluasan dan
kedalaman dan bersifat 3 dimensi.
5. Apakah maksud jalinan?
A. Merupakan hasil pertemuan garisan permulaan dengan penghujungnya.
B. Merupakan kesan yang terdapat pada permukaan objek.
C. Jarak atau kawasan di sekeliling, atau di antara pada sesuatu objek.
D. Merupakan objek atau apa-apa sahaja yang mempunyai ketinggian, kelebaran, keluasan dan
kedalaman dan bersifat 3 dimensi.
6. Bentuk terdiri daripada dua jenis, iaitu bentuk ilusi dan ____________.
A. Bentuk sebenar
B. Bentuk jalinan
C. Bentuk ruang
D. Bentuk konkrit
7. Jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan dikenal sebagai __________________.
A. Jalinan tampak
B. Jalina sentuh
C. Rupa
D.Penegasan
8. Jalinan tampak ialah _______________.
A. Jalinan yang dapat disentuh dan lihat
B. Jalinan yang terdapat pada kulit pokok
C. Jalinan yang terdapat pada tayar kereta
D. Jalinan yang tidak dapat dirasai melalui sentuhan dan hanya boleh dilihat sahaja.
9.Jalinan sentuh boleh dipindahkan daripada satu objek ke permukaan rata yang lain
melalui teknik _______________.
A. Renjisan
B. Gosokan dan capan
C. Catan dan renjisan
D. Renjisan dan capan
10. Karya lukisan di atas dapat menunjukkan konsep ruang yang dikenal sebagai ruang
__________________________.
A. Struktur
B. Konkrit
C. Maya
D. Ilusi
11. Berdasarkan gambar rajah diatas, lukisan ini menggunakan _________________.
A. Satu titik lenyap
B. Dua titik lenyap
C. Tiga titik lenyap
D. Empat titik lenyap
12. Antara berikut, benda buatan manusia yang manakah mempunyai garisan?
A. Bulu ayam, corak langsir, rumput
B. Corak daun, motif batik, anyaman tikar
C. Batang pisang, batang pokok, akar kayu
D. Bunga raya, daun mengkuang, corak mozek
13. Antara berikut, garisan yang manakah digunakan untuk menggambarkan rambut
panjang seorang wanita ditiup angin?
A. Garisan nipis
B. Garisan berbulu
C. Garisan beralun
D. Garisan berserabut
14. Kesan perasaan tegas boleh ditimbulkan mengunakan
A. Garisan tegak
B. Garisan lurus
C. Garisan mendatar
D. Garisan titik-titik
15. Pilih jawapan yang tidak benar tentang fungsi garisan
A. Garisan menghasilkan rupa
B. Garisan menghasilkan jalinan
C. Garisan mewujudkan ruang
D. Garisan mewujudkan bayang
16. Nyatakan jenis teknik penghasilan garisan yang digunakan bagi gambar rajah di atas
A. Teknik titikan
B. Teknik contengan
C. Teknik lorekan
D. Teknik silang pangkah
17. Berdasarkan contoh berikut, yang manakah garisan pada alam semulajadi?
A. Tulang ikan
B. Kipas tangan
C. Corak baju batik
D. Lingkaran ubat nyamuk
18. ialah satu siri titik-titik yang bersambung dan mempunyai jarak yang tertentu.
A. bentuk
B. rupa
C. garisan
D. jalinan
19. Garisan halus boleh dihasilkan dengan
A. pen marker
B. pensel
C. arang
D. pen teknikal
20. Garisan berikut adalah garisan
A. Garisan halus
B. Garisan putus-putus
C. Garisan berlingkar
D. Garisan tebal
PAUTAN LAMAN SESAWANG UNTUK MEMBOLEHKAN PELAJAR
MENDAPATKAN NOTA/VIDEO TENTANG TAJUK YANG DIBERIKAN.
https://youtu.be/KJJ5U1GAcgI
https://www.slideshare.net/nadiafikris/nota-pendidikan-seni-visual-tingkatan-1
https://www.slideshare.net/savithrisavi14/jenis-jenis-garisan