BAB 24-Perangkap Tidak Mengena
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil
sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah
memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan
unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar.
Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi
tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap
tentera Jepun yang mula mendarat di pantai dan membunuh banyak askar Jepun termasuk
komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu
kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah
Melayu: “Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan
sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air,
separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka”. Tidak sehingga tentera Jepun
memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan
yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Dalam
pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang
bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua
tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah
korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini
mampu bergerak ke hadapan dan membolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan
balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula
berundur.
BAB 25- Gagalnya Operasi Matador
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pangkalan Tentera British di Kota
Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk Siam mendapati
adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh
Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut
lewat akhirnya tentera Jepun sudah pun mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan
kerana ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya
memasuki Kelantan. Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke
Stesen Kereta Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar
pihak musuh tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun berjaya
menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan askarnya di Lapangan
Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai
sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang merupakan kapal Jepun pertama yang
ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera British di Butterworth
dan juga di Kuantan., Alor Setar dan Sungai Petani.
BAB 26- Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa
yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebanggaan British HMS
Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau
bagaimanapun pergerakan kapal perang itu berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah
pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang
British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun.
Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat
kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi
menyerang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85
buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Walau
bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap
kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun
menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera
infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau
bagaimanapun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di
dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut.
Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.
BAB 27-Perancangan Dua Jeneral
31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka
yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat
tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di
Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap
paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir
Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry
Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan
Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan
Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip
tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun
telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur
persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana tentera asing tidak
bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.
BAB 28-Pertempuran Demi Pertempuran
3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral Yamashita
menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara
Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya
memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan artileri
Jepun pula menyerang Pangkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera
Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara
Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa
memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah
pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen
Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang
masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan
anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota
pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu
memberikan tentangan sengit kepada musuh.
BAB 29- Terus Berjuang
Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pangkalan. Petang itu
Penghulu Deraman daripada pengawal kampung datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang
tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah
pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu
Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam
keesokannya mereka Berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang
pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera
Jepun menambahkan kebimbangan Jeneral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik
serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar
Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun
berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu
menggusarkan Leftenan Adnan. Apatahlah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar
Melayu mempertahankan Pasir Panjang.
BAB 30-Serangan Balas
Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh,
mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila
dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anggotanya bersiap
sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur
diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua
pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu.
Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani.
Namun tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera
Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak
membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang. Tentera
Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh yang ditawan. Adnan tidak sedap hati
kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang
menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.
BAB 31-Biar Putih Tulang
Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut hingga
musnah. Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera Jepun
sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-
tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang
Jepun menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit
Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin
genting kerana musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya
meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-
mula tadi Adnan memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah. Penghulu Deraman,
Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.
BAB 32-Tumpah Darah Perwira
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom
tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis
Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan
menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam
pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan
berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah
terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan
bersungguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang
musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup
dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera
parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera
Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu.
Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang
tergantung pada pokok tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.
BAB 33-Jatuhnya Kota Singa
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah, Haji
Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu
telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana
terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula
yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang
yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Koperal Yaakob pun menceritakan kehebatan
askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk
kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.
BAB 34-Darah Mengalir di Sungai Ramal
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang.
Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak
akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang
tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan
Jepun di tanah Melayu
BAB 35- Perjuangan Belum Berakhir
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan
Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk
kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan
ubi, pisang, dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh
ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah
akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu
diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan
mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh
getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka
semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan
tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua
telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin,
mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia.
Kekuatan Dalam Novel Leftenan Adnan Wira
Bangsa
Kekuatan dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ini ialah penulis memastikan apabila
habis membaca, kita akan ada perasaan menghargai jasa dan pengorbanan Leftenan Adnan
dalam diri kita. Selain itu, plot dan penceritaan dalam novel ini disampaikan dengan menarik
dan baik. Seterusnya, novel ini juga memberikan nilai-nilai murni yang dapat kita terapkan.
Antaranya ialah nilai kasih sayang, nilai kerjasama dan nilai semangat patriotisma. Di samping
itu, novel ini mampu membuatkan kita menangis dengan peristiwa-peristiwa yang
menyedihkan. Di sini kita dapat lihat penulis menulis dengan hati yang terbuka sehingga
membuatkan penceritaannya tertusuk ke hati kita. Akhir sekali, penggunaan bahasa dalam
novel ini sangat bagus dan gramatis.
Kekurangan Dalam Novel Leftenan Adnan
Wira Bangsa
Pada pendapat saya, novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ini mungkin tidak sesuai untuk
dijadikan komsas ini kerana unsur sejarah jika pembaca membuatkan sinopsis yang berbeza
dengan kisah sebenar, kisah Leftenan Adnan ini mungkin akan dijadikan maklumat yang salah.
Selain itu, terlalu banyak unsur pembunuhan yang tidak patut lagi dibaca oleh pembaca yang
bawah umur. Seterusnya, kulit buku untuk novel ini agak kurang menarik dan mungkin tidak
akan dapat menarik perhatian lagi-lagi untuk pembaca yang muda. Di samping itu, terdapat
beberapa kesalahan ejaan yang mungkin boleh mengelirukan pembaca. Akhir sekali, kulit buku
belakang dimana terdapat kesan tembakan pada tulisan itu sangatlah diperlukan. Hal yang
dikatakan sedemikian kerana sukar untuk pembaca untuk membaca atas pengeliruan susunan
kata.
Cadangan Penambahbaikan Novel Leftenan
Adnan Wira Bangsa
Pada pendapat saya cadangan penambahbaikan untuk novel ini ialah, tidak jadikan novel ini
sebagai komsas. Selain itu, mengurangkan penceritaan tentang pembunuhan. Seterusnya,
menukarkan atau mengeditkan kulit buku novel buku ini dengan lebih menarik dan informatif.
Di samping itu, memastikan dan membetulkan kesalahan ejaan yang terdapat dalam novel ini.
Akhir sekali, memastikan grafik di edit dengan betul dan memastikan pembaca dapat
membacanya dengan baik.
Novel Pantai Kasih
Novel 'Pantai Kasih' ini berkisar kepada konflik dalaman tiga orang watak utama yang bertugas
di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) di Inanam, Sabah. Dr. Raiha, pakarbedah teruji dengan
peristiwa tragis kematian mister Rohayu, anak tunggalnya yang mengalami sindrom down,
diikuti oleh suaminya Dr. Sadiz, pakar otak yang terperosok di bawah lori. Dr. Uwang, pemilik
PRPK pula bersikap haloba (mementingkan keuntungan) serta tidak me warisi sikap ayahnya
yang berpegang kepada etika perubatan. Sister Felicia Landosi pula mengalami ketagihan ubat
batuk kerana tertekan dengan peristiwa slam dan latar belakang dirinya sebagai anak tidak sah
taraf.Bayangan peristiwa hitam Rohayu yang disambar api daripada kereta Porsche yang
terbakar sentiasa muncul walaupun ketika Dr. Raiha sedang bertugas, sehinggalah pada
penghujung novel Dr. Raiha berasa lega apabila kebenaran terbongkar jua. Dr. Uwang juga
terbawa-bawa dengan rasa bersalah sehingga akhirnya dia melanggar tembok di PRPK sendiri
sehingga hampir meragut nyawanya. Felicia Landosi yang menerima komisen sebanyak lima
peratus jika berjaya memujuk pesakit mendapatkan rawatan di PRPK mengalami tekanan yang
hebat, tetapi akhirnya berani berterus terang dengan Dr. Raiha.
Biografi Penulis
Azmah Nordin
Azmah binti Nordin , lahir pada 10 Januari 1958,kini usianya 63 tahun, berasal dari Kedah,
tetapi menetap di Sabah sejak berusia 15 tahun. Mula aktif dalam penulisan ketika berusia 27
tahun. Novel pertama beliau 'Si Bidul' diterbitkan oleh DBP. Sejak itu, beliau telah menulis 50
buah novel. Azmah menerima pelbagai anugerah penulisan sastera perdana, novel berunsur
Islam dan SEA Write Award. Novel 'Timulak Kapal Perang' terbitan tahun 1988 pernah terpilih
sebagai teks komsas menengah rendah. Novel 'Pantai Kasih' ini terbitan tahun 1994.
Sinopsis Novel Pantai Kasih
Sinopsis keseluruhan
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan
itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang
serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit.
Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada
sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan
mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata
mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun
pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di
institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan
klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang
dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan
sebagainya. Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu
mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada
sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-
kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas
oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan
sederhana.
Sinopsis setiap bab
Bab 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi
perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang
untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha
berasa curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit
pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya,
namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama
kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu
memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan kredibiliti
Doktor Idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya
terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami.
Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada
Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang
membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz.
Ayahnya yang Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan
professional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang
tepat dan akan menyebakan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya
supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut
tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang. Sister Felicia Landosi,
jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha apabila dia telah
ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister Felicia
ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital
kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap
aku janjinya sebelum ini menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya
membakar semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada
malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh
dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha
disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini.
Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang
farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayngi
dengan prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan
Doktor Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri
dia tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian
tidak perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada
bertembung dengan Rahia.
Bab 2
Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada
orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun dihantar
belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok
untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang
berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan
Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang doktor
berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang
menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan
asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun
akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK. Doktor Uwang menganggap ayah
mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti memperkecil-kecilkannya
kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik mestilah
menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh kesakitan
pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis
tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan
terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha. Namun sikap Raiha
yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada Unong
Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat
berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan
menganggap Raiha sudah angku dan beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran
berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak
perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya
tersentak apabila ingatanya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu
yang menyamar di PRPK miliknya.
Bab 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu.
Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang.
Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati
serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran
dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan
pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja,
barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaanya begitu. Dia terbayang
kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran
kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar
kereta mewah doktor itu. Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia
kemudiannya ke dapur dan menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia
menjadi pelajar bidang kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan
tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat
batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong
Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun
tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans
anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut. Raiha masih teringat akan
peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya tentang punca kematian anaknya
juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya berpihak kepada bekas
suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian
anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada Doktor
Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari
hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron,
masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia
kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya
mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur sikap
Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang
sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital
Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala
Raiha sudah menjadi doktor. Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya.
Doktor Sadiz menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu
sahaja Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut
dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang
kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz
menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz
mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata
golongan masyarakat elit.
Bab 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam milinya yang terletak tidak jauh
dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam
misteri kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia
di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang
membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa
nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu
kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang
melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan
bayi hasil persenyawaan sperma suaminya itu. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz
supaya menggugurkan bayi yang sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut
tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan
menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang
cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah
hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu
atau panggilannya ‘Ayu’. Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan
pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya
Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu
tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan
oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat
isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang
pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan
kesihatan kini. Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong
Siron yangmempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang
pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia
akan berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan
keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan
bagaimana mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang
mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga
ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri. Felicia
memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag pernah mendapatkan
rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu membincangkan
tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil Doktor Mohammad
namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang.
Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha.
Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu
sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu menipu. Felicia juga dituduh
sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh
pesakit. Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu
digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok,
namun itu hanyalah hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana
menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Bab 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang
mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari
ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh
seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor
Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan
penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu
hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Doktor Uwang yang
menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya seorang yang pemilih.
Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan
kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung
kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu
berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan
pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut
dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat. Felicia berasa kurang senang
dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama ini. Hal ini seolah-oleh
menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa
terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister
Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah
sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat
Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi
dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai
bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.
Bab 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya
bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang
menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di
rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang,
Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor
Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di
tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya.
TIdak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan
merungut-rungut. Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa
tidak menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor
Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor
Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan
Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan
menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga
menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited
dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen
minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin
membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting. Di ruang tamu
apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram. Raiha teringat
bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa menjalankan
pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama membuatkan Doktor
Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih
diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang
saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang
memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku
antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan
menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Raiha
berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya melayan
emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit dan
ahli keluarga yang turut terlibat dalam preawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia
menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak
mengulanginya lagi. Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu
memintanya datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana
sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak
merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah
tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan
telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari
apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Bab 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih
begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan
besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia
ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu
ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa
bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam
alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya
menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah
silamnya. Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan
karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu
tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan
masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas
menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya.
Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia
sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah. Keadaannya semakin parah apabila mula
berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak
yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat
melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan
kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu. Raiha yang
dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan tadi
mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga
mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha
bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong SIron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra
dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha
menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex
Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat
bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor
Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan
bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah
berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja
dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.
Bab 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan
anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji
supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran
terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi
pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa
semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu
sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatahlagi
ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh
orang lain. Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia
Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah.
Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk
menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan
kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu
membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka
pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi
oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain
untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut Peristiwa itu
pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas
penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir
semester.
Bab 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di
dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex
Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada
kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga
terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam
dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekaipun bukanlah
salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu
berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan
yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan
ini. Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang
selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah
apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak perempuannya.
Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan
berhenti di sebuah rumah tumpagan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu
dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara
kebetulan berada di situ. Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon
simpati sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain.
Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun
anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan
wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang
tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya
kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan
Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan tua itu. Raiha teringat sikap
Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor
Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor
Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih
ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang
memngekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di
persimpangan lampu trafik. Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan
Pantai Kasih akibat seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya
berasa kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya
dengan bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih
menyelematkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di
bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi
pada anggota tersebut. Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas
penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang
akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram
dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha
muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di
mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka
adalah mangsa keadaan.
Kekuatan Dalam Novel Pantai Kasih
Kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah, penulis dapat menerapkan atau berjaya
menceritakan tentang ketabahan seorang wanita yang menghadapi pelbagai rintangan dalam
hidupnya dengan baik. Seterusnya,latar tempat yang pelbagai dalam novel ini. Antaranya ialah
di pusat rawatan, Apartment Raiha, rumah tumpangan dan Mahkamah keluarga. Selain itu,
terdapat banyak nilai yang diterapkan dalam novel ini iaitu nilai kerajinan, nilai ketekunan dan
nilai keberanian. Di samping itu, penggunaan ayat yang sangat menarik dan mengagumkan.
Akhir sekali, pengajaran yang pelbagai yang boleh kita pelajari. Antara pengajaran yang boleh
kita kaitkan dengan hidup ialah kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang
lebih cerah.
Kekurangan Dalam Novel Pantai Kasih
Kekurangan yang terdapat dalam novel pantai kasih ini ialah plot yang tergesa-gesa dan tidak
menarik. Selain itu, terdapat beberapa bahagian yang diulang oleh penulis yang membuatkan
pembaca muak dengannya. Seterusnya, cerita yang diceritakan terlalu biasa dan tiada
istimewanya. Di samping itu, kulit hadapan buku sangatlah tidak menarik dan boleh
menyebabkan ramai pembaca tidak mahu membacanya kerana tiada tarikan yang istimewa
apabila dilihat. Akhir sekali, penggunaan kata yang sangat mudah dan tidak bombastik.
Cadangan Penambahbaikan Untuk Novel
Pantai Kasih
Pada pendapat saya, cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk novel ini ialah
dengan menjadikan plot-plot dalam novel ini berbeza malah boleh membolehkan ia menjadi
luar biasa. Seterusnya, penulis perlu memastikan tiada bahagian yang ditulis berulang. Selain
itu, penulisan novel ini sepatutnya santai apabila dibaca membuatkan pembaca lebih
mendalami watak. Di samping itu, menjadikan kulit hadapan buku menarik dan informatif.
Akhir sekali, menggunakan perkataan yang lebih bombastik supaya menjadikan jalan
penceritaan lebih diminati oleh pembaca.
Novel
Tingkatan 5
Novel Songket Berbenang Emas
Kecekalan seorang remaja menempuh cabaran hidupnya. Dahlia cekal menghadapi
pelbagai masalah dalam hidupnya. Antaranya ialah ibunya menghadapi tekanan perasaan yang
hebat sehingga menjadi kurang siuman dan dirawat di Hospital Taman Bahagia, ayahnya
dirawat di hospital kerana dipatuk ular, Mak Aton menuduhnya sebagai punca kematian Said.
Nek Kiah mahu rnenjual tanah yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya, dan
terpaksa belajar dalam keadaan kurang selesa di pusat pemindahan banjir.
Biografi Penulis
Khairuddin bin Ayip
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, I 962 di Kampung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat,
Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JP'T
sementara bunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal
di SK Pintas Raya dan pada tahun 1 975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail
sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di
SM Dato' Bentara Luar. Serelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti
kurus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di
Maktab .Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985, Khairuddin
bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di sekolah
tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia Petang. Bermula
Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I diSK Seksyen 20. Shah Alam. Mulai
bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan
Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Setelah
tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik, Shah Alam, Selangor. Kini beliau
bertugas sebagai Pegawai School Improvemen Specialist Coaches (SIC) di Pejabat Pendidikan
Daerah Petaling Perdana, Selangor.
Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas
Sinopsis keseluruhan
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda
keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan
mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik
lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi
ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.
Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang
serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup
ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan
Azhari.
Sinopsis setiap bab
BAB 1-Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh
oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak
lengkap. Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki
mahu bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari.
Lelaki itu memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada
bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk
tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu
keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
BAB 2 – Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan
sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari.
Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka
tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya
masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati
memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus
mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair.
Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh
pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.Selepas itu,
Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap sendirian
dan tidak mempe dulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat
ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis. Tiba-tiba,
ayahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu
Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah
tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu.
Dahlia mencadangkan ayahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum
emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
BAB 3- Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama
ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki
dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu
adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan
dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih
seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia memberitahu, beliau
terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan
keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga
Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman
selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat.
Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun
anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah
menghadapi situasi itu.
BAB 4-Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali
pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang
lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti
keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki
diri sendiri dan keluarganya. Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke
kampung tetapi Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk
mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh
ayahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau
akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak
tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari
nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya
ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya
kepada Tuhan. Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu
mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga
mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak
Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat
semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak belakangan ini beliau terasa ada
bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik.
Badannya juga terasa lemah. Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya.
Embong memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya runsing, Embong tidak
menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu
kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong
juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada
keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik
ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.
BAB 5-Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia
tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari
Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong
Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu
Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani
punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.Dahlia tidak
dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak, Anggerik dan
ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00 petang
untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia
memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital.
Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya
macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke
hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di
hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor
Bahru.
BAB 6- Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu abahnya
tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan nasibnya yang
sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan
telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul dengan perkataan “orang gila” yang dilafazkan
oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua
orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya. Dia memberitahu punca emak Dahlia gila kerana
rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan
terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda
pangkah supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali
kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.Tiba-
tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang dibawa arus
sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said
setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu. Malangnya,
denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling
rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.
BAB 7- Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas
itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton.
Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar
kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di
halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya
dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang
mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya.
Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh. Dalam perjalanan
pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim memuji keberanian
Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia menangis setelah
pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong
pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa
pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang lemah
selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia
dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk
bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong
terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit.
Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu
menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.
BAB 8- Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa
Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah
Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-
kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati
bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila.
Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan
menyenangkan kehidupan mereka. Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis.
Dahlia ketakutan. Embong kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan
menyuruhnya membuang ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah
berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk
mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari
rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia
memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup
mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda
Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.
BAB 9- Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke
klinik. Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah
dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha
sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman mencadangkan agar
tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk
mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah
itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000.
BAB 10- Selamat Tinggal, Asrama Puteri!
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat
bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan. Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita
yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di
Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah
berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus
dengan cemerlang dalam STPM.
BAB 11- Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong
berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di
Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia
balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong
mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di
Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi
untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat
baik dan suka membantunya.
BAB 12- Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan. Doktor Ridhuan
memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16. Dahlia terkejut
kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di situ baru
dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi
melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai
pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh
Dahlia pergi dari situ.
BAB 13- Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang
kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.
BAB 14- Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing
itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong
meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing
kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik
orang lain. Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah
mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan
Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan
dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari
yang ingin merisiknya.
BAB 15- Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat
berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau
bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur.
Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan
Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong
menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas
itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah
dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
BAB 16- Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan ayahnya,
Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan
hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat
Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam SRP. Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia
terserempak dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang
pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita
menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota
sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran. Pada
petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia
sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga
Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh
keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan
neneknya.
BAB 17- Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang
banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di
hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak
boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa
Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya,
dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak
bekerja. Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari
terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana
dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya
untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal
di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat
sebarang keputusan.
BAB 18- Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu
bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut
Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya.
Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah
tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu
dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan
peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran
Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu
Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
BAB 19- Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya
yang memerlukan penjagaannya. Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa
orang sedang mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual.
Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib.
Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari
mengenai hubungan Najib dan Dahlia. Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah
menyebabkan Nek Kiah memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu
Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk
berpindah.
BAB 20- Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek
Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia
sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan
itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya
dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah
pulang ke rumah. Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan
beban ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga
ke universiti. Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk
membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat
terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-
sama.
BAB 21- Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya
untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam
nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan
barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan
hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan
Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-
kerja tersebut. Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji,
isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata
Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu
telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk ayahnya
dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.
BAB 22- Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang
daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah.
Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya. Sewaktu mengemas
barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang hampir reput
membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir, dan
dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki
terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong
tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia
melarang adiknya menyimpan perasaan dendam. Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa
hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan
Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang sakit. Namun
begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
BAB 23- Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak
lebih daripada itu. Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya
telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-
sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam
keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
BAB 24- Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-
anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau
sakit.Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang
untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah
ke balai raya.Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar
rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir
yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.
BAB 25- Inilah Kampungku!
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh. Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga
tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.Sebelum semua mangsa banjir pulang
ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada penduduk
Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling membantu antara
satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk
kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka
hidup bermasyarakat.Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai
insaf dan mereka telah bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang
sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu
juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim
mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.
BAB 26- STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya.
Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.Selepas tamat
peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan- kawannya. Dahlia
juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk
bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
BAB 27- Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan
Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Azhari terdengar berita itu ketika dia datang
untuk membeli cincin pertunangan mereka. Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia
belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang
dengan Azhari.
BAB 28- Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.
Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia. Dahlia teringat kembali
kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan –kawan Dahlia dan Cikgu
Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul
5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin risau.
Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman
menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang
diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300. Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar
Penggaram yang jauhnya kira-kira 17kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa
dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan
pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket
berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga.menyebut “Koi-bito” yang tidak
diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu
walau berada di mana-mana pun.
Kekuatan Dalam Novel Songket Berbenang
Emas
Kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah plot dan jalan cerita yang sangat menarik.
Walaupun kisah watak utama agak menyedihkan,penulis dapat membangkitkan semangat
watak utama dengan sangat baik yang membuat pembaca sangat berpuas hati. Selain itu, novel
ini sangatlah sesuai dengan remaja lagi-lagi pada zaman sekarang iaitu walaupun ditindas oleh
ramai orang, watak utama iaitu Dahlia tetap meneruskan hidupnya dengan kuat. Seterusnya,
penulisan dan penggunaan bahasa yang sangat baik. Di samping itu, terdapat banyak nilai yang
dapat diterapkan dalam novel ini iaitu nilai ketabahan, nilai kasih sayang dan nilai setia kawan.
Akhir sekali, banyak pengajaran yang dapat kita peroleh dalam novel ini. Antaranya ialah kita
mestilah berani berhadapan dengan sebarang masalah.
Kekurangan Dalam Novel Songket Berbenang
Emas
Kekurangan yang terdapat dalam novel ini ialah kulit hadapan buku yang tidak menarik dan
muram. Selain itu, penulis terlampau memberikan nasib malang kepada Dahlia yang
membuatkan sesetengah plot itu tidak masuk akal. Seterusnya, terdapat unsur yang tidak
sepatutnya dilakukan dalam novel ini iaitu Dahlia sudah berpasangan walaupun di usia muda.
Di samping itu, terdapat beberapa peristiwa yang ditulis penulis yang tidak masuk akal jika
dijadikan realiti. Akhir sekali, pada awal cerita , terdapat banyak unsur klise yang agak tidak
diperlukan dalam novel ini.
Cadangan Penambahbaikan Untuk Novel
Songket Berbenang Emas
Pada pendapat saya cadangan penambahbaikan untuk novel ini ialah mencantikkan lagi kulit
hadapan novel dengan meletakkan warna yang cerah. Selain itu, penulis patut mengurangkan
nasig malang Dahlia supaya dapat menjadikan watak lebih realistik. Seterusnya, penulis
haruslah mengurangkan peristiwa yang romantik dalam novel ini kerana ramai remaja mungkin
boleh terpesung atau terjebak untuk merasai apa yang dialami oleh watak. Di samping itu,
penulis sepatutnya menjadikan beberapa plot yang terdapat dalam novel ini lebih realistik agar
pembaca dapat mengaitkan peristiwa tersebut dengan realiti yang dihadap mereka sekarang.
Akhir sekali, penggunaan bahasa yang terlebih susah patut dikurangkan agar pembaca yang
bawah muda dapat memahami dan menghayati novel ini dengan lebih baik.
Novel Tirani
Novel Tirani karangan Beb Sabariah tidak sekadar sebuah novel yang sarat dengan
penceritaannya tetapi lebih daripada itu. Pengarang turut menyelitkan warna budaya dan resam
masyarakat setempat khususnya etnik Sarawak. Keunikan etnik Sarawak diketengahkan oleh
pengarang menerusi usaha gigih watak utamanya, Waheeda dalam mempromosikan industri
pelancongan negeri Sarawak di mata dunia. Lumrahnya, kebanyakan novel akan menjalurkan
pelbagai permasalahan semasa, terutama dalam skema hubungan interpersonal, seperti
persahabatan, rumah tangga, ukhuwah, agama dan kekeluargaan. Watak-watak dalam novel
Tirani nyata tidak terkecuali mengutarakan persoalan seumpama itu. Malah, pengarangnya
bijak memanipulasikan gaya bahasanya bagi membangkitkan inti pati penceritaannya
walaupun dengan menggunakan frasa daerah dan istilah saintifik yang sesuai. Membaca novel
Tirani juga persis menaakul dunia kehidupan manusia yang agak luas. Justeru pengarangnya
berupaya membawa pembaca melangkau batas geografi dan budaya setempat.
Biografi Penulis
Beb Sabariah
Penulis Novel Tirani iaitu Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet,
lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari
SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab
Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor
Baharu. Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen,
puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah
adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan
Sastera Sarawak). Berikut adalah Sinopsis dan Ulasan Novel Tirani yang ditulis oleh Rosani
Hiplee yang boleh dijadikan rujukan untuk mengupas keseluruhan intipati novel Tirani
Sinopsis Novel Tirani
Sinopsis keseluruhan
TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas
nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa
Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik
Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau
pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya
mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam
bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan
suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan
dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.
Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan
kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang
terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel
TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah
diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada
mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya
Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan
menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh
Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid.
Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah
satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.
Sinopsis setiap bab
Bab 1- Melontar Puing Duka
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obsess dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada
kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan
keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah
perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.
Di perkarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda.
Keriuhan itu menggambarkan kesibukkan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja
homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan
pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan
asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan
udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal,
pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di
Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi
penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu.
Bab 2- Dayang Muda
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun
Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan indentiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.
Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun disebalik
kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak
cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah
dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkankan kerana
bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak
melakukan apa yang dihajatinya. Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam
itu menjadi kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib
malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka
parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria.
Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk
melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
Bab 3- Katarsis
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu Waheeda
(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi ialah
abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan
mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob,
keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada
malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-
kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak
bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang
semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum
tentang bandaraya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat
menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia. Mereka sempat sampai ke
lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak
menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis. Sesampainya
di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju kerumah Bazilah iaitu kawan satu
university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di
Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
Bab 4- Semarak Api Semarak Hati
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandaraya
Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya
untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang
berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah
yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah
dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Wheeda akan tinggal di salah sebuah bilik
dirumah kepunyaan pakcik Bazilah.Semalaman mereka berbual mengenang kembali
peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai, Malaysia. Keesokkan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada
tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doctor pakar pembedahan plastik
di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan
gambaran tentang pembedahan plastic yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama,
Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak
matanya. Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Disini,
Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan
dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk
proses pembedahan tersebut.
Bab 5- Doa Selamat
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya.
Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada
ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang
bernama ketupat lepas. Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat
di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke
Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk
menolak bala. Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia
sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya
menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada didepan pintu rumahnya. Ibunya membawa
ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu
dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.
Pada keesokkan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa
dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah.
Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu
juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang
tabah demi kecantikan wajahnya.
Bab 6- Metamorfosis
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bidik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani
pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12
jam. Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang
menunggu diluar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama
ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda
berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah
terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej
pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La
Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang
membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
Bab 7-Ke Pulau Sentosa
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama
rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa dihabiskan dengan
membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam disitu.
Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang
mengingatkan Waheeda kepada kampong halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber
inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya. Semasa
Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr Averroes
juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi.
Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.
Bab 8- Hadiah Alam
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani
yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek.
Persoalan ini menjadi topik berbualan yang panjang antara mereka berdua. Pada malamnya,
sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi
tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyo. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan
Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampong halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah
telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia
(MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya
bersama-sama rombongan tersebut. Selepas itu, melalui e-mail Fatimah juga tentang projek
perhotelan yang dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar.Waheeda
teringat semula akan chalet ayahnya yang mugkin jauh ketinggaln berbanding dengan hotel
Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas. Dengan tidak
disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temuduga pegawai
Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri dengan
menghadiri bengkel Keusahawanan dan Ketrampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada
malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana
Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.
Bab 9-Wajah Pesono
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah
mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staff di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu,
Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau
Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan
Waheeda di café, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah
dibisikkan oleh Alex kepadanya. Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr
Zahari muncul. Waheeda sedar sejak kebelakangan ini, Dr Zahari selalu dating ke rumah
mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak memperdulikan Bazilah
menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan
mata yang cukup berlainan yang mugkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini
menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar. Dengan alas an ini, Waheeda
mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort. Pada minggu pertama di tempat
kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway.
Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak.
Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum
Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan. Dalam pada merangka program yang
terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam
pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam
pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda
terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji
kecantikan Waheeda. Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui
perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.
Bab 10-Senyum Sepuluh Ela
Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah,
cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang
kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka
tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam. Datuk Yasser berasa
bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada
pengembangan perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam
kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan
Zahid. Selepas menikmati makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh
Zahid. S eterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan
Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada
kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat
gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu. Waheeda tidak
sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin
akan membibitkan sesuatu yang bermakna. Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan
Anati yang sibut memberi idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke
Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa
dia tidak mahu memakai feksyen yang berbelah sampai ke paha. Sebliknya dia akan
mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.
Bab 11-Orang Rumah Sebelah
Fatimah menerima E=Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya
Sri Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut Di Flamingo, berita
kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-
detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya
Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr.
Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah
sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti. Manakala di
Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating
merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini diteruskan
juga tanpa kehadiran Waheeda. Walaubagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan
pulang pada majlis pertunangan itu nanti.
Bab 12-Bidadari Dari Langit
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelar digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang
perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamango. Waheeda tetap menjalankan tugas
yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang
sibut mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana. Di Sri Gading, Zahid sering
menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort