MINIT MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN MERENTAS DESA MSSD SEKOLAH
RENDAH DAN MENENGAH DAERAH BATANG PADANG TAHUN 2022
Tarikh : 2 Jun (Khamis)
Masa : 2.35 petang
Tempat : Dewan Bestari, SMK Felda Besout
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi (En Fauzi bin Salleh – Pengetua SMK Felda Besout)
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada En Mohd Zaid
bin Ismail (Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid), En Saravanan A/L
Batumalal (PTPS Merentas Desa Daerah) dan semua guru dari daerah Batang
Padang kerana hadir ke Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan Merentas Desa
MSSD Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Batang Padang Tahun 2022.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Batang
Padang kerana memilih SMK Felda Besout sebagai tuan rumah bagi Pertandingan
Merentas Desa pada tahun ini.
1.3 Pengerusi memaklumkan Pertandingan Merentas Desa akan berlangsung pada 14
Jun 2022 (Selasa)
1.4 Pengerusi mengharapkan semua yang hadir sepakat dalam membuat keputusan
dan bersetuju dengan semua perancangan yang telah dibuat.
Makluman
2.0 Ucapan Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid (En Mohd Zaid bin Ismail)
2.1 Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid mengucapkan terima kasih kepada
SMK Felda Besout atas penganjuran Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan
Merentas Desa MSS Daerah Batang Padang pada hari ini.
2.2 Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru sekolah menengah dan
rendah yang dapat hadir pada hari ini bagi menjayakan Pertandingan
Merentas Desa Peringkat Daerah Batang Padang setelah 2 tahun tidak
dibenarkan melaksanakan aktiviti sukan dan permainan secara bersemuka kerana
pandemik covid-19.
2.3 Beliau memaklumkan bahawa takwim sukan dan permainan pada kali ini agak
padat kerana takwim yang asal tidak lagi digunapakai. Hal ini kerana penyelarasan
takwim baharu MSSD telah dibuat susulan takwim baharu yang dikeluarkan oleh
MSSPK.
2.4 Beliau mengharapkan disebalik kekangan dan kesibukan yang pihak sekolah
hadapi ini, semua sekolah dapat menyambut baik semua pertandingan yang
dianjurkan di peringkat daerah.
2.5 Beliau memaklumkan harapan PPD Batang Padang agar semua sekolah yang
bertanding dapat memberikan saingan terbaik walaupun PPD Batang Padang telah
berpisah dengan PPD Muallim serta pemilihan peserta yang terbaik untuk
mewakili daerah ke peringkat MSSPK.
Makluman
3.0 Pembentangan Kertas Konsep Pertandingan (Azali bin Kader - Penolong Kanan
Kokurikulum SMK Felda Besout).
3.1 Undang-undang pertandingan.
3.1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga
Malaysia (KOM), Peraturan – peraturan AM Majlis Sukan Sekolah –
Sekolah Malaysia (MSSM), Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan Majlis Sukan Sekolah-
Sekolah Perak (MSSPk).
3.2 Jenis Pertandingan
3.2.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara individu dan berkumpulan.
3.2.2 Kumpulan umur dan jarak adalah mengikut ketetapan berikut :
KATEGORI KUMPULAN UMUR JARAK
A Lelaki Bawah 18 tahun 8 km
B Perempuan Bawah 18 tahun 6 km
C Lelaki Bawah 15 tahun 6 km
D Perempuan Bawah 15 tahun 6 km
E Lelaki Bawah 12 tahun 4 km
F Perempuan Bawah 12 tahun 4 km
3.3 Pendaftaran Peserta
3.3.1 Setiap peserta yang didaftarkan berjumlah 4 – 6 orang peserta bagi
sekolah menengah dan 4 orang bagi sekolah rendah.
3.3.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan borang
penyertaan rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-
butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan
oleh Pengetua Sekolah masing-masing.
3.3.3 Semua peserta WAJIB menyerahkan borang M01/R01,M02/R02 dan
salinan kad pengenalan atau setaraf dengannya sebagai Pengesahan
Rasmi pada hari pertandingan. Surat Akuan, Surat Sumpah dan
sebagainya tidak akan diterima. (Rujuk Peraturan AM 4 MSSM)
3.3.4 Borang penyertaan yang telah lengkap hendaklah dihantar melalui
alamat
email: [email protected]
3.3.5 Tarikh tutup pendaftaran pada 10 Jun 2022, tiada urusan pendaftaran di
hari pertandingan.
3.3.6 Peserta diminta melapor diri lebih awal dan sekiranya mengalami
masalah guru pengiring bolehlah berhubung dengan pihak penganjur
3.4 Kewangan
3.4.1 Yuran penyertaan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
Bil Kategori Jumlah
1 Kategori Sekolah Menengah RM150
2 Kategori Sekolah Rendah RM80
3 Kategori SKM RM50
3.4.2 Yuran Penyertaan dalam bentuk cek atas nama Pengetua SMK Felda
Besout
3.4.3 Semua guru hendaklah membawa bersama Borang MSSPK2 yang telah
diisi untuk tujuan tuntutan guru pada hari pertandingan. Jika gagal,
borang MSSPK 2 hendaklah dihantar terus ke Unit Sukan PPD.
3.4.4 Anggaran perbelanjaan. (Rujuk Lampiran 1)
3.5 Nombor peserta
3.5.1 Setiap peserta hendaklah memakai nombor pengenalan kepunyaan
sekolah yang digunakan dalam Kejohanan Balapan Dan Padang depan
dan belakang dan hendaklah disematkan pin pada keempat-empat sudut
kain.
3.5.2 Penetapan nombor ( Rujuk kod yang telah ditetapkan oleh PPD)
3.6 Melaporkan diri peserta
3.6.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 45 minit
sebelum acara dijadualkan berlangsung.
3.6.2 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan bersesuaian serta
berkasut.
3.7 Memanaskan badan
Peserta peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan
3.8 Penetapan pungutan mata bagi berpasukan
3.8.1 Sekolah menengah
3.8.1.1 Daripada enam peserta yang berlari, minimum empat peserta
perlu menamatkan larian. Prestasi/pencapaian terbaik tiga
orang peserta akan diambil kira untuk menentukan
kedudukan pasukan.
3.8.1.2 Pasukan yang mendapat agregat terendah akan diisytiharkan
sebagai pemenang.
3.8.1.3 Jika berlaku seri penamat pelari ketiga terbaik akan diambil
kira bagi menentukan pemenang kategori.
3.8.1.4 Bilangan peserta sekolah menengah minima empat orang dan
maksima enam orang.
3.8.2 Sekolah rendah
3.8.2.1 Daripada empat peserta yang berlari, Keempat empat peserta
perlu menamatkan larian. Prestasi/pencapaian terbaik tiga
orang peserta akan diambil kira untuk menentukan
kedudukan pasukan.
3.8.2.2 Pasukan yang mendapat agregat terendah akan diisytiharkan
sebagai pemenang kategori.
3.8.2.3 Jika berlaku seri penamat pelari ketiga terbaik akan diambil
kira bagi menentukan pemenang.
3.8.2.4 Bilangan peserta sekolah rendah minima tiga orang dan
maksima empat orang.
3.9 Penentuan juara keseluruhan
3.9.1 Juara keseluruhan merentas desa adalah berdasarkan kepada jumlah
agregat yang terendah dikumpulkan daripada empat kategori (Sek.
Menengah sahaja)
3.9.2 Jika berlaku seri, pasukan yang mendapat bilangan Johan berpasukan
yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang.
3.9.3 Jika berlaku seri juga, tempat kedua dan berikutnya akan diambil kira
sebagai pemenang.
3.9.4 Juara kaseluruhan hanya akan diambilkira sekiranya sekolah mengambil
bahagian untuk semua kategori yang pertandingkan.
3.10 Hadiah-hadiah
3.10.1 Bagi acara individu
Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga kesepuluh
bagi setiap kategori, manakala sijil pencapaian diberikan kepada
pemenang tempat pertama hingga kelima belas setiap kategori
3.10.2 Bagi acara berpasukan
3.10.2.1 Kategori L 18 : Johan
Kategori L 15 : Johan
Kategori P 18 : Johan
Kategori P 15 : Johan
Kategori L 12 : Johan
Kategori P 12 : Johan
Sijil pencapaian diberikan untuk setiap kategori serta Piala Johan Keseluruhan
3.11 Bantahan
3.11.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOAM,
kecuali perkara berikut.
3.11.2 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta
yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan
bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah
bantahan (under protest) dan perkara tersebut akan dikemukakan
kepada MSSD Batang Padang dan Muallim.
3.11.3 Bantahan berhubung dengan acara yang sedang dijalankan hendaklah
dilakukan serta merta dan tidak lewat daripada lima belas minit setelah
keputusan rasmi diumumkan.
3.11.4 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan
wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia:Dua Ratus
sahaja)
3.12 Perkara am
3.12.1 Setiap pasukan adalah bertanggungjawab ke atas keselamatan atlet,
peralatan pasukan dan keperluan peribadi atlet masing masing.
Jawatankuasa pengelola tidak boleh dipertanggungkawabkan atas
sebarang kemalangan dan kehilangan harta benda atlet atau pegawai.
3.12.2 Setiap pasukan hendaklah membawa peti pertolongan kecemasan bagi
kegunaan masing masing.
3.12.3 “Amalkan hidup dalam persekitaran yang bersih” Mohon kerjasama
pengurus pasukan untuk memaklumkan kepada atlet untuk tidak
membuang sampah di sekitar kawasan kejohanan.
3.12.4 Sebarang kesulitan yang berkaitan dengan kejohanan, boleh hubungi:
En Azali bin Kader 017 6802247
(PK Kokurikulum) – SMK (Felda) Besout
En Saravanan A/L Batumalal 012 6889209
(PTPS Merentas Desa Batang Padang)
3.13 Hal-hal lain
Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang
mengambil bahagian, tidak dibenarkan sesiapapun masuk ke arena
pertandingan kecuali dengan kebenaran pengurus kejohanan
3.14 Anggaran perbelanjaan (rujuk lampiran 1)
Makluman dan Tindakan: Semua pengurus dan jurulatih
4.0 Ucapan PTPS (En Saravanan A/L Batumalal)
4.1 PTPS mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis (Pengetua SMK Felda
Besout), Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid, Penolong Kanan Kokurikulum
dan semua guru dari daerah Batang Padang yang hadir pada hari ini.
4.2 PTPS memaklumkan bahawa semua perkara telah dibentangkan oleh PK
Kokurikulum SMK Felda Besout dan hanya penegasan semula berkaitan undang-
undang pertandingan.
4.3 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia
(KOM), Peraturan – peraturan AM Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Malaysia
(MSSM), Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia (MSSM) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak (MSSPk).
4.4 PTPS memaklumkan bahawa setiap trek laluan merentas desa akan berubah bagi
mengelakkan peserta menipu dan tuan rumah ada hak untuk mewujudkan
peraturan kecil. Peserta yang melanggar peraturan akan disingkirkan.
4.5 PTPS memaklumkan bahawa marsyal adalah berbeza bagi setiap kategori bagi
mengelakkan peserta keliru.
4.6 PTPS memaklumkan warna bagi setiap kategori adalah berbeza dan sama pada
setiap tahun iaitu biru (bawah 12 tahun), merah (bawah 15 tahun) dan hijau
(bawah 18 tahun)
4.7 PTPS memaklumkan ada perubahan besar untuk nombor peserta kerana Daerah
Batang Padang telah berpecah dengan Daerah Muallim. Nombor ini juga sebagai
permulaan dan akan digunakan untuk tahun-tahun berikutnya serta akan
digunapakai untuk Kejohanan Balapan dan Padang MSSD tahun 2022.
(Rujuk lampiran 2)
4.8 PTPS memaklumkan khususnya kepada jurulatih sekolah rendah supaya
mengingatkan peserta masing-masing agar mengikut laluan trek yang betul.
4.9 PTPS memaklumkan bahawa Daerah Batang Padang kekurangan pegawai
bertauliah, maka akan ada lantikan mengejut sebagai hakim, pencatat dan
sebagainya. Diharap guru-guru bersedia dan boleh memberi kerjasama untuk
memastikan pertandingan merentas desa berjalan lancar.
4.10 PTPS memaklumkan kepada pengurus pasukan agar merancang perjalanan supaya
dapat bergerak lebih awal dan tiba awal untuk pendaftaran dan persediaan
peserta.
4.11 Nombor peserta yang baharu mengikut sekolah. (rujuk lampiran 2)
Makluman dan tindakan: Semua pengurus dan jurulatih
5.0 Pembentangan Laluan/Trek Kejohanan (Tn Hj Rizlan bin Embran)
5.1 Beliau memaklumkan bahawa trek/laluan merentas desa tidak sama seperti tahun
2018, trek pada kali ini dibuat secara pusingan dan laluan L18 akan melalui
kawasan ladang sawit dengan jarak lebih kurang 100m.
5.2 Beliau memaklumkan lalu lintas di kawasan Felda Besout agar sunyi sekitar jam
8.30 ke atas, maka tidak banyak kenderaan lalu lalang. Pihak sekolah juga akan
meminta bantuan daripada JKKR untuk menutup jalan-jalan yang terlibat bagi
memberi laluan kepada peserta merentas desa.
5.3 Peta laluan/trek kejohanan (rujuk lampiran 3)
Makluman
6.0 Hal-hal lain
6.1 PTPS memaklumkan bahawa pengurus atau jurulatih perlu mengingat peserta
tentang disiplin semasa larian. Selagi larian belum tamat, maka peserta dilarang
keluar dari trek laluan dan perlu mengikut laluan asal.
6.2 PTPS memaklumkan bahawa keselamatan peserta adalah menjadi keutamaan
utama dalam aktiviti sukan dan permainan.
6.3 PTPS memaklumkan khususnya kepada pengurus sekolah rendah agar
menyediakan peserta tambahan beserta nombor peserta sebagai langkah terbaik
sekiranya peserta sebenar tidak dapat menyertai pertandingan atas sebab
tertentu.
6.4 Pengerusi mohon kerjasama semua pengurus atau jurulatih untuk memastikan
murid yang menyertai pertandingan sihat tubuh badan.
6.5 Pengerusi memaklumkan kepada semua pengurus bahawa tempat parkir
kenderaan pada hari pertandingan adalah di Dewan Besar Felda Besout 1 dan
Padang Awam dengan jarak 100m dari SMK Felda Besout. Pendaftaran juga akan
dilakukan di kantin sekolah.
6.6 En Mohd Zaid bin Ismail memaklumkan pesanan khas daripada En Zailan bin
Zainuddin (Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid), pertandingan akan
berlangsung selepas cuti sekolah, maka semua pengurus perlu memastikan murid
bebas dari sebarang gejala atau simptom Covid-19 sebelum menyertai
pertandingan. Pengurus perlu mencari pengganti peserta yang lain.
6.7 En Mohd Zaid bin Ismail memaklumkan untuk pembayaran yuran secara tunai
tiada masalah. Namun, untuk pembayaran melalui akaun sekolah, pihak sekolah
perlu mengikut tatacara yang ditetapkan.
6.8 En Mohd Zaid bin Ismail meminta semua pengurus atau jurulatih yang hadir untuk
mengisi nombor telefon pada borang pendaftaran untuk memudahkan pihak
pengurusan kejohanan berhubung sekiranya ada masalah serta mewujudkan
Group Telegram.
6.9 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian semua guru hadir ke
Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan Merentas Desa MSSD Sekolah Rendah dan
Menengah Daerah Batang Padang Tahun 2022.
Makluman dan tindakan: Semua pengurus dan jurulatih
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.50 petang
Disediakan oleh,
....................................
(NOR HAFIZAH BINTI MOHAMAD SANUSI)
Setiausaha
Pertandingan Merentas Desa MSS Daerah Batang Padang
SMK Felda Besout
Disemak oleh,
..................................
(FAUZI BIN SALLEH)
Pengetua
SMK Felda Besout
LAMPIRAN 1
ANGGARAN PERBELANJAAN
Pertandingan Merentas Desa MSS Daerah Batang Padang 2022
BIL PERKARA DEBIT BIL PERKARA KREDIT
1 Yuran penyertaan: RM2250 1 JPAM/BSMM RM 500
RM3040 2 Sewa Khemah RM 1000
Sekolah Menengah RM550 RM 1050
15 X RM150 4 buah X RM 250 RM 900
Sekolah Rendah RM 5840 3 Saguhati Pegawai
38 X RM80 RM 180
SKM 70 X RM 15 RM50
11 X RM50 4 Hadiah: RM 150
RM 420
Individu (medal) RM 500
60 X RM 15 RM 600
Johan setiap Kategori RM 490
(piala) RM 5840
6 X RM 30
Johan keseluruhan
1 X RM50
5 Jamuan VIP
15 X RM10
6 Jamuan Mesyuarat
70 X RM6
7 Minuman Pegawai
100 X RM5
8 Peralatan
9 Pelbagai ( Runcit )
LAMPIRAN 2
SENARAI NOMBOR PESERTA
MERENTAS DESA MSSD BATANG PADANG
SEKOLAH MENENGAH
Nombor-nombor peserta hendaklah dicapkan dengan jelas dan tidak luntur
apabila basah. Saiz nombor seperti berikut :
Tinggi tulisan : 12cm
Lebar tulisan : 1.5cm
Kain warna ikut katogeri, tulisan nombor berwarna HITAM
KOD WARNA , KATEGORI DAN NOMBOR PESERTA
BI NAMA SEKOLAH HIJAU MERAHMERAH
L
1 SMK HAMID KHAN L A (18) PA (18) LB (15) PB (15)
2 SMK TROLAK SELATAN 125- 149 150 - 174 175-199
100 - 124 225-249 250-274 275-299
200 - 224
350-374 375-399
3 SMK (FELDA) BESOUT 300-324 325-349 450-474 475-499
400-424 425-449 550-574 575-599
4 SMK SUNGAI KRUIT 500-524 525-549
5 SMK AIR KUNING 650-674 675-699
750-774 775-799
6 SMK CHENDERIANG 600-624 625-649 850-874 875-899
950-974 975-999
7 SMK BIDOR 700-724 725-749 1050-1074 1075-1099
8 SM SAINS TAPAH 1150-1174 1175-1199
800-824 825-849 1250-1274 1275-1299
9 SMK BUYONG ADIL
900-924 925-949 1350-1374 1375-1399
10 SMK SRI TAPAH 1000-1024 1025-1049 1450-1474 1475-1499
1100-1124 1125-1149 1550-1574 1575-1599
11 SMK CHOONG HUA
1200-1224 1225-1249
12 SMK DATO’ PANGLIMA
PERSNG KIRI
13 SMK SYEIKH ABDUL 1300-1324 1325-1349
GHANI 1400-1424 1425-1449
1500-1524 1525-1549
14 SMK SUNGKAI
15 SMA DAERAH BATANG
PADANG
Nombor-nombor peserta hendaklah dicapkan dengan jelas dan tidak luntur
apabila basah. Saiz nombor seperti berikut :
Tinggi tulisan : 12cm
Lebar tulisan : 1.5cm
Kain warna ikut katogeri, tulisan nombor berwarna HITAM P12
L12 BIRU
BIL NAMA SEKOLAH
BIRU
1 SK TOH TANDEWA SAKTI 2000-2024 2025-2049
2 SK PENDITA ZABA 2050-2074 2075-2099
3 SK BANIR 2100-2124 2125-2149
4 SK TEMOH 2150-2174 2175-2199
5 SK CHENDERIANG 2200-2224 2225-2249
6 SK BIDOR 2250-2274 2275-2299
7 SK KAMPUNG POH 2300-2324 2325-2349
8 SK BATU TIGA 2350-2374 2375-2399
9 SK BATU MELINTANG 2400-2424 2425-2449
10 SK HAJI HASAN 2450-2474 2475-2499
11 SK SRI KINJANG 2500-2524 2525-2549
12 SK KAMPONG PAHANG 2550-2574 2575-2599
13 SK BATU TUJUH 2600-2624 2625-2649
14 SK JERAM MENGKUANG 2650-2674 2675-2699
15 SK SUNGAI LESONG 2700-2724 2725-2749
16 SK AYER KUNING 2750-2774 2775-2799
17 SK BATU MASJID 2800-2824 2825-2849
18 SK SUNGKAI 2850-2874 2875-2899
19 SK PERLOK 2900-2924 2925-2949
20 SK BIKAM 2950-2974 2975-2999
21 SK CHANGKAT SULAIMAN 3000-3024 3025-3049
22 SK FELDA SUNGAI KLAH 3050-3074 3075-3099
23 SK BATU 14 3100-3124 3125-3149
24 SK BESOUT 3 3150-3174 3175-3199
25 SK TROLAK UTARA 3200-3224 3225-3249
26 SK TROLAK SELATAN 3250-3274 3275-3299
27 SK SERI BESOUT 3300-3324 3325-3349
27 SK POS GEDONG 3350-3374 3375-3399
29 SK KAMPUNG SENTA 3400-3424 3425-3449
30 SK POS MUSUH 3450-3474 3475-3499
31 SK JERNANG 3500-3524 3525-3549
32 SK TAPAH 3550-3574 3575-3599
33 SK BIDOR 2 3600-3624 3625-3649
34 SK SATU TAPAH 3650-3674 3675-3699
35 SK DATUK KELANA 3700-3724 3725-3749
36 SK SERI BIDOR 3750-3774 3775-3799
SJK (C)
37 SJK(C) PHENG LOK 3800-3824 3825-3849
38 SJK(C) HWA MIN 3850-3874 3874-3899
39 SJK (C) SUNGAI KROH 3900-3924 3925-3949
40 SJK(C) CHENDERIANG 3950-3974 3975-3999
41 SJK(C) KHEUNG WA 4000-4024 4025-4049
42 SJK(C) BUKIT PAGAR 4050-4074 4075-4099
43 SJK(C) PEKAN GETAH 4100-4124 4125-4149
44 SJK(C) PHUI CHEN 4150-4174 4175-4199
4225-4249
45 SJK(C) KAMPONG PAHANG 4200-4224 4275-4299
4325-4349
46 SJK(C) HWA LIAN 4250-4274 4375-4399
4425-4449
47 SJK(C) CHOONG HUA (1) 4300-4324 4475-4499
4525-4549
48 SJK(C) CHOONG HUA (2) 4350-4374 4575-4599
4625-4649
49 SJK(C) PIN MIN 4400-4424 4675-4699
50 SJK(C) KG.COLDSTREAM 4450-4474 4725-4749
4775-4799
51 SJK(C) TANAH MAS 4500-4524 4825-4849
4875-4899
52 SJK(C) PEKAN PASIR 4550-4574 4925-4949
4975-4999
53 SJK(C) KUALA BIKAM 4600-4624 5025-5049
5075-5099
54 SJK(C) KHAI MENG 4650-4674 5125-5149
5175-5199
SJK (T) 5225-5249
5275-5299
55 SJK(T) TAPAH 4700-4724
56 SJK(T) KHIR JOHARI 4750-4774
57 SJK(T) TUN SAMBANTHAN 4800-4824
58 SJK(T) BHARATHY 4850-4874
59 SJK(T) SUNGKAI 4900-4924
60 SJK(T) LADANG TONG WAH 4950-4974
61 SJK(T) LADANG BIDOR TAHAN 5000-5024
62 SJK(T) LADANG BIKAM 5050-5074
63 SJK(T) LADANG SUNGAI KRUIT 5100-5124
64 SJK(T) LADANG SUNGKAI 5150-5174
65 SJK(T) LADANG KELAPA BALI 5200-5224
66 SJK(T) LADANG BANOPDANE 5250-5274