The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuratifasrulzarin, 2021-10-28 20:49:02

FLIP BOOK TENTATIF MAULIDUR RASUL 2021

f85a5647-574b-40e4-a4b1-8c826aad4bcc

PENDAHULUAN

Membina modal insan yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani merupakan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi mencapai hasrat tersebut, pihak
Panitia Pendidikan Islam telah merancang beberapa aktiviti bercorak kerohanian
yang akan dilaksanakan bersempena sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.
Melalui aktiviti ini, murid akan diberi pendedahan tentang sejarah perjuangan
Rasulullah S.A.W serta keperibadian mulia baginda.

OBJEKTIF

➢ Menanam sikap kecintaan kepada Rasulullah S.AW.
➢ Mengetahui dan mencontohi keperibadian Rasulullah S.A.W.
➢ Mengamalkan gaya hidup Islam bersandarkan kepada amalan hidup baginda.
➢ Memberi peluang kepada pelajar untuk memperkembangkan bakat melalui

acara yang dipertandingkan.

❖ Bacaan Yasin

❖ Tayangan Slaid

❖ Persembahan Murid

❖ Bacaan Doa
❖ Ucapan Aluan
❖ Oleh : Tuan Hj. Nordin bin Koher
❖ (Guru Besar SK Kg. Cheras Baharu)

❖ Ceramah Maulidur Rasul
❖ Oleh : Al-fadhil Ustaz Hapizi bin Miskam
❖ (Penolong Pengarah Sektor Dasar Pentaksiran Lembaga Peperiksaan)
❖ Kuiz

❖ Selawat

❖ Bersurai

Tema ini bagaikan suatu motivasi kepada ummah untuk meletakkan nilai ‘Rabbani’ iaitu menjadikan Allah
SWT segala-galanya dalam mendepani apa jua keadaan dan situasi getir dan sukar. Ia diinspirasikan daripada
sifat dan sikap Nabi Muhammad SAW itu sendiri.

Antara sifat mulia Nabi Muhammad SAW yang wajar diikuti ialah bersifat benar dalam semua perkataan
dan perbuatan, bersifat jujur,dipercayai dan juga bijaksana dalam menyampaikan dakwah. Sekiranya kita
membaca sirah Nabi Muhammad SAW, jelas menunjukkan Baginda sebagai seorang pemimpin yang beretika
tinggi dengan akhlak yang mulia merangkumi sifat-sifat integriti, kejujuran dan amanah dan ia begitu sebati
sehingga Baginda diberi gelaran ‘Al-Amin.’

Dalam aspek pentadbiran dan pembuatan keputusan, Nabi Muhammad SAW mengamalkan sikap terbuka
dan sentiasa mendengar buah fikiran ramai menerusi konsep ‘syura.’Nabi Muhammad SAW sangat tawaduk
dan sentiasa mengagungkan kehebatan Allah SWT, yang menjadikan Baginda seorang pemimpin yang tidak
terpengaruh dengan sifat tamak yang boleh mengundang gejala rasuah, tipu muslihat dan sifat mementingkan
diri sendiri dengan kebesaran dunia seperti pangkat, harta dan kedudukan.

Nabi Muhammad SAW sentiasa menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dan semua itu
bertujuan bagi mewujudkan persekitaran yang dapat merangsang sebuah pentadbiran negara yang beretika
dengan nilai-nilai yang murni.

Ciri-ciri kepimpinan ini telah berjaya membentuk sebuah negara Islam yang dijulang tinggi dan disegani.
Nabi Muhammad SAW adalah merupakan sebaik-baik ‘role model’ untuk diteladani dan diikuti oleh seluruh
umat Islam di muka bumi ini.

Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada hari isnin, 12 Rabiul Awal tahun gajah bersamaan
dengan 570 Masihi. Aminah, ibu kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w menceritakan bahawa
ketika beliau mengandungkan Nabi, beliau sendiri tidak merasakan bahawa dirinya sedang
mengandung dan semasa dilahirkan, Nabi Muhammad s.a.w tidak menangis tetapi hanya bersin.
Nabi Muhammad s.a.w juga dilahirkan dalam keadaan tersungkur sujud ke bumi sebagai
petanda bahawa Baginda sujud kepada Allah Yang Maha Esa. Keadaan rumah baginda juga
menjadi terang benderang dilimpahi cahaya, manakala api sembahan agama Majusi di Rom dan
Parsi terpadam.

Selepas dilahirkan, beberapa peristiwa ajaib telah berlaku kepada baginda Nabi,
antaranya ialah Malaikat membelah dada Nabi ketika berumur 4 tahun lagi. Ketika itu, 2 orang
Malaikat datang kepada Baginda lalu membelah dada Baginda lalu hatinya dicuci dengan air
Zam-Zam. Seketul darah yang hitam dibuang dan digantikan dengan hikmah dan iman. Selain
itu juga, Ibu susuan Baginda, Halimatus Saadiah membawa Baginda ke perkampungan Bani
Saad yang pada waktu itu kemiskinan dan kemarau melanda perkampungan tersebut. Sebaik
sahaja Nabi Muhammad tiba di sana, awan mula menyelimuti langit dan air hujan turun dengan
lebatnya. Lembah sungai dipenuhi air dan tanaman tumbuh dengan subur. Ternakan yang
dahulunya kurus kini telah menjadi sihat serta mengeluarkan susu yang sangat banyak.

Junjungan Penghulu Alam Buana Saidina wa Maulana Muhammad Sallallahu Alaihi Waala Alihi
Wasohbihi wasallama taslima. Merupakan sebaik- baik dalam penciptaan dan budi pekertinya,
Baginda adalah insan yang paling suka memberi petunjuk , pada jalan kebenaran. Akhlaknya
adalah Al-Quran, Tabiatnya memberi kemaafan.

Baginda memberi nasihat kepada manusia dan amat gemar membuat kebaikan. Baginda SAW
selalu memaafkan kesalahan orang lain, jika itu soal hak peribadinya. Namun, jika hak Allah yang
dilanggar maka tak seorang pun sanggup berdiri menghadapi kemarahannya. Siapa pun melihat
baginda SAW walau sekilas pandang pasti akan menggeruninya. Jika ada orang miskin
mengundang baginda, Tentu dia didatanginya.

Baginda SAW tetap mengatakan kebenaran walaupun pahit, Tak pernah dirinya menyimpan
dendam didalam hati, Lagi tak pernah bohong atau membahayakan orang Musyrik. Siapapun
yang pernah melihat wajah baginda SAW akan segera tahu, bahawa baginda bukan seorang
penipu, Dirinya bukan seorang pengumpat, apatah lagi seorang pencela.

Baginda SAW jika gembira, wajahnya bagai belahan bulan, Bila berbicara kepada manusia,
seolah-olah mereka memetik buah nan manis dari bicaranya itu. Pabila baginda tersenyum, maka
senyumanya itu sesejuk titisan embun. Dan apabila berkata-kata, seakan butiran mutiara
berjatuhan dari perkataannya.


Click to View FlipBook Version