TATABAHASA : HOMOGRAF Kata Homograf ialah perkataan yang SAMA EJAAN tetapi BERLAINAN SEBUTAN. Makna perkataan juga berbeza mengikut sebutan bunyinya. PERHATIAN : Ketika membina ayat tidak boleh diberi imbuhan pada perkataan homograf berkenaan. PERKATAAN MAKNA PERKATAAN CONTOH AYAT Rendang Sejenis makanan (lauk pauk) yang dimasak menggunakan santan dan ditumis sehingga kering. Amsar memasak daging rendang atas permintaan ibunya yang mengidam mahu makan masakan tersebut. Rendang Tumbuhan yang berbentuk rendah dan mempunyai daun yang sangat banyak serta bercabang. Waktu senja kami dilarang duduk di bawah pohon yang rendang itu. Perang Pergaduhan yang melibatkan penggunaan senjata. Kampong itu amat menakutkan, ramai yang menjadi mangsa dan terkorban semasa perang dan peristiwa itu telah menjadi sejarah ngeri. Perang Warna yang merah kemerah-merahan. Rambut Zulika berwarna perang kerana dia kacukan bangsa Turkish. Semak Sejenis tumbuhan yang kecil-kecil, rendah, tidak teratur, kusut dan belukar. Kami menangkap belalang yang banyak di kawasan semak di belakang rumah nenek kami. Semak Mendengar sesuatu dengan teliti atau memerhati dengan sebaik-baiknya. Buku itu saya semak semula pada petang semalam. PERKATAAN MAKNA PERKATAAN Serak Suara garau, bunyi suara seperti orang yang kena selesma atau sakit tekak Serak Keadaan bertaburan, tidak teratur, bersepah. Bela Terjaga, dipelihara, memelihara. Bela Menuntut balas atas sesuatu kejadian, melindungi, mempertahankan diri dari dakwaan atau fitnah. Reda Dengan rela hati atau ikhlas. Reda Semakin surut atau berkurangan. Pelekat Gam. Pelekat Kain sarung. Perah Nama sejenis buah (Perah). Perah Perbuatan memerah iaitu membuang air atau pati daripada isinya, seperti perah kelapa. Gelang Nama sejenis pokok digunakan untuk membuat arang kayu Gelang Barang kemas atau perhiasan Wanita. Sepak Perbuatan tending (dengan kaki). Sepak Perbuatan tampar (dengan tangan). Selak Pengsan Selak Menyingkap kain. Tekad Azam atau keputusan muktamat. Tekad Menghasilkan bentuk menggunakan acuan.
LATIHAN BINAAN AYAT : HOMOGRAF Bina ayat daripada perkataan berikut yang membezakan maknanya. Jangan tambah imbuhan pada perkataan tersebut. Bina ayat tidak kurang 8 patah perkataan bagi setiap ayat. Serak Bela Reda Perah Sepak