SEMINAR ANTARABANGSA
KESUSASTERAAN ASIA
TENGGARA (SAKAT) XVI 2022
TEMA
“Sastera Inklusif:Antara Perbandingan (Negosisi)
dengan Hegomoni”
TARIKH
4-5 OKTOBER 2022
TEMPAT
BALAI SEMINAR TUN HAMDAN SYEIKH TAHIR,
ARAS 6, WISMA DBP, KUALA LUMPUR
ANJURAN
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA
PELANCARAN BUKU
FALSAFAH DALAM KARYA
SASTERA TRADISIONAL
disempurnakan oleh
YBhg. Datuk Seri Dr. Haji Awang Sariyan,
Pengerusi Lembaga Dewan Bahasa Dan Pustaka
bersempena
Seminar Antarabangsa Kesusasteraan
Asia Tenggara (SAKAT) XVI 2022
pada 4 Oktober 2022
di Balai Seminar Tun Hamdan Syeikh Tahir,
Wisma DBP, Kuala Lumpur.
MAJLIS SASTERA ASIA TENGGARA (MASTERA)
.
Mastera atau Majlis Sastera Asia Tenggara adalah sebuah majlis yang merancang
dan memantau perkembangan Sastera Melayu/Indonesia di rantau ini. Penubuhan
Mastera telah dipersetujui pada asasnya oleh tiga negara pendiri Iaitu Negara Brunei
Darussalam, Indonesia dan Malaysia dalam Kongres Bahasa Melayu Sedunia pada
25 Ogos 1995. Mastera telah diputuskan sebagai sebuah majlis serantau yang
mewakili lembaga pemerintah setiap negara anggota. Keanggotaannya terdiri
daripada tiga kelompok, iaitu negara pendiri, negara ahli dan negara pemerhati.
Penubuhan Mastera telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB
Datuk Khalid Yunus, sempena Majlis Pelancaran Mastera dan Sidang Ke-1 Mastera
di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 12 Ogos 1996. Majlis turut
disaksikan oleh wakil-wakil dari negara Singapura, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Pada hari bersejarah tersebut juga, rancangan lima tahun kegiatan Mastera (1996-
2000) telah dibincangkan dan dipersetujui oleh ketiga-tiga negara pendiri.
Mastera kini dianggotai oleh Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia,
Singapura dan Thailand. Singapura telah menjadi negara anggota pada tahun 2012.
Majlis menandatangani Perisytiharan Bersama oleh negara Singapura telah diadakan
dalam Sidang ke-18 Mastera pada 17 Oktober 2012 di Kuala Lumpur. Thailand pula
secara rasminya menjadi negara anggota Mastera pada 18 September 2014. Majlis
menandatangani Perisytiharan Bersama telah diadakan semasa Majlis Pembukaan
Sidang Ke-20 Mastera di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, Negara Brunei
Darussalam
NEGARA ANGGOTA MASTERA
LATAR BELAKANG
SEMINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ASIA
TENGGARA (SAKAT)
Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) pada asalnya
merupakan kegiatan dwitahunan yang dianjurkan bersama-sama oleh negara
pendiri Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera), iaitu Malaysia, Indonesia, dan
Brunei Darussalam. Sejak dimulakan pada tahun 1999, Malaysia telah diberikan
tanggungjawab untuk menganjurkan kegiatan seminar ini sebanyak lima kali,
iaitu:
.
SAKAT I 24 – 27 Ogos 1999
Tarikh:
Tema : “Modeniti dan Pembangunan Sastera Kebangsaan Asia
Tenggara
SAKAT II 26 – 29 Ogos 2001
Tarikh : “Pembinaan Negara Bangsa melalui Kesusasteraan
Tema : Kebangsaan Asia Tenggara
SAKAT III 23 – 25 September 2003
Tarikh :
Tema : “Kesusasteraan Tradisional: Peranan dan Sumbangannya dalam
Masyarakat Kini”
SAKAT IV 29 – 30 November 2005
Tarikh : “Sastera dan Politik: Antara Ilmu dengan Pengaruh”
Tema :
SAKAT V 26 – 27 November 2007
Tarikh : “Sastera dan Sejarah: Tradisi dan Kesinambungan”
Tema :
Mulai tahun 2010, SAKAT dianjurkan setahun sekali di negara tempat
berlangsungnya Persidangan Mastera
SAKAT VI 27 – 29 September 2010
Tarikh : “Sastera dan Ideologi”
Tema :
Tempat: Indonesia
SAKAT VII 19 – 20 September 2011
Tarikh : “Sastera Menganyam Fahaman Lintas Budaya”
Tema :
Tempat: Negara Brunei Darussalam
SAKAT VIII 17 – 18 Oktober 2012
Tarikh : “Kreativiti dan Inovasi Sastera dalam Industri Kreatif”
Tema :
Tempat: Malaysia
SAKAT IX 24 – 25 Oktober 2013
Tarikh : “Penguat Pemahaman Lintas Budaya sebagai Upaya
Tema : Perwujudan Keharmonian Bangsa Serumpun”
Tempat: Indonesia
SAKAT X 3 – 4 September 2014
Tarikh : “Sastera dalam Media Baru: Potensi dan Sumbangan”
Tema :
Tempat: Negara Brunei Darussalam
SAKAT XI 26 – 27 September 2015
Tarikh : “Sastera Transmedia: Ruang dan Peluang untuk
Tema : Transformasi Sastera dan Masyarakat”
Tempat: Singapura
SAKAT XII 26 – 27 September 2016
Tarikh : “Falsafah Melayu/Indonesia dalam Karya Sastera Tradisional”
Tema :
Tempat: Malaysia
SAKAT XIII 11 – 12 September 2017
Tarikh : Teori dan Kritik Sastra Loka (Sastra Tempatan)
Tema : Indonesia
Tempat:
SAKAT XIV 12 – 13 September 2018
Tarikh : “Sastera Pengukuh Perpaduan Asia Tenggara”
Tema :
Tempat: Negara Brunei Darussalam
SAKAT XV 28 – 29 September 2019
Tarikh : “Kota, Teknologi dan Sastera”
Tema :
Tempat: Singapura
Program dan kegiatan Mastera telah tertangguh pada tahun 2020 dan 2021 akibat
daripada penularan wabak COVID-19. Namun begitu, setelah dunia umumnya dan
negara Malaysia khususnya telah menuju ke fasa endemik, maka Mastera dicadangkan
untuk dilaksanakan semula.
Mesyuarat Sekretariat Mastera 2022 pada 21 − 23 Jun 2022 di Malaysia dan Mesyuarat
Sekretariat Mastera Malaysia pada 9 Ogos 2022 telah memutuskan bahawa SAKAT
akan diadakan pada tahun 2022. Tema seminar yang diputuskan ialah “Sastera Inklusif:
Antara Perundingan (Negosiasi) dengan Hegemoni”.
Tema: “Sastera Inklusif: Antara Perundingan (Negosiasi) dengan
Hegemoni”.
Tema ini disokong oleh beberapa subtema, iaitu sastera daerah dan sastera
nasional/kebangsaan; sastera etnik; sastera bandingan serantau; isu-isu
sastera magnilaliti; kesinambungan tradisional dan moden; serta mitos.
Objektif SAKAT XVI 2022
1. Membincangkan perkembangan sastera daerah dan sastera
nasional.
2. Membincangkan sastera etnik dan kepentingannya dari aspek
kearifan tempatan.
3. Membincangkan perkembangan sastera tanah air meliputi sastera
moden dan sastera tradisional.
4. Mengenal pasti isu-isu sastera pada peringkat serantau.
Skop/tema
1. Skop seminar tertumpu pada kajian/penyelidikan tentang
perkembangan sastera daerah dan sastera nasional, sastera etnik
dan kepentingannya dari aspek kearifan tempatan, dan mengenal
pasti isu-isu sastera pada peringkat serantau.
ATUR CARA
SEMINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ASIA TENGGARA
(SAKAT) XVI 2022
Tarikh : 4 – 5 Oktober 2022 (Selasa-Rabu)
Tempat
: Balai Seminar Tun Hamdan Syeikh Tahir, Wisma DBP,
Tema seminar
Kuala Lumpur
: “Sastera Inklusif: Antara Perundingan (Negosiasi) dengan
Hegemoni”
4 Oktober 2022 (Selasa)
8.30 pagi : Pendaftaran peserta/ketibaan jemputan
9.00 pagi
9.05 pagi : Ketibaan tetamu kehormat
9.10 pagi
9.15 pagi : Nyanyian lagu
9.30 pagi - Negaraku
10.10 pagi - Mastera
10.15 pagi
10.30 pagi : Bacaan doa
11.00 pagi
: Ucapan alu-aluan oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang
1.00 tengah hari Sallehuddin bin Abg Shokeran
2.30 petang
: Ucap utama dan perasmian seminar oleh Pengerusi Lembaga
Pengelola, Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan
: Pelancaran buku Falsafah dalam Karya Sastera Tradisional
(DBP, 2022)
: Penyampaian cenderamata kepada delegasi (Indonesia, Brunei
Darussalam, Singapura)
: Minum pagi
Sesi Pembentangan Kertas Kerja
: Sesi I
Ahli Panel:
1. Drs. Agus R. Sarjono (Indonesia)
Keindonesiaan dan Kedaerahan dalam Sastera
Indonesia
2. Dr. Haji Abang Patdeli Abang Muhi (Malaysia)
Pengkhazanahan dan Pemugaran Cerita Rakyat
3. Awang Mohd. Zefri Ariff Mohd. Zain Ariff (Brunei
Darussalam)
Sastera Digital Brunei di Media Sosial: Keragaman
Tematik dan Penerimaan Secara Inklusif dan Eksklusif
Moderator: Shahrun Nizal Mohd Nor (Malaysia)
Sesi soal jawab
: Makan tengah hari/rehat
: Sesi II
Ahli Panel:
1. Dayang Wathiqah Amirah Haji Wasli (Brunei Darussalam)
Transformasi Folklor dalam Era Digital di Negara Brunei
Darussalam
2. Muhammad Ilyia Kamsani (Singapura
Cita Merangkul: Usman Awang dan A. Samad Ismail
3. Prof. Dr. Nor Faridah Abdul Manaf (Malaysia)
Kepentingan Sastera Asia Tenggara Dipelajari di dalam
Kurikulum Sastera di Negara-negara ASEAN
Moderator: Dr. Faezah Muhayat (Malaysia)
4.30 petang Sesi soal jawab
: Minum petang/bersurai
5 Oktober 2022 (Rabu)
8.30 pagi : Minum pagi
9.30 pagi Sesi Pembentangan Kertas Kerja
11.30 tengah hari : Sesi III
12.00 tengah hari Ahli Panel:
1. Drs. Cecep Syamsul Hari (Indonesia)
Perlindungan Hukum dan Peradaban Sastera
2. Prof. Madya Dr. Mohd Zariat Abdul Rani (Malaysia)
Tradisi Persuratan Melayu: Tradisi “Par-excellence”
dalam Sejarah Kesusasteraan Melayu
3. Dr. Roszalina Rawi (Singapura)
Realiti Trans: Perkembangan Agensi Watak-watak
Disforia dalam Cerpen Melayu Singapura
Moderator: Dr. Wan Khairoslinda Wan Mohd Khairi (Malaysia)
Sesi soal jawab
: Ucapan penangguhan oleh Pengarah Jabatan Dasar dan
Penyelidikan, Dr. Hazami Jahari
: Makan tengah hari/bersurai
SENARAI DELEGASI MASTERA
DELEGASI MASTERA BRUNEI DARUSSALAM
1. Awang Suip Haji Abdul Wahab Pemangku Pengerusi Mastera
Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Brunei Darussalam
Brunei Darussalam merangkap Ketua Delegasi
2. Dayang Rosmuliati Haji Yahya Penolong Setiausaha Mastera
Brunei Darussalam
3. Prof. Ampuan Dr. Haji Brahim Ampuan Haji Tengah Pakar Bidang
4. Awang Mohammed Zefri Ariff Mohammed Zain Ariff Pakar Bidang
5. Dayang Wathiqah Amirah Haji Wasli Ahli Mastera
DELEGASI INDONESIA
1. Drs. Agus R. Sarjono, M.Hum Pakar Bidang
2. Drs. Cecep Syamsul Hari, M. Hum Pakar Bidang
3. Meryna Afrila Sekretariat
DELEGASI SINGAPURA
1. Dr. Azhar Ibrahim Alwee Pengerusi Mastera Singapura
merangkap Ketua Delegasi
2. Dr. Roszalina Rawi Pemakalah
3. Muhammad Ilyia Kamsani Pemakalah
4. Puan Liyana Nasyitah Sekretariat
DELEGASI MALAYSIA
1. YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan Pakar Bidang
2. YBrs. Prof. Dr. Hashim Ismail Pakar Bidang
3. YBrs Dr. Mohd Hanafi Ibrahim Pakar Bidang
4. YBrs. Dr. Mawar Safei Pakar Bidang
PENYAMPAI UCAP UTAMA
AWANG SARIYAN (PROF. DATUK SERI DR.) terlibat secara aktif dalam perancangan
bahasa Melayu di peringkat negara, serantau dan antarabangsa sejak tahun 1977. Beliau
memperoleh ijazah sarjana muda daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan kemudian
ijazah sarjana dan doktor falsafah daripada Universiti Malaya. Pada peringkat kebangsaan,
beliau memainkan peranan sebagai perancang bahasa Melayu dalam aspek “perancangan
taraf” dan “perancangan korpus” menerusi kapasiti beliau sebagai pegawai kerajaan di Dewan
Bahasa dan Pustaka, Malaysia, pada awalnya beliau sebagai Pegawai Penyelidik Bahasa
dan kemudian sebagai Pegawai Penyelidik Bahasa Kanan, Pengarah Jabatan Bahasa,
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) dan akhirnya sebagai Ketua Pengarah (2012-2016). Beliau
telah diberi kepercayaan tinggi dalam pengkhususan kepakaran dan mendapat pengiktirafan
di pelbagai peringkat kebangsaan dan serantau. Beliau telah dilantik sebagai sebagai
Penyandang Kursi Pengajian Melayu di Beijing yang pertama (2008-2011) dan kali kedua
(2016-2018). Pada tahun 2012, beliau dianugerahi Profesor Kehormat Pengajian Bahasa dan
Budaya oleh Universiti Pengajian Asing Beijing (Beijing Foreign Studies University), pada
tahun 2015, turut dianugerahi Doktor Kehormat Falsafah daripada The World Academy of
Arts, California, Amerika Syarikat. Selain Perunding Pakar Asing Universiti-universiti, Republik
Rakyat China yang menawarkan Program Ijazah Pengajian Melayu, kini beliau adalah
Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pengarah Institut Alam dan
Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.
PEMBENTANG KERTAS KERJA
ABANG PATDELI BIN ABANG MUHI (DR.) dilahirkan pada 12 Oktober 1962 di Sarawak.
Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera Psikologi dan Komunikasi daripada Universiti
Kebangsaan Malaysia, MA in Arts Management, City of London University, United Kingdom
dan Doktor Falsafah Peradaban Melayu daripada Institut Peradaban Melayu, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dan merupakan Munsyi Dewan dan Jurulatih
KOMSAS DBP..Beliau juga telah menghasilkan lebih daripada 100 buah makalah yang telah
dibentangkan dalam seminar pada peringkat negeri, kebangsaan, serantau dan
antarabangsa, selain menghasilkan lebih 200 rencana/artikel yang disiarkan dalam pelbagai
majalah dan surat khabar. Beliau juga banyak membimbing bengkel penulisan kreatif dan
non-kreatif, dan menyutradarakan beberapa drama pentas.. Beliau telah memenangi dan
menerima 35 hadiah penulisan karya kreatif dan non-kreatif (cerpen, puisi,skrip drama
bangsawan, skrip drama pentas dan rencana terbaik) serta penulisan esei pada peringkat
negeri Sarawak dan nasional sejak tahun 1981. Kumpulan naskhah drama radio persendirian
beliau yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah Kerana Budi (1995), dan
Kumpulan Cerpen: Urip (2015). Novel pertama beliau ialah Hati Emas (2014) Beliau
menghasilkan 5 naskhah drama pentas/bangsawan, dan memenangi tempat ketiga Peraduan
Menulis Skrip Drama Bangsawan 1993 peringkat negeri Sarawak. Pada tahun 1999
dinobatkan sebagai penerima Hadiah Sastera Kebangsaan Sarawak bagi genre esei kritikan,
dan penerima bagi genre esei kritikan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2015/2016.
Sumbangan beliau kepada negeri Sarawak telah diiktiraf dengan pengurniaan anugerah dan
pingat seperti Pingat Perkhidmatan Bakti (2015), Darjah Kebesaran Ahli Bintang Kenyalang
(2018) dan Darjah Kebesaran Pegawai Bintang Sarawak (2021). Kini, beliau bertugas di
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, sebagai Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa
dan Sastera...
AWANG MOHAMMED ZEFRI ARIFF BIN MOHAMMED ZAIN ARIFF (ZEFRI ARIFF)
melibatkan diri secara aktif dalam bidang kesenian, kebudayaan, kebahasaan,
kesusasteraan, teater, media dan pergerakan belia di Negara Brunei Darussalam. Beliau
banyak membentangkan kertas kerja dan perbincangan dalam forum, persidangan,
permesyuaratan, dialog dan bengkel di Asia. Zefri juga memegang beberapa potfolio dalam
pertubuhan bukan kerajaan dan khidmat masyarakat. Sebelum menyertai Universiti Brunei
Darussalam sebagai tenaga akademik pada tahun 1996, Zefri pernah bekerja sebagai
Penyunting Skrip Drama Kanan di Radio Television Brunei selama enam tahun. Bakat beliau
melangkau daripada penulisan kreatif kepada fotografi, videografi, wartawan, editor,
deklamator, lakonan dan pengarahan untuk drama radio, televisyen dan pentas sejak zaman
remaja lagi. Kecenderungan Zefri dalam kegiatan seni dan penulisan mula terserlah ketika
berumur 14 tahun. Zefri seorang penulis kreatif yang prolifik dan menguasai penulisan,
pengarahan dan produksi drama dalam tiga genre yang berbeza, iaitu radio, televisyen dan
pentas. Dalam penulisan dan persembahan seni pentas, Zefri sering mengutarakan idea-idea
baharu dengan pelbagai inovasi kreatif dan pendekatan. Kepakaran beliau sering
dimanfaatkan untuk kegiatan seni pentas, sastera dan budaya di peringkat kebangsaan dan
serantau. Bimbingan Zefri dalam pelbagai bengkel telah melahirkan ramai penggiat seni dan
penulis muda yang berpotensi dalam pelbagai bidang dan kerjaya. Zefri juga sering diundang
untuk mendeklamasi puisi dan mementaskan seni pertunjukan di sekitar Asia dalam pelbagai
acara. Buku drama beliau berjudul Rapat telah mendapat anugerah Hadiah Sastera
MASTERA pada tahun 2003. Beliau juga telah menulis beberapa buku akademik dan kreatif.
AGUS R. SARJONO dilahirkan pada 27 Julai 1962 di Bandung Indonesia. Pada tahun 1998,
Agus telah lulus Jurusan Bahasa dan Sastera Indonesia, daripada Fakulti Pendidikan Bahasa
dan Seni (FPBS), IKIP Bandung. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke program
pasca sarjana di Jurusan Kajian Sastera, Fakulti Ilmu Budaya (FIB), Universitas Indonesia
pada tahun 2002. Agus kerap menulis puisi, cerpen, dan esei. Karyanya banyak dimuat naik
dalam majalah dan jurnal terkemuka di Indonesia, Malaysia, dan Negara Brunei Darussalam.
Karya terbaharu beliau, iaitu “All Absolutes are Forbidden” dalam Berthold Damshauser und
Wolfgang Bhrem (Hrg/Ed). Mythos Pancasila (Berlin, 2022), Teks dan Konteks (Bandung,
2022), Analisis Strukturalisme (Bandung, 2022), Penulisan Lakon: Drama, Monolog, Film
(Bandung, 2021) dll.
CECEP SYAMSUL HARI dilahirkan pada 1 Mei 1967 di Bandung Indonesia. Beliau mendapat
pendidikan awal di SD Negeri Pabaki VII di Bandung, SMP Assalam Bandung, SMA Negeri 4
Bandung, kemudiannya menyambung pengajian di Universitas Pendidikan Indonesia (d/h
IKIP Bandung, Korea Universiti, Seoul dan Universitas Islam Bandung. Beliau merupakan
seorang penulis dalam genre puisi, cerita pendek dan esei. Karya terjemahannya banyak
diterbitkan di Pikiran Rkayat, bandung Pos, Mitra Budaya, Hikmah Kompas, Republika, Media
Indonesia, Ulumul Qur’an, Horison dan lain-lain. Kaya terbaharu beliau, iaitu Perlindungan
Hukum Sastra Digital, An Authorized Digital edition (2022) dan On A Piece of Mersawa Leaf,
Bilingual Selected Poems (2022).
MOHD. ZARIAT ABDUL RANI, PhD merupakan Profesor Madya di Jabatan Bahasa
Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Bidang
kepakaran beliau ialah kesusasteraan Melayu dengan pengkhususan dalam teori dan
kritikan sastera. Penyelidikan beliau turut merangkumi kesusasteraan Islam, retorika
fiksyen dan sastera popular. Pada tahun 2011, Mohd. Zariat menerbitkan buku
berjudul Seksualiti dalam Novel Melayu (Bangi: Penerbit UKM). Beliau pernah menjadi
penerima “The Nippon Foundation for Asian Public Intellectual Fellowship” pada tahun
2008/2009 dan “The Sumitomo Foundation for Grant for Japan-related Research Projects”
pada tahun 2013/2014. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Pengarah (Pembangunan
Pengajaran dan Pembelajaran) di Pusat Pembangunan Akademik (CADe), Universiti
Putra Malaysia yang antaranya bertanggungjawab dalam aspek pembangunan
program akademik.
MUHAMMAD ILYIA BIN KAMSANI atau dikenali juga sebagai Ilya ialah seorang penjawat
awam di Kementerian Pendidikan, Singapura (MOE) sejak tahun 2017. Beliau sedang
melanjutkan pembelajaran pada peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Melayu dari
Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Pada tahun 2021, beliau memperoleh Ijazah
Sarjana Muda dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Melayu daripada Universiti Sains
Sosial Singapura (SUSS). Ilya pernah membuat perbentangan dalam forum. Antaranya
termasuklah Siri Sembang Ilmu anjuran Yayasan Warisan Melayu (MHF), International
Student Conference anjuran bersama Fakulti Humaniora Universitas Islam Negeri Maulana
Malik Ibrahim Malang, Indonesia serta Jabatan Pengajian Melayu, NUS, dan Cita Bichara:
Naskhah Nusa anjuran The Arts House. Beliau juga merupakan seorang penggiat seni Dikir
Barat (Dikir) bersama kumpulan Andika Kencana dan telah memenangi kategori Seni Kata
Terbaik dan Lagu Terbaik dalam pertandingan-pertandingan setempat. Sebilangan karyanya
dipilih untuk dimuatkan dalam buku kompilasi seni kata Dikir Singapura yang bakal diterbitkan
syarikat penerbitan tempatan, Unggun Creative. Ilya dilantik menjadi Sahabat Sastera oleh
Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) pada tahun 2021.
NOR FARIDAH ABDUL MANAF (PROF. DR.) merupakan graduan BA (Hons) Sastera
Inggeris daripada Universiti Waikato di New Zealand, MA di bidang yang sama daripada
Universiti Liverpool,United Kingdom dan menerima PhD dalam sastera Inggeris daripada
Universiti Flinders, Australia. Beliau juga merupakan lulusan Sarjana Fulbright Scholar,
Universiti Cornell, New York bagi tahun 2007 dan Sarjana Mevlana di Universiti Selcuk, Konya
dalam tahun 2018. Nor Faridah mempunyai pengalaman mengajar sastera selama 32 tahun
di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan banyak mempromosikan sastera
bandingan dan sastera Islam untuk dibaca bersama sastera Inggeris. Tulisan akademiknya
banyak bertumpu kepada Sastera Inggeris dan Sastera Islam terutamanya karya penulis
wanita Muslim. Beliau juga meneliti Penulisan Kreatif Islam dan menerapkan konsep ini dalam
kelas Penulisan Kreatifnya di UIA. Prof. Faridah juga merupakan Timbalan Presiden IMAN
(NGO Wanita Profesional Muslim). Beliau juga pernah memenangi beberapa anugerah
antaranya termasuklah Hadiah Sastera Public Bank-Utusan Malaysia 1997 (Kategori Cerpen),
pemenang sagu hati Sastera Malaysia Public Bank-Utusan Malaysia bagi tahun 1995 dan
2000 bagi kategori cerpen.
ROSZALINA RAWI (Dr.) ialah seorang pensyarah di Jabatan Bahasa dan Budaya Melayu,
Kumpulan Akademik Bahasa dan Budaya Asia, Institut Pendidikan Nasional/Universiti
Teknologi Nanyang (2011-kini). Beliau berkelulusan Ijazah Dr. Falsafah (PhD) dalam Bidang
Pendidikan daripada Universiti Cambridge, United Kingdom (2017) dengan pengkhususan
dalam bidang Penilaian untuk Pembelajaran. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang
pendidikan Melayu daripada Institut Pendidikan Nasional/Universiti Teknologi Nanyang,
Singapura pada tahun 2010. Ijazah Sarjana Muda pengkhususan dalam bidang Pengajian
Melayu dan Ilmu Ekonomi (Universiti Nasional Singapura, 2001) pada peringkat Ijazah
Sarjana Muda. Beliau pernah bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah
menengah Singapura (2003-2010) dan berpengalaman sebagai konsultan bagi modul
berkenaan Kesusasteraan Melayu untuk kanak-kanak di Institut Pendidikan Awal Kanak-
Kanak Nasional, Singapura dan juga Majlis Ugama Islam Singapura. Beliau turut
menghasilkan penulisan yang membincangakan isu-isu sosial masyarakat dan juga karya-
karya akademik berkenaan penilaian dan perancangan bahasa yang diterbitkan Elsevier
Science, Bloomsbury Academic dan Springer International Publishing.
WATHIQAH AMIRAH BINTI HAJI WASLI ialah Pegawai Bahasa di Dewan Bahasa dan
Pustaka, Negara Brunei Darussalam. Jawatan yang pernah disandang ialah Pegawai
Penerbitan (2014-2020) dan kini beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Bahasa. Beliau
berkelulusan dalam bidang Kesusasteraan Melayu (2013), pengkhususan dalam bidang
folklor dari Universiti Brunei Darussalam. Pada masa ini, beliau merupakan Timbalan Ketua
Editor bagi majalah Bahana, sebuah majalah sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
Negara Brunei Darussalam. Beliau turut menghasilkan karya kreatif dan bukan kreatif dalam
majalah Bahana, serta telah menghasilkan tiga buah buku persendirian, iaitu Trickster Si
Paluian (2018), Monyet Nakal dengan Semut (2021), dan Pesanan Terakhir (2021), serta
sebuah buku antologi bersama Antologi Puisi Sinar Siddiq (2012). Beliau juga merupakan
penerima Pingat Perak Universiti (2012), dan Anugerah Kecemerlangan Sumbangan BLNG
SDN BHD (2012).
BUKU-BUKU HASIL
SIRI KULIAH KESUSASTERAAN BANDINGAN
MASTERA
JURNAL PANGSURA
JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung
Tuan Haji Md. Johari Hassan
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
Penasihat
Dr. Hazami Jahari
Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan
Pengerusi
Encik Saifullizan Yahaya
Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera
Timbalan Pengerusi
Puan Noraini Abd. Shukor
Setiausaha
Nor Muhamad Mat Zain
Penolong Setiausaha
Puan Nurul Hidayah Yusof
Urus setia
Encik Zulfa Hamzah
Puan Nurul Julia Alani Henry
Puan Naimah Yusof
Encik Sharrul Rizal bin Hashim
Encik Rusdi Abd Rahman
Encik Shahrun Nizal Mohd Nor
Encik Abdul Razak Mohammad
Dr. Faezah Muhayat
Dr. Wan Khairoslinda Wan Mohd Khairi
Puan Fairuz Yaacob
Puan Nurul Aina Borhan
Puan W Zalina Rajali
Puan Fathenwan Wan Mohd. Nor
Puan Musazliza Mustan Shir
Puan Adibah Maheran
Puan Nor Adilah Abu Bakar
Encik Mohd. Shoffi Sukamin
Mohd Zami Adam Ramlee
Encik Jamil Anuar
Puan Nurul Sofea Mohd Iqubal
Encik Azahar Mat Joror
Encik Aidi Paiman
Encik Ahmad Safri Abdul Rani
PENGHARGAAN
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA
merakamkan ucapan terima kasih kepada
Sekretariat Mastera Indonesia
Sekretariat Mastera Negara Brunei Darussalam
Sekretariat Mastera Singapura
Sekretariat Mastera Thailand
delegasi
pembentang kertas kerja
peserta
orang perseorangan
dan semua pihak yang menjayakan seminar ini
TERIMA KASIH DAUN KELADI