The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-06129691, 2024-05-23 09:06:56

BUKU PROGRAM PIBG SKS KALI KE 48

BUKU PROGRAM PIBG SKS KALI KE 48

20 24 DEWAN TERBUKA SK SENDAYAN SABTU, 25 MEI 2024. 8.30 PAGI Dirasmikan oleh : YB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN Menteri Luar Negeri (MOFA) Ahli Parlimen Rembau ADUN Kawasan Rantau


GURU BESAR PN ROSWATI BINTI YUSOF Assalamualaikum Wbt Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat kita sama sama berkumpul pada pagi yang mulia ini, sempena Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-48 bagi Sekolah Kebangsaan Sendayan. Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan Ahli Dewan Undangan Kawasan Rantau, kerana sudi hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sekolah ini. Tidak lupa kepada ibu bapa atau waris murid juga, kerana sudi hadir. Ibubapa yang hadir pada pagi ini sebenarnya adalah ibubapa yang cemerlang. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih tanda penghargaan yang tidak terhingga kepada YDP PIBG, NYDP PIBG, Jawatankuasa PIBG dan guru-guru serta staff sekolah kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat pada hari ini. Yang berhormat Dato’ , tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bagi sesi 2024/2025 mesti dilaksanakan sebelum 31 Jun 2024. Setiap kali mesyuarat kita akan memilih dan melantik AJK PIBG. Di samping itu harus diingatkan bahawa perkara berkaitan dengan Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) perlu dipatuhi pada setiap masa seperti mana yang tercatat dalam SPI Bilangan 5 Tahun 2001 yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia KPM. Perkara-perkara yang disentuh di dalam surat pekeliling itu ialah PIBG sekolah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school homecommunity partnership). i SEKAPUR SIREH


ii Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ’saling melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan. Seterusnya dalam Peraturan 5 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA GURU)1998 yang berkuatkuasa pada 26 Mac 1998, dengan jelas telah menggariskan tujuan dan batasan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah. Dalam sub peraturan(5) dan (6) ada dinyatakan batasanbatasan yang dikenakan kepada Persatuan, iaitu :3 Subperaturan (5)–Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa Persatuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah. Subperaturan (6)–Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua atau kakitangan sekolah di mana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Pejabat Pendidikan Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan. Di samping itu, kepimpinan PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan supaya tidak sekali-kali membabitkan Persatuan dan sekolah dengan apa juga kegiatan yang bole hmenggugat kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar kepimpinan PIBG terlibat dengan aktiviti-aktiviti anti kerajaan atau menjadikan Persatuan sebagai platform untuk berpolitik atau bagi tujuan memperoleh kepentingan peribadi. Jika keadaan ini berlaku, dikhuatiri Persatuan akan menyeleweng daripada matlamat asal penubuhannya, dan akhirnya akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran, sekaligus akan merugikan pendidikan anak-anakmurid di sekolah. Selaku ex-officio dan Penasihat PIBG dikehendaki memaklumkan kandungan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru)1998 ini kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang dilantik dan ibu bapa keseluruhannya agar ia dipatuhi pada setiap masa. Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.. Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna, di mana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak-anak masing-masing. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah dengan mengambil kira batasan-batasan kuasa PIBG. Selain daripada memilih dan melantik Jawatankuasa PIBG yang baru dan membincangkan usul-usul daripada ibu bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG pada pagi ini akan berbincang dan mendapat persetujuan bersama berkaitan kutipan bayaran bagi sesi persekolahan tahun 2024/2025. Seperti arahan JPN, permohonan kutipan ini mesti dihantar ke JPN. Diharapkan perkara ini dapat diputuskan dengan sebaik mungkin tanpa menimbulkan masalah kepada Pihak sekolah dan waris muridmurid.


iii Ibu bapa yang dihormati sekalian, Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen ibu bapa. Penjajaran sukatan dibuat melalui kaedah dan teknik. Ibu bapa perlu memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pelajaran anak-anak. Anakanak perlu diberikan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya agar diri mereka tidak tersisih dan tercicir. Para guru akan berasa bangga jika ibubapa sentiasa mengambil berat tentang pembelajaran anak-anak dan yang paling utama memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Saya mewakili pihak sekolah menyeru supaya ibu bapa memberi kerjasama yang erat kepada pihak sekolah supaya kita sama-sama dapat berganding bahu dan sekaligus dapat menyuntik semangat belajar dalam diri anak-anak. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita bagi mencapai kejayaan yang diharapkan. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk ibubapa dan ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat, iaitu membantu murid berjaya secara holistik dan seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi. Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak di rumah tidak dapat dinafikan. Apabila ibu bapa dan komuniti terlibat sama, sekolah mendapat banyak manfaat antaranya pencapaian murid meningkat, kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan dan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa menjadi lebih baik. Oleh itu, marilah kita bekerja sama dan berganding bahu membentuk sahsiah anakanak agar menjadi anak ABC, anak yang baik lagi cerdik. Akhir kata, saya percaya dengan keprihatinan semua, kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek, InshaAllah. Oleh itu saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi bersama dalam Mesyuarat Agung Tahunan SK Sendayan pada pagi ini. Kemaafan dipohon sekiranya ada tutur kata yang tidak sedap didengar, kerana sesungguhnya yang baik dan indah itu datangnya daripada Allah SWT dan yang kurang itu dari kelemahan diri saya sendiri. Sekian Wabillahi Taufik Wal Hidayah Assalamualaikum WBT.


YDP PIBG MEJAR MOHAMED ADNAN FAREED BIN MOHAMED AKBAR iv SEKAPUR SIREH Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmat-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Sendayan kali ke-48 bagi membincangkan perkara-perkara yang dapat membantu kejayaan anak-anak. Kehadiran ibubapa amat dihargai dan besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen ibu bapa terhadap pentadbiran sekolah ini. SK Sendayan sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada anak-anak. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh anak-anak, baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Kesemua kejayaan ini adalah hasil daripada kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak dapat menempuh perubahan sistem pendidikan yang dinamik serta penuh dengan kerenah dan cabaran. Sumbangan PIBG dari pelbagai sudut, termasuklah dari segi material dan sokongan moral amatlah diperlukan sebagai nilai tambah dalam menentukan anak-anak kita dapat mengharungi sesi pembelajaran di SK Sendayan di dalam suasana yang harmoni dan kondusif.


v SEKAPUR SIREH Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai yang diharapkan oleh setiap ibubapa. Lantaran itu, permuafakatan antara ibubapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini. Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibubapa amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketrampilan bukan sahaja dalam bidang akademi, kokurikulum bahkan sahsiah diri yang cemerlang. Pada kesempatan yang ada, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada SK Sendayan. “Jadilah seperti akar yang membuatkan pohon tegak berdiri, namun bersembunyi di dalam tanah dan tak nampak di pandangan mata. Sekian, terima kasih.


YB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN Menteri Luar Negeri (MOFA) Ahli Parlimen Rembau ADUN Kawasan Rantau vi SEKAPUR SIREH Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin limpahNya dapatlah kita berkumpul di majlis ini untuk menjalankan satu amanat demi merealisasikan agenda untuk kejayaan anak-anak di SK Sendayan. Saya merasa amat berbesar hati kerana diberi kehormatan untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ini. Seperti yang kita sedia maklum, PIBG memainkan peranan yang penting dalam memperkukuhkan hubungan antara sekolah, guru, ibu bapa, dan komuniti dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam PIBG atas usaha dan komitmen yang telah diberikan sepanjang tempoh ini. Kerjasama yang baik antara pihak sekolah, guru, ibu bapa, dan PIBG adalah kunci kejayaan dalam memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan yang berkualiti. Mesyuarat agung ini adalah platform yang penting bagi kita semua untuk bersamasama menilai pencapaian, merangka strategi, dan merancang langkah-langkah ke hadapan demi meningkatkan prestasi sekolah dan pelajar. Saya berharap agar hasil daripada mesyuarat ini dapat memberi impak positif kepada perkembangan pendidikan di sekolah ini. Saya juga ingin menggalakkan semua pihak untuk terus memberi sokongan dan kerjasama yang padu demi kebaikan bersama. Kita harus sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu pendidikan agar anak-anak kita dapat bersaing di peringkat global. Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah atas usaha yang telah dilakukan sebelum ini dan harap agar semangat kerjasama ini akan terus berkekalan. Teruslah berusaha untuk mencapai matlamat bersama dalam memperkasa pendidikan di negara kita. Sekian, terima kasih.


PERKARA HALAMAN Atur cara majlis 1 Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 48 2 Jawatankuasa PIBG 3 Jawatankuasa Kerja& Pelaksana 4-5 Minit mesyuarat Agung PIBG kali ke - 47 6-11 Laporan Aktiviti PIBG sesi 2023/2024 12-15 Laporan Aktiviti / Program Kurikulum 16-18 Laporan Aktiviti / Program HEM 19 Laporan Aktiviti / Program Kokurikulum 20-22 Laporan Kewangan PIBG sesi 2023/24 23-27 Senarai Usul dan cadangan dari ibu bapa / penjaga 28-30 Senarai Penerima Anugerah PBD Terbaik sesi 2023/2024 31-32 Penghargaan 33


8.30 PAGI • Ketibaan ibu bapa dan jemputan • Ketibaan YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan - Menteri Luar Negeri (MOFA) - Ahli Parlimen Rembau - ADUN Kawasan Rantau • Nyanyian Lagu Negaraku • Kata-kata Aluan Pengacara Majlis • Persembahan Murid • Ucapan Guru Besar - Pn. Roswati Binti Yusof • Ucapan YDP PIBG - Mejar Mohamed Adnan Fareed Bin Mohamed Akbar • Ucapan perasmian - YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan - Menteri Luar Negeri (MOFA) - Ahli Parlimen Rembau - ADUN Kawasan Rantau • Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPKK 2023 • Penyampaian Cenderamata AJK PIBG 2023/2024 • Jamuan 1 9.30 PAGI 11.00 PAGI • Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48


1. Ucapan Yang Dipertua PIBG 2. Ucapan Ex-Officio PIBG – Guru Besar SK Sendayan 3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Sendayan Kali Ke- 47 4. Perkara-Perkara Berbangkit 5. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan Sesi 2023/2024 6. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 31 Januari 2023 hingga 30 Mac 2024 7. Membahas dan Menerima Usul 8. Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 9. Ucapan oleh pengerusi sementara – Ex Officio 10. Pelantikan Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 11. Ucapan Alu-aluan YDP PIBG Sesi 2024/2025 2 Agenda Mesyuarat Kali Ke 48


Sesi 2023 / 2024 EX OFFICIO YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA BENDAHARI 3 : PN ROSWATI BINTT YUSOF : MEJAR MOHAMED ADNAN FAREED BIN MOHAMED AKBAR : EN. AZMI BIN OTHAMAN : CIK NURSYAHIRAH BINTI DZULKIFLI : PN. NURUL SYAMILA BINTI ABDUL MOIN : EN. MOHD HANAFIS BIN ZAINAL AJK GURU Pn. Siti Khairun Nisak Binti Md Onzer Pn. Wan Muni binti Wan Nazulan Pn. Afieza binti Abu Kassim Pn. Suriyati binti Mohamad En. Azhar bin Ahmad AJK IBU BAPA Pn. Nur Ain binti Mislan Mejar Shahrizan bin Kamaruzaman Pn. Sharaitul Yuani binti Ismail En. Mohd Shah bin Nordin Pn. Noor Azwana binti Muzeri Pn. Juliana binti Jahar Pemeriksa Kira-kira Guru: Pn. Cempawan binti Hamza Pemeriksa Kira-kira Ibubapa: Pn. Noor Idayu binti Abu Hasan


22/10/2021 5 4 JK SAMBUTAN • Pn. Nor Faizah binti Abu • En. Romaizi bin Talib • En. Mohd Ezzuan bin Abd Mutalib • Pn. Shawarillah binti Sabtu • En. Azmi bin Othaman JK PENDAFTARAN • Pn. Wan Muni Aida binti Wan Nazulan (K) • Pn. Juliati bt Yusoff • Pn. Siti Khairun Nisak binti Md Onzer • Pn. Ummee Kalsom binti Ahmad • Pn. Nurul Afidah binti Mahdom • Pn. Juliana binti Jahar • Pn. Suziana Fairoz binti Md Ripen BACAAN DOA: • En. Muhammad Nasrullah bin Mohd Hanafi JK SIARAYA: • En. Kugan A/L Ravendran (K) • En. Akmal Haziq bin Abdullah JK PERSIAPAN DEWAN (SEBELUM DAN SELEPAS) • En. Mohd Ridzwan bin A. Rahim (K) • En. Norsham Bin Nasir • En. Mohd Ramadhan b Anwar • En. Mohd Hanafis bin Zainal • En. Mohd Shah bin Nordin • Mejar Shahrizan bin Kamaruzaman JURUACARA MAJLIS • En. Mohammad Ozair bin Yaacob JK JAMUAN (VIP) • Pn. Norshamsira bt. Ujang (K) • Pn. Raja Nor Hameza binti Raja Hussin • Pn. Ainon Nazira binti Abd Mokti • Pn. Azmira binti Mohamad Said • Pn. Juliana binti Jahar • Pn. Sharaitul Yuani binti Ismail Ibu Bapa • Pn. Norita binti Hashim (K) • Pn. Azilawati binti Ismail • Pn. Siti Nor Akmal binti Ahmad • Pn. Normasnira binti Hashim • Pn. Nur Ain binti Mislan • Pn. Aisah binti Ahmad • Pn. Nurul Akma binti Ghazali • Pn. Noor Azwana binti Muzeri JK BUKU PROGRAM • Pn. Nurdiana Baiduri Binti Abd Halim (K) • Pn. Siti Nurul Hasanah binti Adnan • Pn. Nadiah Binti Yusoff JK PENCATAT MINIT • Pn. Sharmila A/P Sathasivam (K) • Pn. Rohana binti Abdul Rahim • Pn. Aisah binti Ahmad JURUGAMBAR • En. Mohd Hafizudin b. Sazali (K)


22/10/2021 5 JK BACKDROP & HIASAN PENTAS (SEBELUM DAN SELEPAS) • Pn. Norhaza binti Bakharudin (K) • Pn. Rohiza binti Abidin • Pn. Hafizah binti Rosly • Pn. Norliafira binti Abd. Rahman • Pn. Syafawati Nur bt. Hasim • Pn. Sumithra A/P Sivanesan • Pn. Mimi Rafeah binti Ahmad • Pn. Mardiana binti Nordin JK LATAR BELAKANG SIDANG Pencatat Papan Putih • En. Fairus bin Baharuddin (K) • Pn. Afieza binti Abu Kassim Pengiraan Undi • En. Mohd Hanafis bin Zainal (K) • En. Azhar bin Ahmad • En. Mohd Ridzwan b A.Rahim • Pn. Sumithra A/P Sivanesan JK SIJIL & CENDERAHATI PERASMI DAN AJK PIBG • Pn. Siti Aminah binti Ismail (K) • Pn. Suriyati binti Mohamad • Pn. Nurul Afidah bt Mahdom JK MONTAJ SEKOLAH • Cik Tuan Farhanna binti Tuan Kamaruddin • Pn. Siti Rohani binti Hj. Md Habaki


Kali ke- 47 bagi sesi 2023/2024 TARIKH HARI MASA TEMPAT : 17 Jun 2023 : Sabtu : 9.00 pagi : Dewan Orang Ramai Felda Sendayan AGENDA 1. UCAPAN EX-OFFICIO PIBG – PN. HAMIDAH BINTI OTHMAN 1.1 Guru Besar mengucapkan salam kepada hadirin yang dapat hadir pada pagi ini. Ucapan terima kasih kepada YDP PIBG, NYDP PIBG , barisan AJK 2022/2023, barisan pentadbir SK. Sendayan serta ibu bapa yang dapat hadir. 1.2 Beliau memaklmukan banyak akiviti sekolah yang memerlukan sokongan dari semua ahli khususnya AJK PIBG dan semua ibu bapa anak-anak SK Sendayan. Sekiranya tiada kerjasama dan sokongan daripada PIBG, sudah pasti semua aktiviti tidak dapat dijlalankan. 1.3 PIBG amat diperlukan untuk menyokong sekolah dalam langkah mencari dana untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dana ini juga sangat pentng untuk menjalankan aktiviti yang berfokus kepada kemenjadian murd. 1.4 Beliau percaya bahawa AJK yang dilantik pada hari ini dapat menerajui PIBG dengan cemerlang. Beliau berharap ibu bapa yang dilantik atau hadir dapat memberi komitmen yang baik kepada pihak sekolah. 1.5 Beliau memohon kepada hadirin agar jangan melantik AJK yang tidak boleh hadir ke sekolah untuk aktiviti dan jika ingin melantik diri sendiri mestilah dalam kalangan mereka yang boleh memberi komitmen kepada pihak sekolah. 6


2.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG (Tuan Mejar Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar– YDP PIBG Sesi 2022/2023) 2.1 Tuan Mejar Mohmed Adnan Fareed, YDP PIBG, mengingatkan semua ibu bapa tentang kehadiran murid-murid ke sekolah. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk memastikan anak-anak hadir ke sekolah setiap hari.Ibu bapa juga perlu mengambil tindakan segera kepada anak-anak yang kerap ponteng kerana kejayaan anak-anak adalah anak-anak yang berjaya hadir ke sekolah tanpa ponteng. 2.2 PIBG SK Sendayan memerlukan dana yang banyak untuk menjalankan pelbagai aktiviti kea rah kemenjadian murid. Dana tersebut akan digunakan untuk setiap program atau aktiviti khasnya sukan dan kokurikulum yang melibatkan sehingga beribu ringgit. Ibu bapa perlu membuat sumbangan yang telah ditetapkan untuk membantu menampung aktiviti atau program tersebut. 2.3 Pencapaian anak-anak sehingga ke peringkat antarabangsa tidak dapat diteruskan sekiranya ibu bapa tidak membuat sumbangan PIBG yang telah ditetapkan pada setap kali Meyuarat Agung Tahunan dijalankan. Ibu bapa tidak boleh ambil mudah kerana dahulu aktiviti kokurikulum dititikberatkan, tetapi sekarang ianya adalah dinilai dan diberi markah. 2.4 Beliau menyeru kepada ibu bapa agar memberi sokongan moral kepada anak-anak yang berjaya terpilih untuk mewakili sekolah. Turunlah padang dan iringilah anak ke pertandingan, semoga anak-anak SK Sendayan terus bersemangat dan dapat mencipta kejayaan. 2.5 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberi komitmen yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan. 3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 3.1 Pn. Siti Nor Akmal selaku Setiausaha PIBG sesi 2022/2023 telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45. 3.2 Pn. Juliana binti Jahar telah mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 diterima dan disahkan. En. Mohd. Shah bin Nordin menyokong agar minit mesyauarat ini diterima dan disahkan. 4.0 Perkara-perkara Berbangkit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 - TIADA – 7


8 5.0 Membentang dan Mengesahkan Laporan Tahunan PIBG untuk sesi 2022/2023 dan Laporan Tahunan PIBG sesi 2022/2023 5.1 Pn. Siti Nor Akmal telah membentang ahli Jawatankuasa yang masih dikekalkan seperti dalam senarai didalam buku program. 5.2 Sebanyak 6 kali mesyuarat telah dijalankan sepanjang tahun 2022/2023. 5.4 Program STEM telah dianjurkan dan sekolah telah mencapai ke peringkat kebangsaan dan telah mengharumkan nama sekolah. 5.5 Pembentangan laporan dalam lampiran. 5.5.1 Pn. Nur Ain binti Mislan mencadang agar laporan ini diterima. En. Azmi bin Othaman menyokong laporan ini diterima. Ahli mesyuarat sebulat suara menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG bagi sesi 2022/2023 Makluman : Semua Ibubapa 6.0 Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG Kali Ke-45 6.1 En. Mohd Hafizudin bin Sazali selaku Bendahari PIBG sesi 2022/2023 membentangkan penyata kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2022. 6.2 Bendahari memaklumkan penerimaan wang pada tahun 2022 berjumlah RM36,544.59,manakala perbelanjaan pula berjumlah RM13,411.17. Baki yang akan dibawa ke tahun 2023 berjumlah RM 23,133.42. (Rujuk Lampiran) 6.3 Bendahari seterusnya menerangkan jumlah perbelanjaan PIBG mengikut kategori berdasarkan jadual perbelanjaan. Pencadang Laporan Kewangan 2022 diterima untuk disahkan ialah En. Mohd Shah bin Nordin dan disokong oleh Pn. Nur Ain binti Mislan. Makluman : Semua ibubapa


7.0 Membahas dan menerima usul. 7.1 Usul 1--Bayaran saguhati Pengawal Keselamatan Sekolah: (Dibawa oleh En. Romaizi bin Talib, PK HEM SK Sendayan) 7.1.1 En. Romaizi membentangkan usul agar pihak PIBG sekolah memberikan saguhati kepada Pengawal Keselamatan kerana bertugas untuk kawal keselamatan murid bermula pukul 6.00 pagi, meminta Pengawal Keselamatan menjaga anak sehingga lewat lepas habis waktu persekolahan serta pelbagai urusan kebajikan anak bukanlah tugas rasmi pengawal keselamatan di sekolah. 7.1.2 Oleh itu, untuk menangani isu dan menjaga adab menyantuni Pengawal Keselamatan dalam menjalankan tugas tidak rasmi, maka dicadangkan agar Pengawal keselamatan diberi saguhati. Setelah berbincang maka semua yang hadir telah Bersetuju sebulat suara untuk memberikan saguhati sebanyak RM300, kepada 4 orang Pengawal Keselamatn pada setiap hujung tahun bermula 2023. Ini tertakluk kepada Pengawal Keselamatan yang telah berkhidmat 6 bulan ke atas. 7.2 Usul 2 – Sumbangan bayaran PIBG SKS 2023/2024: ( Dibawa oleh En. Azmi bin Othaman) En Azmi bin Othaman telah mencadangkan agar sumbangan PIBG untuk setiap murid ialah RM50.00 setahun. Namun begitu sekiranya terdapat satu keluarga yang melebihi seorang anak, maka ibu bapa bolehlah membuat sumbangan secara beransur-ansur sebelum bulan Disember 2023. Cadangan ini telah diterima sebulat suara oleh semua ibu bapa yang hadir. 7.3 Usul 3 – Lantikan Ibu Bapa untuk Pasukan Sukarelawan Sekolah: (Dibawa oleh Pn. Juliana binti Jahar, AJK PIBG) Pn Juliana, mencadangkan agar PIBG dapat melantik seorang ibu bapa daripada setiap aliran untuk membantu program sekolah dan aktiviti kemenjadian murid SK Sendayan. Cadangan ini diterima oleh semua ahli yang hadir secara sebulat suara. 7.4 Usul 4 – Mewujudkan Studio Digital di SK Sendayan: (Dibawa oleh Pn. Sharaitul Yuani binti Ismail, ibu murid) Pn. Sharaitul Yuan mencadangkan agar sekolah mewujudkan studio digital untuk rakaman atau aktiviti secara live streaming yang membolehkan ibu bapa ikuti serta. Namun usul ini terpaksa ditangguhkan memandangkan sekolah kekurangan bilik untuk dijadikan studio 9


8.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 Dipengerusisementara oleh Guru Besar, Pn. Hamidah binti Othman. Perlantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 Ex Officio : Pn. Hamidah binti Othman ( Guru Besar ) Yang Dipertua : Mejar Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar Naib Yang Dipertua : En. Azmi bin Othaman Setiausaha Kehormat : Pn. Siti Aishah binti Derani Bendahari Kehormat : En. Mohd. Hanafis bin Zainal AJK GURU : Pn. Siti Khairun Nisak Binti Md Onzer : Pn. Wan Muni binti Wan Nazulan : Pn. Afieza binti Abu Kassim : Pn. Suriyati binti Mohamad : En. Azhar bin Ahmad AJK Ibu Bapa : Pn. Juliana binti Jahar : Pn. Nur Ain binti Mislan : Mejar Shahrizan bin Kamaruzaman : Pn. Sharaitul Yuani binti Ismail : En. Mohd Shah bin Nordin : Pn. Noor Azwana binti Muzeri Pemeriksa Kira-kira Guru : Pn. Cempawan binti Hamza Pemeriksa Kira-kira Ibubapa : Pn. Noor Idayu binti Abu Hasan 10


10.0 Hal-hal Lain 10.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat kerana mesyuarat telah dapat dijalankan dengan penuh kekeluargaan dan berharap agar kerjasama antara pihak sekolah dan PIBG dapat diperkukuhkan demi kepentingan anak-anak SK Sendayan. 11.0 Ucapan Penangguhan Mejar Mohamed Adnan Fareed mengucapkan alhamdulillah dan terima kasih atas kepercayaan ibubapa melantik beliau sekali lagi sebagai YDP 2023/2024. Beliau juga memaklumkan bahawa AJK PIBG yang dilantik memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk kecemerlangan anak-anak yang belajar di SK Sendayan. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG yang baharu dilantik bagi sesi 2023/2024. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 petang 11


20 24 SESI 2023/2024 Laporan


22/10/2021 1. Jawatankuasa PIBG Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 Ex Officio : Pn. Hamidah binti Othman ( Guru Besar ) Yang Dipertua : Mejar Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar Naib Yang Dipertua : En. Azmi bin Othaman Setiausaha Kehormat : Pn. Siti Aishah binti Derani Bendahari Kehormat : En. Mohd. Hanafis bin Zainal AJK GURU : Pn. Siti Khairun Nisak Binti Md Onzer : Pn. Wan Muni binti Wan Nazulan : Pn. Afieza binti Abu Kassim : Pn. Suriyati binti Mohamad : En. Azhar bin Ahmad AJK Ibu Bapa : Pn. Juliana binti Jahar : Pn. Nur Ain binti Mislan : Mejar Shahrizan bin Kamaruzaman : Pn. Sharaitul Yuani binti Ismail : En. Mohd Shah bin Nordin : Pn. Noor Azwana binti Muzeri Pemeriksa Kira-kira Guru : Pn. Cempawan binti Hamza Pemeriksa Kira-kira Ibubapa : Pn. Noor Idayu binti Abu Hasan Sesi 2023/2024 12 10


22/10/2021 2. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa 2.1 Sepanjang sesi ini ahli jawatankuasa PIBG telah bermesyuarat sebanyak 3 kali bagi membincangkan aktiviti dan program yang akan dilaksanakan oleh persatuan. Antara perkara yang dibincangkan ialah pembangunan fizikal sekolah, sahsiah pelajar, prestasi akademik dan kokurikulum pelajar. Berikut adalah tarikh mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG yang telah diadakan: Mesyuarat AJK Pertama : 19 OKTOBER 2023 Mesyuarat AJK Kedua : 16 JANUARI 2024 Mesyuarat AJK Ketiga : 2 MEI 2024 Sesi 2023/2024 13 10


22/10/2021 14 10 ANALISA KEHADIRAN AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AJK PIBG SESI 2020/2021 BIL JAWATANKUASA JAWATAN 19 OKT 2023 16 JANUARI 2024 2 MEI 2024 1. PN.HAMIDAH BINTI OTHMAN EX OFFICIO / 2. PN.ROSWATI BINTI YUSOF EX OFFICIO ✓ ✓ 3. MEJAR MOHAMED ADNAN FAREED B.MOHAMED AKBAR YANG DIPERTUA ✓ B ✓ 4. EN. AZMI BIN OTHAMAN NAIB YANG DIPERTUA ✓ B ✓ 5. PN SITI AISYAH BINTI DERANI SETIAUSAHA KEHORMAT ✓ ✓ ✓ 6. EN MOHD HANAFIS BIN ZAINAL BENDAHARI KEHORMAT ✓ ✓ ✓ 7. PN NOR FAIZAH BINTI ABU GPK PENTADBIRAN ✓ ✓ ✓ 8. EN ROMAIZI BIN TALIB GPK HEM ✓ ✓ 9. EN MOHD EZZUAN BIN ABD MUTALIP GPK KOKURIKULUM ✓ ✓ ✓ 10. EN AHMAD SULONG BIN AHMAD GPK PETANG ✓ ✓ B 11. PN SITI KHAIRUN NISAK BINTI MD ONZER AJK GURU ✓ ✓ B 12. PN AFIEZA BINTI ABU KASSIM AJK GURU ✓ ✓ ✓ 13. PN WAN MUNI AIDA BT WAN NAZULAN AJK GURU ✓ ✓ ✓ 14. EN. AZHAR BIN AHMAD AJK GURU ✓ ✓ / 15. PN SURIYATI BINTI MOHAMAD AJK GURU ✓ ✓ ✓ 16. MEJER SYAHRIZAN BIN KAMARUZAMAN AJK IBUBAPA / B / 17. EN MOHD SHAH BIN NORDIN AJK IBUBAPA B B B 18. PN NOOR AZWANA BINTI MUZERI AJK IBUBAPA B B 19. PN JULIANA BINTI JAHAR AJK IBUBAPA ✓ B B 20. PN NUR AIN BT MISLAN AJK IBUBAPA B B B 21. PN CEMPAWAN BINTI HAMZA AUDIT DALAMAN ✓ B B 22. PN NOOR IDAYU BINTI ABU HASSAN AUDIT DALAMAN B B B ANALISA KEHADIRAN AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AJK PIBG SESI 2023/2024 * B : KETIDAK HADIRAN BERSEBAB


22/10/2021 3. Sumbangan PIBG Pihak PIBG telah banyak menyumbang dan membantu pihak sekolah dalam pelbagai aspek khususnya akademik, kokurikulum dan pembangunan infrastruktur. 4. Penghargaan Jawatankuasa PIBG ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK PIBG sesi 2023/2024, ibu bapa, syarikat swasta, pengurusan sekolah dan guru-guru atas sumbangan dan sokongan terhadap segala aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh persatuan untuk kepentingan dan kebajikan pelajar sekolah. Semoga usahasama antara PIBG dan pihak sekolah ini akan diteruskan pada masa akan datang dan ditambah baik demi kecemerlangan ana-anak yang belajar di SK Sendayan. Semoga hasrat PIBG untuk bergerak seiringan dalam mencapai kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah akan tercapai. 15 10 Disediakan oleh: …………………………. (SITI AISHAH BINTI DERANI) Setiausaha Kehormat


22/10/2021 Sesi 2023/2024 16 10 Aktiviti & Program PIBG BIL TARIKH AKTIVITI/ PROGRAM 1. MEI 2023 JAMUAN HARI RAYA 2023 2. JUN 2023 MINI JAMBATAN DI PADANG MPKK 3. SEPTEMBER 2023 GOTONG-ROYONG MADANI 1.0 4. NOVEMBER 2023 KEM IBADAH 5. DISEMBER 2023 SUKAN TAHUNAN 2023 6. FEBRUARI 2024 MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 7. FEBRUARI 2024 MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN 2023 6. APRIL 2024 BAKUL RAMADHAN 7. APRIL 2024 IFTAR JAMAIE 8. APRIL 2024 JAMUAN HARI RAYA 9. MEI 2024 SAMBUTAN HARI GURU 2024


22/10/2021 Sesi 2023/2024 16 10 Aktiviti & Program Kurikulum BIL TARIKH AKTIVITI/ PROGRAM 1. 16 MAC 2023 PROGRAM PENDAFTARAN PRA SEKOLAH DAN TAHUN 1 2023 2. 16 MEI 2023 MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2023 3. 22 MEI 2023 MAJLIS PELANCARAN PEMBUGARAN NILAM & GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH 2023 4. 29 JUN 2023 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47 SK SENDAYAN 5. 16 JULAI 2023 - 3 OGOS 2023 PROGRAM PEMBANGUNAN ANAKANAK PERMATA TAHUN 4 SK SENDAYAN 6. 29 JULAI 2023 KEM KECEMERLANGAN JAWI TAHAP 2- 2023 7. 4 OGOS 2023 MAJLIS PENYERAHAN MENTOR MENTEE CELIK AL QURAN TAHUN 6 SK SENDAYAN 8. 15 SEPTEMBER 2023 PROGRAM TIGA PENJURU – PENYERAHAN KEPUTUSAN PBD SEMESTER 1 / 2023


22/10/2021 Sesi 2023/2024 17 10 Aktiviti & Program Kurikulum BIL TARIKH AKTIVITI/ PROGRAM 9. 12 SEPTEMBER 2023 BENGKEL PEMBUGARAN PBD PANITIA SAINS SK SENDAYAN 10. 12 SEPTEMBER 2023 BENGKEL PEMBUGARAN PBD PANITIA MATEMATIK SK SENDAYAN 11. 2 OKTOBER 20239. MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI SEMPENA PERSARAAN PN FAKHRIAH BINTI ABDUL FATAH – GURU SK SENDAYAN 12. 20 OKTOBER 2023 PERJUMPAAN IBU BAPA UNTUK PROGRAM MENTOR MENTEE ANAKANAK PERMATA TAHUN 1/ 2023 13. 30 OKTOBER 2023 PROGRAM BULAN BAHASA SK SENDAYAN 2023 PANITIA BAHASA MELAYU, PANITIA BAHASA ARAB DAN PANITIA BAHASA TAMIL 14. 3 – 4 NOVEMBER 2023 KEM BESTARI SOLAT TAHUN 6 SK SENDAYAN 15. 14 DISEMBER 20 23 PROGRAM HARI PENDAFTARAN PRA SEKOLAH SK SENDAYAN SESI 2024/2025


22/10/2021 Sesi 2023/2024 18 10 Aktiviti & Program Kurikulum BIL TARIKH AKTIVITI/ PROGRAM 16. 16 – 19 JANUARI 2024 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK TAHAP 2 /2023 17. 1 FEBRUARI 2024 MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN SK SENDAYAN 2023 18. 6 FEBRUARI 2024 PROGRAM SILANG BUDAYA 2024 OLEH PANITIA SEJARAH SK SENDAYAN 19. 9 FEBRUARI 2024 PROGRAM TIGA PENJURU – PENYERAHAN KEPUTUSAN PBD SEMESTER 2 / 2023


22/10/2021 Sesi 2023/2024 19 10 Aktiviti & Program HEM


22/10/2021 Sesi 2023/2024 20 10 Aktiviti & Program Kokurikulum


22/10/2021 Sesi 2023/2024 21 10 Aktiviti & Program Kokurikulum


22/10/2021 Sesi 2023/2024 22 10 Aktiviti & Program Kokurikulum


20 24 SESI 2023/2024 Laporan Kewangan


23 TARIKH TERIMAAN TUNAI (RM) BANK (RM) TARIKH PERBELANJAAN TUNAI (RM) BANK (RM) 01.06.23 Baki pada 1 Jun 2023 506.00 32,717.42 14.06.23 Bayar Jamuan Mesy Ajk PIBG 84.00 17.06.23 Sumbangan utk pasukan bola jaring 500.00 15.06.23 Belanja Mesy Agung PIBG 2023 3,650.00 caj proses 0.50 18.06.23 Duit tumpang boling 2,000.00 30.06.23 Duit tumpang boling 79 x RM40 3,160.00 18.7.23 Cek tendang 4,043.00 10.7.23 Duit tumpang boling 5,400.00 Sumbangan utk atlet MSSD caj proses 0.50 31.7.23 sumbangan PIBG 1,000.00 13.7.23 Bayaran kerusi plastik (sumb Matrix) 3,500.00 caj proses 0.50 31.7.23 sumbangan lawatan 500.00 14.7.23 Duit tumpang boling 1,400.00 31.7.23 Duit tumpang boling 5,980.00 caj proses 0.50 17.7.23 Sumbangan utk atlet MSSD 4,043.00 caj proses 0.50 20.7.23 sumbangan lawatan sekolah 500.00 caj proses 0.50


24 1.8.23 Duit tumpang boling 50.00 2.8.23 Sumbangan utk atet MSSD 4,043.00 caj proses 0.50 21.8.23 sumbangan YB (P.A Sistem) 5,000.00 4.8.23 Duit tumpang boling 2,150.00 31.8.23 sumbangan PIBG 450.00 caj proses 0.50 4.8.23 Bayaran tiang bola jaring 1,200.00 caj proses 0.50 11.9.23 2D LOCAL CHQ (MATRIX) 3,000.00 18.9.23 Sumbangan Lawatan (Cg Mano) - 439723 2,000.00 Caj Proses 0.50 11.9.23 Duit Tumpang (PROJEK J/K PROJEK KHAS PPN) 3,000.00 21.9.23 En. Ahmad - 439722 3,000.00 Caj Proses 0.50 31.9.23 Sumbangan PIBG 250.00 9,700.00 25.9.23 Duit Tumpang dari MATRIX - 11.9.23 (GB) - 439724 3,000.00 Caj Proses 0.50 18.10.23 2ND LOCAL CHQ (Sumbangan Tok MatBaju Batik) 2,000.00 4.10.23 Pn. Juliati (Bola Jaring)- 439721 500.00 caj proses 0.50 24.10.23 Return CHQ - 439726 1,500.00 6.10.23 Fra Tech & Resources (Fotostat Modul PKP) - 439703 2,395.94 30.10.23 Duit Tumpang Majlis Agama Islam 5,000.00 caj proses 0.50 31.10.23 Sumbangan PIBG 5,324.00 6.10.23 Caj Tukar Tanda Tangan 10.00 23.10.23 Cat (Pn. Salma bt. Osman) - 439726 1,500.00 caj proses 0.50 30.10.23 Speaker (TEO ELECTRIC TRADING) - 439725 5,000.00 caj proses 0.50 31.10.23 KEM Ibadah (PK1 & Cg Afieza) - 439727 2,000.00 Caj Tunai CHQ 2.00


25 24.11.23 Duit Tumpang (Gotong Royong KPM) 5,800.00 8.11.23 Sukan Sekolah (En. Ezzuan & Pn. Juliati) - 439731 6,524.00 Caj Proses 0.50 30.11.23 Sumbangan PIBG 100.00 550.00 16.11.23 Minggu Bahasa (Pn. Faizah & Pn. Mariani) - 439728 246.00 Caj Proses 0.50 16.11.23 Mentor Mentee (Pn. Faizah & Pn. Chempawan) - 439729 1,182.00 Caj Proses 0.50 24.11.23 Cat (Salma Bt. Osman) - 439733 1,500.00 Caj Proses 0.50 31.12.23 Sumbangan PIBG 700.00 18.1.24 TAY HOCK GUAN (MAK) 300.00 9.1.24 Token Koko Murid (En. Ezzuan) - 439736 2,005.00 Caj Cash 2.00 31.1.24 Sumbangan PIBG 900.00 9.1.24 Cetak UASA (Pn. Faizah & Pn. Masnira) - 439735 1,189.40 Caj Proses 2.00 Yuran Pemprosesan Cek 1.00 19.1.24 Duit Tumpang - Baju Batik (Pn. Hamidah) - 439734 2,000.00 Caj Proses 0.50 26.1.24 Majlis Anugerah Kecemerlangan & Hi Tea Tahun 6 (Pn. Faizah, Pn. Mimi & Pn. Murni) - 439737 14,023.0 0 Caj Cash 2.00 Yuran Pemprosesan Cek 0.50 31.02.23 Sumbangan PIBG 400.00


26 6.3.24 Duit Tumpang BSN (Pembukaan Akaun) 7,820.00 8.3.24 Duit Tumpang (BSN) - 439738 7,820.00 Caj Proses 0.50 8.3.24 Sumbangan PIBG Tok Mat (MAK) 5,000.00 20.3.24 Perbelanjaan Tambahan MAK (Pn. Faizah & Pn. Mimi) - 439739 1,448.00 25.3.24 Duit Tumpang Iftar (KEBAGUSS) - KAYAKU 800.00 RARAA AIRCOND & ELECTRICAL (WIRING) - 439740 1,464.00 Caj Proses 1.00 26.3.24 Duit Tumpang Iftar (KEBAGUSS) - Perseorangan 50.00 25.3.24 Sumbangan Iftar (En. Ezzuan & Pn. Rohani) - 439742 1,500.00 27.3.24 Duit Tumpang Iftar (KEBAGUSS) - ZGF GLOBAL SDN. BHD 1,000.00 Caj Proses 0.50 28.3.24 Duit Tumpang Iftar (KEBAGUSS) - THE BILAL GLOBAL SDN. BHD 500.00 27.3.24 Duit Tumpang Boling (En. Ahmad) - 439741 2,240.00 Caj Proses 0.50 28.3.24 Duit Tumpang Iftar (KEBAGUSS) - KAYAKU 500.00


27 30.04.24 Sumbangan PIBG 150.00 Jumlah Perbelanjaan : 84.00 88,455.84 30.04.24 Baki Tunai : 772.00 30.04.24 Baki di Bank : Duit tumpang RM12,150.00 20,938.58 JUMLAH 856.00 109,394.42JUMLAH 856.00 109,394.42 Pecahan Duit Tumpang: RM12,150.00 Iftar RM2,850.00 Majlis Agama Islam RM3,500.00 Gotong Royong KPM RM5,800.00 Disediakan oleh: Disemak oleh: Disemak oleh: ………………………………………. ……………………………………………………. ……………………………………………………. (EN.MOHD HANAFIS BIN ZAINAL) (PN. CEMPAWAN BINTI HAMZA) (PN. NOOR IDAYU BINTI ABU HASSAN) Bendahari PIBG Sesi 2023/2024 SK Sendayan Juruaudit Dalaman (Guru) Sesi 2023/2024 Juruaudit Dalaman (Ibu Bapa) Sesi 2023/2024 SK Sendayan SK Sendayan


Dan cadangan daripada ibu bapa/ penjaga


Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 Bil Nama Usul 1 Norazleen Binti Mohammad Membenarkan anak-anak yang hadir awal pagi untuk terus ke dalam kawasan sekolah dan tidak berkumpul di tangga kambing agar tidak berlaku kesesakan ketika turun. Ia juga menyebabkan pergerakan kenderaan menjadi lambat ketika murid2 dilepaskan. 2 Mohd Nordin bin Mohd Roseki Mohon semua guru yang mengajardi dalam kelas memaklumkan kepada ibu bapa setiap pelajaran yang diajar 3 Mohd Hafizul bin Mat Rahim Kaji laluan keluar masuk murid selepas bangunan baharu sekolah beroperasi bagi mengelakkan kesesakan melampau akibat kenderaan perlu u-turn di depan sekolah. 4 Masniyati binti Mohd Jamil Mohon jasa baik sekolah tidak menjual barang2 selain barang keperluan sekolah sahaja di koperasi. Terima kasih 5. Nur Fatin Najwa binti Md Radzi Mohon pihak Ketua PIBG TUDM untuk membuka pagar belakang RKAT TUDM waktu pagi sehingga jam 9.30 pagi bagi memudahkan menghantar anak kafa sesi pagi. Suami bekerja dan isteri terpaksa hantar melalui pagar depan. Jarak agak jauh untuk hantar dan masyk semua ke dalam kem hanya dengan bawak motor. Bnayak kenderaan berat seperti lori dan laian2 boleh membahayakan nyawa. 28


Bil Nama Usul 6. Farah Diana binti Abdul Rahim Loker buku diteruskan di bangunan baru. Berikutan pelajar terpaksa membawa buku Sekolah rendah dan juga Kafa. 7. Siti Asma binti Hj Azmi Penyediaan bangku kecil untuk perhimpunan bagi keselesaan dan kebersihan pakaian pelajar. Seperti contoh, saiz bangku kebun. Kurangkan perubahan jadual waktu sekiranya boleh. Terlalu kerap berlalku perubahan. Waktu pulang diselaraskan bagi memudahkan pengaturan logistic bagi anak-anak. 8. Umar Syafiq bin Normaen Perlu tempat simpanan buku untuk setiap murid apabila sudah berpindah ke bangunan baharu. Darjah satu beg berat. Anak darjah 3 menghidap scoliosis kerana beg terlalu berats sebelum ini. Perlu lebih cakna apabila murid mengadu pada guru ada segelintir murid yang sering dibuli di bilik darjah meminta duit kawan untuk membeli benda yang tidak berfaedah. Cikgu perlu lebih mesra dengan murid untuk Tarik minat belajar memandangkan zaman gajet murid kurang fokus apabila membuat sesuatu kerana cepat bosan. Dan murid masih takut untuk bercakap, berinteraksi dengan guru kerana ada guru yang tegas dan tidak mesra. 29 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48


Bil Nama Usul 7. Siti Hamiza Jasmi Kaji semula keperluan vendor machine di kantin sekolah. (Menyusahkan anak2 terutamanya tahun 1) Menambahbaik menu anak2 di kantin sekolah. (Larangan menjual makanan terproses seperti nugget, sosej, crabstick) 8. Nurul Azlina Hentikan penjualan jajan di perkerangan luar sekolah (pemilik van). Melibatkan keselamatan murid, kerana ada murid yang berlari di celah2 kenderaan semata-mata untuk berebut mebeli jajan. Mungkin boleh beri taklimat kepada ibu bapa yang menghantar dan mengambil anak pulang pada waktu kemuncak (waktu pulang) laluan menjadi 1 hala sahaja di hadapan sekolah. Laluan 2 hala akan membuat jalan raya menjadi sesak dan bahaya untuk anak2 melintas. Untuk mengelakkan kesesakan pada waktu pagi, boleh sarankan ibu bapa untuk turunkan anak-anak serentak untuk 3 atau 4 biji kereta. Jangan berhenti pada laluan anakanak untuk turun di kawasan sekolah. 30 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48


20 24 SESI 2023/2024 Anugerah Pencapaian UPKK


31 SENARAI PELAJAR 8A BIL NAMA PELAJAR 1 ADNI BATRISYIA BINTI MOHD FAHMY 2 AISYA HAYFA BINTI MOHD HASNUL HADI 3 AMEERA SHAURAH BINTI ABDUL HAFIZ 4 AMNI HAYYAN BINTI MOHD SHAHRIZAN 5 DAMIA HUMAIRA BINTI KHARUL NIZAR 6 INTAN SYAZWANI BINTI MOHD HARIZAL 7 MOHD AQIL NAUFAL ZIHNY BIN MOHD HAFIZ 8 MUHAMMAD YUSAMIRUL FAHMI BIN MOHD YUSRI 9 NUR AMALINA HUMAIRA BIN MOHD ANIZAM 10 NUR AWNY AFRIENA BINTI ASNAN 11 NUR MIFTAH INSYIRAH BINTI MOHD SHARMIZA AIZAT 12 NUR NADHIRAH MAISARAH BINTI IZWAN HARITH 13 NUR RABIATUL ADAWIYAH BINTI AMRAN 14 NURUL DHIA INSYIRAH BINTI MOHD FAIZAL 15 RAYYAN AR RAHMAN BIN MOHD ALI HANAFI 16 ADAM HARRAZ BIN EDDY IZWAN Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48


32 SENARAI PELAJAR 7A BIL NAMA PELAJAR 1 AHMAD ASYRAAF BIN ABD RAZAK 2 DANIEL HUD BIN HAIQEU 3 MUHAMMAD AFIQ DANIAL BIN MAHADI 4 MUHAMMAD KHAIRUL IRFAN BIN EFFENDI 5 MUHAMMAD RAZIQ NAUFAL BIN MOHD NAZLI 6 MUHAMMAD ZAIM BIN MOHAMAD FAIZAL 7 NUR SYATIRAH BINTI NOHH 8 NURUL HANIS AMANI BINTI MOHD FAIRUS SENARAI PELAJAR 6A BIL NAMA PELAJAR 1 ARISSA DAMIA BINTI AVENDI 2 NUR AWATIF BINTI MOHD YUSOF 3 NUR RAIHANA QAISARA BINTI MOHD SALIM 4 QIESYA NUR IMANINA BINTI MOHD ATZAHRI Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48


PIBG SKS mengucapkan ribuan terima kasih kepada: • Semua guru, ibu bapa dan penjaga yang sudi hadir serta menjayakan majlis ini. • Semua dermawan yang menyumbang idea, masa, tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan semua program PIBG bagi sesi 2023/2024. • Semua Ahli Jawatankuasa PIBG Kali Ke -47 • Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam majlis yang penuh usaha dan permuafakatan ini. 33 TERIMA KASIH


30 CATATAN


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sendayan


Click to View FlipBook Version