SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN TARIAN ZAPIN PESTA KESENIAN PUTERI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA 1.0 PENGENALAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah memberi garis panduan dalam mendidik generasi dengan memberikan tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, spiritual dan intelek. Bagi mencapai hasrat tersebut, Badan Perhubungan Pergerakan Puteri Islam Malaysia berbesar hati untuk menganjurkan Pertandingan Tarian Zapin sempena Pesta Seni PPIM negeri Johor. 2.0 MATLAMAT Memberi pendedahan dan kemahiran asas seni tarian zapin kepada ahli berdaftar PPIM dalam menerapkan nilai-nilai Islami serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian warisan bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya. 3.0 OBJEKTIF 1.1 Menggalakan penglibatan anak-anak puteri untuk mengenali dan mempelajari asas seni tarian zapin. 1.2 Memupuk minat dan rasa apresiasi terhadap tarian warisan bangsa. 1.3 Menonjolkan ciri-ciri kesantunan dalam diri anak-anak puteri sewaktu tarian. 4.0 PENYERTAAN a) Terbuka kepada semua ahli berdaftar PPIM Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Negeri Johor. b) Satu daerah menghantar satu pasukan penyertaan sahaja bagi setiap kategori. c) Penyertaan adalah dihadkan seramai 6 orang penari ( 3 pasangan penari ). d) Segala perbelanjaan, makan dan minum bagi para peserta di sepanjang pertandingan adalah di bawah tanggungan pihak sekolah masing-masing. Pihak penganjur juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan / kecederaan atau kerugian yang ditempuh oleh pihak sekolah di sepanjang pertandingan berlangsung.
5.0 KONSEP TARIAN a) Pilih SALAH SATU sahaja daripada konsep persembahan Tarian Zapin Johor iaitu sama ada: i) 1 Tarian Zapin Tenglu ii) 1 Tarian Zapin Lenga. b) Setiap persembahan mesti mengandungi bahagian Takzim Masuk, Kopak, Ragam Wainab dan Taksim Keluar. c) Tarian zapin yang ditarikan adalah Tradisional @ Asli dan BUKAN gerak tari kontemporari/kreasi baru. d) Tempoh persembahan adalah tidak kurang dari 5 minit dan tidak melebihi 8 minit. e) Markah akan DITOLAK sekiranya persembahan tidak memenuhi spesifikasi tempoh masa. 6.0 LAGU / MUZIK IRINGAN a) Boleh menggunakan lagu lama atau baru untuk muzik iringan, dengan syarat lagu-lagu tersebut mestilah mengekalkan rentak asal tarian zapin yang ditarikan. b) Lagu atau muzik iringan semasa persembahan hendaklah menggunakan minus-one sahaja. Muzik yang mengandungi suara atau instrumental dibenarkan. c) Alat muzik iringan tidak dibenarkan sama sekali. 7.0 PAKAIAN / AKSESORI a) Semua peserta hendaklah memakai busana dan tatarias Tradisional Melayu Johor sahaja atau Busana asli Zapin Johor sahaja b) Pakaian mestilah menutup aurat, kemas, sopan dan bersesuaian dengan tarian. 8.0 PENGHAKIMAN DAN PEMARKAHAN a) Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan. b) Pemarkahan adalah berdasarkan :- i. Koreografi atau keaslian tari : 35 markah ii. Koordinasi muzik dan gerakan : 10 markah
iii. Pecahan tari dan pola lantai : 15 markah iv. Kesantunan : 20 markah v. Busana dan tatarias : 20 markah Jumlah: 100 markah 9.0 PENYELARAS PERTANDINGAN a) Daerah : Muar b) Hubungi penyelaras/pengelola pertandingan untuk sebarang pertanyaan: • Pengelola Pertandingan : Pn Norfadzilah bt Nasiron ( 019-5264571 ) • Penyelaras SM : Pn Roziyana bt A Rahim ( 013-6518304 ) • Penyelaras SK : Cik Noor Syahidah bt Shabuddin ( 013-6293925 )
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN J.ROBIK PESTA KESENIAN PUTERI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA 1.O OBJEKTIF a) Untuk mencungkil bakat dan kemahiran dalam J.Robik dalam kalangan ahli puteri. b) Untuk mempromosi gaya hidup sihat melalui aktiviti J-Robik. 2.0 SYARAT PERTANDINGAN. a) Pertandigan ini terbuka kepada ahli Puteri Sekolah Rendah/ Sekolah Menengah yang berdaftar sahaja. b) Satu daerah menghantar satu pasukan penyertaan sahaja. c) Penyertaan adalah dihadkan seramai 6 orang ahli Puteri sahaja. 3.0 PERATURAN PERTANDINGAN a) Persembahan pasukan hendaklah mengandungi komponen-komponen yang terdapat dalam J.Robik iaitu • Zapin • Silat Sendeng • Silambam, • Aikido • Thai Chi. b) Setiap persembahan mesti mengandungi bahagian berikut • Sembah Takzim(Pembuka Gelanggang) • Zapin 1 (Fasa Pemanasan Badan) • Silat Sendeng (Fasa Rengangan) • Silambam (Fasa Intensi Tinggi) • Aikido (Fasa Suaian Fizikal) • Tai Chi (Fasa Rengangan & Penyejukan Badan) • Semerah Padi ( Penutup Gelanggang) c) Tempoh persembahan tidak kurang dari 18 minit dan tidak melebihi 20 minit. d) Markah akan ditolak sekiranya persembahan tidak memenuhi spesifikasi masa.
e) Pasukan hendaklah bersedia 10 minit lebih awal sebelum giliran persembahan. Mana-mana pasukan tidak muncul selama 1 minit selepas dipanggil, pasukan tersebut dianggap menarik diri. f) Kawasan persembahan adalah 9m X 9m(Mengikut kesesuain tempat) g) Masa akan dikira apabila muzik/lagu dimainkan dan bukannya permulaan pergerakan melainkan kedua-duanya bermula serentak. 4.0 MUZIK a) Wajib menggunakan muzik J.Robik sahaja menurut kadar masa pertandingan yang ditetapkan. b) Hanya muzik asal J.Robik sahaja dibenarkan. Muzik J.Robik yang diubahsuai dari segi rentak, melodi,korus,lirik dan lain-lain tidak dibenarkan 5.0 KERJASAMA PASUKAN. a) Ada Kerjasama pasukan dalam membuat formasi, pertukaran formasi dan posisi. 6.0 PAKAIAN PESERTA. a) Semua perserta hendaklah memakai t-shirt aktiviti puteri. 7.0 PENYELARAS PERTANDINGAN a) Daerah : Pasir Gudang b) Hubungi penyelaras/pengelola pertandingan untuk sebarang pertanyaan: • Pengelola Pertandingan : Puan Norliza Bt Roseli (011-23035221) • Penyelaras SK: Puan Nur Hasyimah BT Abdul Aziz (019 7175850) • Penyelaras SM : Puan Adibah Bt Adnan (019 5747018)
8.0 BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN J.ROBIK. Kumpulan: Bil Elemen 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Catatan A JENIS PERGERAKAN WAJIB 1 Zapin 2 Silat sendeng 3 Silambam 4 Aikido 5 Tai chi 6 Semerah padi Bil Elemen 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Catatan B ARTISTIK 1 Kerjasama Pasukan 2 Tarikan gaya Persembahan 3 Kawasan 4 Pembukaan Dan Penutup Bil Elemen 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Catatan B KEMAHIRAN TEKNIKAL 1 Koordinasi 2 Intensiti 3 Kemahiran teknikal (koreografi,ketetapan pergerakan,kawalan,keseimbangan) 4 Keseragaman 5 Jumlah Markah
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN REKA BENTUK MODEL WAU BULAN PESTA KESENIAN PUTERI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA 1.O OBJEKTIF a) Untuk mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam penghasilan model wau bulan b) Murid dapat mengenali seni warisan tradisional 2.0 SYARAT PERTANDINGAN. a) Pertandigan ini terbuka kepada ahli Puteri Sekolah Rendah/ Sekolah Menengah yang berdaftar sahaja. b) Satu kumpulan terdiri daripada 2 peserta. c) Syarat Sekolah Rendah : • Bahan dan alatan disediakan oleh peserta • Mounting board bersaiz A3 disediakan oleh peserta • Peserta diminta melakar dan melukis bentuk wau bulan di atas mounting board yang disediakan. • Gunting dan hiaskan model mengikut kreativiti masing-masing. • Masa yang diperuntukkan adalah 2 jam. d) Syarat Sekolah Menengah : Bahan dan alatan disediakan oleh peserta • Rangka wau dibuat menggunakan buluh/ rotan. • Buluh / rotan boleh diraut dahulu sebelum pertandingan. • Rangka wau mesti dihasilkan semasa pertandingan bukan pasang siap. • Saiz tidak kurang dari saiz manila kad ( 51 cm x 63.5) (disediakan oleh peserta) • Kertas wau/glassin paper / kertas mahjong perlu di potong dan dipasang ketika pertandingan • Masa yang diperuntukkan adalah 2 jam. 3.0 PAKAIAN PESERTA. a) Semua perserta hendaklah memakai t-shirt aktiviti puteri.
4.0 PENGHAKIMAN DAN PEMARKAHAN a) Keputusan hakim adalah muktamad. b) Pemarkahan adalah berdasarkan :- i. Kreativiti : 50 markah ii. Hiasan : 30markah iii. Kekemasan : 20 markah Jumlah: 100 markah 5.0 PENYELARAS PERTANDINGAN a) Daerah : Batu Pahat b) Hubungi penyelaras/pengelola pertandingan untuk sebarang pertanyaan: • PENGELOLA PERTANDINGAN : NOR ZEHAN BT ALI 0137563224 • PENYELARAS SM: SURIYANI BINTI BASIRON 0137202405 • PENYELARAS SK : SITI FATIMAH BINTI AHMAD 0137733230
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU MELAYU ASLI PESTA KESENIAN PUTERI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA 1.0 SYARAT PERTANDINGAN. a) Pertandingan ini terbuka kepada satu kategori ahli Permata Puteri berdaftar sahaja. b) Setiap daerah boleh menghantar SEORANG sahaja peserta dalam kategori tersebut. c) Pilihan lagu adalah terdiri daripada lagu tradisional: (asli/inang/keroncong/zapin/joget dll) dalam Bahasa Melayu sahaja. d) Pengurus atau jurulatihperlu menghantar 1 salinan lirik lagu beserta dengan nama pencipta dan penyanyi asal lagu tersebut kepada link Google Drive yang akan diberikan oleh urusetia. e) Lagu-lagu yang telah diharamkan oleh pihak kerajaan dan mengandungi unsur-unsur negatif TIDAK dibenarkan sama sekali. f) Pengurus atau jurulatih dikehendaki menghantar salinan lagu dalam bentuk audio Minus One ke dalam link Google Drive yang diberikan 1 Minggu sebelum pertandingan kepada PENYELARAS PERTANDINGAN. g) Peserta perlu memakai pakaian yang bersesuaian dengan lagu yang hendak disampaikan serta menutup aurat dan sopan sebagai seorang pelajar. Contohnya seluar jeans, t-shirt ketat atau pakaian yang menjolok mata tidak dibenarkan sama sekali. 2.0 PENGHAKIMAN DAN PEMARKAHAN a) Keputusan hakim adalah muktamad. c) Pemarkahan adalah berdasarkan :- i. Pengeluaran Suara : 25 markah ii. Fra/ Interpretasi/ Pernyataan : 20markah iii. Melodi/ Irama : 20 markah iv. Tempo : 15 markah v. Artikulasi/ Jelas Sebutan : 10 markah vi. Persembahan Keseluruhan : 10 markah Jumlah: 100 markah
3.0 PENYELARAS PERTANDINGAN a) Daerah : Kota Tinggi b) Hubungi penyelaras/pengelola pertandingan untuk sebarang pertanyaan: • Penyelaras Pertandingan : Pn Siti Fatimah Bt Mohammed (0137970756) • Urusetia Sekolah Rendah : Pn Nor Hafizah Bt Ismail (0197936456) • Urusetia Sekolah Menengah: Pn Roslinda Bt Sabiran (0137324048)
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN UKIRAN BUAH-BUAHAN PESTA KESENIAN PUTERI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA 1 . MATLAMAT • Untuk melahirkan ahli-ahli yang bermotivasi, kreatif, berkemahiran dan bekerjasama. 2. OBJEKTIF • Meningkatkan motivasi diri ahli-ahli PPIM. • Mencungkil bakat semulajadi yang penuh kreativiti dan dinamik sebagai pelapis untuk masa hadapan. • Meningkatkan personaliti diri dalam menentukan matlamat hidup. 3. TERMA DAN SYARAT a) Pertandingan ini terbuka kepada ahli Puteri Islam Sekolah Rendah / Sekolah Menengah yang berdaftar sahaja dan secara individu. b) Tema ukiran: Flora c) Masa diberikan ialah selama 2 jam. d) Buah yang ditetapkan adalah buah tembikai atau tembikai susu. e) Elemen WAJIB pertandingan ini adalah ukiran buah. Walaubagaimanapun, tambahan penggunaan sayur adalah dibenarkan mengikut kreativiti masing-masing dengan syarat tidak melebihi 10% dari bahan utama. f) Jumlah penggunaan buah yang dibenarkan: Sekolah Rendah: Tidak melebihi 3 jenis buah termasuk buahan wajib. Sekolah Menengah: Tidak melebihi 5 jenis buah termasuk buahan wajib. g) Peserta hendaklah membawa buah-buahan dan peralatan sendiri dan boleh membawa bahan tambahan untuk tujuan hiasan. TIDAK DIBENARKAN membuat persediaan awal (memotong, mengupas kulit, mengukir) kepada buah atau sayur yang akan digunakan dalam pertandingan ini. h) Tidak dibenarkan menggunakan apa-apa jenis pita pelekat dan gam. i) Buah-buahan yang siap diukir hendaklah dipamerkan di atas meja sehingga tamat program. j) Peserta hendaklah mendaftarkan diri di meja urusetia 20 minit sebelum pertandingan bermula. k) Pakaian peserta: T-Shirt Aktiviti PPIM.
l) Hanya peserta yang berdaftar dan membayar yuran yang disahkan oleh urusetia sahaja dibenarkan untuk menyertai pertandingan. m) Panel Pengadil berhak membatalkan penyertaan sekiranya berlaku penipuan oleh peserta pertandingan. n) Keputusan juri adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan, pertikaian atau rayuan tidak akan dilayan. 4. KRITERIA PEMARKAHAN PERTANDINGAN UKIRAN BUAH: BIL KRITERIA JUMLAH MARKAH MARKAH DIPEROLEH 1. KREATIVITI 20 2. PERSEMBAHAN UKIRAN 40 3. KEKEMASAN DAN KEBERSIHAN Gubahan 15 Tempat 15 4. KETEPATAN MASA GUBAHAN 10 JUMLAH MARKAH 100 5. PENYELARAS PERTANDINGAN a) Daerah : Kluang b) Sebarang pertanyaan sila hubungi pengelola pertandingan: • Pengelola Pertandingan : Puan Ruzalinda Binti Hj Daud (011-1149267) • Penyelaras SM: Puan Noor Shafiqah Binti Ishak (011-26417976) • Penyelaras SK: Puan Zuraidah Binti Ab Latif @ Latiff (019-7243560)
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SENI TEKAT PESTA KESENIAN PUTERI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA 1. PENGENALAN : a) Seni Tekat merupakan kemahiran hasil kerja tangan warisan. b) Melalui pertandingan Seni Tekat ini akan dapat mencungkil bakat dan kreativiti dalam kemahiran reka bentuk jahitan seni tekat. 2. OBJEKTIF : a) Pertandingan ini bertujuan untuk mendidik dan menggalakan pelajar menimba ilmu hasil kerja warisan seni kraf. Perlu di adakan supaya seni tekan ini akan di kenali oleh generasi muda. 3. TERMA DAN SYARAT : a. Terbuka kepada semua ahli puteri islam yang berdaftar b. Penyertaan secara individu sahaja. c. Peserta perlu menyiapkan satu seni tekat berdasarkan mempulur /motif yang di sediakan oleh pihak penganjur sahaja d. Masa yang diberikan adalah selama 2 jam . e. Peserta tidak dibenarkan membawa motif (mempulur ) rekabentuk yang telah siap dari rumah. f. Setiap peserta WAJIB membawa peralatan asas kit jahitan seperti jarum , gunting, benang ,sniper, dan pemidang bersaiz 15- 17. g. Tema motif: alam flora yang dipelajari di tahun tahun 5 dan tingkatan 3. h. Pihak Penganjur akan menyediakan kain baldu dan kain cotton serta benang emas sahaja. i. Peraturan sekolah menengah dan sekolah kebangsaan adalah sama kecuali pada motif tempulur yang disediakan.
4. KRITERIA PEMARKAHAN PERTANDINGAN SENI TEKAT: Semua penyertaan bagi pertandingan akan dinilai berdasarkan aspek berikut: Bil Kriteria Jumlah Markah Markah Diperoleh 1 KEKEMASAN & MENEPATI TEMA 30 2. KREATIVITI 20 3. KETRAMPILAN 20 4. KEASLIAN WARISAN 20 5. PERSEMBAHAN 10 JUMLAH 100 5. PENYELARAS PERTANDINGAN a) Daerah : Pontian b) Sebarang pertanyaan sila hubungi pengelola pertandingan: • Pengelola Pertandingan:Pn. Hazlina Hasaran (0197289170) • Penyelaras SM : Pn. Sarinah Ahmad (0127944984) •Penyelaras SK : Pn. Noraniza Md Amin (0197656140)
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERZANJI PESTA KESENIAN PUTERI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA 1. PENYERTAAN 1.1. Pertandingan ini terbuka kepada ahli Puteri Islam Sekolah Rendah / Sekolah Menengah yang berdaftar sahaja. 1.2. Setiap daerah diwakili oleh seorang peserta (bagi kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah). 2. AYAT RAWI 2.1. Peserta dikehendaki memilih dan membaca salah satu daripada rawi 1 atau 3 atau 5 sahaja. 3. MASA 3.1. Setiap peserta diberi masa 10 minit. 4. SYARAT PERTANDINGAN: a) Tarannum berzanji yang disampaikan hendaklah berdasarkan tarannum asli yang muktabar. b) Setiap tarannum yang dipersembahkan hendaklah berasaskan kepada Tarannum Arab Hijazi sahaja. c) Setiap persembahan berzanji hendaklah dimulai dan diakhiri dengan selawat. d) Setiap tarannum hendaklah dipersembahkan dalam 3 tabaqat (tingkatan). e) Jenis-jenis lagu : • Sikah jawab Mayyah • Rast jawab Yaman Hijaz • Rakbi jawab Hijaz f) Setiap peserta dikehendaki menggunakan buku berzanji mengikut penulisan rasm. 5. PAKAIAN PESERTA: a) Baju Kurung Puteri Islam
6. PEMARKAHAN a) Pembahagian markah seperti berikut : a) Taranum - 30 markah b) Tajwid - 30 markah c) Kesempurnaan bacaan - 20 markah d) Suara - 20 markah JUMLAH - 100 markah b) Pemotongan markah pada bahagian: a) Taranum - 3 markah sekiranya tidak berjawab. b) Suara - 2 markah sekiranya tiada jawab dan jawabul jawab. c) Masa - 3 markah sekiranya lebih daripada 10 minit. c) Keputusan hakim adalah muktamad. 7. PENYELARAS PERTANDINGAN a) Daerah: Mersing b) Sebarang pertanyaan sila hubungi pengelola pertandingan: • Nurul Atteya binti Mohd Rais : 019-3649861 • Nur Afifah binti A Aziz : 011-11172011 • Nur Addini binti Shaharudean : 011-10657507
BORANG PEMARKAHAN BERZANJI PESTA KESENIAN PUTERI 2023 (INDIVIDU) NAMA : ___________________________________________________________ DAERAH : ___________________________________________________________ BIL. PERKARA MARKAH CATATAN 1. Taranum (30 markah) 2. Tajwid (30 markah) 3. Kesempurnaan bacaan (20 markah) 4. Suara (20 markah) JUMLAH
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BUSANA TRADISIONAL JOHOR PESTA KESENIAN PUTERI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA 1. Setiap daerah diwakili oleh 4 orang peserta (2 orang bagi kategori Sekolah Rendah dan 2 orang dari kategori Sekolah Menengah). 2. Setiap peserta hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga. 3. Busana peragaan peserta hendaklah mengikut tema. Tema peragaan bagi SK dan SM adalah sama iaitu Busana Tradisional Melayu Johor. 3.1 Berikut adalah maklumat mengenai busana tradisional Johor a. Baju Kurung Teluk Belanga . Pakaian jenis ini mempunyai cucuk sanggul , baju kurung teluk belanga, sibai dan kain dagang luar b. Baju Riau . Pakaian jenis ini adalah baju belah kebaya panjang. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga 4. Busana yang diperagakan perlu lengkap dengan tatarias Tradisional Melayu Johor . Pakaian mestilah menutup aurat,kemas, sopan dan bersesuaian tema. Pihak penganjur akan menyediakan muzik latar / iringan yang sama bagi semua peserta. 5. Peserta tidak boleh menggunakan muzik latar sendiri. Pihak penganjur boleh menggunakan lagu yang di cadangkan seperti Gunung Bentan, Seri Banang, Seri Kedah, Damak,Gunung Panji,Pancaran Senja,Seri Sarawak, Patah Hati, Seri Mersing, Tudung Periuk, Embun Menitik,Seri Siantan , Jalak Lenteng, Siti Payung, Mas Merah , Makan Sirih, Laksamana Mati Dibunuh dan Lela Manja.
6. Setiap peragaan (model bersama penyampai) diberi masa 5 minit untuk memperagakan busana. Manakala penyampai akan menjelaskan busana yang digayakan oleh peraga dengan lengkap semasa peragaan. 7. Pemakaian untuk penyampai disarankan memakai pakaian lengkap baju kurung rasmi puteri PPIM iaitu tudung pink,baju putih dan kain pink.Ianya bagi seragamkan untuk setiap ahli yang terlibat. 8. Pihak penganjur tidak menyediakan perkhidmatan jurusolek untuk peserta. Pelajar yang terlibat sebagai jurugaya atau jurusolek tidak diberikan sijil. Jurugaya dan jurusolek adalah inisiatif dari pihak peserta. 9. Setiap peserta akan dihakimi mengikut aspek-aspek berikut: a. Rekaan Busana : 20 Pakaian mengikut jenis tradisional Johor dan mengikut fungsinya b. Kualiti dan Keaslian Busana : 10 Pemilihan fabrik tradisional @asli yang digunakan atau ubahsuai ikut kontemporari/kreasi baru c. Kekemasan tatarias : 10 Pakaian yang diperagakan kemas serta mempunyai aksesori dan tatarias muka kemas d. Kesesuaian tema : 10 Pakaian sesuai ikut tema dan sejarahnya e. Keyakinan : 10 Peserta menunjukkan keyakinan semasa mengayakan busananya danbertutur. f. Keterampilan serta Gaya : 10 Peserta menunjukkan gaya dan postur peragaan yang menarik g. Sesi Penerangan oleh penyampai (berkaitan busana yang diperagakan) : 20 h. Ekspresi Muka (ceria, serius,yakin dll) : 5 Peserta menunjukan ekspresi muka yang sesuai semasa berjalan catwalk i. Bonus : 5 Diberikan oleh pihak juri mengikut pendapatnya secara keseluruhan 8. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan pertandingan seterusnya tempat kedua dan ketiga.
9. Sebarang keputusan juri pertandingan adalah muktamad 11. Penyelaras Pertandingan : a) Daerah : Johor Bahru b) Sebarang pertanyaan sila hubungi pengelola pertandingan: • Pengelola Pertandingan: NUR SHAFINI BINTI ESA @ ZAWAWI (0129515501) • Penyelaras SM : ARNI BINTI TALIB (019-9213790) • Penyelaras SK : NUR AMALINA BINTI NORISHAM( 013-7640814)
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN TULISAN KHAT PESTA KESENIAN PUTERI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (SECARA ATAS TALIAN) 6. Pertandingan ini terbuka kepada ahli Puteri Islam Sekolah Rendah/ Sekolah Menengah yang BERDAFTAR SAHAJA dan secara individu. 7. Setiap daerah diwakili oleh 5 orang peserta (bagi kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah). 8. Setiap peserta hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga. 9. Pakaian peserta hendaklah sopan dan menutup aurat. (t-shirt akiviti Puteri atau Baju kurungg Puteri). 5. Teks soalan pertandingan peringkat (SR) bersumberkan: Sifat 20, iaitu dengan memilih mana-mana SATU Sifat-Sifat Allah 6. Teks soalan peringkat (SM) : Surah al-Kauthar ayat 1-3. 7. Setiap peserta diberi masa selama 2 jam sahaja untuk menyiapkan tugasan. Link Google Meet akan diberikan pada 11 Julai 2023 iaitu sehari sebelum pertandingan dimulakan. Ini adalah untuk membuktikan keaslian dan kesahihan hasil karya peserta. Tiada pengubahsuaian/ penambahbaikan hasil karya selepas tamat waktu yang diberikan. 8. Setiap peserta dikehendaki menggunakan peralatan sendiri iaitu kertas lukisan bersaiz A2, dakwat dan pen. 8. Peserta boleh menggunakan sebarang jenis pen khat. Dicadangkan peserta menggunakan mata pen bersaiz 3.0mm untuk khat nasakh dan 2.0mm untuk khat riqa’ah. 9. Teks hendaklah ditulis menggunakan dakwat. Penggunaan pensil sebagai tulisan adalah dilarang, namun pensel boleh digunakan sebagai lakaran. 10. Peserta boleh menggunakan dakwat berwarna hitam/biru sahaja. 11. Warna-warna lain boleh digunakan untuk awan larat yang sederhana dan tidak menghilangkan tulisan khat (maksima tiga warna sahaja). 12. Jenis khat yang dipertandingkan( SR) Khat Nasakh, (SM) Khat Riqa’ah. 13. Setiap peserta akan dihakimi mengikut aspek-aspek berikut:
1) Kaedah dan keaslian tulisan (50 markah) - Teks yang ditulis hendaklah lengkap dan sempurna. - Menepati kaedah khat mengikut jenisnya. - Kekuatan huruf. - Sambungan huruf yang betul. 2) Susunan dan kreativiti (30 markah) - Susunan mengikut kesesuaian khat. - Keseragaman huruf. - Keseragaman kedudukan baris. 3) Hiasan dan kekemasan (20 markah) - Motif zukhruf islamiah (hiasan tepi) sahaja. - Kemahiran mengendalikan dakwat. - Kertas yang bebas daripada dakwat yang berlebihan. BIL KRITERIA JUMLAH MARKAH MARKAH DIPEROLEH 1 KAEDAH DAN KEASLIAN TULISAN 50 2 SUSUNAN DAN KREATIVITI 30 3 HIASAN DAN KEKEMASAN 20 JUMLAH MARKAH 100 14. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan pertandingan, seterusnya tempat kedua dan ketiga. Sekiranya berlaku persamaan markah, maka penentuan pemenang akan dirujuk kepada markah kaedah, seterusnya susunan. 15. Sekiranya masih berlaku persamaan markah, jemaah hakim akan bersidang untuk menentukan pemenang. 16. Keputusan jemaah hakim adalah muktamad.
17. Hasil akhir tulisan khat hendaklah diposkan melalui S/U Daerah masing-masing ke alamat di bawah: Ustazah Faiza Binti Ahmad Radzuan SK Kampong Jawa Jalan Medoi 85000 Segamat Johor 18. Tempoh masa : 12 Julai 2023 Rabu(Penghasilan karya) 16- 20 Julai 2023 ( Penghantaran melalui pos) 23-27 Julai 2023 (Penilaian) 19. Penyelaras Pertandingan : Segamat Sebarang pertanyaan sila hubungi: pengelola pertandingan: • Pengelola pertandingan: Puan Siti Rohani binti Osman (0176394357) • Penyelaras SM: Puan Aishara binti Nordin ( 019-7991455 ) • Penyelaras SR: Puan Faiza binti Ahmad Radzuan (013-3399916)
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN DOODLE ISLAMIK PESTA KESENIAN PUTERI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (SECARA ATAS TALIAN) 1. Pertandingan ini terbuka kepada ahli Puteri Islam Sekolah Rendah / Sekolah Menengah yang BERDAFTAR SAHAJA dan secara individu. 2. Setiap daerah diwakili oleh 5 orang peserta ( bagi kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah ). 3. Tema penghasilan Doodle ialah Hari Raya Aidiladha. Kategori sekolah rendah ialah HITAM PUTIH dan kategori sekolah menengah ialah BEWARNA. 4. Doodle hendaklah dilukis menggunakan dakwat hitam. Penggunaan pensel sebagai lukisan adalah dilarang. 5. Setiap peserta dikehendaki menggunakan peralatan sendiri iaitu kertas lukisan bersaiz A3, pen hitam atau warna pensil dan magic colour bagi kategori Sek.Menengah 6. Pakaian peserta hendaklah sopan dan menutup aurat. (t-shirt akiviti Puteri atau Baju kurung Puteri ). 7. Sila hantar tiga (3) keping gambar proses semasa penghasilan karya (melukis, mewarna dan karya yang telah siap ) di google form yang akan diberikan kepada setiausaha daerah masing-masing. 8. Tempoh masa pertandingan : Penghasilan karya : 2 – 14 JULAI 2023 Penghantaran hasil karya: 16 - 21 JULAI 2023 (JAM 11.59MALAM) Penilaian : 23 - 27 JULAI 2023 9. Hasil karya asal hendaklah dihantar melalui Setiausaha PPIM daerah masing-masing ke alamat tersebut : NO 27, JALAN PULAI RIA 10, BANDAR BARU KANGKAR PULAI 81300, JOHOR BAHRU, JOHOR
10.Setiap peserta akan dihakimi mengikut aspek-aspek berikut: 10.1 Kaedah dan keaslian lukisan ( 50 markah ) 10.2 Susunan dan kreativiti ( 30 markah ) 10.3 Kekemasan dan menepati tema ( 20 markah ) 11.Peserta yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan pertandingan, seterusnya tempat kedua, ketiga, keempat dan kelima. Keputusan jemaah hakim adalah muktamad. 12. Sebarang pertanyaan sila hubungi; Penyelaras : Daerah Kulai Pengelola Pertandingan : • Cik Ain Syafiqah Binti Mohamad Said (010-6560409) Penyelaras SM : • Pn Nasirah Binti Mohammad ( 011-3239 7885 ) Penyelaras SR : • Puan Siti Zakiah Binti Jali ( 019-7544 649 ) BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN DOODLE ISLAMIK. SECARA ATAS TALIAN BIL KRITERIA JUMLAH MARKAH MARKAH DIPEROLEH 1 KAEDAH DAN KEASLIAN LUKISAN 50 2 SUSUNAN DAN KREATIVITI 30 3 KEKEMASAN DAN MENEPATI TEMA 20 JUMLAH MARKAH 100
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN LUKISAN CATAN PESTA KESENIAN PUTERI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (SECARA ATAS TALIAN) SYARAT -SYARAT PERTANDINGAN 1. Ahli PPIM berdaftar dan mempunyai nombor pendaftaran yang sah dalam sistem. 2. Setiap daerah dibenarkan menghantar penyertaan 5 peserta kategori Sekolah rendah dan 5 kategori Sekolah menengah. 3. Syarat bagi penyertaan Kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah adalah sama. 4. Pakaian : Tshirt PPIM. 5. Ukuran rasmi kertas A3 ketebalan kertas bebas. 6. Medium dan Teknik : Poster colour / water colour 7. Tema lukisan : Alam semulajadi contoh pemandangan laut, gunung, sawah padi dll. 8. Penyelaras akan menetapkan nombor peserta melalui Setiausaha Daerah. 9. Setiap peserta perlu menghantar 1 lukisan sahaja. 10.Masa diberi 2 jam sahaja. 11.Penghantaran berbentuk video timeslap berdurasi 5 minit. 12.Paparan hasil karya peserta pada akhir video. 13.Rakaman video ada posisi muka peserta sedang menghasilkan lukisan. 14.Muat naik video timeslap dalam Youtube unlisted dan kongsi link youtube dalam telegram penyelaras. Namakan fail tersebut seperti berikut : sekolah dan daerah nombor peserta contoh skbekoh Tangkak 08 15.Hantar pic jpeg juga kepada Telegram penyelaras. 16.Hasil sebenar peserta hendaklah dihantar secara pos atau byhand kepada penyelaras dan akan jadi milik PPIMJ kepada Setiausaha PPIM Daerah Tangkak : SK Ledang ,Jalan Sialang, 84900 Tangkak, Johor up: Pn Fatimah Ismail.
17.Tempoh masa : 2-14 Julai 2023 (Penghasilan karya) 16-21 Julai 2023 jam 11.59 mlm ( Penghantaran telegram dan pos) 23-27 Julai 2023 (Penilaian) 18.Karya tidak mengandungi unsur-unsur sensitiviti rakyat Malaysia khususnya. 19.Setiap lukisan adalah karya asli peserta. 20.Karya peserta akan dipamerkan semasa Festival Kesenian PPIMJ 2023 berlangsung. 21.Keputusan hakim adalah muktamad. 22.Penyelaras : DAERAH TANGKAK PN LATIFAH BINTI ALI 01123222101 PN HJH MUSLEHA BINTI SALIH 0192788100 PN AIDAH BINTI JAMIAN 01123735370