TEORI
REALITI
KAUNSELING
WAWA ROSHAIZAD
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia
Prinsip Bimbingan Dan Kaunseling
(SKPX 2093)
Kuliah 6: Pendekatan Teori III – Teori Realiti
NAJWA AFIQA BINTI ROSHAIZAD KB., P.A
[email protected]
PENGASAS
PENGENALAN
Salah satu daripada pendekatan Kognitif Tingkah Laku
Kebahagiaan bergantung pada taakulan yang sesuai, penilaian yang wajar, kawalan diri dan
kehidupan yang berlandaskan undang-undang bermasyarakat
Kaunselor bertindak dengan cara direktif iaitu cuba membawa klien ke arah yang sewajarnya
Elemen didaktik diterapkan - kaunselor mengajar klien bagaimana untuk membuat perancangan
pada masa hadapan
Tidak mengambil kira unsur bawah sedar sebagai penentu tingkah laku
PENGENALAN ctd.
Benar dan salah memang wujud - manusia tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak tahu
membezakannya dan memilih jalan perlakuan yang tidak betul.
Menolak konsep mental illness seperti yang diutarakan oleh Teori Psikoanalisis.
Tingkah laku yang tidak siuman adalah hasil daripada penolakan tanggungjawab.
Memfokuskan pada masa kini – peristiwa masa lampau tidak diambil kira.
Sering digunakan untuk kaunseling individu, kerja-kerja sosial, kaunseling kelompok, kaunseling
perkahwinan dan keluarga, kaunseling pemulihan, crisis intervention, pengurusan institusi, dan
perkembangan serta kemajuan masyarakat
KONSEP UTAMA TEORI REALITI
KONSEP UTAMA TEORI
*Konsep yang bertanda ## dikenali sebagai keperluan asas psikologi
1) Tingkah Laku Keseluruhan
Tingkah laku – semua apa yang dilakukan, fikir dan rasa
4 komponen membentuk tingkah laku keseluruhan: tingkah laku, pemikiran, perasaan dan
fisiologi.
Kelakuan: tingkah laku aktif seperti berjalan, bercakap, bergerak
Pemikiran: perkara yang terkandung dalam pemikiran
Perasaan: gembira, kepuasan, kesedihan
Fisiologi: Mekanisma badan – berpeluh, kerap buang air kecil
2) ## Rasa Dipunyai @ Kasih Sayang
Mendorong manusia agar sentiasa memberi penekanan terhadap perhubungan sesama manusia
Tanpa perhubungan ini, manusia akan sentiasa dibayangi rasa kesepian dan tidak dihargai
Contoh : keluarga, sekolah, tempat kerja dan persatuan/kelab adalah antara seting di mana
individu cuba untuk mendapatkan keperluan ini
Terdapat tiga bentuk keperluan untuk dipunyai
a) Rasa dipunyai secara sosial
b) Rasa dipunyai dalam dunia pekerjaan
c) Rasa dipunyai oleh keluarga
3) ## Kuasa (Pencapaian, Harga Diri & Pengiktirafan)
Dilihat melalui persaingan antara individu dengan kelompok manusia lain di sekelilingnya.
Sesuatu pencapaian yang diperoleh menunjukkan keperluan manusia terhadap kuasa.
Cara untuk mencapai keperluan ini : membentuk satu perancangan dan seterusnya mengikut
perancangan tersebut.
Perasaan untuk sempurna
4) ## Kegembiraan @ Keseronokan
Keperluan asas manusia
Jika tiada permainan yang menyeronokkan : sukar untuk kanak-kanak belajar
Turut dilihat dalam perkembangan diri individu dewasa
Satu cara membuat perubahan diri yang boleh dilakukan oleh setiap manusia
5) ## Kebebasan
Manusia memerlukan keperluan untuk bebas secara dalaman dan boleh membuat keputusan serta
bergerak kepada hala tuju kehidupannya.
Keperluan ini sangat penting sehingga ada yang sanggup mati untuk bebas
Hidup tanpa had atau kekangan daripada pihak lain
6) Identiti
Bergantung pada persepsi dan penilaian individu itu sendiri.
Identiti berjaya atau gagal ini terhasil melalui tindakan dan keputusan yang dibuat sendiri oleh
individu
Identiti diri tidak sama dengan imej diri
Terbentuk semasa umur 5/6 tahun – selepas terdedah dengan masyarakat
7) Komitmen
Dalam pembinaan komitmen, seseorang itu digalakkan untuk terlibat dengan masyarakat
Perlu berinteraksi dengan orang lain kerana manusia itu saling memerlukan
Keterlibatan dengan masyarakat boleh mengembangkan identiti
Apabila kaunselor dan klien telah mencapai kata sepakat untuk mengubah tingkah laku, klien
perlu memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada perancangan tersebut.
8)Tanggungjawab
Kebolehan memenuhi keperluan seseorang dan melakukan tindakan yang tidak menyekat atau
menghalang orang lain untuk memenuhi keperluan mereka
Belajar untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab merupakan proses pembelajaran yang
berlaku sepanjang hidup
Apabila individu belajar untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab, individu hendaklah
sentiasa menilai tingkah lakunya sendiri atau pun meminta orang lain membuat penilaian
terhadap dirinya
Mengajar klien kaedah untuk memenuhi keperluannya dengan mengkaji semua tingkah laku
dalam kehidupan seharian di samping memberikan saranan kepada klien.
9) Pengawalan Autonomi
Setiap individu mempunyai kuasa atau autonomi.
Justeru itu, manusia mampu memilih untuk menjadi komited, berjaya atau gagal,
bertanggungjawab atau tidak.
Berupaya memilih sama ada ingin melibatkan diri dengan masyarakat atau sebaliknya.
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA
PANDANGAN
Otak manusia sebagai satu sistem kawalan – mengawal keperluan asas
Jika keperluan ini tidak dipenuhi, manusia kan mengalami kesakitan dan tidak berpuas hati
dengan kehidupannya
Keperluan psikologi dipenuhi dengan cara yang bertanggungjawab- akan membentuk satu
identiti yang bercirikan kejayaan dan konsep kendiri
Mempunyai daya ketentuan diri yang sepenuhnya
Manusia mampu menguasai dan menentukan jalan hidupnya sendiri
Manusia membuat pilihan yang mengganggu kebebasan orang lain, tingkah laku tersebut
dianggap tidak bertanggungjawab
PANDANGAN ctd.
Falsafah teori Realiti terhadap manusia ialah:
Manusia mempunyai pilihan dalam setiap perkara yang dilakukan dan dirasakan dalam
hidup ini.
Manusia hanya bertanggungjawab terhadap tingkah laku sendiri.
Manusia tidak mampu meminta individu lain merasai atau melakukan sesuatu.
Tiada siapa mampu meminta individu lain untuk merasai atau melakukan sesuatu.
PANDANGAN ctd.
4 sebab kenapa individu memilih tingkah laku yang sengsara (murung dan sebagainya)
• Dengan memilih kemurungan individu akan dapat memendam kemarahan.
Dengan memilih kemurungan dapat mengawal individu lain berbanding melepaskan
kemarahan
• Memilih kemurungan bagi mendapatkan bantuan dari orang lain
Bantuan/pertolongan merupakan keperluan terhadap rasa dipunyai dan kadangala bagi
keperluan kuasa
• Memilih kesengsaraan bagi mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang lebih
efektif
Cth: individu yang dibuang kerja memilih untuk murung berbanding berusaha mencari
kerja baru
• Memilih kesengsaraan bagi mendapatkan kuasa dan mengawal orang lain
Orang lain memberi layanan yang baik, galakan dan mungkin menyediakan keperluan
asas seperti makan, dan tempat tinggal.
MATLAMAT TEORI REALITI
MATLAMAT
Menjadikan klien kuat dari segi psikologi, rasional, autonomi dan bertanggungjawab
terhadap tingkah laku.
Memberikan peluang kepada klien untuk menjelaskan kemahuannya.
Memformulasikan perancangan yang realistik bagi mencapai keperluan peribadi dan
harapan.
Mempunyai hubungan yang bermakna antara kaunselor dan klien (memahami,
penerimaan, empati, kesediaan kaunselor meluahkan kepercayaan terhadap kebolehan
klien untuk berubah).
MATLAMAT ctd.
Memberi fokus kepada 4 komponen tindakan (tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi)
pada masa kini.
Menghapuskan hukuman dan alasan dalam hidup klien.
Memformulasikan perancangan baru jika rancangan lama gagal.
Fokus kepada perancangan, semakan dan kejayaan akhir, bukan pada halangan.
PERANAN KAUNSELOR & KLIEN
PERANAN
KAUNSELOR
Sebagai guru, model.
Harus direktif dan konfrantif
Terima klien dengan mesra & tekankan kepada pilihan
Memfokuskan kepada perubahan tingkah laku dan cara untuk menjadikannya 1 realiti
Tekankan tindakan positif dan konstruktif
KLIEN
Melihat sesi kaunseling sebagai 1 tempat yang selamat
Menganggap kaunselor sebagai seorang yang baik serta memberikan kerjasama
Fokuskan kepada masalah masa kini
TEKNIK TEORI REALITI
TEKNIK
Pendidikan yang melibatkan pengajaran kepada klien
Ajar klien penuhi keperluan dalam lingkungan realiti tanpa tolak klien sebagai individu
Aktif secara lisan – fokus kekuatan klien yang dikaitkan dengan tingkah laku masa kini
Teknik yang tidak digunakan : terjemahan, insight, temu bual tidak langsung, senyap, perluahan
bebas, analisis mimpi
TEKNIK ctd.
1) Pengajaran Secara Langsung
Teknik ini menekankan kepada kaunselor yang berkhidmat dalam fungsi pendidikan.
Sebagai seorang kaunselor, mereka hendaklah mengetahui perbezaan mengenai tingkah laku
yang tidak bertanggungjawab dan tingkah laku yang realistik.
Dalam mengimplementasikan teknik ini, kaunselor akan menggunakan kaedah pujukan dalam
komunikasi.
TEKNIK ctd.
2) Konfrontasi & Cabaran
Kaunselor akan mencabar tingkah laku klien yang tidak realistik dengan matlamat klien.
Kaunselor boleh menggunakan kritikan yang boleh memeranjatkan klien sehingga menyebabkan
klien sedar tentang tingkah laku klien yang tidak realistik.
Kaunselor bertanyakan soalan-soalan yang berbentuk “apa” berbanding menggunakan soalan
berbentuk “kenapa”. Teknik ini membolehkan klien memikirkan tentang diri klien secara
realistik dan berdepan dengan realiti
TEKNIK ctd.
3) Pengukuhan Positif
Klien juga turut diberi peneguhan positif apabila klien menunjukkan tingkah laku yang
bertanggungjawab.
Peneguhan positif tidak akan diberikan sekiranya klien menunjukkan tingkah laku yang tidak
realistik malah tingkah laku tersebut akan dicabar secara terang-terangan.
TEKNIK ctd.
4) Penyelesaian Masalah Secara Rasional
Klien diajar untuk menggunakan pemikiran yang lojik dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
Kaunselor juga akan menggunakan pemikiran yang logik sebagai satu cara untuk mengajar klien
supaya bertindak lebih rasional dan memikirkan akibat daripada tingkah laku yang dibuat.
5) Perancangan / Merancang
Kaunselor menggalakkan klien untuk membuat pelan tindakan bagi bertingkah laku secara
bertanggungjawab
Fahamkan klien kepentingan berfikir tingkah laku masa sekarang dan masa depan
TEKNIK ctd.
6) Memberi Sokongan
Kaunselor menyediakan satu persekitaran yang menerima dan mengelakkan agar klien senang
untuk menukar pola tingkah laku.
Klien akan rasa kaunselor prihatin serta beri perhatian kepadanya.
7) Kelucuan
Teknik yang melibatkan kaunselor bersikap lucu atau humor, tidak terlalu serius dalam sesi
kaunseling
Meringankan tekanan yang dihadapi oleh klien
TEKNIK ctd.
8) Kontrak Perjanjian
Kontrak perjanjian adalah di antara kaunselor dengan klien.
Merupakan dalam bentuk bertulis dan akan ditandatangani oleh klien.
Di dalam kontrak tersebut, terdapat peraturan dan syarat-syarat yang perlu diikuti oleh klien
untuk mencapai matlamatnya.
Kaunselor akan menyemak kemajuan klien berdasarkan kontrak perjanjian.
9) Modelling
Kaunselor menjadi model kepada klien dan bertingkah laku secara bertanggungjawab sepanjang
sesi.
Kaunselor akan mengajar klien dengan lebih berkesan untuk mencapai matlamat klien.
Tindakan ini membolehkan klien berhadapan dengan kenyataan dan menyedari tentang tingkah
lakunya yang tidak realistik.
TEKNIK ctd.
10) Teknik WDEP
TEKNIK ctd.
10) Teknik WDEP
TEKNIK ctd.
10) Teknik WDEP
KEKUATAN & LIMITASI TEORI REALITI
KEKUATAN
Jangka pendek
Caranya memfokus untuk jangka pendek dan mengendalikan masalah tingkah laku sedar
sahaja dapat mengurangkan tempoh kaunseling yang sering berlarutan untuk satu tempoh
yang panjang. Dengan memahami dan menyedari permasalahan sahaja adalah tidak
mencukupi, klien harus menilai diri sendiri, merancang tindakan yang perlu diambil
untuk memperbaiki keadaan seterusnya bertanggungjawab ke atas tindakannya untuk
membuat perubahan merupakan asas kepada Terapi Realiti.
Kerangka matlamat
Dengan membuat kerangka, ianya dapat membantu kaunselor dan klien untuk mengukur
tahap dan arah perubahan yang dibuat.
Tiada alasan
Beliau juga telah bersetuju untuk tidak menerima sebarang alasan bagi mengingkari
perjanjian di samping mengelakkan sebarang dendaan dan menyalahkan klien. Sekiranya
klien gagal melunaskan janji dan perancangannya, adalah penting untuk kaunselor secara
ikhlas bersama-sama menyelami dan menerangkan implikasi situasi tersebut dan
seterusnya membuat perancangan baru.
LIMITASI
Tahap Tidak Sedar
Terapi ini tidak memberikan penekanan yang mencukupi bagi tahap tidak sedar di mana
kenangan lalu dan kesan dari pengalaman traumatik semasa kecil ada mempengaruhi
bagaimana cara kita berfikir, merasa, berkelakuan dan memilih.
Nilai Mimpi
Ianya juga tidak mengendahkan sebarang nilai yang ada pada mimpi-mimpi yang dialami
oleh klien. Pada pendapat Glasser (1969) analisa mimpi tidak mempunyai sebarang
teraputik. Mimpi juga sering dijadikan alasan oleh klien untuk tidak menceritakan
tingkah laku atau perangai mereka.
Memfokuskan tingkah laku
Cenderung memfokus kepada tingkah laku semata-mata tetapi seseorang manusia itu
adalah unik dan bertindak dengan secara menyeluruh termasuklah emosi, persepsi,
kognitif, deria dan sebagainya
LIMITASI ctd.
Klien agak bergantung kepada kaunselor sehingga klien tidak mempunyai kuasa dan
tanggungjawab yang tersendiri.
Penolakannya akan peristiwa dan keadaan masa lampau mungkin disebabkan kurangnya
kaunselor memahami akan diri klien. Kekurangan ini boleh mempengaruhi pendekatan dan
pandangan kaunselor dalam sesi kaunseling
KAJIAN KES
SEKIAN, TERIMA KASIH