• Bentuk Naratif ( Cerita ) HIKAYAT
• Cerita Rakyat : Penglipur MALIM
DEMAN
Lara
• Tertumpu kepada
keturunan raja-raja atau
kayangan
• Banyak memperlihatkan
unsur pengembaraan ,
kepahlawanan , keberanian
dan percintaan
• Karya Agung Melayu
Negeri Bandar Muar , telah diperintah oleh
seorang raja bernama Malim Dewa. Malim Dewa
mempunyai seorang isteri bernama Tuan Puteri
Lindungan Bulan. Kedua pasangan ini
memperolehi seorang putera yang kelak
dinamakan Malim Deman.
Ketika Malim Deman telah meningkat dewasa , dia telah
bermimpi menjumpai seorang lelaki tua , berjubah putih
dan berjanggut panjang. Lelaki tua tersebut telah
menyuruh Malim Deman untuk pergi mengembara ke
Hulu Sungai Muar , disana dia akan menemui seorang
puteri yang cantik yang akan menjadi pasangan hidupnya
Tanpa membuang masa , Malim Deman
terus meminta restu kedua ibu bapanya
untuk pergi mengembara ke hutan belantara
mencari pasangan hidupnya.
Pengembaraan Malim Deman ke hutan belantara
bukanlah suatu yang mudah , anjing buruan dan
orang kanannya , Bujang Selamat telah mati
kerana tidak tahan menderita mengharungi hutan
belantara yang tebal , onak duri yang
menyakitkan , menghadapi kekurangan bahan
makanan dan berpanas dan berhujan.
Walau pun begitu , akhirnya Malim
Deman sampai ke taman Nenek
Kebayan , tempat Tuan Puteri dari
kayangan turun mandi dan bermain
Bagi mendapatkan Puteri Bongsu ,
Malim Deman menyamar sebagai
pengail dan kononnya sedang
mengail berhampiran dengan
kawasan Puteri Bongsu dan adik-
adiknya mandi dan bermain.
Malim Deman berjaya mencuri baju layang
Tuan Puteri Bongsu.
Ini menyebabkan Puteri Bongsu
tidak boleh pulang semula ke
kayangan.
Dengan bantuan Nenek Kebayan ,
akhirnya Malim Deman dikahwinkan
dengan Tuan Puteri Bongsu dan mereka
pulang ke Bandar Muar.
Setelah beberapa tahun lamanya ,
Malim Deman dan isterinya telah
memperoleh seorang putera. Walau
bagaimanapun , semenjak puteranya
dilahirkan , sikap Malim Deman mula
berubah. Dia tidak melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai seorang
suami dan ayah.
Malim Deman asyik berjudi , menyabung ayam dan
bermesra dengan Si Kembang Cina menyebabkan Puteri
Bongsu merajuk hati. Puteri Bongsu berhasil mendapatkan
baju layangnya kembali , dia pun membawa puteranya
kembali ke Negeri kayangan. Balik ke pangkuan ayanhda
bondanya
Malim Deman insaf
terhadap perbuatannya itu
lalu dia ingin pergi
mengembara ke Negeri
Kayangan untuk
mengambil balik isteri dan
puteranya. Dengan
pertolongan Puteri Terus
Mata , Malim Deman
berjaya terbang ke
Kayangan.
Semasa Malim Deman
di Negeri Kayangan , dia
terpaksa melakukan
penyamaran dan
kemudiannya bertarung
beradu kekuatan dan
kesaktian dengan
Mambang Molek ,
Tunang Puteri Bongsu
dalam satu sayembara
yang diadakan.
Akhirnya , Malim Deman Berjaya memujuk
Puteri Bongsu dan membawa pulang isteri dan
puteranya ke istana. Malim juga telah
mengahwini Puteri Terus Mata sebelum mereka
terbang ke kayangan untuk mendapatkan isteri
pertama dan putera Malim Deman.
Malim Deman membawa
isteri-isterinya balik ke istana
dan mereka hidup aman
bahagia.
Puteri Bongsu dan Puteri Terus
Mata menjadi kawan baik.
Malim Deman menjadi seorang ayah
yang baik.
Disediakan oleh : Nur Shazieana Bte Md Shahlyn
AE 3
Bahasa Melayu 2 ( Sastera ) 2021