The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syajamal77, 2022-08-18 23:46:58

PAMERAN DIGITAL SEMPENA KEMERDEKAAN

Infantri ke 25 Tentera Jepun mendarat di Pantai Sabak, 9
Disember, 1941

Mitsubishi A6M Zero yang ditawan British sedang diuji oleh
RAF.

Tentera Jepun menggunakan bot buatan Daihatsu



Wanita dan kanak-kanak keturunan British yang dibawa
keluar dari Penang berhenti minum di sebuah stesen keretapi
dalam perjalanan ke Singapura

Tentera Jepun mara menaiki basikal, sekitar Disember 1941.

Tentera Jepun memasuki sebuah bandar tanpa tentangan
apabila Tentera British memilih strategi berundur

Tentera Jepun menggunakan kereta kebal Te-Ke Type 95 dan 97.

Type 97

Royal Engineers bersedia meletupkan sebuah jambatan
bagi melambatkan kemaraan bala tentera Jepun.

Tentera British memperkukuh pertahanan.

Tentera Jepun 'membersihkan' Kuala Lumpur dari saki-baki
tentangan

Lieutenat General Sir Henry Wells, Chief of General Staff
sedang memeriksa perbarisan dari Batalion ke 2 Royal
Australian Regiment

Krew 4th Anti-Tank Regiment, 8th Division, Australian Imperial
Force (AIF) bergambar bersama meriam anti-kereta kebal 2
lb (2 pounder) di Bakri, Muar pada 18 Januari, 1942.

Kereta kebal ringan Tentera Jepun Type 95 Ha-Go yang
berjaya dimusnahkan oleh unit anti-kereta kebal AIF di Bakri,
Muar di penghujung Januari, 1942.

Salah satu dari enam dari kereta kebal Ha-Go yang
dimusnahkan oleh meriam anti-kereta kebal 2 pounder
Australia di Pertempuran Muar (Battle of Muar). Krew kereta
kebal yang cuba melarikan diri dibunuh oleh tentera infantri
yang yang melindungi unit artilleri.

Pesawat tempur milik Squadron Leader Richard Brookers,
Fighter Squadron RAF tersadai di tepi jalan. Februari 1942

Seorang askar British ditawan.

Askar Jepun berlindung di belakang keretapi di sebuah
stesen keretapi di fasa terakhir kemaraan mereka ke selatan
Semenanjung yang berakhir dengan penyerahan diri
Tentera British dan penawanan pengkalan lautnya.

Kemusnahan akibat perang di Singapura, Februari 1942

Kehilangan tempat bergantung,,,

Meratapi pemergian anaknya yang terkena serpihan bom
dalam salah satu serangan akhir Jepun sejurus sebelum
kejatuhan Singapura, 13 Februari 1942

Antara orang awam yang terbunuh dalam serangan udara
Jepun di Singapura

Satu pasukan tentera Jepun tentera mendarat di Pantai
Sarimbun, Februari 1942

10 Februari 1942 - Tentera Jepun menghadapi kehilangan
nyawa teramai di Singapura. Krew anti-kereta kebal dan
mortar Australia menghala tembakan mereka ke arah
Tambak Johor. Tentera Jepun juga ramai terkorban akibat
terkepung dalam tumpahan minyak yang terbakar

Jururawat -jururawat Australia yang berkhidmat di Tanah
Melayu tiba di Melbourne empat hari sebelum kejatuhan
Singapura.

Hari-hari akhir di Singapura..

Benteng terakhir British, Batalion Pertama dan Kedua, Askar
Melayu (Malay Regiment)

Askar Melayu bangkit mempertahankan Singapura

Lt. Adnan Saidi bersama rakan-rakan seperjuangan
berjuang sehingga kehabisan peluru dari 12 hingga 14
Februari, 1942. Mereka gugur di Bukit Chandu. Keesokan
harinya pada 15 Februari 1942, British menyerah kalah.

POW dari British Suffolk Regiment, 14 Februari 1942

Lt. Jeneral Arthur E. Percival, Pegawai Pemerintah Tertinggi Tentera
British di Malaya sedang merundingkan penyerahan diri dengan Lt.

Kolonel Sugita Ichiji

Lieutenant General Arthur Percival selepas pertemuan
dengan wartawan-wartawan perang sejurus sebelum
menyerahkan Singapura kepada Tentera Jepun.

Lieutenant General Arthur Percival membawa bendera Union
Jack dalam perjalanan ke majlis penyerahan Singapura
kepada Tentera Jepun pada 15 Februari, 1942.

General Tomoyuki Yamashita dan Lieutenant General Arthur
Percival membincangkan terma-terma menyerah kalah di
Bangunan Ford Works dekat Bukit Timah pada 15 Februari,
1942.

Lt. General Arthur Percival sedang menandatangani
dokumen menyerah kalah pada 15 Februari, 1942

POW bergerak menuju ke Changi, Februari 1942

Tentera Jepun berkawad melalui Fullerton Square,
Singapura.

Kereta kebal Type 95 turut menyertai perarakan
kemenangan di Singapura.

Kereta kebal Jepun melalui Orchard Road, 1942

Tentera Jepun berarak di Singapura
Kereta Kebal Type 97 meronda di jalan raya Singapura, 1942

Tentera Jepun yang menguasai Empire Docks meraikan
penyerahan diri British, 16 Februari 1942

Jeneral Tomoyuki Yamashita dikenali sebagai "The Tiger of Malaya"
berjaya memimpin tenteranya menawan Tanah Melayu dalam masa

70 hari sahaja.


Click to View FlipBook Version