The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PUNCA - PUNCA KEROSAKKAN ALAM KUMPULAN 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafiqahrodzuan1205, 2022-11-30 21:17:07

PUNCA - PUNCA KEROSAKKAN ALAM KUMPULAN 4

PUNCA - PUNCA KEROSAKKAN ALAM KUMPULAN 4

PUNCA - PUNCA NAMA AHLI
KEROSAKAN ALAM NURUL SYAFIQAH BINTI AHMAD RODZUAN

MPU 23052 (03DPW21F2014)
NUR ATIKAH BINTI ADERIAH
SAINS , TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN
DALAM ISLAM (03DPW21F2019)

NURAINA IMAN BINTI ABDUL RAZAK
(03DPW21F2011)

NURUL HANIS BINTI ABDUL HALIM
(03DPW21F2002)

SAIFUL AKMAL BIN ABDUL RAHMAN
(03DPW21F2018)




NAMA PENSYARAH
MOHD SAAD BIN MOHD SAID

SESI 1 2022/2023

PENGENALAN

Sudah sekian lama Allah SWT menciptakan alam
semesta termasuklah bumi ini yang didiami oleh

pelbagai makhluk .
Allah memberi satu kelebihan kepada manusia
iaitu akal fikiran untuk memikirkan antara yang
benar dan salah . Namun demikian , ada di antara
manusia yang tidak yang menggunakan akal

fikirannya dengan betul . Mereka dengan
sengajanya meniayai alam ini tanpa segan silu .
Oleh itu, kita sebagai khalifah di muka bumi ini

perlu mengetahui bagaimana punca - punca
kerosakan alam yang berlaku oleh tangan - tangan

yang tidak bertanggungjawab .

MUQADDIMAH

Kerosakan alam sama ada di lautan atau daratan adalah disebabkan perbuatan
manusia. Laut dan sungai yang tercemar, atau hutan yang binasa adalah dek
perbuatan insan durhaka. Derita yang bakal dihadapi dunia disebabkan
pencemaran alam adalah balasan Allah ke atas jenayah pencemaran tersebut.
Umat Islam berpandu ayat ini dan ayat-ayat lain sepatutnya menjadi penasihat
untuk masyarakat dunia dalam menjuarai perjuangan menjaga alam sekitar.

isi & keterangan

Allah menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat manusia .
Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat alam sekitar itu. Hal ini
menyebabkan ada di kalangan manusia memandang enting nikmat tersebut
sehinggakan bertindak menggondolkan bukit bukau sewenang - wenangnya.

Sehubungan itu, Allah memberi peringatan melalui firman-Nya yang bermaksud :
telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia,

kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan
buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. ( Al Rum : 41)

CONTOH AYAT AL-QURAN DAN AL-HADIS YANG MEMBUKTIKAN BAHAWA
PUNCA-PUNCA KEROSAKAN ALAM DISEBABKAN OLEH MANUSIA



Bahkan penjagaan alam dianggap sebagai satu sedekah berpahala di sisi Islam. Daripada
Anas bin Malik r.a.: Katanya: Sabda RasululLah s.a.w: “Tidak ada seorang muslim yang

menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung, atau insan atau binatang
berkaki empat memakannya, melainkan untuknya (pahala) sedekah”. (Riwayat al-

Bukhari dan Muslim)

Dalil - dalil naklit
& akli mengenai
kerosakan alam

terjemahan :

hadis nabi muhammad
saw

Penebang balak dilaknat dan direndam dalam neraka. Dalam
hadis, Nabi s.a.w memberikan amaran kepada sesiapa yang
menebang pokok bidara yang menjadi teduhan orang ramai.
Baginda memberitahu bahawa sesiapa yang melakukan hal itu
maka Allah akan merendahkan atau merendam kepalanya ke dalam

neraka. Daripada ‘Aishah r.ha, sabda baginda s.a.w:

PUNCA - PUNCA
KEROSAKAN ALAM

1.Satu pembangunan yang tidak sistematik .
2.Masalah sikap individu & organisasi yang tidak

bertanggungjawab
3.Penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta,

motorsikal dan lori.

Hal ini, merupakan salah satu peyumbang kepada berlakunya
pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan
pencemaran bunyi.



Kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan yang
menjadikan salah satu punca terus berlakunya pencemaran

alam sekitar pada masa sekarang. Pihak kerajaan seharusnya
lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua
pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal

terjadi dari setiap projek pembangunan .

kesan - kesan
pencemaran alam
sekitar

1. Jikalau sistem saliran tidak diselanggara dengan baik dan
kutipan sampah tidak dilakukan secara berkala bakal
menyebabkan masalah banjir dan wabak yang memberikan
kesan kesihatan pada masyarakat alam sekitar .

2.Tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kalangan pemain
industri membuang bahan toksik di kawasan sungai dan di
sekitar telah menyebabkan pencemaran udara dan
pencemaran air. Boleh lihat sendiri apa yang berlaku kepada
kawasan penempatan di sekitar Pasir Gudang sehingga ada
yang mengalami masalah sesak nafas, sungai menjadi beracun
sekaligus tidak selamat digunakan .

3. Kawasan sekitar yang tidak dibersihkan dan tidak terkawal
bakal mengundang haiwan seperti tikus, lipas, nyamuk aedes
bagi menyebarkan wabak .

LANGKAH - LANGKAH MENGATASI

PENCERMARAN ALAM SEKITAR

Penggunaan teknologi moden
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan
pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Sebagai
contoh, tanpa teknologi moden tidak mungkin
membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan teknologi
moden sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah
lama, tin, kertas, kain dan kaca dapat di kitar semula . Ini
sudah tentu, dapat mengurangkan pencemaran yang
disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak
sempurna. Bahan - bahan buangan industri, pertanian boleh
diubah kepada bahan - bahan yang berguna dan kurang
bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan
bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas
pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan
untuk menghasilkan metana. Selain itu, dengan ada nya
teknologi moden penapis udara telah dicipta dan
dipasangkan pada ekzos kenderaan dan cerobong asap
kilang - kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa
plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan
teknologi moden. Ini dapat mengurangkan pencemaran
udara.

pendidikan alam melalui kokokurikulum

Bertanggungjawab untuk menjamin sebuah negara
yang bersih, bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi
patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk
rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar,
mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk
memupuk kesedaran dikalangan rakyat, cara yang
terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab - sebab
pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat
membentuk sikap positif terhadap alam sekitar. Dengan
adanya kesedaran pada setiap orang individu, dia akan
sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar
yang tinggi dibekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu
apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu
perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang
mencemarkan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar
mula diperkenalan secara formal pada mata pelajaran
sains seperti biologi. Pendidikan alam sekitar kepada
masyarakat umum pula disampaikan melalui media
massa. Antara media massa yang memainkan peranan
yang penting adalah surat khabar, majalah, televisyen
dan radio. Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan
swasta yang mengadakan kempen dan ceramah
berkaitan alam sekitar. .

AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK
MELINDUNGI ALAM SEKITAR

Kerajaan patutlah Rondaan oleh pegawai alam Kita perlulah memilih barangan
memperkenalkan undang - sekitar patut diperbanyakkan yang mendatangkan
undang yang melindungi alam
pencemaran yang kurang
sekitar
Penanaman pokok seperti pokok kehijauan
Pengurusan kilang juga di persekitaran taman perumahan dapat
perlulah mengurangkan
mengurangkan masalah peningkatan suhu ,
penggunaan bahan - Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam
bahan yang udara dapat dikurangkan dan meningkatkan

menyumbangkan kepada gas oksigen melalui proses fotosistesis
pencemaran alam

KESIMPULAN

Manusia sewajarnya mendahului keperluan
berbanding kehendak nafsu serakah dan perlu
berpada-pada dalam menggunakan sumber alam
agar tidak berlaku sebarang bentuk pengkhianatan

ke atas alam sekitar. Selain itu, kita perlu
meletakkan kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar sebagai matlamat
utama dalam kehidupan, serta berusaha menjaga
dan menyelamatkan khazanah yang tidak ternilai
ini daripada terus dimusnahkan agar alam sekitar

terus kekal sihat dan seimbang untuk
kelangsungan generasi akan datang.

rujukAN

https://anyflip.com/vxcpa/lfxj/basic
https://prezi.com/4mvah96ueuzp/e-folio-sains-kejuruteraan-
dalam-islam/
https://prezi.com/p/-oue6ul3suco/e-folio/

terima

kasih




ASSALAMUALAIKUM


Click to View FlipBook Version