The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AIMAN SYAKIR BIN ROSLAN IPG-Pelajar, 2023-10-08 14:02:31

E-BOOK I-MBANGAN

E-BOOK

E-BOOK INOVASI DIGITAL PJMS 3152 I- M B A N G A N AIMAN SYAKIR BIN ROSLAN 2020172340175


ISI KANDUNGAN S I N O PS I S PR O JEK RAS I O N AL PR O JEK O BJEKT I F PR O JEK PE N YE L E SAIA N MASALAH KAJIA N KEARAH I N O VAS I PE N G G U N AA N I N O VAS I PE N G APL IKAS IA N 6 C KAE D AH PR OMO S I IMPAK PR O JEK 0 1 0 2 0 3 0 4 0 5 0 6 0 7 0 8 0 9


01 S I N O PS I S PR O JEK I-MBANGAN merupakan singkatan kepada "Inovasi Imbangan" adalah sebuah platform inovasi yang bertujuan untuk mengubah cara Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Jasmani dilakukan di sekolah rendah. Inovasi ini berfokuskan kepada pengajaran kemahiran imbangan dalam gimnastik asas Pendidikan Jasmani Tahun 2. Dengan menggunakan integrasi digital dalam satu Bahan Bantu Mengajar (BBM), platform ini bertujuan untuk mencapai beberapa objektif penting seperti meningkatkan keberhasilan PdPc melalui kepelbagaian bahan digital yang disediakan, mengukuhkan kemahiran pergerakan gimnastik dengan membantu murid memahami dan menguasai aspek-aspek penting seperti kemahiran imbangan, meningkatkan kecergasan fizikal dan kesihatan murid seiring dengan tuntutan DSKP KSSR Pendidikan Jasmani yang berfokus pada aspek kecergasan fizikal dan kesihatan. Terakhir kaedah belajar sambil bermain dan pembelajaran yang menyeronokkan yang menjadi landasan utama PdPc melalui IMBANGAN yang mana membuat pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Dengan I-MBANGAN, kami berharap untuk memberikan manfaat kepada guru, muridmurid, dan semua pihak yang berkepentingan dalam komuniti pendidikan. Platform ini tidak hanya memudahkan akses kepada sumber daya pendidikan, tetapi juga memastikan pembelajaran Pendidikan Jasmani menjadi lebih interaktif, dinamik, dan bermakna. Semoga I-MBANGAN menjadi salah satu tonggak penting dalam meningkatkan mutu pendidikan jasmani di sekolah rendah.


02 RAS I O N AL PR O JEK Membantu murid yang sukar untuk menguasai kemahiran imbangan yang memerlukan kawalan badan. Membantu murid yang sukar untuk memahami sesuatu pergerakan tanpa di lihat dengan mata kasar. Menarik minat murid dengan menggunakan pelbagai bahan grafik, animasi dan video yang menarik. Membantu guru dan murid untuk memperluaskan penggunaan TMK dalam sesi PdPc PJ sebagai salah satu kaedah yang sesuai pada masa kini.


03 O BJEKT I F PR O JEK murid boleh melakukan imbangan statik dan pada pelbagai tapak sokongan. murid boleh melakukan imbangan dinamik pada pelbagai tapak sokongan. murid boleh melakukan imbangan songsang dengan tiga tapak sokongan. Objektif pengajaran dan pembelajaran menggunakan bantuan inovasi ini ialah:


04 PE N YE L E SAIA N MASALAH Masalah murid yang sukar menguasai kemahiran imbangan terutama imbangan dinamik dan imbangan songsang dengan tiga tapak sokongan dapat diselesaikan dengan adanya satu inovasi menggunakan lawan web yang mempunyai pelbagai maklumat dan video tutorial yang mudah untuk difahami oleh murid.


05 KAJIA N KEARAH I N O VAS I Penggunaan media di dalam proses pendidikan akan menambah proses pemahaman pelajar lebih mendalam dan menjadikan aktiviti pembelajaran yang lebih pelbagai pengguna akan terus melayari sesebuah laman web kerana fungsi dan teknologi terkini yang terdapat dalam kandungan seperti animasi dan video membolehkannya menjadi lebih menarik. penggunaan laman web juga telah memudahkan hala tuju bidang pendidikan diselarikan dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang mengutamakan penerapan ICT. Norah, Nurul Izzati & Radhiah (2012) Shaharudin Ismail, Zul Hilmi & Najwa Hayaati (2012) Helmy Mustafa et al. (2013)


06 PE N G G U N AA N I N O VAS I Inovasi telah disebarkan kepada siswa guru Tahun 3 yang sedang menjalani praktikum untuk digunakan oleh murid-murid di dalam kelas mereka. Siswa guru menggunakan projek inovasi di dalam kelas semasa tempoh praktikum. Maklum balas dari siswa guru yang sedang menjalankan praktikum mengenai keberkesanan projek di ambil menggunakan Google Forms. 1. Penyebaran Projek 2. Penggunaan Projek 3. Penggumpulan Maklum balas


07 PE N G APL IKAS IA N 6 C PEMIKIRAN KRITIS - murid dapat mengaplikasi pemikiran kritikal semasa melaksanakan uji minda dalam inovasi. PEMIKIRAN KREATIF - murid perlu menggunakan kreativiti dalam bermain permainan dalam inovasi. KOLABORATIF - guru dan murid bekerjasama untuk menguasai kemahiran yang dipelajari. KOMUNIKASI - guru dan murid menggunakan kominukasi dua hala semasa menggunakan inovasi dalam PdPc. PERWATAKAN - membina perwatakan murid yang mempunyai integriti dan sahsiah yang tinggi KENEGARAAN - melahirkan murid yang mempunyai identiti nasional dan cintakan negara.


08 KAE D AH PR OMO S I Youtube - saya telah memuat naik video dalam inovasi ini dalam aplikasi youtube untuk menyebarkan inovasi yang telah dilaksanakan. WhatsApp - Saya telah berkongsi pautan laman Google Site kepada siswa guru yang sedang menjalani praktikum.


09 IMPAK PR O JEK Murid dapat mengakses sumber-sumber pembelajaran dari manamana dengan menggunakan peranti elektronik seperti komputer riba, tablet dan telefon pintar. Ini membolehkan murid mendapat lebih banyak sumber berbanding buku teks semata-mata. Peningkatan prestasi murid dapat dicapai dengan lebih mudah kerana inovasi yang lebih jelas dan terperinci dalam membantu guru untuk menjelaskan sesuatu kemahiran. Murid dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk melakukan sesuatu kemahiran. Murid juga diberi kesedaran mengenai penggunaan etika dalam media sosial dan dalam dunia digital. Kepelbagaian Sumber Peningkatan Prestasi Pengalaman Pembelajaran


Click to View FlipBook Version