KOLEJ VOKASIONAL PASIR GUDANG
ULANG KAJI PA FORMAT BAHARU
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
PEMAHAMAN UMUM DAN SASTERA
SOALAN 1 : PETIKAN UMUM
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
BAHAN 1
Masyarakat Malaysia hari ini cukup tergangu secara fizikal, mental, emosi dan spiritual dengan
pelbagai gejala sosial remaja yang berlaku hampir setiap hari.
Banyak cara dan kaedah yang telah digunakan untuk menarik mereka ini kearah kebaikkan untuk
menjadi insan berguna namun mereka tetap memilih jalan yang salah dan hitam. Kes rogol, ragut,
penyalahgunaan dadah, berpeleseran di pusat-pusat beli-belah, seks bebas, lumba motor haram,
black mental dan yang seumpamanya yang mana esmua ini semakin berleluasa dari hari ke hari.
Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan satu-satunya tonggak
Negara dalam menerajui kepimpinanan Negara sesuai dengan ungkapan “pemuda harapan bangsa
pemudi tiang Negara”.
Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Program Pencegahan Masalah Sosial Remaja’
Oleh Asmaliah Bt. Ismail
Kategori: Kerja Sosial Perubatan Portal Rasmi My Health
Kementerian Kesihatan Malaysia
BAHAN 2
Takrif hamil luar nikah ialah mengandung sebelum berkahwin dimana kewujudan hubungan seks
di antara dua pasangan yang tidak mempunyai pertalian nikah yang sah. Remaja hamil luar nikah
tergolong umur di antara 13-18 tahun. Menurut UNICEF (2008) mendapati remaja yang tergolong
dalam hamil luar nikah terdiri daripada umur 13-19 tahun.
Fenomena ini amat membimbangkan individu, keluarga , masyarakat dan Negara dalam membina
Negara bangsa beretika dan rakyat yang mempunyai jati diri. Fenemona ini tidak selari dengan
cabaran keempat yang digariskan dalam mencapai Wawasan 2020 bagi mewujudkan masyarakat
bermoral ,beretika, warga Negara yang kukuh nilai agama dan kejiwaaan serta mempunyai etika
paling tinggi ( Nazri Muslim & Nasruddin Yunus, 2006 ).
Dipetik dan diubahsuai daripada ‘ Hamil Luar Nikah Dalam Kalangan Remaja’
oleh Khatijah Alavi , Salina Nen , Fauziah Ibrahim , et al.
Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan April 2012, 7 (1) ,
halaman 131-140
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaaan Malaysia.
i. Berdasarkan bahan 1, berikan maksud “tonggak Negara”
( 2 markah)
ii. Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2 , nyatakan punca kenakalan remaja yang
menyumbang kepada masalah sosial remaja.
( 3 markah)
iii. Kini masalah sosial remaja semakin menjadi-jadi dan kadang kala tanpa pengetahuan
ibu bapa.
Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk
memastikan perkara ini dapat diatasi?
( 3 markah)
iv. Setelah sesi persekolahan tamat, rakan anda mengajak anda untuk menemaninya
pergi ke sebuah tempat. Anda bersetuju untuk menemaninya namun ketika berada di
tempat tersebut, anda menyedari bahawa rakan anda telah menyerahkan satu
bungkusan kecil berupa dadah lalu memberi rakan anda wang. Anda berpendapat
bahawa hal tersebut menyalahi undang-undang dan anda tidak mahu rakan anda
terjebak dalam aktiviti itu lagi
Sebagai seorang rakan apakah pendekatan yang sesuai untuk memastikan rakan anda
berhenti melakukan aktiviti tersebut?
( 4 markah)
SOALAN 2 : PETIKAN SASTERA
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
BAHAN 1
Puisi Hutan
Hijau terhampar
Hasilkan udara segar
Tanah gembur penghasil kehidupan
Satwa liar bebas berkeliaran
Tersaji dalam satu kawaasan
Terdapat dalam rimba raya penuh pertualangan
Kita semua kagum melihatnya
Kita semua ingin memilikinya
Bahkan kita ingin jadi kaya karenanya
Dan alat-alat berat dikerahkan
Dan senjata-senjata tajam digunakan
Dan para tenaga kerja dikerahkan
Deru gergaji meraung dengn ganas
Diiringi kematian sang penunjang kehidupan
Tidak lagi hijau
Tidak lagi subur
Yang ada hanya gersang
Tak ada lagi tempat bernaung
Tak ada lagi penahan banjir
Semua habis
Semua hilang
( Dipetik daripada puisi moden “Puisi Hutan”
Oleh Nabila Hasanah)
BAHAN 2
“tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam aktiviti pembalakan. Sedikit yang
gila kan duit menceroboh dan membu uh fauna dan flora di kawsaan hutan simpan. Bukan sahaja
di Mlaaysia, malah hutan malar hijau di Lembangan Amazon juga terancam.
“pohon-pohon te,mbusu padang, meranti seraya,dan meranti tembaga di kawasan simpan, 20km
dari sini sudah tiada lagi cikgu,”. Kata Daneng terputus-purtus. Suaranya ditenggelami
kekecewaaan yang pedih. “ apakah yang dapat saya lakukan.apabila kami tiba disana, mereka
sudah tiada pokok-pokok itu juga sudah tiada”.
“sebab itulah kamun harus belajar, Daneng. Mungkin kamu dapat menjadi pegawai perhutanan
Negara dan melaksanakan serta rancangan yang leboh agresif untuk membanteras kelopmpok
musuh ini,atau kamu dapat menjadi sainstis, mencipta sesuatu yang dapat mengagntikan tempat
kayu. Barulah hutan akan terselamat. Masa depan pohon tualang pujaaanmu juga akan terjamin.”
Hujah Jo.
(Dipetik daripada cerpen “Lambaian Malar Hijau”
karya Saroja Theavy A/P Balakrishnan
dalam Antologi Anak Laut, halaman 95)
i. Berdasarkan bahan 2, berikan maksud “suaranya ditenggelami kekecewaaan yang
pedih”
( 2 markah)
ii. Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2 , nyatakan kemusnahan flora dan fauna yang telah
berlaku dalam kedua-dua bahan tersebut.
( 4 markah)
iii. Kita perlu menyealmatkan flora dan fauna yang kian pupus. Pada pendapat anda,
mengapakah kita perlu melindungi alam sekitar?
( 3 markah)
iv. Masyarakat sering memandang enteng terhadap penjagaan alam sekitar. Terdapat pihak
yang tidak bertanggungjawab cuba untuk memusnahkan alam sekitar demi mengejar
pembangunan. Perbuatan tersebut haruslah dicegah kerana telah menggugat
keseimbangan alam.
Berdasarkan situasi tersebut, cadangkan usaha yang perlu dilakukan oleh semua pihak
bagi mengatasi masalah ini?
( 4 markah)
SOALAN 3 : NOVEL
a. Baca petikan novel dengan teliti kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
BAHAN 1
“Saya akan sambung penerangan Alia tadi. Kita akan mulakan dengan teknologi hypervisor
Dinara,” Aqram memulakan penerangan sambil menghidupkan komputer riba.
“Alia juga ada sebut pagi tadi, katanya Dinara megggunakan hypervisor istimewa. Apa yang
istimewa?” soal Farisha.
“Teknolgi hypervisor ini dibangunkan sendiri oleh Karl di makmal Soft Lab itu antara hasil
kajiannya yang paling tinggi disini,” terang Aqram.
“Selain itu, apa lagi keistimewaaannya?”
“Teknologi hypervisor untuk pemayaaan komputer ini telah digunakan disini sejak tahun 80-an.
Bermakna Soft Lab lebih maju beberapa tahun ke hadapan,” cerita Aqram dengan bangga.
(Dipetik daripada Novel Disebalik Dinara,
Karya Dayang Noor,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
Apakah keistimewaaan teknologi hypervisor Dinara?
( 4 markah)
b. Jawab soalan di bawah berdasrkan novel-novel yang berikut:
i. Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
ii. Di sebalik Dinara karya Dayang Noor
iii. Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
iv. Pantai Kasih karya Azmah Nordin
v. Songket Bebenang Emas karya Khairuddin Ayip
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan peristiwa yang memberikan mesej kepada
pembaca bagi setiap novel tersebut.
( 6 markah)