MODUL PRAKTIS BAHASA MELAYU KSSM | KERTAS 1
DOMAIN PENDIDIKAN
Pada masa ini, peranan guru dalam pembangunan negara adalah amat penting untuk
melahirkan insan yang cemerlang. Atas bimbingan guru, lahirlah golongan profesional.
Seterusnya, guru juga turut menentukan pembangunan negara dengan melahirkan pemimpin-
pemimpin negara.
Sumber : Internet
Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan peranan guru dalam
pembangunan negara.
Huraikan peranan-peranan guru dalam menyediakan bakal pemimpin negara pada masa
hadapan.
DOMAIN KERJAYA
Tonggak 12 diilhamkan oleh Yang Berbahagia, Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji bin Abdul
Hamid, Ketua Setiausaha Negara yang disampaikan lewat ucapan perasmiannya bersempena
dengan Seminar Nilai dan Etika pada 2 Mac 1992. Sejak itu, Tonggak 12 telah menjadi
dasar dan pegangan penjawat awam. Antaranya ialah Menghargai Masa, Ketekunan Membawa
Kejayaan, Keseronokan Bekerja, Kemuliaan Kesederhanaan, Ketinggian Peribadi, Kekuatan
Sifat Baik Hati, Pengaruh Teladan, Kewajipan Menjalankan Tugas, Kebijaksanaan Berhemat,
Keutamaan Kesabaran, Peningkatan Bakat dan Nikmat Mencipta. Dalam kesempatan ini, mari
kita telusuri sebahagian daripada Tonggak 12 tersebut.
Sumber : Buku Teks Bahasa Melayu
Tingkatan 5
Kandungan Tonggak 12 di atas menyatakan maklumat berkaitan dasar dan pegangan
penjawat awam dan kepentingannya.
Huraikan kesan-kesan yang akan berlakunya sekiranya penjawat awam tidak mematuhi dasar
dan amalan yang terkandung dalam Tonggak 12 tersebut.
KERTAS SOALAN TAMAT
49
MODUL PRAKTIS BAHASA MELAYU KSSM | KERTAS 1
TEMA: INTEGRITI
BAHAGIAN A
[30 Markah ]
[Masa dicadangkan: 30 minit]
Maklumat di bawah berkaitan dengan amalan berintegriti.
Huraikan pendapat anda tentang amalan hidup berintegriti
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
50
MODUL PRAKTIS BAHASA MELAYU KSSM | KERTAS 1
BAHAGIAN B
[70 Markah]
Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.
DOMAIN AWAM
Integriti dinisbahkan sebagai sikap jujur, amanah dan amalan moral yang tinggi dalam diri
seseorang individu. Nilai integriti bermula dari dalam diri individu, kemudian diterjemahkan
kepada sikap dan kelakuan luaran. Keutuhan sesebuah organisasi atau negara bergantung
kepada nilai integriti yang ada pada individu dalam organisasi dan masyarakat. Musibah
COVID-19 banyak menguji dan mengajar kita mengenai kepentingan nilai integriti.
Kurangnya nilai kejujuran dalam diri individu dan masyarakat yang akhirnya boleh memberi
kesulitan kepada negara.
Sumber : Berita Harian Online, 18 April 2020
Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa kurangnya nilai kejujuran dalam diri
individu dan masyarakat mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat dan negara.
Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menulis sebuah rencana bagi menyedarkan
masyarakat tentang kesan-kesan perlakuan pecah amanah. Tajuk rencana tersebut ialah ‘Kesan-
Kesan Amalan Pecah Amanah’.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
DOMAIN PERIBADI
Berdasarkan kepada pelbagai definisi yang diberikan kepada jenayah rasuah, secara umumnya
dapatlah dirumuskan bahawa perlakuan jenayah rasuah ialah suatu bentuk penyalahgunaan kuasa
atau jawatan yang diamanahkan untuk kepentingan peribadi atau saudaranya atau sekutunya.
Jenayah rasuah juga merangkumi kesalahan mengemukakan dokumen atau tuntutan palsu,
memberi atau menawarkan suapan rasuah dan menerima atau meminta suapan rasuah sama ada
berbentuk wang, hadiah, komisen, diskaun, apa-apa harta atau perkhidmatan sebagai balasan untuk
mendapatkan sesuatu di luar saluran yang sah dari segi undang-undang atau moral.
Dipetik daripada artikel ‘Jenayah Rasuah Dari Perspektif Undang-Undang’
Oleh Mohamad Fauzi bin Husin, Laman web Unit Integriti MOA, 18 Januari 2016
Sebagai respons terhadap kandungan artikel di atas, setiap individu perlu memainkan
peranan untuk memerangi amalan rasuah dalam kalangan masyarakat.
Jelaskan peranan-peranan tersebut.
51
MODUL PRAKTIS BAHASA MELAYU KSSM | KERTAS 1
DOMAIN PENDIDIKAN
Institut Integriti Malaysia tidak putus-putus menjalankan program dan aktiviti yang dikenal
pasti dalam Pelan Integriti Nasional di mana aspek-aspek governans, integriti dan antirasuah
diberi penekanan kuat dengan penubuhan unit integriti di merata-rata kementerian, pejabat
dan agensi awam dan swasta. Pada tahap komuniti pula sekolah, Institusi Pengajian Tinggi,
NGO dan masyarakat sivil disasar untuk mendapat pendedahan serta pengetahuan tentang
cara memperkukuh integriti di khalayak ramai.
Sumber : Astro Awani Online, 17 Februari 2017
Petikan di atas menyatakan bahawa usaha penerapan nilai integriti dalam kalangan
masyarakat juga dijalankan di peringkat sekolah dan Institusi Pendidikan Tinggi.
Bincangkan kepentingan-kepentingan penerapan nilai integriti di peringkat sekolah.
DOMAIN KERJAYA
Sejak akhir-akhir ini banyak diperkatakan mengenai isu yang melibatkan integriti
terutamanya dalam kalangan penjawat awam. Isu penyalahgunaan kuasa, pecah amanah,
rasuah, penyelewengan walaupun dilakukan oleh segelintir individu penjawat awam namun
tempiasnya tetap terkena kepada keseluruhan penjawat awam yang berada di negara ini.
Sumber : Internet
Petikan artikel menerangkan bahawa terdapat segelintir penjawat awam terlibat dengan
perlakuan tidak berintegriti dalam melaksanakan tugas. Hal ini mendatangkan persepsi buruk
masyarakat terhadap penjawat awam secara umumnya. Maka, tindakan yang proaktif perlu
dilakukan segera untuk menyelesaikan masalah ini.
Huraikan usaha-usaha yang seharusnya dilakukan untuk melahirkan pekerja yang berintegriti.
KERTAS SOALAN TAMAT
52
MODUL PRAKTIS BAHASA MELAYU KSSM | KERTAS 1
TEMA: ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
BAHAGIAN A
[30 markah]
[Masa yang dicadangkan: 30 minit]
Gambar dan maklumat di bawah ini menunjukkan masalah gangguan bekalan air yang sering
terputus dan terpaksa dihadapi oleh penduduk kawasan tempat tinggal anda.
Sebagai penduduk yang prihatin, tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa yang mengurus
air untuk mengadukan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tempat tinggal anda
tentang gangguan bekalan air yang sering terputus dan cadangkan tindakan yang perlu
diambil.
Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Sumber : Berita Harian Online ,12 Julai 2016 .
53
MODUL PRAKTIS BAHASA MELAYU KSSM | KERTAS 1
KARANGAN B
[70 markah]
[Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis satu karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.
DOMAIN AWAM
Sebanyak 78 546.71 kilogram sisa buangan kitar semula dikumpul menerusi Kempen Kitar
Semula F&N dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2019 yang berakhir Ogos lalu, yang
diadakan di kawasan pentadbiran MPSJ. Tahun lalu, pihak berkenaan mengadakan kempen
sama, dengan disertai 29 buah sekolah. Sebanyak 18, 328.12 kilogram bahan kitar semula
berjaya dikumpul.
‘Kempen Kitar Semula MPSJ, F&N Terus Catat Kejayaan’
Berita Harian Online, 8 Oktober 2019)
Petikan akhbar di atas menerangkan kempen kitar semula berkenaan bahan sisa
buangan.
Bincangkan kesan terhadap manusia dan alam sekitar jika usaha kitar semula tidak
dilaksanakan.
DOMAIN PERIBADI
“Pada hari ini kita meraikan Hari Bumi di Taman Tugu, sebuah taman rimba seluas 26.7 hektar
yang terletak di tengah-tengah hutan konkrit di bandar raya Kuala Lumpur. Taman Tugu ini
wujud sebagai bukti kepada komitmen kita untuk memastikan pembangunan yang seimbang,
iaitu pembangunan fizikal yang beriringan dengan pemeliharaan alam sekitar.
Dipetik daripada ucapan Mantan Perdana Menteri
Sumber : Koleksi Arkid, 20 April 2019
Sebagai respons terhadap kandungan ucapan, setiap individu di negara ini perlu
memainkan peranan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar kerana kita berkongsi
alam sekitar yang sama. Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menyediakan sebuah
rencana bagi menggalakkan masyarakat di negara ini memelihara dan memulihara alam sekitar.
Tuliskan rencana tersebut selengkapnya.
54
MODUL PRAKTIS BAHASA MELAYU KSSM | KERTAS 1
DOMAIN PENDIDIKAN
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memulihara Burung Botak Upeh
yang semakin berkurang bilangannya. Pada tahun 2007, PERHILITAN dan Zoo Negara
telah menjalankan Program Pelepasan Semula Burung Botak Upeh di Kuala Gula, Perak.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan populasi burung ini melalui habitat semula jadi.
Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu
KSSM, Tingkatan 4
Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan Pendidikan Alam Sekitar
yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.
Bincangkan kepentingan-kepentingan memulihara khazanah hutan di negara kita.
DOMAIN KERJAYA
“Projek berkenaan memberikan peluang kepada 100 peserta yang akan mengusahakan hampir
4000 hektar penanaman jagung bijirin seluruh negara melalui usahasama dengan Angkatan
Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa). Bantuan yang disalurkan melalui Unit
Agropreneur Muda dan pembiayaan menerusi Agropreneur Muda mampu meningkatkan
penghasilan tanaman, sekali gus memberikan pulangan yang lumayan.
Pengasas Famox Plantation (M) Sdn. Bhd.
Sumber : Sinar Harian Online, 16 Mac 2020.
Dipetik daripada ucapan Ramana K Naidu,
Petikan akhbar di atas menyatakan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan untuk
menyokong penglibatan generasi muda dalam sektor pertanian. Namun demikian, kerjaya
dalam sektor pertanian masih kurang mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda.
Huraikan usaha-usaha kerajaan untuk membantu generasi muda agar menceburi sektor
pertanian sebagai kerjaya pada masa hadapan.
KERTAS SOALAN TAMAT
55
MODUL PRAKTIS BAHASA MELAYU KSSM | KERTAS 1
TEMA: PELANCONGAN
BAHAGIAN A
[30 markah]
[Masa menjawab : 30 minit]
Maklumat di bawah berkaitan dengan pelancongan.
Huraikan pendapat anda tentang pelancongan dalam negara.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Merdu suara burung kenari,
Murai riuh mencari dahan;
Tempat menarik dalam negeri,
Pulau dan pantai jadi pilihan.
Sumber : Internet
56
MODUL PRAKTIS BAHASA MELAYU KSSM | KERTAS 1
BAHAGIAN B
[70 markah]
[Masa menjawab : 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.
DOMAIN AWAM
KUALA LUMPUR: Industri pelancongan akan mengalami situasi lebih meruncingbermula
Jun ini jika penularan COVID-19 semakin meningkat. Perangkaan semasa menunjukkan
ketibaan pelancong asing, khususnya dari China, Korea Selatan, Jepun dan Eropah merosot
kira-kira 70 peratus sejak virus dikesan akhir tahun lalu. Sementara itu, agensi pelancongan
berpotensi menanggung risiko liabiliti lebih RM1 bilion bagi pakej pelancongan luar negara
sehingga akhir tahun ini, berdasarkan jangkaan awal sebanyak RM500 juta pada Februari
hingga Jun 2020.
Sumber : Berita Harian Online
Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa Pendemik COVID-19 menjejaskan industri
pelancongan negara. Langkah drastik harus diambil bagi mengelakkan negara mengalami
kerugian.
Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan industri pelancongan negara.
DOMAIN PERIBADI
Pelancongan berkonsepkan “ Hijau” membawa erti peluang kepada pelancong tempatan dan
luar negara menerokai landskap semula jadi Malaysia untuk menikmati udara yang bersih
dan melihat kepelbagaian hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan. Malaysia dikurniakan pulau-
pulau dan kawasan terumbu karang yang cantik. Setiap individu wajar memelihara dan
memulihara kawasan ini untuk generasi akan
datang
Sumber: Berita Harian Online, 2020
Sebagai respons terhadap petikan di atas, setiap individu perlu memainkan peranan untuk
menyebarkan mesej lestarikan alam sekitar yang semakin mendapat tempat di seluruh dunia.
Pada pendapat anda, apakah yang perlu anda lakukan untuk menjadi pelancong hijau yang
cinta akan alam sekitar.
57
MODUL PRAKTIS BAHASA MELAYU KSSM | KERTAS 1
DOMAIN PENDIDIKAN
"Malaysia Truly Asia" ialah jenama kita untuk memasarkan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan yang patut dikunjungi. Kita menjanjikan satu pengalaman baru yang menarik
kepada para pelancong menerusi faktor kepelbagaian budaya dan kemesraan penduduknya.
Ini kelebihan kita. Bahkan, suka saya berkongsi bahawa Malaysia menjadi destinasi
pelancongan yang unggul disebabkan oleh kepelbagaian ini. Kepelbagaian budaya sudah
menjadi identiti kita.
(Sumber: Teks Ucapan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, Yb Dato' Seri
Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz, Berita Harian, 2016.)
Petikan di atas menunjukkan maklumat mengenai sektor pelancongan Malaysia.
Bincangkan usaha-usaha yang boleh dibuat oleh pihak sekolah untuk memajukan industri
pelancongan di Malaysia.
DOMAIN KERJAYA
Pemandu biasanya mengambil sekumpulan pelancong sekitar bandar dan membawa mereka
ke tempat-tempat kepentingan. Mereka memberikan komen mengenai ciri-ciri istimewa
lokasi atau sejarah setiap tempat, dan mereka sering diharapkan untuk berkongsi cerita-cerita
daripada penduduk tempatan yang menyeronokkan dan berkongsi budaya tempatan.
Sumber : Internet
Petikan rencana di atas menerangkan tugas dan tanggungjawab pemandu pelancong yang kini
menjadi salah satu kerjaya pilihan generasi muda. Walaupun tugas mencabar dan masa kerja
yang tidak menentu, kerjaya ini sangat diminati oleh golongan muda lantaran pendapatan agak
lumayan boleh diperoleh daripada kerjaya ini.
Pada pendapat anda, apakah kriteria-kriteria yang perlu dimiliki oleh seorang pemandu
pelancong.
KERTAS SOALAN TAMAT
58
MODUL PRAKTIS BAHASA MELAYU KSSM | KERTAS 1
LAMPIRAN
SUMBER RUJUKAN
Dokumen Standard Kandungan Pelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia
Buku Teks Tingkatan 4
Buku Teks Tingkatan 5
Format Pentaksiran SPM Bahasa Melayu 1103
59
MODUL OASIS BAHASA MELAYU SPM | KERTAS 1
CATATAN