Lampiran 4
BK -04/04
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JPAK)
BIL 1/2021
Jabatan / Unit : Unit Pembangunan dan Penyenggaraan
Tarikh: : 8 Februari 2021
Masa: : 8.45 pagi – 10.20 pagi
Tempat : : Bilik Mesyuarat Al-Ghazali
KEHADIRAN : Jawatan
Pengarah
Bil. Nama Timbalan Pengarah Akademik
1. Tn. Hj. Faisal bin Hj. Md Kasim Timbalan Pengarah Sokongan
2. Hj Hanizam bin Md Ali Akademik
3. En. Ismi Bin Bachok Ketua Jaminan Kualiti
Ketua Unit Pengurusan Aset
4. Pn. Zuraini Binti Mokhtar Alih Kerajaan
5. En. Ahmad Hasanudin b Mokhtar Setiausaha Unit Pengurusan
Aset Alih Kerajaan
6. Pn Siti Sarah bt Misnudin Pegawai Pemeriksa Aset
Pegawai Pemverifikasi Stor
7. Pn. Siti Hajar Binti Salikan Pegawai Pemverifikasi Stor
7 Pn. Nurhafizah binti Zaidi Pegawai Pemeriksa Aset
8 En Mohd Zahari bin Sadzali Pegawai Pemeriksa Ase
9 En. Mohd Hakimi bin Mohd Jani (Asrama)
10 En. Muhamad Arif bin Che Mansor Pegawai Pemeriksa dan
Pelupusan
11 En. Muhammad Arif Izzuddin bin Ab Halim Ahli Lembaga Pemeriksa &
Pelupusan
12 En. Ahmad Mahdzir Bin Halim
TIDAK HADIR (dengan kenyataan)) : Jawatan
Bil. Nama
1.
TURUT HADIR: Nama Jawatan
Bil.
1.
2.
3.
AGENDA MESYUARAT :
1. Kata-kata aluan pengerusi.
2. Penerimaan dan pengesahan minit mesyuarat lepas.
3. Perkara berbangkit.
4. Pembentangan laporan pengurusan aset alih kerajaan.
5. Hal-hal lain.
6. Penangguhan mesyuarat.
Lampiran 4
BK -04/04
1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi memberi salam dan mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Jawatankuasa
JKPAK ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bil.
1/2021
PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 4 / 2020
2.
2.1 Minit mesyuarat dicadangkan pengesahan oleh En Mohd Hakimi dan cadangan tersebut
disokong oleh En. Ahmad Hasanudin.
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1. Pengurusan Aset Alih dan Harta Modal
3.1.1 Pengerusi memaklumkan Borang K.E.W.PA 9 perlu diletakkan di pejabat untuk
melancarkan proses aduan penyelenggaran.
3.1.2. En Ahmad Hasanudin telah memaklumkan bahawa surat untuk pelupusan aset yang
telah dimaklumkan pada mesyuarat yang lepas telah dihantar kepada KPM dan JK
Pengurusan Aset Alih sedang menunggu respon KPM untuk tindakan seterusnya.
3.1.3 Pelaporan Tahunan Pengurusan Aset Alih Kerajaan bagi Sukuan Pertama tahun 2021
akan dihantar sebaik mesyuarat ini dilaksanakan, keputusan daripada mesyuarat ini akan
dihantar kepada BPLTV.
3.1.4 Pengerusi memaklumkan bahawa pembelian aset dan stok bagi bengkel-bengkel
sudah boleh dirancang untuk sesi 2021 ini, ketua bengkel boleh berbincang dengan
pensyarah bengkel untuk barang-barang yang diperlukan untuk membuat nota minta.
3.1.5 Pengerusi mengingatkan pegawai aset KEW PA-7 pastikan dikemas kini untuk bilik-
bilik khas dan pastikan susunan kerusi dan meja di bilik kuliah mengikut kedudukan dalam
KEW PA-7.
Tindakan: Pegawai Aset
3.2 Penyelenggaraan
3.2.1 Unit Aset akan mengambil tindakan penyelenggaraan berdasarkan borang aduan
kerosakan yang diterima. Sehingga kini, Unit Aset tiada menerima aduan kerosakan dari
kakitangan.
3.2.2 Pengerusi memaklumkan penyelenggaraan sedang dimohon untuk pembaikan
bumbung di bengkel Teknologi Marin ekoran ribut baru-baru ini. Kontraktor akan datang
untuk pembaikan dalam tempoh seminggu dua lagi.
Tindakan: Makluman
3.3 Kehilangan dan Hapus Kira
3.3.1 Tiada kehilangan terkini aset alih dilaporkan.
Tindakan: Makluman
4. PEMBENTANGAN LAPORAN ASET SUKUAN KEEMPAT 2020
Lampiran 4
BK -04/04
4.1 Laporan Kedudukan Semasa Aset Alih dan Harta Modal
4.1.1 Encik Ahmad Hasanudin membentangkan kedudukan semasa aset alih di seluruh
kawasan KVPG berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi. Sekiranya terdapat
sebarang aset yang rosak atau tidak berfungsi, sila berhubung dan memaklumkan kepada
pegawai aset.
Tindakan : Makluman.
4.1.2 Encik Ahmad Hasanudin membentangkan KEW.PA-3 untuk menunjukkan kedudukan
aset alih (inventori) semasa berjumlah 2,142 unit yang bernilai RM 1,290,555.00. Terdapat
pertambahan 53 unit inventori untuk suku tahunan keempat.
4.1.4 Encik Ahmad Hasanudin membentangkan KEW.PA-4 untuk menunjukkan kedudukan
harta modal semasa berjumlah 231 unit yang bernilai RM 3,824,724.00. Terdapat
pertambahan 10 unit harta modal untuk suku tahunan keempat.
4.1.5 Jumlah keseluruhan kedudukan aset alih dan harta modal berdasarkan ringkasan
laporan KEW.PA-3, KEW.PA-4, KEW.PA-5 dan KEW.PA-6 di KVPG adalah sebanyak RM
5,091,495.00.
Tindakan : Makluman.
4.2 Laporan Tindakan Pelupusan
4.2.1 76 unit katil besi dua tingkat di asrama telah diperiksa dan 10 unit telah mengalami
kerosakan manakala yang lain tidak selamat untuk digunakan. Pegawai Aset telah memohon
kebenaran pelupusan aset daripada KPM.
4.3 Laporan Kedudukan Stok Semasa
4.3.1 Kadar Pusingan Stok Semasa untuk suku tahunan keempat adalah 1.45.
Tindakan : Makluman
4.4 Laporan Pindahan Aset Alih Kerajaan
4.4.1 Dua unit Cross-Section Single Cylinder 4 Stroke Engine bernilai RM 2,571.40 seunit
dan lapan buah Single Cylinder 4 Stroke Engine bernilai RM 2,299 telah diterima dari SMK
Taman Daya 2 ke Bengkel Teknologi Marin Kolej Vokasional Pasir Gudang.
4.5 Laporan Kehilangan dan Hapus Kira
4.5.1 Tiada sebarang kehilangan atau hapus kira telah dilaporkan.
Tindakan: Makluman
4.6 Laporan Penerimaan Hadiah Kerajaan
4.6.1 Pegawai aset memaklumkan telah menerima sebuah mesin pencetak laser jenama
Brother bernilai RM 249.00 daripada Encik Muhammad Addli Bin Md Noh.
Tindakan: Makluman
Lampiran 4
BK -04/04
5. HAL-HAL LAIN
5.1 K.E.W.PA 7 perlu dikemaskini kerana masih banyak yang belum dikemaskini dan perlu
tindakan segera daripada pegawai aset.
Tindakan : Pegawai Aset.
5.2 Pegawai Aset memaklumkan pihak BPLTV telah meminta maklumat berkaitan kolej
untuk membuka Sistem Pengurusan Aset KPM (my SPA) dan maklumat tersebut perlu
dihantar pada 1 Mac nanti.
Tindakan : Makluman
5.3 Jawatankuasa Asrama diminta untuk mengemaskini inventori dan stok di asrama.
Tindakan : Warden Asrama
.
6. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.20 pagi dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi
kepada semua ahli yang hadir dan tarikh mesyuarat akan dimaklumkan kelak.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
(SITI SARAH BT MISNUDIN) (HJ FAISAL BIN MD KASIM)
Setiausaha Pengarah
KUnit Pengurusan Aset Alih Kerajaan Kolej Vokasional Pasir Gudang
Kolej Vokasional Pasir Gudang