The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yogesjuly, 2021-11-08 09:53:47

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS- BARU

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS- BARU

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL KULIM
KERTAS KERJA LAWATAN PENANDA ARAS 2021

SECARA MAYA

TARIKH : 21.10.2021 (KHAMIS)
MASA : 2.00 PETANG- 3.00 PETANG
SEKOLAH : SJKT OIL PALM KULAI, JOHOR.
TUJUAN :
1.Berkongsiilmu,idea dan pengalamanantarasekolah.
2.Menjalinhubungan yang baikantarasekolah.
3. Memperoleh idea baharuuntukmencapaikemenjadian murid dan

pendidikan yangberkualiti.

AHLI JAWATANKUASA KECIL LAWATAN PENANDA ARAS

PENASIHAT : PN.S. MALARVILI (GB SJKT KULIM)
PENGERUSI : PN. T. CHITRA(PK1 SJKT KULIM)
PENGERUSI 2 : EN. RAMACHANDERAN (PK HEM SJKT KULIM)
PENGERUSI 3 : PN. P. THULASI (PK KO KU SJKT KULIM)
PENGERUSI 4 : PN.R. VIMALA (PENYELIA PETANG)
PENYELARAS : CIK S. ARULSELVI
SETIAUSAHA : PN. A. MURASALABI/ PN.G. YOGESWARI

AHLI JAWATANKUASA

PN. R. JAYAMANI PN. M. LECHUMI

EN. P. BACKIYERAJ PN. D. KALAISELVI

PN. SOORIACHANDIRAKALAH PN. R. LOGESWARI

PN. M. MOGANESWARI PN. M. SANTHI

PN. T. PREMA PN. M. PARAMESWARY

PN. G. PREMA CIK. S. MANIMEHELLAI

PN. P. SARALA PN. A. LETCHUMY

LAWATAN PENANDA ARAS
SENARAI TUGAS

1. MODULATOR S. ARULSELVI

2. JEMPUTAN P. SARALA/ M. LECHUMI

3. SIJIL PENGHARGAAN KEHADIRAN SOORIACHANDIRAKALAH / N. SANTHI

4. BOUQUET BUNGA T. PREMA / D. KALAI SELVI

5. KADAVUL VALTHU R. LOGESWARY RAMALINGAM

6. TEKNIKAL DAN ICT K. THIAGU

7. TAYANGAN MULTIMEDIA (BUKU M. MOGANESWARI / A. LETCHUMY /

PROGRAM) G. PREMA

9. FLIP BOOK VERSION G. YOGESWARI/R. JAYAMANI

10. LAPORAN A. MURASALABI/ S. MANIMEHELLAI

11. DOKUMENTASI P. BACKIYERAJ

ATUR CARA LAWATAN PENANDA ARAS

2.00 petang : Bacaan doa
 Ucapan Penyelaras TS25
 Ucapan oleh Tuan Guru Besar SJKT Kulim
 Ucapan oleh Tuan Guru Besar SJKT Oil Palm Kulai
 Ekspedisi lawatan
 Sesi perbincangan
 Ucapan terimakasih –Penolong Kanan 1 SJKT
Kulim
 PenyampaianCenderahati
 Sesi photografi.

4.00 petang: Bersurai

Laporan Bertulis & Laporan
Bergambar

LAWATAN PENANDA RAS ( BENCH MARK)
KE SJKT KULAI OIL PALM

ANJURAN:

SJK T KULIM

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS (BENCH MARK)
KE SJKT KULAI OIL PALM ,JOHOR .
ANJURAN SJKT KULIM

Terdapat pelbagai definisi dan konsep mengenai “Penanda aras” berdasarkan
bidang-bidang tertentu. Penanda aras mengikut (Sabda, 2008) dalam konteks pembaikan
kualiti secara menyeluruh merupakan suatu proses pembaharuan yang berterusan dan ia
juga merupakan strategi ke arah memantapkan piawaian yang terbaharu serta
memperbaiki piawaian terdahulu. Kajian mengenai penanda aras merupakan satu proses
pembaikan yang berterusan yang menunjukkan contoh amalan yang baik serta
pendekatan yang baharu yang boleh ditiru dan dijadikan pengukur prestasi yang
berkesan.Ia diamalkan bagi membina kelebihan kompetitif dengan berpandukan idea yang
terbaik serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengurusan sekolah serta boleh
menentukan dimana untuk memulakan proses pembaikan yang berkesan.

Selain itu menurut (Preedy, Glatter, & Levacic1997:53), penanda aras pencapaian,
dalam erti kata kata “pengelolaan sekolah yang berkesan” amat perlu dalam mengelola
program dan aktiviti untuk menentukan matlamat dan objektif. Bagi sesetengah penanda
aras, pernyataan ringkas sudah mencukupi namun demikian terdapat juga penanda aras
yang memerlukan perincian spesifik dan merujuk maklumat tambahan yang melibatkan
pengukuran kualiti dan komitmen dalam bahagian-bahagian tertentu. Oleh yang demikian,
pembentukan penanda aras sebenarnya adalah berbentuk kualitatif dan kuantitatif.

Menyedari pentingnya penanda aras dalam menstruktur atau menambah baik
pengurusan sekolah, maka adalah penting bagi warga SJK T Kulim menyertai program
lawatan integrasi ke SJK T Kulai Oil Palm yang dianjurkan oleh SJK T Kulim bersama SJK T
Layang – Layang dan SJK T Tangkah dalam usaha untuk meningkatkan kualiti, prestasi
dan kecemerlangan yang telah dirancangkan sebelum ini ke arah kegemilangan TS 25.

Objektif utama penanda aras ini ialah sebagai satu rujukan kepada semua
pentadbir, guru-guru dan kakitangan sekolah dalam usaha melahirkan sekolah yang
cemerlang.Sebagai perkongsian pintar antara kedua-dua pihak sekolah dalam sama-sama
membangunkan program dan aktiviti sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.Meningkatkan
motivasi dan keinginan yang tinggi para pentadbir, guru-guru dan kakitangan sekolah
untuk memajukan pembangunan sekolah dari semua aspek, akademik, kokurikulum, hal
ehwal murid serta pentadbiran.

Hasil dapatan yang peroleh melalui lawatan penanda aras secara maya ke SJKT
Kulai Oil Palm , Johor ialah diklasifikasikan mengikut bidang :Hasil daripada pemerhatian
dan perbincangan yang dilakukan semasa lawatan ke SJK T Kulai Oil Palm , didapati
pencapaian yang membanggakan terutamanya dari aspek penyertaan yang disertai oleh
sekolah ini., pencapaian yang membanggakan turut dicapai dalam aspek kokurikulum yang
mana sekolah ini telah merangkul tempat ke 5 dalam pertandingan merentas desa sekolah
rendah peringkat kebangsaan.

Selain itu, SJKT Kulai Oil Palm turut menggandakan peluang mereka dalam bidang
kokurikulum yang lain yang mana terdapat wakil muridnya yang menyertai pertandingan
jom kibar bendera mewakili nigari Johor dan memenangi ke untuk menyertai
pertandingan tersebut. Selain itu, dari aspek kebudayaan, sekolah ini turut menyertai
pertandingan mendeklamasi sajak peringkat kebangsaan dan berjaya memenanginya.

1.0 PENGURUSAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) SJKT OIL Palm
PIBG SJKT Kulai Oil Palm telah memainkan peranan dalam menjayakan pelbagai

aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung
ternyata dapat membantu pihak sekolah dalam mencapai matlamat ke arah
kecemerlangan dan kegemilangan berteraskan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal
murid.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut :-
- Lawatan Penanda Aras Ke SJK T Ringlet dan Kuala Lumpur
- Baju Korporat sekolah
- Program Motivasi UPSR dan Kelas Tambahan Murid Tahun 6
Kerjasama di antara para WARIS (gelaran bagi ibu bapa/penjaga murid) dan warga sekolahamat

jitu dalam merealisasikan impian sekolah dengan mengembling tenaga bagi keteguhan ikatan yang telah
dijalinkan. Para WARIS juga menjadi tiang seri dengan berdiri kukuh dalam membantu pihak sekolah demi
memenuhi matlamat ke arah melahirkan insan dan sekolah yang cemerlang.

2.0 Program Sekolah Penyayang

Secara umumnya dilihat, guru-guru SJKT Oil Palm sangat mengambil berat terhadap murid-
muridnya. Pelbagai aktiviti atau pertandingan diadakan bagi memberi nilai tambah dari aspek
sosial para muridnya. Antaranya ialah, SJKT Oil Palm mengadakan anugerah setiap bulan
yang mana memberikan penghargaan kepada murid-murid yang berjaya menunjukkan
prestasi dan kecemerlangan mereka di sekolah.

Keseluruhannya dilihat, program sekolah penyayang yang dijalankan di sekolah ini banyak
memberikan manfaat kepada murid-murid serta guru. Secara tidak langsung emosi murid
untuk sukake sekolah dapat ditingkatkan dan masalah ponteng sekolah dapat dikurangkan.

3.0 Perbincangan

Secara umumnya, kecemerlangan SJKT Oil Palm adalah disebabkan beberapa faktor
antaranya ialah;

 Komitmen dan kesungguhan semua guru dan kakitangan serta ibubapa.
 Kesepakatan antara semua pihak

(guru-pentadbir-kakitangan-penjaga-komuniti).
 Kumpulan kerja (team work) yang mantap.
 Persekitaran kerja yang kondusif.

4.0 Rumusan
Rumusan yang dapat dibuat adalah berdasarkan kepada kerangka konsep di bawah:

Pentadbir Harapan Semangat
Guru-guru
Kakitangan Membina Memahami Memahami Kumpulan kerja
Ibubapa/Komuniti hubungan visi/misi dan perubahan yang mantap
Tenaga
 Bersatu Hati matlamat diinginkan
 Bertolak Ansur organisasi organisasi Komitmen
 Menyayangi (luaran/dalaman)
 Ambil Berat
Hasil
Rajah 1: Kerangka konsep faktor asas kecemerlangan sekolah Sekolah
Cemerlang

Berdasarkan kerangka konsep di atas, untuk melahirkan kecemerlangan sesebuah sekolah
adalah merupakan tanggungjawab semua pihak samaada pihak pentadbir,
guru-guru,kakitangan dan ibubapa serta komuniti setempat. Faktor asas utama yang perlu
difahami dengan jelas ialah perhubungan (relationship) yang baik dari semua pihak. Ini
boleh dibuat dengan membina asas-asas perhubungan yang baik dan strategik antara
semua pihak berkepentingan. Tanpa membina hubungan yang baik, walaupun komitmen
guru-guru 100%, agak mustahil untuk mencapai kecemerlangan yang benar-benar
berkualiti. Setelah hubungan yang baik dapat dibina, maka pemahaman terhadap visi,misi
dan matlamat kecemerlangan perlu difahami dengan jelas oleh semua pihak. Ini bertujuan,
agar dapat menentukan program dan perancangan pembangunan yang bertepatan dengan
hala tuju visi,misi dan matlamat untuk menjadikan sekolah cemerlang. Dalam usaha ke
arah itu, sudah tentu terdapat pelbagai perubahan dan penstrukturan semula yang akan
mengakibatkan suasana menjadi kritikal akibat ketidakfahaman, tekanan kerja dan
sebagainya. Oleh itu, pemahaman semua pihak terhadap tujuan perubahan yang
diinginkan adalah sangat perlu, bagi mengurangkan tahap kritikal dalam proses perubahan
bagi mencapai matlamat yang diinginkan.

Pewujudan kumpulan kerja yang mantap dan mempunyai semangat yang tinggi
(bertenaga) mampu menghasilkan tenaga kerja yang berkomitmen tinggi disamping
dapat mengurangkan kos tempoh masa kerja dan masalah emosi seperti” stress”.
Dengan itu, , kecemerlangan sekolah dapat diperolehi dengan jayanya.

DISEDIAKAN OLEH

__________________________
(CIK MANIMEHELLAI A/P SHANMUGAM )
AJK Laporan Lawatan Penanda Aras
SJK ( T ) Kulim

DISEMAK OLEH

__________________________
(CIK ARULSELVI A/P SELOSAMY)
Penyelaras TS 25
SJK(T) Kulim

KELULUSAN GURU BESAR
Diluluskan oleh,

____________________
( PN MALARVILI A/P SUBRAMANIAM )
Guru Besar,
SJK(T) Kulim

Laporan Bergambar

Pengacara majlis dan penganjur Program TS 25, Cik Arulselvi
mengendalikan program lawatan penanda aras.

Ucapan terima kasih daripada GB SJKT Kulim, Pn. S. Malarvili.

Tuan GB SJKT Oil Palm , Encik Maya Chandran menerangkan tentang program
yang telah dijalankan.

Barisan Guru yang menyertai Lawatan Penanda aras

Ucapan terima kasih daripada PK Pentadbiran SJKT Kulim, Pn T. Chitra
Ucapan terima kasih daripada PK HEM SJKT Kulim, En Ramachandran

Ucapan terima kasih daripada PK Koku SJKT Kulim, Pn.Tulasi
Sumbangan ikhlas kepada Encik Maya Chandran

Kad Jemputan Lawatan Penanda Aras

Link Video Youtube Pencapaian SJKT Kulim

 https://youtu.be/ZYRUoToRAsE

Link Video Youtube Buku Program Lawatan Penanda Aras

 https://youtu.be/jaaYyWdu56Y


Click to View FlipBook Version