The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

05 MODUL IMTIYAZ PEND ISLAM TINGKATAN 4 (AKHLAK)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctyani81, 2020-04-26 23:16:43

05 MODUL IMTIYAZ PEND ISLAM TINGKATAN 4 (AKHLAK)

05 MODUL IMTIYAZ PEND ISLAM TINGKATAN 4 (AKHLAK)

PELAJARAN SURAH AL-AN’AM, AYAT 162 - 163
1
(Ayat Bacaan & Ayat Hafazan)
(AL-QURAN)
HARI : _______________ TARIKH : ______________

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 1

PELAJARAN BERSIKAP BENAR MENJAUHKAN KEMUNAFIKAN
22

(AKHLAK)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

MAKSUD Tidak berdusta dari segi perkataan perkhabaran .
.
BERSIKAP BENAR dan perbuatan.

DALIL NAKLI

Firman Allah SWT :

‫ﭐﲕﲖﲗﲘﲙﲚﲛﲜﲝ‬

(Surah al-Ahzab, ayat 70)

Maksudnya : Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan katakanlah yang benar.

A‫ُق‬b‫َل‬d‫إاّتُد‬u‫يَحَْص‬llَ‫ي‬a‫اد‬,h‫جْهُل‬b‫ريََُب‬iّnَ‫ اَاذلب‬M‫لُْاذلَك‬a‫ََاكزا‬s‫ا`لْىي‬u‫َنَّمرا‬dّ‫اإَََحو‬Rَ‫تَف‬,َ‫ي‬A‫و‬,َ‫اة‬mّ‫بَن‬,َ‫َْْل‬e‫اذُاب‬ri‫كل‬wَ‫كلْإا اَذ‬aْ‫يَوا‬yَ‫ي‬a‫اُلدْم‬.t‫بًُك‬k‫ُِْجه‬a‫ََّّذريَّاي‬nََ‫ا ََاَكبّولإ‬bْ‫لل‬,‫اُلا‬a‫زاَّّل‬hََ‫يًقََاّان‬a‫َويدإا‬wَ‫صاعَمْنرادا‬a‫و‬,‫ابرَا‬R‫اب‬,َْ‫الل‬a‫ارَّّلا‬sََ‫كالت‬u‫َدنَّْا‬lَ‫يلُإا‬u‫اعيْنا‬l‫ل‬lَa‫إاباد‬hَ‫يْه‬sََ‫تي‬a‫قادْك‬wَُ‫يتَْدْهي‬bّ‫َارص‬e‫وَحَر‬r‫ل‬s‫ُجا‬a,‫ّن‬bَ‫لْاإقُف‬dََ‫ اف‬a‫ْد‬.‫ّصن‬:‫ارص اَْلدوإاا َاقر‬,‫لَاْيلَْوُُفكيَتَْمُج َِحواَبّاررلى‬,‫َع‬

)‫(رواية مسلم‬

Maksud : Hendaklah kalian sentiasa bersikap benar. Sesungguhnya benar itu membawa kepada kebaikan,
dan kebaikan itu membawa ke syurga, seseorang yang sentiasa bersikap benar, akan ditulis di sisi Allah SWT
sebagai seorang yang benar. Dan orang yang berdusta itu, sesungguhnya dusta itu membawa kepada
kejahatan, dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seseorang yang sentiasa bersikap dusta, akan ditulis di
sisi Allah SWT sebagai seorang pendusta.

HUKUM BERSIKAP BENAR WAJIB. .

‫ﱢﱣﱤﱥﱦﱧﱨﱩﱪ‬

(Surah at-Taubah, ayat 119)

Maksudnya : Wahai orang-rang yang beriman ! bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu

berada bersama-sama orang yang benar.

Bersikap benar sangat penting supaya kita dapat menjauhkan diri daripada
sifat munafik. Sifat-sifat munafik telah dijelaskan dalam hadis riwayat Al-
Bukhari yang bermaksud : tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila
berkata-kata dia akan berdusta, apabila berjanji dia akn mungkir janji dan

apabila diberi kepercayaan dia akan mengkhinatinya.

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 2

BENAR DALAM Tidak berbohong apabila berkata-kata
TUTUR KATA dalam semua keadaan.

BENAR DALAM Memelihara diri daripada mengeluarkan
NIAT DAN lafaz yang jelas mendatangkan dosa dan
KEMAHUAN
mengelirukan.

Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
Berniat untuk membuat kebaikan

semata-mata.

TUNTUTAN BENAR DALAM Bertekad mencapai apa-apa yang dicita-
BERSIKAP KEAZAMAN citakan.

BENAR DAN CITA-CITA Tindakan yang dilakukan seiring dengan
keazaman untuk mencapai matlamat.

BENAR DALAM Melakukan tugasan tanpa mengharapkan
TUGAS balasan.

Melakukan tugasan dengan cara yang
terbaik.

BENAR DALAM Berjanji dengan apa-apa yang mampu
MENEPATI ditunaikan.
JANJI
Menunaikan apa-apa yang telah
dijanjikan.

Melaksanakannya tepat dengan sesuatu
yang telah dijanjikan.

CONTOH RASULULLAH SAW BERSIKAP BENAR

Contoh 1 :
Rasulullah SAW menyampaikan wahyu Allah SWT kepada umat manusia denga bersifat
benar. Baginda tidak menokok tambah ayat yang disampaikan. Ajaran Islam yang
disebarkan juga tidak mengikut kehendak dan pendapat peribadi baginda kerana setiap
tutur katanya berdasarkan wahyu Allah SWT. Hal ini dibuktikan dengan firman Allah SWT :

‫ﱋﱌ ﱍﱎﱏﱐﱑﱒﱓﱔﱕ‬

(Surah an-Najm, ayat 3-4)

Maksudnya : Dan ia tidak memperkatakan sesuatu menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala

yang diperkatakannya itu tidak lain hanyalahh wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 3

CONTOH RASULULLAH SAW BERSIKAP BENAR

Contoh 2 :

Terdapat sebilangan orang yang suka bergurau tetapi tidak berkata benar. Mereka berasa
seronok bergurau dengan cerita-cerita palsu. Rasulullah SAW juga pernah bergurau.
Namun, baginda sentiasa bersikap benar walaupun ketika sedang begurau.
Al-Hasan RA menceritakan bahawa seorang perempuan tua telah datang berjumpa
Rasulullah SAW supaya baginda mendoakannya masuk ke dalam syurga. Lalu baginda
memberitahunya bahawa orang tua tidak akan masuk ke dalam syurga. Wanita tua itu

terus ber‫ﲚ‬lal‫ﲙ‬u per‫ﲘ‬gi sa‫ﲗ‬mb‫ﲖ‬il men‫ﲕ‬angis. L:al‫ل‬uُ‫و‬R‫ُق‬aَ‫ي‬s‫ل‬uَl‫ا‬u‫َع‬lَl‫ت‬aَh‫ََّّلل‬S‫ ا‬A‫َّن‬W‫ إا‬.b‫وٌز‬er‫ُج‬sa‫َع‬bd‫َى‬a‫أُ ْخابُوَها أََّناَ َل تَ ْد ُخلُهاَ َواه‬

)٣٧ – ٣٦ :‫ﭐ(سورة الواقعة‬

)‫(رواية ال رِّْترم رذي‬
Maksud : Kamu beritahulah kepadanya bahawa sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam

keadaan tua. Sesungguhnya Allah Ta`ala berfirman : sesungguhnya kami ciptakanwanita-wanita penduduk
syurga itu secara langsung, di mana kami jadikan mereka gadis-gadis yang penuh dengan cinta (kepada
suami masing-masing) dan sebaya umurnya.

Terpelihara daripada sifat munafik yang Menenangkan hati kerana tidak
dibenci oleh Allah SWT. melakukan dosa.

HIKMAH BERSIKAP
BENAR

Saling bekerjasama kerana wujud Menjadi contoh teladan kepada orang
perasaan saling mempercayai. lain kerana maruahnya di pandang tinggi.

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 4

PELAJARAN KHAUF )‫ ( َخ ْوف‬DAN RAJA` (‫) َر َجاء‬
23
HARI : _______________ TARIKH : ______________
(AKHLAK)

MAKSUD KHAUF Takut kepada kemurkaan dan azab
RAJA' Allah SWT dengan menjauhi segala

larangan.

Mengharapkan keredhaan Allah SWT
dengan melaksanakan segala perintah-

Nya.

DALIL NAKLI

Firman Allah SWT :

KHAUF ‫ﱗﱘﱙﱚﱛﱜﱝ‬

(Surah ali Imran, ayat 175)
Maksudnya : Maka janganlah kamu takut kepada mereka tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu
memang orang yang beriman.

RAJA` Firman Allah SWT :

‫ﲆﲇ ﲈﲉﲊﲋﲌﲍﲎﲏ ﲐﲑ‬

(Surah as-Sajadah, ayat 16)
Maksudnya : Mereka menjauhkan diri dari tempat tidur dan sentiasa berdoa kepada tuhan
mereka dengan perasaan takut serta penuh harap dan mereka mendermakan sebahagian
daripada apa yang kami rezekikan kepada mereka.

CARA MENDAPATKAN

KHAUF RAJA’

✓ Bergaul dengan ulamak dan para solihin. ✓ Bermujahadah menentang hawa nafsu.

✓ Sentiasa mengambil iktibar daripada ✓ Melaksanakan amal ibadat dengan .
kisah kaum terdahulu. penuh kesungguhan dan istiqamah. .

✓ Sentiasa bertaubat. . ✓ Tidak berputus asa dengan merayu dan
✓ Sentiasa mengingati mati. . merintih kepada Allah SWT.

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 5

CONTOH KHAUF DAN RAJA` YANG DIAMALKAN OLEH RASULULLAH SAW

Contoh 1 :
Rasulullah SAW mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari dengan khusyuk. Pada sujud
terakhirnya, baginda menangis kerana berasa takut Allah SWT menurunkan azab. Lalu
Rasulullah SAW merintih dengan bersabda : “Wahai tuhanku bukankah engkau telah
berjanji kepadaku untuk tidak mengazabkan mereka pada ketika aku ada bersama-sama
mereka? Tuhanku bukankah engkau telah berjanji kepadaku untuk tidak mengazabkan
mereka apabila mereka memohon ampun? Sekarang kami sedang memohon ampun
kepadamu.”

(Sunan Abu Daud – Kitab As-solah)

Contoh 2 :

Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menziarahi seorang lelaki yang sedang

terlantar. Rasulullah SAW bertanya tentang perasaannya pada ketika itu. Lelaki itu

memberitahu baginda bahawa dia sangat mengharapkan rahmat Allah SWT dan berasa

sangat takut akan dosa-dosa yang ‫ل‬pُ‫ّال‬eَ‫ا‬rn‫ ُه‬a‫طا‬hَ ‫ْع‬d‫َا‬ila‫اَل‬k‫ ِا‬u‫ن‬k‫ ر‬a‫ رط‬n‫ْو‬n‫َم‬yْ‫ال‬a.‫ذا‬Lَ a‫ َه‬lu‫ رل‬Rْ‫ث‬a‫ رم‬su‫ِف‬l‫ر‬ul‫ٍد‬la‫ ْب‬h‫َع‬ SAW bersabda :

.‫رم اما َ َيا ُف‬ ‫ َوا َمنَ ُه‬, ‫َما يَ ْر ُجو‬ ‫ََل ََ ْيتَ رم َعا رن رِف قَلْ رب‬

(Riwayat At-Tirmizi)

Maksud : Tidak berhimpun kedua-duanya dalam hati seseorang hamba Allah pada ketika itu melainkan

ALllah SWT memberikan apa yang diharapkan dan menyelamatkannya daripada apa-apa yang ditakutinya.

Rasa takut kepada Allah SWT hendaklah diiringi dengan tindakan
yang selari dengan syarak.

KONSEP KHAUF DAN RAJA` YANG SEIMBANG Seseorang yang mengharapkan keredhaan Allah SWT hendaklah
melakukan amal ibadah dan menjauhi perbuatan maksiat.

Ganjaran syurga dapat menjadi motivasi untuk seseorang itu
mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Perasaan Khauf terhadap balasan neraka akan menjadi benteng
daripada keinginan melakukan maksiat.

Perasaan Raja` akan mendorong seseorang untuk berlumba-lumba
melakukan ibadah tanpa putus ada terhadap rahmat Allah SWT.

Khauf dan Raja` hendaklah berpaksikan husnuzzan (bersangka baik)
terhadap Allah SWT.

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 6

HIKMAH KHAUF DAN Melahirkan insan yang Melahirkan insan yang
RAJA` sentiasa mengingati bersungguh-sungguh
dlam setiap pekerjaan
Mendidik jiwa insan Allah SWT dalam setiap keraan yakin Allah SWT
agar senitasa menjauhi keadaan. melihat dan menilai
setiap perbuatannya.
larangan Allah SWT Melahirkan insan yang
kerana takut akan sentiasa berasa gembira Melahirkan insan yang
sentiasa bertawakal
kemurkaannya. melakukan kebaikan kepada Allah SWT
supaya gembira setelah berusaha
bersungguh-sungguh.
melakukan kebaikan
supaya mendapat
kemanisan iman.

‫ﲴﲵﲶﲷﲸﲹﲺﲻﲼﲽﲾﲿﳀﳁ‬

(Surah al-Anbiya;, ayat 90)
Maksudnya : Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa
berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun, takut dan mereka pula sentiasa khusyuk dan taat
kepada kami.

‫ﭐﳈﳉﳊﳋﳌﳍﳎﳏﳐﳑﳒ‬

(Surah an-Nur, ayat 52)
Maksudnya : Dan sesiapa yang taat kepada Allah SWT dan rasulnya serta takut (melanggar perintah) Allah
serta bertakwa kepadanya, maka mereka itulah orang yang mendapat kemenangan.

‫ﱱﱲﱳﱴﱵﱶﱷﱸﱹﱺﱻ‬

(Surah al-Hujarat, ayat 13)
Maksudnya : Sesungguhnya dalam kalangan kamu yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling

bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mendalam pengetahuan-Nya.

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 7

PELAJARAN ADAB TERHADAP ORANG SAKIT DAN KURANG UPAYA
24
HARI : _______________ TARIKH : ______________
(AKHLAK) ADAB TERHADAP ORANG SAKIT.

UNIT 1

DALIL NAKLI

Abu Musa Al-Asy`ari RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

.‫ َوفَ ُكّوا ال َعا رِ َن‬, ‫ َوَأ ْط رع ُموا الجَا رء َع‬, ‫ُعو ُدوا الْ َم رري َض‬

(Riwayat Al-Bukhari)
Maksud : Ziarahilah orang yang sakit, berikan makanan kepada orang yang lapar dan bebaskanlah
tawanan.

ADAB TERHADAP ORANG SAKIT

IBADAH EMOSI FIZIKAL

Mendoakan Memberikan Memastikan tempat
kesihatan mereka. semangat dan dan tubuh badan
motivasi agar mereka pesakit sentiasa
sabar dan redha. bersih.

Membantu mereka Tidak melakukan Menyediakan
yang ingin melakukan sesuatu yang boleh keperluan dan
kemudahan asas
ibadah. mengganggu untuk pesakit.
ketenteraman mereka
dengan bunyi bising

dan tempoh ziarah
yang lama.

HIKMAH BERADAB KEPADA ORANG SAKIT

✓ Menggembirakan pesakit agar hatinya tenang dalam menepuh .
ujian Allah SWT. .

✓ Mengeratkan ukhwah sesama anggota masyarakat agar hidup diberkati Allah SWT.

✓ Melahirkan keinsafan kerana diberikan nikmat kesihatan setelah melihat .
penderitaan pesakit. .

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 8

UNIT 2 ADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA.

DALIL NAKLI

ANAS BIN Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

‫رشئْ رت‬ ‫ال رِس َك رك‬ ‫َحا َج ًة فَقَا َل ََي ُأ ام فُل َا ٍن انْ ُظ رري َأ اي‬ ‫َفََقَراللَ َْحتا َََجيرت ََركُسفَو ََخللاَاَّالَرمل َع ِاَهاان رِرِفلبَ ِْاعلَ ْير َضك‬ ‫َع ْق رل َها ََ ْش ٌء‬ ‫رِف‬ ‫ََكنَ ْت‬ ‫ا ْم َرَأ ًة‬ ‫َأ ان‬
.‫ال ُّط ُر رق َحَاّت فَ َرغَ ْت رم ْن َحا َج رِتَا‬ ‫َحَاّت َأ ْق رِ َض‬

(Riwayat Muslim)

Maksud : Seorang wanita yang mempunyai kekurangan pada akalnya berkata : “Wahai Rasulullah SAW,

saya memerlukan pertolonganmu dalam sesuatu urusan”. Rasulullah SAW bersabda : “Wahai ibu,

bagaimana caranya untuk aku membantumu” lalu Rasulullah SAW meluangkan masanya sehingga wanita

itu dapat menyelesaikan urusannya.

ADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA

IBADAH EMOSI FIZIKAL

Menyediakan Memberikan layanan Memastikan
kemudahan mereka dengan penuh kasih kemudahan asas
dan sayang terhadap yang disediakan
untuk melakukan untuk mereka tidak
ibadah dengan selesa. mereka. disalahgunakan.

Membantu mereka Tidak mengejek dan Menyediakan ruang
dengan memberikan menghina mereka. dan memberikan
tunjuk ajar mengenai peluang kepada

urusan ibadah. mereka sesuai dengan
keperluan mereka..

HIKMAH BERADAB KEPADA ORANG KURANG UPAYA .
✓ Menimbulkan rasa dihargai dalam diri orang kurang upaya kerana mendapat .
.
perhatian dan keistimewaan. .
✓ Memupuk sifat kebersamaan terhadap semua golongan masyarakat agar

perpaduan dapat diwujudkan.
✓ Melahirkan rasa syukur kerana diberikan fizikal dan mental yang sempurna.
✓ Memudahkan orang kurang upaya melakukan urusan harian.

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 9

PELAJARAN WASATIAH MENJAMIN KECEMERLANGAN UMAT
25

(AKHLAK)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

MAKSUD Pendekatan yang sederhana, seimbang, adil dan cemerlang dalam .
WASATIAH setiap tindakan. .

DALIL NAKLI

Firman Allah SWT :

.‫ ﱦ‬..‫ﭧﭐﭨﭐﱡﭐﱚﱛﱜﱝﱞﱟﱠﱡﱢﱣﱤﱥ‬

(Surah Al-Baqarah : Ayat 143)
Maksud : Dan demikianlah kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pertengahan (umat
pilihan lagi adil) supaya kamu layak menjadi saksi untuk memberi keterangan kepada umat manusia …

Saidatina Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

.‫قَ ال‬ ‫َوِا ْن‬ , ‫اَّالرل‬ ‫ِا ََل‬ ‫َأ ْد َو ُم َها‬ ‫ا ْْ َل َْ َعا رل‬ ‫َأ َح اب‬ ‫َوأ ان‬ , ‫الْ َجنا َة‬ ‫ََ َع ََ ُل‬ ‫َأ َح َد ُُ ْك‬ ‫يُ ْد رخ َل‬ ‫لَ ْن‬ ‫َأ ْن‬ ‫ َواعْلَ ُموا‬, ‫َس ِرد ُدوا َوقَا رربُوا‬

(Riwayat Al-Bukhari)

Maksud : Lakukanlah dengan bersederhana dan ketahuilah bahawa perbuatan kamu tidak akan

menyebabkan kamu masuk syurga. Amalan yang paling disukai Alah ialah yang berterusan walaupun

sedikit.

EMPAT PRINSIP WASATIAH

1 KESEDERHANAAN

MAKSUD Melakukan sesuatu dengan sempurna, tidak melampaui batas dan
mematuhi syarat.

✓ Menunaikan tugas dengan sempurna dan penuh .

bertanggungjawab. .

ASPEK ✓ Memenuhi syarat dalam menunaikan tugas, mematuhi arahan dan

KESEDERHANAAN prosedur dalam menjalankan amanah.

✓ Melaksanakan tugas sebagai hamba Allah dan khalifah di muka .

bumi. .

DALIL : Firman Allah SWT :

‫ﭐﳇﳈﳉﳊﳋﳌﳍﳎﳏﳐﳑﳒ‬

(Surah al-Furqan, ayat 67)
Maksud : Dan mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil
kedekut, dan perbelanjaan mereka adalah betul sederhana.

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 10

2 KESEIMBANGAN

MAKSUD Memenuhi keperluan rohani, jasmani dan akal secara sempurna
dalam semua keadaan.

ROHANI

✓ Melaksanakan ibadah fardhu dan sunat dengan istiqamah. .
✓ Menghayati Al-Quran dan berzikir dengan bersungguh-sungguh..
✓ Melakukan ibadah dengan ikhlas.

JASMANI

✓ Mengambil makanan yang baik dan seimbang untuk menjaga

kesihatan tubuh badan.

ASPEK ✓ Berehat setelah pesakit bekerja supaya badan kembali cergas .
KESEIMBANGAN
dan bertenaga. .

✓ Memenuhi keperluan biologi dan fitrah manusia. .

AKLI

✓ Menjauhi barang larangan yang boleh merosakkan akal seperti .

dadah dan arak. .

✓ Menggunakan akal sebaik-baiknya untuk meningkatkan ilmu.

✓ Menggunakan akal untuk memajukan diri dan masyarakat serta .

meningkatkan pembangunan negara. .

DALIL : Firman Allah SWT:

‫ﲨﲩﲪﲫﲬﲭﲮﲯﲰﲱﲲﲳﲴﲵﲶ‬

(Surah al-Baqarah, ayat 201)
Maksud : Dan antara mereka pula ada yang (berdoa dengan ) berkata : “wahai tuhan kami, berilah kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dan peliharalah kami daripada azab api neraka”.

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 11

3 KEADILAN

MAKSUD Meletakkan sesuatu sesuai dengan suasana , masa dan tempat.

ASPEK ✓ Menunaikan hak kepada mereka yang berhak menerimanya.
KEADILAN
✓ Mengambil pendekatan pertengahan dan seimbang secara hikmah

antara dua perkara yang ekstrem. .

DALIL : Firman Allah SWT :

‫ﭐﲘﲙﲚﲛﲜﲝﲞ ﲠﲟﲡﲢﲣﲤﲥﲦ ﲨﲧﲩ‬

... ‫ﲪﲫ ﲭﲬ‬

(Surah Al-Maidah : Ayat 8)
Maksud : Wahai orang yang beriman hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan
keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran : dan janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum
itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa …

4 KECEMERLANGAN

MAKSUD Pendekatan yang terbaik dalam melakukan kebaikan dan mencegah
kemungkaran serta berkeyakinan teguh pada Allah SWT.
CIRI-CIRI
UMAT ✓ Melakukan kebaikan seperti memakmurkan bumi, membangunkan
CEMERLANG
negara dan membasmi kemiskinan. .
✓ Mencegah diri daripada melakukan kezaliman, kefasikan dan

kekejaman. .

✓ Menggunakan kekayaan di dunia untuk mendapatkan keredhaan

Allah SWT. .
✓ Melakukan semua tugas dan pekerjaan dengan ikhlas kerana

Allah SWT. .

Dalil : Firman Allah SWT :

... ‫ﭐﱎﱏﱐﱑﱒﱓﱔﱕﱖﱗﱘ ﱚﱙ‬

(Surah Al-Imran : Ayat 110)
Maksud : Kamu (wahai umat Muhammad) ialah umat yang paling baik yang dilahirkan bagi umat manusia,
(kerana kamu menyuruh agar melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta kamu beriman
kepada Allah …

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 12

HIKMAH Syiar Islam dapat ditegakkan dengan menyempurnakan
MELAKSANAKAN akhlak dan nilai-nilai murni.

PRINSIP Pembangunan yang menyeluruh dan seimbang dapat
WASATIAH diwujudkan kerana adanya kestabilan politik.

Ekonomi masyarakat yang stabil dapat dijana kerana
tiasa berlaku pembaziran.

Tahap pendidikan masyarakat dapat ditingkatkan
mengikut keperluan negara.

Masyarakat yang aman damai dan bersatu padu dapat
dibangunkan dengan melaksanakan prinsip-prinsip
keadilan.

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 13


Click to View FlipBook Version