The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

02 MODUL IMTIYAZ PEND ISLAM TINGKATAN 4 (AKIDAH)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctyani81, 2020-04-26 23:11:52

02 MODUL IMTIYAZ PEND ISLAM TINGKATAN 4 (AKIDAH)

02 MODUL IMTIYAZ PEND ISLAM TINGKATAN 4 (AKIDAH)

PELAJARAN SURAH AL-AN’AM, AYAT 162 - 163
1
(Ayat Bacaan & Ayat Hafazan)
(AL-QURAN)
HARI : _______________ TARIKH : ______________

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 1

PELAJARAN ALLAH SWT MAHA PEMBALAS DAN MAHA PERKASA
10

(AKIDAH)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

UNIT 1 AL-MUNTAQIM

MAKSUD Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha
AL-MUNTAQIM Pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang yang
melampaui batas.

Dalil naqli nama Allah SWT al-Muntaqim :

‫ﭐﲌﲍﲎﲏﲐﲑﲒ‬

(Surah az-Zukhruf, ayat 41)

Maksud : Maka kalau Kami wafatkan engkau, sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa mereka.

Kefahaman mengenai nama Allah SWT al-Muntaqim :

1 Allah SWT memberikan pembalasan dengan seksaan neraka terhadap orang yang
menolak peringatan al-Quran.

Firman Allah SWT :

‫ﱋ ﱌ ﱍ ﱎ ﱏ ﱐ ﱑ ﱒ ﱔﱓ ﱕ ﱖ ﱗ ﱘ ﱙ‬

(Surah al-Sajadah, ayat 22)

Maksud : Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingatan dengan ayat Tuhannya
kemudian dia berpaling daripada-Nya. Sesungguhnya Kami tetap membalas orang yang berdosa.

2 Allah SWT menimpakan azab dalam peristiwa al-Dukhan.
iaitu Kaum Quraisy ditimpakan dengan kemarau panjang sehingga debu seperti
asap menutupi mereka kerana mereka menolak dakwah Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT :

‫ﭐﲯﲰﲱﲲﲳﲴ ﲵ‬

(Surah ad-Dukhan, ayat 16)

Maksud : Dan ingatlah pada hari Kami timpakan kamu dengan paluan (pukulan) yang besar.
Sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa dengan azab yang seberat-beratnya.

3 Allah SWT memberikan pembalasan terhadap golongan yang menentang
agama-Nya setelah diutuskan rasul dan diberi keterangan yang jelas.

Firman Allah SWT :

‫ﭐﲍ ﲎ ﲏ ﲐ ﲑ ﲒ ﲓ ﲔ ﲕ ﲖ ﲗ ﲘ ﲚﲙ ﲛ ﲜ ﲝ‬

‫ﲞ ﲟﲠ‬

(Surah ar-Rum, ayat 47)

Maksud : Sesungguhnya Kami telah mengutus sebelum mu (wahai Muhamad) para rasul kepada
kaum masing-masing lalu mereka membawa kepada kaumnya bukti yang nyata, kemudian Kami
menyeksa orang yang melakukan kesalahan (mengingkarinya) dan sememangnya menjadi
tanggungjawab Kami menolong orang yang beriman.

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 2

UNIT 2 AL-JABBAR

MAKSUD Nama Allah SWT yang menunjukkan Allah SWT yang
AL-JABBAR Maha Berkuasa secara mutlak untuk melakukan segala
kehendakNya.

Dalil naqli nama Allah SWT al-Jabbar :

‫ﭐﲝﲞﲟﲠﲡﲢﲣﲤﲥﲦﲧﲨﲩﲪﲫﲬﲭ‬

‫ﲮﲯﲰﲱ‬

(Surah al-Hasyr, ayat 23)

Maksud : Dialah Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia. Yang Menguasai (seluruh alam), yang Maha Suci, yang
Maha Sejahtera, yang Maha Melimpahkan Keamanan, yang Maha Memelihara Keselamatan, yang Maha
Perkasa, yang Maha Berkuasa, yang Maha Memiliki Segala Keagungan. Maha Suci Allah daripada apa yang
mereka persekutukan.

Kefahaman mengenai nama Allah SWT al-Jabbar :

1 Allah SWT memiliki dan menguasai seluruh alam.

Semua makhluk berada dalam pemerintahan Allah SWT.

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menjelaskan pada

hari kiamat Allah SWT memegang tujuh petala langit dan bumi dengan kekuasaan-

Nya. Kemudian Allah SWT berfirman dalam hadis qudsi :

‫َأ َاناالْ َج ّبَا ُر!ا َأ ْي َناالْ َج َّبا ُرو َن؟ا َأيْ َناالْ ُم َت َك رُِّبو َن؟ ا‬ ‫(روايةاابناماجه)ا‬

Maksud : Akulah yang Maha Perkasa! Di manakah orang-orang yang berkuasa? Di manakah orang-
orang yang sombong (di dunia dahulu)?

2 Allah SWT tidak boleh dipersoalkan perbuatan-Nya.

Setiap perbuatan Allah SWT mengandungi hikmah yang tersembunyi.

Firman Allah SWT :

‫ﲽﲾﲿﳀﳁﳂﳃ‬

(Surah al-Anbiya’, ayat 23)

Maksud : Dia tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan
ditanya kelak.

3 Manusia wajib bersifat merendah diri.

kerana Allah SWT akan mencampakkan makhluk-Nya yang bersikap takbur dan
bongkak ke dalam api neraka jahanam.

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 3

PELAJARAN PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
11

(AKIDAH)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

Setiap muslim wajib memelihara imannya daripada terbatal.
Allah SWT berfirman :

‫ﭐﱔﱕﱖﱗﱘﱙﱚﱛﱜﱝﱞﱟﱠ‬

(Surah ali Imran, ayat 102)

Maksud : Wahai orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan
janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan seorang Muslim.

Iman boleh terbatal melalui :

Iktikad

BATAL IMAN

Perkataan Perbuatan

Sufian bin Abdullah RA berkata : Aku berkata kepada Rasulullah SAW “Wahai
Rasulullah ! Katakanlah kepadaku mengenai Islam (setelah aku mengetahuinya) tidak

.‫قُل آَمْن َت ِبّلَِل ُثَ ا ْستَِق ْم‬perlu aku bertanya lagi kepada orang lain”. Rasulullah SAW bersabda :

)‫(رواية مسلم‬

Bermaksud : Katakanlah “Aku beriman” dan teruslah beristiqamah.

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 4

1 BATAL IMAN MELALUI IKTIKAD

✓ Iman terbatal dengan sebab tidak percaya atau ragu-ragu dengan perkara yang
berkaitan dengan perkara-perkara berikut :

i) al-Uluhiyyah (ketuhanan). .

ii) al-Nubuwwah (kenabian). .

iii) perkara al-Ghaibiyyah (ghaib). .

iv) al-Syariah. .

CONTOH IKTIKAD YANG MEMBATALKAN IMAN

al-Uluhiyyah al-Nubuwwah

• Mengingkari kewujudan Allah SWT . • Mengingkari kenabian dan kerasulan
sebagai pencipta (al-Khaliq) salah seorang atau semua nabi dan

. rasul.

• Mengingkari sifat kesempurnaan Allah • Mengingkari kerasulan Nabi .
.
SWT seperti Allah Maha Mendengar dan Muhammad SAW sebagai rasul dan .
Maha Melihat. nabi yang terakhir.
• Menyifatkan Allah SWT dengan sifat .

yang tidak layak bagi Allah SWT. .

• Meyakini kewujudan kuasa lain yang .

memerintah alam. .

al-Ghaibiyyah al-Syariah

• Mengingkari Hari Kiamat atau peristiwa • Mengingkari Rukun Islam atau satu .

yang berlaku di Mahsyar dan daripadanya. .
pembalasan syurga dan neraka.
• Mengingkari kewujudan alam barzakh • Mengingkari hukum yang ditetapkan .

atau azab kubur. . Allah SWT seperti mengingkari .

• Mengingkari kewujudan malaikat dan pengharaman zina atau menghalalkan .

jin. . liwat dan musahaqah. .

• Beriktikad bahawa undang-undang

Syariah berteraskan al-Quran dan al-

Sunnah ialah undang-undang yang lapuk

dan tidak sesuai diamalkan.

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 5

2 BATAL IMAN MELALUI PERKATAAN

✓ Percakapan yang mengandungi pengakuan kufur, atau penafian akidah Islam, atau

mempersendakan hukum-hukum Islam. .

CONTOH PERKATAAN YANG MEMBATALKAN IMAN :

Pengakuan yang Penafian akidah Islam Persendaan hukum-hukum
mengandungi kufur Islam

• “Saya tidak lagi . • “Saya tidak percaya . • “Zaman sekarang tidak .

beragama Islam”. . adanya malaikat raqib . perlu menutup aurat .

• “Al-Quran sudah tidak . dan atid”. . lagi”. .

sesuai lagi diamalkan”. . • “Rasulullah SAW pun . • Bilal itu telah menyalak .

. buat dosa”. . seperti anjing”. .

3 BATAL IMAN MELALUI PERBUATAN .
✓ Melakukan perbuatan atau amalan yang jelas menunjukkan kekufuran.

CONTOH PERBUATAN YANG MEMBATALKAN IMAN

• Sujud kepada berhala atau makhluk dengan sengaja. .

• Meletakkan peralatan agama lain dan memberikan penghormatan kepadanya. .

• Melakukan upacara ibadat agama lain. .

• Mengoyak mashaf al-Quran atau meletakkan ayat suci al-Quran, hadis-hadis Nabi,

nama-nama Allah SWT, rasul, malaikat dan buku agama ditempat yang tidak sesuai

dengan tujuan menghina atau merendah-rendahkannya.

Melakukan sesuatu perkara dengan Mengetahui perkara yang dilakukan
sengaja dan pilihan sendiri tanpa membawa diri kepada kufur.
sebarang paksaan.

SYARAT TERBATAL
IMAN

Melakukan perkara yang jelas Mengingkari perkara asas dalam Islam
membawa diri kepada kufur. seperti perkara yang berkaitan dengan

Rukun Iman dan Rukun Islam.

**orang yang dipaksa untuk melafazkan perkataan kufur hingga boleh mengancam nyawa
dikecualikan daripada hukum kufur atau murtad.

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 6

KESAN MELAKUKAN PERKARA YANG Rosak segala amalan soleh dan ibadat yang dilakukan.
MEMBATALKAN IMAN
Tidak diampunkan dosanya oleh Allah SWT sekiranya tidak
bertaubat dan kembali kepada Islam.

Diharamkan memasuki syurga, sebaliknya akan kekal di dalam
neraka.

Hilang hak terhadap harta pusaka yang ditinggalkan oleh keluarga
muslim.

ILMU Mendalami ilmu akidah Islam supaya
dapat mendalami batas-batas iman dan

kufur.

SAHABAT Bersahabat dengan orang soleh yang
dapat membimbing diri kepada
kebaikan.

CARA MENJAUHI AMAL. Melakukan amalan soleh yang boleh
PERKARA YANG KAJI mengukuhkan keimanan dan keyakinan
MEMBATALKAN
kepada Allah SWT dan rasul.
IMAN
Memastikan sesuatu kepercayaan dan
amalan berdasarkan al-Quran dan al-

Sunnah.

Berdoa dan memohon petunjuk Allah
DOA SWT agar sentiasa istiqamah di atas

agama Islam.

TAUBAT Sentiasa beristighfar dan memohon
keampunan daripada Allah SWT atas
dosa dan kesalahan yang dilakukan.

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 7

PELAJARAN HINDARI AJARAN SESAT
12

(AKIDAH)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

TAKRIF Ajaran yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya
AJARAN SESAT bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.

CIRI AJARAN SESAT

ASPEK Memahami dan mentafsir al-Quran dengan logik akal
AL-QURAN DAN semata-mata tanpa mengikut disiplin ilmu yang betul.

AL-HADIS Meyakini bahawa terdapat al-Quran lain yang
tersembunyi.

Hanya berpegang dengan al-Quran dan menolak
hadis sebagai sumber hukum Islam.

Mengaku menjadi nabi atau rasul.

Mendakwa diri atau gurunya sebagai Imam al-Mahdi.

Mendakwa gurunya dapat menebus dosa.

ASPEK AKIDAH

Memuja makhluk untuk mendapat sesuatu kelebihan.

Mempercayai semua agama benar dan menuju ke
syurga.

Menolak alam ghaib seperti roh, malaikat dan jin.

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 8

ASPEK IBADAT Menolak kewajipan ibadah fardhu.

Beribadah dengan hanya berzikir bagi menggantikan
solat.

Menunaikan ibadah haji di tempat yang dianggap suci
selain Mekah.

Menghalalkan perzinaan atas nama nikah.

Mengejek, merendah-rendahkan dan
mempersendakan sahabat Nabi SAW.

ASPEK AKHLAK Bersikap taasub dengan ajaran guru sehingga
menganggap hanya kumpulannya yang benar.

Memperkecil amalan masyarakat berdasarkan sunnah
Rasulullah SAW sebaliknya berbangga dengan amalan

yang bertentangan dengan Syariah Islam.

KESAN MELAKUKAN AJARAN SESAT

AGAMA EKONOMI

• Melemahkan iman dan merosakkan • Melahirkan individu yang fasik dan .

akidah. malas. .

• Menjatuhkan imej umat Islam. . • Membelanjakan wang pada perkara

yang tidak berfaedah.

POLITIK KEMASYARAKATAN

• Menggugat kestabilan politik akibat . • Membentuk individu masyarakat yang

tindakan keganasan. . bersikap agresif dan kasar.

• Mewujudkan suasana politik yang • Memutuskan hubungan silaturrahim .

tidak harmoni akibat taksub kepada dan persaudaraan Islam. .

pemimpin kumpulan.

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 9

CARA MENJAUHI ILMU Mempelajari akidah yang sebenar
AJARAN SESAT SAHABAT berdasarkan manhaj ahli al-Sunnah wa

AMAL. al-Jamaah.
KAJI
Menghindarkan diri daripada bergaul
dengan orang yang dicurigai ilmu dan

amalannya.

Memastikan amalan yang dilakukan
benar-benar mengikut panduan al-

Quran dan al-Sunnah.

Mencari maklumat daripada sumber
yang sahih supaya tidak terpengaruh

dengan ajaran sesat.

DOA Berdoa memohon petunjuk agar
sentiasa berada di jalan yang benar.

TAUBAT Bertaubat kepada Allah SWT atas
keterlanjuran mengikuti dan beramal

dengan ajaran sesat.

INFO Aliran pemikiran yang menyeru kepada kebebasan dan keterbukaan
dalam mentafsir agama.
LIBERALISME
AGAMA Aliran yang menganggap semua agama sama dan membawa
kebaikan.
PLURALISME
AGAMA

Antara doa untuk memohon ketetapan iman termasuklah :

‫ﲺﲻﲼﲽﲾﲿﳀﳁﳂﳃﳄ ﳆﳅﳇﳈﳉﳊ‬

(Surah ali Imran, ayat 8)

Maksud : Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau
beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu.
Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya.

Modul Imtiyaz, Pendidikan Islam Tingkatan 4 10


Click to View FlipBook Version