The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctyani81, 2020-04-23 02:16:02

04 NOTA PI TING 3 (FEQAH)

04 NOTA PI TING 3 (FEQAH)

1

PELAJARAN KONSEP FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH
15

(FEQAH)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

FARDHU AIN

✓ Tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas setiap orang Islam .

MAKSUD yang mukallaf. .
CONTOH
✓ Sekiranya tuntutan ini tidak dilaksanakan, maka individu tersebut akan

berdosa.

✓ Menutup aurat.
✓ Solat fardhu 5 waktu.
✓ Berpuasa di bulan Ramadhan.
✓ Seseorang yang keluar daripada kawasan bermukim menuju ke suatu tempat

yang jaraknya melebihi 2 marhalah.

FARDHU KIFAYAH

• Tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas masyarakat Islam .

MAKSUD secara kolektif ..
CONTOH
• Sekiranya sebahagian sahaja melaksanakan tuntutan Fardhu Kifayah ini, maka

gugurlah kewajipan tersebut ke atas orang Islam yang lain.

• Menguruskan jenazah.
• Usahawan muslim.
• Solat berjemaah.

KESAN PENGHAYATAN FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH NEGARA
DIRI MASYARAKAT

Membentuk Membentuk masyarakat Negara aman dan bebas daripada
keperibadian muslim yang bertanggungjawab. kejadian jenayah.
yang sejati.

Membudayakan amalan Membina masyarakat Pentadbiran Negara berjalan lancar
mulia dalam kehidupan. yang berdisiplin serta kerana diurus dengan telus.
mematuhi undang-
undang.

Membentuk Mewujudkan masyarakat Ekonomi Negara berkembang
keseimbangan rohani saling membantu antara dengan pesat kerana bebas daripada
dan jasmani serta satu sama lain. rasuah.
keseimbangan rohani
dan jasmani serta
keseimbangan emosi
dan intelek.

2

(FARDHU AIN)
Setiap orang Islam wajib
menunaikan solat. Antara
syarat sah solat termasuklah

menutup aurat.

(FARDHU KIFAYAH)
Untuk memnuhi keperluan
pakaian yang menutup aurat,
perlu ada orang Islam yang

boleh membekalkan
keperluan tersebut.

(CONTOHNYA)
Kemahiran dalam pembuatan

benang, kemahiran dalam
mencipta mesin jahit dan
kemahiran menjahit bagi
mencipta pakaian yang

menutup aurat.

3

PELAJARAN PENGURUSAN JENAZAH.
16

(FEQAH)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

UNIT 1 : KONSEP PENGURUSAN JENAZAH

Maksud Menguruskan jenazah dengan cara tertentu mengikut ketetapan syarak.
Hukum Menguruskan Jenazah Fardu Kifayah.

DALIL Ras.u‫ِك‬lulُ‫ت‬l‫ن‬aَْ‫ف‬h‫وَد‬SَA‫ك‬Wِ ‫ْي‬bَ‫َعل‬ers‫ُت‬ab‫ْي‬dّ‫صَل‬aَ k‫َو‬ep‫ِك‬adُ‫ت‬a‫َّفْن‬A‫َوَك‬isy‫ِك‬ahُ‫ْلت‬R‫َّس‬Aَ‫غ‬:َ‫لَْو ِم ِت قَْبلِي فَ ُق ْم ُت َعلَْي ِك ف‬...
NAQLI (‫)رواية ابن ماجه‬

Maksud : …sekiranya kamu mati sebelumku, maka aku yang akan
memandikanmu, mengapankanmu, mensolatkanmu dan mengebumikanmu.

Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

.‫ فَإَّنا ِم ْن َخِْْي ثِيَابِ ُك ْم؛ َوَكِفنُوا فِْي َها َمْوََت ُك ْم‬،‫اِلْبَ ُسوا ِم ْن ثِيَابِ ُك ْم البَياَ َض‬
(‫)رواية الترمذي‬

Maksud : Pakailah pakaian berwarna putih, kerana pakaian yang putih itu
adalah sebaik-baik pakaian kami dan kapankanlah orang yang mati dalam
kalangan kamu dengan kain putih.

TINDAKAN KETIKA MENGHADAPI ORANG YANG SEDANG NAZAK

Ketika Nazak

Diajarkan kalimah “ Mengingatkan pesakit Membacakan Surah
bersangka baik Yaasin di sisinya.
”‫“َل إِٰلهَ إََِّل الله‬
dengan Allah SWT.
dengan cara yang
lembut.

4

TINDAKAN AWAL TERHADAP JENAZAH

1 2 3

Menutup kedua-dua Mengikat dagu jenazah Meletakkan jenazah di
mata jenazah. dengan kain agar atas katil atau di tempat

mulutnya tidak terbuka. yang lebih tinggi
daripada lantai.

4 5 6

Menghadapkan jenazah Melembutkan sendi- Meletakkan tangan
kearah kiblat. sendi tulang. jenazah di dadanya
(seperti dalam keadaan

qiam).

7 8

Menggantikan pakaian Meletakkan sesuatu
yang dipakainya dengan yang sederhana berat di

kain yang boleh atas perutnya supaya
menutup seluruh tubuh. tidak kembung.

Mendoakan keampunan dan rahmat Allah Mengucapkan takziah kepada keluarga si
SWT untuk jenazah. mati dalam tempoh 3 hari daripada tarikh

kematian.

Adab Menziarahi
Jenazah

Tidak meratapi pemergian si mati dengan Membantu keluarga si mati seperti
meraung, mengeluh dan menyalahkan menyediakan makanan untuk mereka.
takdir Allah SWT.

5

UNIT 2 : KEWAJIPAN TERHADAP JENAZAH

Memandikan Mengkapan- Menyembahyangkan Mengebumi-
Jenazah kan Jenazah Jenazah kan Jenazah

1 Memandikan Jenazah

Maksud Meratakan air keseluruh tubuh jenazah.
Tujuan Membersihkan jenazah dan memuliakannya.

Kaifiyah Memandikan Jenazah

1 Meletakkan jenazah di tempat yang agak tinggi untuk memudahkan air mengalir.

2 Memastikan aurat jenazah ditutup.

3 Menekan perut jenazah untuk mengeluarkan najis dan kotoran.

4 Membersihkan seluruh tubuh jenazah daripada najis dan sebarang benda yang
boleh menghalang air.

5 Membersihkan gigi jenazah, lubang hidung, telinga dan celah-celah kukunya,

6 Jenazah diwudukkan dengan sempurnanya.

7 Berniat ketika meman‫ى‬d‫ا َل‬i‫ع‬kَ a‫ِ َت‬n‫ لِل‬nِ‫ل‬yُa‫ ِ ُت‬: ‫َن َوْي ُتُا ْلغ ْس َُلُا ْل َوا ِج َُبُ ِل َه َذاُا ْْلَ ِِّي‬

8 Menyiram seluruh tubuh jenazah dengan air yang telah dicampurkan dengan daun
bidara dan sabun.

9 Membilas seluruh badan jenazah dengan air.

10 Jenazah dimandikan dengan air yang dicampur dengan kapur barus.

* Mana-mana bahagian badan yang terpisah semasa memandikan jenazah seperti
rambut, gigi atau kulit hendaklah dikebumikan bersama-sama dengan jenazah.

Daripada Ummu ‘Atiyyah RA berkata : Rasulullah SAW masuk menemui kami ketika kami sedang
memandikan jenazah anak perempuan Baginda, lalu Baginda Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
Mandikanlah dia sebanyak 3 atau 5 kali atau lebih dengan campuran air daun bidara dan jadikan mandi
yang akhir itu dengan air yang bercampur sedikit kapur barus. Mulakan dengan bahagian kanannya dan
tempat-tempat wuduk daripadanya.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

6

2 Mengkapankan Jenazah

Maksud Menutup seluruh tubuh jenazah dengan sekurang-kurangnya
Tujuan sehelai kain.

Menutup aurat jenazah.

Kaifiyah Mengkapankan Jenazah

Jenazah Lelaki Jenazah Perempuan

Afdhal dikapankan dengan 3 lapisan 1 lapisan baju untuk menutup
bahagian tubuh jenazah.
kain putih .
1 lapisan untuk menutup bahagian
Setiap lapisan kain dapat menutup antara pusat hingga ke lututnya.
seluruh tubuh jenazah.
1 lapisan tudung untuk
Kapas yang diletakkan pada jenazah menutup bahagian kepala jenazah
ditaburkan dengan kapur barus dan
diletakkan pada bahagian-bahagian 2 lapisan kain untuk menutup
jenazah yang berongga serta anggota- seluruh tubuh jenazah.

anggota sujudnya.
Tali kapan yang membalut jenazah dibuka

kembali ketika dalam kubur.

3 Menyembahyangkan Jenazah

Maksud Solat yang dilakukan ke atas jenazah dengan kaifiyat tertentu.
Tujuan
Mendoakan jenazah agar mendapat rahmat dan keampunan Allah
SWT.

Lafaz niat bagi jenazah perempuan :

‫ َمأُْموًما لِِِل تََعا َل‬/ ‫أُ َصلِي َعلَى َه ِذِه الْ َمّيِِتَِة أَْربَ َع تَ ْكبَِْيا ٍت فَْر َض الْ ِكَفايَِة إَِماًما‬

Lafaz niat bagi jenazah kanak-kanak lelaki :

‫ َمأُْموًما لِِِل تََعا َل‬/ ‫أُ َصلِي َعلَى َه َذا الْ َمّيِِ ِت ال ِّطِْف ِل أَْربَ َع تَ ْكبَِْيا ٍت فَْر َض الْ ِكَفايَِة إَِماًما‬

Lafaz niat bagi jenazah kanak-kanak perempuan :

‫ َمأُْموًما لِِِل تََعا َل‬/ ‫أُ َصلِي َعلَى َه ِذِه الْ َمّيِِتَِة ال ِّطِْفلَِة أَْربَ َع تَ ْكبَِْيا ٍت فَْر َض الْ ِكَفايَِة إَِماًما‬

7

Kaifiyah Menyembahyangkan Jenazah

Lafaz Niat

‫َمأُْموًما لِِِل تََعا َل‬/ ‫أُ َصلِي َعلَى َه َذا الْ َمّيِِ ِت أَْربَ َع تَ ْكبِْيَا ٍت فَْر َض الْ ِكَفايَِة إَِماًما‬

Maksud : Sahaja aku menunaikan solat ke atas mayat ini 4 takbir fardu kifayah menjadi
imam / makmum kerana Allah Taala.

Bertakbir Kali Pertama

✓ Membaca Surah Al-Fatihah

Bertakbir Kali Kedua

✓ Membaca Selawat Keatas Nabi SAW

‫الإِْبَْعَارالَِهِمييَمَن َوإََِنَّبِرَْكك‬ ‫آِل‬ ‫ََُبُمََرَْكّم ٍدَتَكَعَملَاى َإصَِبلّْْيَرا ِهَتي َمَعلََوَعىلَإِبْىَراآِهِيلَمإِبََْوراَعِهلَيَمى‬ ‫ ََعولََعلَىىُُمَآَِّملٍدَُُمَوَّمَعلٍَدىَكآَمِال‬.‫َُُمَِمََصيّمٌِدلٍد‬ ‫اَلَلّ ُه َّم‬
‫ِف‬ ‫ََعَِلحَيىٌد‬

Bertakbir Kali Ketiga

✓ Berdoa untuk jenazah.

‫وأَهُبَْوَأَواِدلِْعْغهُْذِهسَُدْلاهُِمًراَْنِبلَْخَعَْْمايًَاذِاءِمَِوابْنلَثاّلْْلَقَِْجِب‬،َ‫ْن‬،ُ‫ةََعه‬.َ‫َعضاََوفِِومَأَوِهْدَِنسَِاخوْاعلْلَّْعهُدَمنَاْدُْْفِلََسَخنّل‬.ُُ‫هَمُهاَََووّماَيزُْْعناَوَّقًْجغُاِففىْراََعخلْنَلثَّْْهًُيهُْاو ََِومأُوَابْْْنكراََِلرَْحمْزأْْبْهوُنيَُِجُزَلَِهوه‬،ِّ‫كَل‬.َِ‫َوأَْغَوَِْهنفوَِْمًِرقلِْهنلَهُِمَخَعََْْنوَاذًيااْراََِْمِْحْلبَْهُناطَلاأَََنّوََْايهَعلِاراَلِهف‬،‫ا‬،‫مِدِه‬،ِّ‫اََََدلوواَافِلّلْتِرََُهِهنََبَت‬

Bertakbir Kali Keempat

✓ Memberi salam.

Digalakkan membaca doa s‫ر‬eْ‫ف‬bِ‫غ‬eْ l‫ا‬u‫َو‬mُ‫ه‬m‫ْع َد‬eَm‫ ب‬b‫نّا‬eَِ‫ت‬r‫ْف‬iَ‫ت‬sa‫ل‬laَ‫َو‬mُ‫ه‬:‫أَ ْجَر‬ ‫َْت ِرْمنَا‬ ‫اَلَلُّه َّم‬

.ُ‫لَنَا َولَه‬ ‫َل‬

Maksud : Ya Allah ! Janganlah Kamu menghalang kami daripada mendapat pahalanya

dan janganlah kami difitnah selepas kematiannya ampinulah kami dan ampunilah dia.

8

4 Mengebumikan Jenazah

Maksud Mengebumikan jenazah di dalam tanah mengikut kaifiyah tertentu.
Tujuan
1. Menghalang daripada timbulnya bau yang tidak menyenangkan.
2. Agar tidak dapat digali oleh binatang buas.

Kaifiyah Mengebumikan Jenazah

Pengendalian Sunat mendahulukan Sunat orang yang
Jenazah kepala jenazah ketika meletakkan jenazah
dihulurkan ke dalam
ke dalam kubur
kubur. membaca :

‫ ُسَنِّة َر ُسوِل‬.‫بِ ْسِم اللهِ َوَعالَللهى‬

Kubur yang wajib sekurang- Wajib diletakkan
kurangnya dapat menahan daripada jenzah di atas rusuk
keluar bau dan daripada dibongkar
kanan dengan
oleh binatang buas. menghadap kiblat.

Sunat, malah lebih sempurna kubur
yang luas, panjang dan dalam.

Kubur

Lahad Syaq

Liang lahad dibuat pada dinding kubur Liang kubur dibuat secara syaq (lubang
sekiranya tanah keras. ditengah-tengah bahagian kubur)

sekiranya tanah lembut dan berpasir.

9

PELAJARAN ZAKAT PENYUCI HARTA.
17

(FEQAH)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

UNIT 1 : KONSEP PENGURUSAN ZAKAT.

Bahasa : Subur, suci, berkat dan berkembang.

Maksud Istilah : Mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu untuk diberikan
kepada golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat
yang telah ditetapkan oleh syarak.

Hukum Zakat Wajib.

Allah SWT berfirman :

....‫ﭐﲋﲌﲍﲎ‬

(43 ‫ اية‬:2 ،‫)سورة البقرة‬

Maksud : Dan dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat….

DALIL Daripada Abdullah Bin Umar Bin al-Khattab RA meriwayatkan bahawa
NAQLI
Rasulullah SAW bersabda :

،‫َوإِقَاِم ال َّصًَلِة‬ ،‫الله‬ ‫َر ُسوُل‬ ‫ُُمَ َّم ًدا‬ ‫َوأَ َّن‬ ‫الله‬ ‫إََِّل‬ َ‫إِٰله‬ ‫َل‬ .‫ْوِمَشََرهَماَدَضةِاأََنْن‬:‫ َعَلَواىلَ َِجَخَْوٍسَص‬،‫بَُوِإِيَْنتَااِْءِلالْسَّزًََكلاُمِة‬
(‫)متفق عليه‬

Maksud : Islam dibina atas 5 perkara : Penyaksian bahawa tiada Tuhan

melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu utusan Allah, mendirikan solat,

menunaikan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan

Ramadan.

1 Faqir Asnaf yang layak menerima zakat.

2 Miskin • Orang yang tiada harta yang mencukupi untuk keperluan dirinya termasuk
3 ‘Amil makan, minum, pakaian dan tempat tinggal.
4 Muallaf
• Contohnya seseorang yang memerlukan RM10 sehari, tetapi dia hanya
mampu memperoleh RM3 sahaja.

• Orang yang hanya mampu menampung sebahagian sahaja daripada
keperluan hidupnya.

• Contohnya seseorang yang memerlukan RM10 sehari, tetapi dia hanya
memperoleh RM8 sahaja.

• Mereka yang dilantik oleh pemerintah untuk mengumpul dan mengagihkan
zakat.

• Orang yang baharu masuk Islam.

10

5 Hamba Asnaf yang layak menerima zakat.
6 Orang yang
• Golongan hamba yang ingin membebaskan diri mereka.
berhutang
• Orang yang dibebani hutang untuk keperluan asas diri serta tanggungannya
7 Fi sabilillah dan tidak mampu membayarnya.

8 Ibnu sabil • Orang yang berjuang di jalan Allah SWT.

• Orang yang bermusafir dengan tujuan yang diharuskan syarak kemudian
terputus perbelanjaan.

HIKMAH PENSYARIATAN ZAKAT

PEMBERI PENERIMA MASYARAKAT

Mendidik jiwa pemberi Membersihkan hati Mengeratkan ikatan
zakat dengan sifat daripada hasad dengki ukhuwwah dan kasih
dan iri hati terhadap sayang sesama Islam.
pemurah serta menjauhi
sifat bakhil. golongan kaya. Merapatkan jurang
perbezaan antara
Melahirkan sifat taat Sebagai sumber modal golongan kaya dengan
kepada perintah Allah bagi golongan miskin golongan miskin.
untuk menjana ekonomi
SWT. Saling membantu antara
keluarga. satu sama lain.
Mendapat keredaan
Allah SWT. Meringankan bebanan Meningkatkan syiar
orang yang berhutang Islam.
Mendapat kecemerlangan
hidup di dunia dan di daripada belenggu
hutang.
akhirat melalui harta yang
dizakatkan. Meningkatkan keyakinan
muallaf terhadap Islam.

11

UNIT 2 : JENIS ZAKAT. 1 ZAKAT FITRAH
JENIS ZAKAT 2 ZAKAT HARTA

1 ZAKAT FITRAH

MAKSUD Mengeluarkan harta tertentu bagi setiap orang yang mukallaf dan
orang yang di bawah tanggungannya dengan syarat-syarat dan tempoh
masa yang telah ditetapkan syarak.

HUKUM Wajib apabila memenuhi syarat wajib zakat fitrah.
DALIL NAKLI
‫ َصا ًعا ِم ْن‬،‫ أَ َّن َر ُسوَل الِل ﷺ فََر َض َزَكاةَ الِْفطْ ِر ِم ْن َرَم َضا َن َعلَى الَنّا ِس‬:‫َع ْن ابْ ِن عُ َمر‬

.‫ ِم َن الْ ُم ْسِل ِم َي‬،‫ ذََك ٍر أَْو أُنْثَى‬،‫ َعلَى ُك ِِّل ُحٍِّر أَْو َعْب ٍد‬،‫أَْو َصا ًعا ِم ْن َشِعيٍر‬،‫َتٍْر‬
(‫)رواية مسلم‬

Maksudnya : Daripada Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah
SAW telah memfardukan zakat pada bulan Ramadan keatas manusia
dengan mengeluarkan 1 gantang kurma atau 1 gantang gandum keatas
setiap orang yang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan Muslim.

KADAR ZAKAT 1 gantang Baghdad bersamaan 2.7 kilogram (kg).

SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

Islam. Hidup pada akhir Mempunyai harta melebihi
bulan Ramadan dan keperluan makan dan
minum untuk diri dan
awal Syawal.
tanggungan pada malam
dan siang hari raya.

12

WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH

WAJIB SUNAT HARAM MAKRUH HARUS

Selepas Sebelum Selepas Selepas Sepanjang
terbenam solat hari terbenam solat hari bulan
matahari matahari
pada hari raya pada hari raya Ramadan.
terakhir ‘aidil fitri. ‘aidil fitri
Ramadan. raya sehingga
pertama. sebelum
terbenam
matahari 1
Syawal.

2 ZAKAT HARTA

1 2 3 4 5
PERNIAGAAN
TANAMAN BINATANG EMAS, GALIAN DAN
DAN BUAH- TERNAKAN PERAK DAN RIKAZ
MATA WANG
BUAHAN

DALIL NAKLI

Maksud : Ambillah sebahagian zakat daripada harta mereka menjadi sedekah, supaya
dengannya engkau membersihkan mereka dan menyucikan mereka…

Syarat Wajib Islam
Mengeluarkan Cukup haul
Cukup nisab
Zakat Sempurna milik

Merdeka (bukan golongan hamba)

13

1 ZAKAT TANAMAN DAN
BUAH-BUAHAN

Maksud Tanaman dan buah-buahan yang menjadi makanan asasi, boleh disimpan dan
tidak mudah rosak.

Contoh Tanaman Padi, gandum, barli dan jagung.
Nisab Buah-buahan Kurma dan anggur kering.

5 ausuk (‫ ) َأ ْو ُسق‬bersamaan 363 gantang Malaysia iaitu 1300 kilogram.

Kadar • 10 % bagi tanaman yang menggunakan air hujan atau bergantung kepada
zakat aliran air sungai serta parit dan tidak melibatkan kos yang banyak.

• 5% bagi tanaman yang menggunakan jentera, tenaga manusia serta
memerlukan kuasa yang tinggi.

2 ZAKAT HAIWAN
TERNAKAN

JENIS KAMBING DAN LEMBU DAN UNTA
BIRI-BIRI KERBAU
NISAB
40 ekor 30 ekor 5 ekor
KADAR ZAKAT
UMUR BINATANG 1 ekor kambing dan 1 ekor lembu jantan 1 ekor biri-biri
YANG DIZAKAT biri -biri 1 tahun keatas 1 tahun keatas

SYARAT WAJIB 2 tahun (kambing)
ZAKAT 1 tahun (biri-biri)

1. Dipelihara di padang terbuka.
2. Binatang ternakan bukan digunakan untuk bekerja seperti

membajak, memikul barang, mengepam air dan sebagainya.

3 ZAKAT EMAS, PERAK
DAN MATA WANG

JENIS EMAS PERAK MATA WANG
NISAB 200 dirham
20 mithqal (595 gram) 20 mithqal
(85 gram) (85 gram emas)
2.5 %
KADAR ZAKAT

Nota : ZAKAT EMAS PERHIASAN.
• Wajib zakat emas perhiasan yang melebihi kadar ‘uruf (tidak termasuk batu permata atau

seumpamanya) dan cukup haul. Kadar ‘uruf berbeza mengikut negeri.
• Emas yang tidak dipakai kerana disimpan, rosak atau lama, wajib zakat apabila cukup nisab dan

haul.

14

4 ZAKAT PERNIAGAAN

MAKSUD Zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama
ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan.

NISAB 85 gram emas

KADAR ZAKAT 2.5 %

SYARAT WAJIB 1. Niat menjalankan perniagaan terhadap harta yang hendak
ZAKAT dikeluarkan zakat.
PERNIAGAAN
2. Harta yang halal.
3. Harta yang boleh menjadi pendapatan.
4. Sumber harta adalah melalui cara pembelian atau pertukaran aset

seperti jual beli atau sewa.
5. Harta tersebut bukan untuk kegunaan peribadi.

5 ZAKAT GALIAN DAN
RIKAZ

MAKSUD Bahan galian yang dikeluarkan dari bumi, diproses dan menghasilkan
GALIAN logam galian.

Contoh : Emas, perak, bijih timah, petroleum dan bahan mineral.

MAKSUD Harta yang tertanam di dalam tanah.
RIKAZ 85 gram emas

NISAB

KADAR ZAKAT GALIAN RIKAZ
2.5 % 1/5 atau 20%

Nota : ZAKAT SAHAM.
• Saham ialah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan.
• Diwajibkan zakat kerana saham yang dilaburkan dalam syarikat-syarikat perniagaan,

perusahaan atau badan-badan pelaburan ialah harta yang mempunyai potensi untuk
berkembang.
• Kadar zakat : 2.5% atas nilai semasa semua saham yang dimiliki setahun.

ZAKAT PENDAPATAN.
Syarat khusus :
• Hasil usaha yang baik termasuklah pendapatan yang merangkumi upah, gaji, bonus, elaun, komisyen

dan sebagainya.
• Nisab : 85 gram harga emas semasa.
• Kadar zakat : 2.5%

15

PELAJARAN AIDILFITRI DAN AIDILADHA
18

(FEQAH)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

MAKSUD AIDILFITRI DAN AIDILADHA

AIDILFITRI Hari raya umat Islam yang di sambut pada 1 Syawal

AIDILADHA Hari raya umat Islam yang di sambut pada 10 Zulhijjah

AMALAN SUNAT SEMASA MENYAMBUT HARI RAYA

Menghidupkan malam raya dengan bertakbir membesarkan
allah dan berdoa

Mandi sunat hari raya

AMALAN SUNAT SEMASA MENYAMBUT HARI RAYA Memakai pakaian yang terbaik, bersih dan cantik.

Datang awal ke masjid

Memakai wangi-wangian bagi lelaki ketika keluar menunaikan
solat hari raya

Pergi dan balik dari tempat solat melalui jalan yang berlainan.

Aidilfitri : makan sedikit makanan sebelum menunaikan solat
sunat hari raya.

Aidiladha : makan selepas menunaikan solat sunat hari raya

16

KAIFIAT SOLAT SUNAT HARI RAYA DAN KHUTBAH HARI RAYA

1. NIAT

LAFAZ NIAT SOLAT ‫ َمأُْمْوًما لَِِِّل تَ َعاَل‬/ ‫أُ َصلِي ُسَنّةَ ِعْي ِد الِْفطْ ِر َرْكَعتَْيِن إَِماًما‬

AIDILFITRI . Maksud:
Sahaja aku sembahyang sunat Aidil Fitri dua rakaat menjadi
LAFAZ NIAT SOLAT imam / makmum kerana Allah Ta'ala.

AIDILFITRI . ‫ َمأُْمْوًما لَِِِّل تَ َعاَل‬/ ‫ا َصلِي ُسَنّة عيد الأضحي َرْكَعتَْيِن إَِماًما‬

Maksud:
Sahaja aku sembahyang sunat Aidil Adha dua rakaat menjadi
imam / makmum kerana Allah Ta'ala.

2. TAKBIRATUL IHRAM

RAKAAT ✓ Membaca doa Iftitah . Setiap takbir dipisahkan
PERTAMA ✓ Bertakbir sebanyak 7 kali . Setiap takbir dipisahkan

dengan bacaan tasbih.

RAKAAT ✓ Bertakbir sebanyak 5 kali
KEDUA dengan bacaan tasbih.

3. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH RAKAAT KEDUA
Membaca surah Al- Ghasiyah dengan bacaan
RAKAAT PERTAMA tasbih.
Membaca surah Al-‘ala atau surah-surah
lain.

4. MENYEMPURNAKAN RUKUN-RUKUN YANG LAIN SEHINGGA MEMBERI SALAM

KAIFIAT KHUTBAH HARI RAYA
1. Disunatkan berkhutbah dengan dua khutbah selepas selesai solat.

2. Dilakukan selepas solat hari raya.

3. Sunat dimulakan dengan 9 kali takbir pada khutbah pertama dan 7 kali takbir pada
khutbah kedua.

4. Menunaikan rukun-rukun khutbah

17

1. Memuji Allah SWT sekurang-kurangnya menyebut
“Alhamdulillah"

2. Berselawat ke atas Nabi SAW

RUKUN KHUTBAH 3. Berpesan supaya bertaqwa kepada Allah SWT sekurang-
kurangnya menyebut “ ITTAQULLAH”.

4. membaca sekurang-kurangnya satu ayat daripada al-
Quran pada salah satu daripada dua khutbah.

5. berdoa untuk orang-orang yang beriman pada khutbah
yang kedua.

SYARAT SAH KHUTBAH
• Khutbah disampaikan selepas solat hari raya.

1

2 • Rukun khutbah disampaikan dalam bahasa Arab.
3 • Berturut-turut antara dua khutbah.

• Khatib seorang lelaki.

4

5 • Khatib suci daripada hadas kecil dan besar serta menutup aurat.
6 • Khatib berdiri jika mampu.

HIKMAH PENSYARIATAN HARI RAYA

1. Membesarkan Allah SWT 3. Melahirkan rasa 5.Mengeratkan ukhwah sesama
atas kurniaan nikmat iman
dan Islam. kegembiraan meraikan hari umat Islam.

kebesaran Islam.

2. Sebagai tanda bersyukur 4. Mengeratkan silaturrahim 6. Beroleh nasihat dan
daripada seorang hamba antara anggota keluarga. pengajaran melalui khutbah
terhadap penciptanya.
raya yang disampaikan

18

PELAJARAN QIAMULLAIL PEMANGKIN KEKUATAN JIWA
19

(FEQAH)

Maksud HARI : _______________ TARIKH : ______________
Qiamullail Amalan bangun malam untuk beribadat kepada Allah SWT
seperti menunaikan solat tahajud dan membaca
al-Quran

Hukum Qiamullail SUNAT

AMALAN SEMASA QIAMULLAIL
Memulakan qiamullail dengan Solat Tahajud 2 rakaat dan diikuti solat sunat yang

1 lain seperti Solat Hajat, Solat Taubat dan Solat Tasbih.
2 Memperbanyakkan zikir, istighfar, membaca al-Quran dan berdoa.

3 Disudahi dengan solat sunat witir.

Antara amalan 1. Bersugi.
Rasulullah SAW 2. Memandang ke langit sambil membaca

sebelum ‫ﭐﱹﱺ ﱻﱼﱽﱾﱿﲀﲁ ﲂﲃﲄ‬

qiamullail ‫ﭐ‬ ١٩٠ :‫آل عمران‬

termasuklah :

Doa dimakbulkan
Allah SWT.

Menjadi hamba
yang bersyukur.

Beroleh balasan KELEBIHAN ORANG Mendapat
syurga di akhirat. YANG kemuliaan dan
tempat yang terpuji
MENGAMALKAN di sisi Allah SWT
QIAMULLAIL

Memberi
ketenangan kepada

jiwa untuk lebih
khusyuk beribadah
kepada Allah SWT.

19

PELAJARAN SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID DAN
20 SOLAT SUNAT HAJAT

(FEQAH)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

(1) SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID

SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID.

MAKSUD Solat dua rakaat sebelum duduk ketika setiap kali masuk ke dalam
masjid.

HUKUM Sunat

DALIL NAQLI SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID.

Abu Qathadat Salami meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
.‫إَِذا َد َخ َل أَ َح ُدُك ْم الْ َم ْس ِج َد فًََل َْيلِ ْس َحََّّت يُ َصلِ َي َرْكَعتَْيِن‬

Maksudnya : Apabila seseorang masuk ke dalam masjid, maka janganlah duduk sehingga dia solat dua

rakaat. (Muttafakun alaih)

LAFAZ NIAT CARA MELAKSANAKAN

KAIFIAT ‫أُ َصلِ َىرْكَعتَُسَْنّيةَِن لَِِِتَِليِّةتَاَعلْاَمَلْس ِج ِد‬ Bersendirian .
SOLAT
SUNAT Maksudnya : Sahaja aku solat sunat
TAHIYYATUL tahiyyatul masjid dua rakaat kerana
MASJID
Allah SWT

BACAAN RAKAAT KEDUA BACAAN RAKAAT PERTAMA
1. Surah al-Fatihah
2. Surah al-Ikhlas atau 1. Surah al-Fatihah .

surah-surah lain 2. Surah al-Kafirun atau

surah-surah lain

BILANGAN 2 rakaat.
RAKAAT Setiap kali masuk ke dalam masjid, sebelum duduk.

WAKTU

SITUASI 1 :
Sekiranya individu itu masuk ke dalam masjid dan iqamah telah dilaungkan untuk menunaikan solat fardhu.

Hukum : MAKRUH untuk menunaikan apa-apa solat sunat dan hendaklah bersiap sedia untuk solat fardhu secara
berjemaah.

20

SITUASI 2 :
Ketika sedang melakukan solat sunat tahiyyatul masjid, iqamah dilaungkan.

Hukum : SUNAT untuk menyempurnakan solat sunat berkenaan sekiranya tidak dikhuatiri akan terlepas solat
berjemaah tersebut

HIKMAH SOLAT SUNAT Meraih pahala ketika berada di dalam masjid.
TAHIYYATUL MASJID
Memupuk sifat rendah diri sebagai tetamu di rumah Allah.

Melatih diri supaya beradab apabila berada di tempat-tempat mulia.

Memuliakan masjid sebagai tempat beribadah.

(2) SOLAT SUNAT HAJAT

MAKSUD DAN HUKUM SOLAT SUNAT HAJAT.

MAKSUD Solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat yang tertentu.

HUKUM Sunat

DALIL NAQLI SOLAT SUNAT HAJAT.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

‫ أَ ْعطَاهُ الَِّلُ َما َسأََل ُمَع ِجًل أَْو ُمَؤِخًرا‬, ‫ َُثّ َصَلّى َرْكَعتَْيِن يُتِ ُّمُه َما‬, َ‫ فَأَ ْسبَ َغ الُْو ُضوء‬, َ‫َم ْن تََو َّضأ‬

Maksudnya : Sesiapa berwudhu’ dengan sempurna, kemudian melakukan solat dua rakaat dengan sempurna,
Allah SWT akan mengurniakan apa-apa sahaja yang dipohon sama ada cepat atau lambat.

Abdullah bin Aufa meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda :
‫لِيُ َصِل‬ ،…َ‫افَلَْلِّيلُُ ْحَعلَِْيسِهِن َاولَْسُوَلَّمُضوء‬ ‫ٍدَوِيمُ ْنَصلِبَِين َعآلََدَمى‬،‫إَِوَلَج أََّل َح‬ ،ِ‫ةٌَُثإَِّيُلثْاِلَنِّلِ َعتَلََعاىَاللَِّل‬،‫َرلَْكهَُعتَْيَحِنا َج‬
ّ‫َُث‬ ،‫افَلَْلنّيَِتَِبَو َّضَصَأْلّى‬ ‫أَْو‬ ‫َكانَ ْت‬ ‫َم ْن‬
‫َعَّز‬
Maksudnya : Sesiapa yang ada hajat kepada Allah SWT atau kepada manusia lain, berwudhu’lah dengan

sempurna dan kemudian solat dua rakaat, memuji Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

21

LAFAZ NIAT CARA MELAKSANAKAN

KAIFIAT ‫أُ َصلِى ُسَنّةَ اتَ َْعلَااََلجِة َرْكَعتَْيِن لِِِل‬ Bersendirian mengikut .
SOLAT
SUNAT Maksudnya : Sahaja aku solat sunat hajat masing-masing atau .
HAJAT hajat dua rakaat kerana Allah SWT
berjemaah jika untuk hajat

yang sama ..

BACAAN RAKAAT KEDUA BACAAN RAKAAT PERTAMA
1. Surah al-Fatihah
2. Surah al-Ikhlas atau 1. Surah al-Fatihah .

surah-surah lain 2. Surah al-Kafirun atau

surah-surah lain

BILANGAN TIDAK DITENTUKAN BILANGAN RAKAAT.
RAKAAT BIASANYA DILAKUKAN 2 HINGGA 12 RAKAAT.

WAKTU BOLEH DILAKUKAN BILA-BILA MASA KECUALI WAKTU YANG
DIHARAMKAN.
AFDHAL DILAKUKAN PADA PERTENGAHAN MALAM.

Meletakkan pergantungan yang mutlak kepada Allah SWT yang
maha pemberi segalanya.

HIKMAH Melatih diri agar berharap kepada pertolongan Allah SWT
SOLAT ketika senang atau susah.
SUNAT
HAJAT Mendidik jiwa agar redha dengan ketentuan Allah SWT.

Memberi ketenangan jiwa yang keluh kesah.

22


Click to View FlipBook Version
Previous Book
CARA MELAKSANAKAN SOLAT TERAWIH
Next Book
Pop got a hit