TAKLIMAT PENGURUSAN DAN PEMBUKAAN
SEMULA PRASEKOLAH MURNI
SESI 2022/2023
PENGERUSI : PUAN SITI ZARINA BINTI MD ZAHAR
PRASEKOLAH MURNI SK LKTP ULU PENGGELI
AHAD I 13 Mac 2022 | 10.00 Pagi
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PRASEKOLAH
PENDIDIKAN PRASEKOLAH MURNI
VISI
Pendidkan prasekolah berkualiti melahirkan murid sejahtera
MISI
Melahirkan murid Prasekolah Murni yang seimbang dalam semua
aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek serta dapat membantu
murid prasekolah mempersiapkan diri sebelum melangkah ke
Pendidikan formal (tahun 1).
PENDIDIKAN PRASEKOLAH MURNI
MOTO PRASEKOLAH
Prasekolah Murni peneraju Pendidikan berkualiti
MATLAMAT PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah bertujuan menyediakan pengalaman pembelajaran
kepada murid-murid yang berumur 5 hingga 6 tahun bagi menyuburkan
potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran
asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk
ke sekolah rendah.
PIAGAM PELANGGAN PRASEKOLAH MURNI
Kami Warga Prasekolah Murni SK LKTP Ulu Penggeli dengan penuh tekad
dan beriltizam berikrar untuk:
1) Memastikan semua murid prasekolah mendapat layanan yang adil serta
mengutamakan kemajuan dan kebajikan murid prasekolah.
2) Memastikan semua masalah ditangani dengan bijaksana, mengikut
peraturan yang ada.
3) Mewujudkan perhubungan yang erat dan harmoni dengan ibu bapa,
masyarakat setempat dan agensi lain.
4) Mewujudkan pengurusan yang efektif dan efisien bagi memenuhi
keperluan pelangan.
MURID LELAKI MURID PEREMPUAN
Bertudung putih
dan anak tudung
berwarna putih
T-shirt putih berkolar.
Lencana & tanda nama
di sebelah kiri baju.
Seluar sukan biru gelap.
Kasut dan stokin
berwarna hitam
Penjaga perlu menyediakan pakaian mengikut standard Prasekolah KPM yang betul.
WAKTU PENGOPERASIAN PRASEKOLAH
WAKTU HADIR :
SEBELUM 7.30 PAGI
WAKTU PULANG :
11.30 PAGI
JUMLAH MASA :
4 JAM
WAKTU PEMBELAJARAN BERMULA PADA PUKUL :
7.30 PAGI HINGGA 11.30 PAGI
KSPK (Semakan 2017)
Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran Semakan 2017
1. Komunikasi
2. Kerohanian, sikap dan Nilai
3. Kemanusiaan
4. Ketrampilan Diri
5. Perkembangan Fizikal dan
Estetika
6. Sains dan Teknologi
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
PROSES PERMOHONAN PRASEKOLAH KPM
DALAM TALIAN (ONLINE)
1 Mac hingga 30 April tahun sebelumnya.
Laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/
Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada
pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
MANUAL
1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelumnya.
Borang permohonan di sekolah yang dimohon
Bantuan Makanan Murid Prasekolah
Murid akan mendapat bantuan makanan daripada kerajaan .
Waktu makan di Prasekolah :
1) Pada waktu sebelum pembelajaran (Sarapan)
2) Pada waktu rehat murid prasekolah.
Penting :
*Penjaga tidak perlu membekalkan makanan kepada
murid. Sekiranya murid menghadapi alahan terhadap
sesuatu makanan sila maklumkan awal kepada guru atau
pembantu pengurusan murid.
TAKWIM AKTIVITI PRASEKOLAH MURNI SESI 2022
Bil Aktiviti 11. Sukan prasekolah
12. Program makanan sihat
1. Taklimat kepada penjaga sesi 2022 13. Program 3R
2. Minggu orientasi prasekolah 14. Program keselamatan jalan raya
3. Program celik huruf 15. Program bulan kemerdekaan
4. Program celik nombor 16. Sambutan hari lahir
5. Membaca cepat 17. Sambutan Hari kanak-kanak
6. Program mengira 18. Program Pendidikan Kesihatan
7. Program tulisan cantik
8. Program English Day Reproduktif dan Sosial Prasekolah (PEERS)
9. Sambutan Hari Raya
10. Bijak prasekolah 19. Majlis Anugerah Cemerlang dan
penyampaian tamat sijil Prasekolah.
HAL-HAL LAIN (KESIHATAN)
SEKIRANYA DIDAPATI
MURID TIDAK SIHAT
Tidak Berjumpa Berehat dan
perlu hadir ke doktor bertauliah makan ubat
mengikut nasihat
sekolah dan dapatkan
sijil cuti doktor
HAL-HAL LAIN (KEHADIRAN MURID)
SEKIRANYA MURID TIDAK
HADIR KE SEKOLAH
Guru perlu mengisi Penjaga perlu Ketidakhadiran
kehadiran murid memaklumkan murid perlu
secara online di sebab/alasan
dalam SMPK ketidakhadiran disertakan surat
setiap hari. murid kepada guru rasmi daripada
sebelum jam 7.30 penjaga apabila
murid hadir ke
pagi.
sekolah
HAL-HAL LAIN (KESELAMATAN)
MURID DILARANG
MEMBAWA
Barang kemas, wang Permainan, Senjata atau
atau memakai pin telefon bimbit objek
tudung dan perhiasan atau gajet berbahaya
diri
HAL-HAL LAIN (MAKLUMAT PERIBADI)
IBU BAPA / PENJAGA
PERLU SENTIASA
MENGEMASKINI
Nombor telefon Alamat Status
bimbit kediaman dan kesihatan
waris terdekat
ibu bapa atau murid
penjaga
HAL-HAL LAIN (ALAT TULIS)
IBU BAPA / PENJAGA PERLU
MENYEDIAKAN ALAT TULIS
Alat tulis yang lengkap Semua peralatan menulis Semua
seperti pensel,pemadam, tersebut akan disimpan di peralatan
dalam bakul yang terdapat
pembaris, menulis
pensel warna, gam dan pada setiap meja hendaklah
murid. Sekiranya peralatan ditulis nama
pengasah pensel
(dimasukkan di dalam yang digunakan habis murid .
pihak sekolah akan
plastik) meminta penjaga
membekalkan peralatan
menulis anak yang baru.
PERSEDIAAN SEBELUM KE SEKOLAH
Beri gambaran yang Sediakan
menyeronokkan kelengkapan
tentang sekolah secukupnya
APA YANG IBU BAPA / Kemahiran Disiplin masa
PENJAGA BOLEH pengurusan diri seperti tidur dan
LAKUKAN :
bangun awal
Taklimat pembukaan
Prasekolah Murni
SESI 2022
Pembukaan Prasekolah Murni
sesi 2022:
Hari : Isnin
Tarikh : 21.3.2022
Ibu bapa/penjaga perlu
mengambil tindakan seperti
berikut:
1. Menghantar dan mengambil anak mengikut waktu yang ditetapkan
waktu hadir (7.00- 7.15 pagi) dan mengambil anak pulang pada pukul
pukul 11.30 pagi.
2. Murid akan sarapan sebelum memulakan sesi pembelajaran.
3. Sesi PdPC bermula pada pukul 7.30 pagi .
4. Pastikan anak sihat sebelum hadir ke sekolah.
5. Memastikan anak-anak jagaan sentiasa memakai pelitup
muka.Membawa pelitup muka tambahan.
6. Mematuhi tatacara pelawat masuk ke premis sekolah semasa
menghantar dan mengambil anak.
7. Memastikan anak tidak membawa beg sekolah dan bekalan
makanan/minuman kecuali yang memerlukan makanan khas dengan
kebenaran pihak sekolah
8. Murid perlu membawa sapu tangan yang bersaiz kecil sendiri
diletakkan di dalam poket .
Penggunaan test covid 19
1) Setiap minggu terdapat seorang wakil murid akan
diberikan set test covid 19 dan borang slip
pengesahan ujian kendiri covid 19 untuk dibuat
sendiri oleh penjaga ke atas anak mereka di rumah.
2) Penjaga perlu memulangkan semula borang slip yang
telah diisi pada keesokan hari .
Contoh Penggunaan test covid 19
Waktu tiba
1) Suhu badan murid akan direkodkan di luar pagar sekolah
oleh pengawal keselamatan. Jika suhu badan murid
melebihi 37.5’C, penjaga perlu membawa pulang dan
mendapatkan rawatan sewajarnya.
2) Penjaga tidak dibenarkan masuk ke kelas prasekolah.
3) Murid mesti mencuci tangan sebelum masuk ke kelas.
4) Murid duduk di tempat yang telah ditetapkan.
5) Murid makan dan melakukan aktiviti di tempat duduk masing
-masing. Guru/ PPM memastikan tiada berlaku SENTUHAN
antara murid.
Di kelas Prasekolah Murni
Pengajaran dan pembelajaran Prasekolah (PdPC)
1. Pelaksanaan PdPC dilaksankan berdasarkan kurikulum standard
Prasekolah Kebangsaan (semakan 2017) memberi penekanan kepada
aspek keselamatan dan kesihatan .
2. Semasa aktiviti PdPC , murid berada di tempat duduk masing-masing.
Rehat
1. Pada waktu rehat, murid mengamalkan penjarakan fizikal semasa mencuci
tangan.
2. Murid makan di tempat duduk masing-masing.
3. Murid tidak dibenarkan berkongsi makanan dan peralatan makan minum
seperti sudu dan cawan.
4. Murid membersihkan meja masing-masing sebelum dan selepas makan.
Aktiviti PdPC
1.Murid mesti mencuci tangan sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.
2. Bagi penggunaan pusat pembelajaran , guru perlu :
a) Memastikan bilangan murid yang bersesuaian mengikut ruang dengan
mengambil kira penjarakan fizikal dan memastikan bahan dan peralatan
dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
b) Aktiviti PdPC di luar bilik darjah boleh dilaksanakan di persekitaran kawasan
sekolah dengan mengamalkan penjarakan fizikal.
c) Penggunaan kemudahan dan alat permainan luar tidak dibenarkan.
d) Lawatan sambil belajar di luar kawasan sekolah tidak dibenarkan.
e) Memastikan aktiviti berkumpulan atau aktiviti yang melibatkan sentuhan tidak
dilaksanakan.
f) Memastikan murid tidak berkongsi bahan dan peralatan.
Aktiviti penutup
Guru memberikan pesanan tentang amalan kebersihan dan aktiviti pembelajaran di
rumah.
SEKIAN, TERIMA KASIH
Anak Tuan, Anak Kami;
Menggunung Harapan Tuan,
Melangit Lagi Harapan Kami.