The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Buku Teks Digital PPKI SMKPT, 2022-03-07 10:49:02

Bahasa Melayu Komunikasi, Pendidikan Khas Tingkatan 1

PPKI

9 789834 911249

KPMEEANMLDAEYINDSTIIAKERAINAN

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS

Penulis
Suraya binti Bai
Asmah binti Abdul Hamid

Editor
Hasnah binti Ahmad Nadzar

Pereka Bentuk Ilustrator
Johari bin Osman Md Nazim bin Udin

Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
2016

No. Siri Buku: 0037 PENGHARGAAN

KK 499-221-0102011-49-1124-30101 Penerbitan buku ini melibatkan kerjasama
ISBN 978-983-49-1124-9 banyak pihak. Sekalung penghargaan dan
terima kasih ditujukan kepada semua pihak
Cetakan Pertama 2016 yang terlibat:
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2016
• Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, Kementerian Pendidikan Malaysia.
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan
lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan
atau cara, baik dengan cara bahan elektronik, Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
mekanik, penggambaran semula mahupun dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu
daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah
Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks,
tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan • Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
Malaysia oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa, • Panel Pembaca Luar,
50460 Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
No. Telefon: 03-21479000 (8 talian)
No. Faksimile: 03-21479643 • SMK Pengkalan Permatang,
Laman Web: http://www.dbp.gov.my Kuala Selangor.

Reka Letak dan Atur Huruf: • SMK Seksyen 5, Wangsa Maju,
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Muka Taip Teks: Azim • Klinik Haiwan dan Surgeri Mesra
Saiz Muka Taip Teks: 13 poin
• Muzium Padi Kedah
Dicetak oleh:
Naga Global Sdn. Bhd., • Keretapi Tanah Melayu Berhad
No. 1, Jalan Industri Batu Caves 1/3,
Taman Perindustrian Batu Caves, • Kelab Kucing Malaysia
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan. • Terima kasih juga ditujukan kepada
organisasi atau orang perseorangan yang
bersama-sama menjayakan penerbitan
buku ini.

KANDUNGAN

Pendahuluan v
Panduan Ikon vi

TEMA 1: KELUARGA IMPIAN 1 TEMA 6: PENGANGKUTAN AWAM

Unit 1: Salasilah Keluarga 2 DI MALAYSIA 91
Unit 2: Keluarga Harmoni
Unit 3: Hari Keluarga 7 Unit 16: Kelebihan Pengangkutan

TEMA 2: MENGISI MASA 13 Awam 92
LAPANG
Unit 17: Lancar Menuju Destinasi 97
Unit 4: Masa Itu Emas
Unit 5: Hobi Unit 18: Kerjaya Pemandu 103
Unit 6: Hobi Menjana
Pendapatan 19

20 TEMA 7: ALAM SEKITAR 109

25 Unit 19: Indahnya Alam Kita 110

Unit 20: Kelab Alam Sekitar 115

31 Unit 21: Hari Alam Sekitar 121

TEMA 3: DUNIA HAIWAN 37 TEMA 8: HIDUP
38 BERMASYARAKAT 127
Unit 7: Kucingku Sayang
Unit 8: Sarang Burung 43 Unit 22: Kenali Jiran 128
Layang-layang 49 Unit 23: Semangat Kejiranan 133
Unit 9: Kerjaya Veterinar Unit 24: Seperti Aur dengan
Tebing 139

TEMA 4: SEKOLAH IMPIAN 55 TEMA 9: KEWANGAN DAN

Unit 10: Sekolahku Syurgaku 56 KEUSAHAWANAN 145
Unit 11: Sekolah dalam Taman 61
Unit 12: Pusat Sumber Cemerlang 67 Unit 25: Lawatan sambil Belajar 146

Unit 26: Warisan Keluarga 151

TEMA 5: KESELAMATAN Unit 27: Produk Desa Lestari 157
DI JALAN RAYA
73 Uji Minda 163

Unit 13: Berhati-hati di Jalan Raya 74 Glosari 167

Unit 14: Pandu Cermat Jiwa Rujukan 169

Selamat 79 Indeks 170

Unit 15: Patuhi Peraturan Jalan

Raya 85



iii

PENDAHULUAN

Buku Teks Bahasa Melayu Komunikasi (Pendidikan Khas) Tingkatan 1 Sekolah Menengah ini
ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) Bahasa
Melayu Komunikasi Tingkatan 1. Kandungannya terbahagi kepada sembilan tema utama,
iaitu Keluarga Impian, Mengisi Masa Lapang, Dunia Haiwan, Sekolah Impian, Keselamatan
di Jalan Raya, Pengangkutan Awam di Malaysia, Alam Sekitar, Hidup Bermasyarakat dan
Kewangan dan Keusahawanan.

Penulisan buku ini disusun sedemikian untuk membolehkan penggabungjalinan ilmu
yang lebih mantap dalam kalangan murid, bersifat boleh berdiri sendiri, serta dapat menjadi
panduan kepada guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Unit-unit
dalam buku ini dimulakan dengan halaman rangsangan sebagai set induksi, diikuti dengan
isi pembelajaran serta aktiviti dan latihan berdasarkan Standard Pembelajaran. Dalam setiap
tema, murid akan didedahkan dengan aktiviti mendengar dan bertutur, membaca dan
menulis. Glosari, Indeks, Kod Carian Pantas (QR Code) dan senarai rujukan turut disediakan
pada bahagian akhir buku teks ini.

Isi pembelajaran, aktiviti dan latihan yang disediakan mengutamakan kemahiran yang
perlu dikuasai oleh murid berdasarkan Standard Pembelajaran. Aktiviti dan latihan yang
disediakan bertindak sebagai pelengkap kepada kandungan yang telah disampaikan dalam
setiap unit. Aktiviti berkumpulan yang disertakan pula dapat menggalakkan pembelajaran
kolaboratif.

Setiap kandungan pembelajaran berfokus pada konsep Bahasa Melayu Komunikasi
yang spesifik dan kemahiran kandungan yang berkaitan. Konsep Bahasa Melayu Komunikasi
yang dipilih adalah berdasarkan tahap kebolehan murid, sekali gus memberikan asas yang
kukuh kepada murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu dan menyumbang ke arah
pembangunan intelektual. Selain konsep Bahasa Melayu Komunikasi, elemen Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi serta Keusahawanan turut diterapkan
melalui kandungan dan aktiviti dalam buku ini.

Buku ini menggunakan pendekatan penceritaan melalui watak 11 orang murid, iaitu Nurul,
Asyraf, Cheah, Kok Leong, Danavi, Loges, Rika, Pijut, Daren, Mili dan Manjit yang dibimbing
oleh guru mereka, Cikgu Eda, Cikgu Jeya dan Cikgu Saiful. Watak yang terdapat pada setiap
unit dapat membantu murid membuat perkaitan berkenaan dengan kandungan dalam unit
tersebut dengan kandungan dalam unit seterusnya. Melalui pendekatan penceritaan ini,
diharapkan agar murid dapat mengalami keseronokan belajar dan seterusnya menguasai
Standard Pembelajaran.

iv

Ikon yang terdapat dalam buku ini adalah seperti yang berikut:

Kemahiran Mendengar KBAT
dan Bertutur

Kemahiran Membaca   Aktiviti Aktiviti

Kemahiran Menulis ? Uji Minda

Penilaian Tema Kod Carian Pantas
(QR Code)

Panduan Guru 3.1.1 Nota Standard
Pembelajaran

Kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kolaborasi, komunikasi dan kreativiti
dimasukkan secara langsung dan tidak langsung ke dalam buku teks ini. Selain itu, maklumat
tambahan yang berkaitan dengan kandungan pembelajaran dalam bentuk kod bar
diperkenalkan dalam buku teks ini. Maklumat tersebut dapat diimbas melalui telefon pintar
yang mempunyai aplikasi QR Reader. Kemahiran berfikir murid diperluas melalui pendekatan
pemerolehan maklumat, penyelesaian masalah, sumbang saran, peta pemikiran dan
persembahan yang pelbagai. Akhir kata, melalui penggabungjalinan pelbagai elemen dan
kemahiran, penulis berharap murid akan memperoleh ilmu dan menguasai kemahiran
Bahasa Melayu Komunikasi, seterusnya mencetuskan minda yang kreatif, mengamalkan
etika dan nilai murni.

Suraya binti Bai
Asmah binti Abdul Hamid

v

PENGENALAN

vi

TEMA KELUARGA IMPIAN
1

HARI KELUARGA

Haji Samad

1

UNIT

1 Salasilah Keluarga

Projek Kelas

Cikgu Eda sedang membimbing murid-muridnya menyiapkan buku skrap
tentang keluarga mereka.

Masukkan Berikan surat Bawa salinan sijil
dokumen dan surat kebenaran kepada kelahiran dan kad
dalam fail peribadi
ibu bapa kamu. pengenalan.
kamu.

Bawa gambar
ahli keluarga.

1

  Aktiviti
Lakonkan situasi di atas.

•  Murid mendengar dan memahami arahan.

•  Murid menerangkan arahan yang diberikan oleh guru.

KBT: Kontekstual Nilai: Kerjasama, Berdikari, Kesyukuran

2 1.1.1   KB: Menjanakan idea EMK: Kreativiti dan Inovasi

   BCB: Mendengar dengan berkesan

Fahami salasilah di bawah.
Keluarga Nurul

Generasi 1 +

Datuk Nenek
(Haji Samad) (Hajah Salmah)

Generasi 2


 

+ +

Ayah Ibu Pak Ngah Mak Ngah Mak Uda Pak Su
(Yusri) (Saripah) (Jefri) (Saufi)
(Laila) (Hanim)
1
Generasi 3

Abang Saya Adik Sepupu Sepupu
(Akmal) (Nurul) (Aiman) (Anas) (Anis)

Baca ayat di bawah.
1. Ayah Nurul bernama Yusri.
2. Ibu Nurul bernama Saripah.
3. Nurul mempunyai tiga orang adik-beradik.
4. Nurul mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki.
5. Ayah Nurul ialah anak sulung Haji Samad dan Hajah Salmah.
6. Pak Su Saufi ialah anak bongsu datuk dan nenek Nurul.
7. Datuk dan nenek Nurul mempunyai lima orang cucu.
8. Anas dan Anis ialah sepupu Nurul.

•  Murid mencari makna perkataan berdasarkan salasilah keluarga.

KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kesyukuran, Kasih sayang, Menghargai

KB: Menghubungkaitkan EMK: TMK, Ilmu - Sejarah 3

2.1.1 BCB: Membaca secara mekanis

Senaraikan maklumat diri kamu untuk mengisi borang biodata.
Borang Biodata

1. Nama:
2. Tarikh lahir:
3. No. Kad Pengenalan:

1 4. Nama Bapa:
5. Nama Ibu:
6. Alamat:
7. No. Telefon:
8. ______________________________________
9. ______________________________________
10. ______________________________________

•  Murid menulis maklumat yang perlu diisikan dalam borang biodata.

KBT: Kontekstual Nilai: Keyakinan, Berdikari, Kesungguhan

KB: Mengelaskan EMK: TMK
BCB: Menulis secara mekanis
4 3.1.1

A. Lengkapkan nama ahli keluarga Nurul.

S AS Y S
M U
M A
M
A K
A M

I

A

I 1
LR
S
A A
I
A
P

R A
N A
ID
LH H

YUSRI

5

B. Lengkapkan salasilah keluarga Asyraf berdasarkan jadual di bawah.
Lukis rajah pada kad manila.

Generasi 1 Generasi 2 Generasi 3
Razali dan Faridah
Haji Nordin dan Suraya dan Ehsan Faiz
Hajah Halimah Fazidah
Rahim dan Maimunah
Ikmal
Sufiah dan Zaid
Maria
Amin
Asyraf
Maya

Zaza
Zizi

Keluarga Asyraf

1 + + +
+
+

6

UNIT

2 Keluarga Harmoni

Buku Skrap

Cikgu Eda sedang membimbing murid-muridnya menyiapkan buku skrap
bergambar. Murid-murid membuat tugasan mengikut arahan yang diberikan.

Kamu mesti berhati-hati Lekatkan gambar
semasa menggunakan dengan cermat.

gunting. Baiklah,
cikgu.
Baiklah, cikgu.

1

Tuliskan nama
ahli keluarga pada setiap

gambar.

Baiklah,
cikgu.

•  Murid mendengar arahan dengan teliti.

•  Murid memberikan tindak balas secara lisan pada arahan yang diterima.

KBT: Kontekstual Nilai: Kasih sayang, Kerajinan, Kerjasama 7
1.1.2 KP: Interpersonal EMK: Kreativiti dan Inovasi

BCB: Mendengar dengan berkesan

Baca dan berikan maksud perkataan yang berhuruf tebal.

Aktiviti Hujung Minggu

Pada hujung minggu yang lalu, Asyraf dan keluarganya telah mengadakan
aktiviti gotong-royong membersihkan halaman rumah. Ayah Asyraf telah
mengagihkan tugasan kepada ahli keluarga mereka.

1

1. Kakak Asyraf menyapu daun pokok.
2. Datuk Asyraf memangkas ranting pokok.
3. Ayah Asyraf memotong rumput yang panjang.
4. Ibu Asyraf mengumpul ranting pokok dan rumput.
5. Asyraf dan abangnya mencuci longkang yang tersumbat.
6. Nenek Asyraf menghidangkan kuih dan air sirap untuk mereka sekeluarga.
7. Adik membawa anak pokok dengan menggunakan kereta sorong.

•  Murid membaca perkataan.

KBT: Kontekstual Nilai: Kerajinan, Kerjasama, Prihatin

KP: Verbal-linguistik EMK: Kebersihan alam sekitar

8 2.1.2 KB: Menghubungkaitkan

BCB: Membaca secara mekanis

Lengkapkan maklumat di bawah.
Maklumat Diri

1. Nama Murid: _________________________________________ 1
2. Tingkatan: _________________________________________
3. Tarikh Lahir: _________________________________________
4. No. Sijil Kelahiran: _________________________________________
5. No. Kad Pengenalan: _________________________________________
6. Jantina: _________________________________________
7. No. Kad OKU: _________________________________________
8. Bangsa/Keturunan: _________________________________________
9. Agama: _________________________________________
10. Warganegara: _________________________________________
11. Alamat Rumah: _________________________________________
12. No. Telefon (Rumah): _________________________________________
13. No. Telefon Bimbit: _________________________________________
14. Hobi: _________________________________________
15. Cita-cita: _________________________________________
16. Warna Pilihan: _________________________________________
17. Nama Bapa: _________________________________________
18. Nama Ibu: _________________________________________
19. Bilangan Adik-beradik: _________________________________________
20. Anak ke berapa: _________________________________________

•  Murid menulis maklumat diri.

KBT: Kontekstual Nilai: Keyakinan, Berdikari

3.1.2 BCB: Mengingat, Menulis secara mekanis EMK: TMK 9

A. Cari tujuh perkataan yang tersembunyi berdasarkan gambar keluarga
di bawah.

MH U P A B A N G

1 ASA L I KDI K

10 KT YKBUI YA

C MA K P I KI M

I AH C I MB I Y

K L KU J AI BU

PDATUK TAS

N O P T T MU S I

EI AK I E RKK

NAS E PUPU L

E K NONMA L U

KAKAKE L I L

B. Nomborkan gambar mengikut susunan arahan yang betul.

Nurul, tolong keluarkan sayur
dari peti sejuk. Kemudian, letakkan sayur
itu di dalam bekas. Selepas itu, ambilkan
ibu sebilah pisau. Ibu mahu memotong

sayur itu sebelum dimasak.

1

  Aktiviti
Perihalkan gambar dengan menggunakan perkataan sendiri.

11

C. Hasilkan buku biodata diri kamu mengikut kreativiti.
Projek Kumpulan Buku Biodata

1

Arahan:
1. Setiap murid dikehendaki mengisi biodata diri masing-masing.
2. Maklumat yang perlu diisi:

• Nama • C ita-cita
• Umur • M akanan kegemaran
• Tarikh lahir • A lamat rumah
• Tempat lahir •   Nombor telefon
• Hobi • N ama bapa
3. Hias borang biodata masing-masing mengikut kreativiti.
4. Borang yang sudah lengkap akan dikumpulkan.
5. Tebuk lubang pada bahagian tepi.
6. Ikat dengan reben.

12

UNIT

3 Hari Keluarga

Nyatakan maklumat yang disampaikan.

Jemputan Program Hari Keluarga

Ayah Nurul telah menerima maklumat tentang program Hari Keluarga
melalui telefon bimbitnya. Dia membacakan maklumat tersebut kepada ahli
keluarganya.

HARI KELUARGA HAJI SAMAD

Tarikh: 18 – 19.02.2017

Hari: Sabtu dan Ahad

Tempat: Kuala Lipis, Pahang

Acara: 1

• Sukaneka • Karaoke

• Terompah gergasi • Tarik upih

• Tarik tali • Jamuan
makan

•  Murid menyatakan maklumat yang didengar.

KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kasih sayang, Berhemah tinggi

KB: Menjanakan idea EMK: TMK 13

1.2.1 BCB: Mendengar dengan berkesan

Baca dan fahami petikan cerita di bawah.
Hari Keluarga Haji Samad

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba.
Kami sekeluarga balik ke kampung
ayah saya di Kuala Lipis, Pahang.
Menurut ayah saya, sekarang musim
buah-buahan. Seluruh ahli keluarga
kami akan berkumpul bersempena
dengan Hari Keluarga Haji Samad.

Sebaik sahaja sampai, ramai ahli
keluarga lain yang sudah tiba. Kami
berkumpul di rumah datuk saya,
Haji Samad bin Haji Salleh. Rumah
kampung ini didirikan di atas tanah
pusaka milik moyang saya.

1 Majlis malam itu dimulakan
dengan solat Maghrib dan Isyak
secara berjemaah. Kemudian, disusuli
dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil. Sebagai anak sulung, ayah saya
memberikan penerangan tentang atur cara program pada tahun ini.
Setelah bersarapan dan senamrobik, seluruh ahli keluarga Haji Samad
menunjukkan bakat masing-masing dalam acara sukaneka. Pada petangnya
pula, diadakan pertandingan menarik upih. Pelbagai gelagat dan aksi lucu
dapat disaksikan.
Esoknya, kami pulang ke Kuala Lumpur dengan perasaan gembira. Keluarga
kami telah berjaya menjadi johan keseluruhan acara sukaneka, manakala
keluarga Pak Ngah Jefri pula mengungguli acara menarik upih. Kami berasa
seronok kerana dapat berkumpul dengan keluarga besar Haji Samad. Yang tua
dihormati, yang muda disayangi.

  Aktiviti

1. Baca cerita dengan sebutan yang betul.
2. Di manakah Hari Keluarga Haji Samad diadakan?

•  Murid menerangkan isi cerita.

KBT: Kontekstual, Naturalis Nilai: Kasih sayang, Kerjasama, Menghargai

14 2.2.1 KB: Menghubungkaitkan EMK: Kreativiti dan Inovasi
BCB: Membaca secara mekanis

Tuliskan ayat yang sesuai dengan gambar.
Acara Hari Keluarga

Pak Ngah Jefri menyertai acara terompah gergasi.
Adik Nurul mengambil bahagian dalam acara tarik upih.
Nurul mengambil bahagian dalam pertandingan tiup belon.
Setiap keluarga mengambil bahagian dalam acara sukaneka.

1

  Aktiviti

Keluarga kamu merancang untuk mengadakan hari keluarga. Senaraikan
aktiviti yang akan dijalankan untuk memeriahkan majlis tersebut.

•  Murid menyalin ayat dengan menggunakan perkataan yang betul.

KBT: Kontekstual Nilai: Kesungguhan, Menghargai,

KB: Menghubungkaitkan Bekerjasama 15

3.2.1 BCB: Menulis secara mekanis EMK: TMK

A. Teliti gambar di bawah dan lengkapkan ayat.

Hari Keluarga

Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah

Tarikh: 8 Julai 20
Tempat: Padang SMK Mutiara Indah
Acara: Tiup belon, Congkak,
Tarik tali, dan Demonstrasi

1 masakan
Semua warga sekolah dijemput hadir.

1. Hari Keluarga Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah diadakan
pada _______________ di _______________________________

2. Acara yang diadakan adalah _____________________________________
______________________________________________________________

3. Orang yang dijemput menghadiri program tersebut ialah:
a) _____________________________
b) _____________________________
c) _____________________________

  Aktiviti
Tuliskan maklumat di atas dalam bentuk perenggan.

16

B. Perhatikan gambar di bawah. Bina ayat yang lengkap.

25 Haji Samad

Nama: HDmaoajksituSokar::m2Da6r.d.2A.l2ia017
Tarikh
Nana

1

  Aktiviti
Berpandukan gambar di atas, tuliskan cerita dalam satu perenggan.

17

C. Lakukan aktiviti yang berikut.

Eksplorasi Sandwic Telur

Peraturan permainan:

1. Bahagikan murid kepada dua kumpulan.
2. Sediakan tiga stesen di sepanjang trek perlumbaan.
3. Setiap stesen menempatkan seorang petugas yang akan menyerahkan

sampul surat berisi arahan tugasan. Setiap kumpulan dikehendaki
menjawab soalan (klu) sebelum mendapat sampul tugasan.
4. Kumpulan yang berjaya menyiapkan tugasan akan bergerak ke stesen
yang berikutnya.
5. Setiap kumpulan diberikan masa satu jam untuk menyiapkan tugasan.
6. Setiap kumpulan dikehendaki menyerahkan hasil tugasan kepada juri.
7. Kriteria penilaian berdasarkan rasa, tekstur, kebersihan, kreativiti dan
kerjasama.

1

Stesen 1 Stesen 2
Aktiviti: Mengumpul alatan memasak Aktiviti: Menyediakan sandwic

Arahan dalam sampul A: Arahan dalam sampul B:
Kumpul alatan dan bahan yang Sediakan sandwic telur dengan
diperlukan untuk membuat sandwic telur. berpandukan resipi yang diberikan.

Stesen 3 Stesen Soalan (Klu)
Aktiviti: Hidang dan hias
1. Susun suai gambar sandwic.
Arahan dalam sampul C: 2. Jawab pantun teka-teki.
Hidang dan hias sandwic mengikut 3. Terangkan cara membuat sandwic
kreativiti.
telur.

18

TEMA MENGISI MASA LAPANG
2

19 19

UNIT

4 Masa Itu Emas

Beri pendapat kamu tentang gambar di bawah.
Permainan Tradisional

Cikgu Jeya selalu menasihati murid-muridnya supaya menghargai masa.
Banyak perkara yang berfaedah boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang.
Antaranya ialah bermain congkak dan batu seremban.

2

Pemain perlu mengisi Pemain perlu melambung
‘buah’ ke dalam lubang dan menyambut ‘buah’.
papan congkak. Mulakan dengan sebiji buah
hingga buah yang kelima.

  Aktiviti
Bagaimanakah cara kamu mengisi masa lapang?

•  Murid menyatakan pendapat dengan menggunakan perkataan sendiri.

KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Berhemah tinggi, Berdikari, Keberanian

KB: Menjanakan idea EMK: TMK, Kreativiti dan Inovasi

20 1.2.2 BCB: Mendengar dengan berkesan

Manfaatkan Masa Lapang
Lakonkan dialog di bawah.

Cikgu Eda: Apakah aktiviti yang kamu lakukan pada masa lapang? 2
Asyraf: Saya mengisi masa lapang dengan melukis, cikgu. Pada

mulanya saya tidak pandai melukis. Ayah telah menghantar
saya belajar melukis.
Cikgu Eda: Apakah yang kamu lukis? Bolehkah kamu tunjukkan lukisan
kamu?
Asyraf: Saya melukis gambar buah-buahan, cikgu. Inilah hasil
lukisan saya.
Cikgu Eda: Bagus, Asyraf! Kamu bijak menggunakan masa lapang.
Bagaimanakah dengan kamu, Manjit?
Manjit: Saya suka membaca buku cerita. Banyak pengajaran yang
saya dapat daripada cerita yang saya baca.
Cikgu Eda: Tahniah, Manjit! Kalau kita rajin dan pandai menggunakan
masa lapang, kita akan mendapat banyak manfaat.
Bagaimanakah dengan kamu, Kok Leong?
Kok Leong: Saya suka beriadah, cikgu. Setiap hujung minggu, saya
akan pergi berjoging di taman rekreasi.
Cikgu Eda: Bagus, Kok Leong! Apakah kebaikan berjoging?
Kok Leong: Berjoging boleh menurunkan berat badan. Berjoging
menjadikan saya lebih sihat dan cergas.
Cikgu Eda: Syabas, kamu semua telah memanfaatkan masa lapang
dengan cara yang berfaedah!

  Aktiviti

1. Nyatakan aktiviti yang dijalankan pada masa lapang berdasarkan petikan
di atas.

2. Bagaimanakah cara kamu menghabiskan masa lapang?

•  Murid menerangkan isi tersurat dalam cerita.

KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Menghargai, Keberanian, Rasional

KB: Menghubungkaitkan EMK: Kreativiti dan Inovasi

2.1.1 BCB: Membaca secara mekanis 21

Lengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.
Sehari Bersama Keluarga

2

1. Ayah sedang sibuk ________________ Internet.
2. Kak Nani _______________ minuman di atas dulang.
3. Adik sedang tidur nyenyak di dalam ____________________.
4. Asyraf sedang menggantung ___________ pada ____________.
5. Kak Arni membantu Amir ____________ kerja rumah.
6. Datuk duduk di atas ___________ sambil membaca ________________.
7. Ibu melipat ________ dan _________ yang baru diangkat dari ampaian.

  Aktiviti

Tuliskan pengalaman kamu menghabiskan cuti hujung minggu bersama-sama
dengan keluarga.

•  Murid melengkapkan ayat menggunakan perkataan yang sesuai.

•  Murid menulis ayat dalam buku latihan.

22 3.2.2 KBT: KB: Menghubungkaitkan, Menjanakan idea Nilai: Kerajinan, Berdikari, Kerjasama

BCB: Menulis secara mekanis EMK: TMK

A. Padankan aktiviti dengan alatan yang digunakan.

Aktiviti Alatan

2

 Aktiviti
Ceritakan satu aktiviti yang kamu minat.

23

B. Perihalkan gambar di bawah.

2

  Aktiviti
Nyatakan kebaikan aktiviti di atas.
24

UNIT 2

5 Hobi

Bina soalan dengan berpandukan gambar di bawah.
Mengumpul Setem

Apa?
Mana?
Siapa?
Bila?
Berapa?

•  Murid bersoal jawab untuk mendapatkan maklumat.

KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Berdikari, Menghargai

KB: Menjanakan idea, Menghubungkaitkan EMK: TMK, Keusahawanan 25

1.3.1 BCB: Mendengar dengan berkesan

Baca dan fahami petikan.

Filateli

Apakah yang anda tahu tentang filateli? Pernahkah anda mendengar
mengenainya?

Filateli ialah aktiviti mengumpul dan menyusun bahan pos seperti setem pos,
sampul surat dan bahan-bahan lain. Filateli berasal daripada dua perkataan
Greek, iaitu philos bermaksud mencintai dan llateleiall bermakna percuma.

Tiada siapa pun yang mengetahui sejak bila filateli menjadi hobi. Walau
bagaimanapun, ada yang menyatakan bahawa kegiatan mengumpul setem
mula mendapat perhatian apabila album setem pertama dikeluarkan di England
pada tahun 1852.

Pengumpulan setem boleh dijadikan hobi yang menarik. Hobi mengumpul
setem boleh menambah kenalan tanpa mengira umur, bangsa mahupun
bahasa. Selain itu, pengumpul setem dapat memperoleh ilmu dari segi sejarah
dan pencapaian penting di sebalik reka bentuk setem tersebut. Contohnya
setem bergambar bunga ada dinyatakan nama saintifik dan asal usul bunga

2 tersebut. Maklumat tersebut boleh dijadikan rujukan kepada pengumpul setem.
Oleh itu, Pos Malaysia telah menubuhkan Biro Filateli Malaysia. Biro ini
memainkan peranan aktif dalam menyemai minat mengumpul setem dalam
kalangan pelajar sekolah. Penubuhan biro ini juga dapat menukar persepsi
masyarakat bahawa mengumpul setem bukanlah sekadar hobi tetapi aktiviti
yang boleh membawa pulangan lumayan.

  Aktiviti

1. Nyatakan faedah mengumpul setem.
2. Berikan maksud perkataan yang berhuruf tebal.

•  Murid membaca dan memahami makna perkataan.

KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Keberanian, Berdikari, Keyakinan

26 2.1.1 KB: Menghubungkaitkan EMK: TMK
BCB: Membaca secara mekanis

Wau Hiasan Dinding

Wau ialah warisan budaya yang tinggi nilainya. Selain popular sebagai permainan,
wau juga dijadikan sebagai hiasan dinding. Mari kita lihat cara-cara membuat wau
hiasan. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat wau hiasan ialah kertas warna,
buluh, benang, gam dan gunting.

Cara Membuat Wau Hiasan

2

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang betul.

1. Belah ____________ menggunakan _______________.
2. Raut buluh menggunakan ________________.
3. Ikat rangka wau dengan __________________.
4. Buat corak pada ________________. Kemudian tebuk corak tersebut.
5. Lekatkan pada kertas berlainan warna.
6. Tampalkan kertas bercorak pada rangka wau.

  Aktiviti
Hasilkan sebuah wau menggunakan kreativiti kamu.

•  Murid menulis ayat dalam buku latihan.

KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Patriotisme, Kerajinan, Keyakinan

BCB: Menulis secara mekanis EMK: Kreativiti dan Inovasi 27

3.3.2

A. Lengkapkan silang kata berdasarkan gambar yang diberikan.
1

3 9
2
10
4 5

2 7
8
Menegak 6 Melintang

1. 2.
3. 4.
5. 6.
7. 8.
9. 10.

2288

B. Perihalkan gambar dengan menggunakan ayat sendiri.
12

34 2
56

29

C. Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu mengadakan pertandingan
mencipta album setem bersempena dengan Minggu Bahasa Melayu.
Album Setem

2

Syarat Pertandingan:
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid secara berpasangan.
2. Album setem yang dihasilkan hendaklah tidak kurang daripada 10 halaman.
3. Setiap kumpulan digalakkan menggunakan kreativiti masing-masing untuk

menghasilkan album setem yang kreatif dan berinformasi.
4. Tarikh tutup pertandingan pada hari Isnin minggu hadapan.

30

UNIT

6 Hobi Menjana Pendapatan

Kek Cawan Kak Lin

Lakonkan. 2

Pengacara: Bilakah puan memulakan perniagaan kek cawan?
Kak Lin: Saya mula berniaga kek cawan sejak dua tahun yang lalu.
Pengacara: Siapakah yang mendorong puan menceburi bidang ini?
Kak Lin: Ibu saya yang memberikan dorongan.
Pengacara: Bagaimanakah cara puan memasarkan produk ini?
Kak Lin: Saya memasarkan produk ini secara dalam talian.
Pengacara: Bagaimanakah sambutan orang ramai?
Kak Lin: Sambutan sungguh menggalakkan. Banyak tempahan yang

saya terima.
Pengacara: Apakah rancangan puan pada masa hadapan?
Kak Lin: Saya mahu mempelbagaikan produk kek saya sebelum

membuka sebuah kafe.
Pengacara: Tahniah! Selamat maju jaya, puan.
Kak Lin: Terima kasih.

  Aktiviti

Pada pandangan anda, apakah produk yang akan dihasilkan oleh Kak Lin pada
masa hadapan?

•  Murid melakonkan wawancara di atas.

KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kerajinan, Berdikari, Keberanian

KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan

1.3.2 BCB: Mendengar dengan berkesan 31

Baca petikan dan berikan maksud perkataan berhuruf tebal.
Minat Membawa Berkat

Kak Lin minat membuat kek. Dia membuat kek pelbagai jenis perisa. Kak Lin

2 menyediakan kek coklat, kek pandan, kek oren dan kek strawberi. Rasa kek
yang dibuat oleh Kak Lin sangat sedap. Ramai pelanggan memuji keenakan
kek Kak Lin.
Kak Lin menerima banyak tempahan daripada orang ramai. Dia berusaha
untuk memenuhi permintaan pelanggan. Dia mengikuti kursus bakeri untuk
meningkatkan kemahiran membuat kek.
Berkat kesabaran dan usaha gigihnya, kini Kak Lin memiliki sebuah kedai
kek di pusat bandar. Perniagaan Kak Lin semakin maju. Ramai orang datang
membeli kek di kedainya. Kak Lin turut menerima tempahan cenderahati untuk
majlis perkahwinan. Dia juga mengendalikan kelas membuat dan menghias kek.

  Aktiviti

Bina ayat daripada perkataan yang berikut:

a. minat e. permintaan
b. perisa f. memiliki
c. pelanggan g. maju
d. tempahan h. cenderahati

•  Murid menyatakan maksud perkataan dengan betulnya.

KBT: Kontekstual Nilai: Kerajinan, Berdikari, Kesyukuran

32 2.1.2 BCB: Membaca secara mekanis EMK: Keusahawanan
KB: Menghubungkaitkan

Senaraikan kata nama yang terdapat dalam resipi di bawah.
Resipi Kek Cawan

Bahan-bahannya: Bahan A

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak

1 1/4 cawan tepung gandum Bahan B 2
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

3 biji telur

Cara membuatnya:

1. Campurkan bahan-bahan A dan masak di atas api kecil.
2. Kacau sehingga larut.
3. Campurkan bahan-bahan B dan ayak.
4. Pukul telur hingga kembang. Kemudian, campurkan dengan serbuk koko.
5. Kemudian, masukkan tepung. Gaul adunan hingga sebati.
6. Masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas.

  Aktiviti
Hiaskan kek cawan mengikut kreativiti kamu.

•  Murid mengenal pasti kata nama yang digunakan dalam ayat.

•  Murid menulis kata nama dalam buku latihan.

KBT: Kontekstual Nilai: Keyakinan, Kesungguhan, Berdikari 33
3.3.1 KB: Mengelaskan EMK: Keusahawanan, Ilmu – Matematik

BCB: Menulis secara mekanis

A. Sebutkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek cawan.


2

34

B. Mari lakukan.

Bekas Jarum

Bahan dan peralatan yang diperlukan: 3

1. Kain
2. Kekabu atau fiber
3. Pistol perekat panas
4. Benang
5. Mangkuk kertas
6. Jarum jahit

Cara-cara membuatnya:

12

Jahit jelujur di keliling kain. Jerut kain mengikut Masukkan fiber atau 2
bentuk. kekabu secukupnya.

45 6

Bentukkan menjadi Gamkan bahagian bawah Masukkan ke dalam
bebola.
bebola. mangkuk kertas.

7
Hias mengikut kreativiti.

 Aktiviti
Fahami bahan grafik dan hasilkan produk mengikut kreativiti kamu.

35

C.   Perhatikan gambar dan sebut kata nama dalam ayat.

2

1. Danavi menggoreng sayur sambil memasukkan sedikit perisa.
2. Puan Azie menyiang ikan dengan sebilah pisau yang tajam.
3. Pijut mencuci pinggan mangkuk dengan sabun dan span lembut.
4. Nurul mengupas bawang dengan berhati-hati.
5. Loges mengelap meja dengan sehelai tuala basah.
  Aktiviti
Bina ayat menggunakan kata kerja yang terdapat dalam ayat di atas.

36

TEMA DUNIA HAIWAN
3

37

UNIT

7 Kucingku Sayang

Pertandingan Kucing Sihat
Nurul sedang melayari Internet dan terbaca maklumat tentang Pertandingan
Kucing Sihat. Nurul berhasrat untuk menyertai pertandingan tersebut.

1
2

3 4

3

  Aktiviti
Ceritakan haiwan peliharaan yang kamu tahu.

•  Murid memerihalkan gambar.

KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kasih sayang, Prihatin, Menghargai

38 1.4.1 KB: Menjanakan idea EMK: TMK, Keusahawanan

BCB: Mendengar dengan berkesan

Baca dan fahami petikan di bawah.

Munchkin Kucing Unik

Kucing Munchkin ialah spesies kucing yang unik. Keunikannya terletak pada
kakinya yang pendek serta bulunya yang cantik dan gebu. Walaupun kucing
Munchkin berkaki pendek, pergerakannya aktif seperti kucing biasa. Kucing
Munchkin juga suka bermain dan mengejar alat permainan.

Kucing ini telah mengalami perubahan genetik secara semula jadi. Tulang
belakangnya berbeza daripada kucing lain. Apabila kucing Munchkin duduk,
kaki belakangnya sama seperti kedudukan kaki arnab yang sedang duduk. 
Kucing ini tergolong dalam spesies kucing terkecil di dunia.

Keunikan kucing Munchkin menyebabkan nilainya tinggi di pasaran
sehingga mencecah ribuan ringgit. Oleh itu, mereka yang memiliki kucing
Munchkin pasti berasa bangga.

3

  Aktiviti

1. Jelaskan ciri-ciri kucing Munchkin yang terdapat dalam petikan.
2. Banding bezakan aspek fizikal antara kucing Munchkin dengan arnab.

•  Murid membaca petikan dengan sebutan yang betul dan jelas.

KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kerajinan, Berdikari, Kesyukuran

KB: Menghubungkaitkan EMK: TMK, Keusahawanan 39
2.2.1 BCB: Membaca secara intensif

Sayangi Kucing
Teliti gambar dan baca ayat di bawah.

2. Bobo bermain bola.

1. Kucing Nurul bernama Bobo.

3

3. Doktor memeriksa Bobo.

4. Bobo minum susu. 5. Nurul menyisir bulu Bobo.

  Aktiviti
Senaraikan Frasa Nama dan Frasa Kerja.

Frasa Nama Frasa Kerja
Contoh: Kucing Nurul Contoh: Bermain bola

•  Murid mengetahui dua pola ayat dasar, iaitu FN+FN dan FN+FK.

KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Bertanggungjawab, Kasih sayang, Prihatin

40 3.4.1 KB: Mengkategorikan EMK: TMK, Ilmu - Sains
BCB: Menulis secara mekanis

Cara Membuat Origami Kucing
A. Baca arahan dan buat origami kucing seperti yang berikut.

1A 2

DB

C DB

Lipat kertas segi empat sama, Lipat B bertemu D bagi
A bertemu C. membentuk segi tiga tepat.

34

3

AC BD AC BD

Terbalikkan kertas dan lipat Daripada titik tengah, lipatkan
bahagian paling atas untuk hujung AC dan BD untuk
membentuk kepala. telinga kucing.

AC BD AC BD
5 6

Lipat bahagian bawah untuk Terbalikkan kertas dan lukiskan
membentuk dagu kucing. muka kucing dengan lengkapnya.

41


Click to View FlipBook Version