The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ubkskgayang, 2021-01-16 16:35:25

Pamplet Tahun 1 2021

Garis Panduan Tahun 1/2021

Keywords: Transisi Thn 1/2021

SEKOLAH Garis Panduan
KEBANGSAAN
GAYANG Pembukaan Sekolah dan

89208 TUARAN Pengurusan Murid
SABAH Tahun 1 / 2021

TARIKH : 20 JANUARI 2021
HARI : RABU

PENGENALAN

• Brosur ini disediakan bagi menyampaikan maklumat dan perkara
penting kepada ibu bapa berkaitan Tahun 1 bagi sesi 2021.

• Brosur ini adalah inisiatif pihak sekolah bagi menyebarkan
maklumat kepada ibu bapa berikutan pandemic Covid-19 yang
menyebabkan Sesi Orientasi Murid tahun 1 2021 dibatalkan.

• Semoga brosur ini dapat memberikan maklumat dan pendedahan
kepada ibu bapa tentang perjalanan murid Tahun 1 bagi sesi 2021.

UCAPAN GURU BESAR

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Hal Ehwal Murid (HEM)
dan Pengurusan Tahun Satu SK Gayang atas inisiatif untuk menyediakan Pamplet
Garis Panduan Pembukaan Sekolah dan Pengurusan Murid Tahun 1/2021 sebagai
menggantikan Program Oreintasi Tahun 1 yang tidak dapat diadakan seperti
tahun-tahun sebelumnya akibat pandemik Covid-19.

Sesungguhnya, dengan penyediaan pamplet ini diharapkan ia akan
dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan dalam mengurus kemasukan anak-anak
ke Tahun 1/2021. Setiap maklumat penting telah dimasukkan di dalam pamplet ini
bagi memudahkan tuan-tuan dan puan-puan mengambil tindakan.

Ucapan terima kasih, syabas dan tahniah juga ditujukan kepada tuan-tuan dan
puan-puan ibu bapa serta penjaga murid Tahun 1/2021 kerana telah memilih SK
Gayang sebagai sekolah pertama untuk anak-anak tuan-tuan dan puan-puan
menimba ilmu dan mendapat asas pembelajaran yang kukuh. Kepercayaan yang
tuan-tuan berikan ini pada hemat saya sangat tepat memandangkan sekolah kita
mempunyai guru-guru yang berpengalaman dalam pendidikan dan mempunyai
komitmen kerja yang tinggi yang sentiasa mengutamakan kecemerlangan
pembelajaran di samping kepekaan dalam memupuk sahsiah diri dalam kalangan
anak-anak.

UCAPAN GURU BESAR

Harapan saya selaku Guru Besar di sekolah ini agar pihak tuan-tuan dan puan-
puan dapat memberi komitmen serta sokongan yang padu dalam semua aspek
samada dalam proses pembelajaran anak-anak mahu pun semua program dan
aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah terhadap anak-anak tuan-tuan dan
puan-puan. Sesungguhnya, setiap proses pembelajaran, program dan aktiviti yang
dirancang oleh pihak sekolah adalah bertujuan bagi melahirkan anak-anak yang
berpotensi menyeluruh dan bersepadu dari aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek mereka seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Saya juga suka menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan memberi
penekanan yang lebih terhadap penguasaan asas membaca dan mengira kepada
anak-anak sepanjang cuti ini. Ajarlah anak-anak supaya mereka sudah boleh
membaca walaupun kurang lancer kerana kemahiran belajar anak di Tahun Satu
bermula dengan membaca, tiada lagi kemahiran mengenal huruf. Ajarkan juga
anak agar pandai mengurus diri seperti urusan ke tandas sendiri, menjaga alat
tulis, mengurus buku sendiri dan urusan di meja makan agar dengan kemahiran
yang dipupuk sepanjang cuti ini menjadi rutin anak-anak serta memudahkan
mereka apabila melangkah ke Tahun 1/2021 nanti.

UCAPAN GURU BESAR

Seterusnya, memandangkan keadaan negara kita yang dilanda
Pandemik Covid-19 dan ianya masih belum berakhir, suka juga saya mengingatkan
tuan-tuan dan puan-puan melatih anak-anak agar sentiasa patuh terhadap SOP
seperti pemakaian pelitup muka, penggunaan sanitizer, penjarakan fizikal dan
sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dan
amalan batuk yang betul. Pihak sekolah sanagt mengambil berat akan perkara ini
dan diharapkan dengan kesedaran amalan pematuhan SOP yang ketat ini dapat
menyelamatkan anak-anak kita dari virus Covid-19 , Aamiin.

Akhirnya, saya menyeru kepada semua agar kita dapat memintal kata
sepakat dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita bak pepatah
Melayu menyatakan ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerna muafakat’.
‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Bersatu dan sepakatlah demi
melahirkan anak-anak generasi pemimpin masa hadapan. Moga anak=anak SK
Gayang akan lair sebagai pemimpin masa hadapan yang berilmuan tinggi dan
berakhlak terpuji. Aamiin dan Insyaa Allah.

Masa depan mereka di tangan kita. Marilah kta berikan yang terbaik.

PUAN RAJAYAH BINTI JIRAN
GURU BESAR
SK GAYANG, TUARAN.

PROGRAM TRANSISI

❖Untuk makluman, program Transisi dan Guru Penyayang akan dilaksanakan
sejurus sesi persekolahan 2021 bermula iaitu pada 20 Januari 2021 dan
akan berlangsung selama 43 hari.

❖Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
murid-murid keadaan prsekitaran sekolah, suai kenal bersama guru-guru
serta kawan baharu dan memberikan gambaran pelaksanaan PdPc yang
akan mereka hadiri.

❖Murid-murid Tahun 1 akan dibekalkan dengan buku kerja/modul yang akan
digunakan pada Fasa Kesediaan iaitu bermula 1 Februari 2021 iaitu selepas
Fasa Penyesuaian tamat. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak membawa
alat tulis dan pensel warna pada setiap hari.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DI RUMAH (PdPR)

❖Memandangkan negara dilanda pelularan wabak Covid-19 dan sekolah berada di

bawah perintah kawalan Pergerakan (PKP), semua murid akan mengikuti

pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
❖PdPR ialah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di rumah @ pusat

komuniti @ di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam

talian dan/atau luar talian dengan berstruktur dan terancang.
❖Medium utama PdPR bagi tahun 1/2021 di SK Gayang menggunakan ‘Telegram

Group’ kelas masing-masing. Oleh itu, Kerjasama dan keprihatinan ibu bapa amatlah

diharapkan untuk bersama-sama menyertai ‘Telegram Group’ tersebut bagi

mengelakkan keciciran maklumat.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DI RUMAH (PdPR)

❖Sesi PdPR ini bukan sahaja menuntut disiplin tinggi di kalangan murid-murid, ibubapa
juga memainkan peranan penting demi memastikan anak-anak boleh dan mampu
mengadaptasikan situasi norma baharu ini.

❖Antara peranan ibu bapa ialah :

• Memantau anak-anak mengikuti sesi PdPR secara online @ offline.
• Memantau Jadual Waktu PdPR anak-anak
• Memastikan anak-anak menyiapkan dan menghantar tugasan yang diberi oleh guru
• Jika tidak dapat online, hubungi guru untuk PdPR offline
• Memantau penggunaan telefon anak-anak (ig, fb, games dan lain-lain

❖Tempoh masa PdPR ini ialah 20hb januari 2021 hingga 26hb Januari 2021 (tertakluk
pada perubahan dan arahan semasa).

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

❖Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan
sumatif;sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

❖PBD dapat membantu guru dalam:

i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran
iv. Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
v. Mengambil Tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

❖PBD dijalankan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun.

PELAKSANAAN DAN PELAPORAN
(PBD)

❖PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:

i. Pemerhatian
ii. Penulisan
iii. Lisan

❖Melalui kerja projek, kuiz, pembentanga dan lain-lain aktiviti pembelajaran,
berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan professional guru.

❖Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan
dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada
peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.

PENGURUSAN TAHUN 1

❑ Bagi memastikan kelancaran pengurusan murid Tahun 1 2021, pihak sekolah telah membuat ketetapan seperti berikut:

BIL PERKARA JUMLAH
01. BAJU SUKAN RM 25.00
02. PIBG (1 KELUARGA) RM 10.00
03. LENCANA RM 4.00
04. TANDA NAMA RM 4.00
05. TRANSISI RM 15.00
06. BUKU LATITUBI BI RM 13.00
RM 71.00
JUMLAH

❑ Bayaran boleh dibuat kepada Guru Kelas setelah arahan Pendaftaran dikeluarkan oleh pihak sekolah.

SENARAI KEPERLUAN FAIL PERIBADI
MURID

• Gambar berukuran passport (4 keping)
• Salinan sijil lahir murid
• Salinan kad pengenalan ibu dan bapa / penjaga
• Salinan imunisasi
• Salinan surat hak penjagaan anak @ sijl yang berkaitan ( yang

berkenaan sahaja)
• Borang maklumat murid/APDM
• Laporan doctor & kad OKU (jika berkaitan)
• Fail peribadi murid yang lengkap

##sila berurusan di kaunter pejabat

PENGURUSAN BUKU TEKS

❖Buku teks dan buku aktiviti akan diagihkan kepada murid.
Pihak sekolah akan mengumumkan pemulangan dan
pengagihan buku teks pada satu tarikh yang akan
ditetapkan setelah PKP ditamatkan (tertakluk pada
perubahan dan arahan semasa).

❖Mohon Kerjasama ibu bapa untuk menyemak bilangan
buku yang diterima dan memastikan kesemua buku
berbalut dengan rapi demi menjaga ketahanan buku
tersebut.

SENARAI KEPERLUAN LAIN

❑Semua murid diwajibkan untuk membeli tali leher (lelaki),
lencana dan tag nama di kedai buku sekolah. (senarai
keperluan ada disediakan di kedai buku mengikut tahun)

❑Ibu bapa perlu memastikan nama dan maklumat murid
ditulis pada semua buku tulis dan buku teks.

WAKTU PERSEKOLAHAN

❑ Waktu persekolahan bagi murid SK Gayang Tuaran :

➢ 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari Isnin sehingga Khamis.
➢ 7.30 pagi hingga 11.30 pagi bagi hari Jumaat

❑ Ibu bapa disarankan untuk tidak menghantar anak ke
sekolah terlalu awal bagi mengelakkan perkara yang tidak
diingini berlaku.

❑## tertakluk kepada perubahan dan arahan semasa.

PENGURUSAN DIRI MURID

❑ Semua murid akan dibawa melawat ke sekitar sekolah
untuk memberi pendedahan kepada murid tentang
Kawasan yang mereka boleh masuk dan tidak dibenarkan
masuk.

❑Ibu bapa perlu memastikan anak-anak dapat
menguruskan diri sendiri Ketika sesi persekolahan
bermula seperti pengrusan ke tandas, penjagaan alatan
peribadi, urusan di meja makan dan sebagainya.

OPERASI STANDARD PROSEDUR
(SOP)

Semua ibu bapa dan murid perlu mematuhi SOP yang telah
ditetapkan bertepatan dengan arahan MKN:
1. Menjaga jarak 1 meter antara satu sama lain.
2. Sentiasa memakai pelitup separuh muka
3. Mengimbas suhu badan
4. Mengimbas QR MySejahtera
5. Selesaikan segala urusan dengan segera
6. Tidak menunggu anak di Kawasan sekolah
7. Tidak menghantar anak yang bergejala (demam,batuk dan

sebagainya) le sekolah

8. Sentiasa mematuhi arahan pihak seklah atau MKN dari semasa ke
semasa.

OPERASI STANDARD PROSEDUR
(SOP)

OPERASI STANDARD PROSEDUR (SOP) MURID KE SEKOLAH

SOP SEWAKTU MURID PULANG KE RUMAH

➢ Murid akan dibenarkan pulang secara berperingkat bagi mengelakkan
kesesakkan.

➢ Murid perlu mematuhi tanda tunjuk arah yang telah disediakan.

➢ Murid perlu sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal pada setiap
masa.

➢ Peranan ibu bapa amatlah penting sewaktu pergerakan murid pulang
iaitu dengan mengambil anak tepat pada waktunya bagi
mengelakkan anak terdedah terlalu lama di pintu pagar sekolah.



SOP SEWAKTU MURID REHAT

➢ Pada waktu rehat, semua murid akan berada di dalam kelas.

➢ Ibubapa boleh membekalkan anak-anak dengan makanan dari rumah
atau murid membeli sendiri makanan yang disediakan oleh pihak
pengurusan kantin

➢ Semua murid akan makan makanan mereka pada waktu rehar di
dalam kelas. Ibu bapa perlu menyediakan tisu basah (wet tissue) atau
kain lap untuk mengelap meja selepas makan.

SOP SEWAKTU MURID KELUAR KE TANDAS

➢Hanya seorang murid dibenarkan ke tandas bagi
mengelakkan kesesakan.

➢Murid perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dan
mencuci tangan setelah ke tandas.

➢Sentiasa menjaga penjarakan fizikal sekiranya
bertembung dengan murid yang lain.

PENUTUP
Semoga dengan adanya brosur ini, ibu bapa mendapat gambaran yang lebih jelas tentang

keperluan dan perkara yang perlu diuruskan sebelum dan semasa sesi persekolahan 2021
bermula.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan :

▪ Pejabat Sekolah : 088-496535
▪ PK HEM ( Pn Wagina) : 010-5217734
▪ Penyelaras program / Guru Bimbingan (Pn. Nur Cecilia) : 011-25272686

Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version