The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Munirah Binti Azaman (F12)
Kepentingan menguasai teori perkembangan kognitif kanak-kanak
Jean Piaget

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Munirah Azaman, 2020-11-03 21:42:49

Penulisan Akademik Perkembangan Kanak-kanak

Munirah Binti Azaman (F12)
Kepentingan menguasai teori perkembangan kognitif kanak-kanak
Jean Piaget

Keywords: Penulisan Akademik

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(EDUP3023)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA MUNIRAH BINTI AZAMAN
NO. KAD PENGENALAN 010408040110
ANGKA GILIRAN 2020192340223
KUMPULAN PISMP F12

TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK

NAMA PENSYARAH TN. HJ. OMAR BIN CHEK MAN
TARIKH HANTAR 4 NOVEMBER 2020
TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS

Senarai Kandungan

Tajuk Muka Surat
Pengenalan 4
Kepentingan guru menguasai peringkat perkembangan kanak- 4-8
kanak
8
• Teori Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak 9
-Teori Jean Piaget

Rumusan
Rujukan

2

Penghargaan
Alhamdulillah, pada kesempatan ini, saya ingin merafakkan kesyukuran kepada Ilahi kerana
dengan limpah rahmat dan keizinan-Nya, akhirnya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Seterusya, saya merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj. Omar
selaku pensyarah kursus ini atas segala dorongan, kesabaran dalam memberi tunjuk ajar,
nasihat dan bimbingan sepanjang proses penyediaan tugasan ini dijalankan.
Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat ahli keluarga dan
teman-teman seperjuangan yang telah banyak membantu serta menyumbangkan masa dan
tenaga serta memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyempurnakan tugasan
ini dengan jayanya.

3

Pengenalan

Perkembangan kognitif merupakan salah satu aspek yang dibincangkan dalam tajuk
perkembangan kanak-kanak. Ini menunjukkan, perkembangan kognitif merupakan salah satu
daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap individu yang bergelar kanak-kanak.
Proses ini sangat penting kerana hal ini akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan
seorang kanak-kanak. Rusmailani dan Fatimah (2013) turut menambah, perkembangan
kognitif anak kecil ini sangat perlu dirangsang dari awal lagi kerana kognitif adalah komponen
utama yang akan menentukan keseluruhan aspek perkembangan lain dalam diri seseorang
kanak-kanak. Jadi, apa yang dimaksudkan dengan perkembangan kognitif? Perkembangan
kognitif didefinisikan sebagai proses perkembangan intelek dan mental seseorang (Azizi
Yahaya, 2010). Melihat betapa besarnya peranan perkembangan kognitif dalam diri anak
kecil, ahli psikologi dari Switzerland, Jean Piaget telah mengemukakan teori perkembangan
kognitifnya. Karyanya menghasilkan minat dalam perkembangan kanak-kanak dan memberi
kesan besar pada masa depan pendidikan dan psikologi perkembangan. Lantaran itu, sangat
wajar untuk golongan pendidik menguasai, memahami dan mengamalkan teori
perkembangan kognitif Jean Piaget ini. Pemahaman dan penguasaan yang baik terhadap
teori kognitif ini akan memberi seribu satu kelebihan pada guru dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran (PdP) dalam kelas. Justeru itu, penulisan ini akan membincangkan secara
kritis kepentingan menguasai Teori Perkembangan Kognitif kanak-kanak Jean Piaget kepada
guru.

Kepentingan seorang guru menguasai Teori Perkembangan Kognitif Kanak-
kanak (Jean Piaget)

Pertamanya, penguasaan yang baik berkaitan teori kognitif Piaget akan membantu
para guru dalam memahami bagaimana kanak-kanak berfikir dan belajar. Mengambil
kenyataan (Mooi et al., 2015) Jean Piaget menerangkan bahawa kognitif kanak-kanak akan
berkembang apabila mereka membina pemikiran mereka sendiri mengikut kematangan
fisiologi dan pengalaman hidup. Ini bermakna, kanak-kanak mengalami proses pembelajaran
mengikut tahap-tahap yang tertentu. Dalam erti kata lain, kemahiran kognitif mereka akan
berubah dan berkembang dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi (Mooi et al., 2015).
Oleh itu, golongan pendidik dapat mempersiapkan diri untuk menjadi seorang guru yang
mementingkan proses pembelajaran itu sendiri dan bukannya menekankan kejayaan dalam
peperiksaan semata-mata. Guru akan berusaha menerangkan konsep sesuatu tajuk sehingga
anak muridnya betul-betul faham kerana guru yakin, pengetahuan tersebut perlu dikuasai
pada peringkat kanak-kanak itu. Apabila insan yang mendidik menegakkan betapa pentingnya
proses menuntut ilmu, para pelajar tidak akan belajar dalam keadaan tertekan yang akhirnya
menyebabkan ilmu yang mereka peroleh akan hanya digunakan bagi menjawab peperiksaan

4

dan bukannya dijadikan amalan bagi menyelesaikan masalah ataupun dalam menjalani hidup.
Dengan memahami bahawa perkembangan kognitif ini berkembang melalui proses yang
tertentu, guru akan sentiasa berusaha untuk menyampaikan pengajaran tidak kira mengambil
masa yang lama ataupun cepat. Sebagai contoh, guru yang berpegang kepada teori ini akan
memastikan kanak-kanak yang ada masalah pembelajaran untuk terus belajar. Ini kerana,
guru percaya bahawa pelajar yang lemah ini masih lagi mempunyai peluang untuk
megembangkan kognitifnya kerana yakin bahawa kemahiran kognitif akan berubah secara
berterusan dan sistematik. Tegasnya, penguasaan teori kognitif Piaget ini dapat membantu
guru dalam memahami proses berfikir dan belajar kanak-kanak mengikut peringkat tertentu.

Seterusnya, pemahaman yang mendalam mengenai teori perkembangan kognitif
mengikut Piaget dapat memandu guru dalam menentukan teknik mengajar. Guru akan
terdorong untuk menggunakan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pendekatan konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang
menerangkan bagaimana pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri,
bukannya dengan menerima secara pasif daripada persekitaran mereka (Razak, 2015). Ini
bermakna, proses pembelajaran dan pengajaran tidak lagi menggunakan konsep yang lama,
di mana guru hanya ‘menyuap ilmu’ kepada murid tanpa murid itu sendiri berusaha dan
menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka. Dalam bahasa mudahnya,
proses PdP dengan pendekatan konstruktivisme ini merupakan PdP yang berpusatkan
kepada pelajar. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator. Para pendidik terdorong
menggunakan pendekatan ini kerana Jean Piaget menyatakan bahawa kanak-kanak akan
dapat belajar secara berkesan apabila mereka sendiri terlibat secara aktif dalam proses
pembelajaran tersebut (Nicola, 2016). Pelajar tidak dapat memperoleh ilmu secara optimum
sekiranya mereka cuma ‘menerima’ daripada guru. Dengan tugas fasilitator, guru bolehlah
menjalankan PdP dengan menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) dan bukan hanya
menerangkan secara lisan. Pelajar akan terlibat secara aktif dalam proses PdP dengan
adanya bahan bantu mengajar kerana mereka dapat memahami sesuatu konsep ataupun
tajuk yang dipelajari secara mendalam dan realistik berpandukan bahan bantu mengajar yang
dibawa oleh guru tersebut (Faizah, n.d.). Contohnya, guru menggunakan Roda Pintar Tajwid
dalam sesi PdP tajuk hukum tajwid. Umum mengetahui, tajuk tajwid merupakan satu tajuk
yang agak sukar untuk dikuasai dan difahami bagi kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Dengan itu, apabila guru menggunakan bahan bantu mengajar ini, murid dapat mengesan
hukum tajwid dengan tepat kerana mereka dapat lihat sendiri dengan jelas apakah hukum
tajwid tersebut dengan menyesuaikan setiap roda berdasarkan huruf dan baris ayat Al-Quran
yang diberi. Hal ini akan membantu para pelajar mengenalpasti cara bacaan Al-Quran dengan

5

betul dan tepat kerana mereka boleh meneroka dengan sendiri Roda Tajwid itu. Oleh itu,
penguasaan teori Jean Piaget dapat memandu guru menggunakan pendekatan
konstruktivisme dalam sesi PdP bagi memastikan kanak-kanak faham dan kuasai apa yang
mereka belajar.

Selain itu, guru akan berjaya menyesuaikan tugas dan peranan mereka dalam bilik
darjah mengikut setiap tahap kognitif kanak-kanak apabila mereka faham mengenai teori
perkembangan kognitif Jean Piaget ini. Berdasarkan Mooi et al., (2015), perkembangan
kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat tahap mengikut peringkat umur tertentu.
Peringkat tersebut dikenali sebagai peringkat sensori motor (lahir hingga umur 2 tahun),
peringkat praoperasi (2 hingga 7 tahun), peringkat operasi konkrit (7 hingga 11 tahun) dan
peringkat operasi formal (11 hingga 15 tahun). Guru yang menguasai keempat-empat
peringkat ini akan dapat menyesuaikan layanan dan tugas mereka selari dengan tahap
kognitif pelajar. Apabila individu yang mendidik dapat menyesuaikan peranan mereka selari
dengan kognitif pelajar, pelajar akan mudah menimba ilmu kerana guru melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bersesuaian dengan tahap kognitif murid yang
terlibat. Ini kerana, berlandaskan teori Jean Piaget, beliau menyatakan bahawa kanak-kanak
akan memperoleh ilmu dengan baik apabila mereka bersedia. Kesediaan di sini bermakna
kebolehan dan kebersediaan kognitif kanak-kanak untuk menerima sesuatu yang ilmu baharu.
Piaget amat menekankan perkara ini sehingga beliau menyatakan bahawa pengajaran
pramatang, (iaitu mengajar kanak-kanak sesuatu sebelum mereka bersedia), boleh menjadi
lebih buruk daripada tidak ada pengajaran sama sekali (Cherry, 2020). Dengan itu, amat
penting untuk guru memainkan peranan bersesuaian dengan tahap kognitif anak muridnya
agar guru menyampaikan isi pelajaran sesuai dengan kebersediaan para pelajar. Misalnya,
bagi murid tahun 1 yang kognitifnya berada di peringkat praoperasi, guru seharusnya memberi
penerangan yang ringkas dan padat serta banyak melakukan demonstrasi. Ini kerana, pada
peringkat ini, pemikiran kanak-kanak masih primitif (Mooi et al., 2015). Berbeza pula dengan
murid tahun 6. Guru perlu menyesuaikan diri dengan berperanan sebagai individu yang
mendengar, memerhati dan menyoal pelajar.

Di samping itu, pengetahuan teori perkembangan kognitif Piaget dapat membantu
guru memaksimumkan pemahaman para pelajar khususnya bagi tajuk-tajuk pembelajaran
yang sukar iaitu dengan memberikan latih tubi yang sesuai. Ini kerana, apabila guru
memahami bahawa anak muridnya iaitu kanak-kanak memperoleh sesuatu ilmu secara
berkesan melalui latihan kendiri (Nicola, 2016), guru akan menggunakan medium latih tubi

6

sebagai inisiatif untuk mengukuhkan pemahaman para pelajar melalui tunjuk ajar dan
penerangan yang lebih lanjut semasa para pelajar melakukan latihan kerana para pelajar
sudah semestinya akan mengajukan soalan. Para pelajar mampu meningkatkan pemahaman
mereka melalui latih tubi kerana Piaget menjelaskan bahawa pengetahuan yang baharu
mestilah dipastikan dapat diserap oleh skema pelajar agar keseimbangan iaitu dalam konteks
ini pemahaman dapat dicapai. Dengan itu, latih tubi lah yang membantu para pelajar
menyerap tajuk yang sukar ke skema pelajar agar mencapai keseimbangan iaitu pemahaman
yang jelas. Misalnya, selepas seorang guru Matematik menerangkan berkaitan tajuk
Pecahan, guru ini sewajarnya memberikan latih tubi kepada para pelajar agar pelajar ini dapat
mengukuhkan pemahaman mereka sama ada melalui penyelesaian latihan itu sendiri ataupun
melalui penerangan guru kepada soalan-soalan yang diajukan semasa membuat latihan itu.
Kanak-kanak sudah semestinya akan lebih faham kerana seorang guru akan menggunakan
bahasa yang lebih mudah untuk menerangkan kepadanya berkaitan apa yang dia tidak
faham. Demi menjamin keberkesanan latih tubi yang diberi, iaitu dapat meningkatkan
kefahaman para pelajar, guru sepatutnya menyediakan waktu khas di dalam kelas supaya
pelajar boleh membuat latihan ketika itu agar terus boleh faham atau terus boleh mengajukan
soalan sekiranya gagal menyelesaikan satu satu soalan kerana pemahan yang lemah. Oleh
itu, penguasaan teori perkembangan kognitif ini, dapat menyedarkan guru bahawa latih tubi
itu merupakan medium yang sangat penting untuk pelajar kerana pelajar boleh menjadi lebih
faham apabila dapat membuat latihan. Dengan itu, seorang guru mestilah menyediakan latih
tubi seperti soalan di quizizz, kahoot dan sebagainya kerana latihan ini mampu
memaksimumkan pemahaman para pelajar.

Akhir sekali, dengan menguasai peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, guru
boleh merancang dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang betul serta
bersesuaian dengan potensi dan kebolehan murid. Berpandukan teori Jean Piaget, guru
seharusnya mementingkatan penglibatan aktif kanak-kanak dalam kesemua aktiviti
pembelajaran. Melalui kefahaman ini, guru melaksanakan aktiviti pembelajaran dan
pengajaran secara hands-on. Aktiviti ini mampu meningkatkan daya kognitif pelajar secara
lebih efektif. Dengan aktiviti hands-on ini juga, para pelajar akan lebih ingat sesuatu ilmu dan
kemahiran yang mereka belajar. Namun begitu, menjalankan aktiviti yang tidak bersesuaian
dengan peringkat kognitif pelajar tidak akan mampu menjamin keberkesanan aktiviti tersebut.
Oleh sebab itu, dengan menguasai keempat-empat peringkat kognitif teori Jean Piaget ini,
guru dapat menjalankan aktiviti yang bersesuaian mengikut peringkat kognitif pelajar yang
terlibat. Contohnya, bagi pelajar tahun 3, guru menjalankan aktiviti mendengar dan menerang
semula. Aktiviti ini dilaksanakan dengan cara guru memaparkan video pembelajaran berkaitan

7

sesuatu tajuk kepada para pelajar. Kemudian, para pelajar dikehendaki memberikan apa
pengetahuan yang mereka peroleh. Rasionalnya, melalui pendekatan aktiviti mendengar dan
menerang semula ini, para pelajar dapat membuat penerokaan sendiri mengenai sesuatu
tajuk. Mereka akan mampu melahirkan idea mereka sendiri. Namun begitu, aktiviti yang
sedikit berbeza pula untuk murid tahun 6. Bagi murid tahun 6, kognitif mereka cenderung
membina hipotesis dan membuat jangkaan berdasarkan fakta (Nicola, 2016). Oleh itu, guru
boleh menjalankan aktiviti pengkajian. Ini bermakna, bagi memahami sesuatu teori, guru
boleh mengarahkan pelajar untuk mengkaji berkaitan apa yang mereka akan belajar. Sebagai
contoh, guru boleh mengarahkan pelajar untuk membuat analisis kepada faktor-faktor
berlakunya pencemaran udara dan meminta untuk mereka kemukakan alternatif untuk
menangani masalah itu. Hal ini dapat memastikan kognitif pelajar berkembang dengan baik.
Intihannya, penguasaan teori kognitif ini dapat membantu guru menjalankan aktiviti
pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap kognitif pelajar.

Rumusan
Kesimpulannya, melihat kepada pelbagai kelebihan yang boleh diperoleh, golongan

pendidik sewajarnya menguasai teori perkembangan kognitif khususnya Teori Perkembangan
Kognitif Jean Piaget. Pengetahuan yang kukuh berkaitan teori ini akan mendorong guru untuk
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap dan kebolehan kognitif
para pelajar. Ini akan dapat membantu para pelajar untuk memahami dengan mendalam dan
menyeluruh mengenai apa yang mereka pelajari. Dalam bahasa mudahnya, pengajaran yang
mengikut tahap setiap pelajar dapat memastikan perkembangan kognitif pelajar berada dalam
tahap yang sepatutnnya. Dengan perkembangan kognitif yang baik, pelajar akan mendapat
pendidikan yang berkualiti selaras dengan apa yang ingin dicapai dalam Sustainable
Development Goals (SDG) iaitu memastikan setiap kanak-kanak, remaja serta belia
mendapat pendidikan berkualiti menjelang 2030 (Faheem et al., 2018). Oleh hal demikian,
saya menyeru semua golongan pendidik tidak kira sebagai guru tadika, sekolah rendah,
sekolah menengah mahupun barisan pensyarah untuk berusaha sedaya upaya menguasai
Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget dan mengaplikasikannya dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran agar dapat memastikan semua generasi muda ini mendapat pendidikan
berkualiti bagi mencapai hasrat United Nation dalam memastikan kelestarian dan masa depan
dunia yang lebih baik menjelang 2030 (Prajal Pradhan et al., 2017).

8

Rujukan

Azizi, Y. (2010). Bab2: Teori-teori Perkembangan.
https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teori-
teori_Perkembangan

Cherry, K. (2019, August 2). Support and Criticism of Piaget's Stage Theory.
verywellmind.com https://www.verywellmind.com/support-and-criticism-of-piagets-
stage-theory-2795460

Cherry, K. (2020, June 23). Child Development Theories and Examples. verywellmind.com
https://www.verywellmind.com/child-development-theories-2795068

Faizah, J. (n.d.). BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (P&P) DI SEKOLAH MENENGAH PONTIAN. uthm.edu
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9573/1/FAIZAH_JA%E2%80%99APAR.pdf

Mooi, L. M., Norliza, J., & Norulazilah, M. (2015). Perkembangan Kanak-kanak. Pelangi
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Nazar, R., Chaundry, I., Ali, S., & Faheem, M. (2018). ROLE OF QUALITY EDUCATION FOR
SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS (SDGS). People: International Journal of
Social Sciences, 4, 486-501. 10.20319/pijss.2018.42.486501

Nicola. (2016, November 24). How Do Our Preschoolers Think? mindsofwonder
https://mindsofwonder.com/2016/11/24/how-do-our-preschoolers-think/

Nicola. (2016, November 24). Piaget’s Influence on Educational Practices.
mindsofwonder.com https://mindsofwonder.com/2016/11/24/piagets-influence-
educational-practices/

Nyda, M. (n.d.). instruksi P&P b'dsrkn teori kognitif Piaget. Academia.edu
https://www.academia.edu/1473663/instruksi_P_and_P_bdsrkn_teori_kognitif_Piaget

Prajal Pradhan , Luís Costa , Diego Rybski, Wolfgang Lucht , & Jürgen P. Kropp. (2017). A
Systematic Study of Sustainable Development Goal (SDG) Interactions.
https://doi.org/10.1002/2017EF000632

Razak. (2015, Julai 24). PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME.
Blogspot.com http://cikgurazak.blogspot.com/2015/07/pendekatan-pembelajaran-
konstruktivisme.html

Rusmailani, A., & Fatimah, Y. (2013). PERKEMBANGAN KOGNITIF AWAL KANAK-KANAK
:PERBANDINGAN ANTARA TASKA. Persidangan Psikologi . UKM.

Sarah, M. (2020). Teori Perkembangan anak dan belajar menurut Piaget Vygotsky.
https://www.researchgate.net/publication/341753435_TEORI_PERKEMBANGAN_A
NAK_DAN_BELAJAR_MENURUT_PIAGET_VYGOTSKY

UKEssays. (2018, November). Piagets Influence In The Teaching Learning Environment

Education Essay. ukessays.com

https://www.ukessays.com/essays/education/piagets-influence-in-the-teaching-

learning-environment-education-essay.php#citethis

9


Click to View FlipBook Version