1 MALAYSIA PELBAGAI BUDAYA 1 MALAYSIA PELBAGAI BUDAYA HIdangan manis orang india di Malaysia HIdangan manis orang india di Malaysia Pesta Tanglumg DiMalaysia Pesta Tanglumg DiMalaysia KUIH BULAN KUIH BULAN SARUNGAN SRIKANDI SARUNGAN SRIKANDI Keris WarisanMelayu Keris WarisanMelayu Keunikan Makanan Baba dan Nyonya Keunikan Makanan Baba dan Nyonya KEnyalang Borneo Warisan Tarian KEnyalang Borneo Warisan Tarian EDISI 17 OKTOBER 2023
Sidang Redaksi NAMA PENSYARAH: Nama: Nama: Nama: No. Matrik: No. Matrik: No.Matrik: Tajuk: Tajuk: Tajuk: NURSHAFIKAH BT MOHD AMER 18DEV23F1001 PESTA TANGLUNG PENYERI MASYARAKAT i YASHWINI A/P MANIAM 18DEV23F1013 HIDANGAN MANIS ORANG INDIA DI MALAYSIA NUR IWANINA BT ISMAIL 18DEV23F1015 KERIS WARISAN MELAYU PUAN AINUL FARHAAN BINTI HARUN
Sidang Redaksi Nama: Nama: Nama: Nama: No. Matrik: No. Matrik: No. Matrik: No Matrik: Tajuk: Tajuk: Tajuk: Tajuk: ii NUR ADRIANA IWANI BINTI AB NASIR 18DEV23F1027 KENYALANG BORNEO WARISAN TARIAN ANIS AMALIN BINTI AHMAD RIZAL18DEV23F1011 SARUNGAN SRIKANDI NURUL ATIQAH BINTI AZIZAN 18DEV23F1038 KEUNIKAN MAKANAN BABA DAN NYONYA NUR QISTINA AZYYATI BINTI AZDIKIRANA 18DEV23F1021 KUIH BULAN
SIDANG REDAKSI ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN Soalan Temu Ramah i-ii iii iv HIDANGAN MANIS ORANG INDIA DI MALAYSIA KENYALANG BORNEO WARISAN TARIAN Soalan Temu Ramah SARUNGAN SRIKANDI Soalan Temu Ramah PESTA TANGLUNG PENYERI MASYARAKAT Soalan Temu Ramah KEUNIKAN MAKANAN BABA DAN NYONYA Soalan Temu Ramah KERIS WARISAN MELAYU Soalan Temu Ramah KUIH BULAN Soalan Temu Ramah GALERI ALBUM PENUTUP RUJUKAN DISEDIAKAN OLEH iii 1-7 8-13 14-19 20-25 26-31 32-38 39-44 45-47 48 49 50-51
Alhamdulillah bersyukur keatas hadrat ilahi dengan limpah kurnia-nya serta,kami dapat menyelesaikan tugasan e-folio pada masa yang telah ditetapkan. Selawat dan salam juga buat junjungan besar Nabi Muhammad (SAW) serta keluarga kerabat baginda. Pertama sekali saya ingin mendedikasikan ucapan terima kasih ini kepada pensyarah yang dihormati iaitu Pn Ainul Farhaan binti Harun kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan telah membuka ruang untuk kami menjayakan tugasan ini. Selain itu kami juga ingin mengucapkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan menjadi pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya kami juga ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada rakan rakan sekelas khususnya kepada ahli kumpulan yang banyak memberi pendapat dan peringatan terhadap setiap apa yang telah kami alpa sepanjang tugasan ini disiapkan.Mereka juga telah banyak membantu dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami berikan kepada mereka. Akhir sekali,kami berharap e-folio kami ini dapat memberi manfaat kepada semua para pembaca. PENGHARGAAN iv
HIDANGAN MANIS ORANG INDIA DI MALAYSIA YASHWINI A/P MANIAM ASAL USUL GULAB JAMUN Gulab jamun adalah makanan khas dari India.Makanan ini biasa disajikan sebagai hidangan penutup.Terdapat maksud tersendiri bagi kata gulab,artinya mawar,sedangkan jamun,berartinya buah plum.Gulab jamun memiliki rasa manis, lembut, dan sedikit gurih dari susu. Hidangan ini sering disajikan pada berbagai perayaan dan acara spesial di India, seperti pernikahan, festival, dan acara keluarga lainnya. Selain itu gulab jamun juga menjadi hidangan penutup yang populer di restoran-restoran India dan banyak dicari oleh wisatawan dan pecinta makanan manis. Gulab jamun adalah salah satu makanan penutup (dessert) yang populer di India. Hidangan ini memiliki akar budaya yang kaya dan tradisional dalam sejarah kuliner India. Gulab jamun pertama kali disediakan pada zaman pertengahan Iran dan berasal dari gorengan yang dibawa oleh penakluk Turkik Asia Tengah ke India.Nama gulab jamun sendiri berasal dari bahasa Persia, di mana “Gulab” berarti “bunga mawar” dan “Jamun” adalah nama buah plum berwarna hitamyang memiliki ukuran yang mirip dengan bola-bola.Bukan itu sahaja, legenda-legenda lain menyebutkan bahwa gulab jamun menjadi hidangan favorit prajurit dalam sejarah India kuno. Bola- bola manis ini diyakini sebagai makanan yang mengisi tenaga bagi para pejuang sebelum perlawanan dan sering disajikan dalam kemah-kemah perang. 1
CARA PENYEDIAAN GULAB JAMUN : Di benua kecil India, pepejal susu dan keju disediakan dengan memanaskan susu di atas api yang perlahan untuk jangka masa yang lama sehingga kandungan air telah tersejat dan hanya pepejal susu yang tinggal. Pepejal susu ini, dikenali sebagai khoya, diuli menjadi doh, dengan sejumlah besar tepung dipanggil sebagai (maida maavu) dalam bahasa inida. Terdapat banyak campuran gulab jamun di pasaran, yang diadun dengan air/susu untuk dijadikan doh. Doh kemudiannya dibentuk menjadi bebola kecil dan digoreng dalam minyak atau minyak sapi (mentega jernih) pada suhu rendah sehingga mendapat warna perang keemasan yang biasa. Jika bebola masak terlalu cepat, ia akan mentah di dalam. Bebola yang telah digoreng kemudian direndam dalam sirap gula cair berperisa buah pelaga hijau dan air mawar. 2
Gulab jamun ialah pencuci mulut yang sering dihidangkan pada hari lahir atau keraian besar seperti perkahwinan, dan sempena perayaan Hari Deepavali iaitu (perayaan cahaya India). Manisan ini berkait rapat dengan kepercayaan penganut Hindu.Manisan gulab jamun ini merupakan acara pembuka bagi Hari Deepavali kerana membawa kegembiraan , keseronokan dan nilai positif dalam diri seseorang. Mengikut kepercayaan penganut Hindu,manisan tersebut tidak boleh dimakan selagi manisan itu belum mendapat restu daripada Tuhan. Pada pagi sambutan Deepavali,masakan dan beberapa jenis manisan dipersembahkan semasa bersembahyang di rumah tujuan untuk mendapatkan restu daripada Tuhan. Selepas sembahyang, barulah hidangan manisan boleh dinikmati. BILAKAH GULAB JAMUN DIHIDANGKAN ? 3
Pada pendapat saya, manisan gulab jamun ini makin terhakis kerana generasi muda tidak menitikberatkan untuk mendapatkan atau belajar cara-cara untuk membuat makanan tersebut. NAMA : SYARIFAH IZAZI ANISHA BINTI AMIR UMUR : 18 TAHUN INSTITUT: KOLEJ TINGKATAN ENAM HAJI ZAINUL ABIDIN Soalan Temu Ramah 1. Pada pendapat anda,adakah manisan gulab jamun ini makin terhakis atau masih terkenal di Malaysia ? 2. Dari pandangan anda , selain daripada gulab jamun,apakah manisan tradisional kaum india yang terkenal di Malaysia ? Dari pandangan saya, selain daripada gulab jamun, manisan tradisional kaum india yang terkenal di Malaysia ialah Laddu. Laddu memiliki rasa yang manis.Laddu sering dihidangkan semasa perayaan dan perayaan keagamaan.Laddu juga tidak hanya terkenal di India namun juga dunia,lantaran kerap kali muncul di berbagai film-filem Bollywood. 4
Pada pendapat saya,gulab jamun ini makin terhakis di Malaysia. Hal ini kerana terlalu ramai orang muda tidak sanggup mengambil alih untuk membuat pencuci mulut tersebut. Soalan Temu Ramah NAMA : LIM ZHI ENN UMUR : 18 TAHUN INSTITUT: KOLEJ TINGKATAN ENAM ABDUL AZIZ Pada pendapat anda, adakah manisan gulab jamun ini makin terhakis atau masih terkenal di Malaysia ? 1. 2. Dari pandangan anda , selain daripada gulab jamun,apakah manisan tradisional kaum india yang terkenal di Malaysia ? Selain daripada gulab jamun , saya rasa achi muruku adalah manisan yang terkenal untuk kaum india. Ini sebab kerana ia selalu wujud pada hari Deepavali dan ia juga telah menjadi manisan kegemaran kanak-kanak. 5
2. Dari pandangan anda, selain daripada gulab jamun,apakah manisan tradisional kaum india yang terkenal di Malaysia ? Pada pendapat saya , manisan gulab jamun ini masih terkenal di Malaysia.Ini kerana , masakan India yang dibawa oleh etnik India di Malaysia ini telah sebati dengan jiwa dan raga rakyat Malaysia. Biarpun makanan kaum India diperbuat dari rempah ratus yang berbeza, namun ia memiliki keenakan yang tersendiri. Rasanya yang sederhana membuatkan ia boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Soalan Temu Ramah NAMA : YOGADEVI A/P MANIAM UMUR : 23 INSTITUT : UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) Pada pendapat anda,adakah manisan gulab jamun ini makin terhakis atau masih terkenal di Malaysia ? 1. Dari pandangan saya , selain daripada gulab jamun , manisan tradisional kaum india yang terkenal di Malaysia ialah Palkova . Ini kerana , palkova mempunyai manisan dan keenakan yang disukai oleh ramai orang dan manisan tersbut juga dikenali oleh ramai orang di Malaysia kerana memiliki rasa yang agak sedap dan lezat. 6
Secara konklusinya, , manisan ini juga berkait rapat dengan kepercayaan penganut agama Hindu.Manisan Gulab Jamun dianggap juadah wajib bagi menjadikan sambutan Deepavali , perkahwinan ataupun hari kelahiran bayi lebih bermakna dalam kehidupan penganutnya. Secara keseluruhan,dapat dirumuskan bahawa makanan tradisi kaum di negara Malaysia ini dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat negara kita.Masyarakat dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal yang terdiri daripada 3 bangsa terbesar di dalam negara kita iaitu Melayu,Cina, dan India dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Tiga kaum terbesar ini mempunyai pelbagai adat dan budaya tersendiri dalam mengeratkan silatulrahim dan menguatkan perpaduan antara satu sama lain. Seperti yang kita sedia maklum, setiap kaum di Malaysia ini mempunyai sejarah tentang makanan tradisional kaum masing-masing. 7 KESIMPULAN
KERIS WARISAN MELAYU No Matrik : Nama : 18DEV23F1015 NUR IWANINA BT ISMAIL Keris Taming Sari merupakan sebilah keris yang sangat terkenal di Alam Melayu dan sejarah . Keris Taming Sari pada asalnya ialah kepunyaan seorang pahlawan Jawa iaitu ”Taming Sari “ . keris ini juga pernah digunakan oleh Laksamana Melaka iaitu Hang Tuah. Hang Tuah yang merupakan pahlawan melayu berjaya menewaskan Taming Sari di dalam pertempuran. Keris ini juga mempunyai kuasa sakti ketika bertarung dan pemegang keris ini akan menjadi kebal. Malah , keris Taming Sari juga berupaya berlegar di udara ketika mengejar musuh ke mana sahaja musuh berlari.Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka ,Perak belum mempunyai sultan dan untuk mencari seorang pemimpin mestilah berketurunan diraja. Rombongan ketika itu perlu menyeberangi selat Melaka ke kampar untuk berjumpa dengan Sultan Mahmud yang merupakan sultan Melaka yang terakhir yang berpindah ke sumatera selepas melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Sultan Mahmud telah memperkenankan anaknya iaitu Sultan Muzaffar Shah untuk menjadi sultan perak yang pertama dan ketika inilah keris yang dinamakan sebagai Keris Taming Sari telah dibawa bersama yang merupakan alat kebesaran diRaja. Asal usul keris Taming Sari Tahukah anda tentang Keris Taming Sari ? Keris ialah sejenis senjata tikam bermata dua dan digunakan sewaktu bersilat .Keris ini merupakan sebagai alat kebesaran diraja . 8
Ciri ciri keris Taming Sari Ciri ciri keris Taming Sari Keris Taming Sari ini diperbuat daripada 20 jenis besi dan salah satu besi berasal daripada ganggang kaabah. Keris ini juga merupakan bilah Jawa tetapi tidak dalam pakaian jawa dan lebih kepada bugis.Pada hari ini keris yang dipanggil keris Taming Sari merupakan alat kebesaran kesultanan Perak. Keris Taming Sari yang disandang di tangan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ,Sultan Nazrin Muizzudin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah . Sebenarnya, Keris ini telah menjadi lambang kebesaran Kesultanan Perak sejak tahun 1528 sehingga kini. Keris Taming Sari ini telah dipamerkan semasa hari pertabalan Sultan Perak di GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR PERAK. Dimanakah tempat Keris Taming Sari dipamerkan ? Dimanakah tempat Keris Taming Sari dipamerkan ? 9
KESIMPULAN Warisan kesenian keris ini merupakan budaya yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum. Sebagai contoh pameran Keris Taming Sari yang dianjurkan turut disertai oleh kaum Cina dan India. Persefahaman budaya ini serta menerima budaya kaum lain juga melibatkan proses asimilasi iaitu kaum lain dapat mengakui budaya setiap kaum tanpa menimbulkan masalah rusuhan kaum . Oleh itu , setiap kaum mestilah memainkan peranan penting dalam memelihara budaya tersendiri agar dapat mengukuhkan perpaduan kaum .Seterusnya, setiap masyarakat juga dapat mengetahui adat istiadat seperti hari pertabalan dan alat kebesaran diraja. 10
SOALAN TEMU RAMAH 1.Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memperkenalkan kesenian keris dalam kalangan masyarakat ? Umur : Institut : Nama : 19 Tahun Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau Perlis Ummageswari A / P Sivanesan Pada pendapat saya , antara cara untuk memperkenalkan kesenian keris dalam kalangan masyarakat adalah lebih baik dimulakan dengan golongan remaja iaitu pihak sekolah boleh melaksanakan hari kesenian di sekolah dimana program yang dijalankan dapat membantu pelajar mengenali kesenian warisan keris seperti tengkolok dan lain lain . Selain daripada itu,Pihak media massa boleh memainkan peranan dengan membuat iklan tentang alat kesenian di televisyen yang dapat menambah pengetahuan masyarakat . 2.Apakah jenis - jenis senjata lain tradisional melayu yang anda tahu ? Keris adalah salah satu senjata paling ikonik dalam budaya Melayu,sering kali memiliki hiasan yang indah pada gagangannya.Selain itu, ada juga senjata seperti Kujang dari Sunda ,Indonesia dan pedang melayu yang beragam dalam bentuk dan ukuran.Sejata senjata tradisional ini memiliki budaya dan sejarah yang kaya. 11
SOALAN TEMU RAMAH Institut : Umur : Nama : Wimonsirik A/P I Riang 18 Tahun Kolej Tingkatan Enam Kubor Panjang Kedah Pada pendapat anda,bagaimanakah cara untuk memperkenalkan kesenian keris dalam kalangan masyarakat ? 1. Pada pendapat saya, cara untuk memperkenalkan kesenian keris dalam kalangan masyarakat ialah mengadakan kempen untuk mempromosikan keunikan keris supaya dapat diperkenalkan lagi kepada generasi masyarakat akan datang. 2. Apakah jenis -jenis senjata lain tradisional Melayu yang anda tahu ? Jenis - jenis senjata lain tradisional Melayu yang saya tahu adalah kapak ,lembing, pedang dan parang. 12
SOALAN TEMU RAMAH Umur : Institut : Nama : Nurqistina Balkis Bt Aziz Kolej Poly -Tech Mara Kota Bharu Kelantan 18 Tahun 1. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memperkenalkan kesenian keris dalam kalangan masyarakat ? 2.Apakah jenis - jenis senjata lain tradisional Melayu yang anda tahu ? Pada pendapat saya, cara untuk memperkenalkan kesenian keris dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan pameran bertemakan tradisional yang memfokuskan kesenian keris. Jenis-jenis senjata lain tradisional Melayu adalah badik,tumbuk lada ,sewar ,sundang dan keris panjang. 13
Pesta Tanglung merupakan perayaan tradisional masyarakat Cina yang jatuh pada hari ke 15 di kalendar lunar pertama,14 hari selepas Tahun Baru Cina. Perayaan ini adalah menandakan berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina.Perayaan Tanglung juga dikenali sebagai Yuanxao ie atau lebih dikenali sebagai Pesta Chap Goh Mei.Pada malam pesta tersebut, tanglung berwarna-warni akan dinyalakan dan mercun akan dibakar untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut.Menurut adat kaum Cina, tujuan mercun dibakar untuk menghalau makhluk jahat yang kejam. Makhluk tersebut dikatakan akan takut sekiranya mendengar bunyi bising yang dihasilkan oleh mercun. Difahamkan, terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapatkan pasangan pada waktu ini.Tanglung juga merupakan satu elemen kebudayaan masyarakat Cina semenjak tahun 250 SM lagi. Bentuk asal tanglung tidak banyak berubah dari dahulu. Kebiasaannya tanglung diperbuat daripada kertas dan rangkanya diperbuat daripada buluh. Tetapi ada juga tanglung yang diperbuat dari kain dan sutera.Semasa pemerintahan Dinasti Song, tanglung-tanglung diperbuat dari kaca dan permata digunakan sewaktu menyambut pesta dan perayaan tahun baru Cina. Di negara China, tanglung yang mudah dan ringkas bentuknya digunakan untuk menerangi jalan masuk ke rumah, digantung di tiang sampan, di luar rumah, dan kedai. Kanak-kanak sekolah juga diajar cara cara untuk membuat tanglung.Semasa musim luruh, mereka mengadakan pesta tanglung sebagai tanda berakhirnya musim Tahun Baru Cina dan meraikan kedatangan cahaya dan musim bunga. Tanglung yang berbagai-bagai bentuk dan warna digantung di merata-rata tempat.Reka bentuk tanglung yang pelbagai juga dapat menarik minat semua orang. Pesta Tanglung Tanglung Tanglung P E N Y E R I M A S Y A R A K A T NURSHAFIKAH 18DEV23F1001 14 APA ITU PESTA TANGLUNG? REKA BENTUK
Warna serta tempat di mana tanglung digantung membawa makna tertentu. Contohnya, mereka yang baru menyambut kelahiran bayi atau perkahwinan akan menggantung tanglung berwarna merah di pintu rumah. Ini sebagai tanda kemeriahan dan kegembiraan kerana warna merah membawa maksud tenaga dan kecergasan.Tanglung merah juga digunakan semasa perayaan atau keraian, seperti perayaan Tahun Baru Cina.Setiap tanglung yang mempunyai makna yang tertentu mengikut simbol-simbol yang tertentu membawa maksud yang baik kepada penggunanya. Dalam masyarakat Cina, tanglung bukan hanya perhiasan. Ia digunakan dalam majlis tertentu untuk mengalu-alukan tetamu, untuk menghebahkan kelahiran, kematian, atau amaran bahaya.Tanglung juga perlu digunakan dengan berhati hati terutamanya kepada kanak-kanak kerana tanglung tersebut menggunakan api. Di Malaysia, disambut pada hari ke-15 bulan pertama Tahun Baru Cina iaitu semasa bulan penuh. Pesta tanglung ini jelas sekali sudah menjadi tradisi masyarakat Cina menggantung tanglung semasa malam bulan penuh ini. Kadang-kadang mereka menulis puisi dan teka-teki pada tanglung-tanglung dan cuba menyelesaikannya.Selain itu Perayaan ini turut mendapat sambutan daripada kaum masyarakat lain, bahkan ia telah menjadi satu tarikan kepada pelancong, sama ada dari dalam mahupun luar negara. Pelbagai pihak menganjurkan pesta tanglung ini dengan pelbagai reka bentuk tanglung yang menarik bagi menarik perhatian para pemelihatnya. Oleh itu, para pengunjung akan rasa lebih seronok dan tertarik apabila melihat keunikan reka bentuk tanglung sama ada yang dipamerkan atau yang digantung. 15 SIMBOL KEGUNAAN PESTA TANGLUNG DI MALAYSIA
apa yang menunjukkan perbezaan sambutan pesta tanglung di Malaysia dan di Negara China adalah dari segi pemberian angpau.Mendapat angpau atau wang dalam sampul merah dianggap antara yang paling dinanti-nantikan pada perayaan Tahun Baru Cina tidak ketinggalan juga dalam pesta tanglung yang mana pemberian angpau turut menjadi acara yang dinanti-nantikan. Bagi kanak-kanak Cina, angpau ini seolah-olah idaman mendapat hadiah Krismas. Bagi masyarakat Cina di Malaysia, angpau biasanya diberi oleh pasangan yang sudah berkahwin kepada rakan yang masih bujang dan ahli keluarga mereka. Pemberian angpau ini sebagai simbol mendapat rahmat sementara ibu bapa pula akan memberi angpau kepada anak mereka yang belum berkahwin. Sudah Terang lagi bersuluh pesta tanglung sudah menjadi tradisi masyarakat cina dan turut diraikan dan disaksikan bersama sama masyarakat yang berbeza-beza kaum di negara ini. Ianya dapat mengekalkan perpaduan berbilang kaum apabila pesta tanglung turut diraikan bersama sama tidak kira bangsa ataupun agama.Secara keseluruhannya tidak dinafikan lagi bahawa negara Malaysia mempunyai pelbagai adat dan budaya masing-masing bagi setiap kaum yang ada di malaysia.Ini dapat memupuk semangat bertolak-ansur dalam diri masyarakat untuk sentiasa bersifat terbuka dan dapat memberikan impak yang positif kepada negara dan semua kaum. 16 PEMBERIAN ANGPAO KESIMPULANNYA
=Perayaan kaum lain yang pernah saya raikan adalah vaisakhi. Antara keistimewaan perayaan vaisakhi pada pandangan saya dari aspek kebudayaan ialah tarian Bhangra dan Gidha akan disambut di luar kawasan Gurdwara. Nama: Umur: Institut: 1)Pada pandangan anda,mengapakah pesta tanglung penting kepada masyarakat kaum Cina? 1)Bolehkah anda nyatakan perayaan kaum lain yang pernah anda raikan?Apakah keistimewaan perayaan tersebut pada pandangan anda? 17 Nirthya A/P Vijaya Rajan 18 Tahun POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN =Pada pendapat saya,pesta tanglung penting bagi masyarakat kaum cina kerana mereka mengadakan pesta tanglung sebagai tanda berakhirnya musim Tahun Baru Cina dan meraikan kedatangan cahaya dan musim bunga. SOALAN TEMU RAMAH
Nama: Umur: Institut: 18 Arini A/P Supun 18 Tahun POLITEKNIK MUADZAM SHAH 1)Pada pandangan anda,mengapakah pesta tanglung penting kepada masyarakat kaum Cina? 1)Bolehkah anda nyatakan perayaan kaum lain yang pernah anda raikan?Apakah keistimewaan perayaan tersebut pada pandangan anda? =Pada pendapat saya, pesta tanglung penting bagi masyarakat cina kerana merupakan tanda berakhir musim tahun baru cina dan sudah menjadi kewajiban kepada mereka untuk menyambut pesta tanglung ini. = Perayaan kaum lain yang pernah saya raikan ialah perayaan kaum siam iaitu songkran. Pada pandangan saya, keistimewaan perayaan ini ialah dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. SOALAN TEMU RAMAH
Nama: Umur: Institut: 19 1)Pada pandangan anda,mengapakah pesta tanglung penting kepada masyarakat kaum Cina? 1)Bolehkah anda nyatakan perayaan kaum lain yang pernah anda raikan?Apakah keistimewaan perayaan tersebut pada pandangan anda? = Pada pendapat saya,mengapa pesta tanglung ini penting bagi suku kaum cina menurut tradisi,pesta tanglung disambut sebagai tanda berakhirnya musim tahun baru cina. = Selain daripada perayaan tahun baru cina,saya juga pernah menyambut perayaan orang islam iaitu hari raya Aidilfitri. Keistimewaan yang terdapat pada perayaan tersebut saya dapat melihat dimana terdapat banyak jenis kaum yang turut merayakan perayaan tersebut seperti cina dan india,hal ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantaran sesama kaum. Xiang Min 17 Tahun CHARIS INTERNATIONAL SCHOOL SOALAN TEMU RAMAH
KEUNIKAN MAKANAN BABA DAN NYONYA KUIH CHANG ??? Kuih Chang ini berasal dari negara China dan rupanya berbentuk segi tiga serta bentuknya kelihatan unik.Kuih ini mempunyai sejarah dan falsafah yang tersendiri.Pada ketika dulu,kuih ini digunakan ketika menyambut sebuah majlis seperti meraikan Festival Dragon Boat yang disambut pada hari ke 5 dalam bulan 5 kalendar Lunar.Kuih Chang muncul pada zaman Dinasti Zhou.Kuih ini membawa maksud berkaitan dengan simpati terhadap rakyat. 20 NURUL ATIQAH BINTI AZIZAN NO MATRIK : 18DEV23F1038
Bahan yang digunakan untuk membuat kuih Chang ini sangat mudah. Antarabahan yang digunakan adalah sepert beras pulut, isi ayam,bawang putih, cendawan shitake, buah berangan dan air bunga telang.Terdapat juga bahan- bahan yang lain yang tidak ditunjukkan dalam rajah seperti daun buloh kering, kacang putih, lada hitam, garam, gula kundur, bawang merah, lada hitam, kicap pekat, kicap cair dan udang kering untuk melengkapi kuih Chang ini. Pada langkah awalnya, beras pulut kuih Chang dibungkus dengan daun buluh.Isinya berintikan daging,cendawan shitake dan gula kundur serta dimasak bersama rempah ratus supaya menaikkan aroma yang menyelerakan. Bahan YANG DIGUNAKAN 21 KUIH CHANG VERSI HALAL Kuih Chang versi halal ini berbeza dengan kuih Chang yang disediakan oleh kaum Baba dan Nyonya kerana kuih Chang versi halal ini khas untuk kaum Melayu yang beragama Islam. Oleh kerana bahan-bahan yang tidak halal dalam kuih tersebut.Bagi kaum Melayu yang beragama Islam yang ingin memakan kuih Chang haruslah memeriksa makanan itu sama ada halal atau tidak dan sekiranya kaum Melayu Islam ingin membuat kuih Chang mesti menukarkan bahan- bahan tersebut dalam sumber yang halal.
Kuih Chang ini juga mudah disimpan lama dalam lingkungan beberapa hari mengikut kaedah penyimpanannya. Walaupun Kuih Chang diletakkan ke dalam peti sejuk, malah kualitinya serta rasanya masih sama dan bertahan lebih daripada sebulan dan hanya perlu memanaskan semula apabila mahu dimakan Pada ketika dulu, kebiasaannya kuih chang dihidang sebagai menu sarapan untuk kaum Baba dan Nyonya.Mereka menjamu selera dan juga menghidangkan kepada tetamu ketika datang ke rumah. Kuih Chang ini juga turut dijual di pasar pada waktu pagi. BILA DISAJIKAN Setiap kaum mempunyai makanan tradisional mereka tersendiri. Oleh itu, bagi masyarakat kaum Baba dan Nyonya mereka disajikan dengan kuih Chang dan kuih ini menjadi adat resam bagi kaum mereka.Bagi kaum seperti Cina, India kecuali Melayu Islam juga boleh merasai kuih Chang mengikut cita masing-masing. Oleh itu, dengan makanan dapat membina kesepaduan kita antara kaum dan bekerjasama antara berbilang kaum. KEISTIMEWAAN KUIH CHANG KESIMPULAN 22
23 TEMU RAMAH NAMA: Chong Mei Hui UMUR : 25 TAHUN BANGSA : CINA PEKERJAAN : KERANI 1.Apakah makanan tradisi kaum lain yang anda gemari ? Saya gemar makan nasi lemak bagi makanan tradisi kaum Melayu. . Pada pandangan anda, mengapakah makanan tradisional perlu dikekalkasehingga kini ? Pada pandangan saya, makanan tradisional perlu dikekalkan sehingga kini supaya generasi akan datang dapat merasai makanan tradisional ini dan mengetahui banyak keistimewaan dan juga sejarah makanan itu sebagai contoh kuih bak chang.
TEMU RAMAH NAMA :ANIS AFRINA BINTI TAJUL ANNUAR UMUR : 18 TAHUN BANGSA : MELAYU INSTITUT PENGAJIAN :POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN 1.Apakah makanan tradisi kaum lain yang anda gemari ? Saya gemar memakan otak-otak kerana otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. ada pandangan anda, mengapakah makanan tradisional perlu dikekalkan sehingga kini ? Pada pandangan saya, makanan ini sesuai untuk para orang dewasa dan kanan-kanak dimakan keran makanan ini dikategorikan sebagai makanan ringan di jamuan petang.Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu” Otakotak Terangganu dan “ Otak-otak Johor.Makanan ini lebih enak dimakan ketika masih panas. Kerana itu, makanan ini patut dikekalkan bagi generasi akan datang merasainya. 24
TEMU RAMAH NAMA : SNEHA A/P SIVAM UMUR : 19 TAHUN BANGSA : INDIA INSTITUT : POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN 1.Apakah makanan tradisi kaum lain yang anda gemari ? Makanan tradisi kaum lain yang saya gemari ialah nasi lemak. 2.Pada pandangan anda, mengapakah makanan tradisional perlu dikekalkan sehingga kini? Pada pandangan saya, generasi yang akan datang boleh mengetahui. 25
SARUNGAN SRIKANDI “ PEMERINTAH TAMAN SERENDAH SEKEBUN BUNGA “ TAHUKAH ANDA ? Che Siti Wan Kembang merupakan seorang pemerintah wanita lagenda yang pernah memerinah sebuah kesultanan di pantai timur semenanjung tanah melayu bernama kelantan. Berdasarkan sejarah , baginda dikatakan memerintah kelantan sekitar 1610 sehingga 1677 masihi.baginda juga sering diceritakan oleh rakyat tempatan.walaubagaimanapun,masih belum ada bukti arkeologi yang jelas bagi membuktikan kesahihan dan kemujudan watak yang sentiasa berlegar-legar dalam hikayat klasik dan cerita rakyat terutama yang berlatar belakangkan masyarakat melayu kelantan. PEMERINTAHAN pemerintahan che siti wan kembang di gunung chinta wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang dari dalam dan luar negeri termasuklah juga orang orang arab yang menggelarkan cik wan kembang dengan panggilan “PADUKA CHE SITI” . baginda mempunyai seekor kijang yang amat disukai baginda , iaitu persembahan daripada rakyat baginda yang tinggal di gunung ayam. SUKTAN KELANTAN (BAGI WILAYAH GUNUNG CHINTA WANGSA,ULU KELANTAN) LAHIR PADA 1570 MASIHI BERKEDIAMAN DI TAMAN SERENDAH SEKEBUN BUNGA 26
KOMPENAN 27 ASAS BUSANA TRADISIONAL CHE SITI WAN KEMBANG
SESI TEMU RAMAH 28
SESI TEMU RAMAH 29
SESI TEMU RAMAH 30
AKHIRUL KALAM,PAKAIAN INI JUGA SANGAT BERKAIT TENTANG KEPERCAYAAN MASYARAKAT KELANTAN PADA MASA DAHULU.PAKAIAN INI BOLEH DIPAKAI TANPA MENGIRA LAPISAN UMUR,KAUM,DAN AGAMA SECARA TIDAK LANSUNG LAGI,PAKAIAN TRADISIONAL INI DAPAT MENYATUKAN PELBAGAI KAUM DAN AGAMA.DENGAN CARA INI JUGA,BUSANA INI AKAN DIPANDAI TINGGI DAN TERBUKA DIMATA DUNIA.PERKONGSIAN ILMU INI JUGA SEDIKAT SEBANYAK DAPAT MENAMBAHKAN LAGI ILMU PEGETAHUAN MASYARAKAT DALAM DAN LUAR NEGARA. 31 KESIMPULAN
KENYALANG BORNEO WARISAN TARIAN TARIAN KENYALANG NUR ADRIANA IWANI BT AB NASIR 18DEV23F1027 Tarian kenyalang ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan pahlawan -pahlawan dari berburu atau perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai bagi kaum itu.Kini tarian ini dipersembahkan pada hari kebesaran atau untuk meraikan kedatanganpelawat ke rumah panjang terutamanya pelancong dari luar negara. 32 Tarian kenyalang ini dikenali sebagai Datun Julud merupakan sebuah tarian tradisional bagi kaum suku Dayak Kenyah di Kalimantan Timur,Indonesia.Tarian ini wajib dalam setiap upacara adat suku Dayak Kenyah. Pencipta tarian kenyalang ini ialah seorang raja suku Dayak Kenyah di Apo Kanyan yang bernama Nyik Selung.Tarian ini diciptakan utnuk menunjukkan rasa kegembiraan dan kesyukuran kapada Maha Dewa atas kelahiran cucunya.Selepas peristiwa tersebut,tarian kenyalang terus diminati dalam kalngan masyarakat sekitar dan terus berkembang ke kawasan daerah lain di Sarawak. ASAL USUL TARIAN KENYALANG
PAKAIAN TARIAN TRADISIONAL Penari lelaki membawa perisai “Terabai” dan parang panjang “Ilang” semasa menari.Di kepala dihiasi topi yang dilekatkan denagan bulu burung kenyalang.Baju yang digunakan diperbuat daripada kulit kayu kemudu atau kulit kambing sunong. Tarian kenyalang ini tiada pakaian khas digunakan.Tetapi sekiranya ada tetamu terhormat atau untuk menyambut hari - hari perayaan beberapa corak pakaian tradisional yang digunakan antaranya ialah penutup kepala yang dihiasi manik dan bulu kambing.Baju dan sarung (Taah) dihiasi dengan ukiran tradisi yang diperbuat daripada manik dan labuci.Penari wanita memakai baju berlengan pendek dan kain motif tradisi.Pakaian tradisional yang pelbagai corak dan motif ini dibuat menggunakan tenunan tangan. 33
34 ALAT MUZIK TARIAN KENYALANG Alat muzik yang mengiringi tarian Datun Julud ini adalah sape sahaja. Alat muzik sape berbentuk seperti gambus panjang, badannya panjang, berbentuk hampir empat segi. Sape merupakan sejenis alat tali dari keluarga lute yang berleher pendek dan talinya dipetik. Sape juga diperbuat daripada sejenis kayu lembut, lazimnya 'meranti' dan Jokuvang.
35 Cara persembahan juga ialah dengan menghentakan kaki ke kiri dan ke kanan dan dan dan dan di ulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan. Suku kaum Kenyah membuat persembahan ini amat mempersonakan penonton dengan gerakan badannya yang lemah gemalai, lenggokan badannya dan ayunan tangan yang disertakan dengan alat yang paling istimewa dan menarik iaitu bulu-bulu burung dipasang di celah-celah jari di kedua-dua belah tangan penari wanita seakan meniru burung-burung sedang berterbangan bebas. Tarian tradisional ini dapat membentuk pelbagai budaya dari adat resam kaum masing-masing serta mempunyai identiti sesebuah masyarakat.Selain itu,tarian ini juga merupakan suatu simbolik peradaban majmuk dalam masyarakat suku kaum di Sarawak yang halus budi pekerti melalui dalam tarian menggambarkan betapa masyarakat di Sarawak menyanjungi sifat kesopanan sebagai satu nilai. KESIMPULAN CARA PERSEMBAHAN TARIAN KENYALANG
SOALAN TEMU RAMAH 1. 36 = Pada pandangan saya,tarian tradisional perlu dipelihara kerana tarian tersebut merupakan satu warisan daripada generasi terdahulu.Hal ini dikatakan demikian kerana,dengan adanya tarian tradisional ini dapat menjadi simbol atau makna sesebuah negeri berdasarkan tarian yg mereka persembahkan, di samping itu menjadi simbol perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.Oleh itu,kita sebagai rakyat malaysia harus berkerjasama bagi memelihara tarian tradisional ini agar dapat dinikmati dan dipelajari oleh generasi akan datang. NAMA : NOR SHARINA BINTI MOHAMED UMUR : 18 INSTITUT : TINGKATAN 6 SMK HAMZAH 2.Pada pendapat anda , bagaimanakah tarian tradisional dapat menarik minat pelancong? =Pada pendapat saya,tarian tradisional dapat menarik minat pelancong dengan mengiklankan program berkaitan dengan tradisional di media sosial.Di zaman yang serba moden ini,pelancong asing akan mudah mendapat maklumat dan tertarik untuk datang ke Malaysia.Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tertarik untuk mempelajari atau melakukan tarian tradisional ini.
2.Pada pendapat anda , bagaimanakah tarian tradisional dapat menarik minat pelancong? 37 = Pada pendapat saya,tarian tradisional dapat menarik minat pelancong ialah kerana ia terdapat pelbagai jenis tarian yang amat menarik dan unik pada setiap kaum.Selain itu,ianya merupakan seni dan budaya di malaysia dan mempunyai irama yang sangat indah serta pergerakan tarian yang mudah untuk dipelajari seperti tarian makyung,tarian bhangra ,ngajat dan lain lain. NAMA : ZILYNTHIA VOLENIA ANAK JOHN MEDIK UMUR : 15 INSTITUT : SMK PENRISSEN, SARAWAK SOALAN TEMU RAMAH 1. =Pada pandangan saya,tarian tradisional perlu dikekalkan supaya tidak ketinggalan zaman dan agar tidak dilupakan oleh generasi muda yang akan datang.Hal ini kerana zaman ini makin maju ke hadapan.Oleh itu,kita perlulah menitik beratkan budaya tradisional kepada anak -anak sejak kecil .
38 NAMA :PREETHEKA LOGEANTHERAN UMUR :18 INSTITUT : POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN SOALAN TEMU RAMAH 1.Pada pandangan anda, mengapakah tarian tradisional perlu dipelihara? =Pada pendapat saya,budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadan kita,melalui budaya tradisional,kita mengetahui asal usul kita.Dengan ini,kita tidak akan lupa daratan.Sebaliknya,kita sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang. 2.Pada pendapat anda,bagaimanakah tarian tradisional dapat menarik minat pelancong? =Kita boleh menganjurkan kempen,wawancara serta pameran untuk menarik minat pelancong terhadap tarian tradisional supaya dapat menghidupkan warisan budaya
39
40
41
42
43
44
galeri album 45