INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 3)
PAKK2302D
SOSIOEMOSI DAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA KHAIZURATUL AIN BINTI KURDI
NO. KAD PENGENALAN 830211105308
ANGKA GILIRAN 2021192380025
KUMPULAN PAK 2
TAJUK TUGASAN E PORTFOLIO
NAMA PENSYARAH DAN
JABATAN PUAN AMALI BINTI IBRAHIM
TARIKH HANTAR
21 MARCH 2021
TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS
1.0 PENGENALAN
Perkembangan sosioemosi dan tingkah laku merupakan satu aspek yang
sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua pihak terlebih kepada
ibubapa. Perkembangan sosial merupakan proses mental dan tingkah laku
yang mendorong seseorang untuk menyesuaikan diri dalam pergaulan
seharian. (Hasnida, di dalam Nur Diyanah & Syaza Hazwani, 2021).
Perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak ini penting kerana
ia menjadi asas kepada pembinaan konsep kendiri yang positif dan
seterusnya membolehkan kanak-kanak menangani cabaran dalam kehidupan
mereka. (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan [KSPK] 2017).
Perkembangan emosi merujuk kepada perkembangan perapatan, rasa
percaya keselamatan, kasih saying dan cinta. Begitu juga dengan pelbagai
jenis emosi dan perasaan yang lain. Perkembangan ini juga melibatkan
konsep-konsep kendiri dan autonomi, tekanan, gangguan emosi dan
sebagainya. Robert Havighurst (1953), dalam teori perkembangan
mengatakan tugas-tugas perkembangan manusia berdasarkan
perkembangan sosiobudaya terutama yang berkaitan dengan perkembangan
jasmani, fizikal, mental emosi dan spiritual seseorang. Sesuatu tugasan akan
diulangi dengan sukarela apabila seseorang itu Berjaya melakukan tugas
tersebut dengan sempurna serta menimbulkan kepuasan padanya. Apabila
kegagalan ditempuhi walaupun untuk kali pertama tingkah laku tersebut tidak
akan diulangi kerana perasaan kecewa akan menguasai seseorang.
2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK.
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi dan
tingkah laku kanak-kanak secara umumnya bermula daripada peringkat umur
0 hingga 2 tahun, 3 hingga 4tahun mahupun 5 hingga 6 tahun. Menurut
Rohayati (2020) bahawa persekitaran yang melingkungi kanak-kanak terdiri
daripada ahli keluarga, rakan, guru, jiran, peraturan, organisasi, nilai, agama,
budaya dan perubahan yang berlaku dalam kehidupan turut memainkan
peranan penting terhadap perkembangan sahsiah, tingkah laku, emosi dan
akademik kanak-kanak. Umumnya faktor persekitaran merupakan
penyumbang utama dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi dan
tingkah laku kanak-kanak.
Persekitaran yang melingkari kehidupan kanak-kanak memainkan
peranan penting dalam membentuk jenis keperibadian kanak-kanak.
(Rohayati, 2020). Hal ini demikian kerana persekitaran yang seimbang dan
baik dapat menghasilkan modal insan yang bermutu, dan begitu juga
sebaliknya kerana dinyatakan bahawa faktor penyebab berlakunya masalah
sosial dalam kalangan kanak-kanak antaranya faktor, pengaruh rakan sebaya
dan permasalahan persekitaran sekolah, juga latar keluarga (Sharif &
Mohamad Roslan; Mustaffa, Hassan, & Ramli, di dalam Habibie et al., 2018)
Faktor kedua, iaitu perhubungan dengan keluarga dan ibubapa.
Peringkat umur 0 hingga 6 tahun ini masih bergantung sepenuhnya dengan
ibubapa juga keluarga terdekat. Misalnya didikan ibubapa di rumah boleh
mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak di sekolah, sebagai contoh ibu bapa
yang melindungi anak secara berlebihan (overprotective) yang hidup dalam
prasangka bahaya terhadap segala sesuatu, akan menimbulkan rasa takut
pada anak menjadi dominan. (Hijriati, 2019). Kanak-kanak yang diberi
galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi akan menunjukkan prestasi
yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak diberi peluang.
Contoh lain adalah kanak-kanak yang dilahirkan dalam sebuah
keluarga yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami
perkembangan emosi yang sihat. Oleh sebab itu, menurut Zaleha, di dalam
Zakaria, (2012), Ibu bapa bertanggungjawab meletakkan asas-asas nilai
murni dan pembentukan konsep diri yang positif di kalangan anak-anak.
Justeru itu, sikap ibu bapa yang positif terhadap perkembangan personaliti
kanak-kanak yang bercorak memahami perasaan, penyayang, berupaya
mengasuh dan mendidik anak dengan cara yang baik menghasilkan tingkah
laku dan emosi yang sempurna.
Faktor ketiga ialah, pengaruh rakan sebaya, menurut Zakaria et al., di
dalam Rohayati (2020), rakan sebaya mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak khasnya perkembangan sahsiah, emosi dan sosial, kanak-kanak yang
bersosialisasi dengan rakan sebaya yang sopan akan menyerap nilai-nilai
positif daripada mereka. Kedudukan sosioekonomi keluarga juga
mempengaruhi perkembangan emosi dan tingkah laku kanak-kanak. Misalnya,
ibu bapa yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan tidak mampu
memenuhi keperluan kanak-kanak, berbanding dengan yang mempunyai
kedudukan ekonomi yang stabil.
Faktor yang seterusnya adalah kebudayaan dan kepercayaan
masyarakat yang berbeza juga akan mempengaruhi proses perkembangan
kanak-kanak dari aspek sosioemosi, personality dan mental. Misalnya,
perbezaan anutan agama akan membezakan corak dan cara hidup serta
tingkah laku kanak-kanak. Perkembangan sosioemosi dan tingkah laku yang
dipengaruhi oleh norma- norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya ada
sesetengah masyarakat, yang menitikberatkan jantina, iaitu mementingkan
jantina lelaki berbanding perempuan. Pengaruh seperti ini, menganggu
perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak
Teknologi dan media sosial juga menjadi salah satu faktor yang
mempengaruhi perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak.
Menurut Zakaria et al., (2012), pendedahan kepada sumber teknologi dan
maklumat yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi
dan sosial kanak-kanak ke arah yang positif. Sebaliknya, kanak- kanak yang
didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, dan
kezaliman, akan membentuk sikap dan personaliti yang negatif. Walau
bagaimanapun, sekiranya sumber teknologi dan media digunakan dengan
cara berhemah, tidak dinafikan pelbagai maklumat yang diperolehi untuk
dijadikan panduan dalam membantu dalam meningkatkan tahap sosial dan
emosi kanak-kanak.
3.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU
KANAK-KANAK.
Beberapa implikasi terhadap perkembangan sosioemosi dan tingkah laku
kanak-kanak antaranya adalah membina dan menanam asas kepercayaan di
dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan
tidak membanding-bandingkan mereka. Selain itu, menggalakkan kanak-
kanak untuk meluahkan perasaan mereka dengan pelbagai teknik seperti
bercerita, melukis, menyanyi dan main peranan, dengan aktiviti seumpama ini
ianya boleh membantu guru dalam memahami emosi kanak-kanak dan
bertindak sesuai dengan perkembangan emosi dan tingkah laku mereka.
Di samping itu, guru boleh membantu kanak-kanak mengenali emosi
rakan yang lain dengan cara melaksanakan kaedah dan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak- kanak,
ringkas dan mudah difahami.Memudahkan guru untuk memilih alat bantu
mengajar dengan mengambil kira tahap perkembangan sosioemosi kanak-
kanak. Pemilihan strategi pengajaran dan alat bantu mengajar yang tepat
mampu membantu untuk meningkatkan tahap sosial dan tingkah laku kanak-
kanak ke arah yang lebih baik.
4.0 PERANAN GURU YANG SESUAI UNTUK MENYOKONG
PERKEMBANGAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK.
Guru turut berperanan dalam perkembangan pelajar dari segi intelek, emosi
dansosialnya. Menurut Aniswita & Neviyarni, (2020) penggunaan teknik
scaffolding atau bantuan bertingkat, digunakan selain pembelajaran
kooperatif dalam pembelajaran. Selain itu, menurut Zakaria (2012), guru yang
penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya
dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, pintar, berakhlak dan
bertanggungjawab. Kenyataan ini turut disokong oleh Schonert (2017)
dengan menyatakan bahawa ‘Children who feel comfortable with their
teachers and peers are more willing to grapple with challenging material dan
persist at difficult learning tasks’. (p.4). Jelasnya disini bahawa peranan
seorang guru itu amat penting dalam membentuk keperibadian, tingkah laku
dan sosioemosi kanak-kanak.
Selain daripada itu, guru juga berperanan memperhatikan dan
mendorong perilaku sosial kanak-kanak dengan bijak dan membantu mereka
untuk lebih memahami perasaan orang lain. Menurut Aniswati & Neviyarni
(2020), penggunaan strategi disiplin yang baik, sehingga kanak- kanak itu
terbiasa melakukanya dan akhirnya menjadi satu kebiasaan dan kanak-kanak
itu melakukan perkara tersebut tanpa dipaksa. Contohnya, kanak-kanak
membantu memujuk rakan yang lain apabila menangis tanpa diarahkan oleh
guru. Selain itu, peribadi dan kualiti guru juga diperlukan untuk membantu
perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak, sama seperti yang
dikatakan oleh Siti Zaharah et al, (2018), bahawa seseorang guru yang
mempunyai kecekapan diri yang tinggi dapat mewujudkan suasana yang sihat
yang memberikan impak nilai-nilai yang positif terhadap kanak-kanak.
Aktiviti-aktiviti yang bersesuaian haruslah diberi perhatian oleh guru
agar kemahiran sosioemosi kanak-kanak berkembang. Kemahiran
sosioemosi adalah sebuah kemahiranyang membantu kanak-kanak untuk
belajar bekerjasama, berdikari, pekara yang diharapkan oleh orang dewasa
dan kemahiran ini adalah sebuah kemahiran yang diperlukan dalam
kehidupan seharian kanak-kanak di masa hadapan. Malah, kanak- kanak
yang pernah menjalankan aktiviti main peranan akan menjadi lebih kreatif,
selesa dan menunjukkan perkembangan sosioemosi yang lebih baik apabila
aktiviti tersebut dijalankan pada kali kedua (Howe et al., 2014).
Di samping itu, kemahiran kanak-kanak untuk menguruskan emosi
dengan baik dapat membantu mereka mengembangkan kemahiran yang lain
seperti sosial, kognitif dan rohani (Zaharah, 2016). Justeru menunjukkan
keperluan aktiviti main peranan dalam suasana pembelajaran kanakkanak.
Kemampuan memahami manfaat dan kepentingan aktiviti main peranan
dalam pembelajaran dipercayai mampu memberi gambaran dalam
memahami perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Namun, meskipun
banyak kajian telah dijalankan terhadap kaedah main peranandalam PdP,
namun kebanyakan kajian memberi tumpuan pada aspek komunikasi dan
pergaulan berbanding aspek sosioemosi.
Mohd Khiri (2012) memberi saranan agar kajian mengenai
keberkesanan pelaksanaan aktiviti perkembangan sosioemosi kanak-kanak
dapatdijalankan. Perkembangan sosioemosi yang tidak sejahtera boleh
menyebabkan masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak. Mereka
sering menunjukkan tingkah laku yangtidak terkawal, tekanan dan
kemurungan kerana mereka menghadapi masalah untukmengawal dan
mengurus emosi dengan baik (Mohamad Albaree et al., 2019). Menurut
Marziyeh Alivandi dan Khaidzir (2017), tingkah laku negatif seperti
mengasingkan diri dantidak patuh arahan berlaku kerana suasana pengajaran
yang membosankan.
5.0 AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK MENYOKONG PERKEMBANGAN
EMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK.
Berdasarkan dapatan kajian, tema utama yang timbul dari temu bual dan
pemerhatian sebelum aktiviti main peranan dijalankan adalah kesedaran
kendiri bersifat impulsif. Rata-rata kanakkanak berdasarkan dapatan kajian
pada peringkat awal mempunyai kecenderungan untuk bersifat impulsif
biarpun masih lagi di peringkat yang terkawal sebelum aktiviti main peranan.
Lantas mendorong ke arah pembentukan konsep kendiri yang agak
membimbangkan dari perspektif pengkaji. Hal ini kerana menurut
Nurmaimanah (2015), kawalan kendiri adalah amat penting dalam penentuan
kejayaan atau kegagalan seseorang individu terutama sekali murid. Murid
yang mempunyai kawalan kendiri yang tinggi mampu mengawal emosi dan
mental mereka lantas mampu untuk memperolah keputusan akademik yang
baik (De Ridder et al., 2012).
Sebaliknya pula, murid yang mempunyai kawalan kendiri yang rendah
cenderung untuk terlibat dengan jenayah, mempunyai keputusan akademik
yang rendah dan kurang berdisplin (Nurmaimanah, 2015). Walau
bagaimanapun, meskipun dapatan kajian sebelum aktiviti main peranan dari
perspektif pengkaji membimbangkan, namun, dapatan kajian selepas aktiviti
main peranan dijalankan menunjukan dapatan yang positif. Peserta kajian
rata-rata menunjukan perubahan sosioemosi yang signifikan sebaik sahaja
aktiviti main peranan selesai dijalankan. Hal ini juga konsisten dengan
dapatan kajian Nik Murshidah et al. (2019) yang menyatakan bahawa aktiviti
main peranan mampu meningkatkan kemampuan interaksi antara murid.
Berdasarkan dapatan kajian, peserta kajian rata-rata mula
menunjukkan sifat empati dan boleh bekerjasama antara satu sama lain
selain turut berinteraksi dan berkomunikasi di dalam kelas. Ini secara tidak
langsung telah mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Lantas
dapatan kajian ini dari perspektif pengkaji signifikan dengan kajian yang
dijalankan oleh Nurlelawati et al. (2014) yang mana pembentukan kawalan
kendiri sebenarnya dipengaruhi beberapa faktor luaran dan dalaman individu
tersebut. Dari sudut kajian ini, konsep kawalan kendiri murid atau peserta
kajian dipercayai dipengaruhi oleh pengalaman yang dilalui semasa
menyertai aktiviti main peranan. Lantas membentuk tema pembentukan
kawalan kendiri yang positif.
Selain itu juga, pengkaji percaya perubahan sosioemosi antara peserta
kajian juga signifikan dengan teori yang dibangunkan oleh Vygotsky (1978)
yang mana ia percaya bahawa ketika bermain kanak-kanak berkembang
secara emosi dan mental yang mana menjadikan kanak-kanak itu mampu
mengawal suasana sekelilingnya dengan baik. Malah, dapatan kajian juga
dipercayai signifikan dengan dapatan kajian Mohd Razak dan Masitah (2016)
yang menyatakan bahawa selepas aplikasi aktiviti main peranan murid
cenderung untuk bersifat lebih responsif dan bersedia untuk bekerjasama
dengan guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Justeru, ia jelas menunjukan sisi positif aktiviti main peranan dalam
pembentukan sosioemosi kanak-kanak. Hasil kajian memberi gambaran baru
mengenai perkembangan sosioemosi kanakkanak melalui aktiviti main
peranan. Lantas, membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran di prasekolah terutamanya di dalam mengembangkan
kemahiran sosioemosi kanak-kanak. Ia juga mampu meningkatkan kesedaran
guru tadika untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran
yang dapat memenuhi keperluan kanak-kanak dalam memupuk
perkembangan sosioemosi mereka.
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya kecerdasan kanak-kanak bukan hanya diukur melalui
penguasaan yang baik terhadap kecerdasan IQ (intellectual quotient) iaitu
penguasaan terhadap Bahasa, logik dan matematik sahaja, sebaliknya
kecerdasan seorang kanak-kanak juga diukur berdasarkan penguasaan
mereka terhadap EQ (emotional quotient). Kecerdasan EQ merupakan
kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat dan menyelesaikan
sesuatu masalah serta melakukan sesuatu yang berguna kepada orang lain.
Perkembangan sosioemosi merupakan salah satu komponen penting di
dalam kecerdasan EQ.
Kanak kanak perlu didedahkan dengan cara menguruskan emosi sejak
dari peringkat awal supaya mereka mempunyai pengetahuan yang akan
menyerap kepada minda bawah sedar yang membolehkan mereka
menggunakannya apabila perlu dan membantu diri serta orang lain. Guru dan
ibu bapa serta masyarakat sekeliling sebenarnya ialah tonggak utama kepada
keberhasilan perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak kanak.
Justeru itu, melalui dapatan yang dilakukan ini diharap, pendekatan
pembelajaran yang efektif seperti aktiviti main peranan ini dapat difahami dan
diaplikasikan dengan lebih menyeluruh di peringkat pendidikan awal kanak-
kanak. Hal ini dipercayai mampu membentuk warganegara yang berkualiti
dan bijak pada masa hadapan. Perkembangan sosioemosi kanak-kanak
melalui aktiviti main peranan sewajarnya mendapat perhatian dalam kelas
prasekolah. Ini adalah untuk membantu kanak-kanak membina sifat kawalan
kendiri yang positif dan membantu mereka membesar sebagai individu yang
berdaya saing di masa hadapan.
7.0 RUJUKAN
Aimi Najlaa Muhammad Noor, & Faridah Yunus. (2017). Kualiti aktiviti di
prasekolah KPM dari perspektif guru. Jurnal Penyelidikan
Pendidikan, 71-82.
Auni Bazilah Alias, & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2019). Tahap penggunaan
pendekatan belajar melalui bermain dalam pengajaran Bahasa
Inggeris di kalangan guru sekolah rendah. e-Jurnal Penyelidikan dan
Inovasi, 6(1), 176-190.
Azizah Zain. (2015). Pelaksanaan modul projek penyiasatan dalam
meningkatkan komunikasi dan kemahiran sosial kanak-kanak.
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
(2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Chew, F.P., & Mohd Fikri Ismail. (2020). Pelaksanaan pendekatan bermain
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu murid prasekolah.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9(1), 14-25.
Clark, V. L. P., & Creswell, J. W. (2015). Understanding research. Pearson
Education.
De Ridder, D. T. D., Lensvelt-Mulders, G., Finkenauer, C., Stok, F. M., &
Baumeister, R. F. (2012). Taking stock of self control: A meta
analysis of how trait selcontrol relates to wide range of behaviours.
Personality and Social Psychology Review, 16(1), 76-99.
Haslinda Tahir Shah, Lilia Halim, & Zanaton Iksan. (2015). Kaedah bermain
dalam meningkatkan minat murid orang asli terhadap Sains.
International Conference on Language, Education and Innovation,
Kuala Lumpur. (pp. 71 -81).
Howe, N., Akebuhatoum, S., & Chang-Kredl, S. (2014). “Everything’s upside
down. We’ll call it upside down valley!”: Siblings’ creative play themes,
object use, and language during pretend play. Early Education and
Development, 25(3), 381–398.